Thursday, 25 July 2013

SALAM NUZUL AL-QURAN


SALAM NUZUL AL-QURAN

SALAM NUZUL AL-QURAN
MOGA KITA TERGOLONG PENCINTA AL-QURAN
KERANA CINTA ALLAH KITA MENGHAYATI AL-QURAN
DI ALAM BARZAH MENJADI PENGUAMBELA KITA ADALAH AL-QURAN
BEGITU BERMAKNANYA HIDUP DAN MATI KITA KERANA ALQURAN
AL-QURAN PENYULUH HIDUP KITA
AL-QURAN PELINDUNG DUNIA AKHIRAT KITA

YA RABB
PILIHLAH KAMI UNTUK MENCINTAI KALAMULLAH-MU
KALAMULLAH-MU INDAH SEINDAH BAHASA-MU
BAHASA-MU TIADA SIAPA YANG DAPAT TANDINGI
KAULAH PUJANGGA
KAULAH PEMUISI
KAULAH AHLI FALSAFAH
KAULAH ILMUAN MAHA BIJAKSANA
ILMU YANG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN
TIADA SATU PUN YANG TERTINGGAL
SEMUA-NYA SEMPURNA
KALAMULLAH-MU LAGI DIBACA LAGI DIHAYATI
MEMBUATKAN SEMUA PARA PENCINTA-MU
MAKIN TERUJA UNTUK MENCINTAI-MU
MENJADI PENDAMBA CINTA-MU

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
SIAPALAH YANG TAK SUKA MELIHAT KALAMULLAH-MU YANG INDAH ITU
BERADA DI HADAPAN MATA JELAS WUJUD-NYA MU
SESUSUNGGUH-NYA KAU MAHA BERKATA-KATA
KATA-KATA NAN INDAH-INDAH
TERSUSUN TERANGKAI SALING BERKAITAN
DI ANTARA SATU AYAT KE SATU AYAT
MEMANG TIADA SEORANG PUJANGGA PUN DI DUNIA INI DAPAT MENIRU
BAHASA-MU
WALAU PUN DENGAN SATU PERKATAAN
MENGANDUNGI SEJUTA MAKNA SEJUTA HIKMAH-NYA
DAN GANJARAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG MEMBACA KALAMULLAH-MU
AKAN KAU LIPAT KALIGANDAKAN GANJARAN PAHALA
SUBHANALLAH AMAT RUGILAH JIKA KAMI TIDAK MEMBACA KALAMULLAH-MU

TIKA HAMBA-MU MEMBACA AL-QURAN
ITU BERMAKNA ENGKAU SEDANG BERKOMUNIKASI DENGAN HAMBA-MU
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
KALAMULLAH-MU BUKTI YANG SIAPAPUN TIDAK BOLEH MENAFIKAN
KEWUJUDAN-NYA ENGKAU

AL-QURAN BUKTI WUJUD-NYA ENGKAU YA ALLAH
SEBAB ITU SEMUA YANG PERCAYA WUJUD-NYA ENGKAU
MESTI MENYEMBAH ENGKAU
TIADA TUHAN LAIN SELAIN ENGKAU YANG LAYAK DISEMBAH
DAN DI AGUNGKAN DI SEBILANG MASA DAN KETIKA

AL-QURAN KALAMULLAH-MU , ENGKAU BERKOMUNIKASI DENGAN KAMI
TIKA SOLAT KAMI BERKOMUNIKASI DENGAN-MU
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
MEMANG BENARLAH AL-QURAN DAN SOLAT
PENYAMBUNG CINTA DI ANTARA HAMBA DENGAN PENCIPTA-NYA
ALLAHU AKBAR

YA ROBB...
JADIKANLAH KAMI PENCINTA KALAMULLAH-MU
JADIKANLAH KAMI HAMBA-MU YANG TAAT BERSOLAT

KAMI MAHU SELALU DENGAR KOMUNIKASI-MU
KAMI MAHU SELALU BERKOMUNIKASI DENGAN-MU
SEBAB ITU SOLAT DAN AL-QURAN
TAK DAPAT DIPISAHKAN DUA SERANGKAI
MENYATUKAN HATI HAMBA DENGAN PENCIPTA-NYA

AMATLAH RUGI JIKA KAMI TIDAK SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN
PASTILAH KAU MURKA
PASTILAH NERAKA TEMPAT KAMI NAUZUBILLAH

KAMI SOLAT
KAMI MEMBACA AL-QURAN
BUKANLAH KERANA KAMI MAHUKAN SYURGA ATAU TAKUT DIBALAS NERAKA

KAMI SOLAT
KAMI MEMBACA AL-QURAN
TANDA KAMI CINTA PADA-MU YA ALLAH
MAKANYA JADIKANLAH AL-QURAN DAN SOLAT
AMALAN HIDUP KAMI SEHINGGA KE NAFAS TERAKHIR KAMI
MELAFAZKAN KALAMULLAH-MU
LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

........................................................................
(HAMBA-MU YANG MAHU MENCINTAI-MU DAN MENCINTAI KALAMULLAH-MU)
17 Ramadhan 1434H
26 July 2013M
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT NUZUL ALQURAN)

0 comments:

Post a Comment

 
;