Tuesday, 23 July 2013

MARHABAN YA RAMADHAN SEMANIS KURMA SEMANIS IMAN UNTUK KERABAT DIRAJA BRUNEI DAN RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT AAMIIN


    • SILATURAHMI SEMANIS KURMA KEBERKATAN RAMADHAN

      MOGA LAMAN ALAMMAYA INI
      SEBAGAI JALINAN SILATURAHMI
      YANG SENTIASA HARMONIS
      SEMANIS KURMA KEBERKATAN RAMADHAN
      SENTIASA SALING MEMBERI MANFAAT
      KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG RAMAI
      AAMIIN YA RABBAL A'ALMIIN.

      SALAM SILATURAHMI
      SALAM RAMADHAN
      SALAM AIDIL FITRI
      SALAM SEMANIS KURMA KEBERKATAN RAMADHAN
      SALAM KEMAAFAN ATAS KEKHILAFAN DALAM BERSASTERA

      TULUS IKHLAS DARIPADA,
      RATU RIMBA NIAGARA
      PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      YANG INGIN SETIA BERPUJANGGA SELAGI SUDI
      15 RAMADHAN 1434H
      24 JULY 2013M
      Like ·  ·  · Promote · 4 hours ago · 
    • Ratu Rimba Niagara shared H.H Haji Hassanal Bolkiah's album:princess Hafizah.
      March 12, 1980 fourth daughter of the sultan mother Raja Pengiran Anak Saleha Isteri:
      Photos: 32
      Like ·  ·  · Promote · 4 hours ago · 


MARHABAN YA RAMADHAN SEMANIS KURMA SEMANIS IMAN UNTUK KERABAT DIRAJA BRUNEI DAN RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT AAMIIN

H.H Haji Hassanal Bolkiah added 6 new photos to the album princess Hafizah. — in Bandar Seri Begawan, Brunei.
khatam Al-Quran ISTANA NURUL IMAN
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DI ISTANA NURUL IMAN
Unlike · · Share · 4441911 · 6 hours ago ·
Top Comments
You and 443 others like this.

BUKU CATATAN YANG INGIN KUPERSEMBAHKAN KEPADA TUHANKU

Sahabat...
telah senja usiaku kini
telah banyak kisah suka duka sepanjang aku berhidup di muka bumi ini
jika dulu yang aku perjuangkan dalam hidup adalah menghidupkan sebuah kehidupan yang kabur berjerubu mendung bergerhana ribut petir waima dilanda tsunami pun
aku harus tempuh dengan tabah
asalkan dapat teruskan kehidupan....

dalam meneruskan kehidupan....
hati ini selalu terehsan mahu membantu mereka yang perlu dibantu sedaya mampu tapi cahaya pelangi selalu tidak menyebelahiku
kebaikan yang kuberi selalu memakan diriku sendiri
seolah aku berbuat baik pasti dibalas tidak baik oleh mereka
pada mulanya baik pastinya akan menjadi menjadi musuh membenci padaku jadi aku tanya di mana letaknya kebaikan, kejujuran dan kesetiaan sedangkan yang aku agungkan dalam hidupku kebaikan , kejujuran dan kesetiaan

kerana aku rasa aku tak berhak berbuat baik kepada manusia
aku lebih suka bersendiriaan
bermunajat kepada Tuhan adalah lebih baik baikku
andai Tuhan mengatakan hanya berbuat baik kepada Tuhan bukan manusia mahu kubuang jauh-jauh kehadiran manusia dalam hidupku
biarlah aku kesendiriaan bersama Tuhanku itu adalah lebih baik bagiku

kerana Tuhan aku pujuk hatiku
tetap berbuat baik kepada semua manusia walaupun mereka memusuhiku
dan benci padaku
tidak akan ada dendam di hati ini untuk membalas kebencian dengan kebenciaan
dendam dengan dendam...
biarlah mereka begitu
asalkan aku masih begini dengan prinsipku mahu terus berbuat baik pada sesiapa saja dengan caraku sendiri....

di alam maya ini rakan fbku adalah nadi sasteraku ...
jika mereka hadir sekadar wujud tapi tak wujud
sejujurnya hatiku memang benar terluka
kurasakan mereka tiada sedikitpun ehsan denganku
sengaja merobek-robek hatiku
makanya aku tak mahu terus terluka
kuundur diri
kuundur diri bukan bererti aku membenci mereka
tapi aku terpaksa mencari yang benar-benar ada semangat setia kawan sanggup bersamaku susah senang menghidupkan api perjuanganku untuk terus menulis selagi hayat ku ada....

lembaran demi lembaran kutulis setiap hari
hingga menjadi sebuah buku mengenai cinta sesama insan demi kemanusiaan
cinta kepada Tuhan demi meraih ehsan balasan cinta-Nya

kusiapkan catatan buku sesempurna mungkin memampu daya
agar dapat kutinggalkan kepada yang berhidup tanda kasih sayangku pada yang masih berhidup dengan harapan terbuka hati mereka mengirimkan sepotong doa untukku di alam Sana nanti...

setiap catatan yang kutulis jika dihayati dan diamalkan oleh yang membaca pahala sedekah jariah akan masuk terus ke akaun buku catatan akhirat ku pula
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
beruntunglah aku jika buku yang kutulis memberi manfaat kepada yang
membacanya dan kepada diriku juga begitu hebatnya buku catatan dunia menjadi
buku catatan di Akhirat...
bila mengenangkan apa yang kutulis akan menjadi buku catatan di Akhirat setiap patah perkataan aku mesti pastikan tiada satu ayat yang membazir atau ayat yang mengundang kejelekan sebuah tulisan untuk dibaca biarlah yang indah-indah yang boleh mendatangkan iman yang menulisnya dan yang membacanya sebab itu penulisanku mesti teliti setelitinya buku yang kutulis itu bukan untuk mendapat pujian pada manusia tapi untuk aku persembahkan kepada Tuhanku semasa aku hidup dan semasa aku berada di Padang Mahsyar nanti ....moga buku catatan di dunia semasa aku hidup diterima Allah swt sebagai buku Catatan Akhirat yang mana jika diterima Allah termasuklah aku golongan hamba-Nya yang beruntung dunia akhirat...jika ditolak jadilah aku hamba-Nya yang rugi dunia akhirat....tapi aku amat percaya setiap yang baik itu datangnya dari Allah swt ...jika dari Allah swt aku tak perlu meragui-Nya kerana janji-Nya pasti DIA tidak akan memungkiri janji.

YA ALLAH AKU MENULIS KERANA-MU
BUKAN INGINKAN SANJUNGAN MANUSIA
JIKA MANUSIA TETAP MENYANJUNGI APA YANG AKU TULIS
MEREKA SEBENAR-NYA MENYANJUNGI-MU YA ALLAH
KERANA SETIAP YANG AKU TULIS SEMUA-NYA
MEMUJI TENTANG KEBESARAN KUASA-MU
KEKUASAAN-MU TIADA TANDINGAN-NYA
TIADA SIAPA PUN DAPAT MENANDINGI-NYA
HANYA ENGKAULAH TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH DI-AGUNGKAN
DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
SUDAH CUKUP MEMBUKTIKAN BAHAWA HANYA ENGKAU SAHAJA TUHAN SEMESTA ALAM....ALLAHU AKBAR! SEMUA DI LANGIT DAN DI BUMI MEMUJA MEMUJI-MU PAGI PETANG SIANG DAN MALAM TANPA PENGHUJUNGNYA....
MAKANYA YA ALLAH TERIMALAH BUKU CATATAN KAMI HAMBA-MU YANG MAHU PULANG KE PANGKUAN-MU DALAM JIWA YANG TENANG SETENANG AIR DI KALI SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'ALAMIIN

......................................................................................
(AKU MILIK-MU YA ALLAH SEGALA TAKDIRKU DALAM GENGGAMAN-MU)
15 Ramadhan 1434H
24 July 2013M

YA ALLAH MAKBULKANLAH DOA KAMI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

YA ALLAH KAU SATUKAN HATI-HATI KAMI DENGAN CAHAYA ILMU DUNIA AKHIRAT YANG BOLEH MEMBUATKAN HATI KAMI SENTIASA MAHU MUHASABAH DIRI YANG BOLEH MENGUNDANG KASIH DAN RAHMAT-MU SEHINGGA AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

YA ALLAH KELUARKAN KAMI DARI KEGELAPAN RAGU
DAN MULIAKAN KAMI DENGAN CAHAYA KEFAHAMAN
BUKAKAN BAGI KAMI MAKRIFAT ILMU
BERIKANLAH CAHAYA KEPADA HATI KAMI
SEBAGAIMANA ENGKAU BERI CAHAYA KEPADA MATAHARI DAN BULAN
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

YA ALLAH LIMPAHKANLAH RAHMAT KASIH-MU PADA KAMI YANG MAHU SALING HORMAT MENGHORMATI DAN MENYANJUNGI SETIAP KELEBIHAN KURNIAAN-MU KEPADA KAMI AGAR KAMI SYUKURI BAHAWA ENGKAU YANG BERKUASA MEMBERI SESIAPA SAJA YANG KAU PERKENANKAN KELEBIHAN ITU. SETIAP KELEBIHAN YANG KAU KURNIAKAN KAMI BERSYUKUR YA ALLAH BUKAN UNTUK RASA BERBANGGA DIRI SESUNGGUH-NYA TANPA IZIN-MU KAMI CUMALAH LALANG DITIUP ANGIN MENGIKUT ARAH TUJU YANG TAK PASTI YANG PASTI KAMI TERGOLONG DALAM HAMBA-MU YANG RUGI JUSTERU KAMI PERLUKAN NUR HIDAYAH KASIH-MU AGAR HATI KAMI SENTIASA MENERIMA YANG BAIK KERANA SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARI-MU KAMI YAKIN TERLALU YAKIN. AAMIIN YA RABAL A'LAMIIN

MASJID RASHIDAH SA'ADATUL BOLKIAH MEWANGI SAMPAI SYURGA

YA ALLAH KAU TERIMALAH SEDEKAH JARIAH HAMBA-MU
YANG MENGINFAKKAN HARTANYA UNTUK MENDIRIKAN
RUMAH-MU DI BUMI BRUNEI DARUSSALAM ATAS NAMA
MASJID RASHIDAH SA'ADATUL BOLKIAH

MOGA AKAN BANYAK LAGI RUMAH-RUMAH-MU DIDIRIKAN OLEH PARA HAMBA-MU YANG KAU KURNIAKAN REZEKI MELIMPAH RUAH KERANA ITULAH HARTA YANG MEREKA PUNYA UNTUK DIBAWA SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT NANTI, MAKA TERIMALAH YA ALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

SAJAK NUKILAN RATU RIMBA NIAGARA
DISIARKAN DI WALL KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH SEMPENA KEBERKATAN RAMADHAN MOGA ALLAH SWT TERIMA SEGALA AMAL SOLEH PARA HAMBA-NYA YANG MENDAMBAKAN HIDUP DAN MATI HANYA UNTUK ALLAH AZZAWAJALLAH
15 RAMADHAN 1434H
24 JULY 2013M

YA ALLAH AKU MAHU PULANG KE PANGKUAN-MU DALAM JIWA DAN ROH YANG TENANG REDHO LAGI DIREDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
SEGALA PUJI HANYA UNTUK ALLAH SWT
TIADA APA YANG BERHARGA DI DUNIA INI
DIIZINKAN ALLAH SWT BERHIDUP DI KELILINGI DENGAN BAKAL AHLI-AHLI SYURGA WALAUPUN SEKADAR SAHABAT DUNIA AKHIRAT DI ALAM MAYA BIARPUN JAUH DIPISAHKAN OLEH SAMUDRA
NAMUN BAYU DI ALAMMAYA MENYATUKAN HATIMU HATIKU HATI SEMUA YANG MEMAHAMI
BAGAIKAN BERADA DI SEBALIK DINDING HATI
TERDENGAR JELAS SEAKAN BERBISIK
MARILAH KITA BERSAMA MENJAGA TALISIRATURRAHIM
YANG AKAN MEMBERI BANYAK MANFAAT KEPADA KITA
AGAR KITA SALING BERMUHASABAH DIRI
BERSIAP SIAGA
KEMATIAN BERADA DI SEBALIK TABIR
DI SITULAH RUMAH ABADI YANG SEMPIT
DAN KITA SENDIRI YANG MELUASKANNYA
KITA TANYA SAMA HATI
KARNA HATI YANG MEMBUAT KEPUTUSAN
SAMADA MAHU MATI DALAM KEADAAN TENANG ATAU KERUH
JIKA KETENANGAN YANG KITA PILIH ...ITU ADALAH PILIHAN YANG TEPAT JIKA KERUH YANG KITA PILIH ...TUNGGUHLAH AZAB YANG PEDIH MEMEDIHKAN
KITA DIBERI AKAL PIKIRAN KITA PIKIRLAH SEBELUM KHASHAF ALAM BARZAH DINAMPAKKAN
SEBAB ITU PENTINGNYA PERPADUAN PERASAAN DISATUKAN
AGAR SAMA-SAMA MERASA KEBESARAN KEKUASAAN TUHAN MENGATASI SEGALA YANG ADA
DI LANGIT DAN DI BUMI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
TUHAN TIDAK MENCIPTAKAN SESUATU ITU DENGAN SIA-SIA
MELAINKAN UNTUK SEMUA HAMBA-NYA BERPIKIR
BETAPA BESARNYA KEKUASAAN TUHAN MENGATASI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
YA ALLAH AKU MAHU PULANG KE PANGKUAN-MU
DALAM JIWA DAN ROH YANG TENANG REDHA LAGI DIREDHOI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

الله الله الله يا الله

لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل

لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ

سُبْحَانَ اللَّهِ ♤ ♣ الْحَمْدُ للَّهِ ♤ ♣ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤ ♣ اللَّهُ أَكْبَرُ♤ ♣

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله

~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~

RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
13 Ramadhan 1434H
22 July 2013M

KUASA-MU MENGATASI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
TERHANYUT AKU BETAPA INDAHNYA
KEJADIAN YANG DI LUAR PEMIKIRAN MANUSIA UNTUK MEMIKIRKANNYA AKAN TERJADI KEJADIAN YANG KAU TUNJUKKAN DENGAN JELAS DAN NYATA BAHAWA KUASA-MU MENGATASI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI.

SIMBAHAN AIR TERJUNAN TURUN DARI LANGIT
DEBURAN AIR TERJUNAN DARI LANGIT NAN INDAH ITU
BERDEBUR MENCICAH LAUT...
DI SEBELAH AIR TERJUNAN DARI LANGIT KAU PERLIHATKAN
BULAN BERADA DI PARAS LAUT...
MEMANG INDAH DI PANDANG MATA HATI
LALU AKU TAK HENTI MEMUJA-MU BETAPA BUKTI KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI...
BETAPA KAU SAHAJALAH YANG LAYAK DISEMBAH DAN DI-AGUNGKAN DI SEBILANG MASA DAN KETIKA.

MEMANG BENARLAH KATA-MU TIDAK KAU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA ITU MELAINKAN UNTUK MENYEMBAH-MU
SEBAB ITU PAGI PETANG SIANG DAN MALAM SELURUH PENGHUNI BUMI INI MENG- AGUNGKAN-MU DI SEBILANG MASA DAN KETIKA...SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
KUASA-MU MENGATASI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
12 RAMADHAN 1434H
21 JULY 2013M

YA ALLAH PERKENANKAN SEGALA CITA-CITA CINTA AKU KE KAMU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

YA ALLAH DI MANA-MANA ADA KAMU
DI SITU ADA AKU
SETIAP KALI MEMANDANG NAMA-MU
SETIAP KALI ITU JANTUNGKU BERDEBAR
DALAM DEGUPAN JANTUNG MENCINTAI-MU
MENJADI PEMUJA-MU SEUMUR HIDUPKU SEHINGGA AKHIRAT MENCINTAI-MU
LAGI AKU MENCINTAI-MU
LAGI KAU BALAS DENGAN JUTAAN CINTA-MU
YA ALLAH CINTAKU TERLALU SEDIKIT
TAPI KAU BALAS TERLALULAH BANYAK
SEHINGGA AKU MALU PADA DIRIKU SENDIRI
ADAKAH AKU LAYAK DICINTAI KAMU
MAKA YA ALLAH
BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK AKU BERIBADAH
AMALAN SOLEH KEPADA-MU
AGAR AKU RASA TAK MALU DENGAN BALASAN CINTA-MU KE AKU
SERASA HIDUPKU HANYALAH UNTUK MENCINTAI-MU
ITULAH MAHUKU YA ALLAH
DENGAN BELAS KASIHAN-MU
BERILAH AKU KESEMPATAN UNTUK MEMBALAS CINTA-MU YANG SELUAS LANGIT DAN BUMI
AGAR AKU TAK MENYESAL BILA BERTEMU DENGAN-MU NANTI
DENGAN LIMPAHAN KASIH DAN RAHMAT-MU
AKU TERSUNGKUR DI SEJADAH CINTA-MU
AKU MEMOHON KAU PERKENANKAN SEGALA CITA-CITA CINTA AKU KE KAMU ADALAH SEBENAR-BENAR JUJUR DEMI MERAIH CINTA-MU NAN ABADI...
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

HAMBA-MU YANG TERLALU KERDIL MERAYU PADA-MU....

....................................................
13 Ramadhan 1434H
22 July 2013M

SALAM ISRAK MIKRAJ UNTUK SULTAN HASANAL BOLKIAH DAN SEMUA RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT

SALAM ISRAK MIKRAJ

Salam Israk Mikraj
27 Rejab perjalanan Kekasih Allah Nabi Muhammad saw
Ke Sidratil Muntaha di langit ke tujuh
Dengan Kudrat dan Iradat Allah Azzawajallah

Salam Israk Mikraj
Perjalanan di malam hari bagaikan kilat
Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha
Menembusi tujuh lapisan langit
Sampai ke Bawah Arasy Allah Azzawajallah

Salam Israk Mikraj
Diperlihatkan indahnya Syurga
Yang tak terjangkau oleh pemikiran manusia memikirkannya
Diperlihatkan juga azab seksa ahli neraka amat dahsyat menginsafkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
ALLAH MENUNJUKKAN KEKUASAAN-NYA MENGATASI SEGALA-NYA

Salam Israk Mikraj
Syukur Ya Allah
Dengan izin-Mu
Kau izinkan Nabi Muhammad Kekasih-Mu
Memperlihatkan Kekuasaan-Mu Mengatasi Segala-Nya
Peristiwa Israk Mikraj
Menambahkan keyakinan ummat Nabi Muhammad saw
Untuk yakin seyakinnya akan Kebesaran Kekuasaan-Mu

Nabi Muhammad Pesuruh-Mu
Menceritakan apa yang disaksikan kepada ummatnya
Bertambah kasih sayangnya kepada kami
Mendoakan kami agar dimasukkan semua ummatnya ke Syurga
Diselamatkan dari azab api neraka yang mengerikan...

Kerana terlalulah azab menjadi ahli neraka
Nabi Muhammad menangis pagi petang siang dan malam
Berdoa terus berdoa hingga ke akhir hayatnya
Agar semua ummatnya diselamatkan daripada menjadi ahli neraka
'UMMATKU UMMATKU UMMATKU'
Itulah di akhir nafasnya
Yang diucapkan
Itulah doanya yang terakhir
Betapa kasih sayangnya Kekasih-Mu kepada semua ummatnya tanpa Terkecuali
Walhal Kekasih-Mu sudah dijamin masuk Syurga
Tapi masih mendoakan semua ummatnya masuk ke Syurga
Sampai akhir hayat Pesuruh-Mu Kekasih-Mu menyayangi kami
Tak terbalas kasih sayangnya kepada kami sebagai ummatnya
Makanya makbulkan doa Kekasih-Mu itu Ya Allah
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Salam Israk Mikraj
Telah terbukti
Kebesaran Kuasa Allah Azzawajallah Mengatasi Segala
Yang ada di langit dan di bumi
Telah terbukti
Nabi Muhammad saw
Mencintai semua ummatnya tanpa terkecuali
Moga bersamalah kita
Sentiasa berjiwa hamba-Nya kerana kita berstatus milik-Nya
Selama-Nya
Sentiasa menghargai kasih sayang Nabi Muhammad saw
Sehingga nafas terakhir
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
27 Rejab 1434H
6 Jun 2013M
Like · Reply · 24 minutes ago

Ratu Rimba Niagara INDAHNYA RUMAH ALLAH

بِسْمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

الله الله الله يا الله

لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل

لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ

سُبْحَانَ اللَّهِ ♤ ♣ الْحَمْدُ للَّهِ ♤ ♣ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤ ♣ اللَّهُ أَكْبَرُ♤ ♣

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله

~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~

MASJID RASHIDAH SA'ADATUL BOLKIAH

YA ALLAH KAU TERIMALAH SEDEKAH JARIAH HAMBA-MU
YANG MENGINFAKKAN HARTANYA UNTUK MENDIRIKAN
RUMAH-MU DI BUMI BRUNEI DARUSSALAM ATAS NAMA
MASJID RASHIDAH SA'ADATUL BOLKIAH

MOGA AKAN BANYAK LAGI RUMAH-RUMAH-MU DIDIRIKAN OLEH PARA HAMBA-MU YANG KAU KURNIAKAN REZEKI MELIMPAH RUAH KERANA ITULAH HARTA YANG MEREKA PUNYA UNTUK DIBAWA SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT NANTI, MAKA TERIMALAH YA ALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

SAJAK NUKILAN RATU RIMBA NIAGARA
DISIARKAN DI WALL KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH SEMPENA KEBERKATAN RAMADHAN MOGA ALLAH SWT TERIMA SEGALA AMAL SOLEH PARA HAMBA-NYA YANG MENDAMBAKAN HIDUP DAN MATI HANYA UNTUK ALLAH AZZAWAJALLAH
13 RAMADHAN 1434H
22 JULY 2013M
Like · Reply · 26 minutes ago

Ratu Rimba Niagara LIMPAHAN KASIH ILMU-NYA TIADA PENGHUJUNG
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Inilah hikmah di sebalik Allah temukan kita di alammaya saling berbagi ilmu dalam ikatan talisiraturrahmi yang mewangi sampai ke Syurga In Shaa Allah AAmiin.

Benarlah apa yang dikatakan
Menulis tentang Ke-Agungan Cinta Allah
Biarpun tujuh lautan sebagai tinta untuk menulis Kalimah tentang Ke-Agungan Cinta-Nya memang tak habis-habis untuk ditulis
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Makin di tulis makin tak habis-habis
Makin dikaji makin tak habis-habis
Makin dihayati makin banyak
Makin dibagikan/dikongsikan makin banyak Limpahan Kasih Ilmu-Nya yang tiada Penghujung tanpa nokhtah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Ilmu yang diberi dan didapat hanyalah sekadar jari yang dicelupkan ke Laut
Kesan yang terlekat di jari itulah ilmu yang kita perolehi
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Ilmu-Nya seluas-luas
Seluas Langit dan Bumi
Seluas Syurga-Nya
Benarlah seperti yang dikatakan
Orang yang menuntut ilmu itu para malaikat memayunginya jalan ke Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Ya Allah pilihlah kami hamba-Mu
Yang sukakan ilmu dan berbagi-bagi ilmu demi meraih kasih dan cinta-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

RATU RIMBA NIAGARA
15 Ramadhan 1434H
24 July 2013M
Like · Reply · 29 minutes ago

Ratu Rimba Niagara PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA

Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.

Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan,
Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran;
Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan,
Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.

Ayahanda akan terus memimpin anakanda,
Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis;
Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda,
Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.

Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi,
Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan;
Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi,
Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.

Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan,
Ayahanda akan terus membimbingmu;
Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan,
Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.

Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin,
Memburu impian menggapai cita-cita;
Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan,
Agar menjadi realiti segala yang dicita.

Capai setinggi mana mungkin cita-citamu,
Ilmu yang dituntut jangan sekali rasa jemu;
Kegagalan tidak akan pernah bertamu,
Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.

Dalam menuju segala kejayaan,
Cahaya keimanan amat diperlukan;
Allah jangan sekali dilupakan,
Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.

Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur,
Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu;
Asalkan anakanda cekal dan sabar,
Kerana sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.

Apabila segala ilmu terpasak di dada,
Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda;
Dan tika itu ayahanda tersenyum bangga,
Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.

Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung,
Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini;
Jadilah anak soleh berjiwa pejuang,
Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.

Ayahanda dan bonda tersayang,
Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan;
Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang,
Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.

Anakanda hargai pengorbanan ayahanda ,
Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda;
Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda,
Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.

Ayahanda dan bonda yang disayangi,
Anakanda akan berazam mencapai cita-cita;
Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni,
Membela agama bangsa dan Negara tercinta.

Anakanda sentiasa bangga dengan ayahanda,
Ayahanda pemimpin idola anakanda;
Membela agama dan bangsa walau di mana,
Hatimu putih bersih bak mutiara.

Perjuangan ayahanda tepat dan jelas,
Rela berkorban demi rakyat tercinta;
Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas,
Demi kerana Allah tercinta.

Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang,
Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru;
Moga sentiasa berjaya ketika berjuang,
Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.

Doakan anakanda menjadi pejuang sejati,
Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta;
Kita berjuang hingga ke mati,
Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta.

Syukur anakanda setiap hari,
Keluarga kita dilimpahi sakinah dariNya;
Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai,
Moga kita sekeluarga hingga ke SyurgaNya.

Anakanda tersayang ayahanda tercinta,
Kasih berpadu bersama bonda dicintai;
Hidup berkeluarga sakinah tercipta,
Insya-Allah sekeluarga menghuni SyurgaNya nanti.

Duhai anakanda kesayangan ayahanda bonda,
Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
Dewasa nanti menjadi seorang Khalifah-Nya,
Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.

Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.

Karya Ratu Rimba Niagara
15 Ramadhan 1434H
24 July 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KERABAT DIRAJA BRUNEI DARUSSALAM TERISMEWA UNTUK PUTERA ABDUL MALIK YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT)
Like · Reply · 31 minutes ago

NAMA-NAMA DAN TUGAS MALAIKAT

Malaikat Jibril
Dia ialah penghulu segala malaikat. Tugasnya menyampaikan wahyu kepada rasul dan Nabi. Malaikat adalah satu dari tiga malaikat yang namanya disebut dalam al-Quran. Nama malaikat Jibrail disebut dua kali dalam al-Quran iaitu pada surah 2 ayat 97 dan 98.
Malaikat jibrail juga sering disebut dalam hadis dan kisah para nabi memandang jibril sering turun ke bumi dan berubah menyerupai manusia (lazimnya lelaki) untuk bertemu dengan para nabi. Antaranya adalah peristiwa ketika Jibril bertanyakan Nabi Muhammad SAW islam dan ihsan serta tanda-tanda hari kiamat. Jibril juga pernah mengiring Nabi Muhammad dalam Isra’ dan Mikraj iaitu perjalanan malam dari Makkah ke Baitul Maqdis sebelum Nabi Muhammad sendiri menemui Allah di Sidratul Muntaha.

وَلَقَدْ رَآهُ بِالْأُفُقِ الْمُبِينِ
Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.(at-takwiir:23)

Malaikat Mikail
Tugasnya ialah menurunkan hujan untuk menghidupkan bumi, bintang-bintang, pokok,
dan tumbuh-yumbuhan yang lain. Menyebarkan rezeki.

مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِلَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَالَ فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ

Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir. (al-baqarah:98)

Malaikat Izrail
Tugasnya ialah mengambil nyawa sekalian makhluk. Izrail juga dipanggil malaikat maut.
Malaikat izrail diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan yang serupa dengan malaikat Mikail baik wajahnya, saiznya, kekuatannya, lisannya dan sayapnya. Semuanya tidak kurang dan tidak lebih. Dari kepala hingga kedua telapak kakinya berbulu za’faran dan di setiap bulu ada satu juta muka dan setiap satu juta muka mempunyai satu juta mata dan satu mulut. Setiap mulut ada satu juta lidah, setiap lidah boleh berbicara satu juta bahasa. Jika seluruh air di lautan dan sungai di sunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.

Malaikat Israfil
Dia diserahi tugas meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan

Malaikat Raqib Dan Atid
Malaikat berada di kiri dan kanan setiap manusia. Malaikat raqib di sebelah kiri mencatat amalan jahat sementara malaikat Atid sebelah kanan mencatat amalan baik. Tiap satu kebajikan di tulis dengan sepuluh ganda kebajikan manakala satu kejahatan dibals dengan satu kejahatan sahaja. kesimpulannya segala tingkah laku manusia tidak akan terlepas dari kedua-dua malaikat ini.

مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya Malaikat Pengawas yang selalu hadir” (QS. Qaaf: 18)

Malaikat Munkar Dan Nangkir
Kedua-dua malaikat ini bertugas menyeksa dan mengemukakan soalan-soalan kepada orang yang telah meninggal dunia di dalam kubur. Tidak ada seorang pun yang dapat melepaskan dirinya ini daripada kedua-dua malaikat ini walaupun di mana pun mereka mati.
“Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir” (HR. at Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih Sunan at Tirmidzi no. 856)

5.7 Malikat Malek

Dia adalah penjaga neraka .

وَنَادَوْا يَا مَالِكُ لِيَقْضِ عَلَيْنَا رَبُّكَ قَالَ إِنَّكُم مَّاكِثُونَ
“Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!" ( az- zukhruf ;77)

Malaikat Ridhwan
Tugasnya menjaga syurga.

Malaikat Zabaniah
Dinyatakan di dalam al-Quran mengenai malaikat yang bertugas mengawal atau menjaga neraka serta penghuninya sebagaimana firman Allah

وَنَادَوْا يَا مَالِكُ لِيَقْضِ عَلَيْنَا رَبُّكَ قَالَ إِنَّكُم مَّاكِثُونَ
Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"(al-zukhruf:77)

Posted by nurul izzah mohd izhar at 07:21

(TERIMA KASIH BUAT SAHABAT AKHIRATKU NURUL IZZAH MOHD IZHAR MOGA DITAMBAHKAN ILMU LIMPAHAN KASIH-NYA UNTUK MU DAN MENJADI AMAL SOLEHMU DI AKHIRAT NANTI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)

14 Ramadhan 1434H
23 July 2013M

KASIHKU SAMPAI KUBUR SAMPAI SYURGA MENYAYANGIMU MOGA KASIH KITA TERSIMPUL MATI HINGGA KE SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

KASIH SAYANG SAMPAI KUBUR KASIH SAYANG SAMPAI SYURGA

Siapa pun kita
suatu masa kita pasti bersendiriaan

Siapa pun kita
kita akan bersendiriaan
pabila berada di alam barzah
tiada siapapun menemani kita
biarpun semasa hidup
kita dikelilingi keluarga tersayang
sayang suami kepada isteri
sayang isteri kepada suami
sayang bapa kepada anak
sayang ibu kepada anak
sayang anak pada bapa dan ibu
semua yang tersayang
tak ikut kita sampai ke liang lahad
sekadar melihat kita di masukkan di liang lahad
sekadar tangis pilu apabila melihat
tanah di timbuskan ke jenazah kita
yang pada ketika itu
sedang berdebar
dalam huru hara alam barzah kesendiriaan
setelah tujuh langkah perjalanan mereka
kita ketika itu dibangkitkan
untuk ditanyai oleh oleh Malaikat Munkar Nangkir
ALLAHU AKBAR HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU
KITA DI KALA ITU

Yang tersayang pulang
tanpa memikirkan keadaan kita bagaimana
susah ke kita senang ke kita tika berada di alam barzah
yang tersayang pulang bersama hilangnya kenangan bersama kita
walhal semasa kita hidup
kitalah buah hatinya pengarang jantungnya
mahu sehidup semati dengan kita
tapi bila kita sudah mati
janji tinggal janji
bukan hendak temankan kita dalam kubur sekali
hendak menziarahi kubur kita
untuk sedekahkan sepotong doa pun tidak
benar-benar kita ditinggalkan kesendirian
tanpa ehsan tanpa sepotong doa

Yang tersayang
kubur kita masih merah lagi
sudah pun ada pengganti cinta kita
lagilah lupa akan kenangan kasih sayang bersama kita

Yang tersayang
kubur kita masih merah lagi
bercakaran sesama sendiri berebutkan harta yang kita
tinggalkan ...hingga sanggup putus persaudaraan
gara-gara harta yang kita tinggalkan

Yang tersayang memang kejam bukan fikirkan kita
sedang diazab di alam kubur atas
ketamakan mereka berebutkan harta pusaka
sudahlah harta pusaka ehsan dari kita berikan pada mereka
tapi mereka berebut-rebut hendak lebih
kita suruh bagi ikut faraid
ini sanggup memalsukan amanah kita atas ketamakan melampau
kasihan kita di alam barzah
terseksa diseksa atas harta peninggalan kita
jika kita tahulah begini jadinya
yang tersayang bercakaran sesama sendiri kerana harta kita
lebih baiklah kita wakafkan saja tanah pusaka itu
tiadalah kita terseksa begini di alam barzah

Sememangnya yang tersayang tak sayangkan kita
biarkan kita kesendiriaan
terus terseksa di alam barzah sehingga
HARI KEBANGKITAN

Di hari kebangkitan akhirat
kita kesendiriaan lagi
yang tersayang sudah tak ada tersayang lagi
masing-masing saling tak mengenali
kerana masing-masing sibuk dengan hura hara
padang Mahsyar yang penuh mencabar haru biru
selamat di padang Mahsyar
selamatlah kita
tapi di alam barzah pun tak selamat
mana bisa mungkin kita selamat di Padang Mahsyar
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga yang tersayang selamat kita pun selamat
setelah sama-sama memperbaiki iman yang tandus
mahu sama-sama menginsafi diri
saling menghargai kasih sayang demi-Nya
tak akan biarkan kesendirian
sentiasa bekerjasama dalam perkara kebajikan
bila mati akan menghantar kiriman doa
menginfakkan harta yang kita tinggalkan...
itulah tanda kasih sayang sampai kubur kasih sayang sampai Syurga
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
15 Ramadhan 1434H
24 July 2013M

SILATURAHMI SEMANIS KURMA KEBERKATAN RAMADHAN

MOGA LAMAN ALAMMAYA INI
SEBAGAI JALINAN SILATURAHMI
YANG SENTIASA HARMONIS
SEMANIS KURMA KEBERKATAN RAMADHAN
SENTIASA SALING MEMBERI MANFAAT
KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG RAMAI
AAMIIN YA RABBAL A'ALMIIN.

SALAM SILATURAHMI
SALAM RAMADHAN
SALAM AIDIL FITRI
SALAM SEMANIS KURMA KEBERKATAN RAMADHAN
SALAM KEMAAFAN ATAS KEKHILAFAN DALAM BERSASTERA

TULUS IKHLAS DARIPADA,
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
YANG INGIN SETIA BERPUJANGGA SELAGI SUDI
15 RAMADHAN 1434H
24 JULY 2013M

(PETIKAN DARIPADA WALL KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH & RATU RIMBA NIAGARA)
15 Ramadhan 1434H
24 July 2013M

MARHABAN YA RAMADHAN SEMANIS KURMA SEMANIS IMAN

0 comments:

Post a Comment

 
;