PULAPOL, 22 Julai 2013 – DCP Dato’ Sharifuddin bin Abdul Ghani, Ketua Polis Pahang menerima bendera Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Pengaman Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pagi tadi selaku ketua misi atau Chef-De-Mission Kontinjen PDRM sempena penyertaan pasukan PDRM ke Kejohanan World Police & Fire Games 2013.
Kejohanan temasya sukan dwi-tahunan itu akan berlangsung dari 1 hingga 10 Ogos 2013 di Belfast, Ireland Utara dengan penyertaan seramai 58 atlet PDRM dalam pelbagai acara termasuk golf, lawn ball, squash, badminton, olahraga dan bina badan.
Sejarah World Police & Fire Games bermula pada tahun 1985 di San Jose, Carlifornia dan PDRM mula mengambil bahagian sejak 1995 semasa Melbourne, Australia menjadi tuan rumah pada masa itu dan PDRM tidak pernah ketinggalan menyertai kejohanan ini sejak 18 tahun lalu. — 58 WAKILI PDRM KE KEJOHANAN WORLD POLICE & FIRE GAMES 2013 (16 photos)
13 Ramadhan 1434H
22 Julai 2013
0 comments:
Post a Comment