- TUHAN JIKA INI RAMADHAN TERAKHIRKU
Tuhan jika ini Ramadhan terakhirku...
terimalah
amalanku
berilah pengampunanMu
bukakan hati hamba-hambaMu
yang pernah kukenali atau tidak
biarpun aku tidak mengenali tapi mereka mengenaliku
dapat memaafkan segala kesalahanku pada mereka ...
begitu juga semua keluargaku... sanak saudaraku
juga teman fbku dan alam maya yang membaca karya-karyaku
yang kukenali atau pun tidak
maafkan aku ...
sesungguhnya aku insan yang tak sempurna
biarpun aku menjaga segala perbuatan dan tutur kata
sebaik yang mungkin
tapi
siapalah aku
yang serba tidak sempurna
tapi percayalah
hati dan kalbuku
tiada lain yang kufikirkan
melainkan untuk berbuat baik
kepada semua manusia keranaNya
bukan mengharapkan apa-apa pun balasan!
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
redhailah hidup matiku!
Kerana aku ingin bertemuMu
dalam keadaan tenang
tanpa dibenci hamba-hambaMu yang hidup
waima makhluk yang Kau Ciptakan
di muka bumi ini!
Lancarkan lafaz
LaaillaahaillaAllah MuhammadarRasullullah
di kala nyawa sampai di kerongkongku nanti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
...............................
3 Ramadhan 1434H12 Julai 2013M (Jumaat)
- IZINKAN AKU BERBICARA DENGANMU SAHABAT DUNIA AKHIRATKU
Duhai para sahabat ku tersayang...
Bolehkah aku berbicara dengan kalian?
Biarpun kalian tidak pernah kutemui
apa tah lagi berkata-kata di alam realiti
Kalau difikir logik alam realiti sebenarnya
kalian tak wujud tapi wujud...lebih hebat
dari alam mimpikan? Itulah betapa hebatNya
Kuasa Allah menemukan kita di alam maya
wujud tapi tak wujud ...
tak wujud tapi wujud...
begitulah alam roh
wujud tapi tak nampak
tapi dipercayai adanya roh
kalau kita dah jadi roh
baru kita tahu apa maknanya roh
Begitulah kehadiran kalian di alam maya
kita saling bercerita
saling berkomunikasi
seolah kita dah lama kenal
dah tahu isi hati masing-masing
lucukan!
Semua perasaan ada dirasai:
marah
geram
menyampah
benci
sedih
hiba
suka
sayang
Yang peliknya kenapa kita ada perasaan macam tu?
Sedangkan mereka bukan pun wujud alam realiti kita?
Itulah dia hebatnya bahasa hati bahasa jiwa... bahasa kalbu...
Kerana kalian sudah faham bahasa hati, bahasa jiwa bahasa kalbu
Izinkan aku berbicara denganmu sahabatku,
Selama ini bertahun lamanya aku berbicara dengan
sahabat setiaku iaitu:
rohku
alam Ciptaan Tuhan
haiwan yang melata
Segala suka dukaku aku mengadu pada Alllah Tuhanku
Dia Maha Faham Dan Amat Mengerti isi hatiku...
Syukur Ya Allah Syukur tak terucap
Syukur berpanjangan tiada penghujung
Dengan Kasih SayangNya Sepenuh Alam Semesta CiptaanNya
Dengan Rahmat Kasih SayangNya
Dia kenalkan aku dengan sahabat-sahabat semua
Di luar kotak pemikiranku bahawa aku akan dikenalkan
dengan kalian hamba-hamba Allah yang hatinya sentiasa
mewangi dengan bunga-bunga cinta kasih sayang murni
saling memahami
saling berkasih sayang
semuanya kerana Allah Taala
biarpun kalian:
berharta
berpangkat
berpelajaran
berbudi bahasa
beriman
berlainan benua
perkasa
rupawan
bahagia
semuanya serba sempurna hidup kalian
tapi itu semua tidak menghalang persahabatan kita
Masya-Allah Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Menangis aku bila kenang KebesaranMu Tuhanku
siapalah aku untuk menjadi sahabat mereka itu Ya Allah
telah lama kuimpikan sahabat-sahabat sebaik mereka
Sedangkan selama ini watak-watak semurni mereka cumalah
di alam fantasiku saja...
Selama ini hidupku seperti sekuntum mawar yang
berada di padang pasir tandus berjuang bermati-matian
untuk meneruskan kehidupan ...
Dengan terjalinnya persahabatan yang suci ikhlas ini
mungkin ada hikmahnya hanya Allah saja yang Maha Tahu
alam ghaib, aku hambaNya wajib percaya apa saja yang
dikehendaki berlaku:
aku akur
aku pasrah
aku redha
apa saja aturan takdir yang ditentukan padaku
Ya Allah jika ditakdirkan aku dijemputMu di kala ini...
aku mesti disoal malaikat Munkar Nakir
kalau aku menerima azab kubur...
adakah aku sudah bersedia menanggung sakit
yang tak terperi itu?
aku rela Ya Allah... menerima azab kubur
bukan aku hambaMu yang sombong kerana berani
menerima seksaan kubur yang sekali pukulannya
saja boleh menghancurkan seluruh tubuh badan
menjadi abu ...kemudian dihidupkan kembali
begitulah seterusnya sehingga
dunia kiamat mendapat seksaan kubur...
aduh sanggupkah aku? Duhai jasad?
Tuhan...sebenarnya aku lebih teramat malu
denganMu jika aku tidak dapat
menjawab soalan di kubur
yang hanya lima soalan saja ditanya
aku gagal menjawabnya
sedang semasa aku hidup aku sudah
diberitahu apakah soalan-soalan kubur
yang akan bakal kujawab.
Allahu Akbar malunya aku Ya Allah
Ampunkan aku Ya Allah
Sekarang Dengan Rahmat Kasih SayangMu Semesta Alam
Kau telah bukakan Khashaf Dzat CintaMu padaku
Justeru kumerayu dengan belas kasihanMu
Peliharalah aku
Bimbinglah aku
Sinarlah Nur kasihMu
Padaku tanpa hentiNya
Agar aku tak malu lagi bila ditanya soalan kubur
aku dapat menjawab dengan lancarnya Ya Allah
Duhai sahabat izinkan aku berbicara lagi...
Jika rohku berada di tengah-tengah jurang antara Syurga dan neraka
tolong doakan untukku agar aku dapat diselamatkan dari jurang neraka
Mana tahu berkat doa-doa kalian...
berkat sedekah Al-Fatihah kalian
aku terselamat dari jurang api neraka
Jika ilmu-ilmu yang kutinggalkan boleh mendatangkan manfaat
untuk rohku kalian tolong sebar luaskan di merata tempat
di seluruh pelosok dunia hingga ke hujung dunia
agar tak tercicir satu pun
Jika ilmu-ilmu itu boleh ditukarkan menjadi wang ringgit...
kalian ambilah hasil itu dan gunakanlah untuk menyara hidup
keluarga kalian secukupnya dan selebihnya sedekahkanlah
kepada fakir miskin yang memerlukan dan anak-anak yatim
yang perlukan pembelaan hidup
Aku di sini tidak perlukan lagi harta benda
dan wang ringgit lagi cuma apa yang kupesankan
pada kalian itulah yang dapat membantuku di alam ini.
Duhai sahabatku... izinkan aku berbicara lagi:
Tolong pesankan kepada dua orang puteriku dan
seorang puteraku, kalau kalian berjumpa mereka
pesankan kepada mereka :
"Ibumu terlalu sayangkan kamu
seluruh hidup ibumu untuk kamu
ibu berpesan kalau kamu rindukan
ibu kamu bacalah semua pesanannya
di blog-blognya pasti hilang
rindu kalian pada ibumu
dan ibumu berpesan lagi
bukan sekadar baca untuk hilangkan rindu
tapi hayati dan amalkan apa yang baik
sebab segala yang baik itu semuanya
datang dari Allah ,
Ibu kalian berpesan lagi dia minta maaf
apa juga kesalahannya di sepanjang
dia mendidik dan membesarkan kalian
katanya dia gagal mendidik anak-anak
sepertimana yang dikehendaki Allah
dan ibumu akan malu kepada Allah
jika kalian semua persalahkannya
kerana tak pandai mendidik kalian bertiga.
Dan ibumu telah memaafkan segala kesalahan
kalian bertiga samada secara sengaja atau
pun tidak biarpun dosa kalian padanya
tinggi menggunung...sebesar zarah dosa
kalian pada ibu telah dimaafkannya di kala
ibu masih hidup lagi."
Jika kalian tidak berjumpa dengan puteri-puteri
dan puteraku tolonglah doakan bahawa terbuka
hati mereka untuk membaca semua yang kutulis
di blog-blogku duhai sahabat-sahabat yang
kukasihi dunia dan akhirat.
Moga persahabatan kita di dunia ini Insya-Allah
diteruskan hingga akhirat.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Sebelum aku menamatkan bicara pesanan terakhirku ini...
Dari hujung rambut hingga hujung kaki
ku mohon beribu ampun dan maaf kerana aku adalah
hamba yang tak sempurna untuk menjaga tutur kataku
dan perbuatanku pada kalian...
Selagi kalian tak maafkan aku ...
Allah juga tidak akan maafkan aku
Justeru jika kalian sayangkan aku maafkan aku
duhai sahabat-sahabatku sayang dunia akhirat.
Moga diizinkan Allah kita bertemu di alam realiti di dunia
dan di akhirat hendaknya!
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
SAHABAT YANG SETIA BERPUJANGGA DENGANMU,
RATU RIMBA NIAGARA
3 Ramadhan 1434H
12 Julai 2013M - WARKAH WANGIAN SETANGGI CINTA
Jutaan terima kasih
Duhai sahabat permata kalbuku
Yang sudi hadir berhidup
Di Laman Cinta Kasih Sayangku
Biarpun perkenalan kita cumalah
Di alam maya
Tanpa suara
Tanpa orangnya
Cuma gambarmu pengubat rindu di kala sepi
Aku terasa amat bahagia
Kalian telah menyapu
Air mata kalbuku
Dengan Sapu Tangan Cinta Syahdu
Yang direnjiskan wangian haruman setanggi cinta
Aku amat terharu dan menghargainya
Lalu aku menangis berlagu
Lalu aku menangis dalam sendu
Syukurku dalam sujudku
Dirasakan duniaku yang kelam
Sejak puluhan tahun
Hidup seperti mati dalam tidur
Dengan Kurniaan Allah
DiKurniakanNya kalian
Hadir mengejutkan aku
Dari lena yang teramat panjang
Hidupku bagaikan
Setiap hari dan ketika
Disinari pelangi di siang hari
Disinari jutaan bintang-bintang yang berkedipan setiap masa
Disulami dengan sinaran bulan purnama yang amat indah tika waktu malam
Allahu Akhbar...Hanya Allah saja yang tahu betapa indahnya panorama
Di waktu siang dan malam
Di laman taman Cinta Kasih Sayangku itu
SUBAHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
KEKUASAAN KEMEGAHAN KEBANGGAAN
Hanyalah MilikMu Tuhan
Tuhan Semesta Alam
Yang Menguasai Segala Yang Hidup Dan Yang Mati
Yang Menguasai Hari Qiamat
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Dia Yang Berkuasa Memberi CintaNya
Membuka hati cinta hamba-hambaNya
Saling sayang menyayangi KeranaNya
Akhir kata sambutlah salam
Kasih sayang seumur hidupku
Kepada sahabat-sahabatku tersayang
Moga Allah
Memakbulkan doa kalian untukku
Dan Allah memakbulkan doaku untuk kalian
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Ramadhan 1434H
12 Julai 2013M - PERBEZAAN TENTERA MESIR DENGAN TENTERA MALAYSIA
JIKA ANDA MENYANDANG JAWATAN TENTERA ANDA MAHU MEMBELA
TENTERA MESIR ATAU TENTERA RAKYAT MESIR?
APAKAH DEFINASI TENTERA FISABILILLAH ?
APAKAH DEFINASI TENTERA ALLAH?
APAKAH DEFINASI TENTERA RAKYAT?
APAKAH DEFINASI TENTERA KERAJAAN?
SEJUJURNYA AKU, KAMU DAN SEMUA YANG MANA SATU STATUS ANDA?
Jika ditanya apakah maknanya tentera fisabilillah
mereka akan jawab tentera yang berjuang di medan perang menentang musuh yang menzalimi rakyat Islam dan negara Islam jika gugur balasannya Syurga
Jika ditanya apakah maknanya Tentera Allah
Tentera Allah yang dikirimkan Allah yang terdiri daripada para malaikat-Nya
yang dinampakkan atau yang tidak dinampak dengan mata kasar manusia.
Jika ditanya apakah maknanya tentera rakyat..
Membela pemimpin yang rakyat pilih untuk dinobatkan sebagai presiden
memerintah sesebuah negara...dipilih oleh rakyat mengikut undang-undang bernegara.
Jika ditanya tentera kerajaan
Tentera yang dilantik kerajaan untuk setia kepada tanah air tercinta. Cinta yang tak berbelah bahagi mempastikan negaranya berada dalam keadaan selamat daripada dijajah oleh pihak musuh...mengekalkan kemerdekaan negara adalah untuk rakyat dan negara selamat tanpa berani diganggu gugat akan kesejahteraannya.
Jika kita tahu kita berstatus tentera yang mana satu...pasti kita tahu apa tanggungjawab kita tanpa mempertikaikan kuasa seseorang yang diberikan mandat
oleh rakyatnya mengikut sistem demokrasi yang telus dinobatkan sebagai presiden.
Inilah yang berlaku di Mesir ....di mana presiden yang dipiih oleh rakyatnya sudah menjadi isu yang besar dan melibatkan pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dalam sejarah dunia, di mana presiden pilihan rakyat yang sah telah digulinglan oleh Tentera Mesir.
Seluruh rakyat Mesir terlalu marah kerana pihak tentera telah menyalahkan kuasanya untuk menindas rakyat pada Presiden Mohammed Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir.
Berlakulah kebangkitan suara rakyat Mesir mahu presiden yang mereka pilih dikembalikan semula jawatannya sebagai Presiden Mesir tapi tidak dihiraukan oleh pihak tentera Mesir. Berlaku pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dimana Rakyat Mesir yang membela Presiden Morsi daripada terus-terusan digulingkan oleh pihak Tentera...dibunuh ketika solat Subuh. Adakah pembunuhan yang kejam itu sah di sisi undang-undang negara? Adakah tentera rakyat yang membela presiden berjiwa hamba-Nya,dibunuh beramai-ramai ketika solat itu dikira mati syahid?
Jika pergolakkan politk Mesir tidak dapat diselesaikan segera maka akan berlakulah pertumpahan darah antara rakyat Mesir dengan tentera Mesir. Bumi Mesir sudah pastilah bermandikan darah ...rakyat Mesir yang tak berdosa menjadi mangsa ketidakadilan Tentera Mesir yang inginkan berkuasa mengikut kehendak Tentera.
Jika ada mana-mana tentera di negara luar pasti berasa celaru pemikiran mereka , mereka berada di pihak mana mahu mendukung/menyokong....di pihak tentera atau di pihak rakyat. Jika mereka mendukung di pihak tentera kerana mereka tentera...andainya matinya menyokong pihak tentera Mesir dikira mati syahid ke tidak?
Jika mereka menyokong rakyat Mesir...tindakan mereka seperti telah lari dari medan perang kerana mendukung rakyat mesir bukan menyokong Tentera Mesir.
Yang mana satu hendak disokong amat memeningkan . DILUAH MATI EMAK DITELAN MATI BAPAK. Apapun yang ada di fikiran setiap yang bergelar tentera fisabilillah mahu matinya syahid. Anda gimana. Berilah pandangan/komentar anda jika anda tertarik dengan isu yang dikemukan ini.
Segala pandangan/komentar haruslah logik kerana ini adalah isu yang amat berat untuk kita sama-sama memikirkan andainya perkara yang sama terjadi di negara kita sendiri.
"SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARINYA YANG LEMAH ITU ADALAH DATANG DARI KELEMAHAN SENDIRI."
OLEH RATU RIMBA NIAGARA.
1 Ramadhan 1434H
10 Julai 2013M
Like · Reply · about an hour ago
ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYSIA SETIASA BERSIAP SIAGA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA
Rakyat Malaysia berasa bertuah kerana mempunyai Angkatan Tentera diRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi kerana Agama, bangsa dan negara.
Seperti yang ada terkandung dalam rukun negara yang kedua, ' SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA'. Semua rakyat Malaysia tanpa terkecuali mesti mentaati apa yang terkandung dalam rukun negara.
Sebab itu jika ada di antara rakyat Malaysia yang tidak memahami rukun negara , mereka tiada rasa jiwa cintakan negara. Mengganggap negara mereka tidak penting hingga sanggup memperlekehkan Institusi DiRaja tanpa memikirkan impak daripada akan ketidaksetiaan mereka kepada raja dan negara mereka sendiri.
Moga Rukun Negara menjadi salah satu subjek matapelajaran wajib lulus di semua sekolah rendah dan menengah mahupun IPTA/IPTS.
Jika sekiranya semua rakyat Malaysia berjiwa patriotik mencintai negara mengatasi kepentingan sendiri , In Shaa Allah Malaysia aman, sejahtera dan dapat mengekalkan kemerdekaan untuk diwariskan kepada generasi kini dan akan datang.
Tidaklah menjadi seperti yang berlaku di Mesir di mana ada pencanggahan rakyat dengan pihak tentera Mesir yang tidak mengistiharkan hak rakyat melalui sistem demokrasi memilih pemimpin mereka Mohammed Morsi sebagai presiden Mesir yang digulingkan oleh Tentera Mesir. Ini menyebabkan kebangkitan rakyat Mesir untuk mempertahankan pemimpin mereka hingga berlakulah pertumpahan darah di bumi Mesir tanpa ehsan.
Yang menjadi mangsa yang tidak berdosa adalah rakyat Mesir...selepas digulingkan ,"PINTU RAFFAH" telah ditutup yang mana pintu Raffah ini adalah jalan keluar masuk bantuan makanan dan perubatan ke GAZA. Bayangkan apa akan terjadi kepada rakyat GAZA jika pintu yang menghubungkan ke GAZA ditutup.
Makanya warga dunia yang beragama Islam mesti bersatu untuk menyelamatkan rakyat GAZA yang menuju di ambang derita akibat kerakusan kuasa yang sudah menepikan rasa kemanusiaan sesama manusia.
Peristiwa yang terjadi di Mesir haruslah menjadi iktibar kepada semua rakyat Malaysia jika kita sengaja membiarkan negara kita hidup dalam mengadu domba agar negara Malaysia yang aman damai ini menjadi kucar kacir.Tidak tenteram pastilah akan berlaku sepertimana yang berlaku di Mesir. Tapi bezanya di Malaysia , Angkatan Tentera DiRaja Malaysia tidak akan menjadi seperti Tentera Mesir yang berpaling tadah demi ketamakan kuasa untuk memerintah ...mereka telah menyelewengi amanah rakyat kepada mereka.
Angkatan Tentera DiRaja Malaysia sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempastikan rakyat dilindungi daripada sebarang ancaman musuh.Contoh sepertimana yang berlaku pertistiwa berdarah di Lahad Datu di mana Anggota Polis DiRaja Malaysia dibunuh kejam oleh musuh negara. Angkatan Tentera DiRaja Malaysia bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia pergi ke Lahad Datu memerangi musuh sehingga semua musuh berjaya ditumpaskan.
Inilah bukti betapa Angkatan Tentera DiRaja Malaysia dan PDRM mementingkan keselamatan semua rakyat Malaysia terjaga di sebilang masa. Mereka sentiasa bersiap siaga mempertahankan KEDAULATAN NEGARA. Makanya rakyat Malaysia mesti bersyukur atas pengorbanan yang diberikan oleh ATM dan PDRM.
Di atas pengorbanan semua anggota keselamatan negara samada yang masih hidup dan gugur di medan juang kami rakyat Malaysia mengucapkan sekalung doa 'Moga Allah Azzawajallah membalas segala kebaikan semua samada ketika hidup dan meninggal dunia sentiasa diRahmati Allah swt Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
OLEH RATU RIMBA NIAGARA
2 Ramadhan 1434H
11 Julai 2013M
(KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT MESIR PENYOKONG SETIA PRESIDEN MOHAMMED MORSI, RAKYAT GAZA, ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYASIA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA) - JIKA ANDA MENYANDANG JAWATAN TENTERA ANDA MAHU MEMBELA
TENTERA MESIR ATAU TENTERA RAKYAT MESIR?
APAKAH DEFINASI TENTERA FISABILILLAH ?
APAKAH DEFINASI TENTERA ALLAH?
APAKAH DEFINASI TENTERA RAKYAT?
APAKAH DEFINASI TENTERA KERAJAAN?
SEJUJURNYA AKU, KAMU DAN SEMUA YANG MANA SATU STATUS ANDA?
Jika ditanya apakah maknanya tentera fisabilillah
mereka akan jawab tentera yang berjuang di medan perang menentang musuh yang menzalimi rakyat Islam dan negara Islam jika gugur balasannya Syurga
Jika ditanya apakah maknanya Tentera Allah
Tentera Allah yang dikirimkan Allah yang terdiri daripada para malaikat-Nya
yang dinampakkan atau yang tidak dinampak dengan mata kasar manusia.
Jika ditanya apakah maknanya tentera rakyat..
Membela pemimpin yang rakyat pilih untuk dinobatkan sebagai presiden
memerintah sesebuah negara...dipilih oleh rakyat mengikut undang-undang bernegara.
Jika ditanya tentera kerajaan
Tentera yang dilantik kerajaan untuk setia kepada tanah air tercinta. Cinta yang tak berbelah bahagi mempastikan negaranya berada dalam keadaan selamat daripada dijajah oleh pihak musuh...mengekalkan kemerdekaan negara adalah untuk rakyat dan negara selamat tanpa berani diganggu gugat akan kesejahteraannya.
Jika kita tahu kita berstatus tentera yang mana satu...pasti kita tahu apa tanggungjawab kita tanpa mempertikaikan kuasa seseorang yang diberikan mandat
oleh rakyatnya mengikut sistem demokrasi yang telus dinobatkan sebagai presiden.
Inilah yang berlaku di Mesir ....di mana presiden yang dipiih oleh rakyatnya sudah menjadi isu yang besar dan melibatkan pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dalam sejarah dunia, di mana presiden pilihan rakyat yang sah telah digulinglan oleh Tentera Mesir.
Seluruh rakyat Mesir terlalu marah kerana pihak tentera telah menyalahkan kuasanya untuk menindas rakyat pada Presiden Mohammed Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir.
Berlakulah kebangkitan suara rakyat Mesir mahu presiden yang mereka pilih dikembalikan semula jawatannya sebagai Presiden Mesir tapi tidak dihiraukan oleh pihak tentera Mesir. Berlaku pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dimana Rakyat Mesir yang membela Presiden Morsi daripada terus-terusan digulingkan oleh pihak Tentera...dibunuh ketika solat Subuh. Adakah pembunuhan yang kejam itu sah di sisi undang-undang negara? Adakah tentera rakyat yang membela presiden berjiwa hamba-Nya,dibunuh beramai-ramai ketika solat itu dikira mati syahid?
Jika pergolakkan politk Mesir tidak dapat diselesaikan segera maka akan berlakulah pertumpahan darah antara rakyat Mesir dengan tentera Mesir. Bumi Mesir sudah pastilah bermandikan darah ...rakyat Mesir yang tak berdosa menjadi mangsa ketidakadilan Tentera Mesir yang inginkan berkuasa mengikut kehendak Tentera.
Jika ada mana-mana tentera di negara luar pasti berasa celaru pemikiran mereka , mereka berada di pihak mana mahu mendukung/menyokong....di pihak tentera atau di pihak rakyat. Jika mereka mendukung di pihak tentera kerana mereka tentera...andainya matinya menyokong pihak tentera Mesir dikira mati syahid ke tidak?
Jika mereka menyokong rakyat Mesir...tindakan mereka seperti telah lari dari medan perang kerana mendukung rakyat mesir bukan menyokong Tentera Mesir.
Yang mana satu hendak disokong amat memeningkan . DILUAH MATI EMAK DITELAN MATI BAPAK. Apapun yang ada di fikiran setiap yang bergelar tentera fisabilillah mahu matinya syahid. Anda gimana. Berilah pandangan/komentar anda jika anda tertarik dengan isu yang dikemukan ini.
Segala pandangan/komentar haruslah logik kerana ini adalah isu yang amat berat untuk kita sama-sama memikirkan andainya perkara yang sama terjadi di negara kita sendiri.
"SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARINYA YANG LEMAH ITU ADALAH DATANG DARI KELEMAHAN SENDIRI."
OLEH RATU RIMBA NIAGARA.
1 Ramadhan 1434H
10 Julai 2013M
· - MOGA CINTA ALLAH MENGATASI SEGALA-NYA
Ariel Arjuna Andre RickyTentera Fisabilillah (30)™
Selamat Menunaikan Solat Fardhu Isya' buat sahabat2 sekalian, semoga Solat kita diterima Allah s.w.t, semoga pintu taubat dan keampunan dibuka buat kita semua, semoga jiwa dan raga ...akal dan fikiran kita sentiasa disemai dgn benih2 kecintaan kepada Allah s.w.t melebihi segalanya...semoga Syurga Allah milik kita semua...Amiin Ya Rabbil Alamin
Wassalam - ArielARJUNA 1440 -
PANTUN NUR HIDAYAH KASIH
Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
Di mana saja Kau tak kulupa,
CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.
Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
KuasaMu mengatasi segala yang ada;
Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.
Maha Suci Allah,
Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
Aku pasrah atas segala ketentuanNya.
Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
Dari lubuk hati bawa ke mati;
Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.
Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.
Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
Janji Allah semuanya benar;
Tetapi manusia melupakan Allah,
Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.
Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
Kurindumu terbawa dalam mimpi;
Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.
Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
Kasihmu pada kami akan terpatri,
Dunia dan akhirat menjadi saksi.
Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
Air wuduk disapukan ke wajahku:
Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
Aku bersyukur dalam sujudku.
Di bumi ini aku bersujud padaNya,
Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.
Tika aku bersujud padaMu,
Serasa Kau hampir denganku;
Kubersujud penuh kusyuk,
Moga Kau terima solatku.
Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Berzikir memujiMu mengundang rindu,
Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
Rohku syahdu dalam sendu,
Jasadku bersyukur dalam qalbu.
Membaca KalamMu hatiku pilu,
Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
Seolah berada di Taman SyurgaMU,
Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.
Setelah solat kuberdoa padaMu,
Mohon Kau perkenankan doaku;
Kuterus merayu dalam doaku,
Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Di pagi yang hening ini,
Munajatku dengan linangan air mata;
Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.
Al-Quran sentiasa di sampingnya,
Dibaca berulang kali tanpa jemu,
Setiap surah dihafal dalam mindanya,
Menjadi peguam bela di kuburmu.
Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.
Wajah berseri bak penghuni Syurga,
Senyuman ikhlas menawan iman;
Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.
Ceriakan hidupmu setiap hari,
Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
Setiap hari saling ingat mengingati,
Hingga ke mati dikenang jasamu.
Duhai yang dihormati sahabatku,
Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
Moga ilmumu mengusik qalbu,
Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.
Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Kasih sayangMu tidak terbatas;
Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.
Karya Ratu Rimba Niagara
29 Syaaban 1434H
8 Julai 2013M
BUKAKAN KHASHAF DZAT CINTA-MU PADAKU YA ALLAH
Kalbu hanya terpana Dzat Cinta-Nya,
Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
Beruntunglah para pencinta-Nya,
MencintaiNya abadi tanpa henti-Nya.
MencintaiNya abadi tanpa henti-Nya,
Degupan jantung seiring zikir pada-Nya;
Bicara seiring kalbu moga dikabulkan-Nya,
Hidup dan mati hanyalah untuk-Nya.
Hidup dan mati hanyalah untuk-Nya,
Tiada yang berharga melainkan cinta-Nya;
Siang dan malam pagi dan petang memikir-Nya,
Bertahta di hati hanya cinta-Nya.
Bertahta di hati hanya cinta-Nya,
MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
Jasad dan roh tenang bila mengingati-Nya,
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang.
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalas-Nya;
Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.
Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
Apalah erti hidup ini,
Jika Kau menolak cinta sedihnya,
Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.
Sedihnya aku mehasabah diri sendiri,
Aku hamba-Mu yang banyak kelalaian;
Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
Pengampunan-Mu sentiasa kuharapkan.
Pengampunan-Mu sentiasa kuharapkan,
Kan kuperbaiki segala yang kurang;
Kulakukan demi-Mu Ya Tuhan,
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang.
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
Dengan Kekuasaan-Mu bukakan Khashaf Cinta Dzat-Mu;
Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang,
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumiliki Khashaf Cinta Dzat-Mu.
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumiliki Khashaf Cinta Dzat-Mu,
Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
Kalbu tetap terpana dalam Dzat Cintakan-Mu,
Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalah-Mu.
Dengan Rahmat-Mu Yang Maha Agong Ya Allah ,
Mulianya kalimah Syurga-Mu:
LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
Kau balaslah cintaku cinta para pecinta-Mu.
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA Ratu Rimba Niagara
29 Syaaban 1434H
8 Julai 2013
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIAGARA)
29 Syaaban 1434H
8 Julai 2013M Dengan izin YTM Sri Pemangku Adat
"MERIAM TERAKHIR KERAJAAN MELAYU ISLAM PATANI"
3 Ramadhan 1434H
12 Julai 2013M
0 comments:
Post a Comment