Saturday, 13 July 2013

DANA SASTERA DISIARKAN LAMBANG CINTAKU KEPADA YANG BERGELAR KANAK-KANAK ...NENDA SAYANG KALIAN SEMUA KERANA ALLAH TAALA MAKANYA HARGAI KASIH SAYANG NENDA SETULUS HATIMU SAYANG...(BHG 1 & 2)




Ratu Rimba Niagara shared a status update.
DANA SASTERA DISIARKAN LAMBANG CINTAKU KEPADA YANG BERGELAR KANAK-KANAK ...NENDA SAYANG KALIAN SEMUA KERANA ALLAH TAALA MAKANYA HARGAI KASIH SAYANG NENDA SETULUS HATIMU SAYANG...(BHG 1)

RECENT POSTS

Nooraini Mydin
Saya tak faham kenapa ada orang yang suka membawa anak kecil ke Masjid sedangkan mereka tidak berupaya mengikuti imam menunaikan solat Tarawih tetapi cuma menganggu orang lain yang cuba menunaikan ibadat.
Like · · Unfollow Post · Share · 3 hours ago
5 people like this.

Muhammad Hifni Mungkin berfikir, agar si anak tersebut mengetahui ajaran-ajaran islam, dan mendidiknya dengan hal yang baik,,, itu suatu hal yang bagus, tetapi jika anak tersebut mengganggu lebih baik di tegur dengan hati yang tenang...!!!

Zulkarnian Mazlan Saya setuju dengan kedua dua pendapat ini , tapi adakala bagai dikatakan oleh Tuan Nooraini Mydin , perbutan baik mendidik anak ke masjid itu menjadi dosa pula kepada ibu dan bapa kerana anak anak mereka mengganggu kekhusyukan dan ketenteram jemaah semasa menunaikan solat .... kita kena ingat , syaitan mempunyai berbagai cara untuk menyesatkan dan melalikan kita
2 hours ago · Like · 3

Muhammad Hifni Mungkin jika pertama seseorang tersebut membawa sang buah hati boleh saja, dan di lihat jika sang buah hati mengganggu / membuat Onar di masjid, kita boleh menegurnya kepada ke 2 orang Tuanya, berharap anak ini di hari ke 2 jangan di bawa untuk ke masjid jika sang anak ini hanya untuk menggangu... Para jama'ah yang lain.
2 hours ago · Like · 1

Nooraini Mydin Masalahnya, kanak-kanak ini langsung tidak makan teguran. Kalau anak kita tidak berdisiplin, lebih baik tinggal saja di rumah. Kalau mereka betul-betul ingin belajar berjemaah, memang baik tetapi ini cuma seperti "outing," cuma penjaga dapat "berehat" daripada tanggungjawab mengawal anak sendiri.
Selepas pengalaman ini saya lebih puas hati membuat Tarawih di rumah, walaupun tidak dapat ganjaran solat berjemaah, tetapi lebih sempurna.

Ratu Rimba Niagara Tapi di Mekah Mukarramah tak jadi masalah pun ...setiap kali berjemaah disambut oleh tangisan gema anak-anak menangis...barangkali kerana inilah ilmu pasakan tauhid ibubapa mereka jadi taat dengan Tuhan bila dewasa tidak seprti di Malaysia anak-anak kecil diperkecilkan malah dimarah-marah oleh ahli jawatan kuasa masjid hingga bila mereka dewasa menjadi trauma untuk ke masjid...macam mana itu ya...
about an hour ago · Edited · Like · 1

Muhammad Hifni Betul yang di bicarakan Ustzh Ratu Rimba Niaga, dengan lama kelama'an pasti akan Sang Buah hati dengan nasihat ke 2 Orang Tuanya akan paham dengan apa yang di lakukan di dalam Mesjid. Itupun semua tergantung pola fikir masing-masing, karna manusia itu mahluk yang sempurna, dia berhak untuk memilih ingin menjadi malaikat atau Syaiton, dengan keyakinan masing2...

Ratu Rimba Niagara Memang tidak dinafikan kenakalan kanak-kanak menggugat kesabaran kita berjemaah di Masjid tambahan pula bila dekatnya Aidil Fitri...mereka bermain mercun...hingga ada jemaah muslimat yang terperanjat hingga melatah tika solat terawih...mana lagi dengar bunyi dum dam dum dam bunyi mercun yang kuat meledak lagi...mana lagi bunyi melatahnya jemaah muslimat lagi...memang tak kusyuk dibuatnya..benar-benar mencabar kesabaran kita mahu bersolat terawih...barangkali inilah dinamakan dugaan untuk mendapat ganjaran pahala solat Terawih....SABAR AJE LAH.....kanak....kanak...nanti jika kamu sudah besar baru kamu faham dan pasti kamu tergelak bila mendengar nenekmu melatah tika solat terawih....nakalkan kamu....

Ratu Rimba Niagara Kita semua pernah bergelar kanak-kanak...hidupnya tahu gembira je...berkawan...nakalnya Masya- Allah...tapi dalam kenakalan hendak juga pergi berjinak-jinak ke masjid ..bila sampai di masjid dikutuk di hina malah dipukul sambil mengatakan anak Syaitan bin Iblis oleh ahli masjid...kerana setiap kali dimalukan oleh ahli masjid dan mereka-mereka yang sempurna imannya ....kanak-kanak tersebut terus membenci ahli masjid dan yang lebih parah sekali membenci masjid sampai ke dewasa...dalam hal ini siapa yang hendak kita persalahkan?
Adakah ibubapa...ahli masjid..dan mereka yang sempurna iman?
Sepatutnya masjid tempat pendidikan ilmu tauhid di jiwa kanak-kanak. Jika kita dapat selamatkan tauhid mereka dengan hormat kita kepada mereka ..tunjukkan rasa belas kasihan dalam kasih sayang...pasti mereka tidak akan membenci masjid ...tidak menjauhi masjid.

Cuba kita perhatikan di gereja...mana-mana masyarakatnya yang tiada tempat perlindungan ...dialu-alukan datang ke gereja...di sana mereka yang teraniaya dilayan dengan penuh prihatin dan kasih sayang ...tiba masanya waktu sembahyang mereka ajak mereka ke gereja....mereka yang dilindungi bukan saja suka ke gereja malah menjadi menyebar agama kristian.

Alangkah indahnya jika semua masjid-masjid di Malaysia ini dijadikan tempat perlindungan bagi mereka yang terania ...ini tidak lagi dipandang hina ...dikutuk ...macamlah hina sangat mereka di mata ahli masjid dan orang alim ulama. Adakah ini cara pengajaran Islam. Sedangkan Islam ini indah dan menggalakkan penganutnya berkasihan belas di antara satu sama lain.

Jika kerajaan ambil perhatian mengenai perkara ini mengwujudkan pusat-pusat perlindungan kepada mereka yang hilang arah tujuan hidup segera ke Masjid...diberikan perlindungan dengan sepatutnya.

Barulah benar konsep masjid itu sendiri mengimarahkan masjid dengan kominiti masyarakat hidup saling bergotong royong dalam perkara-perkara kebajikan penuh dengan belas kasihan dan berkasih sayang kerana Allah Taala.

Ratu Rimba Niagara Begitu juga di sekolah Agama atau pondok tahfiz...samada dikelolakan oleh kerajaan atau swasta...ustaz dan ustazahnya ...garang-garang belaka...cara pengajaran mereka macam samseng ..bahasa maki hamun je...tak sesuai mengajar di sekolah agama....ada kah murid yang bebal (bodoh atau begok diambil jarum terus di cucuk ke cuping teling pelajar agama dan ustaz main sepak terajang je mulut pelajar yang sedang makan sampai tersebur nasi di mulut..memang tak peliklah ada ustaz mendera pelajar sampai mati pelajar itu dikerjakan. Dan memang tak pelik lagi kenapa bila pelajar dari sekolah agama bila dewasa menjadi bencikan agama Islam ...seumur hidup gara-gara ustazah dan ustaz yang macam samseng. Di sini siapa yang hendak kita persalahkan. Makanya penting kita semua memperbetulkan semua yang berbentuk kezaliman dalam diri kita sendiri agar dapat diperbetulkan pada masyarakat demi menyelamatkan tauhid anak-anak remaja kita. Moga Allah swt membantu kita dalam membetulkan kekhilafan kita melayani generasi yang bakal kita tinggalkan. Moga berkat kerjasama semua pihak generasi yang kita tinggalkan, berakhlak, iman berpasakkan ilmu tauhid yang kukuh kepada Allah swt maka tersebar luaslah ajaran Islam di serata dunia In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. 'HIDUP SENTIASA BERKASIHAN BELAS BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH TAALA BAGAIKAN TAMAN-TAMAN SYURGA INDAHNYA'

SAHABATKU DITELAN BUMI BERSAMA ADIKKU!

Kata ibu aku anak yang nakal,
Pening kepala ibu melayani kerenahku;
Bukan niatku menjadi nakal,
Sudah lumrah kanak-kanak begitu.

Kesusahan keluarga tidak kupeduli,
Kerana ibu dan ayah terpisah sudah;
Aku bersedih kenapa nasibku begini,
Kebahagiaan keluarga semuanya musnah.

Biarpun ibu dan ayah tidak sehaluan,
Namun kumasih harap mereka bersatu;
Kuberjauhan setiasa rindu-rinduan,
Demi kasih dan sayang rasa tak jemu.

Rasa bahagia tinggal di sini,
Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa;
Hidup kami saling sayang menyayangi,
Azam kami menjadi hamba bertaqwa.

Abang Zaid baik budi,
Kami dilayan seperti keluarga sendiri;
Hari-hari berbunga kasih suci,
Hingga ke mati tidak dilupai.

Kami bergurau senda setiap hari,
Bersenda gurau tidak terguris hati;
Bersahabat saling hormat menghormati,
Demi kerana Allah dicintai.

Setiap hari membaca Kalam Allah,
Memejam mata menghafal Al-Quran;
Ayat dibaca hafallah sudah,
Gembiranya hati dalam kesyukuran.

Baca Al-Quran berjubah dan berserban putih,
Berwangi-wangian setiap hari;
Hafalan Al-Quran menjadi mudah,
Gembiranya hati tidak terperi.

Solat berjemaah setiap waktu ,
Setiap seorang berpeluang menjadi imam;
Gembiranya kami apabila sampai waktu,
Syahdu sungguh mendengar suara imam.

Waktu Maghrib aku mengalunkan azan,
Penghuni bumi dan langit syahdu mendengar;
Gembiranya aku mengalunkan azan,
Doa penghuni bumi dan langit aku bersyukur.

Ustaz mengajar kami penuh kasih sayang,
Kami dianggap seperti anak sendiri;
Dunia akhirat kami ingin cemerlang,
Belajar bersungguh-sungguh setiap hari.

Kusayang abang dan adik-adik,
Di Rumah Anak Yatim Dan Kebajikan Madrasah Al-Taqwa;
Hidup kami seperti adik beradik,
Moga kami menjadi insan bertaqwa.

Suatu hari Amizan menelefon bapa,
Minta belikan beg sandang;
Setiap hari menunggu bapa,
Redha Amizan bapa tak datang.

Bilik kami dihias indah,
Dipenuhi dengan kad ucapan Hari Ibu;
Kata-kata maaf dan sayang penuh bermadah,
Hingga ke Syurga kami sayangkan ibu.

Kusayang adikku Iman sepenuh hati,
Iman mahukan jam dan minyak wangi;
Kuhadiahkan Iman sukanya hati,
Dipakai Iman setiap hari.

Sukanya hati kami dapat perhatian,
Daripada FINAS untuk raikan kami;
Kami gembira dalam kesyukuran,
Kerana ada yang sudi mengingati kami.

Berqiamulail kami di malam itu,
Syahdu sungguh abang Zaid membaca Al-Quran;
Kami semua menangis tersedu-sedu,
Menghayati Kalam Allah dalam kesyahduan.

Selepas solat kami berzikir,
Sambil berzikir menangis hiba;
Hal dunia kami tak fikir,
Melainkan Allah yang dipuja.

Habis berzikir kami bermaaf-maafan,
Sambil bermaafan berpelukan dalam tangisan;
Serasa kami tidak mahu dipisahkan,
Kalau sudah takdir kami redhakan.

Hari itu kami bersiap menyambut tetamu,
Tetamu yang dihormati lagi disayangi;
Sikap penyayang mereka sudahlah tentu,
Bertuahnya kami hidup disayangi.

Kemeriahan menyambut tetamu bertukar duka,
Kami berpelukan sesama sendiri;
Berzikir kami penuh hiba,
Relakan kami sehidup semati.

Sahabatku separuh badan ditelan bumi,
Menyuruhku selamatkan diri;
Aku menangis melihat sahabatku mati,
Moga dirimu Syurga menanti.

Sahabatku ditelan bumi bersama adikku,
Kusempat mencapai tangan adikku Iman,
Tapi apa nak buat cepatnya berlaku,
Pergi adikku Iman kulaungkan azan.

Duhai sahabat-sahabat dan adikku sayang,
Kalian dikebumikan dalam liang lahad yang sama;
Kenangan bersama terbayang-bayang,
Tunggulah kedatangan ku ingin bersama.

Pemergian kalian kutangisi dalam redha,
Kenangan bersama kuabadikan hingga ke mati;
Gembiralah kalian menikmati Syurga,
Sesungguhnya Allah memberimu darjat yang tinggi.

Karya: Ratu Rimba Niagara
22 Mei 2011
(Sempena Memperingati Pemergian 16 Orang Pelajar
Rumah Anak Yatim & Kebajikan Madrasah Al-Taqwa.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka)

DANA SASTERA DISIARKAN LAMBANG CINTAKU KEPADA YANG BERGELAR KANAK-KANAK ...NENDA SAYANG KALIAN SEMUA KERANA ALLAH TAALA MAKANYA HARGAI KASIH SAYANG NENDA SETULUS HATIMU SAYANG...(BHG 2)

PANTUN IBU OH! IBU

Diucapkan selamat hari ibu ,
Kepada ibuku tersayang;
Kami adik beradik menyayangimu,
Dunia akhirat tetap di sayang.

Dalam kandungan ibu berdoa,
Agar dikurniakan anak soleh soleha;
Bersyukur ibu melahirkan cahaya mata,
Seorang bayi yang amat sempurna.

Ibu berkorban nyawa membesarkan anak,
Besarkan anak tanpa harapkan balasan;
Kecilkan hati ibu berdosanya anak,
Di akhirat nanti mendapat balasan.

Anak dipelihara bersama ibu dan bapa,
Dididik dijaga dengan penuh kasih sayang;
Jerih payah ibu pelbagai rupa,
Namun sabar demi kasih dan sayang.

Biarpun penat tidak mengapa,
Asalkan anak semuanya terjaga;
Kebahagian anak ibu berdoa,
Moga ibu tempatnya di Syurga.

Derhakaku ibu kejamnya aku,
Kecilkan hatimu bukan kusengaja;
Sudah lumrah manusia begitu,
Moga Allah memberi hidayah sentiasa.

Bukan mahuku jadi anak derhaka,
Pengaruh kawan buatku begini;
Menagih mengedar dadah buatku celaka,
Lupakan nasihat ibu penjaraku di sini.

Kekhilafanku buat ibuku berair mata,
Berdoa ibu agar aku dilepaskan;
Menangis aku hingga bengkak mata,
Tapi kesalahanku tak akan dilepaskan.

Malunya aku berdepan dengan ibu,
Ke mana pergi tanganku bergari;
Sedihnya aku mencium dahi ibu,
Maafkan aku ibu membuatmu begini.

Biarpun aku jadi begini,
Namun ibu tetap kasihkan aku,
Ku salahkan diriku sendiri,
Kerana tak menghargai kasih ibuku.

Hidup di penjara amat memilukan,
Terkenang-kenangkan ibu dalam kerinduan;
Lukakan hatimu kutangis dalam sendan,
Penyesalan yang tak sudah aku kesalkan.

Kalau diulangkan masa mahu aku berubah,
Menjadi anak soleh sukakan hatimu ibu;
Tentu aman bahagia iman yang teguh,
Seteguh kasih sayangmu kasih sayangku.

Apa nak buat masa tak boleh diulang,
Aku tidak boleh membetulkan masa;
Moga anak di luar sana cari jalan pulang,
Pulang ke pangkal jalan demi hidup bahagia.

Hidup bahagia bersama ibu tercinta,
Balaslah kasih sucinya ibu;
Peluk ciumnya sebagai balasan cinta,
Pasti pilu dalam bahagia hati ibumu.

Apabila sudah jadi begini salah diriku,
Bukan salah ibu mengandung;
Aku yang khilaf mengikut nafsu,
Kejamnya aku membuat ibuku malang.

Bilamana ibuku berkunjung melawatku,
Aku dipeluk cium melepas rindu;
Kumenangis dalam syahdu,
Kutatap wajah ibu teramat pilu.

Aku menangis dalam sendu,
Ibu menangis dalam pilu;
Maafkan aku wahai ibuku,
Moga Tuhan merahmati hidupmu.

Ibu mengelap air mataku mengalir deras,
Ibu pujukku supaya bersabar;
Tabahnya hati ibu ku diambil tindakan tegas,
Ibuku tetap terimaku dengan sabar.

Masa berpisah amat memeritkan perasaan,
Bagaikan tersayat hatiku dalam luka;
Ibuku menangis penuh ihsan,
Dua beranak berpisah dalam cinta terluka.

Ibu oh! Ibu kusayang ibu,
Halalkan makan minumku;
Biarpun setitis air susumu ,
Doakan Allah terima taubatku.

Ibu oh! Ibuku tercinta,
Kasih sayangmu kuingat hingga ke mati;
Wangian cintamu bagaikan bauan Syurga,
Hingga hujung nyawa cintamu tetap diingati.

Karya: Ratu Rimba Niagara
8 Mei 2011
(DIILHAMKAN BERSEMPENA MENYAMBUT HARI IBU SEDUNIA)

RINTIHAN ITA PADA AYAH & IBU TERCINTA
'SYURGA PENGHUNINYA TAHU ARTI SYUKUR'

Ayah...ibu...
Ita sayang ayah ibu...
Sayang sesungguh sayang
Ita anak manja ayah ibu
Ita anak kesayangan ayah ibu
Pada ayah ibu ita bermanja
Hari...hari ita panggil ayah dan ibu sayang...
Sayang...sayang...sayang...
Sayang pada ayah ibu
Sehari tak cium ayah ibu
Rasa tak sempurna dunia ini
Bahagianya ita punya keluarga begini
Syukur ita pada Allah...
Karna kurniakan ita keluarga bahagia
Ayah ibu yang penyayang
Syukur....syukur...syukur...
Suka...suka...suka...
Sayang...sayang...sayang...

Hari-hari ita bahagia
Senda gurau dengan ayah
Bercanda dengan ibu
Ketawa...ketawa...ketawa...
Ita cium ayah ibu
Jika ita ada buat salah
Segera ita ambil tangan ayah minta maaf
Segera ita ambil tangan ibu minta ampun
Bilamana ayah ibu tak mahu ampun kan ita
Ita berulang kali lafazkan maaf pada ayah ibu
Hingga ita sanggup duduk bersimpuh di kaki ayah ibu
Karna Tuhan kata Syurga di bawah tapak kaki ayah ibu
Makanya ita tak mahu dosa ita tak terampun
Ampunkan ita ye ayah ibu
Janganlah disimpan dendam ayah ibu pada ita lama-lama
Itakan anak ayah ibu
Yang ibu kasih dan sayang
Karna ibu dan ayah saling mencintailah
Makanya lahirnya ita ke dunia ini
Dengan izin Allah...
Lahirnya ita ke dunia ini
Adalah lambang kasih sayang ayah dan ibu iyakan?
Makanya ita mesti
Syukur pada Tuhan dengan izinnya ita lahir ke dunia
Syukur pada Tuhan mengurniakan ayah dan ibu yang penyayang

Tapikan ayah..ibu...
Napa ye...bilamana ita nyatakan
Kesyukuran ita
Ingin membuktikan betapa ita
Hargai kasih sayang ita pada ayah dan ibu
Di lukisan yang ita ukirkan di mobil ayah
Yang baru ayah beli...ayah macam tak suka ...
Cuba ayah perhatikan ...penuh teliti ...penuh penghayatan...
Cantik ayah lukisan itu
Indah sangat
Seperti kita sekeluarga berada di Syurga
Kita sekeluarga menikmati permandangan di Syurga
Ayah memandu mobil sambil berzikir ...
Menyebut-nyebut nama Allah tanda syukur
Dikurniakan sebuah mobil untuk membawa
Kita sekeluarga ke Syurga...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indah...indah...indah....
Bahagianya kita sekeluarga hanya Allah saja yang tahu
Perasaan kita sekeluarga di kala itu ayah ibu...
Tapikan ayah ibu
Ita tersentak dari lamunan
Rupanya ita bermimpi
Yang kita sekeluarga berada di Syurga bersama mobil
Yang baru ayah beli...

Tega ayah memukul tangan ita
Melukiskan suasana tika kita sekeluarga di Syurga
Kenapa ayah?
Ita tak tahu itu satu kesalahan bagi ayah ibu
Ita sangkakan rasa syukur ita itu
Ayah dan ibu suka
Tapi tidak rupanya
Ita ayah pukul bagaikan
Ita ini seorang anak yang paling jahat di dunia ini
Allahu Akbar.....
Adakah ini dugaan bagiku Ya Allah...
Kasih setulus hati keberikan pada ayah ibu
Azab sengsara dibalas...
Aku mahu wujudkan dunia ini Syurga pada ayah ibu
Tapi ayah ibu balas dengan kebencian
Gara-gara aku ukirkan kasih sayangku di mobil ayah
Jika aku tahulah
Ayah ibu lebih mementingkan mobil
Daripada cinta Syurga dariku
Aku tak tega menjadi
Anak kepada ibu dan ayahku

Oh! Tuhan....
Yang aku agungkan setiap hari
Adalah kasih sayang
Aku bahagia hidup bersama
Hamba-Mu yang Kau kurniakan padaku
Ayah dan ibu
Aku sayangkan mereka berdua
Tapi Tuhan mereka lebih
Mementingkan harta dunia
Daripada aku sebagai anaknya
Aku redho aku tak punya kedua tangan Tuhan
Atas kekhilafanku melahirkan kasih sayangku di mobil ayah
Tapi Tuhan aku tak redho aku diperlakukan
Seperti haiwan yang tak punya hati dan perasaan...
Makanya Ya Tuhan
Aku tak mahu hidup memandang wajah ayah dan ibuku lagi
Karna bagi mereka aku anak yang jahat
Aku anak yang tak berguna
Aku anak yang tak tahu menghargai kedua orang tuanya
Makanya Ya Allah
Aku malu berhidup lagi di dunia ini
Tanpa redho-Mu
Tanpa redho kedua orang tuaku
Makanya Ya Allah
Kau ambil nyawaku
Agar puas hati ayah dan ibuku Tuhan....
Yang penting Kau tahu siapa aku Tuhan
Biarlah aku ke Syurga
Mendiami Syurga
Karna di Syurga
Penghuninya terdiri daripada hamba-Mu
Yang tahu arti nikmat Syurkur

Karya Ratu Rimba Niagara
11 Rabiulakhir 1434H
21 Febuari 2012M
(KARYA INI DIILHAMKAN UNTUK YANG MENGHARGAI ARTI NIKMAT SYUKUR APABILA DIBERI ANAK YANG SOLEH/SOLEHA KARNA MEREKA ADALAH KURNIAAAN ALLAH YANG PATUT DISYUKURI SEHINGGA NAFAS TERAKHIR & ANAK ADALAH SAHAM AKHIRAT)
·
PIAH AMAN DI SINI!

Terik mentari di padang bola itu membuatkan
tubuh kecilku kepanasan. Kepalaku sakit.
Aku panggil ayah.
"Ayah...!Ayah...! Piah pening ni...
Marilah balik...!" . Kupanggil ayah dengan
kasih sayang. Lama kupanggil ayah tapi ayah
langsung tidak memperdulikan panggilanku.
Ayah terus menendang bola sambil ketawa
dengan kawan-kawannya.
"Ayah....Piah panas ni... ayah...." jeritku
mohon simpati agar ayah menamatkan permainan
bola sepak dengan kawan-kawannya.

Aku duduk di padang setelah lama berdiri.
Tanpa disedari ayah sudah muncul di depan
mataku. Dia terus menghentakku berkali-
kali di padang rumput. Macam mana ayah
melecek bola macam itulah ayah lakukan padaku.
"Ayah...! Sakit! Sakit! Ampun ayah...
Ampunkan Piah ayah...! Piah tak buat lagi...
Sakit! Sakit ayah!" . Aku menangis sekuat
hati mohon disimpati ayah. Tubuhku yang
kecil ini manalah tahan diperlakukan
seperti bola.

Aku lemah tidak berdaya... suaraku sudah
tidak larat lagi hendak menjerit...
Aku hanya menangis menahan kesakitan yang
amat sangat! Tak guna aku minta simpati
pada ayah... ayah menendangku pula,
aku berguling-guling di rumput hijau yang
membahang panasnya. Kurayu pada kawan-kawan
ayah minta mereka manyelamatkan aku dari
didera malah raunganku disambut dengan hilai
ketawa oleh ayah dan kawan-kawannya.

Setelah aku tidak berdaya lagi, lelaki yang
bertopengkan syaitan itu melambungku tinggi
lalu ditendang sekuat hatinya. Aku terhentak
jatuh. Mereka semua mengenawakan aku.

Apa kamu ingat aku ini bola ke?
Dilecek... dihempas...ditentang... dilambung...!
Manusia apa kamu ini?
Mana letak mata hati kamu?
Binatang pun ada sifat penyayang.
Kamu ni bukan saja tak layak jadi manusia...
Jadi binatang pun tak layak?
Gelaran syaitan layak bagi kamu?
Kamu adalah syaitan bertopengkan manusia.
Belas kasihan di hati kamu memang tak ada
sebesar zahrah pun!

Akibat tendangan yang kuat itu , aku terjelepuk.
Berderai segala tulang belulangku hinggakan
aku sudah tidak bernyawa lagi.

Aku perhatikan ramai yang menangis kematianku.
Ibu menangis di atas kematianku tapi semuanya
sudah terlambat.

"Selamat tinggal ibu...biarkan Piah pergi bertemu
Tuhan dengan aman. Piah tak mahu susahkan ibu
lagi. Maafkan Piah ibu... kerana kelahiran Piah
di dunia telah menyusahkan ibu selama ini.

Buat rakyat Malaysia yang simpati dengan penderitaan
Piah dan sanggup menangis kerana Piah... Piah amat
terharu! Kalau Piah masih hidup, mungkin ketika
kejadian malang yang menimpa Piah pasti kalian akan
datang menyelamatkan Piah daripada manusia yang
bertopengkan syaitan itu kerana Piah pecaya kalian
adalah insan terpilih di bumi ini berhati murni.

Lihatlah kematian Piah ini ada hikmahnya. Ramai yang
membuka mata . Tak apalah biarlah Piah yang menjadi
mangsa penderaan ini asalkan kanak-kanak di luar sana
tidak akan menerima nasib malang seperti Piah.

Kepada yang salah pada Piah...Piah sudah maafkan tapi
Piah tak tahu samada Tuhan maafkan kalian atau tidak
hanya Allah saja yang tahu.

Piah aman di sini. Semua penghuni di sini sayang pada Piah.
Kasih sayang yang Piah tak dapat ketika di dunia.

Ibu...jangan sedih ya ibu...Piah aman di sini!
Ayah... Piah aman di sini!
Nenek... jangan risau ya nenek...Piah aman di sini!
Hidup di sini bahagia penuh kasih sayang tulus suci
yang Piah tak dapat tika berada di dunia!

Karya: Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2011

PIAH MAAFKAN AYAH!

Piah...
Maafkan ayah...
Baru kini ayah tersedar dari lamunan mimpi ngeri!
Mimpi yang ayah ciptakan menjadi realiti!
Maafkan ayah Piah!
Ayah terlalu zalim pada mu nak...!
Ayah tak tahu syaitan mana yang telah merasuk ayah tika itu!

Tanpa belas kasihan melakukan yang tak sepatutnya ayah lakukan!
Maafkan ayah... Piah! Maafkan ayah Piah!

Benarlah apa yang Piah katakan ayah ni syaitan
yang mempertopengkan manusia?
Ayah akui itu... Ayah memang kejam Piah! Ayah kejam!
Ayah malu pada diri ayah sendiri! Pada Piah! Pada masyarakat!
Pada Tuhan terutamanya.

Adakah dosa ayah ini terampun?
Piah anak yang baik Piah!
Ayah sudah berlaku kejam pada Piah,
Piah masih mahu memaafkan ayah...
Memang selayaknya tempatmu di Syurga.

Piah...
Ayah sekarang ini telah terima hukum karma.
Ayah di penjarakan ...jika sabit kesalahan ayah akan terima hukuman...
Ayah dah redha kerana itu semua kesalahan ayah padamu nak.

Bila ayah kenangkan peristiwa kekejaman ayah pada Piah serasa
hendak tercabut nyawa ayah di badan!

Kalau dulu Piah meraung supaya dikasihani ayah
tapi kini ayah yang meraung Piah!
Hingga raungan ayah tiada siapa yang mendengar kecuali Tuhan.

Kalau dulu Piah sakit ditendang ...
Dihentak dan dilambung hingga jatuh
terjelepuk berderai tulang belulang Piah
tapi kini ayah setiap hari sakit sebagaimana
Piah sakit macam itulah ayah sakit!
Tulang belulang ayah ni rasa berkecai!
Setiap malam ayah tak dapat tidur menanggung
kesakitan yang amat sangat.

Ayah terbayangkan kesakitan yang Piah alami
di atas perbuatan ayah yang tidak perikemanusiaan pada mu Piah!
Ayah menangis mengenangkan kezaliman ayah pada Piah.
Hinggakan air mata ayah dah kering untuk ditangiskan kesalahan ayah pada Piah. Kesalahan ayah yang ayah sendiri tidak dapat maafkan!

Apabila teringatkan Piah ...
Ayah pasti,
menangis pilu
meraung kesakitan
menyalahkan diri sendiri
makan tak lalu tidur tak lena.

Kini ayah sudah menerima pembalasan
sebelum tiba di akhirat lagi.
Sekarang ni ayah terima pembalasan dari Tuhan...

Ayah kurus tak lalu makan
mata buta kerana menangis
bisu kerana meraung kesakitan

Ayah redha jika apa pun hukuman dunia
yang patut dikenakan kepada ayah
dan ayah pasrah jika ayah di masukkan ke neraka
tapi ayah mohon sangat-sangat agar Allah ampunkan
semua kesalahan ayah padamu Piah! Ayah terlalu insaf kini..
Ayah malu pada Tuhan kerana sesungguhNya Dia Maha Penyayang pada hambanya tapi ayah tiada sedikitpun ada sifat kasih sayang pada Piah malah menzalimi Piah!
Ya Allah ampunkan kezaliman yang telah kuperbuat kepada anakku Piah!
Terimalah taubatku ini Ya Allah!
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Jika Kau mengambil nyawaku waktu ini aku dah redha tapi izinkan
aku bertemu dengan anakku Piah kerana aku ingin memohon maaf padanya
dan memeluknya dengan kasih sayang yang selama ini tidak kulakukan
ketika dia hidup di dunia ini.
Ya Allah Kau Perkenankan permintaanku ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya: Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2011

PIAH MAAFKAN IBU!

Piah...
Maafkan ibu...
Pemergiaan Piah masih lagi terkesan di hati ibu.
Luka Piah...Lukanya terlalu mendalam!
Luka yang ditanggung ibu tiada kesembuhan!

Semasa ibu terima berita kematian Piah yang tragis
pada hari itu rasanya bagai nak kiamat dunia ini!
Langit seolah-olah menghempap ibu.

Ibu tidak sangka sama sekali kenapa ini harus terjadi?
Mana ibu sangka ayahmu berubah sikap menjadi sekejam
itu? Yang ibu tahu... dia begitu prihatin pada Piah.
Itu cuma sandiwaranya saja.
Sangkaan ibu meseleset sama sekali!
Di hadapan ibu dia layan baik Piah
tapi di belakang ibu dia lakukan sekejam itu.
Ibu tak sangka Piah...!
Benar-benar tak sangka kenapa ini harus terjadi.

Maafkan ibu Piah.
Semalaman ibu menangis pada hari kematian Piah.
Jenazah Piah ibu peluk erat-erat sambil mencium
pipi Piah yang sejuk itu.
Pipi Piah disimbahi dengan air mata kekesalan ibu.

Piah...kesalnya ibu ketika itu hanya Allah saja yang tahu.
Kesal kenapa ibu tidak memberi kasih sayang yang sepenuhnya
pada Piah di kala Piah hidup.

Ibu salahkan diri ibu Piah!
Betullah apa yang Piah kata kasih sayang
yang hendak dicurahkan sudah terlambat.
Ya... sudah terlambat Piah!

Selama ini ibu sibuk mencari wang untuk menyara hidup kita
sekeluarga. Sebab itu ibu hantar Piah pada nenek untuk
jaga Piah. Cuma sebulan sekali menjenguk Piah di kampung.

Ayahmu yang bekerja ikut suka hatinya sebagai pembantu
kedai runcit manalah cukup menanggung perbelajaan untuk
hidup di kota raya ini.

Tidak sangka pula perkara ini berlaku ketika Piah bercuti
sekolah. Ibu ingat nak bawa Piah pergi ke Zoo Negara
tapi belum sempat hajat ibu hendak membawa Piah jalan-jalan
ke Zoo Negara... begini pula jadinya.

Kalaulah ibu tahu akan ini jadinya...takkan ibu ambil Piah
di kampung! Tapi manalah ibu tahu Piah...apa yang sudah tertulis dalam Qada dan Qadar. Piah pergi tinggalkan ibu dengan cara yang menyayatkan hati ibu...dan menyayatkan hati semua orang.

Piah anak yang baik Piah!
Kelahiran Piah tidak pun menyusahkan ibu...
Tapi ibu yang tak tahu bersyukur dengan Kurniaan Allah
pada ibu mengurniakan anak sebaik Piah.

Kalau bolehlah diulangkan masa...
Mahu ibu pelihara Piah sebaik mungkin!
Menjadi ibu yang bertanggungjawab dan
menyayangi Piah ikhlas sepenuh hati
kerana Allah Taala.
Tapi itu cuma illusi yang tak akan menjadi kenyataan!
Maafkan ibu Piah!

Semenjak Piah tinggalkan ibu...
Tiada bererti lagi hidup ibu.
Hari-hari yang dilalui hambar
dan penuh kekecewaan.

Gambar Piah sentiasa di sini ibu.
Bila rindu ibu cium gambar Piah
seolah-olah ibu cium pipi Piah.
Alangkah bahagianya jika ibu lakukan
kasih sayang ini ketika Piah hidup?
Benarlah kata Piah, ibu sudah kelewatan
untuk memberi kasih sayang.
Inilah yang ibu tanggung akibat melalaikan
kasih sayang pada Piah anak yang terlalu baik!

Piah...
Ibu benar-benar rindukan Piah!
Barulah ibu faham perasaan Piah yang selama ini
ingin dimanja dan dibelai tapi ibu saja buat-buat
tak faham. Kejamnya ibu pada Piah!
Kasihan Piah tidak dapat mengecapi kasih sayang
dari ibu dan ayah.

Ibu dan ayah telah terima hukum karma.
Ibu dan ayah telah terima pembalasan dari Allah
akibat menzalimi anak sendiri.

Piah...
Ibu tahu Piah telah aman di Sana.
Memang patut Piah berada di Syurga
tempat yang penuh kasih sayang suci...
murni sesuci tempatNya balasan yang Allah
berikan kepada hamba yang dicintaiNya.

Piah...maafkan ibu...
Doakan agar Allah ampunkan dosa ibu yang lalai
memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Ya Allah ampunkan kesalahanku yang telah
kulakukan kepada anakku yang tidak berdosa.
Izinkan aku bertemu dengannya di SyurgaMu nanti.
Mahu kutebus segala kerinduan dan kasih sayang
yang sepatutnya kulakukan di masa hidupnya.
Ya Allah tolonglah perkenankan doa hambamu ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya: Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2011

NAK MARI KITA SOLAT

nak mari kita solat nak...
tanda kita cinta Allah nak
Allah sayangkan kita nak
kita solat dibalas Syurga nak
mudah solat nak
kita solat dapat Syurga nak
rugi tak solat nak
kita solat Allah akan sayang sama kita nak
bila Allah sudah sayang kita
jiwa kita tenang nak
kita tak perlu lagi
sandarkan pergantungan hidup pada orang lain nak
memadailah Allah untuk hidup dan mati kita nak
Allah yang mengatur hidup dan mati kita nak

nak mari kita solat nak
selagi kita ada hayat
kita akan solat nak
di mana pun kita berada kita akan solat nak
kita sihat kita solat
kita sakit kita solat
kita berada di medan perang pun kita solat nak
nak jangan tinggal solat nak
nanti merana hidup kita nak
betapapun kita kaya
betapapun kita miskin
solat tak boleh ditinggalkan nak tanpa apapun alasan...

nak mari kita solat nak
jangan tinggal solat ye nak
solat pendinding kita daripada sebarang kejahatan
kita tak akan fikir yang jahat-jahat nak
semuanya kita fikirkan yang baik-baik
kita mahu kawan pun dengan orang yang baik-baik
janganlah bila dah mati
minta orang doakan roh kita dimasukan di kalangan orang beriman
sedangkan semasa hidup kita tak pernah solat nak
adakah Allah hendak memakbulkan doa mereka untuk kita nak
sedih kan nak jika jadi macam tu ...
makanya nak sebelum kita mati
kita solat ye nak ye...
kita ajak kawan-kawan kita solat
kita berjemaah di masjid sama-sama
biar sama-sama masuk Syurga
pasti bahagia kita ...kan3
kita punya keluarga, rakan sahabat taulan
semuanya ahli solat
ALLAHU AKBAR bahagia roh kita nak..
aman roh kita nak
tenang roh kita nak
tenang tika berjumpa dengan Allah tika solat di dunia
tenang juga tika berjumpa Allah semasa roh kita tinggalkan jasad kita nak...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
itulah ketenangan yang hanya kita dan Pencipta kita yang tahu
betapa tenangnya kita di kala PERTEMUAN HAMBA DENGAN ALLAH nak...
kita solat ye nak
kita sentiasa berdoa pada Allah agar kita menjadi ahli solat seumur hidup kita ye nak
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

Karya Ratu Rimba Niagara
12 Mac 2013
(DIILHAMKAN PUISI ,'NAK MARI KITA SOLAT' istimewa mereka yang bergelar anak permata hatiku)
7 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara INDAHNYA SEDEKAH INDAHNYA ISTANA SYURGA

Ibu ...tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan....
gimana ibu...makanan untuk dimakan hari ini pun nggak ada...

Tak apalah nak...kita makanlah apa yang ada...

Pokoknya semuanya nggak ada...kita kena berlaper ibu...

Berlapar itu lebih bagus daripada kita meminta-minta nak...

Kenapa ya buk...orang-orang kaya ini nggak yang ada suka
membantu orang miskin seperti kita... mereka mau kita
melutut di kakinya belum tentu mahu berbagi nikmat harta
yang mereka miliki...

Nak...orang miskin ni...dipandang hina orang kaya nak...
orang kaya baginya akan jadi miskin jika mereka bersedekah walaupun
dengan sekeping roti canai....

Ibu....saya mau keluar sekejap...ibu tunggu saja di rumah
zikir banyak-banyak untuk hilangkan laper ya buk...

Si anak tadi pergi ke rumah orang yang paling kaya di kampung itu.
secara kebetululan orang kaya itu sedang bersarapan pagi dengan 10 keping roti canai.....

Si anak itu menghampiri si kaya.

Pak...boleh tak berikan saya sedikit roti canai yang bapak punya...."

Pergi kamu dari sini ...aku jijik lihat kamu ini ...taunya kamu
minta...minta ...di sini bukan untuk meminta sedekah...pergi kamu dari sini ...!!!"

Si anak tak berputus asa...pergi juga merayu-rayupenuh simpati apabila mengenangkan
ibunya dirumah kelaparan...

Pak...kasihanilah saya...udah tiga hari saya dan ibu saya tak makan...tak rugi bapak sedekah kan sekeping roti canai pun udah memadai.
Saya bukan minta uang bapak...saya cuma minta sekeping roti canai untuk saya makan dengan ibu saya..pak...tolong kasihani saya pak..."

Kenapa kamu degil sangat...pergi kamu...! Pergi kamu dari sini..."
Marah si kaya yang amat sangat lantaran itu di balingkan roti canai ke muka si anak itu...

Anak itu terus lari bersama dengan sekeping roti canai yang dibalingkan oleh si kaya.

Sampai di rumah ibunya masih berzikir.

" Ibu...ini rejeki kita...ibu....ibu makan separuh saya makan separuh buk..."

"Syukur Alhamdulillah...Allah berikan kita rejeki tanpa sangka-sangka bolehlah mengalas kelaparan kita...kita angkat tangan ya nak agar Allah merahmati orang yang menyedekahkan kitaroti canai ini."

Si anak menangis apabila mengingatkan gimana dia dimaki hamun oleh si kaya raya dan membaling roti canai itu ke wajahnya dan roti itu jatuh di ke tanah."

"Kenapa anak nangis? Apa yang telah tejadi nak?"

"Marilah kita sama doakan yang sedekah roti canai ini pada kita ya buk...moga Allah balas dengan sebuah istana di Syurga. Aamiiin ya Rabbal A'Lamiin."

Si kaya yang membalingkan roti canai itu tika pergi ke kantornya telah berlaku kecelakaan jalanraya dan mati ditempat kejadian.

Roh si kaya kaget gimana dia boleh memiliki sebuah Istana Syurga yang indahnya tidak dapat
dibandingkan dengan istananya di dunia.

Baru dia sadar bahawa roti canai yang dilemparkan kepada anak si miskin itulah yang menyebabkan dia diKurniakan Allah sebuah Istana Syurga yang indah....Subnallah jika dia tahulah begini hebatnya nikmat bersedekah bukan setakat sekeping roti canai saja malah istana dan uangnya yang banyak itu diinfakkan ke jalan-jalan Allah....tapi dia cuma memiliki sebuah Istana Syurga sahaja itu pun berkat doa si miskin yang mendoakannya walaupun didermakan sekeping roti canai dengan keadaan yang amat menyedihkan!.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 Syaaban 1434H
1 Julai 2013M

KEJARLAH AKHIRATMU KARENA DI SANA AKAN KAU TEMUI DUNIAMU!

Anakku Androgini Asmaragama...
kejarlah akhiratmu di sana akan kau temui duniamu
kata-kata terakhir yang kuingat sampai kini sepanjang hayatku

Masa ibu bilang ke aku
aku masih nggak ngerti apa makna kejar akhirat
yang aku tahu aku kejar duniaku sendiri
aku hidup dalam dunia aku sendiri
dunia remaja yang gila-gila permotoran dan muzik

Segala yang dinasihati ibu aku tak dengar
aku tak paham
aku saja buat-buat tak paham

Tapi ibu tak pernah berhenti
berkata-kata memujuk aku
supaya jatuh cinta dengan Allah swt

"Kejar nak...kejarlah akhiratmu...itulah duniamu sebenarnya nak...
bukan dunia yang sementara ini nak...."

Pada suatu hari aku memandang ibu dengan penuh kesayuan...
ibu berpakaian solat sambil jarinya membilang butiran tasbih putih pemberian
Almarhum ayahandaku.

"Nak...tiada apa yang hendak ibu hadiahkan padamu nak...nak ambilah tasbih ni
berzikirlah ingat Allah banyak-banyak nescaya jiwamu akan tenang nak...nak
mari kemari nak...ibu nak bisikan ke telingamu...."

Aku akur dengan kehendak ibuku. Ibuku membisikkan ke telingaku,
"Kejarlah akhirat mu karena disana akan kau temui duniamu ...ikut apa yang
ibu mahu ajarkan ini nak...

أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله

Setelah habis membisikan kalimah syahadah di telingaku ibuku terus meninggalkan aku buat selamanya.

Dalam linangan airmata aku berdoa kepada Tuhan, "Ya Allah Kau balaslah cinta ibuku pada-Mu dengan balasan Syurga Firdausi

~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~

Sahabatku yang Bernama Androgini Asmaragama...
Moga roh ibumu dimasukkan Allah ke Syurga Firdausi Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Kukarangkan puisi ini istimewa buatmu agar kau memahami apa yang tersirat di sebalik pesanan terakhir ibumu ke kamu...."KEJARLAH AKHIRATMU...ITULAH DUNIA SEBENARMU" PESANAN YANG AMAT TERKESAN UNTUK DI HAYATI OLEH SEMUA YANG MASIH BERPELUANG HIDUP DI MUKA BUMI INI YANG SEMENTARA INI.

Rakan dunia akhiratmu,
Ratu Rimba Niagara
28 Syaaban 1434H
7 Julai 2013M
(DANA SASTERA DISIARKAN LAMBANG CINTAKU KEPADA YANG BERGELAR KANAK-KANAK ...NENDA SAYANG KALIAN SEMUA KERANA ALLAH TAALA MAKANYA HARGAILAH KASIH SAYANG NENDA INI SETULUS HATIMU SAYANG).
e · 

0 comments:

Post a Comment

 
;