Tuesday, 9 July 2013

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'CINTA ADAM & HAWA'




    • RECENT POSTS
    • Dikatakan………..dijadikan Hawa dari tulang rusuk Adam,

      Bukan dari kepala,
      untuk dijunjungi,
      bukan dari kaki,
      untuk dijadikan pengalas.

      Tapi dekat dengan lengan,
      untuk dilindungi,
      dekat dengan hati,
      untuk dicintai.

      Aku tertarik pada Hawa,
      pada suara dan gurauan.
      …………….asmara dana.

      Aku tertarik pada Hawa,
      pada kelembutan sentuhan.
      …………….asmara tantra,

      Aku tertarik pada Hawa,
      pada rasa kenikmatan.
      ……………asmara sanggama.

      Godaan yang mengasyikkan,
      kemanisan yang sukar dilepaskan.

      Meskipun kasih sayang tanpa nafsu,
      aku tetap terbelenggu.

      Tersentak……….

      Kalau aku ini Adam,
      bukankah Hawa pun aku jua?

      Kerna menganggap aku lelaki,
      aku terus terpenjara lagi………..

      JIWApengembara - RickyARJUNA 1440 -
      • You and 11 others like this.
      • Ratu Rimba Niagara ADAM & HAWA IDOLA CINTA KITA

        ADAM BAPA KITA & HAWA IBU KITA
        ADAM & HAWA CINTA IDOLA KITA
        ADAM & HAWA MOYANG KITA
        MOGA KITA DAPAT BERTEMU MOYANG KITA ADAM & HAWA DI-SYURGA AAMIIN.

        RATU RIMBA NIAGARA
        17 Rabiulakhir 1434H
        27 Febuari 2013M
        ·

        CINTA ADAM & HAWA SEMURNI SYURGA

        tika Adam menghayati suasana Taman-Taman Syurga..
        Adam terpandang sepasang burung berkicau-kicauan
        Adam terhibur bahagia melihat pasangan burung Syurga
        terdetik di hati Adam untuk memiliki pasangan
        hilang kesunyian Adam...
        Kerana sifat-Nya Allah amat memahami isi hati hamba-Nya
        Diciptakan Hawa untuk Adam cintai
        Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Adam
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        Memang benarlah Allah Maha Memahami
        Maha Bijaksana dalam mengaturkan segala perkara

        Adam bersyukur kepada Tuhan
        Bersujud Adam tanda syukur kepada Allah
        Kerana memahami isi hatinya
        Walaupun hanya sekadar terdetik di hati saja
        Allah sudah tahu dan terus memakbulkan hajat Adam

        Hawalah bidadari Adam cintai seumur hidup
        Sekali jatuh cinta ...selamanya cinta...
        Di Syurga tiada apa yang diucapkan
        Melainkan semuanya yang sejahtera
        Memuji memuja Allah
        Mereka bersyukur sebanyak-banyak-Nya
        Mengurniakan mereka cinta sejati dan murni
        Selalu diungkapkan
        SALAM SEJAHTERA DUHAI
        BIDADARIKU YANG DIKURNIAKAN ALLAH UNTUK AKU CINTAI
        SEUMUR HIDUPKU
        SALAM SEJAHTERA DUHAI
        BIDADARAKU YANG DIKURNIAKAN ALLAH UNTUK AKU
        MEMBALAS CINTAMU SEUMUR HIDUPKU
        Saling cinta saling sayang
        Semuanya kerana Allah
        Adam diciptakan untuk Hawa cintai
        Hawa diciptakan untuk Adam cintai
        Saling cinta
        Saling sayang semuanya kerana ALLAH

        Dalam asyik bercinta
        Iblis laknatullah
        Khianat dengan percintaan Adam & Hawa
        Menghasut Adam & Hawa memakan buah khuldi
        Buah yang dilarang Allah...
        Adam & Hawa memakan buah khuldi
        Kerana menyangka jika mereka makan
        Mereka tidak akan berpisah selamanya
        Rupanya mereka terpedaya dengan hasutan iblis laknatullah
        Berpisahlah mereka diturunkan ke dunia...
        Perpisahan yang diredhoi
        Atas kekhilafan sendiri
        Alpa dengan cinta mengutamakan cinta daripada perintah Allah...
        Adam & Hawa bertaubat kepada Allah dengan sesungguhnya
        Sebelum diturunkan Adam & Hawa ke dunia.

        Adam mencari Hawa
        Hawa menunggu Adam dalam pasrah
        Tika terpisah
        Saling rindu-rinduan
        Tapi pasrah sambil berusaha mencari dan tak putus-putus berdoa
        Agar ditemukan Hawa cinta hati bidadari Syurga yang ada di dunia
        Atas Rahmat Kasih-Nya Allah pada hamba-Nya
        Yang tidak pernah berputus asa
        Ditemukan Adam & Hawa di Jabbar Rahmah
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        ALLAH MAHA MENEMUKAN
        ALLAH MAHA MENGETAHUI
        ALLAH MAHA PENGATUR HIDUP & MATI HAMBA-NYA

        "ALLAH MENJADIKAN MANUSIA ITU TIDAK LAIN TIDAK BUKAN
        HANYA MENYEMBAH DAN MENG-AGUNGKAN-NYA DI SEBILANG MASA DAN KETIKA

        "TIDAK DICIPTAKAN MANUSIA ITU HANYALAH BERIBADAT KEPADA-NYA"

        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

        "DARINYA AKU DATANG DARINYA AKU DIKEMBALIKAN
        MOGA KEMBALINYA AKU KE PANGKUAN-NYA
        DALAM JIWA YANG TENANG
        DALAM REDHO LAGI DIREDHOI BERKAT AKU MENG-AGUNGKAN
        KASIH SAYANG SEMUANYA ATAS DASAR KERANA-NYA
        AAMIIN AAMIIN AAMIN YA RABBAL A'LAMIIN"

        RATU RIMBA NIAGARA
        17 Rabiulakhir 1434H
        27 Febuari 2013M
      • Ratu Rimba Niagara BERMULANYA CINTA ADAM & HAWA DI SYURGA BERAKHIR DI SYURGA

        ADAM BAPA KITA & HAWA IBU KITA
        ADAM & HAWA CINTA IDOLA KITA
        ADAM & HAWA MOYANG KITA

        MOGA KITA DAPAT BERTEMU MOYANG KITA ADAM & HAWA DI-SYURGA AAMIIN.

        Tengku Shawal Tengku Tengku Shawal Tengku AzizI MASUK MELALUI HAWA..MEMBUAT ADAM KELUAR DARI SYURGA...PERSAMAAN DI DUNIA INI....

        Ratu Rimba Niagara:

        TIDAK ALLAH MENJADIKAN SESUATU PASTI ADA HIKMAH-NYA.
        KENAPA ALLAH CIPTAKAN HAWA UNTUK ADAM CINTAI PASTI ADA HIKMAH-NYA.

        JIKA ALLAH TIDAK CIPTAKAN HAWA...
        PASTI TIDAK AKAN ADA MANUSIA DI DUNIA INI.

        PERCINTAAN ADAM & HAWA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA

        MELALUI ADAM & HAWALAH MAKANYA MANUSIA HIDUP UNTUK MENGINDAHKAN LAGI DUNIA INI DENGAN KASIH SAYANG SEMURNI CINTA ADAM & HAWA. HIDUP SEMUANYA BERLANDASKAN KASIH SAYANG KERANA-NYA. ADAM & HAWA CINTA IDOLA KEPADA SEMUA PASANGAN YANG BERCINTA, BERUMAH TANGGA. SEKALI JATUH CINTA CINTA SELAMANYA CINTA SAMPAI MATI BERMULA CINTA DI SYURGA BERAKHIR CINTA JUGA DI SYURGA. DITURUNKAN KE DUNIA ITU PUN ANGKARA TIPU DAYA IBLIS LAKNATULLAH YANG DENGKI KHIANAT DENGAN PERCINTAAN ADAM & HAWA. MEMPEDAYAKAN HAWA JIKA HAWA & ADAM MEMAKAN BUAH KHULDI DI SYURGA KASIH MEREKA TIDAK AKAN TERPISAH SELAMANYA TINGGAL DI SYURGA.KERANA MAHU TIDAK BERPISAH DENGAN ADAM YANG DICINTAI SEPENUH JIWA DAN ADAM MENCINTAI HAWA , MEREKA BERDUA MEMAKAN BUAH KHULDI YANG DILARANG OLEH ALLAH SWT. KERANA ITULAH MEREKA TERPISAH JUA DI TURUNKAN KE BUMI. ADAM & HAWA REDHO DIPISAHKAN KERANA KEKHILAFAN SENDIRI.

        TIKA BERPISAH ADAM TIDAK BERPUTUS ASA MENCARI HAWA... HAWA BERDOA AGAR ADAM BERJAYA MENEMUI HAWA... DENGAN RAHMAT KASIH-NYA ALLAH TANPA BATAS MEMAHAMI DUA JIWA YANG TERPISAH ANGKARA ALPA DENGAN HASUTAN IBLIS HANYA SEMATA TIDAK MAHU BERPISAH TIKA BERADA DI SYURGA..MAHU SELAMANYA TINGGAL BERKASIH SAYANG DI SYSURGA...MEREKA BERCINTA TIDAK MENGUTAMAKAN ALLAH YANG MENCIPTAKAN MEREKA .LALU ALLAH MURKA MEREKA DI PISAHKAN CINTA. ALLAH MAHA PENGAMPUN MAHA PENYAYANG ..PENGAMPUNKAN ADAM & HAWA. DITEMUKAN ADAM & HAWA DI JABBAR RAHMAH.SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

        BENARLAH ALLAH MAHA MEMAHAMI,MAHA MENEMUKAN, MAHA MENGETAHUI ISI HATI, MAHA PENGAMBPUN, MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG,MAHA MENGABULKAN DOA HAMBA-NYA YANG MEMINTA.AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.

        RATU RIMBA NIAGARA
        17 Rabiulakhir 1434H
        27 Febuari 20
      • Ratu Rimba Niagara PERCINTAAN ADAM & HAWA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA

        MELALUI ADAM & HAWALAH MAKANYA MANUSIA HIDUP UNTUK MENGINDAHKAN LAGI DUNIA INI DENGAN KASIH SAYANG SEMURNI CINTA ADAM & HAWA. HIDUP SEMUANYA BERLANDASKAN KASIH SAYANG KERANA-NYA. ADAM & HAWA CINTA
         IDOLA KEPADA SEMUA PASANGAN YANG BERCINTA, BERUMAH TANGGA. SEKALI JATUH CINTA CINTA SELAMANYA CINTA SAMPAI MATI BERMULA CINTA DI SYURGA BERAKHIR CINTA JUGA DI SYURGA. DITURUNKAN KE DUNIA ITU PUN ANGKARA TIPU DAYA IBLIS LAKNATULLAH YANG DENGKI KHIANAT DENGAN PERCINTAAN ADAM & HAWA. MEMPEDAYAKAN HAWA JIKA HAWA & ADAM MEMAKAN BUAH KHULDI DI SYURGA KASIH MEREKA TIDAK AKAN TERPISAH SELAMANYA TINGGAL DI SYURGA.KERANA MAHU TIDAK BERPISAH DENGAN ADAM YANG DICINTAI SEPENUH JIWA DAN ADAM MENCINTAI HAWA , MEREKA BERDUA MEMAKAN BUAH KHULDI YANG DILARANG OLEH ALLAH SWT. KERANA ITULAH MEREKA TERPISAH JUA DI TURUNKAN KE BUMI. ADAM & HAWA REDHO DIPISAHKAN KERANA KEKHILAFAN SENDIRI.

        TIKA BERPISAH ADAM TIDAK BERPUTUS ASA MENCARI HAWA... HAWA BERDOA AGAR ADAM BERJAYA MENEMUI HAWA... DENGAN RAHMAT KASIH-NYA ALLAH TANPA BATAS MEMAHAMI DUA JIWA YANG TERPISAH ANGKARA ALPA DENGAN HASUTAN IBLIS HANYA SEMATA TIDAK MAHU BERPISAH TIKA BERADA DI SYURGA..MAHU SELAMANYA TINGGAL BERKASIH SAYANG DI SYSURGA...MEREKA BERCINTA TIDAK MENGUTAMAKAN ALLAH YANG MENCIPTAKAN MEREKA .LALU ALLAH MURKA MEREKA DI PISAHKAN CINTA. ALLAH MAHA PENGAMPUN MAHA PENYAYANG ..PENGAMPUNKAN ADAM & HAWA. DITEMUKAN ADAM & HAWA DI JABBAR RAHMAH.SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

        BENARLAH ALLAH MAHA MEMAHAMI,MAHA MENEMUKAN, MAHA MENGETAHUI ISI HATI, MAHA PENGAMBPUN, MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG,MAHA MENGABULKAN DOA HAMBA-NYA YANG MEMINTA.AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.

        RATU RIMBA NIAGARA
        17 Rabiulakhir 1434H
        27 Febuari 2013M
        ·
      • Ratu Rimba Niagara GERHANA HATI KEKASIH PELANGI CINTA

        Kanda janji sama dinda ye...

        Janji apa itu dinda


        Kanda akan setia sama dinda

        Mestilah kanda setia 
        kitakan menjadi inspirasi Adam ketika d Syurga
        di mana Adam merasa cemburu dengan cinta kita
        ke mana saja pergi kita berdua
        dan kerana melihat kasih sayang kita terdetik di hati Adam mahukan Hawa sebagai peneman hidup
        Kerana sifat-Nya Allah Yang Amat Pengasih Lagi Maha Penyayang ...Allah memakbulkan hajat Adam dengan menjadikan Hawa sebagai bidadari untuk Adam cintai...Hawa diciptakan untuk Adam dan Adam diciptakan untuk Hawa...saling cinta mencintai kerana Allah swt. 

        Itu cerita moyang kita tika di Syurga kan kanda?

        Iya dinda moga cinta kita seperti moyang kita tika di Syurga...
        kita tinggal di bumi Allah swt berkasih sayang semua-Nya kerana Allah..sebab itu kanda cintakan dinda kerana Allah dan dinda balas cinta kanda kerana Allah...iyakan dinda?

        Iya kanda...kanda ...istana yang kanda bina untuk anak-anak kita begitu cantik dan halus seni binanya...dinda salut dengan kepakaran kanda...pasti anak-anak kita yang menunggu masa hendak menetas selamat kan kanda..hidup aman bahagia di situ...tergantung-gantung di pohon itu...di buai angin sepoi-sepoi bahasa masih kukuh lagi kanda...

        Dinda istana yang kanda bina untuk anak-anak kita yang bakal menetas nanti adalah lambang cinta kanda pada dinda ...nanti kita didik mereka agar menjadi yang suka pada ilmu dan minat mencari ilmu dan suka menyebarkan ilmu ...kerana ilmu yang Allah berikan pada kanda lah...kanda arif membuat istana yang indah ini untuk anak-anak kita dinda...

        Syukur Alhamdulillah Kurniaan dari-NYa dinda punya suami yang pintar dan penyayang lagi beriman ..dinda rasa amat bahagia di samping kanda...Syukur Ya Allah Kurniakan hamba keluarga Mawaddah Warrohmah...

        Hari itu pasangan suami isteri burung Pelangi Cinta tercari-cari di mana sarang burung yang di dalamnya ada empat biji telor burung yang menugngu masa untuk menetas.

        Kanda....kanda...kanda....
        istana kita tak ada kanda mana hilang nya kanda...

        Bawa bertenang dinda...barangkali kita tersalah pokok...
        Mari kita cari di seluruh belantara ini...pasti ketemui....

        "Anakanda...anakanda....jangan tinggalkan ayahanda dan bunda..."
        Permaisuri Pelangi Cinta menangis teresak-esak...

        BERSAMBUNG... 

        (PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)
        23 Mac 2013
      • Ratu Rimba Niagara DI SYURGA KAMI MENANTIMU DUHAI PUTRI KESAYANGAN SEMUA!

        Abang cantiknya sarang burung tu...berbuai-buai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa

        Iyelah pah ..ada dua sarang burung...yang satu tu tak berapa cantik dan yang satu tu cantikkan! 


        Abang ...ambil bang...kita buat hiasan kat rumah kita...mesti cantik dijadikan bahan seni...

        Dah dapat pun...napa sarang burung yang satu ni tak berapa cantik dan yang satu ni cantik sangat...buatannya haluskan ...kuasa Tuhan... burung pun pandai membuat sarang yang begini halus dan cantik...teguh pula ikatannya....

        Sampai dipertengahan jalan semasa di dalam kereta terdengar bunyi suara anak burung....ciiiittt ciiitttt...ciiiittt

        Abang dengar tak tu...suara anak burunglah...

        Pelik pulak abang...tadi masa kita tengok tak ada pulak suara anak burung...pah cuba tengok....

        Yalah ada empat ekor anak burung ...agaknya baru menetas kot?
        Kita singgah kat rumah putri ...dia sukakan haiwan...nak bagi putri anak burung ni dan sarang burung yang satu ni...bagi pada putri ...putri pasti suka.

        Mereka singgah di rumah putri...

        Putri ada hadiah untuk putri...pasti putri suka...nah tengok ni...sarang burung...
        kita orang jumpa di kebun abang tadi masa nak mengutip durian.

        Cantiknya kak pah...ada empat ekor anak burung...

        Putri kan suka burung...

        Mana kak pah tahu putri suka burung?

        Alahai dah kawan baik ...tahulah apa yang putri suka...setiap kali tengok burung terbang ..setiap kali itulah putri kata...alangkah bahagianya jika burung itu singgah di bahu putri...sekarang ni ada empat ekor putri..putri belalah elok-elok ....

        Makasih yang kak pah kerana sudi gembirakan hati putri...dah lama putri berangan-angan nak bela burung tapi baru sekarang dapat..seronoknya...

        Putri nak tengok tak sarang burung yang lagi satu ni...cantik putri...nah tengok cantik tak?

        Subhanallah cantiknya!

        Kak pah jumpa bersebelahan dengan sarang burung yang tak berapa kemas buatannya...

        Agaknya yang cantik ini dibuat oleh bapa burung ni khas untuk anak-anak dia kan...yang tak berapa cantik dan kemas tu dia dengan isteri dia...memanglah dia suami yang penyayang dan bapa yang penyayangkan?

        Kesitu pulak putri fikir ye....hehehehe

        Iye lah kalau tidak kenapa ada dua sarang burung...tapi kasihan kan? 
        Pasti mereka tercari-cari anak-anak mereka...pulangkan balik tak boleh ke kak pah? Tak sampai hati pulak memisahkan kasih sayang mereka anak beranak...

        Tapi masa kita orang ambil sarang burung ni tadi ...dah goncang-goncang dah ...kita orang ingat sarang burung tinggal ...itu yang kita orang ambil tu...cadangan putri ada baiknya juga...nanti macam mana nak gayutkan balik di dahan pohon tu...kita pun dah lupa kat mana pohon tu...kalau nak digantung balik pun susah...bela ajelah ye putri...anggaplah ini rezeki putri nak sangat bela burung kan3....

        Malam itu ke empat-empat anak burung tersebut kelaparan mencuiiittt cuiiiit bunyinya putri berikan makanan ....mereka makan .....bangun dari tidur dua ekor daripada empat anak burung itu mati.... dan keesokan malam 2 ekor pun mati....

        Malam keesokannya putri bermimpi....

        "Duhai putri yang baik hati...putri telah temukan kami anak beranak di Syurga. Kami sekarang sudah berada di Syurga...terima kasih kerana sudi memelihara anak-anak kami walaupun cuma sehari....terima kasih kerana sudi menyayangi anak-anak kami....kami doakan moga putri dilimpahi rahmat kaseh dari Ilahi sehingga di Syurga...nanti di Syurga kami sekeluarga menantimu putri Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. 

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        23 Mac 2013
        (PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)
      • Ratu Rimba Niagara KUTUNGGU ADAM DI BALIK SINAR PELANGI

        Padamu kasih... kasih tak tersisih
        Kasih dibalas setulus ikhlas
        Kita saling kasih mengasih

        Mematrikan cinta setulus ikhlas

        Di bulan purnama terbayang wajahmu
        Ku tunggumu Adam di balik sinar pelangi
        Cinta dan kasihmu setulus hati
        Kulafazkan syukur pada Tuhan
        Kurniakan Adam yang kucinta...

        Sekuntum bunga melati di kukirimkan buat dirimu
        Menghilang rindu....

        Ratu Rimba Niagara
        27 Febuari 2013
      • Ratu Rimba Niagara SALING CINTA MENYINTAI KARENA-NYA BERMATLAMATKAN MAHU MENDEKATKAN PADA CINTA ALLAH ITULAH CINTA SEJATI.IDOLA CINTA SEJATI DI SYURGA & DI DUNIA. ADAM & HAWA IDOLA CINTA KITA.
      • Ratu Rimba Niagara ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA

        Hidup di Syurga terasa sunyi,
        Sedangkan semuanya ada pasangan;
        Kesunyian Adam Allah memahami 

        Dijadikan Hawa sebagai pasangan.

        Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
        Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
        Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
        Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia. 

        Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
        Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
        Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
        Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.

        Demi cinta Adam kepada Hawa,
        Terpengaruh dengan hasutan iblis;
        Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
        Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.

        Setelah sekian lama mereka terpisah,
        Masing-masing tercari-cari;
        Cinta di hati tidak berubah,
        Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.

        Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
        Menjadi idola pasangan bahagia;
        Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
        Takdir cinta bahagia selamanya.

        Justeru hargailah cinta Adam,
        Adam pula menghargai cinta Hawa;
        Allah merestui cinta yang terpendam,
        Biarpun dipisahkan angkara alpa.

        Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
        Terima kasih sahabatku:
        Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
        Moga Allah berkati hidup matimu.

        Adam dan Hawa Cinta Idola,'
        Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
        Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
        Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.

        Karya: Ratu Rimba Niagara
        9 Ramadhan 1432H
        9 Ogos 2011
(PETIKAN DARIPADA WALL TENTERA FISABILILLAH)
1 Ramadhan 1434H
10 Julai 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;