- OLDER POSTS
Assalaamualaikum dan salaam sejahtera buat semua warga JBAQdS.
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap. Semoga Allah SWT permudahkan untuk kita beribadah kepadaNYA.
#Jaga SOLAT, baca AL~QURAN, bayar ZAKAT,berPUASA dan banyakkan SEDEQAH. Semoga Allah SWT menerima amalan kita. Aameen.- GURINDAM FISABILILLAH UNTUK CUCUNDA MUHAMMAD HAFIZ MUHAIMIM
Hafiz Oooo Hafiz...
Hafiz kesayangan nenda
Hafiz jadilah pejuang fisabilillah
Itu cita-cita nenda pada Hafiz
Jadilah anak soleh
Cucunda pahlawan berjiwa fisabilillah
Hafiz Oooo Hafiz....
Janjilah pada nenda
Menggapai segala kejayaan dunia dan akhirat
Demi kebahagiaan ayahanda dan bondamu
Pasti mereka merasa tenang memiliki anak soleh sesolehmu
Hafiz ooo Hafiz...
Cinta nenda sentiasa ada untuk Hafiz
Hargailah kasih sayang nenda
Tiada siapa lagi yang nenda harapkan kecuali Hafiz
Untuk menjayakan cita-cita nenda....
Haifz ooo Hafiz...
Melihat wajahmu terasa tenang di jiwa nenda
Lesung pipit di pipimu cukup membahagiakan nenda
Sejujurnya nenda sayang....sayang pada Hafiz....
Moga Hafiz sudi hargai kasih sayang nenda
Dan sudi mewarisi karya-karya nenda
Untuk Haifz kembangkan
Menjadi Perjuangan Fisabilillahmu Hafiz
Andainya Allah menjemput nenda bertemu-Nya
Barulah tenang jiwa nenda di Alam Sana...
Abadi selamanya bersama dengan sumpah ikrar Haifz pada nenda...
Cucunda Muhammad Hafiz Muhaimim....
Selamat Menyambut Hari Keputeraan Yang ke-1 tahun umurmu
Moga Allah makbulkan doa nenda untuk mu Muhammad Hafiz Muhaimim
Nenda yang menyayangimu sampai Syurga,
Nendamu Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
27 Syaaban 1434H
6 Julai 2013M .
(GENAP UMUR CUCUNDA MUHAMMAD HAFIZ MUHAIMIM SETAHUN)
'HIDUP ADALAH MIMPI
MATI ADALAH REALITI
MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI
SEMOGA DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITI-NYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN ' AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'
RATU RIMBA NIAGARA
27 Syaaban 1434H
6 Julai 2013M Terlalu banyak nikmat yang Allah SWT telah beri kepada kita. Namun ada segelintir dari kita yang lupa untuk bersyukur di atas segala kurniaan Allah Taala. Kita alpa dari berterima kasih kepada Allah SWT Maha Pemberi Rezeki di dalam kehidupan kita.
Mafhum Firman Allah SWT :
"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku; dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras."
JOM LIKE Inspirasi Indah- KEJARLAH AKHIRATMU KARENA DI SANA AKAN KAU TEMUI DUNIAMU!
Anakku Androgini Asmaragama...
kejarlah akhiratmu di sana akan kau temui duniamu
kata-kata terakhir yang kuingat sampai kini sepanjang hayatku
Masa ibu bilang ke aku
aku masih nggak ngerti apa makna kejar akhirat
yang aku tahu aku kejar duniaku sendiri
aku hidup dalam dunia aku sendiri
dunia remaja yang gila-gila permotoran dan muzik
Segala yang dinasihati ibu aku tak dengar
aku tak paham
aku saja buat-buat tak paham
Tapi ibu tak pernah berhenti
berkata-kata memujuk aku
supaya jatuh cinta dengan Allah swt
"Kejar nak...kejarlah akhiratmu...itulah duniamu sebenarnya nak...
bukan dunia yang sementara ini nak...."
Pada suatu hari aku memandang ibu dengan penuh kesayuan...
ibu berpakaian solat sambil jarinya membilang butiran tasbih putih pemberian
Almarhum ayahandaku.
"Nak...tiada apa yang hendak ibu hadiahkan padamu nak...nak ambilah tasbih ni
berzikirlah ingat Allah banyak-banyak nescaya jiwamu akan tenang nak...nak
mari kemari nak...ibu nak bisikan ke telingamu...."
Aku akur dengan kehendak ibuku. Ibuku membisikkan ke telingaku,
"Kejarlah akhirat mu karena disana akan kau temui duniamu ...ikut apa yang
ibu mahu ajarkan ini nak...
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله
Setelah habis membisikan kalimah syahadah di telingaku ibuku terus meninggalkan aku buat selamanya.
Dalam linangan airmata aku berdoa kepada Tuhan, "Ya Allah Kau balaslah cinta ibuku pada-Mu dengan balasan Syurga Firdausi
~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~
Sahabatku yang Bernama Androgini Asmaragama...
Moga roh ibumu dimasukkan Allah ke Syurga Firdausi Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Kukarangkan puisi ini istimewa buatmu agar kau memahami apa yang tersirat di sebalik pesanan terakhir ibumu ke kamu...."KEJARLAH AKHIRATMU...ITULAH DUNIA SEBENARMU" PESANAN YANG AMAT TERKESAN UNTUK DI HAYATI OLEH SEMUA YANG MASIH BERPELUANG HIDUP DI MUKA BUMI INI YANG SEMENTARA INI.
Rakan dunia akhiratmu,
Ratu Rimba Niagara
28 Syaaban 1434H
7 Julai 2013M
MOGA KITA TERGOLONG DI KALANGAN HAMBA-NYA YANG BERSYUKUR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
28 Syaaban 1434H
0 comments:
Post a Comment