Sunday, 7 July 2013

GARUDA SAKTI & RAJAWALI SAKTI (BHG 2)


    • Rakan dunia akhiratmu,
      Ratu Rimba Niagara
      28 Syaaban 1434H
      7 Julai 2013M
    • Ratu Rimba Niagara PASANGAN PENGANTIN DIRAJA PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI & TENGKU AMALIN 'AISHAH PUTRI'

      MARHABAN YA RAMADHAN 
      MAAF ZAHIR BATHIN

      MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH 
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

      الله الله الله يا الله

      لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل

      لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ

      سُبْحَانَ اللَّهِ ♤ ♣ الْحَمْدُ للَّهِ ♤ ♣ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤ ♣ اللَّهُ أَكْبَرُ♤ ♣

      اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

      أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله

      ~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~

      INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAT
      LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

      SENTIASA MUHASABAH DIRI
      MENGINGATI SAKARATULMAUT YANG PASTI HAMPIRI
      SETIAP MASA MENUNGGU ARAHAN DARI ILAHI
      ADAKAH AKU MASIH BEGINI
      MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI
      MASIH SALING DENGKI MENDENGKI
      MASIH TAK SADAR DIRI
      MASIH MENGADU DOMBA SESAMA SENDIRI
      TAK TAKUT MATI 
      DATANG SEBENTAR LAGI
      BERGELAR MAYAT YANG AKAN DIKUBURI
      APA YANG HENDAK DIJAWAB NANTI
      SOALAN KUBUR YANG DITANYAI
      TERKELU LIDAH MAYAT TUK MENJAWAPI
      GAGAL DIJAWAB PASTI MERANA DIRI
      MENANGIS TAK GUNA DIRATAPI
      SELAUTAN AIR MATA DARAH TIADA ARTI LAGI
      MERAUNGLAH UNTUK DIHIDUPKAN KEMBALI
      TIDAK AKAN DIPERKENANKAN ILAHI
      SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT UNTUK DIKESALI
      MANA ADA MAYAT DIHIDUPKAN KEMBALI
      MEMBERITAHU BETAPA SAKITNYA SAAT MATI
      MENGGIGIL MENJAWAB SOALAN KUBUR BILA DITANYAI
      BETAPA AZAB SENGSARANYA SEKSA KUBUR AMAT DITAKUTI
      MENYESAL TIADA BERGUNA LAGI
      RATAPILAH I DIPUKUL DIPALU SEHINGGA SANGKAKALA BERBUNYI

      MARHABAN YA RAMADHAN
      INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAT
      LAA ILLAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

      SENTIASA MAHU MENJAGA TALISIRATURRAHIM
      SALING BERSATU HATI 
      SALING BEKERJASAMA DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN
      BERBAGI KELEBIHAN KURNIAAN ILAHI 
      TANPA ADA NIAT UNTUK BERBANGGA DIRI
      YANG ADA HATI SEMURNI SYURGA
      MEMBANTU SELAGI DAYA
      DALAM PENUH BERBELAS KASIHAN
      TANPA HARAP DIBALASI BUDI YANG DIBERI
      MELAINKAN MENGHARAP REDHO ILAHI
      KETIKA ROH KELUAR DARI JASAD
      TELAFAZLAH KALIMAH
      LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
      INDAHNYA DI KALA PERTEMUAN ROH DENGAN ALLAH ROBBUL IDZATI
      HANYA DIA YANG TAHU DI KALA ITU RAHSIA ROH DAN ILAHI

      ITU SEMUA BERKAT KITA TAHU ILMU MAKRIFATULLAH 
      DALAM SEGALA PERKARA SEMUANYA BERSENDIKAN KALIMAH
      LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
      INDAHNYA BERSATU DALAM KALIMAT
      LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

      MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH 
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

      'HIDUP ADALAH MIMPI
      MATI ADALAH REALITI
      MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
      AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI SEMOGA DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITI-NYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN ' AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.' 

      RATU RIMBA NIAGARA
      28 Syaaban 1434H
      7 Julai 2013M

      *PUISI INI DITULIS MUHASABAH DIRIKU SENDIRI UNTUK 
      PERSIAPAN DI HARI ROH KELUAR DARI JASAD DAN DIKONGSI/BERBAGI KEPADA YANG SUDI MENDENGARI TANDA KUKASIH KUSAYANG SEMUANYA LILLAHI TAALA.
    • Ratu Rimba Niagara MAJLIS PERSANDINGAN YANG AMAT MULIA PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI DAN YANG AMAT MULIA TENGKU AMALIN A'ISHAH 

      H.H Haji Hassanal Bolkiah
      A bersanding ceremony was held for the Royal Wedding of Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi and Yang Amat Mulia Tengku Amalin 'Aisah at the Balai Penghadapan, Bukit Kayangan on July 6, 2013.

      The Deputy Sultan, His Royal Highness Prince Hj Al-Muthadee Bilah and Her Royal Highness Princess Sarah, graced the event, along with other members of the royal family.

      Bersanding Ceremony of Pg Muda Abdul Qawi and Tengku Amalin 'Aishah Putri
      www.bt.com.bn
      A bersanding ceremony was held for the Royal Wedding of Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi and Yang Amat Mulia Tengku Amalin 'Aisah at the Balai Penghadapan, Bukit Kayangan on July 6, 2013.T
      Unlike · · Share · 12121 · 6 hours ago · 
      Top Comments
      You and 120 others like this.
      1 share

      MOGA CINTA TERPATRI SAMPAI SYURGA AAMIIN 'YANG AMAT MULIA PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI & YANG AMAT MULIA TENGKU AMALIN 'AISHAH PUTRI '

      Pasangan Pengantin diRaja Antara Dua Benua,
      Bertemu cinta sejati,
      Si Puteri cantik jelita,
      Putera kerabat diRaja Brunei pilhan hati,

      Tengku Amalin A'ishah Putri berbudi bahasa,
      Penuh santun berakhlak mulia;
      Buat Pengiran Muda Abdul Qawi jatuh cinta,
      Cinta diikat dengan janji setia.

      Tengku Amalin adinda kesayangan Tuanku Muhammad Faris,
      Menyayangi adinda Amalin A'ishah Putri sepenuh hati,
      Selalu menasihati adinda Putri sentiasa berkata manis,
      Berkata manis semanis iman semulia hati agar Allah Berkati.

      Cinta diikat dengan janji setia,
      Cinta sejati dalam redha Ilahi;
      Moga terpatri cinta sampai Syurga,
      Ketentuan takdir cinta dari Ilahi.

      Rakyat jelata menyambut penuh gembira,
      Puteri Amalin berjodohan dengan Pengiran Qawi;
      Moga berkekalan dan bahagia sampai Syurga,
      Doa rakyat jelata untuk pasangan pengantin yang dikasihi.
      AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin

      Pantun dikirim penganti diri
      Daripada Ratu Rimba Niagara
      Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      Untuk Pasangan Pengantin DiRaja
      Antara Malaysia & Brunei Darussalam
      Menyambungkan Talisiraturrahim Yang Abadi
      AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
      18 Syaaban 1434H
      27 Jun 2013

      MOGA CINTA TERPATRI SAMPAI SYURGA

      PASANGAN MEMPELAI PENGANTIN DIRAJA,
      ANTARA MALAYSIA DAN BRUNEI,
      BAGAIKAN PINANG DIBELAH DUA,
      TERJALIN SIRATURRAHIM MALAYSIA DAN BRUNEI.

      SAMA CANTIK SAMA PADAN,
      BAGAIKAN PENGANTIN DARI SYURGA.
      BIDADARA & BIDADARI TERSENYUM MENAWAN,
      BAGAIKAN HATI BERBUNGA CINTA DI SYURGA.

      CINTA DIPATRI DALAM REDHA ILAHI,
      AGAR HIDUP DISINARI NUR ILAHI,
      MOGA KEBAHAGIAAN DIRAHMATI,
      SAMPAI SYURGA SETIA MENANTI.

      SUMPAH SETIA CINTA TERPATRI,
      MENJADI PASANGAN SOLEH SOLEHA,
      MENGHIDUPKAN SUASANA CINTA ILAHI,
      RASAKAN HIDUP BAGAIKAN DI SYURGA.

      SELAMAT BERGELAR AYAHANDA BERIMAN.
      SELAMAT BERGELAR BONDA MITHALI,
      BAKAL MELAHIRKAN ANAKANDA BERIMAN,
      ITU TANDANYA ALLAH MEREDHAI.

      MOGA SAMPAI SYURGA TERPATRI CINTA,
      SEKELUARGA HIDUP AMAN BAHAGIA .
      MENDIDIK KELUARGA AGAR ALLAH DICINTA,
      SEKELUARGA MENIKMATI BAHAGIA SAMPAI SYURGA.

      SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PENGIRAN & PUTRI,
      ATAS PERKAHWINAN YANG SUDAH TERPATRI,
      MOGA BAHAGIA ABADI UNTUK PENGIRAN & PUTRI,
      DOA DIKIRIMKAN SEBAGAI PENGGANTI DIRI.

      WALAUPUN KITA CUMA KETEMU DI ALAMMAYA,
      TAPI KASIH DAN SAYANG TELAH MENYATUKAN KITA,
      SALING BERKASIH SAYANG DEMI REDHA-NYA,
      BERSEMI SILATURRAHIM RAJA DAN RAKYAT JELATA.

      PANTUN MOGA CINTA TERPATRI SAMPAI SYURGA DIKARANGKAN ISTIMEWA UNTUK YANG AMAT MULIA TENGKU AMALIN 'AISHAH PUTRI & YANG AMAT MULIA PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI YANG DIKASIHI RAKYAT JELATA NUSANTARA
      MEWAKILI SEMUA RAJA NUSANTARA
      MEWAKILI SEMUA RAKYAT NUSANTARA
      SEMOGA BAHAGIA SAMPAI SYURGA
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
      KARYA DITULIS DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG OLEH RATU RIMBA NIAGARA
      PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      20 Syaaban 1434H
      30 Jun 2013M

      (PETIKAN DARIPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & RATU RIMBA NIAGARA)
      28 Syaaban 1434H
      7 Julai 2013M
      www.bt.com.bn
      The Brunei Times is an independent English-language daily compact broadsheet newspaper published in Brunei Darussalam.
    • Ratu Rimba Niagara MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH 
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

      الله الله الله يا الله

      لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل

      لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ

      سُبْحَانَ اللَّهِ ♤ ♣ الْحَمْدُ للَّهِ ♤ ♣ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤ ♣ اللَّهُ أَكْبَرُ♤ ♣

      اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

      أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله

      ~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~

      MOGA SATU MASA NANTI 
      SAHABAT BIDADARI KU YANG RUPAWAN INI
      MELAGUKAN LAGU-LAGU PUISI HASIL KARYAKU

      YANG MENULIS KARYA LAGU PUISI MENANGIS
      YANG MENYANYIKAN MENANGIS
      YANG MENDENGAR MENANGIS
      NUR HIDAYAH KASIH-NYA PUN DATANG
      SUBHANALLAH INDAH-NYA SEMUA DAPAT HIDAYAH-NYA 
      DUNIA INI BAGAIKAN TAMAN-TAMAN SYURGA 
      MELAGUKAN LAFAZ CINTA ILAHI 
      MENG-AGUNGKAN CINTA ILAHI
      MERINTIH MENANGIS PENUH SYAHDU UNTUK MERAIH CINTA-NYA
      AGAR SEMUA CINTA PARA HAMBA-NYA DIBALAS ALLAH AZZAWAJALLAH
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

      'HIDUP ADALAH MIMPI
      MATI ADALAH REALITI
      MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
      AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI
      MANALAH TAHU DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITI-NYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN ' AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.' 

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      25 Syaaban 1434H
      4 Julai 2013
      (KARYA ISTIMEWA UNTUK SAHABAT BIDADARIKU NAJWA LATIFF)
      25 Syaaban 1434H
    • Ratu Rimba Niagara Ratu Rimba Niagaraposted toKami taat setia Kdymm Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan

      MARILAH BERSAMA BETA SUSAH SENANG KITA BERSAMA

      TUANKU DIRAJA SULTAN KELANTAN BERJIWA PAHLAWAN FISABILILLAH DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA AKAN DIPERTAHANKAN SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR

      DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI

      RAKYAT BETA YANG DIKASIHI,
      MARILAH BERSAMA BETA;
      PERTAHANKAN BUMI MALAYSIA INI,
      SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

      BETA PERTARUHKAN NYAWA,
      DEMI RAKYAT MALAYSIA TERCINTA;
      INILAH TANDA CINTA BETA,
      PADA RAKYAT & MALAYSIA TERCINTA.

      TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SEINCI,
      DI BUMI BERTUAH MALAYSIA INI;
      KITA LAYARKAN PERJUANGAN ILAHI,
      AGAR KITA SEMUA DIBERKATI.

      USAHLAH DIBIMBANG DUHAI RAKYAT,
      KASIH BETA ADALAH MENGUTAMAKAN RAKYAT;
      KERANA ITU TANGGUNGJAWAB BETA PADA RAKYAT,
      BERUSAHA SELAGI DAYA MAJUKAN RAKYAT.

      JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA,
      DARAH KITA WARNA YANG SAMA;
      BERSAMALAH MAJUKAN NEGARA KITA,
      SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

      ANDAI BETA DIJEMPUT ILAHI,
      JAGALAH BUMI BERTUAH MALAYSIA INI;
      AGAR DAPAT GENERASI WARISI,
      BARULAH TENANG DI SANA NANTI.

      KIRIMAN DOA AMAT DINANTI,
      JANGAN DILUPAI SAMA SEKALI;
      ALAM BARZAH TEMPAT ABADI,
      SEMENTARA QIAMAT DATANGI.

      MOGA KITA BERTEMU LAGI,
      DI SYURGA NEGERI ABADI;
      SEGALA KEINDAHAN DIKECAPI,
      DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      (GURINDAM KALBU DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SULTAN KELANTAN & SELURUH RAKYAT KELANTAN KHUSUSNYA DAN MALAYSIA AMNYA)
      4 Syaaban 1434H
      14 Jun 2013M

      RAKYAT KELANTAN AMAT SANJUNGI

      Sultan Kelantan berhemah tinggi,
      Memerintah Kelantan adil saksama;
      Rakyat Kelantan amat sanjungi,
      Raja dan rakyat saling bekerjasama.

      RATU RIMBA NIAGARA
      6 Ogos 2012
      17 Ramadhan 1433H

      BALASLAH KASIH SAYANGNYA DENGAN RAHMAT KASIH-MU

      Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan
      Seorang hamba yang benar zuhud
      Mengutamakan rakyat lebih daripada
      Kepentingan sendiri
      Segala masalah rakyat ingin dibantu
      Sedaya mampu
      Masalah rakyat masalah baginda juga
      Hari-hari yang difikirkan
      Rakyat...rakyat...rakyat...
      Hidup baginda sepi tanpa rakyat
      Kasih sayang baginda pada rakyat
      Tidak berbelah bahagi
      Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
      Hinggakan rakyat tidak merasakan
      Yang berada di sisi mereka seorang raja
      Yang berkuasa memerintah seluruh negeri Kelantan
      Namun apabila berbicara dengan baginda
      Masih menjaga adap
      Berbicara bahasa istana penuh sopan
      Hinggakan seluruh rakyat Kelantan
      Berasa amat terharu dengan
      Sikap rendah diri raja mereka
      Pada baginda
      Apalah ertinya pangkat
      Jika pangkat itu tidak memberi
      Apa makna kepada rakyat
      Dan baginda amat takut
      Apabila tanggungjawabnya
      Sebagai seorang raja akan
      Dipertanggungjawabkan
      Di akhirat kelak
      Apa yang hendak
      Dijawabkan nanti jika
      Baginda lalai dengan tanggungjawabnya
      Pada rakyat Kelantan

      Ya Allah...
      Kau Maha Penyayang
      Kau Maha Memahami Isi Hati
      Kau pandanglah kasih sayang raja kami ini
      Kau balaslah kasih sayangnya pada kami
      Dengan rahmat kasih-Mu
      Dan balaskanlah dengan balasan Syurga
      Dan kami jua mahu bersamanya
      Menikmati Syurga-Mu
      Penuh kasih sayang
      Berkat ikhlasnya hidup berkasih sayang
      Kerana-Mu tika di dunia
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      14 April 2012
      (PETIKAN DARIPADA WALL & KHAI NOOR & PUTRI RIMBA NIAGARA)
      8 Mei 2012
      (DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
      6 Ogos 2012
    • Ratu Rimba Niagara PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

      1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

      Semua benda ada penciptanya,
      Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
      Apa dicipta penuh bijaksana,
      Demi kebaikan seisi alam.

      2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

      i) Ampun tuanku beribu ampun,
      khilaf patik harap diampun;
      Di setiap karya patik nyatakan,
      Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.

      ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
      Rela berkorban nyawa demi negaraku;
      Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
      1Malaysia sayangkan negaraku.

      3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

      Di parlimen tempat besidang,
      Para pemimpin pilihan rakyat;
      Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
      Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.

      4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

      Negara aman ketangkasan polis bertindak,
      Menggadai nyawa membanteras jenayah;
      PDRM & ATM berjiwa patriotik,
      Apabila berjuang tidak pernah mengalah.

      5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

      i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
      Jiwa tenang setenang air di kali ;
      Seruan yang indah kata yang santun,
      Pasti membaca berulang kali.

      ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
      Galakkan rakyat bersatu padu;
      Pelbagai kaum hormat menghormati,
      Agar negara terus di mercu.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      16 April 2013
    • Ratu Rimba Niagara YA MARHABAN YA RAMADHAN UNTUK SULTAN KELANTAN

      Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
      Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
      Patik dari Rimba Niagara
      Dan wakil dari seluruh penghuni rimba niagara
      Mengucapkan selamat menyambut
      Ya Marhaban Ya Ramadhan
      Moga semua amalan ibadah Tuanku dan Seluruh rakyat Kelantan...
      Di Terima Allah Azzawajallah Aamiin

      Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
      Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
      Patik mengambil kesempatan ini mengucapkan Tahniah kerana di sepanjang Tuanku Memerintah Kelantan...rakyat Kelantan hidup Dalam aman dan damai
      Dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah Azzawajallah di bumi bertuah Kelantan Dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa Terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil Lagi saksama kepada rakyat Kelantan, Membuatkan setiap rakyat Kelantan rasa Dihargai dalam penuh kesyukuran kerana DiKurniakan Allah SWT seorang Raja yang taat Kepada Allah SWT dan amat utamakan Kepentingan rakyat baginda.

      Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
      Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati...
      Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan Sayang kepada rakyat Kelantan menjadi idola Kepada semua Raja-Raja Melayu yang ada di Seluruh Malaysia.
      Moga Rahmat dan Kasih Allah Robbul Idzati
      DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan Seluruh rakyat Kelantan...
      Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
      DAULAT TUANKU!

      Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
      Rabeah Mohd Ali
      Putri Rimba Niagara
      Istana Rimba Niagara
      Malaysia/Indonesia.
      22 Ramadan 1433H
      11 Ogos 2012
    • Ratu Rimba Niagara RAJA RAKYAT PEMIMPIN TIGA SERANGKAI TAK DAPAT DIPISAHKAN!

      Sejarah adalah sejarah
      Sejarah raja tetap ada di setiap pewarisnya
      Biarpun sudah berkurun lamanya pergi meninggalkan yang hidup
      Tapi darjatnya tetap hidup dihidupkan oleh pewarisnya
      Tapi darjat yang ada bukanlah bertujuan untuk
      Rasa mendabik dada akulah ,
      "Keturunan Raja...
      Darah yang mengalir ditubuhku ini adalah moyangku yang berketurunan raja aku punya segala keistimewaan yang patut diakur oleh semua rakyat nusantara...sesiapa yang menderhaka
      akan kena daulatku.."
      Adakah raja begitu yang hendak rakyat sanjung?
      Kerana berdarah raja sewenang-wenangnya memperlekehkan rakyat... sedangkan rakyat selalu menyanjungi institusi diRaja setia sesetia Hang Tuah...biarpun dia diperintah dibunuh oleh raja tapi tetap setia pada raja kerana tidak mahu menjadi rakyat derhaka.

      Kalau dulu iya daulat raja akan terkena pada rakyat kerana raja yang zalim telah mengaku kesilapannya pada rakyat dan mahu berazam lebih pentingkan rakyat daripada kepentingan sendiri...maknanya raja tersebut telah benar-benar berubah mahu menjadi hamba Allah yang benar-benar soleh ...memiliki kuasa dan darjat untuk membela rakyat dan berbakti kepada rakyat jelata. Rakyat pula hanya akan menyanjungi dan memartabatkan raja yang berjiwa hamba Allah swt...yang ego dan sombong suka mengeluarkan bahasa mengherdik, menghina, sombong akan darjat, kekuasaan dan harta yang dimiliki sejujurnya rakyat akan tidak memandang sebelah mata pun pada raja yang sombong.

      Setiap takdir seseorang itu telah tercatat sejak Azali.
      Sudah tercatat sejak azali dia bergelar raja biarpun dia bukan keturunan raja. Raja cumalah gelaran manusia kepada ketua mereka yang digelar raja.
      Raja manusia hanyaLah Allah swt selainnya tidak ada....
      Yang ada di muka bumi ini hanyalah gelaran saja....

      Semuanya boleh menggelarkan dirinya raja...
      tapi jika asalnya berketurunan darah diraja itu adalah tiket
      untuk dia menjadi ketua memerintah rakyatnya
      berkuasa pada rakyatnya bukan untuk menguasai tapi untuk saling
      menyanjungi pengorbanan
      rakyat menyanjungi raja
      raja menyanjungi rakyat
      rakyat membela raja
      raja membela rakyat
      rakyat pula adalah pemimpin
      Pemimpin dan rakyatlah
      yang akan memartabatkan
      Institusi diRaja
      bukan untuk kepentingan raja itu sendiri
      tapi untuk kepenting rakyat seluruhnya
      jika raja faham apa yang dimahukan rakyat
      makanya Institusi diRaja itu dipandang mulia
      dan patut dimartabatkan sepanjang zaman
      barulah sumpah keramat
      Laksamana Hang Tuah...
      TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
      menjadi kenyataan dan tak akan berani sesiapa pun memadamkan dalam sejarah melayu
      MELAYU ITU UJUD SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI
      SELAGI DUNIA BELUM QIAMAT
      In Shaa Allah Aamiin

      Makanya
      RAJA PEMIMPIN RAKYAT
      TIGA SERANGKAI YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN
      DARI ALAM NYATA
      KERANA RAJA ITU RAKYAT
      RAKYAT ITU PEMIMPIN
      PEMIMPIN ITU ADALAH KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI
      YANG SEIA SEKATA
      SENADA SEIRAMA
      SALING BEKERJASAMA MAHU MENYIAPKAN BEKALAN
      UNTUK DIBAWA PULANG KE NEGERI ABADI
      DAN BEKALAN ITULAH MATLAMAT SEMUA
      YANG BERGELAR KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI

      RATU RIMBA NIAGARA
      16 April 2013

      (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIAGARA & GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING)
      16 April 2013
    • Ratu Rimba Niagara RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

      Bertolong-tolonglah kamu dalam berkebajikan kerana
      itulah bekalan untuk dibawa ke alam akhirat...
      itulah harta yang abadi kamu punya.
      Moga dimurahkan rezeki melimpah ruah atas kebajikan
      yang diberikan kepada rakyat. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

      Syukur Alhamdulillah Raja kami dimurahkan rezeki melimpah
      ruah berkat doa rakyat atas keperihatinan membela nasib rakyat.
      Kuasa raja yang diKurniakan Allah adalah untuk dimanfaatkan
      kepada rakyat. Syukur kami dikurniakan raja berjiwa rakyat.
      RAJA & RAKYAT BERPISAH TIADA.
      DAULAT TUANKU!

      Syukur Alhamdulillah Raja kami dimurahkan rezeki melimpah ruah
      berkat doa rakyat atas keperihatinan membela nasib rakyat.
      Kuasa raja yang diKurniakan Allah adalah untuk dimanfaatkan
      kepada rakyat. Syukur kami dikurniakan raja berjiwa rakyat.
      RAJA & RAKYAT BERPISAH TIADA.
      DAULAT TUANKU!

      Ya Allah murahkan rezeki kerabat diRaja Kesultanan Siak Sri Indrapura
      atas niat suci membela nasib rakyat yang memerlukan.
      Turunkan Rahmat Kasih-Mu sehingga ke akhir hayat raja dan juga rakyat .
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

      Karya Ratu Rima Niagara
      4 Syaaban 1434H
      13 Jun 2013
    • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK GROUP MAJLIS PENERUS KESULTANAN SIAK SRI INDRAPURA MALAYSIA

      Bismillahirrahmanirrahim
      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

      Kepada Yang DiMuliakan Tengku Kamaruddin Haji Sani...
      yang sudi menjemput patik ke Group Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura Malaysia seterusnya melantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura Malaysia.

      Syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya hamba dijemput ke Majlis Kerabat diRaja Kesultanan Siak Sri Indrapura , Malaysia. In Shaa Allah selagi terdaya dan mampu menyumbangkan karya dan idea kepada ahli para Majlis yang dihormati dan disanjungi sepenuh hati sepenuh iman...In Shaa Allah AAmiin.

      Sudah hampir tiga tahun hamba menjadi sahabat Tengku Kamaruddin...ketika di awal perkenalan...Tengku banyak membantu hamba berkarya bertemakan kisah diRaja. Hamba katakan pada Tengku ..hamba suka mengarang kisah-kisah diRaja dan berharap Tengku sudi memberi sokongan/dukungan. Tengku dengan senang hati sedia memberi kerjasama dengan menyiarkan sejarah-sejarah diRaja Kesultanan Siak Sri Indrapura di wall baginda . Hamba benar teruja. Dan hamba rasakan bagaikan mimpi mendapat bahan-bahan penulisan bertemakan diRaja. Sebelum ini hamba mengarang kisah dongengan tentang diRaja. Berkat persahabatan di alammaya ini...hamba berjaya menulis kisah-kisah diRaja pelbagai tema dengan begitu banyak sekali. Hampir ratusan teater bangsawan diRaja hamba karangkan berbentuk puisi, pantun , syair dan gurindam. Hamba teruja dengan karya-karya hamba sendiri kerana hamba minat sangat dengan dunia diRaja ...hingga hamba wujudkan kerajaan hamba sendiri iaitu kerajaan Rimba Niagara.
      Seluruh rakyat hamba adalah penghuni rimba niagara dan hamba dilantik oleh rakyat hamba sebagai Ratu Rimba Niagara yang menjadi Raja memerintah Rimba Niagara. Bukanlah hamba ini taksub sangat atau perasan hendak menjadi Raja atau Ratu...tapi demi penghayatan yang mendalam pada watak Raja & Ratu. dengan memegang watak Ratu menjadi sumber kekuatan hamba terus berkarya bertemakan Kisah diRaja. Maka lahirlah teater bangsawan diRaja ,'PUTRI RIMBA NIAGARA & TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA'. Nama pena hamba RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI NILAM PURNAMA.

      Nama hamba Putri Nilam Purnama diberi oleh rakan yang setia memberi sokongan/dukungan kepada karya-karya hamba dari kerabat diRaja Jembal Kelantan Khai Noor yang tidak mahu memakai gelaran Tengku. Yang lucunya yang benar raja tak mahu gunakan gelaran tengku yang hamba bukan raja gunakan gelaran ratu....hinggakan ada yang mengatakan hamba ini taksub ingin menjadi raja@ratu. Rasa malu memang lah ada sebab tiada terlintas sedikit pun di hati ini untuk menjadi raja atau ratu. Ini cumalah nama pena untuk penghayatan mengarangkan kisah-kisah diRaja . Kerana dunia hamba adalah karang mengarang sejak dari kanak-kanak lagi hamba minat menulis.

      Begitulah terujanya hamba dalam dunia sastera yang hamba minati. Semua tema hamba minati. Sejujurnya hamba ini bukanlah seorang yang bijak pandai boleh menulis pelbagai tema.... tanpa izin Allah swt hamba tak bisa menulis biarpun satu ayat . Bakat menulis hamba ini adalah Kurniaan dari Allah swt dan hamba amat bersyukur tanda rasa bersyukur hamba menulis selagi mampu dan daya hamba.

      Karya-karya yang hamba karangkan...In Shaa Allah andainya diizinkan Allah dibukukan , dipentaskan, difilemkan dijadikan filem animasi...diterjemahkan dalam pelbagai bahasa...punyai sebuah kota buku. Karya-karya hamba semuanya ada di kota buku tersebut ...jika kota buku itu menjadi realiti...itulah dunia fantasi jadi realiti...mereka bila masuk ke kota buku itu akan merasa sesuatu kelainan yang luar biasa...bagi kanak-kanak pastinya tidak mahu beranjak bila masuk ke kota buku yang hamba beri nama, "KOTA SASTERA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA" di kota itu segala karya sastra yang selama ini fantasi ceritanya di pentaskan untuk dipertontonkan kepada pengunjung yang datang....di kota itu ada taman permainan kanak-kanak, galeri, perpustakaan, pementasan teater bangsawan diRaja, Universiti Kreatif Sastera Ratu Rimba Nigara dan banyak lagi ." Itulah impian hamba dalam dunia sastera yang hamba minati ini. Jika Allah izinkan inilah harta warisan yang hendak hamba tinggalkan kepada anak cucu Nusantara tersayang. Samada berjaya atau tidak berjaya hamba serahkan kepada Tuhan. Hamba sudah usaha sedaya mampu kepada Allah lah hamba bertawakal. Harap rakan-rakan grup sudi mendoakan ya.

      "Ya Allah Kau Kurniakan aku bakat menulis aku syukur Ya Allah...
      Janganlah bakatku ini membuatkan aku taksub dalam pakaian kesombongan yang menjuruskan aku dalam kemurkaan-Mu...
      Aku menulis tanda aku syukur aku menulis apa jua tema matlamatnya cuma satu mahu mengajak diriku dan
      semua yang membaca karya-karyaku Meng-Agungkan-MU Meng-Esakan-MU di sebilang masa dan ketika. Mahu mengukir nama-Mu di hatiku di hati semua dan membawa kalimah Syurga-Mu, hingga ke nafas terakhir kami...itulah matlamat
      sebenarnya aku bersastera Ya Allah. Untuk menjaya misi dan visiku ini aku tidak terdaya melakukan sendiriaan Ya Allah....aku amat perlukan para hamba-MU berjiwa akhirat untuk bersamaku merealisasikan impianku ini. Makanya sebelum mataku terpejam buat selamanya Kau Kurniakan para hamba-Mu bagi merealitikan cita-citaku.
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

      Moga rakan-rakan grup, fb dan alammaya sudi mendoakan cita-cita hamba dimakbulkan Allah Azzawajallah.
      In Shaa Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

      Kepada semua rakan group Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura, Malaysia sudi memberi sokongan/dukungan setiap kali karya hamba bersiaran. Sudilah memberi komen yang bernas lagi mantap seiring dengan tema. Boleh memberi idea dan cadangan pada karya tersebut. Segala komen dari para ahli group amat penting bagi hamba untuk dibingkaikan di Galeri Sastera Nusantara RATU RIMBA NIAGARA.

      Sekian. Salam hormat . Salam santun untuk semua yang dikasihi dunia akhirat. Wassalam.

      Rakan Group Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura, Malaysia,
      RATU RIMBA NIAGARA
      4 Syaaban 1434H
      13 Jun 2013M

      PETIKAN KARYA YANG DISIAR DARIPADA WALL GROUP MAJLIS PENERUS KESULTANAN SIAK SRI INDRAPURA MALAYSIA, GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING, KESULTANAN JOHOR, WANGSA MAHKOTA SELANGOR, KDYMM SULTAN KELANTAN, KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH, YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA,
      RATU RIMBA NIAGARA DAN GROUP TENTERA FISABILILLAH)

      (DANA SASTRA/SASTERA NUSANTARA KARYA RATU RIMBA NIAGARA DISIARKAN BERTUJUAN MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA SENUSANTARA)
      4 Syaaban 1434H
      14 Jun 2013M
    • Ratu Rimba Niagara BUAT YANG TERSAYANG CUCUNDA MUHAMMAD HAFIZ MUHAIMIM

      Selamat menyambut hari keputeraan untuk cucunda tersayang
      maafkan nenda kerana terlambat setahun melafazkan hari keputeraanmu sayang
      sejak cucunda dilahirkan setahun yang lalu
      nenda tika itu terlalu sibuk untuk menyiapkan
      novel nenda sebanyak 500 bab bertemakan Cinta Nusantara Demi-Nya

      Nenda rasa bersalah pada cucunda
      telah beribu puisi nenda karangkan
      tapi puisi tentangmu nenda tak karangkan
      nenda benar-benar minta maaf padamu sayang....
      hinggakan bondamu bilang nenda tak sayang padamu
      sedangkan Tuhan saja yang tahu betapa nenda sayangkanmu cucunda

      Apa yang nenda perjuangkan ini adalah untukmu sayang
      In Shaa Allah cucundalah yang akan menyambung perjuangan nenda setelah nenda tiada nanti

      Bila cucunda sudah besar
      nenda akan ceritakan
      segala cita-cita nenda pada cucunda
      cucunda pasti gembira
      untuk meneruskan perjuangan nenda ini
      moga Allah Azzawajallah bukakan hati cucunda merealisasikan cita-cita nenda

      Ketika hari pertama cucunda dilahirkan bondamu
      nenda ada mengarang gurindam fisabilillah untukmu
      tapi nenda sudah lupa...
      barangkali berbunyi begini.....

      GURINDAM FISABILILLAH UNTUK CUCUNDA MUHAMMAD HAFIZ MUHAIMIM

      Hafiz Oooo Hafiz...
      Hafiz kesayangan nenda
      Hafiz jadilah pejuang fisabilillah
      Itu cita-cita nenda pada Hafiz
      Jadilah anak soleh
      Cucunda pahlawan berjiwa fisabilillah

      Hafiz Oooo Hafiz....
      Janjilah pada nenda
      Menggapai segala kejayaan dunia dan akhirat
      Demi kebahagiaan ayahanda dan bondamu
      Pasti mereka merasa tenang memiliki anak soleh sesolehmu

      Hafiz ooo Hafiz...
      Cinta nenda sentiasa ada untuk Hafiz
      Hargailah kasih sayang nenda
      Tiada siapa lagi yang nenda harapkan kecuali Hafiz
      Untuk menjayakan cita-cita nenda....

      Haifz ooo Hafiz...
      Melihat wajahmu terasa tenang di jiwa nenda
      Lesung pipit di pipimu cukup membahagiakan nenda
      Sejujurnya nenda sayang....sayang pada Hafiz....
      Moga Hafiz sudi hargai kasih sayang nenda
      Dan sudi mewarisi karya-karya nenda
      Untuk Haifz kembangkan
      Menjadi Perjuangan Fisabilillahmu Hafiz
      Andainya Allah menjemput nenda bertemu-Nya
      Barulah tenang jiwa nenda di Alam Sana...
      Abadi selamanya bersama dengan sumpah ikrar Haifz pada nenda...

      Cucunda Muhammad Hafiz Muhaimim....
      Selamat Menyambut Hari Keputeraan Yang ke-1 tahun umurmu
      Moga Allah makbulkan doa nenda untuk mu Muhammad Hafiz Muhaimim

      Nenda yang menyayangimu sampai Syurga,
      Nendamu Ratu Rimba Niagara
      Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
      27 Syaaban 1434H
      6 Julai 2013M .
      (GENAP UMUR CUCUNDA MUHAMMAD HAFIZ MUHAIMIM SETAHUN)

      'HIDUP ADALAH MIMPI
      MATI ADALAH REALITI
      MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
      AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI
      SEMOGA DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITI-NYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN ' AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'

      RATU RIMBA NIAGARA
      27 Syaaban 1434H
      6 Julai 2013M
    • Ratu Rimba Niagara SEN0PATI PEREMPUAN BERHATI SYURGA

      Duhai perempuan berhati perwira
      gagah perkasa mu bagaikan senopati perempuan
      yang tak gentar bila berada di medan juang
      kau tak takut mati
      biarpun nyawa berada di hujung tanduk
      kegagahanmu menjadi idola semua

      Senyumanmu menawan kalbu
      membuatkan hati tertawan
      tuk membalas senyumanmu
      senyumanmu mengundang pahala
      mengundang rindu ...
      mengundang kasih dan cinta
      mengajak mencintai Allah mengatasi segala-Nya

      Duhai senopati perempuan
      Senyumanmu sungguh membuat hatiku tertawan
      Tuk menawan iman di kalbu 
      Senyumanmu ikhlas
      Tanpa syak wasangka 
      Kaulah bidadari Syurga
      Yang mengajar aku 
      Apa itu arti
      Cinta dan kasih karna-Nya

      SUBHANALLAH ALHADULILLAH ALLAHU AKBAR

      Betapa Allah Kurniakan padamu
      Kelebihan untuk menawan 
      Hati-hati yang ketandusan iman
      Mengajak ...hati-hati 
      Meng-Agungkan-Nya 
      Di sebilang masa dan ketika

      Duhai senopati perempuan
      Yang jelita rupawan menawan hati
      Perjuanganmu di medan juang
      Membela ibu pertiwi
      Pasti Allah redhoi
      Seiring dengan niatmu
      Yang suci murni mahu mendapat 
      Fisabilillah-Nya

      Duhai senopati perempuan
      Aku salut sama kamu
      Atas semangat juangmu
      Yang tak pernah luntur
      Yang tak akan takut dilambung ombak tsunami

      Duhai senopati perempuan
      Moga Allah meredhoi perjuangan suci murnimu
      Sehingga ke akhir hayatmu
      Aamiin Aamiin Aamiin 
      Ya Rabbal A'Lamiin.

      Karya Ratu Ratu Rimba Niagara
      14 Jun 2013 
      (KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SENOPATI PEREMPUAN NAN JELITA BAGAIKAN BIDADARI SYURGA BERNAMA KAMILA)
    • Ratu Rimba Niagara PAHLAWAN DIRAJA NUSANTARA

      Pahlawan diRaja ke ni...
      Nampak segak bergaya
      Wajah ceria
      Berhati gembira
      Walaupun perkasa
      Dalam hati ada taman
      Taman hati bertahtakan iman...
      Moga pahlawan diRaja melayu
      Terus memartabatkan institusi diRaja 
      Mempertahan rakyat dan negara
      Hingga ke titisan darah terakhir

      Ratu Rimba Niagara
      4 Jun 2013

      Badar Al-ahmadi Trima kasih sahabatku Dewa Naga....ingin ku malihat biskita berpencak lgi...buat Ratu Rimba Niagara , patik ucapkan trima kasih..dgn nukilan puisi diatas...
      about an hour ago · Unlike · 2

      Ratu Rimba Niagara Titah dijunjung tuanku...
      Di hari pertabalan hamba menjadi Ratu Rimba Niagara..
      Sudilah dapat mempersembahkan pencak silat diRaja Nusantara..
      Agar terkagum undangan diRaja & Para ksatria yang hadir..
      Betapa Tuanku DiRaja berjiwa rakyat yang gagah perkasa.

      Dewa Naga Badar Al-ahmadi InsyaAllah sahabat ku...

      (PETIKAN DARIPADA WALL BADAR AL-AHMADI)
      8 Julai 2013
    • Ratu Rimba Niagara (KOLEKSI PUISI PEJUANG RAKYAT INDONESIA KARYA RATU RIMBA NIAGARA)

      DALAM UNTAIAN TAKDIRNYA DIA ADALAH SENOPATI PEREMPUAN

      Dinda Sri Kandi...
      coba kau bentang busur mu...
      mari Kanda ajari memanah...
      (dalam untaian takdirnya ia adalah senopati perempuan)

      Dinda Sri Kandi...
      inilah saat kita ke tengah palagan,
      berperanglah dengan gagah brani
      meski perempuan Dinda adalah Senopati...

      Kanda akan selalu ada di samping mu...
      dengan ribuan anak panah dan busur sakti ini,
      Kandapun akan berperang bersama mu dan akan
      melindungi mu dengan sgala kesaktian dan kadigjayaan ku,
      ayo jangan ragu....

      LAKSAMANA MAS,-

      IBU PERTIWIMU IBU PERTIWIKU

      Kanda Laksamana Mas
      Di segenap penjuru
      Ke mana dinda berada
      Ribuan anak panah
      Bersiap sedia dilepaskan
      Keseluruh tubuh dinda
      Hinggakan dinda rasakan
      Dunia ini tiada yang selamat
      Untuk dinda bersembunyi

      Jika salah satu anak panah itu
      Terkena ke jantung dinda
      Ketika berdetak kencang
      Dalam bara api perjuangan yang meledak
      Dinda sudah bersedia ke arah itu
      Karena ini adalah jalan yang dinda pilih
      Jalan yang seiring kehendak rakyat Nusantara tercinta
      Rela dinda pertaruhkan airmata, darah dan nyawa
      Demi ibu pertiwimu dan ibu pertiwiku tercinta

      Jika kehadiran kanda sudah terlambat
      Untuk bersama dinda menghadapi musuh durjana
      Atas kesibukan kanda itu...
      Dinda amat memahaminya

      Setidak-tidaknya kanda sudi
      Melindungi dinda dengan segala kesaktian yang ada
      Pada kanda...

      Moga di hari kematian dinda nanti...
      Jangan sekali diratapi
      Dengan airmatamu kanda

      Tapi kirimkan doamu untukku kanda...
      Kunantikan doamu di tugu
      Ibu pertiwimu ibu pertiwiku

      Dan bawalah anak panah dan busur sakti
      Dan letakkan di pusara ku nanti
      Sebagai lambang kau menghargai
      Jasa baktiku pada ibu pertiwimu!

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      28 April 2013

      (KARYA LAKSAMANA MAS & RATU RIMBA NIAGARA)
      28 April 2013
    • Ratu Rimba Niagara MAJULAH PEREMPUAN BRANI INDONESIA

      Majulah perempuan brani Indonesia
      kau adalah senopati perempuan
      yang tak mengenal kalah
      yang tak pernah lelah
      bila berada di medan juang
      kau akan berjuang hingga ke tetesan darah terakhir
      demi ibu pertiwimu
      kemerdekaan Indonesia mahu kau kekalkan
      untuk kau hadiahkan kepada anak bangsa Indonesia
      dilambung ombak tsunami
      dikutuk dihina atas perjuangan sucimu
      takkan kau hiraukan
      takkan melemahkan semangat juangmu
      yang penting matlamatmu jelas pada ibu pertiwi
      dan kau berjanji bersumpah akan setia
      kepada ibu bertiwi
      mahu kibaran merah putih
      terus berkibar megah
      tak sesiapa brani mahu
      menggantikan bendera lain
      selain daripada merah putih
      sesiapa yang brani menurunkan merah putih
      akan kau tentang habis-habisan
      biarpun nyawamu jadi taruhan demi merah putih

      salut sama kamu
      senopati perempuan brani Indonesia
      moga kau sentiasa bersemangat waja
      brani mati demi mempertahankan ibu pertiwimu
      asalkan merah putihmu
      berkibar megah gah
      di persada dunia
      itulah hadiahmu untuk semua anak cucu Indonesia tercinta...

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      20 April 2013
      (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK WANITA TNI-POLRI BERSEMANGAT SRI KANDI INDONESIA IBU KARTINI)
    • Ratu Rimba Niagara SELAMAT HARI IBU R.A. KARTINI

      Salam Sejahtera Ibu Kartini
      Kurindu akan ibu Kartini
      Rindu untuk menatap wajahmu
      Yang ayu
      Yang santun
      Bermata tenang
      Senyuman menawan
      Berjiwa penyayang
      Menyayangi rakyat Indonesia
      Melebihi kepentingan sendiri
      Memperjuangan nasib rakyat Indonesia
      Hingga ke tetesan darah terakhir

      Ibu Kartini selalu bilang
      Aku sayang rakyat Indonesiaku
      Aku sayang ibu pertiwi Indonesiaku
      Aku sayang pahlawan-pahlawan yang berjuang
      Bermati-matian untuk memerdekakan Indonesiaku
      Aku tabik pahlawan kepada semua yang sayang Indonesiaku
      Ayuh rakyatku
      Ayuh bangsaku
      Kita bersama pertahankan kemerdekaan Indonesia tercinta
      Hingga ke tetesan darah terakhir
      Tak akan dibiarin musuh durjana datang menjajah Indonesiaku
      Akan kutentang niat jahatnya itu
      Segala onar yang sengaja menjelekkan nama baik Indonesiaku
      Mereka adalah dalang mahu memecahbelahkan Indonesia agar Nggak bisa aman sejahtera ....merekalah penghianat negara harus ditentang ...dicantas agar api jahatnya tidak merebak barulah aman Indonesiaku....

      Duhai Ibu Kartini
      Jiwamu jiwa pahlawan
      Ibu selalu meniupkan semangat juang kami kaum Hawa Indonesia
      Agar tak lemah
      Agar sentiasa kuat menempuh cabaran
      Jiwa pahlawan ibu Kartini cintakan Indonesia
      Kami kagumi
      Kami mahu berjiwa pahlawan seperti Ibu Kartini juga

      Duhai Ibu Kartini
      Kami para perajurit perempuan dan lelaki
      Akan bersumpah setia
      Akan mempertahankan bumi bertuah Indonesia
      Hingga ke tetesan darah terakhir

      Pesanan terakhir ibu pada kami
      Sampai kapanpun kami tak lupa...

      "BERKIBARLAH MERAH PUTIH
      BERKIBARLAH DENGAN MEGAH GAH
      BIAR SATU DUNIA TAHU INDONESIA KEKAL MERDEKA SELAMANYA"

      Sekalung doa kami kirimkan untukmu Ibu Kartini
      Agar ibu di Sana di tempatkan dalam roh-roh tenang
      Setenang perjuangan fisabilillah ibu Kartini.

      Ya Alloh
      Terimalah roh ibu Kartini
      Sebagai pejuang fisabilillah
      Atas perjuangannya pada Indonesia
      Demi karena agama, bangsa dan negara
      Aamiin Aamiin AAmiin Yaa Rabbal A'Lamiin

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      21 April 2013
      (PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI IBU R.A.KARTINI)
    • Ratu Rimba Niagara PUTRI FATMAWATI MENCINTAI BENDERA MERAH PUTIH SEPENUH JIWA KASIH SAYANG

      PUTRI DARI BENGKULU
      PUTRI FATMAWATI

      Seorang Putri Bengkulu
      Yang paling manis
      Yang paling cantik
      Yang paling berprinsip

      Menjahit sendiri
      Bendera merah putih
      Sepenuh jiwa
      Sepenuh rasa kasih sayang
      Tuk seluruh rakyat
      Bumi bertuah Nusantara
      Di kala suami tercinta sakit
      Dia tampil membaca teks proklamasi

      Duhai ibu Negara Nusantara
      Kami sayangi kamu
      Karena kamulah
      Kami bisa tersenyum bangga
      Bersama bendera merah putih
      Hasil jahitan halus tanganmu
      Dijahit sepenuh jiwa rasa kasih sayangmu
      Moga Allah Azzawajallah
      Merahmati hidup matimu sekeluarga
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      20 April 2013
    • Ratu Rimba Niagara BUNG KARNO PEJUANG KEAMANAN RAKYAT INDONESIA

      Duhai Bung Karno...
      Kau pejuang rakyat sejati
      Kau rela derita demi rakyat Indonesia
      Hidupmu adalah perjuangan
      Tiada hari tanpa perjuangan
      Kau kata...
      Berikan aku 1 pemuda
      Niscaya akan kuguncangkan dunia!

      Kau kata lagi...
      Biarpun aku seorang presiden
      Rakyat tetap berkuasa menentukan
      Siapa pemimpin yang layak untuk mereka naungi

      Kau kata lagi...
      Jangan pernah malu berbuat kebaikan
      Karna kemajuan tidak akan dicapai!

      Kau kata lagi...
      Bangsa yang besar
      Adalah bangsa yang menghormati jasa pahlawannya

      Kau kata lagi...
      Kau lebih mudah mengusir penjajah
      Tapi akan menjadi sulit jika bangsamu sendiri melawan

      Jika mahu kekal merdeka
      Mesti percaya dengan kekuataan bangsanya sendiri

      Kita belum hidup dalam bulan purnama
      Karna banyaknya pancaroba
      Tapi tetaplah bersemangat elang rajawali

      Selama masih ada ratap tangis di gubuk-gubuk pekerjaan kita selesai !
      Berjuanglah terus dengan mengucurkan sebanyak-banyak keringat.

      Tuhan tidak merobah nasibnya sesuatu bangsa sebelum bangsa itu merobah nasibnya”

      Janganlah melihat ke masa depan dengan mata buta!
      Tapi pandanglah dengan mata hati demi pada masa akan datang.

      Kenapa kita masih tidak mempercayai bangsa sendiri?
      Tidak mempercayai satu sama lain!
      Pada hal kita adalah berasal
      Rakyat Gotong Royong

      Putra dan putri Indonesia
      Adalah dua sayap Garuda Indonesia
      Jika dua sayap sama kuat
      Maka terbanglah Garuda
      Sampai ke puncak yang setingginya
      Jika patah satu daripada dua sayap Garuda itu
      Maka tidak akan dapatlah terbang Garuda itu sama sekali !

      Makanya ...
      Demi Indonesia
      Putra putri Indonesia
      Harus bersemangat waja menerbangkan
      Sayap Garuda
      Agar bisa terbang setingginya
      Hingga menggapai bintang
      Tuk dihadiahkan kepada rakyat Indonesia
      Diwariskan bintang itu
      Kepada anak cucu Indonesia
      Bergemerlapanlah bintang itu
      Selagi ada bulan dan matahari!

      Makanya bangunlah bangsa Indonesia ku
      Sama-sama memperkokohkan kedua sayap Garuda
      Untuk menggapai bintang
      Demi sebuah senyuman kehidupan
      Seluruh rakyat Indonesia tercinta!

      Bangunlah satu dunia!
      Di mana semua bangsa hidup
      Dalam damai dan persaudaraan!

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      28 April 2012
      (UKIRAN DAUNAN KASIH RATU RIMBA NIAGARA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PEJUANG RAKYAT INDONESIA YANG TERCINTA)

      (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
      23 Jun 2012
    • Ratu Rimba Niagara PANTUN GUBERNUR KHAIRUDDIN AL- YOUNG RIAU II
      BERAZAM MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA

      GUBERNUR BUKAN SEBARANG GUBERNUR,
      SENIMAN AGONG YANG BIJAKSANA;
      SEMUA RAKYAT MENANTIKAN GUBERNUR,
      BERAZAM MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA.

      TERIMA KASIH GUBERNUR KHAIRUDDIN AL-YOUNG RIAU,
      CITA-CITAMU TERLALU MULIA MEMBELA ANAK BANGSA,
      PERJUANGAN MU MEMAJUKAN ANAK BANGSA RIAU,
      MELALUI SENI MAHU MEMARTABATKA INSTITUSI DIRAJA.

      RAKYAT PERCAYA DENGAN PERJUANGANMU,
      KAU BAGAIKAN SEORANG RAJA BERJIWA PAHLAWAN;
      KUKAGUMI SEMANGAT PERJUANGAN TAK PERNAH JEMU,
      KERABAT DIRAJA MELAYU AKAN MEMBERI DUKUNGAN,

      RAJA & RAKYAT AKAN BERSATU BERSAMA PERJUANGANMU,
      JANGAN KAU MUDAH MENGALAH JIKA DICABAR;
      JANGAN TERHENTI SEGALA PERJUANGANMU,
      INSTITUSI DIRAJA DIMARTABATKAN OLEH GUBERNUR.

      AMANAH RAKYAT AMANAH RAJA TERLETAK DI BAHUMU,
      BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING;
      SALING BEKERJASAMA RINGANLAH TUGASMU,
      IN SHAA ALLAH MENJADI REALITI BILA SEMUA BERGABUNG.

      SETIAP PERJUANGAN PASTI ADA TANTANGAN,
      PELBAGAI TANTANGAN AKAN DIHADAPI;
      PERBEDAAN PENDAPAT BIASA DALAM PERJUANGAN,
      TAPI MATLAMATNYA TETAP SAMA UNTUK DICAPAI.

      UNTUK MENCAPAI SATU MATLAMAT PERJUANGAN,
      KERJA BERPASUKAN MEMERLUKAN KEPAKARAN;
      SETIAP KETUA BAHAGIAN MESTI FOKUSKAN,
      AGAR TERGENGGGAM SEBUAH KEJAYAAN..

      KETUA BAHAGIAN HARUS ADA PERBINCANGAN,
      BAGI MENJAYAKAN SETIAP IDE INGIN DILAKSANAKAN;
      MASING-MASING MENGHARGAI SETIAP IDE DICADANGKAN,
      STRATEGI HARUS DIPIKIRKAN UNTUK DILAKSANAKAN.

      KETUA PASOKAN SUDAH BERSEDIA DALAM PERJUANGAN,
      UNTUK MEMBERI ARAHAN APA YANG DIRANCANGKAN;
      PASTI SEMUANYA BERJALAN LANCAR TANPA KESILAPAN,
      MAKANYA MENUNGGU UNTUK MENGGENGGAM KEJAYAAN.

      MOGA APA YANG DIRANCANGKAN SAMA DENGAN PERANCANGAN-NYA,
      PERCAYALAH SETIAP YANG BAIK DATANG DARI-NYA JUA;
      BERJUANG SEIKHLAS HATI DEMI-NYA DEMI ANAK BANGSA,
      TAK AKAN TERHENTI SELAGI HAYAT ADA .

      Karya Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama,
      Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      28 April 2013
      (PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK BAKAL GUBERNUR RIAU KHAIRUDDIN AL YOUNG RIAU II MOGA SUKSES
      IN SHAA ALLAH AAMIIN)
    • Ratu Rimba Niagara SENYUMMU PUNYA PELANGI CINTA
      PARA PETANI SENUSANTARA

      Bapak yang mulia...
      Waduh bapak....!
      Terharu saya mendengar
      Kata-kata yang lahir dari hati bapak
      Jikalah semuanya pemimpin seperti bapak
      Mahu aman inilah dunia tani
      Semuanya terbela
      Tiada tani yang
      Berada di gubuk derita
      Dicengkam kehidupan terlara jiwa
      Untuk merasai
      Nikmat segenggam padi
      Bapaklah yang menyebabkan
      Segenggam padi bernilai emas
      Bikin para petani bisa senyum
      Senyum seindah pelangi
      Yang menyerikan bendang-bendang
      Sawah padi para petani

      Bapak yang mulia...
      Mahu aku nangis terharu
      Melihat cara mu membela
      Kaum petani Indonesia
      Tanpa mengenal lelah
      Kau memperjuangkan nasib para petani
      Kau sama turun ke bendang
      Berlumpur
      Berpacat
      Tak mengapa
      Asalkan semua petani
      Bahagia meneruskan kehidupan ini

      Bapak yang mulia
      Hatimu sungguh mulia
      Haruman kemuliaan hatimu
      Dapat dihidu
      Hingga
      Ke benua Malaysia....!!!

      Bapak yang mulia
      Senyummu ikhlas
      Senyummu punya pelangi
      Senyummu punya pelangi cinta
      Para petani SeNusantara

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      28 Sept 2012
      (DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK BAPAK BERHATI PELANGI
      CINTA PARA PETANI INDONESIA)
      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    • Ratu Rimba Niagara YB M ZULLIAMSYAH BIN M. TAYIB

      Salam sejahtera Yang Berkhidmat Zulliamsyah bin M Tayib
      Pemimpin muda yang berwibawa
      Aku salut sama kamu
      Hidup matimu adalah perjuangan
      Tiada hari tanpa perjuangan
      Berjuang...berjuang....berjuang
      Membela nasib rakyat Indonesia
      Sampai terhasil mendukung segala misi dan visi mu
      Visimu: Menciptakan perubahan yang adil dan jujur
      Bagi seluruh rakayat Indonesia...
      Waduh...! Kaget aku dengan visimu itu
      Pemimpin muda bersemangat
      Bagaikan seorang pahlawan perkasa
      Berani menentang ombak tsunami politik
      Berani turun ke gelanggang politik yang memang mencabar

      Moga kau terus tabah
      Terus sukses apa yang ingin dicitakanmu
      Pada seluruh rakyat Indonesia

      Kau bilang pada rakyat yang pengen kau bela...
      Pilih lah aku sebagai pemimpinmu
      Kan kubela nasibmu yang bergerhana
      Aku amat memahami penderitaan dan kesusahanmu
      Karena aku juga pernah hidup susah sepertimu
      Karena kesusahan yang pernah aku alami itu
      Aku amat memahami setiap detakan nadimu
      Meronta-ronta agar dapat dibela oleh pemimpin
      Akulah pemimpin yang sanggup susah senang bersamamu

      Duhai rakyat Indonesia yang kukasihi
      Senyumanmu adalah kebahagiaanku
      Pengen kugapai bulan
      Pengen kugapai bintang
      Biarpun seribu yang datang menghalang azam dan tekadku
      Agar kucuba gapai meraihnya
      Andai aku berjaya menggapai bulan dan bintang
      Kuhadiahkan kepadamu
      Kuhadiahkan kepada seluruh anak cucu Indonesiaku tercinta
      Makanya dukungan kalian dan kepercayaan kalian padaku
      Amat aku harapkan
      Tanpa dukungan kalian pada perjuangan suci ikhlasku ini
      Siapalah aku di hatimu
      Makanya aku menyemai bakti setulus hati padamu
      Lambang aku cinta pada ibu pertiwi dan seluruh rakyat Indonesia
      Yang Tercinta....cinta sampai Syurga...
      AAmiin Yaa Rabbal A'Laamiin

      'PARTAI BULAN BINTANG BERSINAR BERSAMA HIDUPMU'

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      22 April 2013
      (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YB M. ZULLIAMSYAH B. M TAYIB MOGA SUKSES DUNIA AKHIRAT AAMIIN)
    • Ratu Rimba Niagara SELAMAT JALAN USTAZ JEFFRY

      Selamat jalan ustaz Jeffry
      Selamat bahagia bertemu dengan Tuhanmu Tuhanku Tuhan semua
      Pergilah dalam jiwa yang tenang lagi diredhoi-Nya
      Kau aman kini
      Aman dari segala lelahmu di dunia yang fana
      Kau meninggalkan dunia
      Ilmu-ilmu Allah yang kau tinggalkan
      Mengikutimu di akhirat sebagai bekalan
      Saham akhiratmu sentiasa dimasukkan ke akaun akhiratmu
      Tanpa henti sehingga dunia qiamat
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
      Betapa beruntungnya dikau duhai yang sudah bergelar roh
      Rohmu pasti senyum penuh syukur
      Alam barzah yang kau yakini ketika hidup dulu
      Kini kau lalui dengan tenang...
      Setenang air di Kali Syurga
      Segala soalan di alam barzah
      Kau jawab dengan lancar
      Bukan kau yang menjawab
      Tapi amalanmu yang menjawab
      Amalan yang kau yakini
      Itulah yang kau ajarkan kepada kami
      Pasti kau amalkan dan pasti juga kami amalkan
      Dalam kehidupan harian selagi nafas tak terhenti

      Kau ajar kami
      Tanpa jemu
      Tanpa memikirkan penat lelahmu
      Tanpa memikirkan keuntungan bagi duniamu
      Yang kau pikirkan keuntungan akhiratmu akhirat kami
      Allahu Akbar sungguh suci hatimu ustaz Jeffry
      Hatimu semurni Syurga....
      Kami tak sempat membalas kesemua jasamu
      Yang kau berikan kepada kami rakyat Indonesia
      Sepanjang kau memberi ceramah kepada kami
      Kamu selalu berkata dengan suara yang tenang
      Wajahmu penuh damai diiringi dengan sebuah senyuman
      Menyeru hati-hati kami yang sentiasa lalai akan perintah-Nya
      Kami jadi insaf ...kami mula mengenal diri kami
      Kami kenal diri kami barulah kami mengenal Tuhan
      Kenal diri kenal Tuhan
      Terima kasih ustaz Jeffry
      Kamu pergi mendahului kami
      Kami juga akan pergi meninggalkan dunia ini bila sampai masanya nanti
      Kami seluruh rakyat Indonesia dan semua yang mengenalimu
      Mendoakan kamu selamat menikmati Syurga sebagaimana yang
      Dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang beriman...
      Janji Allah pasti
      Kami yakin itu
      Kami juga mahu menjadi sepertimu
      Ilmu-ilmu yang ustaz Jeffry tinggalkan di iman kami
      Setiasa kami ingat dan amalkan
      Tunggulah kami di Pintu Syurga
      Agar kita dapat menyambung talisiraturrahmi yang terputus
      Ketika kita tak sempat bertemu di nafas yang terakhir...
      In Shaa Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin

      'ALLAH AZZAWAJALLAH MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA
      MAKA KAMI MAHU BERPERANSANGKA YANG BAIK-BAIK SAJA'

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      16 Jamadilakhir 1434H
      26 April 2013
      (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK ALMARHUM USTAZ JEFFRY YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA BUAT SELAMANYA PADA
      16 Jamadilakhir 1434H MOGA ROH USTAZ JEFFRY DIMASUKKAN DI KALANGAN HAMBA ALLAH YANG BERAMAL SOLEH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
    • Ratu Rimba Niagara DINDA SEPI TANPA SUARA-SUARA SYURGA DARI ABI TERCINTA!

      Abi yang dicintai karena-Nya
      pergilah Abi dengan aman dan sejahtera
      berehat dari kelelahanmu
      sepanjang Abi berhidup tak pernah mengenal arti lelah
      Mentarbiyahkan dinda...agar terus mempasakkan ilmu tauhid Meng-Esa-kan, Meng-Agong-kan Allah Azzawajallah di sebilang masa dan ketika....

      Abi...mendengar ceramahmu rasa tak jemu...
      kita sering membicarakan soal indahnya cinta berkasih sayang demi-Nya
      membicarakan tentang Syurga pahala rasa tak jemu-jemu
      bila membicarakan tentang azab Allah bagi hamba-Nya yang engkar kita jadi takut...

      Abi tercinta karena-Nya ....
      dinda sepi tanpa suara-suara Syurga dari Abi
      dinda sepi tanpamu
      pergimu mengadap Ilahi
      bagaikan mimpi rasanya
      tapi dinda terima dengan hati yang redho....
      moga kita bisa ketemu di Syurga Firdausi
      menyambungkan percintaan kita yang terpisah
      redhomu redhoku
      In Shaa Allah DIA juga meredhoi-Nya
      redho lagi diredhoi....
      tenanglah... damailah di Sana duhai Abi tercinta
      Di Alam Syurga mengecapi bahagia
      Balasan cinta yang Allah berikan pada Abi tersayang
      In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      26 April 2013
      (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK ISTERI ALMARHUM USTAZ JEFFRY MOGA TABAH DAN REDHO ATAS PERMERGIAN SUAMI TERCINTA DAN BISA MENYAMBUNG PERCINTAAN DI SYURGA FIRDAUSI BAGAIKAN PERCINTAAN ADAM DAN HAWA TIKA DI SYURGA DAN BAGAIKAN PERCINTAAN BIDADARA DAN BIDADARI DI SYURGA INDAHNYA SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR...AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
    • Ratu Rimba Niagara AKU SEPI TANPA SUARA-SUARA SYURGA DARIMU

      Sahabat yang dikasihi karena-Nya
      Pergilah dikau dengan aman dan sejahtera
      Berehat dari kelelahanmu

      Sepanjang kau berhidup tak pernah mengenal arti lelah
      Mentarbiyahkan aku...agar terus mempasakkan tauhid Meng-Esa-kan, Meng-Agong-kan Allah Azzawajallah di sebilang masa dan ketika....

      Sahabat...bersahabat denganmu rasa tak jemu...
      Kita sering membicarakan soal indahnya persahabatan demi-Nya
      Membicarakan tentang Syurga pahala rasa tak jemu-jemu
      Bila membicarakan tentang azab Allah bagi hamba-Nya yang engkar kita jadi takut...

      Sahabat ....
      Aku sepi tanpa suara-suara Syurga darimu
      Aku sepi tanpamu
      Pergimu mengadap Ilahi
      Bagaikan mimpi rasanya
      Tapi aku terima dengan hati yang redho....
      Moga kita bisa ketemu di Syurga Firdausi
      Menyambungkan talisiraturrahim kita yang terpisah
      Redhomu redhoku
      In Shaa Allah DIA juga meredhoi-Nya
      Redho lagi diredhoi....
      Tenanglah dan damailah dikau di Sana duhai sahabat
      Di Alam Syurga mengecapi bahagia
      Balasan cinta yang Allah untukkan untukmu sahabat
      In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      26 April 2013
      (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKAN KARIB ALMARHUM USTAZ JEFFRY YANG DIKASIHI OLEH SELURUH RAKYAT INDONESIA MOGA SYURGALAH BALASAN CINTAMU PADA ILAHI BERKAT DAKWAHMU PADA KAMI YANG TAK PERNAH JEMU MENYEBARKAN DAKWAH PADA KAMI...AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
    • Ratu Rimba Niagara RAJA RAKYAT PEMIMPIN TIGA SERANGKAI TAK DAPAT DIPISAHKAN!

      Sejarah adalah sejarah
      Sejarah raja tetap ada di setiap pewarisnya
      Biarpun sudah berkurun lamanya pergi meninggalkan yang hidup

      Tapi darjatnya tetap hidup dihidupkan oleh pewarisnya
      Tapi darjat yang ada bukanlah bertujuan untuk
      Rasa mendabik dada akulah ,
      "Keturunan Raja...
      Darah yang mengalir ditubuhku ini adalah moyangku yang berketurunan raja aku punya segala keistimewaan yang patut
      diakur oleh semua rakyat nusantara...sesiapa yang menderhaka
      akan kena daulatku.."
      Adakah raja begitu yang hendak rakyat sanjung?
      Kerana berdarah raja sewenang-wenangnya memperlekehkan rakyat... sedangkan rakyat selalu menyanjungi institusi diRaja
      setia sesetia Hang Tuah...biarpun dia diperintah dibunuh oleh raja tapi tetap setia pada raja kerana tidak mahu menjadi rakyat derhaka.

      Kalau dulu iya daulat raja akan terkena pada rakyat kerana raja yang zalim telah mengaku kesilapannya pada rakyat dan mahu berazam lebih pentingkan rakyat daripada kepentingan sendiri...maknanya raja tersebut telah benar-benar berubah mahu menjadi hamba Allah yang benar-benar soleh ...memiliki kuasa dan darjat untuk membela rakyat dan berbakti kepada rakyat jelata. Rakyat pula hanya akan menyanjungi dan memartabatkan raja yang berjiwa hamba Allah swt...
      yang ego dan sombong suka mengeluarkan bahasa mengherdik, menghina, sombong akan darjat, kekuasaan dan harta yang dimiliki sejujurnya rakyat akan tidak memandang sebelah mata pun pada raja yang sombong.

      Setiap takdir seseorang itu telah tercatat sejak azali.
      Sudah tercatat sejak azali dia bergelar raja biarpun dia bukan keturunan raja .Raja cumalah gelaran manusia kepada ketua mereka yang digelar raja.
      Raja manusia hanyaLah Allah swt selainnya tidak ada....
      Yang ada di muka bumi ini hanyalah gelaran saja....

      Semuanya boleh menggelarkan dirinya raja...
      tapi jika asalnya berketurunan darah diraja itu adalah tiket
      untuk dia menjadi ketua memerintah rakyatnya
      berkuasa pada rakyatnya bukan untuk menguasai tapi untuk saling
      menyanjungi pengorbanan
      rakyat menyanjungi raja
      raja menyanjungi rakyat
      rakyat membela raja
      raja membela rakyat
      rakyat pula adalah pemimpin
      Pemimpin dan rakyatlah
      yang akan memartabatkan
      Institusi diRaja
      bukan untuk kepentingan raja itu sendiri
      tapi untuk kepenting rakyat seluruhnya
      jika raja faham apa yang dimahukan rakyat
      makanya Institusi diRaja itu dipandang mulia
      dan patut dimartabatkan sepanjang zaman
      barulah sumpah keramat
      Laksamana Hang Tuah...
      TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
      menjadi kenyataan
      dan tak akan berani sesiapa pun memadamkan dalam sejarah melayu
      MELAYU ITU UJUD SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI
      SELAGI DUNIA BELUM QIAMAT
      In Shaa Allah Aamiin

      Makanya
      RAJA PEMIMPIN RAKYAT
      TIGA SERANGKAI YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN
      DARI ALAM NYATA
      KERANA RAJA ITU RAKYAT
      RAKYAT ITU PEMIMPIN
      PEMIMPIN ITU ADALAH KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI
      YANG SEIA SEKATA
      SENADA SEIRAMA
      SALING BEKERJASAMA MAHU MENYIAPKAN BEKALAN
      UNTUK DIBAWA PULANG KE NEGERI ABADI
      DAN BEKALAN ITULAH MATLAMAT SEMUA
      YANG BERGELAR KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI

      RATU RIMBA NIAGARA
      15 April 2013
PETIKAN DARIPADA GRUP SRI PEMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA)
8 Julai 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;