Friday, 12 July 2013

DUHAI SAHABATKU SEMUA SALAM RAMADHAN MAAF ZAHIR BATHIN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA MOGA DITERIMA PUASA KITA AAMIIN



    • YA ALLAH BALASLAH CINTA PARA HAMBA-MU YANG MENCINTAI-MU AAMIIN

      LAILATUL QADAR PARA HAMBANYA INGIN BERTEMUMU

      lailatul qadar
      senandung doa terdengar
      seraya memeluk angin dan rembulan
      memenuhi langit malam
      subhanallah.....
      seperti seribu cahaya lilin
      terpendar indah
      doaku, doamu, doa kita semua
      temukan aku kembali dengan malam ini
      tahun depan, tahun depannya lagi
      sampai nyawaku menari bersama izrail...
      Doa: Wahyunisa Sy Ibrahim

      Naga Pamungkas ah lailatul qadar, setiap ramadhan kita
      berharap itu. Mungkin tanpa kita sadari kita telah
      mendapatkan lailatul qadar

      Idrisboi Boiboi Assalamualaikum. Lailatul qadar
      melambai-lambai pada mereka yang tidak pernah lelah dan
      jemu bangkit sepertiga malam lalu melaksaakan quamula'il.
      Impian insan yang mengharapkan keredhaan Allah.

      Lailatul Qadar...

      Kedatanganmu ditunggu dengan penuh rasa cinta
      Kedatanganmu diketahui tapi tak tahu malam ke berapa
      Yang diketahui 10 malam terakhir Ramadhan
      Allah rahsiakan ketibaan malam yang ditunggu-tunggu
      Para hambaNya kerana mahu menilai sejauh mana
      Keikhlasan para hambaNya beribadat kepadaNya
      Adakah untuk memburu ganjaran 1000 bulan
      Atau cintaNya
      Ketahuilah 1000 bulan ganjaran yang diberikan itu
      Adalah balasan CintaNya untuk para KekasihNya
      Yang beribadat semata mendapat keredhaanNya
      Meneruskan kehidupan dalam redhaNya
      Selagi nafas tak terhenti!

      Doa Harapan: Ratu Rimba Niagara & Semua Yang Membaca Karya Doa Ini Aamiin
      3 Ramadhan 1434H
      12 Julai 2013M

      Pilihlah Aku Menjadi Calon SyurgaMu

      Aku tak layak masuk SyurgaMu
      tapi aku tak mahu masuk nerakaMu
      Ya Allah...
      aku ingin sangat mengecapi nikmat SyurgaMu
      tapi aku ngeri dengan azab nerakaMu
      pilihlah aku menjadi calon SyurgaMu
      justeru berilah aku hidayah
      agar aku sentiasa beramal
      yang Kau terima amalanku
      yang membolehkan menjadi
      calon SyurgaMu
      jauhkan aku perkara
      yang menyebabkan aku
      masuk nerakaMu
      belas kasihanlah padaku
      Ya Allah aku hamba yang hina
      yang selalu alpa dan terlalai
      dengan keasyikkan dunia
      tolong ingatkan aku Ya Allah
      agar lidahku sentiasa berzikir
      mengingati saat-saat sakaratulmaut
      izinkan rohku bertemu denganMu
      dalam keadaan tenang dan
      Kau redhai ketika
      hidup matiku
      pilihlah aku menjadi
      calon SyurgaMu
      Amin Ya Rabbal A’lamin

      Karya Ratu Rimba Niagara
      3 Ramadhan 1434H
      12 Julai 2013M

      KAU YANG KUCINTA

      Kau Yang Kucinta
      Kali pertama jatuh cinta denganMu
      hati rasa terharu!
      Terasa damai! Tenang! Aman

      Hari-hari dilalui disinari dengan cahaya
      cahaya yang dipercayai
      dalam sanubari dalam lubuk hati
      MenyanyangiMu… MencintaiMu
      adalah satu anugerah dariMu
      yang paling berharga dalam hidup ini
      Syukur Alhamdulillah

      Karya Ratu Rimba Niagara
      3 Ramadhan 1434H
      12 Julai 2013M

      DUHAI KEKASIH HATIKU

      Duhai Kekasih Hatiku!
      Kekasihku…
      Bila aku alpa
      memujiMu
      terasa terhenti nafasku!

      Bila aku menyebut NamaMu
      segala jiwaku hidup!
      jantungku berdegup kencang!
      terasa Kau hampir denganku.

      Tika aku membaca KalamMu
      terasa damainya hati
      rinduku membuak-buak
      untuk bertemu denganMu

      Tika aku sujud padaMu
      jasad dan rohku syahdu dalam
      linangan air mata keinsafan atas
      ketaksupan aku pada dunia
      yang melalaikan
      aku daripada…
      MengingatiMu
      MemujiMu
      Meng-AgungkanMu.

      Terimalah aku menjadi
      kekasih setiaMu
      di dunia ini! Juga di akhirat!
      Amin Ya Rabbal A’lamin

      Karya Ratu Rimba Niagara
      3 Ramadhan 1434H
      12 Julai 2013M

      CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W

      Cinta Kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W
      Kau dilahirkan
      untuk memberi
      Rahmat Sekalian Alam.

      Berpekerti mulia
      menempuh segala cabaran
      dan dugaan semata-mata
      untuk menyebar
      Agama Suci Allah.

      Berkorban apa saja
      demi umat sezamannya
      dan akhir zaman.

      Sambil berdiri, duduk dan
      berbaring sentiasa
      mengingati umatnya
      mencintai umatnya
      sepenuh hati
      sepenuh jiwa
      Masya-Allah!

      Sentiasa berdoa pada Tuhan
      agar umatnya mati dalam
      ucapan kalimah

      لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل

      Risaunya Nabi terhadap umatnya
      hingga nafas terakhir
      menyebut-nyebut umatnya
      ‘Umatku! Umatku! Umatku!

      Duhai Kekasih Allah
      Nabi Muhammad S.A.W
      Biarpun telah tiada jasadmu
      Budimu…
      Pengorbananmu…
      Cintamu kepada umatmu
      akan dikenang…
      dihargai dan
      disanjung tinggi hingga
      ke akhir hayat kami.

      Kami tahu kau mencintai kami
      ketika berdiri, duduk dan berbaring
      hingga ke akhir hayatmu.

      Amatlah rugi dunia akhirat!
      malang dunia akhirat!
      Jika kami tidak membalas cintamu
      Wahai Nabi Allah
      Kekasih Allah.

      Sebagai balasan cintamu
      pada kami umatmu
      kami akan menjadi
      pewaris setiamu
      menyebarkan dakwahmu
      Al-Quran dan Hadis
      yang kau tinggalkan
      untuk kami umatmu.

      Selawat untukmu
      wahai kekasih Allah
      terimalah kami
      menjadi kekasihmu
      sebagaimana kau
      menjadi Kekasih Allah.

      Moga dengan cinta kami ini
      dapatlah kami keberkatan
      cintamu di dunia …
      Di Padang Mahsyar
      mendapat Syafaatmu

      ~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~

      Karya Ratu Rimba Niagara
      3 Ramadhan 1434H
      12 Julai 2013MM

      TUHAN JIKA INI RAMADHAN TERAKHIRKU

      Tuhan jika ini Ramadhan terakhirku...
      terimalah
      amalanku
      berilah pengampunanMu
      bukakan hati hamba-hambaMu
      yang pernah kukenali atau tidak
      biarpun aku tidak mengenali tapi mereka mengenaliku
      dapat memaafkan segala kesalahanku pada mereka ...
      begitu juga semua keluargaku... sanak saudaraku
      juga teman fbku dan alam maya yang membaca karya-karyaku
      yang kukenali atau pun tidak
      maafkan aku ...
      sesungguhnya aku insan yang tak sempurna
      biarpun aku menjaga segala perbuatan dan tutur kata
      sebaik yang mungkin
      tapi
      siapalah aku
      yang serba tidak sempurna
      tapi percayalah
      hati dan kalbuku
      tiada lain yang kufikirkan
      melainkan untuk berbuat baik
      kepada semua manusia keranaNya
      bukan mengharapkan apa-apa pun balasan!

      Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
      redhailah hidup matiku!
      Kerana aku ingin bertemuMu
      dalam keadaan tenang
      tanpa dibenci hamba-hambaMu yang hidup
      waima makhluk yang Kau Ciptakan
      di muka bumi ini!
      Lancarkan lafaz
      LaaillaahaillaAllah MuhammadarRasullullah
      di kala nyawa sampai di kerongkongku nanti.
      Amin Ya Rabbal A'Lamin.

      ...............................
      3 Ramadhan 1434H
      12 Julai 2013M (Jumaat)
      Like · · Share · Promote · See Friendship
      Imam Pujo Mulyatno Cipuk likes this.

      Imam Pujo Mulyatno Cipuk Yaa Tuhanku, aku mohon kepadaMU panjangkanlah Romadhon untuk kami, sehingga kami lebih panjang menanam di bumiMU ini. Panjangkanlah Romadhon untuk Ratu Rimba Niagara sehingga puisinya mengalir sejernih air pegunugan dan sesejuk es Kutub ujung bumi ini.
      about an hour ago via mobile · Unlike · 1

      Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
      Ya Allah berkat kami bertalisiraturrahim ikhlas karena-Mu sinarkanlah Nur Hidayah Kasih-Mu kepada semua ahli keluargaku ahli keluarganya dan semua ahli keluarga yang membaca karya-karyaku. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

      (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA, AARON AZIZ & IMAM PUJO MULYATNO CIPUK)
      3 Ramadhan 1434H
      12 Julai 2013M

      Like ·  · Unfollow Post ·  · 16 hours ago
      • Seen by 2
      • Bambang Suhartanto Kelihatan nya lucu , tetapi merendahkan harkat kemanusia an.
      • Ratu Rimba Niagara Di mana yang lucu? di mana merendahkan harkat kemanusiaan?
      • Ratu Rimba Niagara KAGET AKU TENTANG MANUSIA INI

        Kita bicarakan tentang hidup sesudah mati di katakan lucu
        Kita bicarakan adakah aku, kau dan semua akan mati di katakan Lucu...lucu...lalu diketawa bila malaikat maut datang kepadanya...." Luculah kamu ini datang mengamb
        il nyawaku...hahaha aku belum mahu mati lagilah..." Nak tahu lucu atau nggak lucu...tunggulah di kala malaikat maut menjemputmu nanti tunggulah bila ditanya soalan kubur nanti..masa itu ketawalah jika boleh ketawa..."

        Kita Agungkan Tentang Kebesaran Tuhan dibilang merendahkan harkat kemanusiaan...lagi aku kaget...adakah kamu tidak mengaku Kebesaran Tuhan...jika kamu tidak mengaku Kebesaran Tuhan...lihatlah diri kamu sendiri masih lagi dipinjamkan Allah ..roh...jika roh di ambil keluar dari jasadmu ..kamu cumalah jasad yang tak bernyawa lagi....akan dikebumikan ikut pegangan agama kamu...jika kamu Islam akan dikuburkan di perkuburan Islam...jika bukan..sendirilah mahu jawab...jika orang Islam tidak berani memakai pakaian kesombongan kerana kesombongan hanyalah layak untuk Allah swt saja... kamu berkata seperti orang yang sombong tidak suka apabila Allah Tuhanku di Agung-Agungkan Kebesaran-Nya. 

        Logik ke puisi-puisiku memuji-memuja Tuhanku dikatakan lucu dan merendahkan harkat kemanusiaan?

        Jika niat mu membusuk sengaja mahu menjelekkan puisi-puisiku bertemakan Ketuhanan kamu tidak diijinkan sama sekali masuk ke wall ku. Jika kamu berani masuk juga kamulah yang lucu dan merendahkan harkat kemanusiaan diri kamu sendiri kerana dengan Tuhan pun nak cemburu manusia apa kamu ini benar-benar memalukan ...jika tak tahu berbicara lebih baik diam...

        RATU RIMBA NIAGARA
        3 Ramadhan 1434H
        12 Julai 2013M



    • Duhai sahabatku semua Salam Ramadhan.
      Di bulan puasa samalah kita tingkatkan amalan;
      Salah dan silapku harap dimaafkan,
      Jangan disimpan tanpa diampunkan.

      Like ·  · Unfollow Post ·  · 15 hours ago



    • IZINKAN AKU BERBICARA DENGANMU SAHABAT DUNIA AKHIRATKU

      Duhai para sahabat ku tersayang...

      Bolehkah aku berbicara dengan kalian?
      Biarpun kalian tidak pernah kutemui
      apa tah lagi berkata-kata di alam realiti
      Kalau difikir logik alam realiti sebenarnya
      kalian tak wujud tapi wujud...lebih hebat
      dari alam mimpikan? Itulah betapa hebatNya
      Kuasa Allah menemukan kita di alam maya
      wujud tapi tak wujud ...
      tak wujud tapi wujud...
      begitulah alam roh
      wujud tapi tak nampak
      tapi dipercayai adanya roh
      kalau kita dah jadi roh
      baru kita tahu apa maknanya roh

      Begitulah kehadiran kalian di alam maya
      kita saling bercerita
      saling berkomunikasi
      seolah kita dah lama kenal
      dah tahu isi hati masing-masing
      lucukan!
      Semua perasaan ada dirasai:
      marah
      geram
      menyampah
      benci
      sedih
      hiba
      suka
      sayang

      Yang peliknya kenapa kita ada perasaan macam tu?
      Sedangkan mereka bukan pun wujud alam realiti kita?

      Itulah dia hebatnya bahasa hati bahasa jiwa... bahasa kalbu...

      Kerana kalian sudah faham bahasa hati, bahasa jiwa bahasa kalbu

      Izinkan aku berbicara denganmu sahabatku,

      Selama ini bertahun lamanya aku berbicara dengan
      sahabat setiaku iaitu:

      rohku
      alam Ciptaan Tuhan
      haiwan yang melata

      Segala suka dukaku aku mengadu pada Alllah Tuhanku
      Dia Maha Faham Dan Amat Mengerti isi hatiku...
      Syukur Ya Allah Syukur tak terucap
      Syukur berpanjangan tiada penghujung

      Dengan Kasih SayangNya Sepenuh Alam Semesta CiptaanNya
      Dengan Rahmat Kasih SayangNya
      Dia kenalkan aku dengan sahabat-sahabat semua
      Di luar kotak pemikiranku bahawa aku akan dikenalkan
      dengan kalian hamba-hamba Allah yang hatinya sentiasa
      mewangi dengan bunga-bunga cinta kasih sayang murni
      saling memahami
      saling berkasih sayang
      semuanya kerana Allah Taala
      biarpun kalian:
      berharta
      berpangkat
      berpelajaran
      berbudi bahasa
      beriman
      berlainan benua
      perkasa
      rupawan
      bahagia
      semuanya serba sempurna hidup kalian
      tapi itu semua tidak menghalang persahabatan kita
      Masya-Allah Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
      Menangis aku bila kenang KebesaranMu Tuhanku
      siapalah aku untuk menjadi sahabat mereka itu Ya Allah
      telah lama kuimpikan sahabat-sahabat sebaik mereka

      Sedangkan selama ini watak-watak semurni mereka cumalah
      di alam fantasiku saja...

      Selama ini hidupku seperti sekuntum mawar yang
      berada di padang pasir tandus berjuang bermati-matian
      untuk meneruskan kehidupan ...

      Dengan terjalinnya persahabatan yang suci ikhlas ini
      mungkin ada hikmahnya hanya Allah saja yang Maha Tahu
      alam ghaib, aku hambaNya wajib percaya apa saja yang
      dikehendaki berlaku:
      aku akur
      aku pasrah
      aku redha
      apa saja aturan takdir yang ditentukan padaku

      Ya Allah jika ditakdirkan aku dijemputMu di kala ini...

      aku mesti disoal malaikat Munkar Nakir

      kalau aku menerima azab kubur...
      adakah aku sudah bersedia menanggung sakit
      yang tak terperi itu?

      aku rela Ya Allah... menerima azab kubur
      bukan aku hambaMu yang sombong kerana berani
      menerima seksaan kubur yang sekali pukulannya
      saja boleh menghancurkan seluruh tubuh badan
      menjadi abu ...kemudian dihidupkan kembali
      begitulah seterusnya sehingga
      dunia kiamat mendapat seksaan kubur...
      aduh sanggupkah aku? Duhai jasad?

      Tuhan...sebenarnya aku lebih teramat malu
      denganMu jika aku tidak dapat
      menjawab soalan di kubur
      yang hanya lima soalan saja ditanya
      aku gagal menjawabnya
      sedang semasa aku hidup aku sudah
      diberitahu apakah soalan-soalan kubur
      yang akan bakal kujawab.
      Allahu Akbar malunya aku Ya Allah
      Ampunkan aku Ya Allah

      Sekarang Dengan Rahmat Kasih SayangMu Semesta Alam
      Kau telah bukakan Khashaf Dzat CintaMu padaku
      Justeru kumerayu dengan belas kasihanMu
      Peliharalah aku
      Bimbinglah aku
      Sinarlah Nur kasihMu
      Padaku tanpa hentiNya
      Agar aku tak malu lagi bila ditanya soalan kubur
      aku dapat menjawab dengan lancarnya Ya Allah

      Duhai sahabat izinkan aku berbicara lagi...

      Jika rohku berada di tengah-tengah jurang antara Syurga dan neraka
      tolong doakan untukku agar aku dapat diselamatkan dari jurang neraka

      Mana tahu berkat doa-doa kalian...
      berkat sedekah Al-Fatihah kalian
      aku terselamat dari jurang api neraka

      Jika ilmu-ilmu yang kutinggalkan boleh mendatangkan manfaat
      untuk rohku kalian tolong sebar luaskan di merata tempat
      di seluruh pelosok dunia hingga ke hujung dunia
      agar tak tercicir satu pun

      Jika ilmu-ilmu itu boleh ditukarkan menjadi wang ringgit...
      kalian ambilah hasil itu dan gunakanlah untuk menyara hidup
      keluarga kalian secukupnya dan selebihnya sedekahkanlah
      kepada fakir miskin yang memerlukan dan anak-anak yatim
      yang perlukan pembelaan hidup

      Aku di sini tidak perlukan lagi harta benda
      dan wang ringgit lagi cuma apa yang kupesankan
      pada kalian itulah yang dapat membantuku di alam ini.

      Duhai sahabatku... izinkan aku berbicara lagi:

      Tolong pesankan kepada dua orang puteriku dan
      seorang puteraku, kalau kalian berjumpa mereka
      pesankan kepada mereka :

      "Ibumu terlalu sayangkan kamu
      seluruh hidup ibumu untuk kamu
      ibu berpesan kalau kamu rindukan
      ibu kamu bacalah semua pesanannya
      di blog-blognya pasti hilang
      rindu kalian pada ibumu
      dan ibumu berpesan lagi
      bukan sekadar baca untuk hilangkan rindu
      tapi hayati dan amalkan apa yang baik
      sebab segala yang baik itu semuanya
      datang dari Allah ,

      Ibu kalian berpesan lagi dia minta maaf
      apa juga kesalahannya di sepanjang
      dia mendidik dan membesarkan kalian
      katanya dia gagal mendidik anak-anak
      sepertimana yang dikehendaki Allah
      dan ibumu akan malu kepada Allah
      jika kalian semua persalahkannya
      kerana tak pandai mendidik kalian bertiga.
      Dan ibumu telah memaafkan segala kesalahan
      kalian bertiga samada secara sengaja atau
      pun tidak biarpun dosa kalian padanya
      tinggi menggunung...sebesar zarah dosa
      kalian pada ibu telah dimaafkannya di kala
      ibu masih hidup lagi."

      Jika kalian tidak berjumpa dengan puteri-puteri
      dan puteraku tolonglah doakan bahawa terbuka
      hati mereka untuk membaca semua yang kutulis
      di blog-blogku duhai sahabat-sahabat yang
      kukasihi dunia dan akhirat.

      Moga persahabatan kita di dunia ini Insya-Allah
      diteruskan hingga akhirat.
      Amin Ya Rabbal A'Lamin.

      Sebelum aku menamatkan bicara pesanan terakhirku ini...
      Dari hujung rambut hingga hujung kaki
      ku mohon beribu ampun dan maaf kerana aku adalah
      hamba yang tak sempurna untuk menjaga tutur kataku
      dan perbuatanku pada kalian...
      Selagi kalian tak maafkan aku ...
      Allah juga tidak akan maafkan aku
      Justeru jika kalian sayangkan aku maafkan aku
      duhai sahabat-sahabatku sayang dunia akhirat.

      Moga diizinkan Allah kita bertemu di alam realiti di dunia
      dan di akhirat hendaknya!
      Amin Ya Rabbal A'Lamin.

      SAHABAT YANG SETIA BERPUJANGGA DENGANMU,
      RATU RIMBA NIAGARA
      3 Ramadhan 1434H
      12 Julai 2013M

      Like ·  · Unfollow Post ·  · 15 hours ago



    • TUHAN JIKA INI RAMADHAN TERAKHIRKU

      Tuhan jika ini Ramadhan terakhirku...
      terimalah
      amalanku
      berilah pengampunanMu
      bukakan hati hamba-hambaMu
      yang pernah kukenali atau tidak
      biarpun aku tidak mengenali tapi mereka mengenaliku
      dapat memaafkan segala kesalahanku pada mereka ...
      begitu juga semua keluargaku... sanak saudaraku
      juga teman fbku dan alam maya yang membaca karya-karyaku
      yang kukenali atau pun tidak
      maafkan aku ...
      sesungguhnya aku insan yang tak sempurna
      biarpun aku menjaga segala perbuatan dan tutur kata
      sebaik yang mungkin
      tapi
      siapalah aku
      yang serba tidak sempurna
      tapi percayalah
      hati dan kalbuku
      tiada lain yang kufikirkan
      melainkan untuk berbuat baik
      kepada semua manusia keranaNya
      bukan mengharapkan apa-apa pun balasan!

      Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
      redhailah hidup matiku!
      Kerana aku ingin bertemuMu
      dalam keadaan tenang
      tanpa dibenci hamba-hambaMu yang hidup
      waima makhluk yang Kau Ciptakan
      di muka bumi ini!
      Lancarkan lafaz
      LaaillaahaillaAllah MuhammadarRasullullah
      di kala nyawa sampai di kerongkongku nanti.
      Amin Ya Rabbal A'Lamin.

      ...............................
      3 Ramadhan 1434H
      12 Julai 2013M (Jumaat)

      Like ·  · Unfollow Post ·  · 20 hours ago

(PETIKAN DARIPADA GRUP MASYARAKAT MATARAM)
4 Ramadhan 1434H
13 Julai 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;