Tuesday, 11 October 2011

BABAK KEEMPAT (JATUH CINTA) PETIKAN TEATER PENGANTIN RAJA RIMBA

BABAK KEEMPAT  (JATUH CINTA)

Raja harimau termakan budi,
Sakitnya kekasih tidak terperi;
Menentang sawa kuat menjadi,
Cinta dibalas patut diberi.

Harimau : Sedapnya buah durian tu… kalau aku dapat makan…
alangkah…

Monyet  :  Aku faham  kau inginkan buah durian, biarlah aku
tolong ambilkan.

Harimau :  Sungguh baik hati mu monyet…  aku kuat tapi aku
tak boleh memanjat. Sungguhpun aku binatang yang hebat tapi
aku ada kekurangan.


Monyet  :  Tuhan itu Maha Adil.  Semua makhluk yang
dijadikan mempunyai  kelebihan dan kekurangan.  Justeru
apa salahnya kelebihan yang   ada pada aku ini dapat aku
membantu binatang-binatang lain.


Harimau :  Kata-kata engkau tu menyedarkan aku.
supaya kita jangan hidup sombong dan bongkak. 
Tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.


Monyet  :   Ha… makanlah sepuas hatimu harimau.
( MONYET MEMBERIKAN  DURIAN)

Harimau :  (CUBA MENGOPEK  DURIAN GAGAL LALU MENGELUH)

Monyet  :  Nanti luka … harimau.

Harimau :  Selalunya aku melukakan mangsaku tapi kopek
durian pun aku tak boleh.

Monyet  :  Kali ni biarlah kuku kau yang tajam tu hanya akan
berbisa bila hendak  menyelamatkan penghuni rimba ini ye.
Biar aku tolong  kopekkan   durian ni.


Harimau :  Hati-hati monyet… nanti luka tanganmu.

Monyet  :   Tak apa aku dah biasa terluka.  
                                     
Harimau  :  Lain macam bunyi  nye tu.  Mulai hari ini
tiada siapa akan berani melukakan  kau lagi.  Kalau berani…
mari bertarung dengan aku dulu.

Monyet  :  Ha… dah buka pun…makan puas-puas.
Kalau tak cukup aku ambil lagi.

(TERUS MEMANJAT POKOK TANPA  MENYEDARI ADA 
SEEKOR ULAR SAWA)

Monyet  :  Tolong lepaskan aku! ( DIBELIT OLEH ULAR SAWA).

Harimau :  Hai ular sawa! Kalau engkau benar-benar gagah
mari turun ke mari. Jangan dengan binatang yang lemah engkau
nak tunjukkan kekuatan.

Ular Sawa :  Engkau hendak mencabar aku ya harimau.
Baiklah sekarang aku  turun.

(HARIMAU BERLAWAN DENGAN ULAR SAWA AKHIRNYA
ULAR SAWA TEWAS)

Ular Sawa :  Engkau memang gagah.  Maafkan aku. 
Aku mengaku  kalah.

Harimau   :  Engkau tak salah dengan aku tapi dengan monyet.
Baik engkau  pergi minta maaf dengannya.

Ular  Sawa :  Monyet maafkan kerana mengganggu engkau.

Monyet :  Aku maafkan .  Lain kali jangan tunjuk kuat pada
binatang yang   lemah.  Sepatutnya binatang yang kuat membantu
yang lemah.  Barulah aman.  Sudahlah tu mari kita makan bersama-
sama.

(KETAWA BERSAMA-SAMA)

(PETIKAN DARIPADA TEATER PENGANTIN RAJA RIMBA)
12  Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;