Thursday, 13 October 2011

DENGAN BERKARYA AKU DAPAT KASIH SAYANG


YANG TAK LOGIK BOLEH JADI LOGIK DENGAN IZINNYA

Aku dihujani soalan?

Beritahu padaku sampai bila kau mahu berkarya?

Sampai terhenti nafas terhentilah pena

Beritahu padaku tidak bosan ke kau berkarya?

Tidak ...berkarya adalah jiwaku dan duniaku

Adakah kau tidak penat memerah kudrat pemikiranmu?

Selagi Alllah pinjamkan aku tak pernah lelah

Kau ego dengan diri kau sendiri?

Kenapa kau cemburu ke? Hingga kau tanya soalan begitu?

Manusia pasti ada penat dan letih justeru kau rehatkan mindamu

Ye... betul katamu aku manusia yang tak sempurna dan tak pernah
sempurna tapi akan kucuba menyempurnakan apa yang tak sempurna
itu . Kuharap Dia izinkan aku berkarya tanpa lelah terhenti nafas
terhentilah pena

Sebab apa kau minat dengan karyamu?

Aku tak tahu kenapa aku minat...aku cuba padamkan kerana memikirkan
siapalah aku hendak dibandingkan dengan mereka itu...
tapi lagi kucuba kikis dalam jiwaku...tak semudah itu
rasanya jiwaku kosong ....hidup tak bermakna...

Sebenarnya kau tenggelam dalam duniamu sendiri bukan dunia mereka..
mereka akan mengejek dan mentertawakan kamu...

Aku tak kisah...yang penting aku tak ganggu hidup mereka...dan aku
tak menyusahkan mereka...aku berkarya bukan kerana mereka...aku berkarya
bukan tunjuk pandai...aku berkarya bukan untuk mempopalarkan diri...aku
berkarya bukan untuk bebangga diiri...

Habis tu apa matlamatmu berkarya?

Dengan berkarya aku dapat kasih sayang...

Adakah kau ketandusan kasih sayang?

Allah duga aku dengan ketandusan kasih sayang...tapi dalam pada masa
yang sama ketandusan kasih sayang itulah aku sebar luaskan di serata
pelosok dunia ini dengan sejuta kasih sayang melalui karya-karyaku...
karya bertemakan kasih sayang...

Apa maksud kau ...?

Ye lah karyaku memupuk dan menyemai erti sebuah ehsan kemanusiaan
agar sentiasa menghargai keluhuran kasih sayang sesama insan dan
dengan keluhuran kasih sayang itulah bumi ini menjadi aman makmur tanpa
dicemari dengan tindak tanduk manusia yang di luar batas kemanusiaan

Adakah lojik kau yang ketandusan kasih sayang hendak menyebarkan
sejuta kasih sayang di bumi ini?

Adakah lojik kau tanya soalan itu padaku?

Ye lojik kerana apa yang kau jawab itu amat bertentangan

Apa maksudmu berkata begitu?

Setahu aku cuma orang hidupnya dipenuhi dengan kasih sayang saja yang
layak menyebarkan kasih sayang bukan kau?

Ye aku tahu siapa aku...apa yang ditersirat di hatimu aku faham...tapi
tahukah engkau...kalau Allah izinkan ...tiada yang tak lojik semuanya
lojik belaka...

Kalau itu katamu aku tiada bantahan . Dengan izin Allah yang tak lojik  boleh  jadi lojik.

Tahu tak apa... Syukur Alhamdulillah kau faham.

Karya Rha NS
12 Oktober 2011
· · Yesterday at 12:28pm near Kuala Lumpur

    • Rans Romeo ‎"Dengan berkarya aku dapat kasih sayang",, Suatu ungkapan yang tak dimiliki dan dirasa oleh setiap insan,. Sebab hanya insan mulialah yang dapat mengerti arti kasih sayang yang sebenarnya.. Teruslah Berkarya Bonda, Jika dengan berkarya dapat membawa arti bagi insan hidup seantero dunia dan dengan berkarya pesan-pesan positif akan selalu digunakan oleh para Pembaca Karya-Karyamu..
      18 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih atas sokongan nanda...bonda memang hargai setiap kasih sayang biarpun kasih sayang bonda tidak dihargai...mana tahu ada insan-insan yang memahami erti kasih sayang keranaNya...biarpun di masa hayat bonda tidak memiliki kasih sayang ....moga di kala tiada nanti akan terbalas juga kasih sayang melalui karya-karya yang bonda tinggalkan untuk semua penghuni bumi yang tersayang!
      17 hours ago ·
    • Bunga Seroja TERUSLAH BERKARYA BUNDAAAAAA.....Kami sangat menghargai karya karya_mu bunda...kami sayang bunda....SUKSES UNTUK'MU BUNDA...
      16 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Iye nanda Serojaku...apa buktinya tanda kasih sayangmu itu duhai serojaku...tika ku mengarang bulan sedang mengambang seakan senyum padaku seolah-olah membalas kasih sayangku padanya kerana aku selalu berkarya tentang asal kejadian yang diCipta Yang Maha Pencipta bumi dan langit ini Tuhanku Tuhannya Tuhanmu dan bila kuperhatikan keindahan sinar rembulan itu...ku terbayangkan senyuman kalian berdua. ...hihihi
      16 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Hidup ini cuma sementara,
      Bila tiada hilanglah semuanya;
      Hanya tinggal semangat membara,
      Tanda kasih pada yang hidup untuk selamanya.
      9 hours ago ·
    • Bunga Seroja Assalamu'alaikum wr wbr.....iya bunda, kita harus smangat yee...hidup ini hanya sementara....kalaulah mati amal Ibadah yg kita bawa....kebaikan di dunia tinggalah Kenangan....hehehe....
      8 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh...
      karya yang ditinggalkan itu lambang kasih sayang
      Tanda kasih sayangku pada mereka yang hidup di muka bumi ini...
      Moga terbalaslah kasih sayangku nanti
      Sepotong doa sebagai balasan kasih sayang untukku di alam Sana
      8 hours ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA RABEAH MOHD ALI  WALL)
    13 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;