Thursday, 13 October 2011

AGAR CINTANYA SENTIASA TERPATRI DI HATI


  • Bersatu hati atas tali Allah,
    Menyebarkan dakwah kerana cinta pada-Nya;
    Melalui pena kita berdakwah,
    Moga di akhirat menjadi bekalannya.
    · · 6 hours ago near Kuala Lumpur

      • Ayahanda Chik Hanyut perahu di senjakala,
        Duduk makan si buah berangan;
        Amal ibadah penentu segala,
        Kebaikan di dunia menjadi kenangan....
        2 hours ago · · 1 person
      • Rabeah Mohd Ali Kebaikan di dunia menjadi kenangan,
        Antara si mati dengan si hidup;
        Kasih dan sayang berpisah jangan,
        Tanda kenangan di masa hidup.
        2 hours ago ·
      • Ayahanda Chik Sedap sungguh si buah nona,
        Berputik rindu kian terasa;
        Jasad pergi meninggalkan dunia,
        Namun rohnya kekal sepanjang masa...
        2 hours ago · · 1 person
      • Rabeah Mohd Ali Jasad pergi meninggalkan dunia,
        Kesakitan roh tak terperi sakitnya;
        Amalan dbawa sebagai penawar derita,
        Moga berbahagia roh kita di Alam Sana.
        about an hour ago ·
      • Ayahanda Chik Pecah berderai gelak ketawa,
        Menjentik hati para tetamu;
        Tingkatkan amal, iman dan takwa,
        Berlindung bernaung di bawah nur kasih-Mu...
        about an hour ago · · 1 person
      • Rabeah Mohd Ali Alangkah bahagia bernaung di bawah Nur KasihNYa,
        Jiwa tenang setenang air di kali;
        Tiada yang lain difikirkan hanya redhaNya,
        Agar CintaNya sentiasa terpatri di hati.
        about an hour ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA RABEAH MOHD ALI WALL)
      13 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;