PUTERA SANG KURIANG BAHAGIAN (1) RENTETAN SKRIP DRAMA PENTAS PENGANTIN RAJA RIMBA

by Rabeah Mohd Ali on Friday, September 23, 2011 at 9:15pm

Setelah berkahwin dengan Raja Rimba, Puteri Monyet mengikut
suaminya tinggal di sebuah istana di Rimba Niagara.
Rumahtangga yang dibina atas dasar saling cinta menyintai
amat bahagia. Sehati sejiwa saling hormat menghormati,
Saling bertukar pandangan dan sentiasa memikirkan masalah
seluruh haiwan yang ada di Rimba Niagara.

Kebahagian rumahtangga Raja Rimba tidak lama apabila
seluruh kaum Raja Rimba tidak senang hati dengan perkahwinan
Raja Rimba dengan Puteri Monyet.
Terutama sekali Puteri Harimau yang sudah lama menaruh hati
pada Raja Harimau.

Puteri Harimau telah membuat strategi untuk membunuh Puteri Monyet
yang ketika itu sedang sarat mengandung Putera Sulungnya.

"Beta... tak akan lepaskan si bedebah itu yang telah merampas
kekasih beta...beta mesti membalas dendam. Dia mesti mati!!!"

"Tapi macam mana kita nak bunuh dia Tuan Puteri sebab Raja Rimba
selalu berada di sisinya."

"Tak apa beta tahulah nak buat macam mana..."

"Kamu tengoklah nanti... dia akan menyesal kerana merampas kekasih
beta!"

Ketika perbualan Puteri Harimau dengan pengikut-pengikutnya, dayang
Puteri Monyet telah terdengar.
Jantungnya berdegup kencang...Dayang menangis kerana dia tidak mahu
kehilangan Permaisuri Monyet yang amat disayanginya. Kebaikan Puteri
Monyet kepada seluruh Rimba Niagara telah sebati dalam jiwa semua
haiwan kecuali puak-puak Raja Rimba yang sememangnya berdengki hati
dengan Permaisuri Monyet.

"Walau apa yang terjadi hamba takkan biarkan Permaisuri Monyet dibunuh
hamba akan melindungi Permaisuri biarpun nyawa hamba jadi taruhan!!.

Petang itu Puteri Harimau datang ke Istana Rimba Niagara dengan membawa
mempelam muda.

"Permaisuri...beta ada bawakan mempelam muda untuk Permaisuri..."

"Hi...sedapnya...beta sudah lama mengidamkannya...sudah serata tempat
Kekanda Rimba mencari mempelam muda tapi baru sekarang beta dapat
merasai mempelam yang beta idamkan...Terima kasih Tuan Puteri kerana
membawa buah mempelam muda yang beta idamkan," kata Permaisuri Monyet
penuh gembira.

"Kalau macam ni setiap hari beta boleh bawakan.. mempelam muda untuk
Permaisuri lagi ye... sehingga Permaisuri melahirkan cahayamata."

"Baik sungguh hatimu Tuan Puteri...Kebaikan Tuan Puteri beta amat
hargai dan amat terharu."

"Permaisuri kesayangan seluruh haiwan di Rimba Niagara ini...
apalah salahnya beta berkorban demi Permaisuri tanda kasih
sayang beta kepada Permaisuri."

"Terima kasih Puteri Rimba."

Raja Rimba pulang dari berburu.

"Mana dinda dapat buah mempelam muda ni dinda?"

"Puteri Rimba ada datang tadi dia yang memberi dinda buah
mempelam ini."

"Dinda...kanda sudah lama kenal dengan hati budi Puteri Rimba tu...
Mesti ada niat tak baik kepada dinda..."

"Kanda...kanda...tak baik berperasangka yang bukan...bukan...
kita bersangka baik ye.. Ha...lagi pun bukan dinda yang nak
makan buah mempelam ni....anakanda yang dalam kandungan ni kanda..."
Permaisuri Monyet tergelak.

"Mentang-mentanglah kanda tak dapat carikan mempelam muda untuk dinda..."
Kanda dengar dalam kandungan dinda ye" Raja Rima meletakkan telinganya
ke perut Permaisuri kesayangan baginda.

"Anakanda...anakanda nak pelam ye ...tak pe....kejap lagi
bonda kesayangan anakanda makan ye...anakanda."

"Kanda ni ada-ada aje lah..." Mereka suami isteri tergelak geli hati
yang bukan kepalang.

Malam itu Permaisuri Monyet tidak dapat tidur kerana perutnya memulas-
mulas kesakitan.

"Dinda...dinda..kenapa dinda...." Tanya Raja Rimba penuh cemas.

"Sakit...! Kanda....Sakit sangat perut dinda ni.....!" Permaisuri
Monyet menangis tidak dapat menahan sakit perut yang amat sangat.

"Sabar lah dinda...jangan ....jangan dinda sakit nak bersalin..."

Raja Rimba menitahkan dayang memanggilkan Mak Bidan untuk menyambut
keputeraan anakanda di-Raja.

Permaisuri Monyet selamat melahirkan seorang Putera yang sangat tampan.
Bentuk saling tak tumpah seperti Bonda Permaisuri dan berbelang-belang
seperti Ayahanda Raja Rimba.

"Tuanku... Syurkur Allhamdulillah Permaisuri selamat melahirkan Putera ...
amat sempurna sekali. Tengok ni...rupa macam Tuanku dan Permaisuri.
Cantikkan ..." kata Mak Bidan sambil memberikan Putera di-Raja yang baru
dilahirkan kepada Raja Rimba.

"Syukur Alhamdulillah dengan Kurniaan Allah pada beta."

Raja Rimba mengazankan pada Putera Baginda yang tercinta. Setelah itu
Baginda terus masuk ke kamar mendapatkan Permaisuri yang masih
lemah.

"Dinda...Terima kasih dinda kerana melahirkan anakanda untuk kanda...
he tengok ni...rupa macam dinda dan belang-belang macam kanda....cantikkan..."

Raja Rimba mencium putera baginda yang baru dilahirkan berkali-kali
penuh kasih.

"Ye...lah kanda... anakanda kita sempurna sekali cantiknya. Belang-belangnya
lambang Kemegahan Keperwiraan. Dinda sangat bersyukur pada Allah ..kanda.

"Kanda pun begitu juga dinda...Bersyukur sangat-sangat dengan Kurniaan ini."

Tiba-tiba kedengaran suara cemas dari hulubalang istana.

"Tuanku... Istana sudah dikepung Tuanku...ramai pendekar istana dibunuh."

"Siapa yang punya angkara hulubalang!," tanya baginda penuh cemas.

"Puteri Rimba...Tuanku."

"Bedabah!Beta dah agak dah...Puteri Rimba akan melakukan sesuatu."

"Tuanku... Tuanku larilah dari sini Tuanku...."

"Kanda...Kanda....kena pertahankan Takhta Kanda...biar dinda dan anakanda
yang pergi dari Istana Niaga ini."

"Dinda....! Kita kan dah janji hendak sehidup semati....Tidak dinda....
Kanda tak akan biarkan dinda dan anakanda berpisah dengan kanda."

"Kanda...kekallah tahta di- Raja...Puteri Rimba cuma mahukan kanda..
dinda sudah relakan kanda...demi keharmonian semua haiwan di Rimba
Niagara ini."

"Dinda...kenapa dinda korbankan kebahagiaan sendiri demi keamanan
Rimba Niagara ini?"

"Kanda ...sebenarnya kebahagiaan dinda adalah keselamatan dan keamanan
semua penghuni Rimba Niagara ini kanda."

"Maafkan segala kesalahan dinda kanda... Insya-Allah ada peluang kita
berjumpa ...ya kanda...." Permaisuri tidak dapat menahan sebak lalu berjuraian
air matanya hingga tertitis air matanya ke wajah putera yang baru dilahirkan."

"Dinda...jagalah anakanda baik-baik ya...nanti kanda akan cari juga dinda
dan anakanda ...."

Dayang dan hulubalang menemani Permaisuri dan Putera baginda melarikan diri
dari Istana Niaga. Mereka meredah hutan di malam yang gelap gulita.
Rupanya mereka telah diburu oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.

"Permaisuri...lari....lari segera....biarkan patik di sini," kata dayang istana
penuh cemas.

Permaisuri sempat melarikan diri meninggalkan dayang dan hulu balang
yang telah berjaya dibunuh oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.

(BERSAMBUNG)

Karya Rha NS
23 September 2011

Like · · Unfollow Post · about a minute ago near Kuala Lumpur

Haidi Yan likes this.

(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
23 September 2011
· · · Share · Delete

  • Mat Kr likes this.
    • Mat Kr
      ‎(HUTAN BELANTARA : Tuan Puteri sedang berehat seketika, setelah sekian lama meredah hutan dan rimba mencari tempat berteduh bersama putera kesayangannya. Hanya sehelai selendang kuning menjadi selimut membalut tubuh anak kecil yang masih belum diberi nama itu.)

      Puteri rimba : Hamba namakan putera hamba ini... Ermmm... Sang...Sang... Sang Ku.... Sang Ku..... Ahh... susah benar hamba hendak memberi nama putera hamba ini.., Haaaa..! Sang Kuri... Sang Kuri... ahh... apa ya... ( sambil mengendong puteranya dibawa berjalan berlegar-legar disitu sambil menyanyikan lagu....)
      September 26 at 9:54pm ·
    • Mat Kr line internet tak berapa ok ni...
      September 26 at 10:14pm ·
    • Mat Kr
      ISTANA : Suasana masih lagi kucar kacir... darah tumpah mengalir disegenap sudut istana dengan pertarungan Raja Rimba bersama hulubalang dan pengawal istana mempertahankan tahta dari cengkaman Sang Buana Rimba dan pengikutnya.

      Raja Rimba : Mara...mara...!!! Biar gugur sekalipun kalian
      di sini.., namun darah kalian tetap bertukar menjadi peluh perjuangan sehingga ketitisan yang terakhir.

      Sang Buana Rimba : Hahahaha.., jangan cuba nak menentang hamba.,
      buruk padahnya .! Sebentar lagi tahta Niagara akan hamba tawan
      menjadi milik hamba..Hahahaha.. Cisss...! menyerahlah wahai Raja Rimba..!

      Raja Rimba : Woii...! langkah mayat beta dulu...
      jangan cuba mengadai nyawa..! Yahh...Yah.

      Pertarungan berlarutan selama tiga hari, tiga malam. Seluruh persekitaran istana bermandi darah dan peluh. Mayat bergelimpangan disana sini. Namun mereka masih lagi bertikam senjata demi kuasa dan mempertahankan istana.

      To Be Continue.... hehehe....
      September 26 at 10:23pm ·
    • Rabeah Mohd Ali
      Pagi yang hening itu terdengar satu das tembakan.
      Permaisuri monyet yang tidak bermaya sambil mengelek
      puteranya sempat mengambil sehelai daun lalu daun
      tersebut diperahkan susu untuk diberi minum kepada
      puteranya yang sedang menangis keh...See More
      September 26 at 11:59pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Macam mana sahabatku ok tak dengan bahagian (II) ni...apapun ku suka skrip yang kamu karang itu....dan ku tunggu sambungan skrip tersebut...duhai sahabatku. Dan kuharap kau sudi mengarahkan Teater Putera Sang Kuriang Ini....hehehe semoga Putera Sang Kuriang Mendapat Tempat Di Hati Penonton! Apa pun jutaan terima kasih segalanya kerana kaulah pencetus cerita Putera Sang Kuriang.
      September 27 at 12:04am ·