TAHNIAH KEPADAMU YANG DULUNYA CUMALAH
SEORANG YANG BERGELAR BURUH KASAR NEGARA!
Bersabarlah buruh kasarku...
Sabarlah ye...biarpun mereka tak tahu Hanya Dia Yang Maha Tahu
Duhai buruh-buruh kasarku...
Berbanggalah dengan pekerjaanmu
Kerana adanya kamulah negara ini pesat membangun...
Bayangkanlah...
Kalau negara ini tiada kehadiran kamu berkerja
Pasti negara tak dapat banggakan bangunan pencakar langit
Jawatan pekerja buruh dilupuskan dan semuanya diambil sebagai
pekerja kerajaan tapi mana bisa mungkin kerana pekerja kerajaan
dilanjutkan persaraannya hingga umur 58 tahun dan kemungkinan
akan dilanjutkan ke umur 60 Tahun...
Apa akan jadi dengan nasib generasi muda yang tamat
Sijil Pelajaran Malaysia
Diploma
Universiti (IPTA/IPTS)
Pasti berlaku perlambakkan pengangguran....
Pasti mereka menanti dalam harapan yang membosankan untuk
Melamar jawatan di mana-mana jabatan kerajaan yang dimonopoli
Warga emas yang fikiran dan tenaga sudah agak terbatas
Dan pasti mereka yang bekerja terlalu lama jawatan yang sama akan
bosan ini akan menjejaskan produktiviti negara!
Impak bekerja terlalu lama:
Kerja yang lambat dan keputusan lambat juga dibuat
Urusan rakyat bukan jadi keutamaan tapi melecehkan
Kerana yang difikir cumalah bonus dan kenaikkan gaji setiap tahun
Dan umur bekerja berlanjutan ke 60 Tahun....kalau boleh selamanya
bekerja...
Rakyat cumalah berserah saja...membayar segala kenaikan harga
barang yang kian hari melambung naik...darah tinggi pun naik
kerana stres tak mampu hendak menyara kehidupan keluarga yang
mencengkam tapi kehidupan mahu juga diteruskan bekerja sebagai
buruh kasar memerah keringat dibakar terik mentari mencari sesuap
rezeki halal untuk menyara keluarga tercinta.
Sabarlah duhai buruh kasarku....
Teruskanlah perjuanganmu untuk untuk menyara keluargamu kerana
pekerjaanmu itu adalah satu jihad
Biarpun gajimu rendah yang penting berkat
Sabarlah duhai buruh kasarku...
Akan ada para usahawan dermawan untuk membela nasibmu nanti
Cuma kau berjanjilah untuk menjadi pekerja yang cemerlang
yang akan memberi keuntungan berlipat ganda kepada syarikat
kerana impak daripada kerja cemerlangmu itu
Dan pasti majikanmu akan memberi bonus dan kenaikan gaji padamu
Apabila kamu memperolehi pendapatan tinggi hasil dari gajimu
Pasti kamu akan mampu membayar segala kenaikan harga barang dan
pasti kamu mampu memiliki tempat tinggal yang sempurna untuk
keluargamu dan pasti kamu tidak akan berkerja hingga lewat usia
kerana kamu mahu menjadi seperti majikan kamu yang dermawan
lagi budiman kepada pekerja
Pasti pekerja kamu akan berkerja penuh ceria tanpa sebarang tekanan
Pasti pekerja kamu akan bekerja dengan ikhlas dan menghasilkan produk
berkualiti dan akan menguntungkan syarikatmu
Pasti anak cucu cicitmu akan berbangga dengan kamu
Pasti negara akan ucapkan ,"Tahniah Kepadamu Yang Dulunya Cumalah
Seorang Buruh Kasar Negara!"
Karya Rha NS
9 Oktober 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment