Wednesday 12 October 2011

PEKERJA PENENTU MASA DEPAN NEGARA

PANTUN PEKERJA  PENENTU MASA DEPAN NEGARA

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.

Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Justeru ada Negara adalah pekerja;
Apa pun bidang kerja  sumbangannya pada Negara,
Kerajaan  tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.

Kerajaan pembela nasib pekerja,
Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
Tepat masa pulang habislah kerja,
Kerajaan naikkan gaji  juga diberi bonus.

Untungnya sungguh pekerja kerajaan,
Kerja senang tak banyak cabaran;
Rakyat   datang jangan cepat  baran,
Pekerja berbudi bahasa  menjadi  pujaan.

Rakyat datang  mahu berurusan,
Berurusan dengan penjawat awam;
Menunggu lama amat membosankan,
Membosankan berurusan  penjawat  awam.

Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.

Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Maka Negara  maju  kerana pekerja  berdedikasi.

Malang sungguh pekerja swasta,
Masih ada juga sistem penghambaan;
Bekerja separuh mati gaji entah ke mana,
Kejamnya  majikan  tak ada perasaan.

Di era negara maju  serba moden,
Majikan untung berlipat ganda;
Gaji pekerja  mereka tak naikkan,
Derita pekerja  menyara keluarga.

Kerja  separuh mati tak setimpal gaji,
Demi kehidupan teruskan juga;
Bos menghendik   juga  mengeji,
Hati merintih  ditahankan juga.

Hati merintah ditahankan juga,
Demi meneruskan sebuah kehidupan;
Sanggup  bersusah demi kelurga,
Mengharapkan  sinar cahaya di masa depan.

Sabar pekerja menahan cabaran,
Menghadapi majikan yang tamak haloba;
Salah sikit dah panas baran,
Pekerja  bersabar dalam kesempitan.

Gaji diberi tidak mencukupi,
Untuk menyara kehidupan keluarga;
Padahal majikan hidup serba  mencukupi,
Sumbangan pekerja tidak berharga.

Mogok pekerja  bos yang susah,
Mogok bos pekerja tak bergaji;
Hidup pekerja semakin susah,
Negara moden selalu tak begini.

Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,
Mencari nafkah  keluarga tercinta;
Setiap tahun bos menabur janji  basi,
Memberi bonus semuanya helah belaka.

Mana  lagi tempat hendak mengadu,
Pekerja malang  derita tanggung sendiri;
Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu,
Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.

Segala  masalah mengadu kepada WNK,
Berjuang habis- habisan demi pekerja;
Berhujan berpanas sanggup bertekak,
Asalkan  terbela nasib pekerja.

Dikutuk dihina tidak diambil peduli,
Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian;
Terbela  nasib pekerja kepuasan di hati,
Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.

Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar,
Berilah kami kekuatan dan keazaman;
Moga  rintihan kami mereka mendengar,
Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.

Doa orang teraniaya tanpa hijab,
Hidup bersandar kepada Allah  semata;
Berusaha  bertawakal doa mustajab,
Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.

Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Saling faham memahami   demi Negara;
Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
Kerana pekerja penentu masa depan Negara.
 
Pekerja penentu masa depan Negara,
Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
Pekerja merealisasi tranformasi Negara

Karya: Rha NS
1 Mei 2011
(Bersempena  Meraikan Sambutan Hari Pekerja)
        

0 comments:

Post a Comment

 
;