Thursday, 13 October 2011

MENYEMAI BUDI KERANA KASIHKAN INSAN CINTAKAN ALLAH



CINTAMU PADAKU
CINTAKU PADAMU

Aku tak layak ke SyurgaMu
tapi tak mahu ke nerakaMu

Ya Allah
kuingin diami SyurgaMu
ku ngeri azab nerakaMu.

Pilihlah aku menjadi calon SyurgaMu
sinarkan hidayah dalam qalbuku
Kau Maha Pengasih
sinarkan Nur KasihMu padaku
agar hari-hari
hatiku
berbunga-bunga cinta syahdu padaMu
bauan wangian bunga zikirMu
agar dapat kuhidu
di SyurgaMu nanti.

Bunga-bunga zikirMu
munajat seorang kekasih padaMu
moga kasihku ini
berkekalan hingga ke SyurgaMu
negeri abadi...seabadi
cintaMu padaku
cintaku padaMu.

Karya  Rha NS
1 Januari  2011
· · 7 hours ago near Kuala Lumpur

    • Bunga Seroja Berbunga bunga cinta seroja padamu, semoga cinta kasih seroja berkelana diSurgamu....hehehe.....selamat pagi bunda.
      6 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Bahagiaku bahagiamu bahagia semua,
      Ada pelangi cinta di hatimu;
      Hari-hari berbunga-bunga kasih cinta,
      Kubawa mati kasihmu duhai bungaku.

      (Moga karyaku ini bisa mencuri senyumanmu hingga lenamu nanti)
      hihihi
      6 hours ago ·
    • Ayahanda Chik Terbang camar meneman senja,
      Sepi pantai tak pernah sudah;
      Kasih dikutip takwa di baja,
      Buat bekalan menuju jannah.
      5 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Kasih dikutip takwa dibaja,
      Buat bekalan menuju Jannah;
      Segala amalan adalah keranaNya,
      Kemurahan kasihNya balasan Jannah.
      5 hours ago ·
    • Ayahanda Chik Terang bulan dibias cahaya,
      Nampak berseri ruang angkasa;
      Hanya amalan penghitung neraca,
      Redhalah dengan ketentuan-Nya.
      5 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Matlamat hidup adalah keranaNya,
      Menyemai budi kerana kasih sayang;
      Tanda kasih sesama insan lambang cinta padaNya,
      Mencari redhaNya dalam berkasih sayang.
      4 hours ago ·
    • Bunga Seroja Wow, asyik yeee...hari hari berbunga kasih dalam hati bundalah sayang biar jauh lupakan jangan.....walau terpisah antara 2 benua, di dunia maya selalu bersua... Hemm, hehehe...
      3 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Biarpun jauh dilupa jangan,
      Alam maya menyatukan hati;
      Hatiku hatimu semerbak wangian,
      Kasih sayang antara dua benua sudah terpatri.
       
      3 hours ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA RABEAH MOHD ALI WALL)
    13 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;