Wednesday, 12 October 2011

SIAPA YANG TAHU KESUSAHAN DAN KEPERITAN HIDUP KAMI



bajet 2012 tidak untuk pekerja buruh kasar pekerja kilang malang nasib kami bila kaki tangan kerajaan dapat habuan dari bajet 2012 golongan seperti kami hanya melopong dan jadi mangsa kenaikan harga barang siapa yang tahu kesusahan dan keperitan hidup kami ???????????
· · · Monday at 6:02am via BlackBerry ·

  • You and 3 others like this.
    • Adeq Hajijah Abdul Latip ne dah barang naik bang .... ehe ~
      Monday at 8:43am ·

    • Monday at 9:11am ·
    • Rabeah Mohd Ali TAHNIAH KEPADAMU YANG DULUNYA CUMALAH
      SEORANG YANG BERGELAR BURUH KASAR NEGARA!

      Bersabarlah buruh kasarku...

      Sabarlah ye...biarpun mereka tak tahu Hanya Dia Yang Maha Tahu

      Duhai buruh-buruh kasarku...
      Berbanggalah dengan pekerjaanmu
      Kerana adanya kamulah negara ini pesat membangun...

      Bayangkanlah...

      Kalau negara ini tiada kehadiran kamu berkerja
      Pasti negara tak dapat banggakan bangunan pencakar langit

      Jawatan pekerja buruh dilupuskan dan semuanya diambil sebagai
      pekerja kerajaan tapi mana bisa mungkin kerana pekerja kerajaan
      dilanjutkan persaraannya hingga umur 58 tahun dan kemungkinan
      akan dilanjutkan ke umur 60 Tahun...

      Apa akan jadi dengan nasib generasi muda yang tamat

      Sijil Pelajaran Malaysia
      Diploma
      Universiti  (IPTA/IPTS)

      Pasti berlaku perlambakkan pengangguran....
      Pasti mereka menanti dalam harapan yang membosankan untuk
      Melamar jawatan di mana-mana jabatan kerajaan yang dimonopoli
      Warga emas yang fikiran dan tenaga sudah agak terbatas
      Dan pasti mereka yang bekerja terlalu lama jawatan yang sama akan
      bosan ini akan menjejaskan produktiviti negara!

      Impak bekerja terlalu lama:

      Kerja yang lambat dan keputusan lambat juga dibuat
      Urusan rakyat bukan jadi keutamaan tapi melecehkan
      Kerana yang difikir cumalah bonus dan kenaikkan gaji setiap tahun
      Dan umur bekerja berlanjutan ke 60 Tahun....kalau boleh selamanya
      bekerja...

      Rakyat cumalah berserah saja...membayar segala kenaikan harga
      barang yang kian hari melambung naik...darah tinggi pun naik
      kerana stres tak mampu hendak menyara kehidupan keluarga yang mencengkam tapi kehidupan mahu juga diteruskan bekerja sebagai buruh kasar memerah keringat dibakar terik mentari mencari sesuap rezeki halal untuk menyara keluarga tercinta.

      Sabarlah duhai buruh kasarku....
      Teruskanlah perjuanganmu untuk untuk menyara keluargamu kerana pekerjaanmu itu adalah satu jihad
      Biarpun gajimu rendah yang penting berkat

      Sabarlah duhai buruh kasarku...
      Akan ada para usahawan dermawan untuk membela nasibmu nanti
      Cuma kau berjanjilah untuk menjadi pekerja yang cemerlang
      yang akan memberi keuntungan berlipat ganda kepada syarikat
      kerana impak daripada kerja cemerlangmu itu
      Dan pasti majikanmu akan memberi bonus dan kenaikan gaji padamu

      Apabila kamu memperolehi pendapatan tinggi hasil dari gajimu
      Pasti kamu akan mampu membayar segala kenaikan harga barang dan pasti kamu mampu memiliki tempat tinggal yang sempurna untuk keluargamu dan pasti kamu tidak akan berkerja hingga lewat usia kerana kamu mahu menjadi seperti majikan kamu yang dermawan lagi budiman kepada pekerja

      Pasti pekerja kamu akan berkerja penuh ceria tanpa sebarang tekanan
      Pasti pekerja kamu akan bekerja dengan ikhlas dan menghasilkan produk berkualiti dan akan menguntungkan syarikatmu

      Pasti anak cucu cicitmu akan berbangga dengan kamu
      Pasti negara akan ucapkan ,"Tahniah Kepadamu Yang Dulunya Cumalah Seorang Buruh Kasar Negara!"

      Karya Rha NS
      9 Oktober 2011
      Monday at 9:26am ·
    • Kholib Ahmad Kholib sabar...rezeki dari Allah SWT ada dimana-mana..yang penting kita usaha..jangan terlalu mengharap pada kerajaan...
      Yesterday at 10:54am ·

  • (PETIKAN DARIPADA IDIL LATIP WALL)
    9 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;