Friday 14 October 2011

TENGKU MUHAMMAD ISMAIL PEMANGKU RAJA TERENGGANU




Tengku Muhammad Ismail Pemangku Raja Terengganu

Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menerima menghadap
dan menjunjung duli daripada Tengku Muhammad Ismail
pada istiadat pemasyhuran Pemangku Raja dan pelantikan
tiga ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja di Istana Maziah
di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Permaisuri Agong,
Tuanku Nur Zahirah (kanan) – BERNAMA

KUALA TERENGGANU 30 Ogos (Utusan Malaysia) – Sultan Terengganu,
Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan memasyhurkan anakanda baginda,
Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Raja dalam istiadat yang
berlangsung di Dewan Singgahsana,Istana Maziah.

Pemasyhuran berkenaan yang berkuat kuasa Khamis lalu dilakukan
selepas Tengku Muhammad Ismail, 12, mencapai umur mukalaf iaitu
boleh membuat keputusan sendiri.

Majlis pemasyhuran itu diadakan ekoran Tuanku Mizan Zainal Abidin
melaksanakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.



Serangkap Pantun
Negeri Terengganu pesat membangun,
Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
Tengku Muhammad bersopan santun,
Rakyat Terengganu amat terpesona.


Karya Rha NS
14 Oktober 2011







0 comments:

Post a Comment

 
;