Wednesday, 12 October 2011

DUA BERANAK BERPISAH DALAM CINTA TERLUKA


                                                                                    


DUA BERANAK BERPISAH DALAM CINTA TERLUKA!

(BERSEMPENA SAMBUTAN HARI IBU SEDUNIA)



Diucapkan selamat hari ibu ,

Kepada ibuku  tersayang;
Kami adik beradik menyayangimu,
Dunia akhirat tetap di sayang.


Dalam kandungan ibu berdoa,
Agar dikurniakan anak soleh soleha;
Bersyukur  ibu melahirkan  cahaya mata,
Seorang bayi  yang amat sempurna.


Ibu berkorban nyawa  membesarkan anak,
Besarkan anak tanpa harapkan balasan;
Kecilkan hati ibu berdosanya anak,
Di akhirat nanti mendapat balasan.


Anak dipelihara bersama ibu dan bapa,
Dididik dijaga dengan penuh kasih sayang;
Jerit payah ibu  pelbagai rupa,
Namun sabar demi kasih dan sayang.


Biarpun penat tidak mengapa,
Asalkan anak semuanya terjaga;
Kebahagian anak ibu berdoa,
Moga  ibu tempatnya di Syurga.


Derhakaku ibu kejamnya  aku,
Kecilkan hatimu  bukan  kusengaja;
Sudah lumrah manusia begitu,
 Moga  Allah memberi  hidayah sentiasa.


Bukan mahuku  jadi anak derhaka,
Pengaruh kawan buatku begini;
Menagih  mengedar dadah  buatku celaka,
Lupakan nasihat ibu penjaraku di sini.


Kekhilafanku buat ibuku berair  mata,
Berdoa ibu agar aku dilepaskan;
Menangis aku hingga bengkak mata,
Tapi kesalahanku  tak akan dilepaskan.


Malunya aku berdepan dengan ibu,
Ke mana pergi tanganku bergari;
Sedihnya aku mencium dahi ibu,
Maafkan aku ibu membuatmu begini.


Biarpun aku jadi begini,
Namun ibu tetap kasihkan aku,
Ku salahkan diriku sendiri,
Kerana  tak menghargai kasih ibuku.


Hidup di penjara amat memilukan,
Terkenang-kenangkan ibu dalam  kerinduan;
Lukakan hatimu  kutangis dalam sendan,
Penyesalan yang tak sudah aku kesalkan.


Kalau  diulangkan masa mahu aku berubah,
Menjadi anak soleh sukakan hatimu ibu;
Tentu aman bahagia  iman yang teguh,
Seteguh kasih sayangmu kasih sayangku.


Apa nak buat masa tak boleh diulang,
Aku tidak boleh membetulkan  masa;
Moga anak di luar sana cari jalan pulang,
Pulang ke pangkal jalan demi  hidup bahagia.


Hidup bahagia bersama ibu tercinta,
Balaslah kasih sucinya ibu;
Peluk ciumnya sebagai balasan cinta,
Pasti pilu  dalam bahagia hati ibumu.


Apabila sudah jadi begini salah diriku,
Bukan salah ibu mengandung;
Aku yang khilaf mengikut nafsu,
Kejamnya aku  membuat ibuku malang.


Bilamana ibuku berkunjung melawatku,
Aku dipeluk cium melepas rindu;
Kumenangis dalam syahdu,
Kutatap wajah ibu  teramat pilu.


Aku  menangis dalam sendu,
Ibu menangis dalam pilu;
Maafkan aku wahai ibuku,
Moga Tuhan  merahmati hidupmu.


Ibu mengelap air mataku mengalir deras,
Ibu pujukku supaya  bersabar;
Tabahnya hati  ibu kudiambil tindakan tegas,
Ibuku tetap   terimaku dengan sabar.


Masa  berpisah amat memeritkan  perasaan,
Bagaikan tersayat  hatiku dalam luka;
Ibuku menangis    penuh ihsan,
Dua beranak berpisah dalam cinta terluka.


Ibu  oh! Ibu kusayang ibu,
Halalkan makan minumku;
Biarpun setitis air susumu ,
Doakan  Allah terima taubatku.


Ibu  oh! Ibuku  tercinta,
Kasih sayangmu kuingat hingga ke mati;
Wangian cintamu  bagaikan bauan Syurga,
Hingga hujung nyawa cintamu tetap diingati.


Karya Rha NS
8 Mei 2011
            

0 comments:

Post a Comment

 
;