Wednesday 12 October 2011

SIMBOLIK WARNA MERAH BUNGA KEBANGSAAN


SIMBOLIK WARNA MERAH BUNGA KEBANGSAAN

PEKERJA:

Merahmu membara-bara...
Bangkit dengan semangat juang untuk
meneruskan kehidupanmu dan keluarga.

MAJIKAN:

Merahmu menyala mendapat keuntungan dan
berkongsi sama dengan pekerja memberi
gaji dan bonus yang sepatutnya.

PEMIMPIN: 

Merahmu membara-bara  untuk kemenangan bagi
pihak rakyat yang dibela dengan seikhlasnya
tanpa ada prejudis.

RAKYAT : 

Merahmu membara mahu dibela difahami pemimpin
agar hidup terbela di negara sendiri.

Negara : 

Merahmu kepada penyatuan keharmonian pekerja,
majikan, pemimpin dan seluruh rakyat negara
ini yang mahu kemerdekaan dikekalkan selagi
ada bulan dan matahari.


Karya Rha NS
1 Mei 2011         

0 comments:

Post a Comment

 
;