Wednesday, 31 July 2013

GELAR DARJAT PENGGAWA @ PENGHULU ADAT ISTIADAT BERSIKAP SENTIASA RENDAH DIRI DI KALANGAN RAKYAT/MASYARAKAT



      • (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
      • You, Sri Pemangku Adat and 3 others like this.
      • Ratu Rimba Niagara BIARPUN ILMU PERSILATAN DITAKLUKI TAPI TIDAK PERNAH WUJUD RASA UNTUK MEMBANGGAKAN DIRI TETAP BERADAT DAN BERADAP. TITAH RAJA SENTIASA TERJUNJUNG UNTUK DILAKSANAKAN.
        18 hours ago · Like · 1
      • Sri Pemangku Adat drpd. Karaton Nusantara jika
        seseorang Gelar Darjat Penggawa @ Penghulu Adat
        Istiadat bersikap sentiasa rendah diri dikalangan
        rakyat/masyarakat adat dan sentiasa taat setia kepada raja dan negaranya maka HARMONIlah hidup kita semua,
        amin ya allah.
        16 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA NUSANTARA TERCINTA

        RAJA BERJIWA RAKYAT
        MENGUTAMAKAN RAKYAT
        MEMAHAMI PENDERITAAN RAKYAT
        MEMBANTU SELAGI DAYA DEMI RAKYAT
        TAK PERNAH SOMBONG PADA RAKYAT
        TIADA RAKYAT TIADA RAJA TIADA RAJA TIADA RAKYAT
        RAJA BERKORBAN UNTUK RAKYAT
        RAJA DIKASIHI RAKYAT
        RAKYAT OH! RAKYAT
        BETA SENTIASA BERSAMAMU RAKYAT
        CUMA YANG BETA MAHU PADA RAKYAT
        JANGAN PERNAH LUPA , BETA SENTIASA DI HATIMU RAKYAT
        SELAGI NYAWA BETA ADA BETA PERJUANGANKAN UNTUK MU RAKYAT
        AYUH KITA BERSAMA MERAIH KEGEMILANGAN DUNIA AKHIRAT
        AGAR KITA TIDAK MERANA DI AKHIRAT
        MAKA DARI ITU KITA BERSAMA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB BERAT
        RINGAN SAMA DIJINJING
        BERAT SAMA DIPIKUL 
        AMANAH DIJUJUNG
        PENGORBANAN DISANJUNG
        ITU AMALAN KITA
        BUDAYA MELAYU
        TAK PERNAH LUPA SEJARAH
        SEJARAH DIRAJA DIMARTABATKAN
        DEMI RUMPUN MELAYU NUSANTARA
        DEMI PEWARIS BANGSA
        TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
        ITU SUMPAH LAKSAMANA HANG TUAH
        TAAT SETIA HANG TUAH KEPADA RAJA
        RELA PERTARUHKAN NYAWA DEMI RAJA
        ASALKAN INSTITUSI DIRAJA DIHORMATI DISANJUNGI
        PANTANG PAHLAWAN MELAYU NUSANTARA
        MENJADI RAKYAT DERHAKA
        RELA NYAWA DIPERTARUHKAN
        DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA NUSANTARA TERCINTA
        DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        25 Febuari 2013
        (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAJA NOOR JAN SHAH PEWARIS KERABAT DIRAJA SULTAN MELAKA)

        (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
        23 Ramadhan 1434H
        1 Ogos 2013M
      • Ratu Rimba Niagara TERUSKAN PERJUANGANMU NUSANTARA DICINTAI

        Sekalung bintang emas diterima,
        Daripada Keraton Nusantara;
        Syukur Allahamdulillah dari-Nya,
        Berkat berbakti pada semua.

        Karang mengarang minat hamba,
        Bangsawan diRaja amat diminati;
        Dikarangkan penuh suka,
        Hingga tak ingat berhenti.

        Telah banyak kisah bangsawan diRaja,
        Hamba karangkan untuk rakyat dan Raja;
        Dengan harapan terealisasilah Institusi diRaja,
        Itulah matlamat dikarang bangsawan diRaja.

        Bahagia rasa hati matlamat tercapai,
        Bilamana dipentaskan dipertontonkan;
        Pada raja dan rakyat yang dikasihi,
        Dipanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.

        Pelbagai tema ditulis bangsawan diRaja,
        Agar rakyat tahu pengorbanan Raja;
        Menghormati menyanjungi institusi diRaja,
        Raja perlukan rakyat , rakyat perlukan Raja.

        Nusantara milik kita bersama,
        Negaraku negaramu seia sekata;
        Senada seirama merealisasikan bersama,
        Ke puncak jaya demi nusantara tercinta.

        Nusantara oh! nusantara tercinta,
        Bumi melayu adalah nusantara;
        Tak akan hilang melayu di dunia,
        Itulah sumpah Hang Tuah tercinta.

        Tak akan hilang melayu di dunia,
        Jika melayu bersatu hati;
        Kikiskan budaya buruk sangka,
        Kita berusaha menyatukan hati.

        Andainya hari ini nafasku terhenti,
        Perjuangan jangan terhenti;
        Teruskan perjuanganmu nusantara dicintai,
        Barulah aman rohku di sana nanti.

        Karya Ratu Rimba Niagara
        25 Febuari 2013

        PETIKAN DARIPADA WALL GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
        1 Ogos 2013.


PETIKAN DARIPADA WALL  GRUP SRI PEMANGKU ADAT  & RATU RIMBA NIAGARA
23 Ramadhan 1434H
1 Ogos 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;