Wednesday, 31 July 2013

HULUBALANG RAJA BUGIS SEDIA BERBAKTI KEPADA RAJA & RAKYAT NUSANTARA


"SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN"

      • (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PERWIRA YANG GUGUR DI MEDAN JUANG & PERWIRA YANG SEDANG BERJUANG DI MEDAN PERANG)
      • You, Sri Pemangku Adat and 3 others like this.
      • Ratu Rimba Niagara PENDEKAR MELAYU TAK MUDAH
        MENGAKU KALAH


        Melayu hina melayu,
        Takkan kubiarkan;
        Kerana aku jiwa melayu,
        Kusahut segala cabaran.

        Melayu sentiasa hidup,
        Takkan kubiarkan diinjak-injak;
        Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
        Makanya bangsaku mestinya bijak.

        Pendekar melayu pantang dicabar,
        Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
        Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
        Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

        Sedikit ilmu badan binasa,
        Akan kusahut cabaranmu itu;
        Bertulangkan besi beruratkan suasa,
        Satu lawan satu aku sedang menunggu.

        Satu lawan satu itulah anak jantan,
        Pukulan maut takkan ku gentar;
        Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
        Biar apa terjadi jangan undur.

        Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
        Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
        Ingat pesanan guru jangan mengalah,
        Kerana pendekar melayu tak takut mati.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        9 Ogos 2012
        20 Ramadan 1433H
        (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
      • Ratu Rimba Niagara KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

        Keris menjadi saksi bisu
        hebatnya pertempuran mu duhai keris
        kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman

        kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
        kau sentiasa di hatiku
        kan ku perjuangkan kepahlawananmu
        hingga ke titisan darah terakhir
        biarpun nyawaku jadi taruhan
        agar kau mengerti
        yang aku cintakan mu
        selagi nafas ku ada
        lambang cinta
        lambang setiaku
        padamu keris....
        yang tak pernah jemu
        mencintaimu
        untuk mempertabatkanmu
        agar dicintai juga anak bangsa
        sejak zaman berzaman

        Karya Ratu Rimba Niagara
        31 Ogos 2012

        AKU BERJUANG DI LUAR GELANGGANG

        Tika aku terlantar parah begini...
        Mana pergi anak-anak muridku...
        Yang mengaku akan menuntut bela
        Darahku yang jatuh ke bumi
        Walaupun setetes!
        Ini bukan setetes...
        Tubuhku dipenuhi darah....
        Sesuka hati mereka
        Menetak ...menghentak
        Memukul ...menyepak terajangku
        Bukan aku tidak boleh melawan mereka
        Mereka terlalu ramai
        Kalau benar mereka anak jantan
        Kenapa tidak satu lawan satu?
        Biarpun begitu pantang
        Anak jantan lari di medan juang
        Biarpun mereka ramai
        Aku seorang
        Aku kerahkan segala tenaga kejantananku
        Hingga tak kuhiraukan
        Darahku merecik sana sini
        Lagi kuat hayunan parangnya
        Lagi kuat hayunan
        Sepak terajangku
        Karena mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
        Aku tidak bersenjata
        Karena
        Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
        Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
        Karena aku percaya
        Tuhan Mahu Mengujiku
        Karena adalah suratan takdirku
        Aku terima dengan redho
        Cuma jika dipanggil Ilahi
        Adakah anak-anak jantan melayu
        Di luar sana masih membisu dan kaku
        Aku tidak minta ditebus kematianku
        Tapi jagalah bangsa melayuku
        Agar tidak menerima nasib sepertiku
        Diserang hendap tanpa dugaku
        Dan pantang aku
        Bangsa aku ditindas dan tertindas
        Tanpa sebab musabab....
        Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
        Makanya bangsaku
        Kalau melayu tak sokong melayu
        Siapa lagi?

        Pahlawanku yang teraniaya...
        Sabarlah...
        Tuhan bersamamu tika ini
        Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
        Andai kau dijemput Ilahi...
        Syurga menantimu
        Insya-Allah Aamin

        Karya : Putri Rimba Niagara
        24 April 2012
        (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012)
      • Ratu Rimba Niagara PANTUN SATRIA

        Hajat hati nak jadi perwira,
        Tiada kudrat apalah dayaku;
        Namun begitu bersemangat satria,

        Relaku mati demi negaraku.

        Kata ibu datukku seorang pahlawan,
        Keturunan hulubalang Raja Bugis;
        Aku bersyukur berdarah pahlawan,
        Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

        Rupanya aku tidak keseorangan,
        Di luar sana menyokong perjuanganku;
        Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
        Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
        Melayu bersatu bermuafakat bersama,
        Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

        Berjuang tetaplah berjuang jua,
        Pantang undur sebelum berjuang;
        Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
        Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

        Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
        Jasamu mewangi hingga ke mati;
        Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
        Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

        Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
        Bersiap siaga setiap masa;
        Menangani jenayah begitu cermat,
        Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

        Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
        Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
        Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
        Keamanan Malaysia di puncak jaya.

        TLDM tidak kurang hebatnya,
        Berada di laut bersiap siaga;
        Musuh yang datang akan ditentangnya,
        Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

        Pasukan RELA rela berkorban,
        Berkorban masa dan juga tenaga;
        Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
        Demi rakyat dan negara tercinta.

        Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
        Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
        Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
        Semangat perjuangan terus membara.

        PERKASA kusanjung jasamu,
        Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
        Tidak pernah berputus asa di hatimu,
        Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

        PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
        Roh perjuangan tepat dan jelas;
        Semangat membara-bara hidup di hatimu,
        Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

        Seni persilatan melayu amat dikagumi,
        Kepahlawananmu tiada tandingannya;
        Generasi muda minat mempelajari,
        Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

        Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
        Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
        Jutaan rakyat bangkit memberontak,
        Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

        Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
        Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
        Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
        Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

        Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
        Pemimpin Malaysia cintakan negara;
        Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
        Saling berkorban demi negara.

        Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
        Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
        Negara sentiasa terus aman,
        Kedaulatan negara sejak berzaman.

        Pahlawan melayu pantang berundur,
        Rela bermandikan darah dihujani peluru;
        Demi pewaris takkan berudur.
        Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

        Berkibarlah benderaku terus berkibar,
        Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
        Rakyat Malaysia jangan dicabar,
        Roh perjuangan meniti zaman.

        Karya Ratu Rimba Niagara
        12 Rabiulawwal 1434H
        25 Mac 2013M
        (PANTUN SATRIA DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI POLIS MALAYSIA
        PDRM KE-206 PADA 25 MAC 2013 DENGAN SLOGAN,'KOMINITI SEJAHTERA KOMITMEN KAMI' MOGA SEMUA YANG BERGELAR PERWIRA MALAYSIA TERUS BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR KAMI SELURUH RAKYAT MALAYSIA SENTIASA MENYOKONG PERJUANGANMU MENGHARGAI SETIAP TITISAN DARAH DAN NYAWAMU DEMI IBU PERTIWI TANPAMU SIAPALAH KAMI MOGA ALLAH SWT MEMBALAS SYAHIDMU DI MEDAN JUANG AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)

        (KARYA DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI & WALL POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
        19 Mei 2013
      • Ratu Rimba Niagara TENTERA GERILA RIMBA NIAGARA BERANI MATI DI MEDAN JUANG!

        PUTRA ARJUNA DATANGMU DI MEDAN PERANG SASTRA NUSANTARAKU DATANG DISAMBUT DIRAIKAN OLEH GERILA TENTERA GORILA RIMBA NIAGARA TENTERA-TENTERA GERILA, KOMANDO KU SUDAH DILATIH TERLATIH DALAM ILMU
        PERANG...SETIAP HARI KAMI ADA KOMANDO-KOMANDO TENTERA MELATIH PASUKAN TENTERA KAMI...TENTERA KAMI SEMUANYA HATI KERING TAK TAKUT MATI...JIKA SEINCIPUN BUMI RIMBA NIAGARA DICEROBOH MUSUH DURJANA SENGAJA MAHU MEMBUAT BENCANA BERARTI MAUT SEDANG MENUNGGU MEREKA. MEREKA BILANG MEREKA BERANI MATI DAN TENTERA KAMI PUN BERANI MATI.....MATI MEREKA MATI KATAK...TAPI MATI KAMI MATI SYAHID ...ITU BEZANYA KAMI DENGAN MEREKA WALAUPUN KAMI DAN MEREKA BERAGAMA ISLAM...BUKAN KAMI TAK AJAK BERUNDING CARA BAIK CARA PALING SANTUN TAPI MEREKA TERGAMAK MEMBUNUH TENTERA GERILA KAMI BEGITU KEJAM! TAHAP KESABARAN KAMI HILANG...DAN KAMI BUKAN PENGECUT...MAKANYA KAMI ISTIHARKAN PERANG SYAHID....TENTERA RIMBA NIAGARA SEMUANYA PAKAR DALAM PENGGUNAAN SENJATA CANGGIH...SETAKAT TENTERA MEREKA YANG ADA ITU...IN SHAA ALLAH MEREKA AKAN MENYERAH DIRI DALAM MASA TERDEKAT INI...JIKA MEREKA MASIH BERDEGIL TIDAK MAHU TINGGALKAN RIMBA NIAGARA BERARTI MAUT MENANTI MEREKA...!

        MULAI HARI INI DAN DETIK INI...KAMU ADALAH SALAH SEORANG DISAHKAN MENJADI TENTERA GERILA KAMI...JIKA KAMU SUDAH MASUK DI KEM TENTERA KAMI JANGAN NGGAK-NGGAK KAMU CUBA PERSENDAKAN SETIAP SYARAT-SYARAT YANG TELAH RATU RIMBA NIAGARA KENAKAN ATAS KAMU...JIKA KAMU MELANGGARNYA MAKANYA HUKUMAN PANCUNG SAMPAI PUTUS LEHERMU...ADAKAH KAMU SANGGUP DUHAI PUTRA ARJUNA? JIKA KAMU NGGAK SANGGUP LEBIH BAIK KAMU MUNDUR SEKARANG!

        RATU RIMBA NIAGARA
        RATU YANG MEMERINTAH RIMBA NIAGARA 
        1 Ogos 2013


(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP SRI PAMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA_
23 Ramadhan 1434H
1 Ogos 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;