Saturday 3 August 2013

DEMI CINTAKU PADA-MU KU MENULIS TERHENTILAH NAFAS TERHENTILAH PENA. ...




    • Ratu Rimba Niagara shared your photo.

    • Ratu Rimba Niagara shared a note: PUISI PANTUN KEINDAHAN BULAN.
      Malam indah di pulau syahdu airnya remang-remang membiru, Separuh bulan sabit di sebalik sepohon pokok di pulau rindu; Simbahan cahaya bulan sabit sinarnya remang-remang membiru, Bagaikan panorama indah menyusuk kalbu syahduku...
      Like ·  ·  · 56 minutes ago · 
    • 2082 - Sejarah Bunut Susu ( Pilihan Kampung KPSK )

      Nama Kampung Bunut Susu dikatakan berasal dari sebatang pokok besar dan rendang. Masyarakat tempatan mengelar pokok tersebut sebagai pokok bunut. Pokok bunut merupakan sejenis pokok yang tumbuh di hutan-hutan tropika dan mengeluarkan getah yang berwarna putih seakan-akan warna susu. Di sebabkan itulah kampung ini diberi nama Bunut Susu. Pada suatu ketika dahulu tumbuh sebatang pokok bunut yang besar dan merimbun berhadapan dengan Stesen Kereta Api Bunut Susu. Pada ketika itu pokok bunut ini telah dijadikan tempat berteduh oleh orang-orang yang menunggu kereta api dan juga dijadikan tempat menjual makanan dan minuman.

      Menurut penduduk, Kampung Bunut Susu ini dikatakan telah dibuka oleh orang-orang dari Pattani, Selatan Thailand pada sekitar tahun 1700 Masihi. Ketika itu telah berlaku peperangan antara Kerajaan Thailand dan juga Kerajaan Pattani yang berebut jajahan takluk untuk meluaskan kekuas...See More
      Like ·  ·  · 27 minutes ago · 
    • 2080 - Sejarah Telekong ( Kampung Pilihan KPSK )

      Telekong, satu nama yang sinonim dengan wanita Islam ia-itu sejenis pakaian yang digunakan oleh wanita Islam bagi menutup tubuh badan semasa melakukan ibadat sembahyang. Satu akronim lagi bagi Telekong ialah merupakan nama satu kampung dan satu mukim yang terletak di daerah Kuala Krai, negeri kelantan, Malaysia.Kampung Telekong berada dalam Mukim Telekong, daerah Kuala Krai. Kampung ini menjadi sempadan antara daerah Kuala Krai/Machang. Sejarah kewujudan sebenar kampung ini belum dapat ditemui rekodnya. Bagaimana pun semasa peristiwa kebangkitan pahlawan Kelantan ia-itu Haji Mat Hasan bin Panglima Munas (Tok Janggut) menentang Inggeris, nama kampung Telekong ini tercatat dalam surat telegeraf seorang pegawai Inggeris yang berpejabat di Kuala Krai yang menceritakan detik-detik perjalanannya melarikan diri ke Kota Bharu melalui kampung Telekong ini. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1915. Sementara itu terdapat metos mengenai penjenamaan kampung ini. Diriwayatkan sekumpulan sahabat telah membuat jerat rusa di satu tempat. Besoknya mereka datang ke tempat jerat itu dan mendapati jerat mereka mengena seekor rusa. Jerat itu betul-betul menjerut leher rusa di bahagian khalkumnya. Oleh kerana tempat itu belum diketahui namanya maka mulai saat itu ia dinamakan Telekong yang berasaskan kisah jerat tadi. Sedikit perbezaan bunyi antara Khalkum dengan dengan Telekong. Ini dikaitkan dengan pelat kelantan yang sukar menyebut perkataan khalkum, lalu diubah sebutannya menjadi Telekong. Dan nama itu terus kekal digunakan sehingga kini.
      Like ·  ·  · 30 minutes ago · 
    • 2081 - Info Tunjuk Aroh ( KPSK )

      Org Kelantan dahulu kala tidak menggunakan arah mata angin sebagaimana sekarang iaitu utara, selatan, timur dan barat. Sebaliknya mereka menggunakan istilah hulu dan hilir (merujuk arah sungai), naik dan jatuh (merujuk kepada pergerakan matahari). Sebab itulah kalau ada sesebuah rumah lama yg dirombak binaannya,anda akan terjumpa perkataan2 ini pada alang2 rumah tersebut. Untuk merujuk arah timur laut, mereka menggunakan perkataan “hilir naik”, tenggara sebagai “hulu naik” dan seterusnya.
      Like ·  ·  · 29 minutes ago · 
    • Ratu Rimba Niagara shared a status update.
      Duhai sahabatku semua Selamat Ramadhan.
      Di bulan puasa samalah kita tingkatkan amalan;
      Salah dan silapku harap dimaafkan,
      Jangan disimpan tanpa diampunkan.
      Like ·  ·  · 57 minutes ago · 
    • Ratu Rimba Niagara shared a status update.
      Biarpun ombak datang membadai,
      Kuteruskan juga perjuangan ini;
      Biarpun hati hancur berkecai,
      Asalkan hidup matiku Allah redhai.
      Like ·  ·  · 57 minutes ago · 
    • Ratu Rimba Niagara shared a status update.
      Terima kasih semua yang sudi menyokong karya-karyaku...
      Syukur Alhamdulillah karya-karyaku di hargai akhirnya
      Pada yang sudi hargai kuucapkan jutaan terima kasih tak terhingga
      Kerana sudi membaca hasil karyaku
      Sokongan kalian semua tersanjung di hatiku.

      Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
      Kepada semua teman fb yang disayangi;
      Salah dan silapku harap dimaafi,
      Jalinan talisiraturrahim ini amat bererti.
      Like ·  ·  · about an hour ago · 
    • Ratu Rimba Niagara shared a note: SALAM SYAWAL BUAT SEMUA.
      Salam Syawal buat sahabatku, Kukirimkan jutaan ampun di angin lalu; Salah tutur bicara maafkan daku, Biarpun di pagi Syawal kita tak ketemu....
      Like ·  ·  · about an hour ago · 
(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA
26 Ramadhan 1434H
4 Ogos 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;