Ratu Rimba Niagara
KUKIRIMKAN GUGUSAN BUNGA KARYAKU DI BAYU MEGA ALAMMAYA KEPADA SEMUA PEMINAT KARYA-KARYAKU YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRATKUNTUMAN BUNGA KUKIRIMKAN DI BAYU MEGA ALAMMAYA
BUAT SEMUA YANG SUDI MEMBACA KARYA-KARYAKU
SEBAGAIMANA BANYAKNYA GUGUSAN BUNGA NAN INDAH INI
SEBANYAK ITULAH GUGUSAN RINDU DAN KASIHKU KEPADA PEMINAT KARYAKU YANG SUDI MENYOKONG/MENDUKUNG DUNIA SASTERA YANG KUMINATI INI.
KU BERKARYA KERANA TUHAN-KU
LAMBANG AKU CINTAKAN-NYA
LAMBANG AKU KASIHKAN SEMUA YANG DICIPTAKAN DI LANGIT DAN DI BUMI MOGA ALLAH SWT MELIMPAH RUAHKAN ILHAM PADAKU BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Tiada bulan seindah ramadhan,
Bahasa indah mengungkapkan kemaafan;
Saling bermaafan sesama insan,
Indahnya Islam menggalakkan persaudaraan.
Sesama Islam kita bersaudara,
Saling menghormati sesama kita;
Andainya bersalah bermaaflah segera,
Pasti persaudaraan mewangi hingga ke Syurga.
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU SAMPAI SYURGA KITA KETEMU AAMIIN
20 Ramadhan 1434H
29 July 2013M
- (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
31 Ogos 2012 - Ratu Rimba Niagara SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN
HANG JEBAT :
Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.
HANG TUAH :
Ya...betul katamu Jebat...
kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.
HANG JEBAT:
Betul ke Tuah.
HANG TUAH :
Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.
HANG JEBAT:
Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.
HANG TUAH :
Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!
HANG TUAH/HANG JEBAT:
DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!
RAJA:
SAYANG RAKYAT!
Karya: Ratu Rimba Niagara
30 Jun 2011
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
31 Ogos 2012 - Ratu Rimba Niagara AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA
"Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
"Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
"Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
"Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
"Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
"Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
"Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
"Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
"Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
"Kenapa engkau kata macam tu?"
"Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
"Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
"Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
"Rakyatlah!"
"Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
"Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
"Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
"Hehehehehe"
"Sukalah tu!"
"Pastilah suka...."
"Kenapa suka?"
"Perjuangan kau sudah tercapai"
"Maksud engkau?"
"Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
"DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"
Karya RATU RIMBA NIAGARA
23 Mac 2012
Like · · Unfollow Post · 3 hours ago near Melaka, Malaysia - Ratu Rimba Niagara Laksamana Mas and Erwin Agus Pengelana like this.
Erwin Agus Pengelana penderhaka itu artiya apa ya ?
about an hour ago · Like
Rabeah Mohd Ali Yang menentang atau tidak taat perintah raja
about an hour ago · Like · 1
Erwin Agus Pengelana sedang pengampu apa non ?
about an hour ago · Like
Rabeah Mohd Ali Suka puji-puji raja
about an hour ago · Like · 1
Erwin Agus Pengelana terima kasih non Rabeah Mohd Ali.......
salam persahabatan dalam kedamaian.....
about an hour ago · Unlike · 1
Rabeah Mohd Ali Kalau di Indonesia apa pula bahasanya...boleh bilang sama aku...aku pun mahu belajar ni...
agar boleh ditukar bahasanya....hihihihi
about an hour ago · Like
Rabeah Mohd Ali Salam damai juga...jadinya apa pendapatmu tentang apa yang kutulis di atas...adakah sudah kau memahaminya 100%
about an hour ago · Like · 1
Erwin Agus Pengelana pemerintah=rakyat, rakyat butuh seorang raja ?.....bentuk Negara Malaysia = perdana menteri yang menjalankan roda pemerintahan dengan restu raja atas pilihan rakyat banyak ?......atau bagaimana non, belum 100% saya tahu.....
about an hour ago · Like
Rabeah Mohd Ali Betul maksudnya itu Erwin...cumanya di Malaysia Institusi DiRaja diiktirafkan pemerintah dan rakyat tapi Indonesia gimana pula...? Tujuan ditulis agar rakyat dan pemerintah Malaysia sentiasa menghargai Institusi diRaja.
about an hour ago · Like · 1
Erwin Agus Pengelana Indonesia menganut sistem Presiden sebagai Kepala Negara dan Kepala Pemerintahan yang dibantu tugasnya oleh seorang Wakil Presiden dan beberapa Pembantu Presiden (Kementrian) atas pilihan rakyat, dan setiap penduduk (warga negara/orang yang telah lama tinggal di Indonesia/Pribumi asli) mempunyai kedudukan yang sama dimata hukum dan setiap penduduk berhak mencalonkan diri menjadi Presiden dan Wapres dengan memenuhi ketentuan-ketentuan yang diatur dalam perundang-undangan......Pilpres = Pemilihan Presiden-Wapres yang diadakan 5 tahun sekali, atas dasar Pilpres inilah (proses demokrasi Pancasila), seorang Presiden memiliki hak penuh sebagai Kepala Negara sehingga berhak pula menjalankan roda pemerintahannya selama periode (masa bhaktinya).......
about an hour ago · Unlike · 1
Erwin Agus Pengelana dan apabila seseorang Presiden mengingkari janji dan sumpah jabatan, maka selaku presiden bertanggung jawab pada Majelis Permusyawatan Rakyat (MPR), yang mana MPR ini adalah suatu lembaga tertinggi negara sebagai pelaksana dari pemegang kedaulatan tertinggi (rakyat).........
about an hour ago · Unlike · 1
Rabeah Mohd Ali Jadinya...apa yang ditulis oleh saya di atas...gimana pula...ada persamaan tak di Indonesia?
about an hour ago · Like · 1
Erwin Agus Pengelana ada....hanya bentuknya berbeda....bila tulisan diatas itu adalah berbicara tentang seorang raja yang kedudukannya dapat diwarisi oleh anak kandungnya (putra mahkota) secara silsilah kerajaan, sedang sistem di Indonesia tidak terwarisi secara kedarahan (silsilah keluarga)......kesamaannya : seorang raja dan seorang presiden adalah kedudukan sebagai Kepala Negara.....perbedaannya : dalam bentuk kerajaan yang menjalankan roda kepemerintahan adalah seorang Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat, sedang dalam sistem republik seorang kepala negara yang syah (memenangkan pilpres da sudah dilantik oleh MPR) berhak pula menjalankan roda pemerintahan selama kurun waktu 5 (lima) tahun masa jabatannya.......salam damai dalam persahabatan......
59 minutes ago · Unlike · 1
Laksamana Mas Kepada Raja yang bijak, salam hormat ku kepada Paduka,.....
51 minutes ago · Unlike · 2
Rabeah Mohd Ali Salam damai juga untuk kedua rakan seperjuangan yang dihormati lagi disanjungi di benua sana...moga negaramu kekal aman merdeka semerdeka negaraku yang mengiktirafkan sistem diRaja bersilsilah.Aamin
RAJA RAKYAT PEMERINTAH 3 SERANGKAI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN SAMPAI KAPAN PUN! DUNIA PASTI AKAN TERSENYUM BANGGA!
43 minutes ago · Like · 1
(PETIKAN DARIPADA GROUP KERAGAMAN BUDAYA LELUHUR INDONESIA)
23 Mac 2012
Like · · Unfollow Post
PrabuSri Narayana KusumaKuningan likes this.
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
31 Ogos 2012 - Ratu Rimba Niagara Zainz Zennal Rasman Mak ai tengelam d bueknyo.
Sajak puisi panjang berjila..sapo nak baco laie... - Ratu Rimba Niagara KEPAHLAWANAN MELAYU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH
PULAU RUPAT INDAH PERMAI
SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
PENDEKAR TAK MATI DITENGAH GELANGGANG
By: Zairi Erie
Like · · Share · March 30 at 5:24pm
Ratu Rimba Niagara:
MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!
Aku anak melayu...
Engkau anak melayu
Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
Beradu kepahlawanan melayu
Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...
Engkau janganlah bersandiwara...
Engkau kata engkau anak melayu
Apa bukti engkau sokong melayu?
Ada anak bangsa engkau
Yang engkau bela?
Bilang sama aku?
Mana buktinya?
Aku pantang orang pandai berkata-kata
Tapi tak mahu buktikan!!!!
Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
Engkau yang patut buktikan...
Engkau yang ada kuasa
Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
Dengan kuasa yang engkau ada
Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!
Ciss bedebah engkau...!!!
Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!
Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
Apa engkau tak rasa bersalah?
Kerna engkau tak rasa bersalah ....
Marilah kita bertarung tenaga....
Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...
Ciss anak melayu pantang dicabar!!
Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!
PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.
KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Ogos 2012 - Ratu Rimba Niagara MOGA SAMPAI KE MATLAMAT
Bergantung kepada niat yang suci murni keranaNya
bukan untuk mengejar
habuan dunia
mendapat kuasa
mencipta nama
membagga diri
jika ditakdirkan berkuasa semuanya keranaNya
menabur budi bukan untuk mendapat sanjungan manusia
kerana semata ibadah
suci ikhlas keranaNya
barulah akan rasa satu roh perjuangan
yang tak pernah kenal erti
jemu
penat
putus asa
biarpun cabaran datang bagaikan tsunami
tetap kukuh berdiri
meneruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir!
moga dengan izinNya sampai ke matlamat yang hendak dituju
mempertabatkan budaya bangsa melayu dan Kesultanan
Melayu di muka bumi ini Aamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012
13 hours ago · Like
Bendahara Alam Warisan ntah...ni apo tujuan eh den pun tak paham...
13 hours ago · Like · 1 - Ratu Rimba Niagara SEBELUM BERANGKAT PULANG KE SYURGA REALITI
Melayu penuh sopan santun beradat
Berkata seolah mahu mati esoknya
Berbudi seolah mahu hidup seribu tahun lagi
Generasi disayangi
Kerabat dikasihi
Serumpun Senusantara
Indahnya sebuah kehidupan
Tanpa hasad dan iri di hati
Semuanya mencari jalan-jalan pulang
Ke negeri abadi
Yang sentiasa menanti
Berjumpa Tuhan dengan hati yang tenang
Berkat tika hidup bersangka baik denganNya
Redha akan KetentuanNya
Sentiasa mahukan hidup di dunia bagaikan Syurga
Sebelum berangkat pulang ke Syurga realiti
Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012
Drpd. Karaton Nusantara dengan izin YTM Sri Pemangku Adat bahawa;
PUTERA SAWERIGADING - NENEK MOYANG YANG DIGAMBARKAN HANYA LUKISANUnlike · · Unfollow Post · Share · July 24 at 10:05am- You, Sri Pemangku Adat and 3 others like this.
- Sri Pemangku Adat Drpd. Karaton Nusantara kami PERCAYA berdasarkan Naskah Lontar Bugis (di Malaysia) bahawa NEGARA KAYANGAN pernah WUJUD suatu masa dahulu TETAPI selepas kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAWS kami percaya negara kayangan telah runtuh dan pintu langit negara kayangan telah tertutup, ini berarti kami percaya kisah ini sebelum kelahiran Utusan Allah ini, amin ya allah.
- Sri Pemangku Adat Drpd. Karaton Nusantara ia adalah TOMBAK BERMATA DUA yang menjadi simbol kuasa sebagai Putera Raja Kayangan, amin ya allah.
- Ratu Rimba Niagara BARANGKALI INILAH WAJAH MOYANG HAMBA ADAM NAMANYA MENYANDANG JAWATAN SEBAGAI HULUBALANG RAJA BUGIS DIPANGGIL JUGA DENGAN GELARAN ANDIKA GURU, "KETENTUAN-NYA MENDAHULUI TINTAKU' HANYA DIA YANG TAHU.
- Sri Pemangku Adat drpd. Karaton Nusantara, dari yang kurang tahu kepada yang lebih tahu, kerana kita semua belajar dan mengajar apa yang kita tahu, supaya SIMPANAN GEDUNG ILMU ADAT BUDAYA ini dapat berlanjutan kekal zaman berzaman, amin ya allah.
- Ratu Rimba Niagara ALAM SYURGA ADALAH REALITI
ALAM KAYANGAN TIADA YANG MUSTAHIL JIKA ALLAH KATA KUN FAYAKUN WUJUDNYA . SEMUA BISA WUJUD JIKA ALLAH KEHENDAKI. CONTOHNYA KISAH-KISAH KAYANGAN YANG HAMBA TULIS CUMA IMAGINASI SAJA TAPI DIKATAKAN MEMANG KISAH BENAR...SUBHANALLAH HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU. - Ratu Rimba Niagara PENDEKAR MELAYU TAK MUDAH MENGAKU KALAH
Melayu hina melayu,
Takkan kubiarkan;
Kerana aku jiwa melayu,
Kusahut segala cabaran.
Melayu sentiasa hidup,
Takkan kubiarkan diinjak-injak;
Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
Makanya bangsaku mestinya bijak.
Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.
Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.
Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan undur.
Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerana pendekar melayu tak takut mati.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
9 Ogos 2012
20 Ramadan 1433H
(DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012) - Ratu Rimba Niagara AKU BERJUANG DI LUAR GELANGGANG
Tika aku terlantar parah begini...
Mana pergi anak-anak muridku...
Yang mengaku akan menuntut bela
Darahku yang jatuh ke bumi
Walaupun setetes!
Ini bukan setetes...
Tubuhku dipenuhi darah....
Sesuka hati mereka
Menetak ...menghentak
Memukul ...menyepak terajangku
Bukan aku tidak boleh melawan mereka
Mereka terlalu ramai
Kalau benar mereka anak jantan
Kenapa tidak satu lawan satu?
Biarpun begitu pantang
Anak jantan lari di medan juang
Biarpun mereka ramai
Aku seorang
Aku kerahkan segala tenaga kejantananku
Hingga tak kuhiraukan
Darahku merecik sana sini
Lagi kuat hayunan parangnya
Lagi kuat hayunan
Sepak terajangku
Karena mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
Aku tidak bersenjata
Karena
Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
Karena aku percaya
Tuhan Mahu Mengujiku
Karena adalah suratan takdirku
Aku terima dengan redho
Cuma jika dipanggil Ilahi
Adakah anak-anak jantan melayu
Di luar sana masih membisu dan kaku
Aku tidak minta ditebus kematianku
Tapi jagalah bangsa melayuku
Agar tidak menerima nasib sepertiku
Diserang hendap tanpa dugaku
Dan pantang aku
Bangsa aku ditindas dan tertindas
Tanpa sebab musabab....
Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
Makanya bangsaku
Kalau melayu tak sokong melayu
Siapa lagi?
Pahlawanku yang teraniaya...
Sabarlah...
Tuhan bersamamu tika ini
Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
Andai kau dijemput Ilahi...
Syurga menantimu
Insya-Allah Aamin
Karya : Putri Rimba Niagara
24 April 2012
(DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012) - Ratu Rimba Niagara PUISI PAHLAWANKU
Pahlawanku…
Kau gagah perkasa
mempertahankan negaramu
tanpa jemu…
Rela bermandikan darah…! Dihujani peluru!
Pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru
demi keamanan negara dan generasimu.
Kau juga menyumbang kepada
keamanan dunia!
Jasamu sentiasa di hatiku
di pusaramu nanti kukalungkan
bunga-bunga cinta perjuangan
kubertafakur mendoakan
rohmu mendapat ganjaran Syurga!
Amin Ya Rabbal A’ Lamin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
26 Ogos 2012
9 Syawal 1433H - Ratu Rimba Niagara PUISI PERWIRAKU
Duhai perwiraku…
Perjuanganmu aku kagumi,
moga semangat dan perjuanganmu
takkan pernah luntur…
Biarpun tsunami datang membadai!
Biarpun nyawa jadi taruhan!
Kerana dirimu adalah penyambung WARISAN,
namamu akan terpahat di hati WARISAN,
generasi kini dan akan datang.
Selagi ada bulan dan matahari
namamu tetap gah!
Perjuanganmu tetap megah!
Karya: Ratu Rimba Niagara
26 OGOS 2012
9 Syawal 1433H - Ratu Rimba Niagara APABILA TAKDIR MENGATASI SEGALA-NYA
Duhai Pendekar Temasek...
Pendekar melayu yang disanjungi
Sejarah tetap sejarah
Sejarah tak boleh nak diubah
Tapi apabila takdir mengatasi segala-Nya
Sejarah boleh berubah dengan izin-Nya
Makanya siapkan strategi rapatkan barisan
Apabila semboyan kepahlawanan melayu telah berbunyi
Bertindak bukan mahu menunjukkan kekuatan
Tapi menggunakan kebijaksanaan akal untuk bertindak
Tanpa berlaku persengketaan atau pertumpahan darah
Seperti menarik rambut dalam tepung
Sebagaimana yang dilakukan oleh
Tunku Abdul Rahman tika mendapatkan kemerdekaan Malaysia
Singapura adalah takdir bukan milik Malaysia lagi
Mana tahu berkat kesepaduan kepahlawanan melayu
Di Singapura kerajaan Singapura berjaya diperintah
Oleh Pewaris Raja berkat sokongan daripada pahlawan
Rumpun Melayu Nusantara...
Insya-Allah Ammin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
3 Ogos 2012
14 Ramadan 1433H
(DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
8 Ogos 2012
19 Ramadan 1433H - Ratu Rimba Niagara JAGAILAH WARISAN MOYANGMU
Tak akan sumbang langkah kakimu,
Kerna kepahlawananmu sudah terbilang;
Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilang.
Tenaga sikit bisa menang,
Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
Biar berputih mata jangan berputih tulang,
Bersatu hatilah demi perjuangan.
Melayu tak mudah layu,
Jangan iri sesama melayu;
Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.
Dari pagi hingga ke petang,
Mencari ilmu dibawa pulang;
Berkorban demi generasi mendatang,
Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.
Moyang kita selalu berpesan,
Sesama melayu seperti ikatan lidi;
Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.
Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
Agar tak tersilap di kesani musuh ;
Pantang pahlawan melayu bermusuh,
Musuh dalam selimut itu yang susah.
Duri dalam daging.
Api dalam sekam;
Ada masalah kita berunding,
Menjadi indah tidak terakam.
Melayu jangan suka membanding.
Di depan manis di belakang menikam;
Melayu sedarah sedaging,
Sakit melayu semua mencengkam.
Tiada masa untuk menunggu,
Pada yang leka teruslah leka;
Perjuangan jangan mudah terganggu,
Masa berlalu pergi tak menunggu kita.
Jangan hari ini semangat besok dah layu,
Jiwa perjuangan tak pernah layu;
Makanya bangunlah bangsa melayuku,
Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.
Sudah jauh perjalanan melayu,
Bangunlah demi anak bangsa;
Saling sokong menyokong demi melayu,
Agar terbinanya budaya bangsa.
Putra putriku kau pewaris bangsa,
Usia kami beransur senja kini,
Kelemahan kodrat kian terasa,
Kalianlah sandarkan harapan kami.
Ketiadaan kami jangan ditangisi,
Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
Kalian sentiasa kami sayangi,
Dalam doamu kenangilah kami.
Moyang mu ingin berpesan.
Kami tinggalkan warisan bangsa ;
Untuk kalian teruskan perjuangan,
Agar berkekalan sepanjang masa.
Hargailah peninggalan moyangmu ini,
Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.
Senyuman anak cucu,
Kebahagian moyangmu;
Jagailah warisan moyangmu,
Itulah lambang cinta yang berpadu.
Karya Putri Rimba
5 April 2012
Yesterday at 10:57pm · Like
KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:
SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.
SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI.
DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:
KERABAT DIRAJA MALAYSIA
KERABAT DIRAJA INDONESIA
PEMIMPIN MALAYSIA
PEMERINTAH INDONESIA
RAKYAT MALAYSIA
RAKYAT INDONESIA
BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
PENCINTA BAHASA MELAYU
PENCINTA SASTRA MELAYU
PENCINTA SASTERAKU DUNIAKU
WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA
RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN
UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...
MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.
SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA
7 Ogos 2012
18 Ramadan 1433H
(DISIARKAN KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ 31 OGOS 2012) - Ratu Rimba Niagara RAKYAT DI LUAR SANA MENANTIKAN KEJAYAANMU!
Duhai...pahlawanku...
Jangan mudah berputus asa dalam perjuanganmu
Aku di sini sentiasa menyokongmu
Ayuh teruskan perjuanganmu
Rakyat di luar sana menantikan kejayaanmu
Terus.....!!!Terus....!!! Teruskan langkah kepahlawananmu
Kerana kejayaan sedang menantimu...
Kejayaanmu adalah untuk Rakyat, Raja & Negara Mu Tercinta!
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H - Ratu Rimba Niagara SEABADI KASIH SAYANGMU PADA KAMI
BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Selamat Hari Pahlawan
Kepada Semua Pahlawan
Yang sentiasa disanjungi sepenuh hati sepenuh jiwa
Kumengagumimu dari dulu hingga kini
Kau sentiasa di hatiku
Jasamu pada ibu pertiwi
Kusanjung tinggi
Tanpamu siapalah kami
Kau rela mempertaruhkan nyawamu
Demi ibu pertiwi
Demi anak bangsa
Jasa baktimu tak akan kami lupakan
Kau sentiasa bersiap siaga
Bila-bila masa
Tak kira masa
Tak kira di mana
Apabila semboyan ibu pertiwi berbunyi
Kau terus mara ke medan juang
Tanpa menghiraukan
Nyawamu di ambang maut
Itu tak akan kau hiraukan
Dan tak akan kau undur biarpun setapak
Kau dihujani peluru
Bermandikan darah
Darah...darah...darah...
Pekat...pekat...pekat...
Kau masih bersemangat
Sebelum nafas terakhir
Kau masih sempat
Melepaskan das tembakan
Kena tepat ke jantung musuh durjana
Dan kau tersenyum dalam
Pelukan senjata yang berjasa padamu
Dan kau sempat tersenyum
Sambil melafazkan
Kucinta-Mu Tuhan
Kusayangmu ibu pertiwi
Kusayangmu anak bangsa
Kematianku ini adalah tanda kusayang semua kerana-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Pahlawanku...
Mengenangkan jasamu itu
Kami seluruh rakyat Malaysia
Tidak akan melupakan
Jasa bakti semua pahlawan di Malaysia
Samada yang telah tiada atau masih ada
Kepada yang tiada
Kami kirimkan sejambak doa
Agar kau tenang di Syurga
Dikelilingi bidadari Syurga
Rezeki tak putus-putus dari-Nya
Kerana kau mati dikira
Pejuang fisabilillah Insya-Allah Aamiin
Kepada pahlawan yang masih ada
Teruskanlah perjuangan sucimu
Kami sentiasa memberi sokongan
Yang tidak berbelah bahagi
Kerana tanpamu pahlawanku
Siapalah kami
Tak mungkin kami akan merasa
Nikmat kedamaian Malaysia
Yang kini pesat membangun
Dalam pembangunan era abad ke-21
Yang Cemerlang Gemilang Terbilang
Dalam keadaan
Aman damai tenteram
Semuanya kerana jasa baktimu
Semua pahlawan di Malaysia
Malaysiaku maju
Malaysiaku aman
Semuanya keranamu pahlawanku
Semuanya dengan izin-Nya jua
Makanya kami bersyukur kepada-Nya
Kami ucapkan sekalung terima kasih
Kepada semua pahlawan di Malaysia
Sebagaimana kamu sayang kami
Begitulah kami sayang kamu
Abadi seabadi kasih dan sayangmu pada kami
JASA DAN BAKTIMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI
'SELAMAT HARI PAHLAWAN'
Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
31 Julai 2012 M
11 Ramadan 1433 H
Unlike · · 23 hours ago ·
You, Sri Prabu Bumi Kusuma, Adel Fadel and Ahmad Tajuddin like this.
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA )
31 Julai 2012
11 Ramadan 1433H - Ratu Rimba Niagara GAGAH SETIA
Kau pahlawan Allah
Kau pahlawanku
Kau pahlawan semua
Kau pahlawan rakyat 1Malaysia
Kau pahlawan yang gagah perkasa
Kau pahlawan yang setia
Kau rela korbankan dirimu
Demi mempertahankan ibu pertiwi
Kami hargai
Kami sanjungi
Kami berbangga punyai pahlawan
Sepertimu
yang gagah
yang setia
kepada agama bangsa dan negara
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Jasamu pahlawan
Kan kami letak di taman hati
Taman hati berbunga kebangsaan negara
Bunga Raya
Yang berkelopak Lima:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
Dengan segala prinsip rukun negara itulah
Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi
Moga Malaysia
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
Berkat kesetiaan gagah perkasa
Semua pahlawan negara
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
Syukur kami pada-Mu Tuhan
Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
Yang berjasa pada ibu pertiwi
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Julai 2012
11 Ramadan 1433H
(DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
PADA 31 Julai 2012) - Ratu Rimba Niagara AKU ASKAR MELAYU SEDIA BERBAKTI PADA IBU PERTIWIKU!
Ahmad Tajuddin budak baik,
Anak soleh mendengar kata;
Berjiwa penyayang hatinya baik,
Bila dewasa tampannya tak terkata.
Aku anak melayu,
Kerja askar melayu;
Di tanah melayu;
Pembela bangsa melayu.
Melayu hina melayu,
Takkan kubiarkan;
Kerana aku jiwa melayu,
Kusahut segala cabaran.
Melayu sentiasa hidup,
Takkan kubiarkan diinjak-injak;
Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
Makanya bangsaku mestinya bijak.
Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.
Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.
Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan mundur.
Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerana pendekar melayu tak takut mati.
KARYA : RATU RIMBA NIAGARA
31 Ogos 2012 - Ratu Rimba Niagara KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!
Keris menjadi saksi bisu
hebatnya pertempuran mu duhai keris
kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
kau sentiasa di hatiku
kan ku perjuangkan kepahlawananmu
hingga ke titisan darah terakhir
biarpun nyawaku jadi taruhan
agar kau mengerti
yang aku cintakan mu
selagi nafas ku ada
lambang cinta
lambang setiaku
padamu keris....
yang tak pernah jemu
mencintaimu
untuk mempertabatkanmu
agar dicintai juga anak bangsa
sejak zaman berzaman
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012 - Ratu Rimba Niagara AKU ASKAR MELAYU
Aku orang melayu
Kerja askar melayu
Di Tanah Melayu
Tak akan ada
Seorang pun
Yang boleh
Menggugat
Penderiaanku
Darahku
Jiwaku
Jiwa melayu
Jasadku kepunyaan Allah
Rohku dalam genggaman Allah
Demi-Nya
Demi bangsaku
Demi negaraku
Kurela
Nyawaku jadi taruhan
Di setiap penjuru
Setiap masa
Sentiasa bersiap siaga
Bila-bila masa
Berbakti di medan juang!
Tak akan berundur biarpun seinci
Biarpun peluru menembusi seluruh tubuhku
Aku relakan
Demi-Nya
Demi anak bangsa
Demi pertiwi
Biarpun dihujani peluru
Biarpun bermandikan darah
Biarpun bumi 1Malaysia ini menjadi lautan darah
Kami askar melayu relakan
Asalkan rakyat 1Malaysia aman damai
Daripada ancaman musuh
Agar kemerdekaan negara kami
Kekal merdeka selagi ada bulan dan matahari!
Duhai anak cucuku...
Moyangmu
Askar melayu
Menyayangimu
Sepenuh jiwa dan raga
Rela pertaruhkan nyawa demi
Negara ini agar dapat kalian
Teruskan dan jayakan
Dan kekalkanlah kemerdekaan negara tercinta ini
Agar dapat diwariskan
Dari generasi ke satu generasi
Di tugu moyangmu nanti
Kalungkanlah bunga-bunga cinta pertiwi pada moyangmu
Tanda ingatan kalian pada moyangmu
Jangan lupa doakan kesejahteraan roh moyangmu
Agar tenang setenang air di kali Syurga
Moyangmu...
Ahmad Tajuddin
Dan seluruh rakan moyangmu
Orang Melayu
Askar Melayu
Di Tanah Melayu
Di bumi 1Malaysia tercinta!
Karya Putri Rimba Niagara
29 Julai 2012
9 Ramadhan 1433H
(KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA) - Ratu Rimba Niagara INILAH SUMPAHKU!
Akulah askar melayu RAMD
Tak akan gentar
Tak akan undur biarpun setapak
Demi agama bangsa dan negara
Akan kupertahankan
Hingga ke titisan darah terakhir!
Inilah sumpahku!
Pada anak bangsaku!
Karya Putri Rimba.
29 Julai 2012
9 Ramadan 1433H
13 hours ago · Like
KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA 31 Julai 2012 MERAIKAN HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA)
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2012 / INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
4 Ogos 2012
15 Ramadan 1433H - Ratu Rimba Niagara Selamat Hari Pahlawan .. moga ceria selalu .. nah lagu pembakar semangat .. semoga terhibur
http://www.youtube.com/watch?v=9XOphn3RyLc&feature=related
Pahlawan Ku
www.youtube.com
Pahlawan Ku.....untuk pembakar semangat juangmu di medan perang!
Ahmad Tajuddin ~ Terima kasih! Demi untuk keamanan semua yang tercinta !
Ahmad Tajuddin ~ makasih smue! slmt hari raya buat smue trutama rakan seperjuangan yg beraya di perbatasan negara..soldier on!! we salute!!
(PETIKAN DARIPADA WALL AHMAD TAJUDDIN)
4 Ogos 2012
Pahlawan Ku
www.youtube.com
Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan..
23 hours ago ·
WARISAN
Abdul Jamal Abdul Azid http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=A-EgGGZjZno
sudirman:warisan
www.youtube.com
Warisan Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cita cita Bercambah menjadi warisan ( korus ) Andai ku terbuang tak diterima And...
Thursday at 6:49pm · Unlike · 1
Putri Rimba Niagara:
DJ memahami jiwa pendengar biar pun tak kira pendengar berada di mana jua pun....biarpun berada...nun......di Rimba Niagara....
Thursday at 6:52pm · Like · 1
sudirman:warisan
www.youtube.com
Warisan Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cit...
See More
22 hours ago ·
SEMARAKLAH BUNGA-BUNGA CINTA IBU PERTIWI NEGARAKU NEGARAMU!
Senyumlah
Andai kau terbaca coretan ini dari permulaannya
Aku benar-benar harap matamu tetap setia merenung coretan ini
Ianya bukan hanya rekaan semata-mata
Tapi tanda kusayang negaraku negaramu
Indonesia & Malaysia
Dua negara berjiran yang akrab
Abadi jalinan ukhuwah kasih kerana-Nya
INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:
PUTRI RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
2 OGOS 2012
13 Ramadan 1433H
(PUISI-PUISI KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA BERTEMAKAN PATRIOTIK MALAYSIA/INDONESIA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN
INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 & MALAYSIA 31 OGOS 2012)
MOGA DENGAN TERSIARNYA PUISI-PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA DAPAT MENYATUKAN JALINAN UKHUWAH KASIH TALISIRATURRAHIMI ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA DUA NEGARA BERJIRAN YANG SALING BEKERJASAMA SENADA SEIRAMA ABADI SELAMANYA DEMI SEBUAH SENYUMAN ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA)
2 Ogos 2012
13 Ramadan 1433H
KARYA-KARYA YANG DISIARKAN OLEH PUTRI RIMBA NIAGARA
KARYA PUISI-PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA DISIARKAN DI SEMUA GRUP YANG DISERTAI OLEH PUTRI RIMBA NIAGARA:
1) PUISI ILAHI
2) MELAYU ISLAM BERSATU
3) BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA BRUNEI
4) MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA
5) DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
6) MEMBACA KARYA PN
7) PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
MASYARAKAT ADAT MATARAM
9) KOMUNTIAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
10) KOMUNITAS ADAT KERATON INDONESIA
11) SASTRA MATARAM
12) KESULTANAN MATARAM
14) KESULTANAN INDRAPUTRA
15) LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG
16) MELA AYU RADIO ONLINE
17) OMBAK RINDU
18) OMBAK RINDU2
19) CERIA ZFM
20) SSLfm
21) PUISI LOVERS
DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH
WARNA WARNI DIRAJA KELATE
KEDATUN KRATON WAHYU UTAMA
KESULTANAN MATARAM
KESULTANAN INDRAPUTRA
YM TENGKU SYAWAL TENGKU AZIZ
SEMUA RAJA-RAJA DI MALAYSIA
SEMUA RAJA-RAJA DI INDONESIA
SEMUA PEMIMPIN MALAYSIA
SEMUA PEMERINTAH INDONESIA
SEMUA RAKYAT MALAYSIA
SEMUA RAKYAT INDONESIA
SEMUA TEMAN FB YANG DIKASIHI NADI SASTERAKU
SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI MALAYSIA
SEMUA PENCINTA SASTRA MELAYU DI INDONESIA
SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI SELURUH DUNIA
PEMBACA SETIA SASTERAKU DUNIAKU
SEKALUNG BUDI KEPADA YANG SUDI MEMBACA KARYA HAMBA DAN SUDI
MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN KEPADA KARYA HAMBA TANPA JEMU
HANYA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALAS-NYA. DOAKAN MOGA
HAMBA DAPAT MENULIS SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA.
'AKU BUKANLAH SIAPA-SIAPA YANG PANDAI UNTUK MENULIS PUISI
TAPI DENGAN IZIN-NYA AKU MENULIS PUISI TENTANG KASIH SAYANG
PADA SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI DEMI-NYA'
SEKALUNG JUTAAN TERIMA KASIH DARIPADA:
PUTRI RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/ INDONESIA
2 Ogos 2012
13 Ramadhan 1433H
(PUISI-PUISI BERTEMAKAN PATRIOTIK DI SIARKAN BERSEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 &
MALAYSIA 31 OGOS 2012)
Pahlawan Ku
www.youtube.com
Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan..Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan.. - Ratu Rimba Niagara Bendahara Alam Warisan,
Baca janganlah sampai bosan;
Inilah puisi pantun syair yang dikarangkan,
Menyahut cabaran Revolusi Tanjak Warisan.
Drpd. Karaton Nusantara dengan izin YTM Tuan Sri Pemangku Adat bahawa;
SANG PEMANGKU ADAT (dahulu dikenali sebagai raja-raja kecil jajahan, penasihat-penasihat diraja) menjalankan suatu bakti pekerjaan tanpa diberi upah atau menerima imbuhan atau apa-apa balasan. Berkhidmat sebagai tanda taat setia, sedia berkorban dan berganding bahu kepada pemerintah. Mereka amat banyak berjasa seperti membina istana, kubu perang, jalan, saliran, membina pasukan askar, mendapat bekalan makanan, bahkan membantu memungut cukai untuk pemerintah, semuanya dilakukan keranaa TAAT SETIA kepada Raja-Raja, Maharaja atau Sultan yang mereka perakui, bahkan jasa bakti dan taat setia mereka yang tidak didendang atau dimasyhurkan atau diperingati bahkan tiada tercatat dalam mana-mana Pustaka DiRaja TETAPI SEDARLAH, SEKALIAN ANAK CUCU akan jasa bakti dan pengorbanan mereka. Oleh yang demikian, maka kita sebagai waris-waris pusaka yang terbilang dan terhormat ini, bersama CINTAILAH ADAT BUDAYA NUSANTARA ini.Unlike · · Unfollow Post · Share · July 25 at 1:12am- You, Sri Pemangku Adat and 2 others like this.
- Sri Pemangku Adat drpd. Karaton Nusantara dengan izin YTM Sri Pemangku Adat bahawa setelah dikaji selidik memgikut fakta sejarah jelas KESEMUA iaitu Raja, Maharaja atau Sultan dalam semua Negeri-Negeri ini adalah terlibat dalam suaka keturunan Bugis iaitu Wangsa Sawerigading, amin ya allah.
- Ratu Rimba Niagara SEMASA DIBERI PELUANG HIDUP SAMA-SAMALAH KITA SALING MENABUR JASA AGAR MATI NANTI SUDI DIKIRIMI DOA OLEH ANAK CUCU KITA KERANA KITA MEWARISKAN ADAT BUDAYA NUSANTARA KEPADA MEREKA JIKA TIDAK DENGAN PENGORBANAN KITA PASTI AKAN PUPUS DITELAN ZAMAN DAN PASTILAH ANAK CUCU AKAN MENYALAHKAN KITA SEBAGAI MOYANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. JANGANLAH SAMPAI JADI BEGITU.
- Ratu Rimba Niagara PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA
Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tecinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.
Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
Kepentingan rakyat amat dirasai;
Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
Sejak generasi dahulu hingga kini.
DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
Budi disemai Allah berkati,
Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
Kebajikan rakyat amat diutamakan;
Bertuah sungguh rakyat Pahang,
Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.
Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.
Sultan Mizan kesayangan rakyat,
Rakyat Terengganu amat bersyukur;
Punyai Raja yang pentingkan rakyat,
Raja dan rakyat sentiasa rasa bersyukur.
Sultan Kedah amat dihormati,
Menabur budi tidak terhingga;
Ke mana pergi rakyat mentaati,
Rakyat Kedah amat berbangga.
Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
Kepentingan rakyat amat dijaga;
Masalah rakyat diberi perhatian,
Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat berkerjasama.
Karya: Ratu Rimba Niagara
29 Ogos 2012
(BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012)
· - Ratu Rimba Niagara REVOLUSI BERTANJAK
Revolusi bertanjak
Raja bertanjak
Pemimpin bertanjak
Tak akan berlaku revolusi
jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak
Suka tak suka
akan berlaku revolusi
jika sekiranya
seluruh rakyat bertanjak
dan memahkotakan
tanjak yang terbaik
bertahtakan
kekuasaan rakyat memilih
siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
dan memartabatkan Raja
untuk mengukuhkan lagi
sesebuah negara
yang sentiasa mengutamakan rakyat
daripada kepentingan sendiri
kerana kekuasaan rakyat
sentiasa dijunjung pada
tanjak anugerah rakyat
untuk pemimpin dan Raja
itulah revolusi yang sebenarnya!
jika itu terealiti
makanya
antara rakyat pemerintah dan Raja
berpisah tiada
kerana senada seirama
memajukan negara
dalam suasana
aman harmoni
tanpa
mengundang
ketidakadilan
dalam memegang tampuk kekuasaan
kekuasaan adalah milik semua
dan semua berhak
untuk hidup dalam
negara sendiri yang merdeka!
Revolusilah rakyat
Revolusilah pemerintah
Revolusilah Raja
Revolusilah negara
Barulah negaraku akan terus merdeka
Dalam ertikata yang sebenarnya
Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Ogos 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 & MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI DIRAJA DAN SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN NUSANTARA) - Ratu Rimba Niagara TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!
Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
di serata pelosok bumi Malaysia
Biarpun kumengerti menempuh gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!
Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
“Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
Untuk anak cucu kita menumpang teduh!
Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
Akan kuingat pesananmu itu!
Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!
Demi cintaku pada Malaysia
akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
Biarpun ke titisan darah terakhir!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Karya : Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2007
(Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tercinta Yang Ke-55
Pada 31 Ogos 2012)
HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!
Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.
Salam Kemerdekaan dariku untukmu
dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .
"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Ogos 2012
(SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012) - Ratu Rimba Niagara SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2011
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA KE -55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012) - Ratu Rimba Niagara MARHABAN YA RAMADAN UNTUK SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
Patik dari Rimba Niagara
dan wakil dari seluruh penghuni rimba niagara
mengucapkan selamat menyambut
Ya Marhaban Ya Ramadhan
moga semua amalan ibadah Tuanku dan seluruh rakyat Malaysia...
diterima Allah Azzawajallah Aamiin
Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
patik mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kerana
di sepanjang Tuanku Memerintah Malaysia...
rakyat Malaysia hidup dalam aman dan damai
dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah Azzawajallah
di bumi bertuah Malaysia dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama kepada rakyat Malaysia membuatkan setiap rakyat Malaysia rasa dihargai dalam
penuh kesyukuran kerana diKurniakan Allah SWT seorang Raja yang taat kepada Allah SWT dan amat utamakan kepentingan rakyat baginda.
Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati...
Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan sayang
kepada rakyat Malaysia menjadi idola kepada semua Raja-Raja Melayu yang ada di Seluruh Rumpun Melayu Nusantara.
Moga Rahmat dan Kasih Allah Robbul Idzati
DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia.
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
Rabeah Mohd Ali
Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
Malaysia/Indonesia.
22 Ramadan 1433H
11 Ogos 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
24 Ramadhan 1433H
13 Ogos 2012 - Ratu Rimba Niagara PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XIV SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
Sekalung tahniah di atas pertabalan,
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Yang di-Pertuan Agong;
Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.
Masalah rakyat masalah baginda juga,
Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
Berat sungguh hendak melepaskan,
Kerana negara dilepaskan juga;
Sultan Kedah yang budiman,
Moga 1Malaysia sentiasa sentosa.
Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
Rakyat sentiasa berterima kasih,
Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
Agong kami Raja yang penyayang,
Sayangkan rakyat sayangkan negara;
Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
Saling bantu membantu demi negara tercinta.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Sehati sejiwa mempertahankan negara;
Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Disember 2011
(Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah) - Ratu Rimba Niagara RAKYAT KELANTAN AMAT SANJUNGI
Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan amat sanjungi,
Raja dan rakyat saling bekerjasama.
RATU RIMBA NIAGARA
6 Ogos 2012
17 Ramadan 1433H
BALASLAH KASIH SAYANGNYA DENGAN RAHMAT KASIH-MU
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan
Seorang hamba yang benar zuhud
Mengutamakan rakyat lebih daripada
Kepentingan sendiri
Segala masalah rakyat ingin dibantu
Sedaya mampu
Masalah rakyat masalah baginda juga
Hari-hari yang difikirkan
Rakyat...rakyat...rakyat...
Hidup baginda sepi tanpa rakyat
Kasih sayang baginda pada rakyat
Tidak berbelah bahagi
Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
Hinggakan rakyat tidak merasakan
Yang berada di sisi mereka seorang raja
Yang berkuasa memerintah seluruh negeri Kelantan
Namun apabila berbicara dengan baginda
Masih menjaga adap
Berbicara bahasa istana penuh sopan
Hinggakan seluruh rakyat Kelantan
Berasa amat terharu dengan
Sikap rendah diri raja mereka
Pada baginda
Apalah ertinya pangkat
Jika pangkat itu tidak memberi
Apa makna kepada rakyat
Dan baginda amat takut
Apabila tanggungjawabnya
Sebagai seorang raja akan
Dipertanggungjawabkan
Di akhirat kelak
Apa yang hendak
Dijawabkan nanti jika
Baginda lalai dengan tanggungjawabnya
Pada rakyat Kelantan
Ya Allah...
Kau Maha Penyayang
Kau Maha Memahami Isi Hati
Kau pandanglah kasih sayang raja kami ini
Kau balaslah kasih sayangnya pada kami
Dengan rahmat kasih-Mu
Dan balaskanlah dengan balasan Syurga
Dan kami jua mahu bersamanya
Menikmati Syurga-Mu
Penuh kasih sayang
Berkat ikhlasnya hidup berkasih sayang
Kerana-Mu tika di dunia
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 April 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL & KHAI NOOR & PUTRI RIMBA NIAGARA)
8 Mei 2012
(DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
6 Ogos 2012
17 Ramadan 1433H
Drpd. Karaton Nusantara dengan izin YTM Sri Pemangku Adat bahawa;
KEBUDAYAAN ITU TIDAK TERBATAS UNTUK SATU WANGSA MELAINKAN JIKA IA HANYA UNTUK DIKONGSI BERSAMA-SAMA (Gambar sekadar informasi sahaja)Like · · Follow Post · Share · July 25 at 12:31pm- Sri Pemangku Adat likes this.
- Sri Pemangku Adat drpd. Karaton Nusantara
DEMI KERANA INDAHNYA BUDI BAHASA NUSANTARA KITA, amin ya allah.
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP SRI PEMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA)
21 Ramdahan 1434H
30 Julai 2013M
0 comments:
Post a Comment