Friday 2 August 2013

GUGUSAN PUISI UNTUK MUJAHID FISABILILLAH (6)



  • PANTUN MALAYSIA TANAH AIR IBU PERTIWI

    JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
    JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
    HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,

    DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.

    BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
    ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
    HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
    ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.

    AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
    MENENTANG MUSUH DURJANA;
    DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
    MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.

    JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
    DUHAI SEMUA PAHLAWAN NEGARA;
    KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
    SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NEGARA.

    NEGARA INI KITA YANG PUNYA,
    MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
    TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
    LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.

    BIARPUN BUMI MALAYSIA INI BERMANDIKAN DARAH,
    AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
    DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
    AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN TANAHAIRKU.

    SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
    TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NEGARA TERCINTA;
    KAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
    MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA.

    PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
    BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
    BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
    SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU ITU.

    CUMA HARAPAN KU SATU,
    JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
    MELAYU ITU CUMA SATU;
    MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.

    MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
    MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
    BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
    KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.

    KURA-KURA DALAM PERAHU,
    PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
    SUDAH SAAT TIBANYA PRU,
    KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU.

    MALAYSIA INI NEGARA DEMOKRASI,
    SENTIASA AKUR DENGAN PILIHAN RAKYAT;
    DARI DULU HINGGA SEKARANG TAK PERNAH BASI,
    SEGALANYA YANG MENENTUKAN KUASA ADALAH RAKYAT.

    MAKANYA PEMIMPIN JANGAN MUDAH LUPA,
    BILA BERJANJI HARUS DITEPATI;
    MUNAFIK JADINYA JIKA JANJI SENGAJA DILUPA,
    JANJI DENGAN RAKYAT JIKA DILUPA AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI.

    SEMUA PARTI HENDAK MENANG DALAM PILIHANRAYA,
    SEMUA PARTI SANGGUP TURUN PADANG MEMENANGI HATI RAKYAT;
    JIKA HARI-HARI SEMUA PEMIMPIN SEMANGAT BEGINI PASTI RAKYAT SUKA,
    JANGAN SELEPAS PILIHANRAYA TERUS SEPIKAN JANJI KEPADA RAKYAT.

    RAKYAT PUNYA IMPIAN KEPADA PEMIMPIN,
    MAHUKAN PEMIMPIN MENCEMERLANGKAN RAKYAT;
    BILA RAKYAT CEMERLANG NEGARA MAJU DALAM PEMBANGUNAN,
    BARULAH NEGARA INI MENJADI WADAH PERJUANGAN RAKYAT.

    PEMIMPIN DI MALAYSIA INI DIPILIH OLEH RAKYAT,
    KUASA RAKYATLAH YANG MENENTUKAN PEMIMPIN;
    JADINYA PEMIMPIN MESTI UTAMAKAN RAKYAT,
    KEPENTINGAN RAKYAT ADALAH PERJUANGAN PEMIMPIN.

    RAKYAT CUMA MAHU PEMIMPIN YANG IKHLAS BERJUANG,
    MEMBELA NASIB MEREKA AGAR ANAK CUCU TAK MERANA;
    MAKANYA RAKYAT TIDAK BEGITU SEWENANG-WENANG,
    MEMBERI KUASA KEPADA PEMIMPIN NIAT MEMUSNAHKANNYA.

    RAKYAT RELA PERTARUHKAN NYAWA DEMI NEGARA,
    PEMIMPIN JUGA SAYANGKAN NEGARA TERCINTA;
    PAHLAWAN BENTENG PERTAHANAN NEGARA,
    SEMUANYA KERANA ANAK CUCU TERCINTA.

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN RUKUN NEGARA PERTAMA,
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA RUKUN NEGARA KEDUA;
    SEMUANYA BERMATLAMAT YANG SAMA,
    MAHUKAN MALAYSIA INI AMAN DAMAI SELAMA-LAMA.

    SEMOGA BUMI BERTUAH MALAYSIA INI SENTIASA DIBERKATI,
    DIPERINTAH RAJA YANG EHSAN PADA RAKYATNYA;
    DIKUASAI PEMIMPIN BERHATI SEMURNI SYURGAWI,
    RAKYAT BERSATU MEREALISASIKAN IMPIAN ANAK CUCU TERCINTA.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    20 April 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAJA,PEMIMPIN, PAHLAWAN ,SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG DIKASIHI & ANAK CUCU TERCINTA)
    ·
  • Ratu Rimba Niagara TENTERA MALAYSIA DAN TENTERA MESIR AMAT BERBEZA

    JIKA ANDA MENYANDANG JAWATAN TENTERA ANDA MAHU MEMBELA TENTERA MESIR ATAU TENTERA RAKYAT MESIR?

    APAKAH DEFINASI TENTERA FISABILILLAH ?


    APAKAH DEFINASI TENTERA ALLAH?

    APAKAH DEFINASI TENTERA RAKYAT?

    APAKAH DEFINASI TENTERA KERAJAAN?

    SEJUJURNYA AKU, KAMU DAN SEMUA YANG MANA SATU STATUS ANDA?

    Jika ditanya apakah maknanya tentera fisabilillah
    mereka akan jawab tentera yang berjuang di medan perang menentang musuh yang menzalimi rakyat Islam dan negara Islam jika gugur balasannya Syurga

    Jika ditanya apakah maknanya Tentera Allah
    Tentera Allah yang dikirimkan Allah yang terdiri daripada para malaikat-Nya yang dinampakkan atau yang tidak dinampak dengan mata kasar manusia.

    Jika ditanya apakah maknanya tentera rakyat..
    Membela pemimpin yang rakyat pilih untuk dinobatkan sebagai presiden memerintah sesebuah negara...dipilih oleh rakyat mengikut undang-undang bernegara.

    Jika ditanya tentera kerajaan
    Tentera yang dilantik kerajaan untuk setia kepada tanah air tercinta. Cinta yang tak berbelah bahagi mempastikan negaranya berada dalam keadaan selamat daripada dijajah oleh pihak musuh...mengekalkan kemerdekaan negara adalah untuk rakyat dan negara selamat tanpa berani diganggu gugat akan kesejahteraannya.

    Jika kita tahu kita berstatus tentera yang mana satu...pasti kita tahu apa tanggungjawab kita tanpa mempertikaikan kuasa seseorang yang diberikan mandat
    oleh rakyatnya mengikut sistem demokrasi yang telus dinobatkan sebagai presiden.

    Inilah yang berlaku di Mesir ....di mana presiden yang dipiih oleh rakyatnya sudah menjadi isu yang besar dan melibatkan pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dalam sejarah dunia, di mana presiden pilihan rakyat yang sah telah digulinglan oleh Tentera Mesir.

    Seluruh rakyat Mesir terlalu marah kerana pihak tentera telah menyalahkan kuasanya untuk menindas rakyat pada Presiden Mohammed Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir.

    Berlakulah kebangkitan suara rakyat Mesir mahu presiden yang mereka pilih dikembalikan semula jawatannya sebagai Presiden Mesir tapi tidak dihiraukan oleh pihak tentera Mesir. Berlaku pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dimana Rakyat Mesir yang membela Presiden Morsi daripada terus-terusan digulingkan oleh pihak Tentera...dibunuh ketika solat Subuh. Adakah pembunuhan yang kejam itu sah di sisi undang-undang negara? Adakah tentera rakyat yang membela presiden berjiwa hamba-Nya,dibunuh beramai-ramai ketika solat itu dikira mati syahid?

    Jika pergolakkan politk Mesir tidak dapat diselesaikan segera maka akan berlakulah pertumpahan darah antara rakyat Mesir dengan tentera Mesir. Bumi Mesir sudah pastilah bermandikan darah ...rakyat Mesir yang tak berdosa menjadi mangsa ketidakadilan Tentera Mesir yang inginkan berkuasa mengikut kehendak Tentera.

    Jika ada mana-mana tentera di negara luar pasti berasa celaru pemikiran mereka , mereka berada di pihak mana mahu mendukung/menyokong....di pihak tentera atau di pihak rakyat. Jika mereka mendukung di pihak tentera kerana mereka tentera...andainya matinya menyokong pihak tentera Mesir dikira mati syahid ke tidak?
    Jika mereka menyokong rakyat Mesir...tindakan mereka seperti telah lari dari medan perang kerana mendukung rakyat mesir bukan menyokong Tentera Mesir.

    Yang mana satu hendak disokong amat memeningkan . DILUAH MATI EMAK DITELAN MATI BAPAK. Apapun yang ada di fikiran setiap yang bergelar tentera fisabilillah mahu matinya syahid. Anda gimana. Berilah pandangan/komentar anda jika anda tertarik dengan isu yang dikemukan ini.

    Segala pandangan/komentar haruslah logik kerana ini adalah isu yang amat berat untuk kita sama-sama memikirkan andainya perkara yang sama terjadi di negara kita sendiri.

    "SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARINYA YANG LEMAH ITU ADALAH DATANG DARI KELEMAHAN SENDIRI."

    OLEH RATU RIMBA NIAGARA.
    1 Ramadhan 1434H
    10 Julai 2013M
  • Ratu Rimba Niagara ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYSIA SETIASA BERSIAP SIAGA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

    Rakyat Malaysia berasa bertuah kerana mempunyai Angkatan Tentera diRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang sanggup mempertaruhkan nyaw
    a demi kerana Agama, bangsa dan negara.

    Seperti yang ada terkandung dalam rukun negara yang kedua, ' SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA'. Semua rakyat Malaysia tanpa terkecuali mesti mentaati apa yang terkandung dalam rukun negara.

    Sebab itu jika ada di antara rakyat Malaysia yang tidak memahami rukun negara , mereka tiada rasa jiwa cintakan negara. Mengganggap negara mereka tidak penting hingga sanggup memperlekehkan Institusi DiRaja tanpa memikirkan impak daripada akan ketidaksetiaan mereka kepada raja dan negara mereka sendiri.
    Moga Rukun Negara menjadi salah satu subjek matapelajaran wajib lulus di semua sekolah rendah dan menengah mahupun IPTA/IPTS.

    Jika sekiranya semua rakyat Malaysia berjiwa patriotik mencintai negara mengatasi kepentingan sendiri , In Shaa Allah Malaysia aman, sejahtera dan dapat mengekalkan kemerdekaan untuk diwariskan kepada generasi kini dan akan datang.
    Tidaklah menjadi seperti yang berlaku di Mesir di mana ada pencanggahan rakyat dengan pihak tentera Mesir yang tidak mengistiharkan hak rakyat melalui sistem demokrasi memilih pemimpin mereka Mohammed Morsi sebagai presiden Mesir yang digulingkan oleh Tentera Mesir. Ini menyebabkan kebangkitan rakyat Mesir untuk mempertahankan pemimpin mereka hingga berlakulah pertumpahan darah di bumi Mesir tanpa ehsan.
    Yang menjadi mangsa yang tidak berdosa adalah rakyat Mesir...selepas digulingkan ,"PINTU RAFFAH" telah ditutup yang mana pintu Raffah ini adalah jalan keluar masuk bantuan makanan dan perubatan ke GAZA. Bayangkan apa akan terjadi kepada rakyat GAZA jika pintu yang menghubungkan ke GAZA ditutup.
    Makanya warga dunia yang beragama Islam mesti bersatu untuk menyelamatkan rakyat GAZA yang menuju di ambang derita akibat kerakusan kuasa yang sudah menepikan rasa kemanusiaan sesama manusia.

    Peristiwa yang terjadi di Mesir haruslah menjadi iktibar kepada semua rakyat Malaysia jika kita sengaja membiarkan negara kita hidup dalam mengadu domba agar negara Malaysia yang aman damai ini menjadi kucar kacir.Tidak tenteram pastilah akan berlaku sepertimana yang berlaku di Mesir. Tapi bezanya di Malaysia , Angkatan Tentera DiRaja Malaysia tidak akan menjadi seperti Tentera Mesir yang berpaling tadah demi ketamakan kuasa untuk memerintah ...mereka telah menyelewengi amanah rakyat kepada mereka.

    Angkatan Tentera DiRaja Malaysia sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempastikan rakyat dilindungi daripada sebarang ancaman musuh.Contoh sepertimana yang berlaku pertistiwa berdarah di Lahad Datu di mana Anggota Polis DiRaja Malaysia dibunuh kejam oleh musuh negara. Angkatan Tentera DiRaja Malaysia bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia pergi ke Lahad Datu memerangi musuh sehingga semua musuh berjaya ditumpaskan.
    Inilah bukti betapa Angkatan Tentera DiRaja Malaysia dan PDRM mementingkan keselamatan semua rakyat Malaysia terjaga di sebilang masa. Mereka sentiasa bersiap siaga mempertahankan KEDAULATAN NEGARA. Makanya rakyat Malaysia mesti bersyukur atas pengorbanan yang diberikan oleh ATM dan PDRM.

    Di atas pengorbanan semua anggota keselamatan negara samada yang masih hidup dan gugur di medan juang kami rakyat Malaysia mengucapkan sekalung doa 'Moga Allah Azzawajallah membalas segala kebaikan semua samada ketika hidup dan meninggal dunia sentiasa diRahmati Allah swt Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    OLEH RATU RIMBA NIAGARA
    2 Ramadhan 1434H
    11 Julai 2013M
    (KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT MESIR PENYOKONG SETIA PRESIDEN MOHAMMED MORSI, RAKYAT GAZA, ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYASIA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA)
  • Ratu Rimba Niagara TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!

    Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
    di serata pelosok bumi Malaysia

    Biarpun kumengerti menempuh gelombang
    ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!

    Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
    “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
    Untuk anak cucu kita menumpang teduh!

    Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
    Akan kuingat pesananmu itu!
    Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
    di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!

    Demi cintaku pada Malaysia
    akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
    Biarpun ke titisan darah terakhir!

    Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    Karya : Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2007
    (Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tercinta Yang Ke-55 Pada 31 Ogos 2012)
  • Ratu Rimba Niagara HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

    Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
    Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
    Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,

    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

    Salam Kemerdekaan dariku untukmu
    dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
    Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
    diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
    Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
    Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

    "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
    Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    29 Ogos 2012
    (SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012)

    (PUISI-PUISI KARYA RATU RIMBA NIAGARA OBJEKTTIF DISIARKAN BAGI MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA RAKYAT MALAYSIA AGAR CINTAKAN NEGARA MELEBIHI DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI,MENGHARGAI JASA PAHLAWAN-PAHLAWAN NEGARA AGAR TAK LUPUT DALAM INGATAN DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENGHARGAI NIKMAT KEMAKMURAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA AGAR KEMERDEKAAN DAPAT DIPERTAHANKAN SEHINGGA DARI SATU GENERASI KE SATU GENERASI IN SHAA ALLAH AAMIIN)
    31 Julai 2013

(PETIKAN DARIPADA GALERI PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
25 Ramadhan 1434H
3 Ogos 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;