Thursday, 1 August 2013

WARKAH UNTUK MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN


1Unlike ·  · 

 ·
SEKALUNG TERIMA KASIH KEPADA MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN

5:19am
Maharaja Kutai Mulawarman

Today
9:48am

Ratu Rimba Niagara

WARKAH UNTUK MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Segala puji hanya untuk Allah swt
Pada-Nya Dipanjatkan Syukur Atas Kurniaan Bakat Menulis
agar dapat terus berbakti kepada semua yang DiCiptakan-Nya

Sekalung terima kasih kepada Maharaja Kutai Mulawarman
atas penganugerahan ACCOLADE yang diberikan kepada patik
memang di luar jangkaan patik untuk mendapat penghargaan ini.

Rasa terharu yang amat sangat kerana anugerah ini adalah hadiah
patik untuk semua rakyat jelata SeNusantara yang sentiasa menyokong/mendukung kerjaya patik sebagai penulis. Tanpa sokongan /dukungan daripada mereka siapalah patik karena mereka adalah sumber inspirasi patik berkarya.

Anugerah ini juga adalah hadiah patik kepada generasi kini dan akan datang , agar mereka tahu moyang mereka dihargai oleh seorang raja , 'MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN' seorang raja yang disegani dan disanjungi rakyat karena jiwa tawaduknya pada Ilahi dan berjiwa rakyat.
Dalam kesibukkan tugas memerintah negara Tuanku Maharaja Kutai Mulawarman masih ada waktu untuk meluangkan masa membaca
karya-karya yang patik tulis amatlah terharu dan diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terlafaz. Secara tidak langsung tuanku telah memberi sokongan/dukungan kepada patik. Moga Allah swt sahaja yang dapat membalas kebaikan tuanku.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI,
MOGA ALLAH MERAHMATI,
SEPANJANG HIDUP INI,
SEHINGGA NAFAS TERHENTI.

'MAAF ZAHIR BATHIN'

Sekian. Wassalam.

"MENULIS KARENA MENGHARGAI KURNIAAN ALLAH TAALA'

Dengan ingatan tulus ikhlas,

Daripada Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
24 Ramadhan 1434H
2 Ogos 2013M
13Like ·  · Unfollow Post · 
  • Kumbang SegakTuan Suhaimi and 4 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK DYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Kepada DYMM Maharaja Kutai Mulawarman
    terima kasih kerana sudi menerima patik sebagai rakan fb
    moga persahabatan ini memberi manfaat dunia akhirat Aamiin
    dapat mengeratkan lagi persahabatan antara dua negara Malaysia dan Indonesia berjiran baik selamanya selagi dunia ini belum Kiamat
    keharmonian antara dua negara ini dapat diteruskan oleh generasi 
    Malaysia dan Indonesia setelah ketiadaan kita nanti In Shaa Allah Aamiin

    Kita diketemukan di alam maya ini pasti ada hikmah-Nya
    Dan inilah hikmat-Nya 
    Saling berbagi ilmu dunia akhirat
    Saling menyambungkan talisiraturrahim antara dua negara
    Saling hormat menghormati
    Saling menyanjungi dalam Ukhuwah Kasih Silaturrahim
    Agar sentiasa mewangi sampai kubur sampai Syurga In Shaa Allah Aamiin

    Dipanjatkan Syukur kepada Allah swt
    Atas Perkenan Limpah Kurnia-Nya
    Persahabatan atas dasar suci murni seikhlas hati kerana Allah Taala
    Diizinkan-Nya Syukur Ya Allah
    Akan kami jaga tali persaudaraan ini
    Selagi hayat kami ada
    Hanya kematian yang memisahkan kami
    Perkenalan dan pertemuan kami walaupun cuma di alam maya
    Kau yang izinkan 
    Maka akan kami jaga persaudaraan ini sebaik mungkin
    Agar tidak kecewa atau disakiti hati lantaran alpa berperasangka sesama sendiri, jauhkan kami daripada mementingkan diri sendiri ,
    misi dan visi kami amatlah jelas kenapa Kau izinkan kami ditemukan di alam maya ini ...semata mahu saling berbakti dan menabur bakti 
    kepada sekalian hamba-Mu yang bergelar saudara seislam kami
    yang ada di bumi-Mu ini...maka Kau kuatkan semangat kami untuk
    menghadapi segala dugaan yang mendatang biarpun kami cuba
    diterjang tsunami yang ingin menghancurkan silaturrahim Kurniaan-Mu
    ini...biarlah hati kami hancur lulur asalkan silaturrahim ini dapat diteruskan
    dan diwariskan kepada anak cucu kami yang akan melangsungkan kelangsungan hidup untuk mendamaikan dan mensejahterakan bumi-MU ini
    dengan perdamaian tanpa persengketaan dan peperangan atas sifat kerakusan kuasa hingga sanggup melupakan sifat kemanusiaan.

    Inilah misi dan visi kami mahu mensejahterakan bumi ini dengan dipenuhi 
    penghuni bumi saling menghormati adat, budaya dan agama masing-masing dalam hati tanpa ada hasad dengki semuanya mahu saling berkasih sayang , berbelas kasihan, bantu membantu mengaman damaikan dunia ini selagi dunia ini belum Kiamat. AAmiin Ya Allah.

    SELAMAT HARI KEPUTERAAN BUAT MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN
    SELAMAT MENYAMBUNG TALISIRATURRAHIM ANTARA DUA NEGARA
    SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI HARI KEMENANGAN HARI MULIA

    'MAAF ZAHIR & BATHIN'

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,

    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua 
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    24 Ramadhan 1434H
    2 Ogos 2013M
 


(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
24 Ramadhan 1434H
2 Ogos 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;