BUKIT AMAN, 29 Julai - “Sebagai warga PDRM, kita dituntut untuk melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan keamanan dan keselamatan di mana juga ditugaskan. Pastinya pengorbanan tuan-tuan sekalian ini adalah satu ibadah yang amat mulia demi memastikan seluruh rakyat dan negara berada di dalam aman sejahtera ketika merayakan Aidilfitri nanti”, ujar Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dalam ucapan di Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM di Dewan Serbaguna PERKEP, Bukit Aman, pagi tadi. Sebanyak 5,400 bungkusan Hari Raya telah diserahkan mengikut jabatan untuk diagih-agihkan kepada pegawai-pegawai dan anggota yang bertugas pada hari lebaran nanti. Di samping itu Ketua Polis Negara berkata amalan kunjung mengunjung kalangan warga PDRM tidak kira beragama Islam dan yang bukan beragama Islam harus diamalkan agar dapat menyemai semangat setia kawan di kalangan warga PDRM. Hadir sama di Majlis tersebut adalah Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Seri Rohayah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Yassin, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Dato’ Seri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Kenteraman Awam Dalam Negeri, Datin Seri Puziah binti Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA, Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah dan Rakan Media. Sementara itu Majlis Pembungkusan Kuih Raya telah diadakan pada 26 Julai lalu di tempat yang sama.
(PETIKAN DARIPADA WALL POLIS DIRAJA MALAYSIA, GROUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIAGARA)
20 Ramadhan 1434H
29 Julai 2013M
0 comments:
Post a Comment