Wednesday, 31 July 2013

"PARA HULUBALANG BUGIS YANG GAGAH PERKASA UNTUK MEMBELA AGAMA BANGSA DAN NEGARA"



    • Drpd. Karaton Nusantara dengan izin YTM Sri Pemangku Adat bahawa:
      Sabda Pendeta "DIMANA WANGSA BUGIS ITU BERADA ADAT BUDAYA MEREKA TETAP TERPELIHARA" gambar sekadar informasi:
      • Sri Pemangku Adat and 5 others like this.
      • Tetta Garangcing Daeng Magassing Mohon maaf kalau tdk salah...gambar ini di abadikan pada saat acara karnaval thn 2008 dimakassar..yg diselenggarakan oleh Pemerintah kota makassar kerja sama dgn LEMBAGA ADAT DAERAH,, GOA TALLO
      • Ratu Rimba Niagara PAHLAWAN MELAYU BUGIS SENTIASA BERADAT DAN BERADAP TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN RAKYAT BERJASA DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA. ,"SELAMAT HARI PAHLAWAN 2013"
        18 hours ago · Like · 1
      • Sri Pemangku Adat drp. Karaton Nusantara ya, tujuan gambaran ini supaya sentiasa ada kesegaran dalam laman fb ini, amin.
        16 hours ago · Unlike · 3
      • Ratu Rimba Niagara INILAH BARISAN KITA YANG RELA BERJUANG

        INILAH BARISAN KITA
        YANG RELA BERJUANG
        TAK TAKUT MATI TIKA BERJUANG
        DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA
        SENTIASA SIAP SIAGA
        SENTIASA GAGAH
        SENTIASA PERKASA
        SENTIASA BERTEGAS PADA MUSUH DURJANA
        TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SETAPAK
        BIAPUN AKU DIHUJANI PELURU
        BERMANDIKAN DARAH
        AKU RELAKAN
        ASALKAN NEGARAKU
        SEJAHTERA BUAT SELAMANYA
        TANDA AKU CINTA PADA IBU PERTIWI
        PADA TUHAN AKU MERAYU
        AGAR AKU MATI SYAHID
        ITULAH MATLAMATKU
        YANG KUDAMBAKAN DALAM WIRAKU PADA NEGARA
        IN SHA ALLAH AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        23 Ramadhan 1434M
        1 Ogos 2013H

        PERWIRAKU BERJUANGLAH DIKAU HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR...MOGA SYAHIDLAH TEMPATMU AAMEEN.
        By: Ratu Rimba Niagara
      • Ratu Rimba Niagara JIWA PAHLAWAN MELAYU TAK TAKUT MATI!

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
        Bersatulah Melayu sedunia,
        Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

        Pendekar melayu menjadi sanjungan,
        Dulu kini dan selamanya;
        Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
        Disanjungi kerna kekuatan makrifatullahnya.

        Melayu sakit semuanya sakit,
        Kerana jiwa melayu berakar umbi;
        Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
        Itulah bukti melayu sudah satu hati.

        Melayu pencetus kebangkitan ummah,
        Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
        Pendekar melayu akan satukan ummah,
        Kerna mahu mati dalam fisabilillah.

        Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
        Anak jantan melayu pantang dicabar;
        Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
        Nyawa jadi taruhan jika dicabar.

        Melayu hina melayu kepantang melayu,
        Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
        Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
        Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.

        Melayu kuat karena bersatu,
        Kutuk mengutuk hina menghina;
        Bukan jiwa pendekar melayu,
        Yang ada membela yang teraniaya.

        Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
        Raja sekarang selalu muafakat;
        Muafakat Raja bersama rakyat,
        Raja dan rakyat hidup penuh berkat.

        Hulubalang sultan sedia berbakti,
        Pada raja berjiwa hamba-Nya;
        Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
        Laksamana lambang kepahlawanan sejati.

        Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
        Raja dan rakyat saling menyanjungi;
        Kata sepakat semua rumpun melayu,
        Barulah mengundang Rahmat Kaseh Ilahi.

        Melayu oh! melayu
        Perwira oh! perwira
        Pahlawan oh! pahlawan
        Pendekar oh! pendekar
        Laksamana oh! laksamana
        Hulubalang oh! hulubalang

        Berjuanglah kalian
        Hingga ke tetesan darah terakhir
        Fisabilillah lah kamu jangan jemu
        Syahidmu di medan juang
        Allah sayang padamu
        Syurga Firdausi tempatmu
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
        Syahid ke jalan-Nya
        Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
        Aku bangga denganmu
        Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
        Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
        Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        23 Ramadhan 1434H
        1 Ogos 2013M
        (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA)
24 Ramadhan 1434H
1 Ogos 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;