Wednesday, 31 July 2013

"SELAMAT HARI PAHLAWAN" KUKARANGKAN PUISI UNTUKMU PAHLAWANKU! (2)





    • Unlike ·  · Unfollow Post ·  · 16 hours ago
      • You and 2 others like this.
      • Ratu Rimba Niagara DI SELURUH PELOSOK BUMI NUSANTARA BERGEMALAH DAULAT DIRAJA NUSANTARA!

        Assalamualaikum kekanda-kekanda diRaja,
        Darah Kepahlawananmu lambang kesatria diRaja;
        Rakyat jelata pasti gembira menantikan gema diRaja,
        Di seluruh pelosok bumi Nusantara bergemalah daulat diRaja.

        Dari dulu ditunggu kabar berita,
        Agar Institusi diRaja dimartabatkan;
        Dimartabatkan seluruh bumi Nusantara,
        Maka bergembiralah seluruh rakyat jelata.

        Perjuangan kanda sentiasa dinda dukungi,
        Agar kanda tak mudah berputus asa;
        Percayalah kanda telah ditakdirkan sejak Azali,
        Untuk memerintah rakyat di bumi Nusantara.

        Allah melantik kekanda menjadi raja di bumi ini,
        Pasti ada hikmah di sebalik takdir ini;
        Agar sentiasa membela nasib rakyat dizalimi,
        Maka itulah hikmah kenapa Allah memilih kanda terajui.

        Jika sebenar suci bersih niat kanda membela rakyat jelata,
        Dan kanda yakin ini adalah tanggungjawab kanda;
        Pasti kanda tidak mudah berputus asa,
        Akan memperjuangkan hingga berjaya.

        Percayalah kanda di setiap langkah kanda,
        Allah sentiasa menyertai niat suci kanda;
        Untuk membela hamba-hamba-Nya,
        Moga kanda selalu berada dalam Rahmat kasih-Nya.

        Jangan sekali menjadi raja penakut,
        Takut mengaku raja kerana tak mahu dipulaukan;
        Dinda tak suka raja yang penakut,
        Sedangkan kanda adalah kerabat yang dimuliakan.

        Dinda ditakdirkan menjadi pejuang diRaja,
        Jika kanda berputus asa memperjuangkan hak kanda;
        Tak apalah biarlah dinda perjuangkan bagi pihak kanda,
        Mungkin ada sebab tersendiri remuknya hati kanda.

        Kepada kekanda-kekanda di Raja yang lain,
        Adinda tabik dengan perjuangan kanda;
        Biarpun remuk dilambung tsunami sekalipun,
        Kekanda-kekanda tetap berjuang selagi hayat ada.

        Perjuangan kekanda adalah perjuangan adinda,
        Perjuangan adinda adalah perjuangan rakyat jelata;
        Makanya matlamat yang jelas itu adinda menyokong kanda,
        Harap kanda jangan sekali berundur demi harapan rakyat jelata.

        Kemenangan kekanda-kekanda adalah kebanggaan rakyat,
        Rakyat pasti berbangga punyai raja sehebat kanda;
        Matlamat kanda menjadi raja adalah untuk rakyat,
        Makanya rakyat jelata akan menyokong perjuangan kanda.

        Jangan kanda lupakan sejarah diRaja,
        Mempertaruhkan nyawa demi rakyatnya;
        Itulah jiwa kesatria sebenar diRaja,
        Rela gugur di medan juang demi rakyatnya.

        Inilah di sebalik hikmah takdir Ilahi,
        Memilih kanda sebagai kerabat diRaja;
        Untuk membela rakyat dizalimi,
        Maka rakyat mensyukuri Kurniaan dari-Nya.

        Moga doa rakyat dimakbulkan Tuhan,
        Institusi diRaja dimartabatkan;
        Maka bergemalah suara rakyat penuh kesyukuran,
        Daulat diRaja & Ketinggian Islam dimartabatkan.
        (Aamiin Ya Rabbal A'Lamin)

        Karya Ratu Rimba Niagara
        Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
        MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
        22 Ramadhan 1434H
        31 Julai 2013
        (DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN, "HARI PAHLAWAN 2013)
'SELAMAT HARI PAHLAWAN' KUKARANGKAN PUISI UNTUKMU PAHLAWANKU! (2)

DEMI-NYA BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR

di sini tanah tumpah darahku
tak akan kubiarkan
biarpun seinci diceroboh musuh durjana
akan aku pertahankan
biarpun nyawaku jadi taruhan

di sini tanah tumpah darahku
cintaku pada ibu pertiwi
setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
siapa yang berani menentang
akan aku tentang
akan aku lawan
biarpun nyawa jadi taruhan

di sini tanah tumpah darahku
demi ibu pertiwi
aku rela dihujani peluru
bermandikan darah
asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
daripada segala ancaman musuh durjana

di sini tanah tumpah darahku
Angkatan Tentera Darat Malaysia...
sentiasa bersiap siaga
mempertahankan ibu pertiwi
kami tak takut mati bila berada di medan juang
kami berjuang...berjuang...berjuang....hingga ke titisan darah terakhir
untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
sekali kami melangkah ...langkah kami adalah langkah seorang pejuang

Duhai rakyat Malaysia di luar sana
Jangan bimbang
Jangan takut
Keselamatan negara masih terkawal
Angkatan Tentera Malaysia...
Sentiasa berjaga-jaga ..memantau...
Di setiap inci bumi Malaysia
Masuh datang kami tentang
Kami lawan
Kami perang habis-habisan
Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
Kami pasukan tentera yang berani mati
Demi kerana agama bangsa dan negara

Kami Angkatan Tentera Malaysia
Semuanya terlatih mahir dalam berperang
Kami dilatih untuk berani mati
Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
Andainya kami gugur di medan juang...
Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
Dan kirimi doa restu
Agar kami aman di Sana...

Duhai musuh durjana
Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
Ketahuilah kamu ...
Sekali benderaku berkibar dengan laungan
Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
Selamanyalah kekal merdeka...
Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
Jika kamu berani silakan....
Angkatan Tentera Malaysia
Tak akan biarkan....
Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
Tak akan kami biarkan....
Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
Berada di medan juang
Kami mahu mati dalam perjuangan
Perjuangan demi cintakan-Nya
Matlamat kami mati syahid di medan perang...
Moga Allah makbulkan doa kami
AAmeen Ya Rabbal A'Lameen

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 Ramadhan 1434H
31Julai 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA SYAHID DI MEDAN PERANG)

SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA MATI DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TINGGAL DI BUMI SENDIRI DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIS KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA. AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.
By: Ratu Rimba Niagara
22 Ramadhan 1434H
31 Julai 2013M

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-206 KEPADA SEMUA PDRM YANG DISANJUNGI SEMAI BAKTIMU PADA IBU PERTIWI
KUHARGAI MAKA TERIMALAH SEBUAH PUISI DARIKU UNTUKMU BERTAJUK,'EV0LUSI KEPOLISAN NEGARA'

Evolusi Kepolisan Negara
Amat penting demi
Memperkukuhkan lagi benteng pertahanan negara
Agar pihak musuh durjana berasa gentar
Tidak berani menceroboh negara sewenang-wenangnya

Evolusi Kepolisan Negara
Berstrategi
Tidak melulu membuat keputusan
Membuat keputusan semuanya
TEPAT CEPAT TEGAS BERANI

Evolusi Kepolisan Negara
Setiap sudut perisikan
Semua pacaindera
Tertumpu kepada
Benteng pertahanan negara
Mesti dipastikan tidak ada satupun
Kelemahan pihak musuh tidak diketahui
Semuanya akan dicantas habis-habisan
Sebelum merebak menjadi api dalam sekam

Evolusi Kepolisan Negara
Harus bijak mengawal emosi
Agar tidak dikesani musuh durjana
Kerana bila emosi tidak terkawal
Musuh akan bersedia untuk serang hendap
Membalas segala niat jahatnya dengan mudah
Makanya jangan sampai jadi begitu

Evolusi Kepolisan Negara
Sentiasa berubah mengikut zaman
Tidak akan pernah ketinggalan zaman
Kerana jika ketinggalan zaman
Tahap pemikiran PDRM akan diperkecilkan
Oleh pihak musuh durjana
Maka IQ PDRM sentiasa berminda kelas pertama
Barulah kerjaya PDRM sentiasa dipandang tinggi
Oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara

Evolusi Kepolisan Negara
Tidak akan pernah undur bila berjuang
Tak akan undur biarpun setapak
Berjuang bermati-matian
Rela gugur di medan juang
Demi mempertahankan
Kedaulatan Negara & Rakyat Malaysia Tercinta

Evolusi Kepolisan Negara
Kami cinta negara kami
Kami sayang sesungguh sayang
Kepada semua Rakyat Malaysia
Kami rela lupakan kepentingan sendiri
Demi membuktikan cinta dan sayang kami
Tiada apa yang hendak kami harapkan
Melainkan dengan belas ehsanmu
Sentiasa menyokong kami
Meniupkan semangat juang kami
Agar kami sentiasa bersemangat untuk berjuang
Mempertahankan kedaulatan negara
Mempastikan bumi Malaysia ini tidak seincipun berani
Dicerobohi oleh pihak musuh durjana

Evolusi Kepolisan Negara
Andai kata kami gugur di medan juang
Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
Lambang cinta kami terbalas
Dan kirimkan doa restumu
Agar kami di tempatkan dalam roh-roh syahid
Doamu sentiasa kami nantikan
Duhai yang tercinta dan tersayang

Evolusi Kepolisan Negara
Aduhai perwiraku yang tersanjung di hati ini
Kami di sini sentiasa menyanjungimu sepenuh hati
Jasa baktimu pada ibu pertiwi dan kami rakyat Malaysia
Sentiasa mewangi di hati kami
Kami merasa syahdu
Bersyukur kepada Tuhan sebanyak-banyak-Nya
DiKurniakan wira-wira negara
Berhati suci dan murni
Rela gugur di medan juga demi
Keselamatan negara tercinta
Tiada apa yang hendak kami balas jasa-jasamu
Kerana hatimu semurni Syurga
Makanya layaklah kamu menjadi penghuni Syurga
In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiiin

Karya Ratu Rimba Niagara
25 Mac 2013
(PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA-WIRA NEGARA PDRM YANG MASIH HIDUP & ATAU YANG TELAH GUGUR DI MEDAN JUANG KAMI RAKYAT MALAYSIA SENTIASA MENYOKONG PENUH PERJUANGANMU SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR SEBAGAIMANA KAMU BERSUMPAH MEMBELA IBU PERTIWI HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR KAMI JUGA PUN BEGITU! JANGAN RAGUI AKAN KASIH DAN SAYANG KAMI PADAMU PDRM! SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS YANG KE-206 MOGA SUKSES DUNIA AKHIRAT AAMIIN)

TUNGGULAH DINDA DI PINTU SYURGA

selamat berjuang kandaku
selamat berjuang di medan perang
perjuangan kanda adalah perjuangan dinda jua
dinda cintakan kanda kerana semangat juang kanda
pada negara tercinta tidak berbelah bagi

semalam sebelum kanda pergi berjuang
kanda pesan pada dinda
andai kanda gugur di medan perang
dinda jangan sedih
atas permergian kanda
biarpun jasad terpisah jua
antara kanda dan dinda
percayalah cinta dinda kepada kanda
kanda akan bawa sampai Syurga

pesanan kanda menusuk hati dinda kanda...
dinda tidak mahu menunjukkan kesedihan dinda
pada kanda tercinta
nanti membuatkan kanda hilang semangat juang
dinda senyum tanda dinda redha dengan pemergiaan
kanda di medan juang...

kanda berpesan pada dinda lagi
andainya kanda gugur di medan juang
dinda didiklah anak-anak kita
menjadi wira dan wirawati negara
berjiwa patriotik
kanda bangga punyai anak seperti itu dinda

kedua-dua pesanan kanda
membuatkan dinda mahu meraung semahunya
kerana betapa mulianya hati kanda
pada negara tercinta...

pesanan terakhir kanda
masih terngiang-ngiang di telinga dinda

"kanda cintakan dinda demi-Nya
sampai Syurga kita bercinta dinda...
kanda sayangkan anak-anak kita demi-Nya
moga kita sekeluarga bertemu di Syurga...
kanda sayangkan nusa dan bangsa demi-Nya
moga Allah balas syahid cinta kanda...
doakan kanda mati syahid ye dinda..."

SUBHNALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
pesanan-pesanan seorang mujahid
yang dinda suka dengar...

pastinya di medan perang
kanda serahkan jiwa raga hanya untuk Allah
kanda sudah pasrahkan segala takdir hanya untuk Allah
kanda tak henti berzikir bermunajat pada-Nya
agar Allah selamatkan
negara dan rakyat Malaysia daripada musuh durjana
agar Malaysia aman sejahtera merdeka selamanya
selagi dunia belum kiamat

tubuh kanda dihujani peluru
tubuh kanda bermandikan darah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR...
Syukur Alhamdulillah doa kanda dimakbulkan Tuhan
kanda syahid di medan juang...

pemergian kanda dinda syukur kerana
dinda tahu Syurga sedang menanti kanda...
bidadari Syurga sedang menyambut kedatangan kanda...

di dunia dindalah bidadari kanda
di syurga ada bidadari yang mulia melayani kanda
tunggulah dinda di pintu Syurga ...
yang mencintai kanda dunia hingga akhirat
sampai Syurga kita bercinta....

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
7 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA-WIRA NEGARA YANG MEMPERTARUHKAN NYAWA DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA MOGA DOAMU UNTUK MATI SYAHID DIMAKBULKAN ALLAH SWT AMEEN YA RABBAL A'LAMEEN)

LAMBAIAN TERAKHIR SEORANG WIRA NEGARA

Perpisahan ini
amat perit dirasakan
di kala gelora perjuangan masih membara
berbakti pada negara selagi dayaku
tapi tugasku sampai di sini
biarpun sudah berakhir dan bernokhtah tugasku
namun cintaku pada negara tidak bernokhtah
akan sentiasa membara...
terus membara...
hanya akan terpadam
setelah aku dijemput Ilahi
begitu kasih dan sayangku
pada ibu pertiwi dan rakyat Malaysia tercinta...

Sepanjang menjawat jawatan
sebagai Ketua Polis Negara
telah kulakukan amanah
dengan penuh tanggungjawab
semampu dayaku membanteras jenayah
In Shaa Allah berkat kesabaranku
aku berjaya membanteras jenayah
dan menghapus semua musuh durjana
di Lahad Datu Sabah
Syukur Alhamdulillah
negaraku yang ditimpa bencana besar
diceroboh musuh durjana
berjaya ditentang
kini negaraku aman kembali
Syukur sebanyak-banyak-Nya

Mujurlah aku lepaskan
jawatanku tika negaraku
telah aman dan sejahtera
dan aku yakin
yakin sepenuhnya
tugasku yang diambil alih oleh
Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar
seorang yang berkaliber
tegas, adil, cekap dan bijaksana
dalam membanteras jenayah dan musuh durjana
agar kedaulatan negara tercinta
sentiasa aman sejahtera selamanya
disokong oleh semua pemimpin dan rakyat Malaysia tercinta.

Negara ku aman sejahtera
Inilah harapanku kepada rakan seperjuanganku
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
Harapan daripada rakan seperjuanganmu
Tan Sri Ismail Omar
Selamat menjalankan tugas rakan seperjuanganku
Aku doakan moga kau berjaya dunia dan akhirat. AAmiin.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
11 Rejab 1434H
21 Mei 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK TAN SRI ISMAIL OMAR &
TAN SRI KHALID ABU BAKAR DAN SEMUA ANGGOTA POLIS PDRM
KAMI SELURUH RAKYAT MALAYSIA AMAT MENYANJUNGI SETIAP KERINGAT DAN DARAH YANG TERTUMPAH DI BUMI MALAYSIA DEMI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA...MOGA ALLAH SWT MEMBALAS DENGAN GANJARAN SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)

KELASI KAPAL WIRA BERSAUDARA

Kelasi kapal wira bersaudara
rela sehidup semati
semangat setiakawan yang tinggi
cinta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
demi agama bangsa dan negara
rela mati bersama di medan perjuangan
di samudera lautan terbentang luas

Sanggup lupakan kepentingan sendiri
rela berpisah dengan keluarga tercinta
demi menyahut semboyan ibu pertiwi
berjuang hingga ke titisan darah terakhir
di lautan terbentang luas
medan perjuangan
mempastikan musuh durjana
tidak berani datang menceroboh
negara tercinta...

Kapal selam KD Hang Tuah
gagah perkasa
bagaikan Laksamana Hang Tuah
keperkasaannya tiada tandingan
semua kelasi kapal
adalah perwira negara
yang bersaudara
berikrar
bersumpah setia
sehidup semati
susah senang sentiasa bersama

Semangat setiakawan yang tinggi
wira negara bersaudara
sentiasa bersama
mempastikan Kapal Selam Hang Tuah
sentiasa gagah...perkasa
mempertahankan negara tercinta...

Kapal selam Hang Tuah
kelasi kapal wira bersaudara
dilambung ombak tsunami musuh durjana tak akan gentar
akan disahut cabaran kerana sentiasa bersiap siaga
sentiasa bersedia melawan
tak akan undur biarpun setapak
nyawa kelasi kapal wira bersaudara
rela dipertaruhkan
demi menjaga keselamatan negara tercinta
agar tiada berani musuh negara datang menjajah

Andaikata kelasi kapal wira bersaudara
gugur di medan juang
tidak timbul dan terus tenggelam
di dasar samudera
doakan pemergiaan kami
bersama kalungan bunga ibu pertiwi
dihanyutkan ke samudera
tanda cinta kasih sayang kepada kami
Kelasi Kapal Wira Bersaudara

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Mei 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA ANGGOTA TENTERA LAUTDIRAJA MALAYSIA (TLDM) MOGA BERJAYA & BAHAGIA DUNIA AKHIRAT AAMIIN)

MERDEKA DALAM KESEJAHTERAAN ADALAH HADIAH UNTUK GENERASI PENERUS

PABILA KEAMANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
BARULAH AKAN ADANYA BUDAYA
SALING HORMAT MENGHORMATI
SALING MENGHARGAI
SALING MENYANJUNGI
BAHAWA KITA SALING BEKERJASAMA
MENJAGA KESELAMATAN NEGARA
DEMI KERANA AGAMA BANGSA DAN NEGARA
KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN INILAH
YANG MEMBUATKAN NEGARA KITA KEKAL MERDEKA
DALAM SUASANA AMAN DAMAI SENTOSA
KEMERDEKAAN YANG SEJAHTERA INILAH
YANG AKAN KITA HADIAHKAN KEPADA
GENERASI PENERUS PADA MASA HADAPAN
MEREKA PASTI BANGGA MEMPUNYAI PEJUANG-PEJUANG NEGARA
YANG RELA BERKORBAN NYAWA DEMI MEREKA
PASTINYA MEREKA JUGA AKAN
MENJADI GENERASI PENERUS
UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN
DALAM SUASANA AMAN DAMAI SENTOSA SEJAHTERA
SELAMANYA SEHINGGA DUNIA BELUM KIAMAT!
IN SHAA ALLAH AMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN UNTUK GENERASI PENERUS YANG AKAN MENYAMBUNG PERJUANGAN
WIRA-WIRA NEGARA & RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA MOGA KALIAN MEMASTIKAN PERJUANGAN KAMI TIDAK AKAN DIPERSIA-SIAKAN JAGALAH NEGARA TERCINTA INI SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR AGAR BENDERA KITA JALUR GEMILANG TERUS BERKIBAR MEGAH GAH DI PERSADA DUNIA DALAM NIKMAT SYUKUR KURNIAAN ILAHI ATAS NIKMAT KEMERDEKAAN INI)

PANTUN SATRIA

Hajat hati nak jadi perwira,
Tiada kudrat apalah dayaku;
Namun begitu bersemangat satria,
Relaku mati demi negaraku.

Kata ibu datukku seorang pahlawan,
Keturunan hulubalang Raja Bugis;
Aku bersyukur berdarah pahlawan,
Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

Rupanya aku tidak keseorangan,
Di luar sana menyokong perjuanganku;
Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

Takkan hilang melayu di dunia,
Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
Melayu bersatu bermuafakat bersama,
Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

Berjuang tetaplah berjuang jua,
Pantang undur sebelum berjuang;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
Jasamu mewangi hingga ke mati;
Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
Bersiap siaga setiap masa;
Menangani jenayah begitu cermat,
Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
Keamanan Malaysia di puncak jaya.

TLDM tidak kurang hebatnya,
Berada di laut bersiap siaga;
Musuh yang datang akan ditentangnya,
Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

Pasukan RELA rela berkorban,
Berkorban masa dan juga tenaga;
Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
Demi rakyat dan negara tercinta.

Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
Semangat perjuangan terus membara.

PERKASA kusanjung jasamu,
Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
Tidak pernah berputus asa di hatimu,
Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
Roh perjuangan tepat dan jelas;
Semangat membara-bara hidup di hatimu,
Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

Seni persilatan melayu amat dikagumi,
Kepahlawananmu tiada tandingannya;
Generasi muda minat mempelajari,
Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
Jutaan rakyat bangkit memberontak,
Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
Pemimpin Malaysia cintakan negara;
Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
Saling berkorban demi negara.

Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
Negara sentiasa terus aman,
Kedaulatan negara sejak berzaman.

Pahlawan melayu pantang berundur,
Rela bermandikan darah dihujani peluru;
Demi pewaris takkan berudur.
Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

Berkibarlah benderaku terus berkibar,
Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
Rakyat Malaysia jangan dicabar,
Roh perjuangan meniti zaman.

Karya: Ratu Rimba Niagara
25 Mac 2013
(Bersempena Memperingati Hari Polis Malaysia Ke-206 Tahun)

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!

Salam Kemerdekaan Malaysia Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
Semoga puasa membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan terdahulu masih diteruskan.

Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-55 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia Ke-55 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2012)
(BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2012)

(DISIARKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI PAHLAWAN 2013)
31 July 2013

Like 

0 comments:

Post a Comment

 
;