- Makasih ya kita kan rakan seperjuangan
jauh tapi dekat
dekat tapi jauh
Allah menyatukan imanmu imanku
Untuk sama Mendekati-NYa
Subhanallah indah-NYa bersahabat atas dasar kerana Allah Taala. - MAKA KAU IZINKAN SEGALA KEBAIKAN YANG KUDAMBAKAN YA ALLAH
BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Duhai sahabat akhiratku yang bernama Sya'ban
Kedatannganmu kunanti penuh rindu
Moga kau sudi mentarbiyahkan aku
Agar aku dapat beribadat tanpa lelah demi redha Ilahi
Duhai sahabat akhiratku yang bernama Ramadhan
Ganjaran pahala berlipat kali ganda akan diKurniakan Tuhanku
Makanya kau selalulah tarbiyahkan aku agar
Aku sentiasa diberi rezeki kesihatan dan bermurah hati
Suka bersedekah di bulan Ramadhan agar terkikis
Segala sifat bakhilku pada mereka yang memerlukannya
Ya Allah...dengan izin-Mu jua aku dapat
Beramal soleh pada bulan syaaban dan ramadhan
Maka Kau izinkan Ya Allah segala kebaikan
Ya kudambakan...Sesungguh-Nya Kau
Bersama hamba-Mu yang berbuat kebaikan
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
17 Syaaban 1434H
Wardah Nawwarah:
Syukur Alhamdulillah buat sahabat2 ku.. Manusia yang berkawan kerana Allah Taala, kalau berpisah pun kerana Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya: "Tiadalah dua orang yang saling cintamencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai Allah itu, orang yang lebih banyak cintanya pada rakannya."
Bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali. Ia diikat oleh satu akidah. Ia berkawan tidak ada kepentingan dunia yang sementara ini. Bersahabat lah kerana iman, akhlak dan kerana ketaqwaan. Bersahabat seperti ini adalah kuat ikatannya. Insya Allah biasanya sampai mati.Psahabatan seperti ini mendapat perlindungan di Mahsyar dari Allah Taala yang mana hari itu tidak ada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya: Cinta kasih-Ku terlimpah di atas mereka yang berkasih sayang kerana-Ku. Akan Kunaungi mereka di bawah naungan Arasy pada hari Kiamat yang mana pada hari itu tiada naungan melainkan naungan-Ku."(Riwayat Abiddunya)sama2 kita nantikan kehadiran Syaaban n Ramadhan dgn penuh keinsafan..Sekali lagi diucapkan.. wa jazakallahu ahsanal khoir, waffaqoniyallahu wa iyyakum.. syukran jazilann khairann..
BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA
Cinta dan rindu
Bagaikan irama dan lagu
Kerana cintalah datangnya sayang
Sayang pada Tuhan
Sayang pada diri sendiri
Sayang semua yang ada di langit dan di bumi
Itulah rindu kasih dan cinta
Yang perlu ada pada kita semua
Barulah kedamaian ada di kalbu
Dan kita saling mengerti
Kenapa kita di wujudkan di dunia ini
Saling menghargai
Saling berkasih sayang kerana-NYa
Insya-Allah Syurga milik semua
Yang berkasih sayang kerana-Nya
Bertemu dan berpisah kerana-Nya
Di Mahsyar Insya-Allah kitakan bertemu
Atas ikatan ikhlas setulus hati kerana-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
17 Syaaban 1434H
(PETIKAN DARIPADA WALL WARDAH NAWWARAH & RATU RIMBA NIAGARA)
26 Jun 2013 - KITA BELUM KETEMU
TAPI KENAPA BATHIN KITA MERASA DEKAT
SEBABNYA KITA PERNAH DIKETEMUKAN SEJAK DI AZALI
KETIKA KITA DI ALAM ROH-ROH
DI MANA JIKA ROH-ROH KITA SERASI BERSAMA
MAKANYA SERASILAH TIKA DI DUNIA INI
WALAUPUN CUMA DI ALAM MAYA
HANYA ALLAH YANG TAHU AKAN HAL INI - MOGA BERKAT KITA MENJALINKAN PERSAUDARAAN DI LAMAN MUKA BUKU DATO SRI ZAIENAL NI...KITA DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR NANTI...SIAPAKAH SAUDARAMU...KITA JAWAB MUSLIMIN MUSLIMAT DENGAN TENANG...AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
INI BUKAN MENGAJAR ATAU NAK RIAK SETIAP APA YANG DITULIS ADALAH UNTUK MUHASABAH DIRIKU SENDIRI DAN DIKONGSI BERSAMA-SAMA RAKAN ALAMMAYAKU...TAK SALAHKAN... Ratu Rimba Niagara was tagged in 3 photos.
- KELOMPOK Kajian Puitika (KKP) Fakultas Sastra (FS) Universitas Andalas (Unand) > Naskah kuno sepanjang 5,07 meter, lebar 57,2 cm, milik Kerajaan Kesultanan Indrapura yang berdiri antara abad ke-9 s-d tahun 1891.
“Dari catatan seluruh man...See More — with Rusdal Fajr St Inayatsyah and 11 others. - Surat Wasiat
PIAGAM PENGHARGAAN :
Maha gema maha cahaya Wahyu Utama
Filosofi Center Genius Program
Majelis Persatuan Bangsa Bangsa
Gerakan Rakyat Perdamaian Kedamaian Dunia
...See More — with Kesultanan Indrapura and 35 others. - CINTA SEJATI BUKAN SEKADAR UNGKAPAN DAN JANJI YANG TERLAFAZ...
CINTA SEJATI DIIKRARKAN DI KALBU IMAN DISAKSIKAN LAFAZ ITU DALAM REDHA ILAHI...BARULAH ITU DINAMAKAN SAMPAI SYURGA KITA BERCINTA... - Jika kamu sentiasa baik sangka dengan-Nya
Itulah takdir mu. Redho setelah usaha dan tawakal pasrah penenang jiwa abadi. - SELAMAT HARI WANITA 8 MAC 2013
Aku wanita
Kamu wanita
Hanya wanita yang memahami hati wanita
Jika wanita tidak memahami hati wanita
Makanya tiada cerialah hidup ini
Makanya wanita harus memahami hati wanita
Saling menyokong demi keceriaan hidup
Saling bertolak ansur
Buangkan segala cemburu bersarang di hati
Andainya takdir wanita itu tidak seceria wanita lain
Jangan pandang sebelah mata
Kerana wanita tidak tahu takdir yang akan datang
Yang penting syukur takdir yang dilalui sekarang
Dan sentiasa berbaik sangka kepada takdir yang akan datang
Barulah wanita memahami hati wanita
Barulah wanita saling menghargai sesama wanita
Kerana kita wanita
Tanpa wanita tiiada cerialah hidup lelaki
Kerana pentingnya wanita dalam hidup ini
Allah ciptakan Hawa untuk Adam cintai
Tanpa Hawa siapalah Adam
Tanpa Adam siapalah Hawa
Jadikanlah Adam & Hawa
Pasangan Idola bahagia sampai Syurga Bercinta...
'SELAMAT HARI WANITA DARIPADA RAKAN WANITAMU
RATU RIMBA NIAGARA..KU SENTIASA MENGHARGAIMU
DUHAI WANITA SELURUH DUNIA'
Karya Ratu Rimba Niagara
8 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI WANITA)
-
- KAMI SAYANG SABAH KAMI SAYANG MALAYSIA
Kami Sayang Sabah Kami Sayang Malaysia,
Jasa Raja dan Pemimpin sentiasa diingati;
Moga 1Malaysia aman sejahtera,
Mengekalkan Kemerdekaan dihargai hingga ke mati.
Nampak gembira di wajah masing-masing,
Bergambar bersama TYT di Istana Negeri Sabah;
Menjadi kenangan untuk dikenang,
Dikenangkan juga seluruh rakyat Sabah.
DILAKSANAKAN PLKN ALA MALAYSIA
Dilaksanakan PLKN ala Malaysia,
Bermatlamat mencapai keperluan Negara;
Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia,
Disemai dan diamalkan bersemangat membara.
Karya: Ratu Rimba Niagara
16 Sept 2012
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012 - MATI ADA KEHIDUPAN YANG MENANTI
TENTANG MATI
Kenapa takut mati?
Takut mati mati
Hindari mati mati
Sihat mati
Sakit pun mati
Tua muda mati
Kaya miskin mati
Semuanya akan mati
Mati milik semua
Bersedia atau tidak mati
Mati tak kira siapa
Tak kira di mana
Di mana-mana boleh mati
Bersedia atau tidak mati
Yang penting mati dalam husnul khotimah
Mati dalam kebaikan dalam redho-Nya Ilahi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT
Kaya macam mana manusia itu
Dia tetap miskin
Apa maksudmu?
Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya
Kau lahir ke dunia ini kosong...
Lagi aku tak faham?
Apa maksud kosong
Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
Apa pulak kosong...
Kau silap...
Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...
Apa maksudmu?
Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
Sebab aku ni pencinta harta
Bagiku harta adalah segala-galanya
Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
Inikan hendak bersedekah
Kirim salamlah
Kalau nak kaya usaha sendirilah
Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
Ramai suka berkawan dengan aku
Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
Dan hormat gila-gila dengan aku...
Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
Pelik kan manusia ini..
Cuba aku papa kedana...
Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
Manusia ini sukakan harta
Sebab itu aku sukakan harta
Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
Dan sanjungi aku ...
Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...
Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
Ha...sebab itulah aku katakan tadi
Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
Nak di kebumikan juga...
Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
Yelah nak ikut wasiat tuannya...
Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...
Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
Dibeli boleh pocong-pocong
Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
Berminat ke nak beli...buntu aku ni...
Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...
Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
Menyesal sebelum aku bergelar pocong
Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
Harta kau yang banyak-banyak ni
Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
Biarpun kau sudah berada di alam barzah
Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
Kau lafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
Ke jalan-jalan Syurga-Nya
Masya-Allah aku tak terfikir
Sebagaimana yang kau fikir
Terima kasih suara akhirat
Kaulah sahabat dunia akhiratku
Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
Like · · Unfollow Post · June 12 at 8:50am
Werdys Kalbary and Kembara Sirua like this.
Kembara Sirua:
Mati tak terminati
Karena menjadi tabir
Pemisah insan dengan kelezatan dunia
Yang fana..yang maya..yang hanya
Tipuan muslihat belaka...
Mati bukan berarti berhenti
Masih ada kehidupan yang menanti
Yang lebih kekal abadi
Tempat setiap Insani
Menerima balasan dosa dan budi
Dari Ilahi Rabbi
June 12 at 9:36pm · Unlike · 1
Rabeah Mohd Ali:
Yang mengerti mati
Akan sentiasa muhasabah diri
Kerana mahu mati dalam kebaikan
Moga kita semua tergolong mati dalam husnul khotimah
Aamiin.
June 12 at 9:40pm · Like · 1
Kembara Sirua:
Mungkin tak pantas badan disurga
Namun tak tahan bara neraka
Jika bukan karena Kuasa-Nya
Sungguh Insan tak berarti apa-apa
June 12 at 9:44pm · Unlike · 1
APABILA LANGIT BERBICARA
Pabila langit berbicara
Lidah kelu tanpa kata
SUBHANALLAH
Apakah gerangan
Yang ingin dibicarakan langit
ALLAHU AKHBAR
Terpana hati memandang langit
Gerun rasa hati melihat kejadian langit sebegini rupa
Berpusar-pusar seperti ingin membicarakan
Sesuatu pada seluruh alam...
Apakah ini api neraka yang menyala?
ALLAHU AKHBAR
Amat menggerunkan
Jauhkan kami dari seksaan api neraka-Mu Ya Allah
Apakah ini pusaran angin dunia Kiamat?
ALLAHU AKHBAR
Amat menakutkan!
Lojiklah semuanya
Menjadi belalang berterbangan dan terbakar hangus
Segala yang ada di bumi dan dilangit
Apakah ini rasaksa sebesar dunia
Yang akan menghancurkan dunia ini
Dengan sekali hentakkan kakinya
Berterbangan semua yang ada
Dengan sekali gauman suaranya
Semuanya musnah dalam sekelip mata
ALLAHU AKHBAR
Semua ilmu alam ghaib
Dalam Pengetahuan-Mu
Kami sebagai hamba-Mu
Cuma dapat memikirkan
Setiap kejadian
Yang Kau zahirkan
Di mata kasar kami
Agar kami dapat fikirkan
Dalam mata hati kami
Dengan penuh kepercayaan
Dan Keimanan
Makanya kami percaya
Setiap kejadian pasti
Ada hikmah-Nya
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
June 12 at 9:44pm · Like
Kembara Sirua :
Tiap kisah menyimpan hikmah
Karena alam adalah bukuNya
Yang mesti dibaca
Yang harus ditelaah
Agar tercerna
Rahasia KebesaranNya
June 12 at 9:53pm · Unlike · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP JARINGAN SASTRA INDONESIA)
21 Jun 2012 - GAURAV OBEROI
Sahabatku Yang Bernama Gaurav Oberoi...
Yang Dihormati Lagi Disanjungi Sepenuh Hati....
Terima kasih kerana sudi hadir
Dalam bicara puisiku
Kehadiranmu buatkan hatiku terharu sendu sedan
Biarpun hanya cuma satu perkataan
Kau sambut doa puisiku
Sejujurnya aku
Terharu pilu sendu
Kau faham apa yang ingin kusampaikan
Inilah yang membuatkan aku
Benar-benar terharu ....
Mengingatkan aku
Pada seorang rakanku
Tuan Brad Steven
Tika itu aku sedang bicara puisi
Tentang roh seorang kerabat diRaja bertemu Tuhan-Nya
Tika aku mengarangkan puisi tersebut
Kumohon pada-NYa agar dihadirkan ilham
Dengan izin-Nya akan berkarya puisi tentang
Pertemuan hamba-NYa dengan Pencipta-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Sesuatu yang amat berharga bagiku untuk dikongsi
Kepada semua teman-teman
Yang mengangumkan aku Tuan Brad Steven
Benar-benar faham apa yang kutulis
Aku tulis dalam Bahasa Melayu ...
Dia jawab dalam Bahasa Inggeris
Aku sangkakan dia tak faham apa yang kutulis
Kerana mesejnya terlalu berat untuk diterima akal mereka yang biasa
Dalam pegangan tauhidnya
Tapi ternyata Tuan Brad Steven faham...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Moga Nur Hidayah Kasih Illahi Dilimpahi pada Tuan Brad Steven
Dan Moga Nur Hidayah Kasih-Nya juga dilimpahi padamu juga .Aamin.
Nanti kusiarkan puisi yang disukai oleh Tuan Brad Steven itu
Untuk dikongsikan bersamamu Gaurav Oberoi .
Akhir kata...ucapan terima kasihku padamu
Kerana sudi membaca puisiku
Terima kasih... Terima kasih...Terima kasih...
Moga Rahmat Kasih-Nya DiLimpahi ke atasmu
GAURAV OBEROI Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
19 Jun 2012 - PUTRI DARI BENGKULU
PUTRI FATMAWATI
Seorang Putri Bengkulu
Yang paling manis
Yang paling cantik
Yang paling berprinsip
Menjahit sendiri
Bendera merah putih
Sepenuh jiwa
Sepenuh kasih sayang
Untuk seluruh rakyat
Bumi bertuah Nusantara
Di kala suami tercinta sakit
Dia tampil membaca teks proklamasi
Duhai ibu Negara Nusantara
Kami sayangi kamu
Karena kamulah
Kami bisa tersenyum bangga
Bersama bendera merah putih
Hasil jahitan halus tanganmu
Dijahit sepenuh jiwa rasa kasih sayangmu
Moga Allah Azzawajallah
Merahmati hidup matimu sekeluarga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
16 Jun 2012
BUNG KARNO PEJUANG KEAMANAN RAKYAT INDONESIA
Duhai Bung Karno...
Kau pejuang rakyat sejati
Kau rela derita demi rakyat Indonesia
Hidupmu adalah perjuangan
Tiada hari tanpa perjuangan
Kau kata...
Berikan aku 1 pemuda
Niscaya akan kuguncangkan dunia!
Kau kata lagi...
Biarpun aku seorang presiden
Rakyat tetap berkuasa menentukan
Siapa pemimpin yang layak untuk mereka naungi
Kau kata lagi...
Jangan pernah malu berbuat kebaikan
Kerna kemajuan tidak akan dicapai!
Kau kata lagi...
Bangsa yang besar
Adalah bangsa yang menghormati jasa pahlawannya
Kau kata lagi...
Kau lebih mudah mengusir penjajah
Tapi akan menjadi sulit jika bangsamu sendiri melawan
Jika mahu kekal merdeka
Mesti percaya dengan kekuataan bangsanya sendiri
Kita belum hidup dalam bulan purnama
Kerana banyaknya pancaroba
Tapi tetaplah bersemangat elang rajawali
Selama masih ada ratap tangis di gubuk-gubuk pekerjaan kita selesai !
Berjuanglah terus dengan mengucurkan sebanyak-banyak keringat.
Tuhan tidak merobah nasibnya sesuatu bangsa sebelum bangsa itu merobah nasibnya”
Janganlah melihat ke masa depan dengan mata buta!
Tapi pandanglah dengan mata hati demi pada masa akan datang.
Kenapa kita masih tidak mempercayai bangsa sendiri?
Tidak mempercayai satu sama lain!
Pada hal kita adalah berasal
Rakyat Gotong Royong
Putra dan putri Indonesia
Adalah dua sayap Garuda Indonesia
Jika dua sayap sama kuat
Maka terbanglah Garuda
Sampai ke puncak yang setinggi-tingginya
Jika patah satu daripada dua sayap Garuda itu
Maka tidak akan dapatlah terbang Garuda itu sama sekali !
Makanya ...
Demi Indonesia
Putra putri Indonesia
Harus bersemangat waja menerbangkan
Sayap Garuda
Agar bisa terbang setinggi-tingginya
Hingga mencapai bintang
Untuk dihadiahkan kepada rakyat Indonesia
Dan diwariskan bintang itu
Kepada anak cucu Indonesia
Dan bergemerlapanlah bintang itu
Selagi ada bulan dan matahari!
Makanya bangunlah bangsa Indonesia ku
Sama-sama memperkokohkan kedua sayap Garuda
Untuk mencapai bintang
Demi sebuah senyuman kehidupan
Seluruh rakyat Indonesia tercinta!
Bangunlah satu dunia!
Di mana semua bangsa hidup
Dalam damai dan persaudaraan!
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
28 April 2012
(UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PEJUANG RAKYAT INDONESIA YANG TERCINTA)
May 25 at 3:44pm · Like · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
16 Jun 2012 - PERTAHANKAN CINTA DEMI-NYA
Salam cinta untuk mereka yang suka akan cinta kepada:
Allah SWT
Nabi Muhammad SAW
Negara
Sesama insan
Semua yang diciptakan Ilahi di langit dan di bumi
Cinta setulus hati karena-Nya
Barulah sempurnanya cinta
Dan indahnya cinta
Cinta itu indah jika
Tiada apa yang ditakuti
Tuk mempertahankan cinta
Demi-Nya
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
15 Jun 2012 - BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
6 Jun 2012 - TUNTAS
gema suaramu
sudah ku gaungkan ke langit
ke rimba rimba
ke semak belukar
sampai ke dasar laut
di lima benua
kalau kau merasa lega
akan ku kembalikan lagi padamu
biar kau simpan
di lubuk hatimu
yang paling dalam
untuk anak anak kita
lalu kau tuliskan di sana
dengan tinta merah
dari luka dukamu
yang membara
JANJI KU TUNTAS SUDAH
Rabeah......
sambutlah kepulanganku
dengan senyuman
jangan tampakkan lagi
keberingasanmu
dengan tatapan
dua bola matamu
yang garang
aku tidak mengharapkan
apa apa.
-------------------------------temul amsal---27092012---Caberra.
SALING KASIH SETULUS HATI - Ini istri dinda Tuanku Putri.
Namanya Tengku Sayyidah Puan Mohd Yaman.
MOHON DOA RESTU DARI KANDA TUANKU PUTRI RATU RIMBA NIAGARA - KAULAH PERMATA DALAM SEJUTA
Duhai sahabat permata hati...
Darimu aku belajar banyak perkara:
Berkasih sayang demiNya
Menjalinkan ukhuwah talisiraurrahimi
Menghargai sahabat biarpun berlainan benua
Berkawan tidak memilih darjat keturunan
Mengalah demi menjaga hati
Tidak berputus asa
Erti sabar
Erti kehidupan
Erti kemanusiaan
Berlawak jenaka yang tidak mengguris hati
Sentiasa tenang
Kemurnian hati
Erti cinta
Saling membantu
Saling memahami
Kerendahan hati
Merendah diri
Bertolak ansur
Pemurah
Pemaaf
Tak sombong
Jiwa korporat
Jiwa kepahlawanan
Jiwa cintakan Agama Bangsa dan Negara
Tidak semua orang ada sikap seperti ini....
KAULAH PERMATA DALAM SEJUTA!
Moga dengan sikap-sikap mu Allah SWT meredhai hidup dan matimu.
AMIN AMIN AMIN YA RABBAL A'LAMIN
Karya Rha NS
15 Mac 2012
www
0 comments:
Post a Comment