YA ALLAH IZINKAN AKU WUJUDKAN NEGERI MURNI SEMURNI HATI SYURGA
DI DUNIA INI AAMIIN
Allah jangan Kau ambil nyawaku
di saat aku belum bersedia bertemu-Mu,
berilah aku peluang
wujudkan negeri murni semurni
hati Syurga di dunia ini...
bahagia hidup tanpa dosa
bahagia hidup tanpa peperangan
bahagia hidup tanpa kebencian
bahagia hidup tanpa mengundang hati jadi neraka
kami mahu hidup
hanya karena-Mu...
hanya untuk-Mu...
kami mahu apa yang kami
sumpahkan di alam roh-roh
bahawa kami mengaku
KAU LAH TUHAN KAMI...
KAMI KHALIFAH-MU DI MUKA BUMI INI
karena sumpah itulah ...
KAU hidupkan kami ke dunia ini...
atas dasar sumpah yang telah kami ikrarkan di hadapan-Mu,
kami mahu menjadi khalifah-Mu di muka bumi ini
yang KAU redhoi tika hidup dan mati...
kerana mahu menjadi khalifah-Mu...
berilah aku peluang mengujudkan negeri murni
semurni hati Syurga sebelum aku
dijemput pulang ke pangkuan-Mu...
selagi tak wujud negeri murni yang aku citakan itu menjadi realiti
seakan aku tak layak menjadi hamba-Mu jauh sekali menjadi
penghuni Syurga-Mu...
aku malu...malu...malu...
bertemu-Mu dalam aku tak bersedia lagi....
maka kasihanilah aku Ya Allah....
walaupun amalanku tidak sehebat Rabiatul Adawiyah Kekasih-Mu...
bagaikan langit dengan bumi...
tapi dengan belas kasihan-Mu...
dengan Rahmat Kasih-Mu...
Kau perkenankan cita-citaku...
aku terlalu takut aku tak sempat mencapainya
sebelum aku terpejam mata buat selamanya...
Kau Maha Tahu
segala isi hatiku
aku pasrah kalau itu takdir-Nya...
dari-Mu aku datang dari-Mu aku dikembalikan...
moga aku dikembalikan ke Pangkuan-Mu...
dalam roh dan jiwa yang tenang
redho lagi diredhai-Mu...
Aaamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Andai negeri murni yang aku citakan Kau perkenankan
semua hamba-Mu akan Memuja Memuji-Mu...
di sebilang masa menjadi khalifah di muka bumi-Mu..
agar hidup dan mati dalam redha-Mu...
di saat aku dijemput pulang ke Pangkuan-Mu...
semua manusia meredhai kematianku
tiada akan ada tangisan perpisahan
yang ada tangisan syahdu untuk sama bertemuku di Syurgawi
karena akulah saudara seislamnya dunia akhirat
menyayanginya kerana-Mu...
indah di kala kasih sejati terpatri sampai Syurga
itulah negeri murni semurni hati Syurga yang aku citakan Ya Allah.
moga Kau makbulkan Ya Allah...
Tiada daya upayaku melainkan dengan izin-Mu jua...
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
..........................................................................
sampai kapan pun aku hamba-Mu Allah
30 Safar 1436H
23 Disember 2014
"BERIBADATLAH SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK"
"Kita kena ingat mati, supaya perasaan untuk mengejar ilmu di dunia dan akhirat akan sentiasa menjadi keutamaan.
Beribadahlah seperti kita akan mati esok." - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat
Mengingati mati adalah guru untuk muhasabah diri
akan terhakis segala keegoan diri
semasa hidup semua dimiliki sudah tiada
gagah perkasa jadi kaku
berkuasa jadi beku
petah bicara jadi bisu
hebat kecantikan bakal menjadi kenduri ulat kubur
siapa pun status darjat setinggi-tinggi hingga serendah-rendah
semuanya bakal menjadi tengkorak
sekelip mata yang dibanggakan semasa hidup tiada lagi setelah mati
jadi apa yang hendak dihairankan dengan kehidupan sementara ini
Aku kamu dan semua akan mati
tapi tak tahu bila
bila-bila masa boleh mati
tua muda
kaya miskin
semuanya mati
pasti mati
tapi tak tahu bila
selagi belum mati
selagi itu TUHAN
masih beri peluang untuk memiliki Syurga-Nya...
'Allah tidak mengira bermulanya kamu
Allah mengira berakhirnya kamu,'
Andai hidup kamu diawali dengan amal soleh
tapi di akhir hidup kamu di akhiri dengan kejahatan
maka nerakalah tempat kamu
Andai hidup kamu diawali dengan kejahatan
tapi diakhirnya hidup dalam kebaikan
maka Syurgalah tempat kamu
tapi jika kamu dimasukkan ke Syurga
sedangkan di awalnya kamu tidak taat kepada TUHAN
walaupun di masukkan ke Syurga
pasti menyesal kerana tidak puas beribadat kepada TUHAN
cuma di saat-saat akhir saja
begitulah indah-Nya beribadat dari awal hingga ke akhirnya
hidup dalam khusnol khotimah
kebaikan...kebaikan...kebaikan
hanya kerana-Nya hanya untuk-Nya...
Ketika jasad ditanya soalan kubur
gagal menjawab soalan kubur
terseksalah jasad
menanggung azab
terbuka pintu neraka
bahang api neraka
terus ke kubur
lalu tanah kubur menghimpit
hingga ke tujuh petala bumi
menanggung azab kubur
sehingga HARI KEBANGKITAN
Kepada ahli kubur
yang berjaya menjawab soalan kubur
di buka pintu langit Syurga...
terus ke kubur
bercahaya...cahaya..cahaya...
di luaskan seluasnya
menjadi taman Syurgawi
nan indah
beradu bagaikan
bidadara (ahli kubur hamba Allah soleh)
bidadari (ahli kubur hamba Allah soleha)
merasa kenikmatan alam kubur sehingga HARI KEBANGKITAN.
Memang menakutkan bila gagal menjawab soalan kubur
Memang membahagiakan bila dapat menjawab soalan kubur
Gagal atau berjaya
bergantung kepada amalan masing-masing
kerana itu siapapun kita
tidak boleh menghukum
siapa ahli Syurga
siapa ahli neraka
kerana diri sendiri pun tidak tahu apakah lulus soalan kubur
setelah mati baru tahu lulus atau tidak menjawab soalan kubur
kita tulus atau tidak
kita tidak dapat beritahu mereka yang hidup
bagaimana kita sekarang
kerana bila sudah mati
hubungan dengan manusia yang hidup telah terputus
cuma yang mati
hanya mendapat saham kubur yang berterusan bilamana semasa hidup dia
bersedekah jariah
ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan
anak-anak soleh dan soleha mendoakannya...
jika semuanya tiada bergantung haraplah kepada amalannya saja...
sebab itu semasa ada peluang hidup
yang banyak harta bersedekah jariahlah
yang banyak ilmu sebar-sebarkanlah walaupun sebaris ayat
yang ada anak didiklah menjadi anak soleh dan soleha
walaupun sudah mati seribu tahun saham akhirat akan berterusan...
"BERIBADATLAH SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK"
DITULIS UNTUK MUHASABAH DIRI SENDIRI LALU DIKONGSIKAN KEPADA SAUDARA SEISLAM YANG KUSAYANGI DUNIA AKHIRAT
JIKA DITANYA ALLAH NANTI
"DUHAI HAMBAKU ADAKAH ILMU YANG KAU KETAHUI DISEBARKAN?
HANYA ENGKAU DAN RASUL MENJADI SAKSI YA TUHANKU.... "
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SETIAP YANG BAIK DATANG DARI ALLAH
YANG LEMAH ITU DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI
MAKA SAYA MINTA MAAF ATAS SEGALA KELEMAHAN SAYA
SEPANJANG BERSIARAN KARYA."
SAHABAT DUNIA AKHIRATMU YANG INGIN SETIA DENGANMU,
AKU HAMBA ALLAH SEPERTI KAMU JUGA
SEBAGAIMANA KAMU INGIN MATI DALAM KHUSNOL KHOTIMAH
BEGITU JUGA AKU
MAKA DEMI-NYA KITA SERASI BERSAMA HINGGA JANNAH
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
30 SAFAR 1436H
23 DISEMBER 2014
SUBHANALLAH INDAH-NYA CAHAYA CINTA ALLAH UNTUK SEMUA HAMBA-NYA
Pradita Fia and Lang Kelana like this.
Lang Kelana Assalamualaikum bonda indah bercahaya meliputi ruang 7petala langit 7petala bumi.kalam bonda menusuk menikam menusuk kalbu hanya air mata berderai diribaan menjadi saksi di padang masyar nanti ingatan suci bonda amiin
Rabeah Binti Mohd Ali Waalaikummussalam wr wb nanda...moga Allah swt memakbulkan doa nanda dan yang membaca kalam yang bonda tulis. Dengan izin Allah jua bonda bisa menulis seindah ini...Syukur Allah syukur sebanyak-banyak-Nya. Allahu Akbar AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
PETIKAN WALL RATU RIMBA NIAGARA
30 SAFAR 1436H
23 DISEMBER 2014
KANPUR, (MLP) – Ketika berjalan di atas kabel elektrik di stesen kereta api Kanpur, seekor monyet terkena kejutan elektrik dan terus hilangkan kesedarannya. Sejurus selepas itu, seekor lagi monyet tiba untuk menyelamatkan rakannya.
Dalam video ini, anda dapat melihat percubaan monyet tersebut dalam membangunkan rakannya dengan mengigit, memukul dan menyimbah air. Pada permulaannya, percubaan dia kelihatan sia-sia tetapi secara ajaib, monyet yang tidak sedarkan diri itu telah bangun dan rakannya terus menepuk dan menenangkannya seolah-olahnya berkata bahawa semuanya sudah baik.
Ini menunjukkan yang kadang - kala haiwan mempunyai sifat berperikemanusian yang lebih ikhlas daripada manusia. Adakah anda akan lakukan yang sama jika berdepan dengan situasi yang sama?
PERHATIAN: Walau bagaimanapun, Gelar Adat yang disebutkan masih tidak terikat pada status yang ditetapkan dan tiada terbatas seperti gelar Pangeran, gelar Raden dan lain-lain.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
Today
Yesterday
-
-
-
-
-
-
Al Furqan likes your
post on his timeline: "KERANA-NYA KITA SERASI BERSAMA SEHINGGA...".
6:53pm
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment