KENAL DIRI KENAL TUHAN (469) ALLAH ADALAH PENCIPTA SEGALA SESUATU
Kesultanan Mataram shared Allah's Quotes's photo.
(Quran Ch 64 - at-taghaabun : v 11 translation)
Allah says," And whosoever believes in Allah, He guides his heart, And Allah is the Knower of all things."
WARKAH ISTIMEWA UNTUK YANG MULIA ADMIN GROUP BANGSAWAN DIRAJA ZAMAN SILAM NEGERI ANTAH BERANTAH
BismillahirRahmanirRahim
Asssalamualaikum wr wb
Kepada Yang Mulia Admin group
ADMIN GROUP BANGSAWAN DIRAJA ZAMAN SILAM NEGERI ANTAH BERANTAH
Izinkan hamba bertanya dan memberi beberapa cadangan bagi menaik
tarafkan Kualiti Group Yang Mulia ini kerana hamba percaya 100%
semua ahli group terdiri daripada kerabat diRaja, bangsawan , pahlawan,
cendiakawan,pemikir ...hamba cumalah seorang hamba dari rimba yang tiada mempunyai apa-apa darjat mahu pun harta...tinggal menumpang di rimba niagara atas ehsan penghuni rimba yang menyelamatkan hamba dari mala petaka
yang amat dahsyat daripada dunia manusia.
Di rimba niagara inilah tempat yang hamba dambakan daripada segala kemelut masalah manusia yang tak habis-habis masalahnya.
Di rimba niagara ini hidup kami saling:
1. Hormat menghormati
2. Menyanjungi
3. Saling berbagi ilmu
4. Berkasih sayang
5. Bergotong royong
6. Saling membantu
7. Saing menghargai bakat kurniaan dari Ilahi
8. Jika ada masalah bermuzakarah
9. Mengambil keputusan hasil dari muzakarah
10. Sentiasa berkomunikasi dengan bahasa santun (tidak menyakitkan hati)
Di rimba niagara ini tidak akan ada:
1. Fitnah menfitnah
2. Berbangga diri dengan darjat
3. Dendam mendendami
4. Cemburu
5. Tiada bahasa kasar yang boleh mengundang kemarahan
6. Tiada wujud perselisihan
7. Tiada mementingkan diri sendiri
8. Berkata ikut suka
9. Hina menghina sesama sendiri
10. Sindir menyindir (kerana rasa diri sempurna)
Hamba bersyukur dapat hidup di Rimba Niagara ini hidup
aman damai tenang dan berkasih sayang pada seluruh penghuni rimba
inilah kehidupan yang hamba dambakan sejak dulu lagi
di rimba ini daunan kasih pengikat kasih yang diutamakan dan amat penting sekali dalam menjalani kehidupan harian tidak seperti di luar sana biru,hijau merah ungu menjadi buruan, pangkat, darjat, harta kekayaan yang dimatlamatkan sampai mati.
Setiap penghuni rimba semua berebut-rebut ingin berbakti demi keharmonian dan kesejahteraan seluruh penghuni Rimba Niagara makanya hamba dilantik menjadi Ratu Rimba Niagara Untuk Memerintah Rimba Niagara, sudah banyak kali hamba menolak tawaran untuk menjadi ratu ...memadai hamba berbakti dengan karya-karya hamba pada penghuni rimba itu sudah memadai..tapi mereka hendak juga...itupun mengikut amanat perwira hamba yang mati lemas ketika mencarikan mahkota di dasar laut ombak rindu di negeri antah berantah.
Si Kunta Si Kunte adalah perwira hamba yang sudah mati. Merekalah selama ini menjadi pendorong menyubur semangat hamba untuk berkarya...mereka jugalah yang melarang hamba untuk menghantar karya di mana-mana grup jika semata untuk disakiti hati katanya,'Tuan Putri Alam Nilam Purnama yang disayangi sepenuh jiwa janganlah sedih jika mereka tak like tak baca karya Tuan Putri...kami di sini sentiasa suka dan teramat teruja membaca karya tuan putri lagi kami baca lagi kami rindu...rindu akan kebaikan....rindu untuk bertemu dengan Tuhan yang mencipta Tuan Putri dan mencipta hamba juga...biarpun hamba sekalian penghuni rimba cumalah haiwan tapi hamba sekalian tetap bersyukur dihidupkan di bumi ini untuk menyempurnakan kehidupan manusia saling lengkap melengkapi. Jiwa kami ini hanya Tuan Putri saja yang faham sebab itu Tuhan izinkan Tuan Putri dihadirkan ke kami sesungguhnya kami bersyukur sebanyak-banyak-Nya atas kurniaan ini. Terima kasih tuan putri kerana sudi hidup susah payah bersama kami di rimba niagara ini."
Jika tuan putri dimasukkan nama ke mana-mana grup tuan putri tanyalah soalan-soalan ini jika mereka menjawab dengan jelas barulah tuan putri terus kekal menyiarkan karya. Jikalah karya tuan putri tidak dibaca tidak di like tak mengapa tuan putri malaikat dan Allah sentiasa bersama Tuan Putri membaca menyemak menghayati meng like karya Tuan Putri selagi karya tuan putri tidak menyimpang dari kehendak Tuhan. Tapi jikalah setiap karya tuan putri sudahlah tidak di like dikeji dihina seolah Tuan Putri ini seperti robot tidak punya hati dan perasaan tapi robot pun cerdik boleh mengatakan pada tuan putri berehatlah tuan putri dari mengarang kerana tuan putri bukan robot. Macam mana itu ye jika robot mengatakan tuan putri bukan robot? sedangkan dia robot. Pening juga mahu dijawab soalan itu...begitulah canggihnya pemikiran robot sekarang .
Tuan putri ingat pesan hamba jangan sesekali tuan putri bazirkan air mata jika mana-mana ahli grup menghina mengeji mengutuk karya tuan putri ....jangan jawab kata-kata mereka itu...tuan putri keluar saja dari grup tersebut tanpa mengucapkan selamat tinggal. Tak guna tuan putri berbalas-balas jawapan kepada manusia seperti itu kerana mereka rasa hidup mereka sempurna dengan kebijaksaan lebih daripada orang lain sebab itu mereka jadi begitu.
Oh ya...lupa hamba suruh tuan putri tanya kepada admin grup pabila tuan putri dimasukkan nama:
1. Siapakah admin grup
2. Berapa admin yang ada
3. Berapa orang ahli jawatankuasa yang ada di grup
4. Apakah misi dan visi grup ditubuhkan
5. Adakah admin selalu memantau setiap yang dipostkan
ahli di wall grup
6. Adakah admin mengadakan syarat-syarat menjadi ahli?
contohnya:
a. ahli mesti mengunakan gambar sebenar
yang terang dan jelas ini bagi mengelakkan
ahli ahli sewenangnya berkata ikut suka hati
b. dilarang menggunakan bahasa kesat hina
menghina kutuk mengutuk kerana ini akan
menimbulkan pergaduhan. Jika berlaku juga
setelah diberi amaran ahli tersebut
hilang kelayakan menjadi ahli
c. admin berhak menanyakan nama sebenar
jika ahli menggunakan nama pena
7. jika mana-mana ahli tidak memberikan apa-apa sumbangan
idea tidak memberi impak kepada grup selama 14 hari berturut-turut dengan sendirinya kehilangan kelayakkan menjadi ahli...kerana tujuan ditubuhkan grup ini hanyalah untuk saling berkerjasama kepada admin untuk menjayakan misi dan visi admin kenapa ditubuhkan grup semuanya ke arah menjayakan bukan memusnahkan. Biarlah ahli sikit asalkan aktif semuanya.Kita mahukan kualiti bukan kuantiti.
8. Setiap post ahli yang memberi impak kepada menjayakan misi dan visi grup hendakah disimpan sebagai rujukan grup lebih senang di dokumen kan agar terpelihara...mana-mana post tidak selari dengan kehendak admin grup hendaklah dilupuskan.
9. Semua post ahli boleh diberi komen yang membina bukan
membidas hingga yang hendak meng post tiada keyakinan lagi
untuk post yang lainnya sedangkan idea mereka itu mustahak untuk
disampaikan...manalah tahu jika mati tidaklah idea yang bernas dibawa mati sama tanpa diketahui apa yang hendak disampaikan...jangan menyekat idea yang ingin dilontarkan...mungkin idea yang ingin dilontarkan
itu memberi manfaat kepada generasi akan datang sebagai warisan bangsa SeNusantara
10. Perbezaan pendapat itu biasa ...tapi berdebatlah dengan cara berhikmah dan bijaksana agar tiada hati-hati disakiti kerana kita semua bukan robot yang tak punya hati dan perasaan. Kita tetap manusia yang lemah ada kalanya rasa tercabar dan hilang kewarasan apabila dihina dan dikutuk tanpa pembelaan diri. Makanya sentiasa hati-hatilah dalam berkata-kata. Lekaslah minta maaf jika ada mana-mana ahli yang terasa hati atas kata-kata yang kita lontarkan itu.
Sekian sahaja yang hamba dapat lontarkan idea pada hari ini kepada semua ahli grup yang mulia ini dan kepada admin grup sudilah menjawab soalan-soalan yang dikemukan hamba jika tidak keberatan.
Akhirkata hamba menyusun sepuluh jari memohon maaf jika sekiranya ada kata-kata hamba yang mengguris hati para ahli di grup yang mulia ini.
"SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARI-NYA
YANG LEMAH ITU ADALAH DARI HAMBA SENDIRI"
Sekian . Wassalam.
Bicara patik harap diampun...
Ampun Tuanku
Daulat Tuanku!
Daripada hamba;
Maharani Ratu Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
(PETIKAN WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
1 Rabiulawal 1436H
24 Disember 2014
Berkatalah yang positif kerana kata-kata positif ada Nilaian Di Sisi-Nya.
In Syaa Allah. Aamiin.
·
Rabeah Binti Mohd Ali posted in 3 groups.
Rabeah Binti Mohd Ali shared Al Furqan's photo to the group: LOMBA PUISI & SAIR DOA KEDAMAIAN DUNIA SEDUNIA KEDTON KRATON WAHYU UTAMA.SEMOGA BAHAGIA SELALU
Rabeah Binti Mohd Ali shared Al Furqan's photo to the group: Sri Pemangku Adat.SEMOGA BAHAGIA SELALU
Rabeah Binti Mohd Ali shared a photo to Al Furqan's timeline.
Jangan memperjuangkan orang yang tidak berani memperjuangkan Anda.
Mario Teguh
Rabeah Binti Mohd Ali shared Mahhayu Ismail's photo.
Menerima perkhabaran kurang enak dr sahabat sy di Pulau Melaka.. mohon sahabat2x doakan kesihatan Ayah Ziz..
www
0 comments:
Post a Comment