TAKDIR SEBAGAI PUJANGGA DIRAJA & PAHLAWAN NUSANTARA
Subhanallah terlalulah panjang naskah kuno ini. Ditakdir dapat melihatnya pasti pengalaman yang indah.
Allah juga takdirkan Ratu Rimba Niagara menjadi Pujangga Nusantara..menulis puisi gurindam syair pantun untuk Raja, Pahlawan, Pemimpin dan Rakyat Nusantara andainya dijadikan
naskah moden panjangnya sama agaknya. Subhanallah
Kuasa Allah mengatasi segala-Nya.
Barulah dipahami kenapa sejak dulu lagi hati ini sudah jatuh hati dengan sejarah raja dan pahlawan nusantara rupanya dengan izin-Nya jua mengarangkan naskah pujangga moden nusantara.
Itulah takdir yang kuterima apabila sudah ditakdirkan ke atasku.
Redho akan takdir itulah yang amat membahagiakanku sebagai seorang penulis ....biarpun bukan berasal dari bumi ibu pertiwi nusantara....
Memang sukar dipercayai dari segi logik...tapi bila dipikirkan
bilamana Allah berkehendak tiada siapa yang boleh menghalang-Nya...makanya kuredho atas Kehendak-Nya aku menjadi pujangga menuliskan kisah-kisah fisabilillah raja dan pahlawan nusantara...Itulah hakikatnya itulah takdir dari-Nya yang harus kuterima dengan redho tanpa ada rasa keraguan lagi.
Sri Pemangku Adat
Anugerah Budaya Kesusasteraan Kepada Karyawan:
WATIKAH GELAR ADAT.
“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, YANG MENGUASAI TUJUH PETALA LANGIT DAN TUJUH PETALA BUMI SERTA SEISI KANDUNGANNYA, SEGALA PUJI-PUJIAN BAGI ALLAH SERU SEKALIAN ALAM, MAKA ATAS KUASA YANG ADA PADA ANDEKA DIPERTURUNKAN GELAR ADAT KEPADA YANG AMAT MULIA Rabeah Binti Mohd Ali, SEBAGAI Toh Puan Ratu Kencana Sari, DENGAN BERKAT DOA-DOA KAMI KEPADA MUHAMMAD S.A.W, ALAM SEMESTA MENJADI SAKSI DAN SEGALA DI DUNIA DAN SEISINYA MEMPERAKUI DENGAN LAFAZ LAILAHAILLAH MUHAMMADUR RASULLULAH”.
Kurnia ini diberi kerana berjasa atas sumbagan dan komitmen yang dibuktikan menerusi penyampian khususnya budaya kesusateran dunia maya Laman Rasmi Deplomatik Sri Pemangku Adat. Dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih daripada DISAKA (Malaysia). Amin Ya Allah.
UnlikeUnlike · · Share
You, Sri Pemangku Adat and 10 others like this.
A Latiff Mohd Shariff Alhamdulillah
Ahmad Hamizan Assalammualaikum Sri Pemangku Adat dan YM Rebeah Binti Mohd Ali syabas diatas dikurniakan Gelaran Adat Toh Puan Ratu kencana Sari.
Aamiin ya Allah.
Tauhid Muhd Alhamdulillah. . Tahniah buat YAM Rabeah dgn gelaran Toh Puan Ratu Kencana Sari. Semoga berjaya dan terus sumbangan ini. Amiin ya allah
·Insan Musafir Aamiin Ya Allah
TOH PUAN RATU KENCANA SARI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Syukur Alhamdulillah dikurniakan Gelaran Toh Puan Ratu Kencana Sari daripada di SAKA MALAYSIA dan YM SRI PEMANGKU ADAT.
Memang tidak pernah diduga akan dianugerahkan gelaran sebegitu tinggi. Sejak menyertai grup Sri Pemangku Adat hampir empat tahun sudah banyak karya yang disiarkan tanpa henti tanpa had. Cuma semenjak tahun lepas YM Sri Pemangku Adat tidak aktif di grup ini atas urusan kerja selama setahun grup ini bagaikan dilanggar burung garuda sunyi sepi , tapi sabar menanti kehadiran YM Sri Pemangku Adat untuk menyerikan grup ini. In Shaa Allah grup ini kembali ceria dengan banyaknya ilmu tentang diRaja dan Hulubalang Nusantara terutama adat dan budaya Wangsa Melayu Bugis Nusantara. Syabas YM dan terima kasih banyak atas sumbangan ilmu yang amat berguna kepada agama , bangsa dan negara untuk tatapan generasi kini dan akan datang.
Secara tidak langsung menyemarakkan lagi dunia sastera saya, apabila dianugerahkan gelaran Toh Puan Ratu Kencana Sari,
Nama Kencana Sari seolah telah lama saya dengar dan amat meminati dengan nama itu tak tahu kenapa. Tapi bilamana malam ini saya dengar nama Kencana Sari saya mula teringat apa yang saya bayangkan dahulu di mana dalam karya kisah dongeng diRaja yang saya karang pernah menaruh nama Putri Kencana Sari... benarlah ilmu Pengetahuan Allah mendahului apa yang kita ketahui akan datang. Semua-Nya telah tersurat di sebalik yang tersirat.
Dalam perjalanan hidup saya, semuanya bersangkutan dengan masa silam ke masa kini, dulu saya minat sejarah Mataram tapi kini saya terlibat secara langsung dengan kerajaan Mataram, Moyang saya hulubalang Raja Bugis kini secara langsung saya terlibat dengan Grup Wangsa Bugis Melayu Nusantara...dulu saya minat dengan kisah-kisah diraja saya karangkan kisah dongengan diRaja tapi kini secara langsung saya mengarang kisah diRaja yang realiti...semuanya kait mengait di antara satu sama lain. SUBHANALLAH ALLAHU AKBAR Maha Berkuasa-Nya Allah...saya yakin semua-Nya telah diaturkan oleh Allah swt akan perjalanan hidup mati saya maka saya redha.
Kerana menulis adalah minat saya sedari kecil, maka adalah satu kepuasan bagi saya apabila karya saya diberi komentar oleh pembaca. Dulu sebelum mengenal dunia alammaya untuk mendapat komentar daripada pembaca saya membuat salinan karya dalam kadar yang banyak di sertai dengan borang kajiselidik. Hasil kaji selidik di semua peringkat umur, taraf pendidikan dan pekerjaan memberi komen 99% baik dan di luar jangka sehingga saya yakin saya adalah seorang penulis berbakat ditauliahkan oleh rakyat Malaysia dan ada juga rakyat Indonesia. Sebelum membuat kajiselidik tahap pencapaian penulisan saya , saya masih ragu dan tidak yakin diri. Saya anggap saya adalah penulis perasan sendiri untuk luahan perasaan sendiri tapi tidak rupanya.
Sebab itu bilamana saya berada di dunia maya, saya terlalu pentingkan komentar daripada pembaca , andai rakan grup tidak memberi komentar atau like tak mengapa tapi sebagai rakan fb wajib andai mereka pelit bin kedekut idea saya terpaksa mencari rakan fb yang lain sebagai pengganti , sebab itu rakan fb saya sampai sekarang silih berganti dan tidak ramai boleh dibilang dengan jari bukan tak mahu terima tetapi saya mahu menumpukan dunia penulisan saya. Moga mereka sudi maafkan saya dan memahami dunia sastera saya.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada YM Sri Pemangku Adat dan di SAKA MALAYSIA atas anugerah TOH PUAN RATU KENCANA SARI. Moga dengan gelaran ini bukan bertujuan untuk membangga diri tapi adalah menyuntik semangat untuk saya meneruskan perjuangan sastera saya dan adalah hadiah yang teristimewa untuk anak cucu Nusantara tercinta bahawa moyang sastera mereka berusaha gigih untuk menghasilkan bahan sastra yang bermanfaat dan berkualiti untuk mereka . In Shaa Allah Aamiin.
Sekian. Terima Kasih .Wassalam.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara @ Rabeah Mohd Ali,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujanggga Sribu Jaman
30 Zulkaedah 1435H
25 September 2014
TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,' TANJAK BANGSAWAN WANGSA BUGIS MELAYU NUSANTARA ' Karya Ratu Rimba Niagara , YM Sri Pemangku Adat, Perkumpulan Karaton Nusantara, Karaton Nusantara, Akademi Komuniti & Silat Pengantin
Sungguhpun telah berlalu lebih 400 tahun namun Tanjak Bangsawan Wangsa Bugis Melayu Nusantara ini masih kekal ciri-cirinya iaitu KAIN berwarna MERAH dan mempunyai jalur EMAS hingga saat ini dan Adat Budaya terpelihara hingga kini.
By: Sri Pemangku Adat
Unlike · · Unfollow Post · February 17 at 3:38am
You, Sri Pemangku Adat, Perkumpulan Karaton Nusantara, Karaton Nusantara and 14 others like this.
KEJAYAAN FISABILILLAH ABANG & ADEK PENDEKAR TEMASEK
ADEK DI TEMASEK TAK SIAPA YANG NAK AMBIL TAHU
JANGAN BILANG GITU WAHAI ADEKKU
ABANG DI SINI SENTIASA AMBIL TAHU
DIAMNYA ABANG BUKAN MEMBISU DI KALBU
TAHUKAH DIKAU ADEKKU...
KALIAN SENTIASA ADA DI INGATANKU
DIAM BUKAN SEBARANG DIAM
DIAM BERISI SEPERTI UBI KAYU
KARNA ABANG BUKAN TUNGGUL KAYU
ABANG ADALAH PAHLAWAN MELAYU
ADEK PUN PAHLAWAN MELAYU
PAHLAWAN MELAYU TAKKAN BIARKAN ADEKNYA LAYU
DARAH PERJUANGAN KITA ADALAH SAMA
DARAH MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
SAKIT ADEK SAKITLAH ABANG
KITA AKAN SEHATI SEJIWA
KITA AKAN SENADA SEIRAMA
TUNGGULAH DI SANA ADEKKU
TUNGGULAH KABAR BERITA GEMBIRA DARI ABANG
KITA AKAN BERSATU KEPAHLAWANAN
BIARPUN NYAWA ABANG JADI TARUHAN
LAMBANG CINTA ABANG PADA ADEK YANG TERANIAYA
KITA GEGARKAN
KITA LAUANGKAN
BANGSA MELAYU
JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA
TAK AKAN DIBIARIN
DIINJAK-INJAK SESUKA HATI
INILAH SUMPAH ABANG PADA ADEK TERCINTA
PADA SEMUA GENERASI NUSANTARA TERSAYANG
KITA BERPADU SEMANGAT JUANG
KITA BERSATU HATI
BAGI MEREALISASIKAN
SEBUAH IMPIAN MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
BAHAWA MELAYU TAK AKAN HILANG DI DUNIA
BARULAH KITA
BUKTIKAN KATA KERAMAT MOYANG KITA
ITULAH JIWA ADEK
ITULAH JIWA ABANG
DEMI CINTA ABANG PADA ADEK
NYAWA ABANG JADI TARUHAN
KARNA HATI KITA SENTIASA BERBUNGA CINTA SYURGA
MAHU MATI SYAHID KE JALAN-NYA
KITA ADALAH PENDEKAR ALLAH
KITA ADALAH PENDEKAR SENUSANTARA
JIWA KITA SENTIASA BERGELORA MEMBARA
MENYATU DI ALAM ROH MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
DEMI AGAMA DAN ANAK CUCU SENUSANTARA
ABANG BERSUMPAH
DEMI CINTA KARNA-NYA
DEMI KASEH PADA SEMUA RAKYAT SENUSANTARA
AKAN ABANG PERJUANGKAN UNTUK MENYELAMATKAN ADEK
DI BUMI TEMASEK
ADEK TUNGGULAH ABANG DI SANA
DOAKAN ABANG MOGA SEGALA STRATEGI ABANG
DIPERMUDAHKAN DAN DIMAKBULKAN ALLAH
TUNGGULAH DALAM SABAR
PENUH KETAWAKALAN
DEMI MEMBUKTIKAN CINTA KITA
ADALAH CINTA PAHLAWAN NUSANTARA
TAK TAKUT MATI DI MEDAN JUANG
ANDAINYA KITA MATI DALAM PERJUANGAN
PERCAYALAH AKAN BANGUN SEMUA RAKYAT SENUSANTARA
MENEBUS KEMATIAN KITA NANTI
KEMATIAN KITA BERARTI
DI SISI-NYA
SAMPAI SYURGA KITA BERSAMA MERAIKAN
KEJAYAAN FISABILILLAH
IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Karya Ratu Rimba Niagara
7 Rabiulakhir 1434H
17 Februari 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PENDEKAR TEMASEK
& SEMUA PENDEKAR SENUSANTARA & ANAK CUCU SENUSANTARA YANG DIKASIHI DEMI-NYA)
February 17 at 10:25am · Like · 5
Perkumpulan Karaton Nusantara di mana-mana jua kita berada kita saling dukung mendukungi..semoga rakan-rakan seperjuangan dalam fb ini sedar dan mengerti hakikatnya..
February 19 at 6:36pm · Unlike · 6
Ratu Rimba Niagara Macam mana dengan puisi yang dikarangkan ratu ini duhai abang perkumpulan karaton nusantara....hehehe
February 19 at 7:01pm · Like · 4
Karaton Nusantara masih mentah lagi wahai Sang Ratu Rimba Niagara mahu yang lebih meresap di jiwa kalbu baru bisa diberi pujian sebegini oleh Perkumpulan Karaton Nusantara ianya begitu..loh
February 20 at 12:19pm · Unlike · 4
Sri Pemangku Adat untuk menilai karya itu bukan sekadar dibaca saja Karaton Nusantara, ia mesti dirasai jiwa melalui fikiran yang sedar..insyallah.. fahamlah nanti..
February 22 at 1:32am · Unlike · 4
Azhar Maswan bila boleh belajar cara ikat tanjak ni Sri Pemangku Adat
February 22 at 1:41am · Unlike · 4
Sri Pemangku Adat tiada masalah untuk belajar cara-cara mengikat tanjak bernama "NAGA BERARAK" ini... insyallah akan ditunjukkan kemudian dalam fb ini.. pada yang berminat..
February 22 at 1:55am · Unlike · 6
RM Amin Marzuki Jenggotnya mana kanda ??? ciri Pahlawan melayu islam beraja?
February 22 at 5:43pm · Like · 4
Akademi Komuniti kepimpinan menuju kepada islam itu lebih afdal bukan sekadar memakai janggut atau berjubah..
February 25 at 12:55am · Like · 4
Budaya Bentara tiada komen..
February 25 at 1:29am · Like · 4
REVOLUSI BERTANJAK
Revolusi bertanjak
Raja bertanjak
Pemimpin bertanjak
Tak akan berlaku revolusi
jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak
Suka tak suka
akan berlaku revolusi
jika sekiranya
seluruh rakyat bertanjak
dan memahkotakan
tanjak yang terbaik
bertahtakan
kekuasaan rakyat memilih
siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
dan memartabatkan Raja
untuk mengukuhkan lagi
sesebuah negara
yang sentiasa mengutamakan rakyat
daripada kepentingan sendiri
kerana kekuasaan rakyat
sentiasa dijunjung pada
tanjak anugerah rakyat
untuk pemimpin dan Raja
itulah revolusi yang sebenarnya!
jika itu terealiti
makanya
antara rakyat pemerintah dan Raja
berpisah tiada
kerana senada seirama
memajukan negara
dalam suasana
aman harmoni
tanpa
mengundang
ketidakadilan
dalam memegang tampuk kekuasaan
kekuasaan adalah milik semua
dan semua berhak
untuk hidup dalam
negara sendiri yang merdeka!
Revolusilah rakyat
Revolusilah pemerintah
Revolusilah Raja
Revolusilah negara
Barulah negaraku akan terus merdeka
Dalam ertikata yang sebenarnya
Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
25 Februari 2013
February 25 at 9:32pm · Like · 6
Akademi Komuniti REVOLUSI SASTERAWAN & BUDAYAWAN
Monday at 9:56pm · Unlike · 5
Silat Pengantin jalinan kebudayaan dan kesusateraan maya..Amin.
5 hours ago · Unlike · 3
Ratu Rimba Niagara Duhai Akademi Komuniti & Silat Pengantin memandangkan kalian berdua tidak berbelah bahagi menyokong dunia sastra hamba...sudikan kalian berdua terima tawaran menjadi pejuang sastra nusantara hamba...jika sudi hamba amatlah berbesar hati...jika tak sudi hamba agak dikit kecewa karna tanpa dukungan padu daripada tuan hamba berdua...dunia sastra nusantara hamba nazak...hehehe
4 hours ago · Like · 2
Bugis Tanah Melayu Paduka Ayahenda yang dikasihi..amin.
2 hours ago · Unlike · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA)
7 Mac 2013
(PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
26 Zulhijjah 1434H
31 Oktober 2013M
KITA HIDUP ATAS SEJARAH NENEK MOYANG KITA
Mohd Sani Parmon jujurnya saya x larat nak bc karangan yg berjela2 ni..tapi saya rasa Ratu Rimba Niagara perlu tgk semula ttg fakta sejarah...jgn asik mengagungkan yg kononya perlu di sanjungi..tapi jgn terlupa kepincangan sejarah yg perlu di ketahui...dalam malaysia negeri lain jg ada kisah sultanya tapi...rileks aje...so...kaji la semula...salam
Ratu Rimba Niagara x larat nak baca tak apalah...sayapun tak larat nak jawab komen anda...anda yang masuk ke gelanggang sastera saya...tujuan saya berdebat dengan anda bukan hendak menunjuk hebat tapi mencari kebenaran sesebuah kisah sejarah yang mahu diketahui oleh generasi sekarang dan akan datang ...kerana kita hidup atas sejarah nenek moyang kita.
Cuba kita bayangkan andainya nenek moyang kita masih hidup ...apa yang ingin dilakukan sebelum mati...pastinya mahu membetulkan kekhilafannya betul tak? Sekarang nenek moyang kita berada di alam barzah pasti rohnya sedang meronta-ronta mahu anak cucunya membetulkan kekhilafannya dan jika kita telah membetulkan kekhilafannya pasti anak cucu tidak menyalahkan mereka lagi....malah anak cucu terpanggil untuk menghadiahkan sepotong fatihah untuknya di mana sepotong fatihah itu lebih berharga dari alam dan seisinya.
Cuba pula kita bayangkan ...kita yang hidup ini sudah mati seperti nenek moyang kita....pasti-pastinya kita akan segera memaafkan nenek moyang kita dan sentiasa mahu berbakti kepada anak cucu kita agar jangan diulangi kekhilafan nenek moyang kita ....betul tak? apapun terpulang kepada anda Mohd Sani Parmon. Lain kali kalau tak larat nak baca karangan saya yang berjela-jela ni...jangan berani berumah ditepi pantai kalau tidak sanggup dilambung ombat tsunami sastera ye....
Salam penuh santun maaf dari saya ....apapun terima kasih atas kesudian Mohd Sani Parmon turun ke gelanggang sastera saya...saya amat menyanjunginya...untuk pengetahuan anda...saya bukanlah seorang yang berani untuk berdebat dengan sesiapa kerana saya sentiasa sedar ilmu saya tidaklah banyak mana jika hendak dibandingkan dengan mereka sebagai rakan fb atau grup...saya rasa amat khuawatir apa yang saya tulis di setiap komentar saya pada rakan fb mahu pun grup membuatkan mereka tidak suka kerana mengganggu keakraban mereka dengan kawan-kawan ahli ahli grup ...tapi oleh kerana saya mahukan sangat bahan-bahan sastera nusantara ...saya pecahkan tembok ketakutan itu ...semata-mata mahukan mendapat bahan-bahan sastera....jika sepanjang saya mendapatkan bahan-bahan sastera penuh dengan penghinaan dan kutukan dari mereka...saya terus tidak akan berdebat dengan mereka lagi....tapi bilamana karya yang saya siarkan di grup dikejam habis jika dibaca menjadi bahan yang penuh dengan bahasa-bahasa yang kejam...makanya saya akan padamkan bahan sastera yang saya siarkan itu. Saya tak mahu berkarya sastera tapi membuatkan orang tak suka...Bila orang dah benci akan karya saya barulah saya berlalu pergi untuk merawat luka sastera sendiri.
RATU RIMBA NIAGARA
16 April 2013
KITALAH YANG MEWARISI KEPAHLAWANAN HANG TUAH
Dtk Haji AB Latiff Tahniah krn info-maklumat yg jelas-baik ini.
Ratu Rimba Niagara Terima kasih Dtk Haji AB Latif kerana sudi menghayati kisah Hang Tuah Zaman Silam. Dibawa kisahnya ke zaman kini agar generasi tahu bahawa Hang Tuah adalah pahlawan sejati tanpa perjuangannya yang tidak berbelah bahagi kepada dunia melayu...pastinya melayu akan pupus di dunia ini. Makanya kitalah yang mewarisi kepahlawanannya kerana kita menyahut SUMPAH KERAMATNYA, 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA,' sesiapa yang menafikan perjuangan HANG TUAH dialah pertualang bangsa melayu itu sendiri...
RATU RIMBA NIAGARA
16 Apr 2013
Like · · Unfollow Post · April 17 at 9:14am
Badar Al-ahmadi and Pg Abd Rahim Pht like this.
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & RATU RIMBA NIAGARA & KUESS IDRIS)
21 April 2013
Sri Pemangku Adat and 2 others like this.
Sri Pemangku Adat salam kemuliaan, junjungan kasih, amin ya allah.
Ratu Rimba Niagara Trima kasih YM Sri Pemangku Adat atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang saya bersiaran karya di grup ini. Moga Allah swt merahmati kita semua yang ada di grup ini. AAmiin.
Sri Pemangku Adat amin ya allah.
0 comments:
Post a Comment