KENAL DIRI KENAL TUHAN (495) KU KENALI DIA MELALUI DIA
SEDEKAHMU SAHAM AKHIRATMU
YA ALLAH SELAMATKAN NEGARA KAMI DARI BANJIR AAAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
حارس أمن لم تدفعه السيول لمغادرة مكانه وعمله في حراسة أحد الصيدليات لعدم نهبها وسرقتها أثناء الفيضانات .. الصورة إلتقطت عام 1974 في كندا ..
لكم التعليق ..
Assalamualaikum wwt. Boleh saya tahu di mana pejabat DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA? Siapa yang berada di dalam DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA? Sejak bila DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA ini ditubuhkan? Dan apa peranan yang dimainkan oleh DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA?
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
PERANAN RAJA PESAKA ADAT, PENGHULU PESAKA ADAT DAN PENGGAWA PESAKA ADAT DALAM ADAT KARAENG BAGI WANGSA BUGIS MELAYU.
Di Malaysia, lazimnya peranan tiga (3) jawatan penyandang dalam Adat Karaeng ini adalah termaktub berdasarkan kewajipan-kewajipan yang diamalkan sejak dahulu. Walau bagaimanapun, perubahan itu akan sentiasa berlaku kerana peredaran waktu dan cara hidup dunia moden maka, sewajarnya diterima oleh generasi kini dan akan datang dengan bijaksana dan penuh kewibawaan sebagai Ketua-Ketua Adat Warisan Pusaka. Diperjelaskan seperti berikut:-
Y. T.M. Raja Pesaka Adat adalah jawatan ketua bagi sesuatu kaum keluarga dan kaum kerabat yang besar di dalam masyarakat Adat Karaeng. Perlantikan Y.T.M. Raja Pesaka Adat ini dilakukan oleh Y.A.M. Penghulu-Penghulu Pesaka Adat dan diberi kewajipan-kewajipan yang bersesuaian zaman dalam pemerintahan dan pentadbiran Adat Karaeng.
Y.A.M. Penghulu Pesaka Adat adalah gelaran seorang pemimpin yang mengetuai sesuatu kelompok kaum keluarga dan kaum kerabat yang berkaitan dengan dirinya dalam masyarakat Adat Karaeng. Y.A.M. Penghulu Pesaka Adat ini dipilih oleh para Y.A.M. Penggawa Pesaka Adat daripada beberapa kelompok kaum keluarga dan kaum kerabat yang menjadi anggota sesuatu suku sama ada suku Bugis atau suku Melayu. Y.A.M. Penghulu Pesaka Adat yang dilantik mestilah mendapat persetujuan daripada Y.T.M. Raja Pesaka Adat. Kewajipan-kewajipan Y.A.M. Penghulu Pesaka Adat meliputi hal ehwal anak buahnya di dalam suku yang diwakilinya. Ini termasuklah urusan harta pusaka dan pentadbiran tanah adat bagi anak-anak buahnya. Seseorang Y.A.M. Penghulu Pesaka Adat itu boleh dipecat daripada jawatan yang disandangnya jika terbukti dia cuai atau bekelakuan yang tidak selayaknya.
Y.M. Penggawa Pesaka Adat adalah gelaran kepada seseorang yang mengetuai sesuatu kaum keluarga dan kaum kerabat dalam masyarakat Adat Karaeng. Kaum keluarga dan kaum kerabat adalah kelompok yang berasal daripada nenek atau moyang lelaki yang sama. Ahli-ahli dalam sesuatu kaum keluarga dan kaum kerabat itu amat rapat dan mereka memilih seorang ketua yang dipanggil Y.M. Penggawa Pesaka Adat. Antara kewajipan-kewajipan Y.M. Penggawa Pesaka Adat ialah menjaga maruah anak-anak buahnya, menguruskan istiadat keramaian (seperti adat perkahwinan, adat menyambut kelahiran bayi, adat berkhatan dan lain-lain adat resam) dan juga menyelenggara soal-soal pembahagian harta pusaka dan hak-hak penyandang warisan pusaka.
PERHATIAN : Mereka iaitu Raja Pesaka Adat, Penghulu Pesaka Adat dan Penggawa Pesaka Adat akan dianugerahkan Gelar Adat yang menjadi lambang dan simbol darjat kemuliaan dan darjah kehormatan. Selain itu para pembantu adat istiadat seperti Pangkuan Pesaka Adat dan Pegawai Pesaka Adat juga dianugerahkan gelar adat. Tujuan utama untuk membezakan diantara status seorang pemimpin dan pemerintah adat dengan kaum keluarga dan kaum kerabat yang menjadi anak buahnya.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
0 comments:
Post a Comment