DOA ORANG YANG DIZALIMI TANPA HIJAB
Di kala rakyat Gaza
diuji dengan ujian paling dahsyat
bermandi bom
dihujani peluru bagaikan salji
bermandikan darah
tanpa henti
tanpa ehsan
oleh pejuang tentera yahudi laknatullah
berkecai daging
berterbangan menjadi debu
disambut dengan hilai ketawa
tentera Israel...
namun para saudara seislam
masih membisu seribu bahasa
masih takut mati terkena bom dan peluru Israel...
rakyat Gaza
berjuang kesendirian
redha dengan ujian Allah...
mereka yakin Tuhan menguji
kerana mereka mampu apabila diuji
yakin andai mereka mati
angkara kezaliman tentera israel
Syurga menanti
Rakyat Gaza sabar...
dalam redha...
saudara seislam yang mengaku saudara
masih beku hati untuk membantu...
masih sayang tinggalkan anak isteri
masih sayang tinggalkan kuasa dan pangkat
masih banyak lagi harta untuk ditimbunkan menggunung
tiada yang berani menyahut
derita yang ditanggung oleh seluruh Rakyat Gaza...
bumi Gaza bermandikan darah dan air mata...
saudara seislam seluruh dunia
hanya memerhatikan saja
tidak terdetik hati
untuk menjadi pejuang fisabilillah Allah...
sedangkan di langit Syurga sana
roh-roh pejuang fisabilillah yang telah lama menikmati Syurga
merayu-rayu kepada Allah agar diizinkan
syahid buat kali keduanya ketiga dan seterusnya demi
kerana membantu menyelamatkan saudara seislam mereka yang dizalimi
tentera Israel tanpa belas kasihan...
Doa rakyat Gaza yang dizalimi
di angkat ke langit
di ketika Allah kata KUN FAYAKUN...
maka Allah hantarkan
tentera berkuda-Nya...
menghapuskan seluruh pejuang Israel...
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
bila bantuan Allah datang tiada siapa yang dapat menghalang
kemenangan-Nya...
SESUNGGUH-NYA BENARLAH ALLAH MAHA MENDENGAR
DOA HAMBA-HAMBA-NYA YANG DIZALIMI...
Karya Ratu Rimba NIagara
Saudara Seislammu Sampai Syurga Kita Bersaudara Aamiin
30 Safar 1436H
23 Disember 2014
(PUISI DITULIS ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT GAZA DAN SAUDARA SEISLAMKU YANG RELA SYAHID DI BUMI GAZA)
.
..
0 comments:
Post a Comment