Sunday, 21 December 2014

KENAL DIRI KENAL TUHAN (434) YA RAB JIKA DI DUNIAPUN HATI KAMI MASIH BERSATU ...BIARKAN KAMI TETAP BERSATU HINGGA PADANG MAHSYAR



KENAL DIRI KENAL TUHAN (434) YA RAB JIKA DI DUNIAPUN HATI KAMI MASIH BERSATU ...BIARKAN KAMI TETAP BERSATU HINGGA PADANG MAHSYAR

Pagi... Kurajut mimpi pada hening tak berujung .. Pada keramaian aku merasakan sepi.. Pada angin kurasakan kelembutan ... Pada aliran kudambakan rindu yang terbengkalai.. Jika diri adalah wujud tak berujud .. Ku ingin satu saja.. Aku ada pada Mu...
Unlike ·  · 
  • You, Lang KelanaMahabbah El-ahmady and 3 others like this.
  • Rabeah Binti Mohd Ali TANYALAH RINDU

    Tanyalah rindu

    ini rindu pun tidak
    yang didera rindu terus merindu

    Rindu...Rindu...Rindu...

    Kumerindu yang tak sudi merindu
    rinduku tersisih tanpa relaku

    Setiap saat 
    setiap detik
    setiap hari
    kumenunggu kasih
    menyapa rinduku
    namun kasih masih sepikan rindu
    tanpa ehsan
    sengaja biarkan rinduku
    dilambung ombak rindu kesendiriaan

    Rinduku diheret ke tengah lautan 
    lalu berada dalam bara gulungan ombak mengganas!

    Terlalu seksa 
    menagih kasih
    pada yang tak sudi...

    Apa salahku kasih
    apa dosaku kasih
    sehingga kau sisih
    dan buang rinduku 
    di ombak rindu
    agar aku terdera merinduimu
    tanpa penghujung..

    Aku masih menantimu kasih
    menyapa dan membalas rinduku
    yang ketandusan kasihmu

    Duhai kasih
    jangan larutkan rinduku
    di lautan asid bergelora

    Andai itu bisa membahagiakanmu
    aku menunggumu di pusara
    untuk membalas rinduku
    penyesalanmu pasti tak berhujung
    namun kumaafkanmu kasih
    kerana kau ditakdirkan hadir dalam hidupku
    sehingga ke akhir hayatku...

    Karya Ratu Rimba Niagara
    29 Safar 1436H
    22 Disember 2014
    22 hrs · Like
  • Pradita Fia Jika saja aku mampu menghitung jumlah bintang dilangit .. Mungkin rindukupun tak mampu terusik .. Jika saja air lautan adalah tinta aksara kata mungkin tak akan pernah habis aku merangkainya .. Semakin kuberjalan semakin ingin aku mendekat .. Diantara suka dan dukaku .. Diantara siang malamku .. Diantara ramai dan sepiku hanya rindu yang kusandang .. Pada kasih sayang .. Diatas Segala Kasih .. Saat airmata tak berhenti mengalir .. Saat bahu terguncang.. Saat jasad hanyalah sebutir debu .. Rindukupun tak pernah padam .. Pada malam sepiku .. Hanyalah Safa'at indah yang kunanti .. Andai jasad belum sanggup meniti.. Ruhkupun telah terbang bersama rindu pada Istana Hijau .. berkubah emas .. Airmata tak berhenti mengalir .. Pada lafalz tak terdengar.. Izinkan kubersimpuh pada tempat indah Mu.. Wahai Kekasih segala Kekasih ... Biarkan rinai hujan menyambut rinduku ...
    15 hrs · Unlike · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali INDAHNYA BERSAHABAT DENGAN AHLI SYURGA DI DUNIA INI

    Janganlah dibiarkan bulan bicara sendiri

    kerana bulan tak bersalah
    bulan sentiasa bermandikan cahaya
    cahaya nan indah
    siapa yang memandang pasti terpukau
    terpukau dengan keindahan diciptakan pencipta-Nya...biarlah segala derita dilupakan
    memaafkan dengan iman
    memadamkan segala parut mencengkam jiwaderita dunia hanyalah sementara
    derita huru hara negeri akhirat
    perih derita lara terseksa tak terdaya menghadapi
    maka mengingatkan huru hara pembalasan hari akhirat
    aku redho segala derita di dunia ini
    dengan harapan di akhirat nanti
    terpadam segala kelukaan derita di dunia
    di balas Allah Azzawajallah dengan dimasukkan ke golongan ahli Syurga bersama ahli Syurga memandang Wajah-Nya berdekatan
    dengan Rasulullah
    itulah kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya...
    Allahu Akbar indahnya bersahabat dengan ahli Syurga di dunia
    disambung persahabatan hingga ke Jannah
    Allahu Akbar AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    YANG MERINDUKAN SAHABAT YANG BERHATIKAN SYURGA ALLAHU AKBAR AAMIIN

    HADIRLAH DUHAI SAHABAT AHLI SYURGAKU
    KITA BERJANJI BERSUMPAH SETIA
    AKAN SETIA SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN
    KITA TAKKAN TERPUTUS KASIH
    KITA TAKKAN LARUTKAN KASIH DI LAUTAN ASID BERGELORA
    KERANA KITA DITEMUKAN ALLAH
    ADALAH UNTUK SALING BERBELAS KASIHAN BERKASIH SAYANG
    TANPA PRASANGKA JAUH SEKALI CEMBURU MEMBAWA DENDAM KESUMAT, ANDAI TERPISAH JUGA TANPA RELAKU RELAMU
    BERSIAPLAH UNTUK SALING MEMAAFKAN
    DAN REDHO AKAN PERPISAHAN KITA
    KERANA KITA YAKIN
    ALLAH TEMUKAN KITA WALAUPUN SEKADAR ALAMMAYA
    ADALAH UNTUK KITA DAPAT DIKETEMUKAN DI SYURGAWI
    PERCAYALAH DI SYURGA NANTI
    KITA PASTI SEHATI SEJIWA BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA-BAHASA
    SYURGA DIIRINGI DENGAN SENYUMAN WAJAH YANG BERSERI-SERI, BERCAHAYA-CAHAYA SETIAP SAAT...
    ALLAHU AKBAR INDAHNYA KAMU DUHAI SAHABATKU AHLI SYURGA YANG ADA DI DUNIA JUA DI AKHIRAT ALLAHU AKBAR
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIINSAHABAT DUNIA AKHIRATMU...
    RATU RIMBA NIAGARA
    SETIA DENGANMU IN SHAA ALLAH SAMPAI HUJUNG NYAWAKU
    SAMPAI SYURGA KITA BERSAHABAT WALAUPUN TIKA DI DUNIA
    KITA SALING MELUKAKAN TANPA SADARNYA KITA TAPI PERCAYALAH TIADA SEMINITPUN AKU MELUPAKANMU KERANA KASIHMU TELAH KUSIMPULMATIKAN DI HATI INI IN SHAA ALLAH TERSIMPUL MATI SAMPAI SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.MOGA ALLAH MAKBULKAN DOAKU UNTUK BERSAMA DI SYURGA DENGAN SEMUA SAHABAT ALAMMAYAKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT TIDAK KIRA DI MANA PUN MEREKA BERADA...ALLAHU AKBAR AAMIIN

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA 
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    28 Safar 1436H
    21 Disember 2014
    9 hrs · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali BERADU BAGAIKAN BIDADARA & BIDADARI SYURGA ALLAHU AKBAR AAMIIN

    YA ALLAH LANCARKAN AKU MENJAWAB SOALAN KUBUR

    LAA ILAA HAILALLAH
    TIADA TUHAN KECUALI ALLAH
    MUHAMMADURRASULULLAH
    MUHAMMAD PESURUH ALLAH
    LAA ILAA HAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH
    TIADA TUHAN KECUALI ALLAH MUHAMMAD PESURUH ALLAH
    KALIMAH SYURGA YANG MAHU DILAFAZKAN DI AKHIR KALAM
    SEJAK DILAHIRKAN SEHINGGA KE NAFAS TERAKHIR
    JIKA DIHIMPUNKAN TAK TERKIRA JUMLAH BANYAKNYA
    APA YANG TELAH DIPERKATAKAN SEPANJANG HAYAT
    JIKA PERKATAAN BANYAK MENJERUMUSKAN DARI KELALAIAN
    MALAIKAT ATID BANYAK MENULIS DARIPADA MALAIKAT RAQIB
    MANA BISA MELAFAZKAN KALIMAH SYURGA
    BILAMANA AKHIR KALAM ANAK ADAM ITU TIDAK DAPAT MELAFAZKAN
    KALIMAH SYAHADAH TIDAK DIMASUKKAN KE SYURGA
    BILA JENAZAH DI MASUKKAN KE KUBUR
    BILA DITANYA SOALAN KUBUR
    PASTI TAK BISA MENJAWAB SOALAN KUBUR
    AMAT MALANGLAH SEPANJANG HAYAT KETIKA HIDUP
    MENJADI BANGKAI HIDUP
    BILA MATI MENJADI MAYAT TERSEKSA DERITA LARA
    PENYESALAN YANG TAK TERTEBUS
    MAKA SEBELUM MATI
    SELAGI ADA PELUANG HIDUP
    MAHU DIREBUT SEGALA PELUANG
    BIARPUN TERLUKA DISEPIKAN DISISIHKAN DIHINA DIJELEKKAN
    GARA-GARA MEREBUT PELUANG MENUJU KE JALAN-NYA
    TIDAK MENGAPA
    PERBUATLAH SESUKA HATIMU
    KARENA HUKUM KARMA TIDAK MENGENAL SIAPA
    APA DIRASA APA YANG DIZALIMI
    AKAN BERPULANG KEPADA DIRI SENDIRI
    HUKUM KARMA SEMASA HIDUP ADALAH JAUH LEBIH BAIK
    SEBAGAI PENEBUS KEKHILAFAN
    DARIPADA HUKUM KARMA DI AKHIRAT
    DIMANA PEMBALASANNYA MAHA DAHSYAT
    TAK TERPERI SAKITNYA
    LAA ILAA HAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH
    TIADA TUHAN KECUALI ALLAH MUHAMMAD PESURUH ALLAH
    SEMUA MAHU MELAFAZKAN KALIMAH SYURGA
    TAPI GIMANA BISA MELAFAZKAN
    JIKA SEMASA HIDUP TIDAK PERNAH MEMIKIRKAN
    YANG TERSURAT DI SEBALIK YANG TERSIRAT
    SEMASA HIDUP PAKAIAN BERJENAMA
    TAPI BILA MATI DIBALUTKAN KAIN KAFAN PUTIH
    SEMASA HIDUP MINYAK WANGI BERJENAMA
    TAPI BILA MATI CUMA KAPUR BARUS DAN SERBUK CENDANA
    SEMASA HIDUP KERETA/MOBIL PALING HEBAT
    TAPI BILA MATI KERANDA MENUJU KE KUBUR
    SEMASA HIDUP TIDUR BERTILAM EMPUK BERHAWA DIINGIN
    TAPI DALAM KUBUR DISELIMUTI TANAH KESEJUKAN TANPA AMALAN
    SEMASA HIDUP TUBUH BADAN SIHAT DIJAGA AGAR PUTIH MULUS SEPANJANG MASA TAPI BILA MATI DIMAKAN OLEH ULAT-ULAT KUBUR
    TIDAK MENGENAL SIAPA TARAF MAYAT YANG DIKUBURKAN
    SUDAH DIJELASKAN DENGAN NYATA
    KENAPA KITA DIHIDUPKAN
    KENAPA KITA DIMATIKAN
    SELAGI HIDUP
    SELAGI NYAWA TIDAK SAMPAI DI KERONGKONG
    SELAGI ITU ADA PELUANG MENEBUS SYURGA
    TAPI BILA NYAWA SUDAH SAMPAI DI KERONGKONG
    BARU YAKIN ADANYA TUHAN ADANYA HARI PEMBALASAN
    BARU HENDAK BERTAUBAT
    SUDAH TERLAMBAT
    MENANGIS AIRMATA DARAH PUN
    TIADA GUNA LAGI
    TUNGGULAH PEMBALASAN
    AZAB SENGSARA DI ALAM BARZAH SIAP SEDIA MENANTI
    ALLAH ITU MAHA ADIL PADA HAMBA-NYA
    SAMADA ADAM ATAU PUN HAWA

    SYURGA HAWA BERSTATUS ISTERI DI TELAPAK KAKI ADAM (SUAMI)
    SYURGA ADAM BERSATATUS ANAK DI TELAPAK KAKI HAWA (IBU)
    BILA MATI TIDAK DIBINKAN ADAM TAPI DIBINTIKAN HAWA (IBU)
    BEGITU ALLAH MULIAKAN TARAF HAWA SEHINGGA AKHIR HAYAT
    DUHAI HAWA
    SEHEBAT MANA DUGAANMU MELAYANI ADAM BERSABARLAH
    SELAGI KAMU MELAYANI ADAM IKHLAS KERANA ALLAH TAALA
    DI SYURGA NANTI KAMULAH KETUA BIDADARI SYURGA
    YANG CANTIKNYA KETUA BIDADARI SYURGA TIADA BANDINGANNYA
    MAKA TAAT SETIALAH PADA ADAM SELAGI MAMPUMU SELAGI DAYAMU
    WALAUPUN KAMU DIKECEWAKAN ADAM ITU CUMA SEMENTARA SAJA
    DUGAAN BUATMU ALLAH SWT AKAN MEMBALAS KESABARANMU DENGAN SYURGA
    DUHAI ADAM
    JUJURLAH DALAM SETIAP KATA-KATAMU
    JANGAN LAFAZKAN SETIA ANDAI TAK MAMPU SETIA
    SETIALAH PADA HAWA TAKDIR YANG DITAKDIRKAN
    PERCAYALAH PADA QADA DAN QADAR
    KERANA ALLAH JADIKAN ADAM DAN HAWA ADALAH
    UNTUK SALING MENYEMPURNAKAN
    BUKAN UNTUK SALING MENYAKITI
    SALING MENGECEWAKAN
    SUBHANALLAH
    HIDUP INI INDAH
    DIWARNAI DENGAN KASIH SAYANG MELIMPAH RUAH
    TANPA ADA RASA CEMBURU, HASAD DENGKI, PRASANGKA,
    SALING BERBELAS KASIHAN, BERBAKTI DALAM BERAMAL
    SEPANJANG HAYAT IN SHAA ALLAH
    TIKA AKHIR KALAM DAPAT MELAFAZKAN
    KALIMAH SYAHADAH DENGAN LANCAR
    IN SHA ALLAH KETIKA
    DIKAFANKAN
    JENAZAH AKAN DIURUSKAN OLEH MALAIKAT ALLAH SWT
    DIKAFANI DENGAN KAIN KAFAN DARI SYURGA
    DISIRAMI DENGAN WANGIAN SETANGGI DARI SYURGA
    KETIKA JENAZAH DIMASUKKAN KE KUBUR
    DILUASKAN KUBUR SAUJANA MATA MEMANDANG
    KUBUR MENJADI TAMAN-TAMAN SYURGA
    BERADU BAGAIKAN BIDADARA BIDADARI SYURGA
    ALLAHU AKBAR
    TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-MU JUA
    KITA USAHAKAN ALLAH TENTUKAN
    SESUNGGUH-NYA ALLAH MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA
    ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA 
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    28 Safar 1436H
    21 Disember 2014
    9 hrs · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali YA ALLAH MATIKANLAH AKU DALAM IMAN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    INILAH SOALAN YANG AKAN DITANYA DIKUBUR TAK JAWAB KENA PUKUL DIPALU OLEH MALAIKAT NUNKAR NAKIR

    SEKALI PUKULAN HANCUR MAYAT HINGGA KE TUJUH PETALA BUMI 
    SEHINGGALAH HARI QIAMAT TIBA...
    TERLALULAH TAKUT KITA YANG MASIH HIDUP MENDENGARNYA
    JIKA MASIH TAK TAKUT KITA BERANI UNTUK MENERIMA PUKULAN DI KUBURAN.ATAS DASAR KALIAN ADALAH SAUDARA SEISLAMKU SUDILAH DENGAN BELAS KASIHAN KALIAN YANG MANA AKU SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA MENYAKITKAN HATI KALIAN MAAFKANLAH AKU SESUNGUHNYA AKU TAKUT TIDAK DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBURAN APABILA DITANYA SIAPAKAH SAUDARA KAMU DUHAI MAYAT, AKU PASTI GAGAL MENJAWABNYA KERANA SEMASA HIDUP AKU MEMUTUSKAN SILATURRAHIM GARA-GARA BERSASTERA SEDANGKAN AKU BERSASTRA MAHU MEMANJANGKAN SILATURRAHIM . MOGA KALIAN SUDILAH MAAFKAN AKU YA KERANA AKU MAHU MENJAWAB KESEMUA SOALAN DI KUBURAN DENGAN LANCAR SEBAGAIMANA LANCARNYA AKU MELAFAZKAN KALIMAH SYAHADAH KETIKA NAZAKKU , 'LAAILLA HAILLALLAH' MOGA KALIAN PUN BEGITU DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DI KUBUR KARENA SEBELUM MATI KITA SALING MEMAAFKAN SEMUA SAUDARA SEISLAM KITA IN SHAA ALLAH KITA SALING MENUNGGU DI SYURGA BERKAT KITA BERSILATURRAHIM TIKA HIDUP DI DUNIA NYATA ATAU DI DUNIA MAYA. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    SAHABAT DUNIA AKHIRATMU SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN

    AKU CUMALAH HAMBA ALLAH SEPERTI KALIAN JUGA
    DATANG KE DUNIA TANPA APA-APA PULANG JUGA HANYA SEHELAI KAIN KAFAN PUTIH
    BILA DIMASUKKAN KE KUBUR SEHEBAT MANAPUN KITA BAKAL MENJADI KENDURI OLEH JUTAAN ULAT-ULAT KUBUR . MOGA SAMA-SAMA KITA DAPAT MUHASABAH DIRI SEBELUM BERGELAR MAYAT. MOGA KITA TIDAK MENJADI MAYAT HIDUP YANG TIDAK FAHAM TENTANG MATI MENANTI PASTI. ALLAHU AKBAR...YA ALLAH AKU MAHU HIDUP DAN MATI DALAM IMAN. MAKA MATIKANLAH KAMI SEMUA DALAM IMAN. 
    ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA 
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    28 Safar 1436H
    21 Disember 2014
    9 hrs · Like
  • Pradita Fia Bunda Rabeah Pelita hatiku .. Aku tak punya rasa iri dengan bidadari surga karena mereka adalah sosok tanpa cela.. Namun aku sangat cemburu pada wanita muslimah sholeha... Karena perjuangannya menegakan islam .. Tak pernah ada keluh dibibir mereka meski tapak kakinya berdarah .. Tak pernah ada jerit kesakitan meski hinaan dan cercaan mereka dapatkan .. Tak pernah terdengar rintihan meski mereka terkucilkan dimata manusia .. Tapi keikhlasannya .. Ketabahannya.. Kesabarannya .. Keangungannya dihadapan Rab sungguh luar biasa bahkan Safa'at Rasulullah menjadi payung dalam teriknya dalam hujannya dalam badainya... Bunda Rabeah yg kucinta dan uktifilahku sayang .. Itulah mengapa rinduku tak pernah berujung .. Dalam segenap duri dan duka yang kusandang .. Ternyata diriku bukanlah apa-apa .. Kakiku masih harus terus melangkah tanpa keluh dan kesah .. Sakitku bukanlah apa-apa karena diriku sebenarnya hanya sebutir debu .. Jika nafasku mulai tersendat .. Akupun tak boleh berhenti menapak langit yg tak berujung .. Semakin sakit .. Semakin lelah.. Semakin lemah .. Ternyata semakin indah .. Bila dalam sujudpun Aulia turut tersenyum .. Dalam setiap lafazh zikurllah airmata adalah hiasan hingga tak kenal mana ruh dan mana jasad ..jika perjalanan waktu dan jarak adalah maya dan semu .. Jika rinduku pada bunda tak pernah henti meski kita sempat terdiam dalam setahun ini .. Itu karena bunda adalah mutiara dihatiku .. Itu karena Allah swt tak pernah memisahkan hati kita untuk selalu bermunajat kepada Nya... Tempat terindah dari segala keindah .. Tempat bertumpunya Seluruh Kasih Sayang .. Tempat bersandarnya segala Kelelahan dan Kesakitan ... Ya Rab jika diduniapun hati kami masih kau satukan .. Biarkan kami tetap bersatu hingga PADANG MAZHAR ..
    7 hrs · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali Nanda Fia Pradita Cahaya Purnama nan indah tempat teduhan kasihku yang selalu bertahta di hatiku dulu kini dan selamanya abadi terpatri Sampai Syurga In Shaa Allah AAmiin.

    Sekali pun dunia rimba niagara, kunta kunte hulubalangku hanyala dunia fantasi tapi kehadiranmu menyapa karya-karyaku dan sudi menghargai kasih sayang Putri Rimba, kunta kunte dunia rimba fantasi se akan benar wujud di alam realiti. 

    Kau seakan memahami dunia rakyat rimbaku ...terlalu dekat serasa kau sebahagiaan daripada rakyat rimbaku...kerana sapaanmu yang meminati kunta kunte yang lucu karya bertemakan rimba niagara dapat diilhamkan dengan begitu banyak sekali. Kerana menghargai jasa baikmu kusiarkan yang berkaitan dengan dunia rimbaku. 
    moga nanda gembira membaca nya...agar terubatmu pada dunia rimba yang lama kesepian selama setahun tanpa sapaanmu.

    Moga Allah merahmati dan meredhoi persahabatan kita yang suci murni ini sampai Jannah Aamiin. .


Saturday, 22 June 2013

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, PUTRI RIMBA NIAGARA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN PERTEMUAN SILATURAHMI RATU RIMBA NIAGARA & FIA PRADITA



  • Ratu Rimba Niagara shared a status update.


    TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTRI RIMBA NIAGARA

    MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA DIBELI DENGAN UKIRAN DAUNAN KASIH

    Tuan Putri semasa Tuan Putri ditabalkan menjadi Ratu Rimba Niagara kami penghuni rimba telah bermuzakarah untuk melantik Tuan Putri sebagai ketua yang memerintah seluruh Rimba Niagara ini.

    Kami ingin membuat sendiri mahkota tuan putri yang tiada tandingannya dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul tuan putri manusia makanya kami hormat tuan putri agar kami juga mahu menyokong institusi diRaja yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya
    Institusi diRaja pada rakyat sekalian....seperti kami ...biarpun kami haiwan dan boleh melantik di kalangan haiwan....tapi kerana semangat kami untuk menghidupkan institusi diRaja di kalangan manusia makanya kami lantik Tuan Putri.

    Putri Rimba Niagara shared her own photo.

    PUTRI RIMBA DENGAN DAYANGNYA SI KUNTA SI KUNTE

    Kuperkenalkan diriku untuk perkenalan ini...
    Gambar yang kau lihat itu tak dirancang..
    Aku memegang watak Putri Rimba Niagara untuk
    Teater Bangsawan diRaja yang aku impikan
    Satu masa nanti dipentaskan....
    Yang mekapkan aku pun
    Si kunta si kunte dayang Istana Rimba
    Mereka berdua sebagai penasihat aku juga...
    Itu yang jadi macam tu...comot...entah arang
    Mana diambilnya...ha itu yang jadi macam tu
    Aku pun takut nak tengok muka aku sendiri
    Aku malulah dan ingin padam tapi si kunta si kunte marah
    Kalau selagi tak ambil gambar untuk disiarkan
    Kepada pembaca setia karya-karya aku
    Katanya apa nak dimalukan...
    Mereka faham puteri rimba apabila dimekapkan oleh haiwan
    Hantam ajelah asalkan ada rupa puteri sikit ..
    Itulah kisah serba sedikit yang dapat aku beritahumu
    Agar kau tak salah faham ye...
    Aku kalau tak bermekap...tidaklah rupa macam itu
    Seorang yang sudah ditarik kecantikan...
    Cuma yang berbaki ini saja yang ingin dihargai...itu saja...
    Makanya jangan salah anggap padaku lagi ok...
    Nanti bila habis skrip puteri rimba
    Kutukar gambar lain...
    Moga si kunta si kunte benarkan....
    Moga kau gembira mendengar cerita aku ini...
    Salam kemaafan untuk kalian berdua...

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Julai 2012

    BERMULANYA KISAH PUTRI RIMBA NIAGARA

    Maka tersebutlah kisahnya
    Di mana bermulanya kisah
    Putri Rimba Niagara
    Disebuah pantai yang terpencil
    Sekujur tubuh terdampar
    Dibawa arus ombak
    Lautan asid bergelora
    Seluruh tubuh
    Melecur tiada berkulit
    Tiada bergerak
    Tapi masih bernyawa

    Sekumpulan penghuni rimba
    Yang ketika itu sedang bernyanyi-nyanyi
    Terjumpa si Putri Rimba...
    Dibawa ke rimba
    Dirawat Putri Rimba
    Menggunakan sumber-sumber asli
    Yang diperolehi dari rimba
    Sudah hampir
    Tiga purnama koma
    Barulah putri rimba sedar
    Dari koma dan pulih seperti sediakala
    Seluruh tubuhnya tiada kesan lecur lagi

    "Di manakah hamba?"
    "Syukur Alhamdulillah Tuanku Putri sudah sedar
    Setelah tiga purnama Tuanku Putri koma
    Kami adalah penghuni Rimba Niagara
    Menjumpai tuanku putri
    Terdampar di pantai dengan lecuran
    Keseluruhan tubuh
    Kami bergotong royong merawat
    Dan mengubati Tuanku Putri
    Di samping berusaha kami
    Membuat sembahyang hajat bermunajat
    Kepada Ilahi agar Allah menyembuhkan
    Kecederaan Tuanku Putri
    Dengan izin Allah
    Tuanku Putri sembuh dan sedar dari koma

    Mendengar cerita penghuni rimba yang baik budi itu
    Putri Rimba menangis hiba
    Lama putri rimba menangis
    Penghuni rimba juga menangis

    "Tuanku Putri hiba benar kami semua
    Mendengar tangisan hiba Tuanku Putri
    Pasti perjalanan kehidupan tuanku putri
    Diselubungi dengan gerhana mendung
    Pasti hati tuanku putri luka berdarah....darah...

    Di sini gerhana akan bertukar menjadi pelangi cinta
    Agar tuanku putri ceria dan bahagia penuh
    Kasih dan sayang daripada kami setulus ikhlas

    Luka di hati tuanku putri
    Kami jahit dengan benang cinta
    Agar sesudah ini tuanku putri tidak bersedih lagi
    Buat selamanya Insya-Allah Aamin"

    Putri rimba menangis hiba
    Setelah mendengar pengakuan penghuni rimba
    Betapa sayangnya penghuni rimba kepadanya
    Hatinya bagaikan disayat-sayat
    Seolah tidak percaya
    Seolah berada di alam fantasi tapi realiti

    "Kami suka melihat tuanku purtri menangis hiba
    Tapi kalau tanpa henti sejak tadi kami pun tak tega...
    Izinkan kami sapukan air mata tuanku putri dengan
    Daunan kasih."

    Setelah disapu air mata tuanku putri rimba dengan
    Daunan kasih...tuanku putri tidak menangis lagi
    Dan senyum meleret

    "Ha macam itulah...Syukur Alhamdulillah kali pertama
    Melihat senyuman tuanku putri...tenang rasa hati kami....
    Istana rimba ini kami bina isimewa untuk tuanku putri
    Suka tak?"

    "Suka banget...unik dan fantastik!
    Hamba amat hargai seumur hidup hamba."

    Hari-hari yang dilalui bersama dengan penghuni rimba
    Amat membahagiakan...
    Saling menyayangi
    Saling menghormati
    Saling memahami
    Saling berkorban
    Berkata-kata dalam bahasa nan indah-indah
    Tiada rasa disakiti dan menyakiti hati
    Tiada rasa sedikitpun cemburu
    Cuma yang ada
    Sayang....sayang...sayang...
    Kasih...kasih...kasih....
    Kasih demi-Nya

    Inilah dunia yang diimpikan putri rimba
    Tuhan memakbulkan doa putri rimba
    Tinggal bahagia selamanya bersama penghuni rimba yang penyayang
    Karena telalu bersyukurnya putri rimba kepada Tuhan Yang Maha Esa
    Setiap kata-kata yang diluahkan adalah
    Suara-suara hati semurni kasih
    Bicaranya adalah bait-bait syair ,puisi, gurindam dan pantun

    Setiap kali putri rimba berkarya
    Penghuni rimba akan terharu
    Mereka sama-sama menangis hiba
    Bersama Putri Rimba ....

    Putri Rimba menulis menggunakan
    Bulu burung garuda diRaja
    Tinta pula adalah campuran
    Darah penghuni rimba dengan Putri Rimba
    Setiap kali berkarya
    Putri Rimba menulis dengan
    Sepenuh jiwa sepenuh kasih sayang
    Menulis diiringi dengan tangisan hiba

    Ukiran karya-karya Putri Rimba di daunan kasih
    Setelah dibaca penghuni rimba
    Disimpan rapi serapinya
    Agar satupun tidak terbuang dalam simpanan
    Khazanah Rimba Niagara

    Begitulah bermulanya kisah asal usul hamba
    Bergelar Putri Rimba Niagara

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA
    11 Mei 2012

    RAKYAT RIMBA NIAGARA MENGUCAPKAN TAHNIAH!
    SEMPENA MENDAPAT GELARAN RATU DUNIA SANG PUJANGGA!

    Apa yang semerbak mewangi ini kunta kunte...
    Entah... Tuan Putri nanti hamba pergi tengok

    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
    Rakyat jelata sedang menanti untuk mengucapkan
    tahniah kepada Tuan Putri dengan membawa jambangan bunga-
    bungaan yang cantik sekali...

    Tuan putri terasa terharu yang amat sangat
    kerana tanpa duganya begitu cepat sekali
    seluruh penghuni rimba datang mengucapkan tahniah
    dan mereka menyatakan akan melantik tuan putri rimba
    sebagai Ratu Istana Rimba Niagara yang memerintah
    Rimba Niagara.

    Si kunta si kunte di amanahkan untuk mendapatkan mahkota di hari pertabalan Ratu Rimba Niagara nanti.

    Kerana kepercayaan seluruh penghuni rimba kepadanya Tuan Putri
    Rimba terima dengan rela hati dan ingin mencurahkan bakti pada seluruh penghuni rimba dan seluruh penghuni bumi.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    2 Julai 2012

    MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA DIBELI DENGAN UKIRAN DAUNAN KASIH

    Tuan Putri semasa Tuan Putri ditabalkan menjadi Ratu Rimba Niagara kami penghuni rimba telah bermuzakarah untuk melantik tuan puteri sebagai ketua yang memerintah seluruh Rimba Niagara ini.

    Kami ingin membuat sendiri mahkota tuan putri yang tiada tandingannya dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul tuan putri manusia makanya kami hormat tuan putri agar kami juga mahu menyokong institusi diRaja yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya Institusi diRaja pada rakyat sekalian....seperti kami ...biarpun kami haiwan dan
    boleh melantik di kalangan haiwan....tapi kerana semangat kami untuk menghidupkan institusi diRaja di kalangan manusia makanya kami lantik Tuan Putri.

    Makanya kami arahkan si kunta si kunte menggalas tanggungjawab untuk membeli mahkota Tuan Putri Rimba berbekalkan ukiran daunan kasih hasil karya tuan Putri.

    Sudah serata pelosok dunia dijaja ukiran daunan kasih Putri Rimba
    masih lagi tiada yang sudi membelinya ....malah mereka mengejek
    dan mentertawakan si kunta si kunte....

    "Hei...kamu gila ke apa?"
    "Kenapa kamu kata kami gila ya....?"
    "Nak beli mahkota yang harga berjuta ringgit ini dengan ukiran daunan kasih? takkan gila namanya itu?"
    "Dunia kami daunan ukiran kasih ini amat berharga daripada wang ringgit...."
    "Dunia kamu lain? Dunia kami lain...dunia kamu penuh fantasi dan anggan-angan manakan sama dengan dunia kami yang realiti? Hahahaha dunia angan...angan..."
    Mereka gelakkan si kunta si kunte semahunya.
    "Duhai manusia ....begitu sekali kamu hina dunia kami yang mengagungkan kasih suci kerana-Nya...biarpun kamu rasa kamu berada di dunia realiti tapi pada kami dunia kamu penuh kepalsuan, kebencian, dendam membara, berkata-kata saling hina menghina serasa diri sempurna semuanya...makanya kami tak ingin sama sekali berurusan manusia seperti kamu yang berhati busuk...kalau kami bercampur dengan kamu kami berhati busuk juga...dan kami tak akan izinkan sama sekali tuan puteri kami berkawan dengan kamu dan kami yakin jika tuan puteri kami mendengar setiap butiran kata-katamu ini pasti jantungnya akan berhenti berdetak!
    Makanya kami akan jauhkan tuan puteri kami dari kamu...namanya manusia yang diberi akal untuk mengungkapkan kata-kata indah tapi tetap juga memilih kata-kata yang mengundang sakit hati manusia....jika manusia sakit hati lantas bergaduh pasti Tuhan akan murka....kamu tak tahu ke....jika kamu rasa kamu ini sudah sempurna segalanya teruskan saja kata-katamu ini hingga ke mati , cuma aku nak pesan sama kamu setiap kata-katamu ada malaikat mencatatnya dan catatan ini akan menjadi saksi di akhirat nanti...berwaspadalah dalam berkata-kata duhai manusia jika kamu mahu selamat dunia akhirat."
    "Kamu ini siapa nak menasihatkan kami....sekadar haiwan yang tiada nilaipun pada kami...hahahaha"
    "Duhai manusia....biarpun kami haiwan...tapi bila kami mati...di akhirat nanti ..kami tak dihitung dosa pahala....dan kami yakin jika kami berbuat baik pada manusia dan manusia menyayangi kami dan jika dia masuk Syurga dan mereka mendoakan kami untuk datang kepadanya ...kami akan ada di sisinya seperti kami berada di dunia kerana di Syurga apa saja kemahuan ahli Syurga sepantas kilat akan wujud...dan di Syurga bukan fantasi atau angan-angan....itulah sebenarnya alam realiti yang abadi selamanya....tidak seperti di dunia....kalau masih ragu lagi....tunggulah maut menjemputmu baru kamu tahu benar atau tidak kataku ini duhai manusia...."
    "Marilah kita pergi tinggalkan manusia begini...kita cakap macam mana pun dia tetap menghina kita...biarlah Tuhan saja yang menyedarkannya."

    Sudah sepurnama si kunta si kunte mencari siapakah yang sanggup membeli ukiran daunan kasih Tuan Putri Rimba....Untuk menghilangkan penat mereka singgah di sebuah pantai nan indah permai....terlihat dia seorang jejaka yang sejak tadi memerhatikan mereka....

    "Kalian dari mana?"
    "Rimba Niagara?"
    "Apa yang kalian bawa itu?"
    "Ukiran daunan kasih...."
    "Boleh hamba tengok..."
    "Silakan tuan hamba..."
    "Suka hamba pada ukiran daunan kasih ini..."
    "Siapakah yang mengarangnya?"
    "Tuan Putri Rimba Niagara kami...."
    "Boleh kah hamba memiliki ukiran daunan kasih ini...hamba amat sukakanya membuatkan hati hamba jatuh cinta pada Pencipta hamba ...."
    "Kata tuan putri kami itulah matlamat tuan putri berkarya agar karya yang ditulis apabila dibaca mengundang Nur Hidayah Kasih Ilahi."
    "Sejujurnya hamba memang suka ukiran daunan kasih Tuan Putri ..tuan hamba...Sekarang ini apa syaratnya agar hamba dapat memiliki daunan ukiran kasih ini."

    "Sudah serata tempat kami mencari pembeli daunan ukiran kasih putri rimba niagara tapi tiada seorangpun yang sanggup membelinya....jika tuan hamba sudi kami mahu sebuah mahkota untuk pertabalan tuan putri kami sebagai tuan putri rimba niagara. Apakah tuan hamba sudi mencarikan mahkota tersebut sebagai pertukaran ukiran daunan kasih ini."

    "Bisa aje dong...yuk kita pergi sekarang."

    "Kamu rasa mahkota ini cantik tak untuk Tuan Putri Rimba kamu..."
    "Tuan hamba pilih sajalah yang mana satu...tuan hamba suka kami pun suka...."
    "Makanya hamba pilih yang ini....pasti Tuan Putri Rimba kamu sukakannya..."
    "Terima kasih tuan hamba yang baik budi....moga Allah SWT saja yang dapat membalas segala kebaikan tuan hamba kepada kami seluruh penghuni rimba Niagara..."

    (KARYA PURTI RIMBA NIAGARA)
    4 Julai 2012
    Like · · Unfollow Post · July 4 at 12:09pm
    Naga Pamungkas likes this.

    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP CERPEN DALAM ASIA TENGGARA)
    8 Julai 2012
    Yesterday at 8:06am · Like · 3

    PUTRI RIMBA MAHU MEMULANGKAN MAHKOTA

    Di jendela kamar istana rimba niagara..putri rimba memandang ke laut ombak rindu. Si kunta si kunte dayangnya mengetuk pintu kamar. Dan masuk setelah mendapat keizinan.

    "Tuan puteri rimba...kenapa ni...semenjak kebelakangan ini putri gundah gulana....kenapa tuan putri...adakah dia telah melukakan hati tuan putri," kata si kunta.

    "Sejak semalam tuan putri tak santapan. Santap sikit ye...hamba suapkan...nanti tuan putri sakit...seluruh penghuni rimba yang susah...tak lama lagi tuan putri akan ditabalkan menjadi ratu. Ratu kena kuat semangat untuk memerintah rakyat rimba niagara. Tuan putri tak boleh berterusan begini...susah hati kami berdua," si Kunte menyuapkan bubur kegemaran tuan Putri ke mulut putri rimba yang terlalu lemah."

    Putri Rimba akur , membuka mulut menerima suapan dari si kunte sambil tersenyum. Untuk menelan bubur nasi itu seperti ada duri di anak tekaknya...sakit sangat tapi demi menjaga hati si kunta si kunte ditelan jua dalam keadaan yang amat sakit. Air matnya mengalir deras sambil tersenyum. Si kunte mengusap air mata Putri Rimba.

    "Boleh tuan putri beritahu apa yang perlu kami lakukan ...agar boleh mengembirakan hati tuan putri seperti sedia kala...?"

    " Hamba rasa dia sudah tak berminat dengan ukiran daunan kasih hamba lagi...dulu dia tak macam ni...selalu berjanji bersumpah setia akan sentiasa menyokong minat hamba berkarya...dan mahu setia dengan cintanya pada hamba.....maka hamba anggap dia sudah tiada hati pada hamba lagi....maka dari itu hamba mengambil keputusan untuk kalian memulangkan semula mahkota ini padanya. Hamba tak mahu memakainya. Mungkin hamba tak layak menerima pemberian darinya."

    "Tuan putri...sabarlah sedikit masa lagi ye tuan putri...mungkin dia dalam situasi yang tekanan ...hingga dia tak mampu untuk berterus terang dengan Tuan Putri....tapi hamba percaya dengan cinta sucinya hanya untuk tuan putri seorang. Dia jatuh cinta dengan karya tuan putri bertemakan Ketuhanan...dari karya tuan putri dia jatuh cinta dengan tuan putri...berarti dia jatuh cinta dengan tuan putri kerana-Nya...kita tunggu sedikit masa lagi....kami berdua akan menyokong percintaan tuan putri," jelas si kunta bersungguh-sungguh.

    "Memandangkan kamu pesuruh hamba yang setia yang hamba percaya dan sayangi dunia akhirat....hamba sabar menantikan apa yang ditentukan oleh Allah Azzawajallah pada hamba."

    "Ha begitulah tuan putri...senyum ye ...jangan gundah gulana lagi...
    Esok pagi-pagi kita pergi pantai ombak rindu ye...sudah lama kita tak bergurindam berpuisi bersama."

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Julai 2012

    MUZIK DERUAN OMBAK RINDU

    Pagi itu Putri Rimba duduk di salah sebuah ratuan berbatuan.
    Sambil melemparkan pandangannya di lautan ombak rindu...
    Sungguh syahdu ..rindu yang dirindui datang semula setelah
    Diyakinkan oleh si kunta si kunte.

    Dari jauh kelihatan si kunta si kunte...terkinja-kinja sambil
    Membawa ukiran daunan kasih yang di ambil dari Galeri
    Khazanah Warisan Bangsa Istana Rimba Niagara.
    Dari jauh si kunta si kunte sudah melambai-lambaikan tangan seolah-olah tak pernah berjumpa seribu tahun.

    "Tuan putri rimba...bahagia kami lihat tuan Putri sudah kembali
    pulih sedia kala....macam ni kan bagus...biarpun terjangan ombak
    tak jemu memukul kita ...namun kasih kita tetap abadi selamanya tiada siapa yang dapat memisahkan kita kecuali kematian." Akui si kunta.
    Diakui si kunte.

    "Kami nak bacakan ukiran daunan kasih yang kami ilhamkan istimewa untuk tuan Putri Rimba Kesayangan kami...dengar ya...dan diiringi muzik deruan ombak rindu."

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Julai 2012

    GURINDAM PUISI KASIH SEPENUH JIWA
    UNTUK PUTRI RIMBA NIAGARA

    "Tuan Putri Rimba...kami berdua ada mengarangkan
    gurindam istimewa untuk Tuan Putri."
    "Iye ke ...sejak bila ni pandai bergurindam , bersyair,
    berpuisi ni kunta kunte..."
    "Setiap hari membaca dan menghayati karya tuan putri dari pagi ke petang...petang ke malam setiap hari...ilmu bergurindam berpuisi berpantun dapatlah ke kami Tuan Putri. Tuan Putri asyik mengarang puisi untuk kami...kami juga hendak mengarangkan puisi untuk Tuan Putri..jom kita pergi ke pantai ombak rindu.... di sana nanti banyak ilham dan penuh penghayatan..."
    "Wow hebat kalian berdua ye..."

    Mereka bertiga pergi ke pantai ombak rindu rimba niagara.
    Si Kunta Si Kunte membaca bergilir-gilir. Puisi gurindam kunta kinte
    Diringi muzik deruan ombak yang menderu-deru..amat syahdu dialun-alun oleh ombak rindu...

    GURINDAM PUISI SAYANG SEPENUH JIWA UNTUK PUTRI RIMBA NIAGARA

    Terima kasih Tuhan
    Hadirkan kami hamba-Mu
    Tuan Putri tuk kami
    Kami syukuri dalam iman

    Kami dapat menumpang kasih
    Kami sayang Tuan Putri kami Tuhan
    Kami bahagia hidup bersamanya Tuhan
    Hari-hari hidup kami bahagia
    Dibajai dengan kasih sepenuh kasih
    Hari-hari semakin kasih
    Hari-hari semakin sayang

    Jika berjauahan kami rindukannya Tuhan
    Kami rindukan candanya
    Kami rindukan puisinya
    Maka kami tak sanggup berjauhan
    Darinya Tuhan

    Melalui tinta yang dicurahkan
    di kanvas daunan ukiran kasih
    kami baca kami hayati
    Lagi kami baca
    Lagi kami teruja
    Untuk merindui dan mencintai-Mu Tuhan
    Syukur kami Tuhan
    Kau kurniakan kami
    Tuan Putri yang
    Tak lelah untuk
    Berbahasa indah
    Mengajak kami
    Mencintai-Mu Merindui-Mu Tuhan
    Syukur Syukur Syukur
    Pada-Mu Tuhan
    Kurniakan kami Tuan Putri
    Yang sayangkan kami demi-Mu Tuhan

    Syukur kami Tuhan
    Karya yang ditulis oleh tuan putri rimba
    Membuatkan manusia di luar sana
    Menghargai kami dan menyayangi kami
    Tiada siapa yang menzalimi kami Tuhan
    Kami hidup aman damai di rimba ini
    Tanpa ada rasa takut dan bimbang Tuhan
    Syukur kami Tuhan
    Tuan Putri sanggup pertaruhkan nyawanya
    Tuk melindungi kami Tuhan
    Makanya kami juga begitu juga Tuhan
    Akan pertahankannya
    Kami saling sayang menyayangi karena-Mu Tuhan
    Makanya berkatilah hidup kami sehingga akhir hayat kami
    Dan kami ingin hidup bersamanya di Syurga-Mu juga Tuhan
    Makanya makbulkanlah doa kami ini Tuhan

    Duhai Maha Pengurnia Cinta
    Duhai Maha Pengurnia Rindu
    Cinta dan rindu kami kerana-Mu Tuhan
    Kurniakanlah kebahagiaan milik kami selamanya
    Di dunia jua di akhirat
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    Putri Rimba yang dari tadi menangis mendengar Si Kunte
    Si kunte membaca gurindam puisi yang ditujukan kepadanya
    Si kunta si kunte pun membaca dengan esakan tangis syahdu
    Dan mereka sama-sama menangis hingga tak sedar ombak
    Rindu menerjang mereka bertiga...dan mereka bertiga
    terperanjat...

    "Terjangan sayang Tuan Putri" kata si kunta.
    Mereka bertiga ketawa.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Julai 2012

    SELURUH PENGHUNI ISTANA BERDUKACITA

    "Mahkota hamba? Mahkota hamba sudah tiada Kunta! Kunte!
    Terjangan ombak rindu telah membuatkan mahkota hamba hilang...
    Macam mana ni....?"

    "Tak apa.. kami akan mencarinya sampai dapat...kami tak mahu melihat tuan putri bersedih...mahkota iu terlalu bermakna bagi tuan putri dan seluruh penghuni rimba niagara. Jaga diri baik-baik ya...kami sayang tuan putri..." Si kunta si kunte menyelam ke laut ombak rindu untuk mencari mahkota putri rimba yang hilang akibat terjangan ombak rindu.

    Tuan putri meratap hiba setelah si kunta si kunte tak muncul-muncul lagi.

    "Kunta kunte...muncullah kalian...jangan buatkan hati hamba bimbang...jangan tinggalkan hamba...hamba rela kehilangan mahkota itu daripada kehilangan kalian berdua...jangan....jangan tinggalkan hamba....kasih kalian sudah cukup untuk hamba merasai hidup ini penuh kasih sayang setulusnya...tolonglah...tolonglah jangan tinggalkan hamba kunta...kunte....hamba sudah lupakan cintanya tapi kalian hendak juga hamba yakin dengan cintanya...kalian hendak sangat hamba bahagia sedangkan kalian tahu hamba dilukainya tanpa ehsan...sekarang ni hamba tak mahu fikirkan dia lagi...yang hamba mahu kalian hidup bersama hamba itu sudah memadai....tak menjadi ratu rimba niagara pun tak apa asalkan hamba ada kalian berdua....tolonglah kasihani hamba kunta kinte....Ya Allah tolong jangan pisahkan kasih kami Ya Allah....Kau hadirkan mereka padaku biarpun cuma haiwan tapi mereka punya hati dan perasaan setulusnya....izinkan aku menumpangkan kasih sayang mereka Ya Allah...tolong Ya Allah...tolonglah hamba-Mu ini Ya Allah." Putri rimba menangis hiba tanpa henti.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Julai 2012

    MENCARI KUNTA KUNTE DI LAUTAN OMBAK RINDU

    Sudah tiga hari tiga malam pakar penyelam dari rimba niagara
    mencari kunta kunte tapi tak berjumpa.

    Putri rimba tidak putus-putus berdoa agar kunta kunte selamat dan dapat hidup bahagia semula. Dalam linangan air mata putri rimba tertidur.

    "Putri...kami dah jumpa mahkota itu ...tuan putri...dan kami ikut kata tuan putri supaya mahkota itu dipulangkan kepada mantan kekasih tuan putri itu dan kami redha sebagaimana tuan putri redha yang dia bukanlah Cinta Ketentuan-Nya untuk tuan putri. Maaflah kami tak dapat pulang...kerana kita sudah berada di alam lain....Percayalah kami sayangkan Tuan Putri....sayang kami hingga ke mati...betul tak kami kata hanya kematian memisahkan kita.....kalau tuan putr rindukan kami datanglah selalu ke pantai ombak rindu kami menanti tuan putri di sana ... kami nampak tuan putri tapi tuan putri tak nampak kami...jangan lupa bacakan kami puisi yang kami karangkan untuk tuan putri ya...
    Sampai kapan pun kami sayangkan tuan putri....love u forever n ever..."

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Julai 2012

    ADAKAH BENAR ATAU MIMPI ILUSI

    Salam sejahtera buat putri rimba yang kami sayangi
    Dunia akhirat...biar pun kita sudah berada di alam lain
    Kasih kita tetap abadi selamanya...

    Untuk pengetahuan putri rimba...
    Kami sekarang ini hidup di dasar lautan
    Kami diselamatkan oleh keluarga diRaja duyung
    Selepas berlaku pembedahan hati
    Di antara duyung dengan kami
    Kami telah berubah menjadi duyung yang cantik
    Secantik tuan putri
    Kami berada di kelahiran baru
    Di alam baru
    Kami berdua kembar seiras
    Kami di panggil
    Putri Mas Ayu dan Putri Mas Merah

    Betullah kata tuan putri rimba
    Kehidupan alam duyung
    Amat membahagiakan
    Saling sayang menyayangi
    Dan saling hormat menghormati di antara satu sama lagi
    Kehidupan di sini seperti kehidupan kita di Istana Rimba Niagara
    Kami saling bertukar-tukar cerita
    Amat mengujakan
    Mereka menceritakan kisah cinta
    Putera Duyung yang sungguh menyayat hati
    Dan kami melihat pusara Mas Merah
    Amat cantik di kelilingi dengan taman karang pelbagai warna
    Pusara tersebut tidak jemu-jemu didatangi oleh seluruh penghuni
    Lautan di seluruh benua lautan
    Mereka tak jemu-jemu mendoakan Mas Merah
    Dicucuri Rahmat Kasih dari Ilahi
    Mas Merah seakan bayangan Tuan Putri Rimba
    Watak Mas Merah sama dengan watak Tuan Putri Rimba
    Kami amat teruja mendengar kisah cerita Mas Merah
    Yang menjadi lagenda di alam duyung ini
    Kisah lagenda ini sudah melewati tiga ratus tahun yang lalu
    Sama dengan kisah lagenda alam kami
    Pengantin Raja Rimba dan Putera Sang Kuriang.
    Tuan putri nak tahu mereka amat teruja mendengar
    Cerita Tuan Putri Rimba Niagara...
    Memandangkan Tuan Putri Rimba adalah bayangan
    Ratu Mas Merah bintang legenda Percintaan Alam Duyung
    Mereka ingin menghadiah sebuah mahkota Mas Merah
    Yang telah mereka simpan 300 tahun dahulu
    Dan menurut pendeta duyung
    Sudah tiba masanya mahkota yang lama tersimpan
    Di serahkan kepada bayangan jelmaan Mas Merah
    Mahkotanya terlalulah sangat cantik Tuan Putri
    Buatannya penuh seni dan bersama mahkota itu nanti
    Dihadiahkan juga kalungan rantai bertahtakan berlian
    Hadiah dari putera duyung kepada Mas Merah
    Esok tuan putri rimba datang ke pantai ombak rindu
    Tempat tuan putri selalu duduk di atas batu dan di situ kami
    Akan letakkan mahkota dan kalungan bertahtakan berlian
    Hadiah istimewa untuk Tuan Putri Rimba dari alam duyung.

    Putri Rimba terjaga dari lenanya.
    Dia termenung memikirkan apa maksud yang tersirat
    Atas mimpinya itu. Adakah benar atau cuma mimpi ilusinya saja.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    12 Julai 2012

    HADIAH MAHKOTA DARIPADA KERABAT DIRAJA DUYUNG

    Putri Rimba pergi ke pantai laut ombak rindu
    Jantungnya berdegup kencang
    Langkahnya laju
    Serasa ingin terbang sampai
    Putri rimba percaya dengan mimpinya
    Kerana mimpinya bersangkut paut
    Dengan kasih sayang setulus hati
    Dan dia percaya pada suara hati
    Suara hati tak pernah menipu

    Dari jauh bermilauan menyilaukan
    Mata Putri Rimba Niagara
    Rupanya memang benarlah mimpinya
    Apa yang dikatakan oleh
    Putri Duyung Mas Ayu & Putri Duyung Mas Merah
    Putri Rimba menangis hiba sambil mengucup
    Mahkota dan kalungan bertahtakan berlian
    Hadiah dari kerabat diRaja duyung lautan

    Tiba-tiba kelihatan
    Putri Duyung Mas Ayu dan Putri Mas Merah
    Mereka berdua seiras cantik rupawan
    Tiada tandingannya

    Mereka berdua menghampiri Putri Rimba
    Yang duduk di batu
    Masih tergamam
    Apakah yang dilihat ini
    Cuma ilusi dalam mimpi atau realiti

    "Tuan Putri Rimba...ini kami...
    Kami rindu sangat-sangat pada Tuan Putri"

    "Apakah ini ilusi dalam mimpi?"

    "Tidak Tuan Putri ini realiti
    bukan mimpi bukan fantasi bukan angan-angan
    Mahkota dan kalungan rantai pemberian dari
    Kerabat diRaja duyung pun ada digenggaman
    Tuan Putri dan kehadiran kami di hadapan
    tuan Putri pun realiti....semuanya realiti Tuan Putri...
    Percayalah Tuan Putri bilama mana Allah cuma
    Berkata KUN FAYAKUN maka jadilah yang
    CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI jadi realiti
    Dalam Kamus ROBBUL IZDZATII tiada yang
    Mustahil Semua-Nya Atas Kemahuan-Nya
    Yang Bijaksana."

    "SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR"

    "Tuan Putri berjanjilah dengan kami...setelah
    Ditabalkan menjadi Ratu Rimba Niagara pada 13 hb Ogos 2012
    Nanti jadilah Ratu yang memerintah Rimba Niagara penuh adil dan
    Saksama...jangan sekali rasa ujub riak kuasa mengaburi hati memerintah semata-mata ingin mendapat Redha Ilahi dan berkat nawaitu Tuan Putri yang ikhlas lagi suci murni itu...jangan lupa doakan kami dan seluruh penghuni lautan ini dapat hidup bersama tuan putri di Syurga ...kerana doa orang yang ikhlas ke jalan-jalan-Nya dimakbulkan Robbul Idzatii Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin."

    "AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN"

    "Masih ingat kah lagi puisi yang kami karangkan untuk Tuan Putri Rimba ye..boleh bacakan untuk kami buat kali terakhirnya...dengan puisi ini jugalah kerabat diRaja Duyung mengatakan Putri Rimba adalah jelmaan Ratu Mas Merah yang wujud 300 tahun dahulu... makanya mahkota Ratu Mas Merah dihadiahkan kepada Tuan Putri Rimba dan kalung bertahtakan berlian itu adalah kalung pusaka Putera Duyung yang ingin dihadiahkan kepada Ratu Mas Merah di hari lamaran cintanya kepada Mas Merah. Cintanya tak kesampaian kerana Mas Merah mati tika mahu menyelamatkan nyawa Putera Duyung kekasih hatinya. Kami mendengar kisah cinta mereka sungguh tersayat hati kami Tuan Putri...Moga Tuan Putri diketemukan dengan cinta seperti Putera Duyung..yang setia rela nyawa jadi taruhan demi cinta sejati...berkahwin dengan puteri duyung pun atas permintaan terakhir Ratu Mas Merah. Antara Puteri Duyung dan Ratu Mas Merah tiada rasa cemburu dan tamak kasih sayang...masing-masing saling merelakan kerana mereka tahu cinta adalah Kurniaan dari-Nya yang harus diimani itulah adalah KETENTUAN TAKDIR CINTA DARI-NYA."

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    12 Julai 2012

    HARI PERTABALAN PUTRI RIMBA MENJADI RATU RIMBA NIAGARA

    Istana Rimba dihias indah kerana seluruh penghuni rimba akan meraikan hari paling bersejarah di Rimba Niagara iaitu Pertabalan Putri Rimba Niagara sebagai Ratu Rimba Niagara. Dengan pertabalan itu nanti maka termetrilah sudah Ratu Rimba sebagai Ratu yang memerintah seluruh Rimba Niagara.

    Seluruh Penghuni Rimba menyambut berita ini dengan gembira dan berita gembira inilah yang ditunggu-tunggu sejak berkurun lamanya.

    Mereka semua bergotong royong untuk meraikan majlis paling bersejarah itu.

    Di hari tersebut Putri Rimba didandan indah oleh jurusolek yang terkenal dan pakaian Tuan Putri ditaja oleh seorang hamba Allah yang meminati ukiran daunan kasih Tuan Putri dan sentiasa menyokong Tuan Putri dari mula mengenali hingga ke akhirnya.

    Hari Pertabalan tersebut di adakan pada Tanggal 13 hb Ogos 2012.
    Semua mata tertumpu kepada Tuan Putri Rimba Niagara tika itu.
    Ketika mahkota di letakkan di atas kepala Tuan Putri Rimba Niagara
    bergema...ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

    Putri Rimba yang sudah bergelar Ratu Rimba Niagara tertunduk
    sambil menitiskan airmata. Ratu Rimba Niagara bertitah ...

    BismillahirRahmanirRahim
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Kepada seluruh penghuni rimba yang beta kasihi dunia akhirat.
    Beta bersyukur ke hadrat Ilahi dengan pengurniaan ini kepada
    beta.

    Biarpun sudah ditabalkan menjadi Ratu untuk
    memerintah seluruh Rimba Niagara ini...beta tetaplah seorang
    hamba-Nya yang kerdil di Sisi-Nya.

    Beta ditabalkan menjadi Ratu di Rimba Niagara ini adalah atas Ketentuan Ilahi makanya beta terima dengan redha dengan harapan semoga beta dapat menjalankan tanggungjawab beta sebagai seorang Ratu yang bertanggungjawab kepada semua rakya di Rimba Niagara ini. Jika beta mengabaikan tanggungjawab beta sebagai seorang Ratu pasti di akhirat nanti beta akan ditanya oleh Allah Azzawajallah maka dengan ini beta merayu kepada seluruh penghuni Rimba Niagara memberi kerjasama kepada beta untuk melestarikan keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara ini demi seluruh rakyat Rimba Niagara agar dapat hidup aman damai tenteram bahagia dalam Redho Ilahi berkekalan selama-Nya selagi ada bulan dan matahari. Aammin Ya Rabbal A'Lamin.

    Setelah Ratu Rimba Niagara habis bertitah bergemalah suara seluruh rakyat Rimba Niagara.

    DAULAT TUANKU RATU! DAULAT TUANKU RATU!
    DAULAT TUANKU RATU!

    KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
    13 Ogos 2012
    24 Ramadan 1433H

    RATU RIMBA NIAGARA

    Boleh ku tanya tak?
    Silakan...
    Napa bukan putri lagi ratu pulak ye?
    engkau selalu perasan engkau ini hebat sangatkan?
    detik hati aku
    rasa meluap-luap
    menyampah aku
    engkau tak cermin ke engkau tu sapa?
    tak punya apa-apa
    tak punya harta
    tak punya darjat
    dan tak ada layak langsung
    kalau aku layaklah semuanya ada
    keturunan raja, jelitawan,kebijaksanaan
    antara kau dan aku bagaikan langit dengan bumi
    ingatlah engkau tak punya apa-apa sedarlah diri kau tu siapa
    sebelum hendak menggelarkan diri Ratu
    sejujurnya aku tak suka dengar ok?

    Duhai kawan...
    aku sentiasa sedar diri aku siapa
    aku sentiasa cermin diri aku siapa
    yang tak punya apa-apa
    kerana aku lahir ke dunia ini pun tak punya apa-apa
    dan tika mati... cuma kain kafan aje dibawa pergi
    aku tak sesempurna hidup engkau
    yang semuanya sempurna
    engkaulah jelitawan
    engkaulah bangsawan
    engkaulah terpandai tiada terlawan
    semuanya tertawan
    Aku tak sehebatmu

    Aku bersyukur apa adanya
    aku bukan hendak sangat menjadi Ratu
    tapi itu adalah kehendak penghuni rimba
    mereka hendak aku menjadi Ratu Rimba Niagara
    atas amanat si kunta si kunte
    yang telah mati ditelan ombak rindu
    tika mencari mahkota Putri Rimba
    yang hilang di dasar lautan ombak rindu

    Mereka berdualah yang beria-ia
    sangat mengusulkan kepada
    seluruh penghuni rimba
    untuk melantik putri rimba
    sebagai Ratu Rimba Niagara
    semua penghuni rimba setuju
    dengan cadangan itu

    Duhai kawan...
    Jika dibandingkan dengan kasih sayang
    si kunta si kunte
    yang hidupnya sentiasa
    mahu aku bahagia
    mahu aku tersenyum
    mahu aku bersyukur
    mereka sentiasa menyokong
    dunia sasteraku
    yang kuukirkan
    di daunan kasih
    Rimba Niagara

    Tika mahu membeli mahkota
    mereka sanggup mencari
    pembeli daunan ukiran kasihku
    sepanjang mencari pembeli
    mereka sanggup dihina ditertawakan
    oleh manusia di luar sana mengatakan
    tiada siapa yang sudi membeli
    kerana ukiran daunan kasih Putri Rimba Niagara
    adalah dunia fantasi dan cuma angan-angan
    yang tak akan jadi realiti
    ukiran itu cuma omongan kosong
    yang tak ada apa-apa arti
    sesiapa yang membacanya

    Si kunta si kunte
    sanggup dihina dicerca oleh manusia di luar sana
    demi mempertahankan daunan ukiran kasih Putri Rimba
    mereka terus mencari dan mencari tanpa ada rasa putus asa
    siapakah yang sanggup membeli daunan ukiran kasih putri rimba
    di serata pelosok dunia tapi tidak juga yang sudi membelinya

    Kerana tidak mahu berputus asa
    akhirnya mereka berjaya mendapatkan seorang yang sanggup membeli ukiran daunan kasih dan dengan wang itu mereka dapat membeli mahkota putri rimba niagara tapi mahkota itu hilang ditelan ombak rindu ketika putri rimba sedang berlagu syair gurindam puisi ombak rindu menerjang putri rimba hingga hilang mahkota ditelan ombak rindu si kunta si kunte mencari mahkota itu
    setelah mencari mereka terus hilang hingga sekarang tak timbul-timbul

    Kalaulah aku tahu si kunta si kunte
    akan mati kerana ingin mencari mahkota
    aku rela mahkota itu hilang
    aku rela tak ditabalkan menjadi Ratu Rimba
    asalkan aku mendapat kasih sayang si kuna si kunte
    kerana kasih sayang mereka tiada ternilai
    jika hendak dibandingkan dengan
    bernilainya mahkota
    mahupun darjat seorang ratu
    itu bukan yang aku dambakan
    yang aku dambakan kasih setulus hati kerana-Nya

    Kata si kunta si kunte
    mereka terlalu sayangkan aku
    nyawa mereka jadi taruhan demi kasihkan aku
    kalau boleh biarlah mereka yang mati dulu
    kerana mereka tak sanggup menanggung kesedihan berpisah denganku Masya-Allah itu yang membuat aku menangis
    aku katakan pada mereka kalau macam tu biarlah kita sehidup semati biarlah sama-sama mati baru senang hati
    tapi takdir Tuhan mesti diimani
    mesti redha atas ketentuan-Nya
    aku redha atas kematian si kunta si kunte

    Kerana aku terlalu cinta kasih sayang
    setulus hati kepada mereka
    yang mahukan aku menjadi Ratu Rimba Niagara
    agar terjaga keharmonian dan kedamaian Rimba Niagara
    makanya aku akur dengan penuh rasa kerdil di hadapan-Nya
    moga kau sudi faham kenapa aku
    terima pertabalan aku sebagai
    RATU RIMBA NIAGARA
    pada 13 Ogos 2012

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    13 Ogos 2012
    24 Ramadan 1433H

    MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA

    Tuan Putri semasa Tuan Putri ditabalkan menjadi Ratu Rimba Niagara kami penghuni rimba telah bermuzakarah untuk melantik tuan puteri sebagai ketua yang memerintah seluruh Rimba Niagara ini.

    Kami ingin membuat sendiri mahkota tuan putri yang tiada tandingannya dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul tuan putri manusia makanya kami hormat tuan putri agar kami juga mahu menyokong institusi diRaja yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya
    Institusi diRaja pada rakyat sekalian....seperti kami ...biarpun kami haiwan dan boleh melantik di kalangan haiwan....tapi kerana semangat kami untuk menghidupkan institusi diRaja di kalangan manusia makanya kami lantik Tuan Putri.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    13 Ogos 2012
    24 Ramadan 1433H

    CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI

    Duhai kawan yang baik budi...

    Dari dulu hingga ke sekarang
    Yang kupertaruhkan dalam hidupku
    Adalah kejujuran keikhlasan dan pengorbanan
    Sebab itu diriku adalah lilin
    Sampai akhir hayat pun tetap lilin
    Maka dari itu dengan apa yang kulalui ini
    Di sepanjang hidupku ini
    Aku muhasabah diri
    Diriku tetap insan yang tak sempurna
    Biarpun aku cuba sedaya mampu untuk
    Menjadi insan yang sempurna

    Tempat aku muhasabah diri
    Ada di Rimba Niagara ini
    Aku jumpa dengan dunia sebenarku
    Inilah dunia yang kuimpikan
    Biarpun pada pandangan mereka
    Cumalah fantasi dan angan-angan
    Tapi aku yakin dengan duniaku
    Kerana suara hati tak pernah menipu

    Di sini aku mendapat
    Kasih semurni hati
    Tanpa ada berpura-pura dalam berkata
    Kata-kata semanis gula
    Kata-kata seiring hati

    Kami selalu bercanda
    Tapi bercanda tiada menyakitkan
    Hati atau sengaja untuk menyindir

    Berkaryalah aku semahuku
    Mereka sentiasa memberi sokongan/dukungan
    Tanpa ada rasa iri hati

    Di Rimba Niagara ini
    Semakin hari semakin sayang
    Bukan semakin hari semakin benci
    Sekali tangan berjabat
    Tersimpul mati hingga ke mati

    Di Rimba Niagara ini
    Tiada yang rasa mementingkan diri sendiri
    Semuanya saling berkorban
    Biarpun nyawa jadi taruhan
    Demi keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara
    Penghuninya bersatu hati
    Saling sokong menyokong
    Ke arah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat
    Setiap bakat penghuni rimba dihargai
    Bukan jadi bahan cercaan dan penghinaan
    Kerana di sini tiada dengki mendengki
    Dendam mendendam
    Yang ada cumalah
    Kasih sayang semurni hati
    Merasakan esok berjumpa Robbul Idzatii
    Sebab itu pesona dunia
    Bukan matlamat kami
    Kerana matlamat kami
    Mahu hidup berkasih sayang dalam redha Ilahi
    Agar tenang roh dan jasad
    Setenang Air di Kali Syurga
    Insya-Allah berjumpa Tuhanpun dalam keaadaan tenang
    Kerana kami tahu Allah Robbul Idzati
    Mahu berjumpa hamba-Nya hanya yang berjiwa tenang saja

    Maka kami berazam selagi hayat ada
    Digunakan semaksima mungkin
    Untuk terus saling sokong menyokong
    Ke jalan-jalan yang di Redhai
    Sebagai bekalan di hari mati

    Makanya di Rimba Niagaralah
    Tempat igauanku dalam mimpi
    Yang kularikkan dengan tinta-tinta
    Kasih dan cinta kerana-Nya
    Biarpun sekadar mimpi ilusi
    Tapi ku yakin jika
    Allah Robbul Idzatii Berkata
    KUN FAYAKUN
    Maka jadilah
    CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI
    Jadi realiti
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    13 Ogos 2012

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    13 ogos 2012
    24 Ramadan 1433H
    (DISIARKAN DI WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH , PRINCE ABDUL MALIK ,EDATON KERATON WAHYU UTAMA,PERKUMPULAN KERATON NUSANTARA, KERATON NUSANTARA , GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)

    PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    16 April 2013

    Kedaton Kraton Wahyu Utamaposted toRatu Rimba Niagara
    March 21
    Sertifikat kerabat kedaton kraton Wahyu Utama dianugerahkan kepada Ratu Rimba Niagara

    Hendra Ibrahim Bangsa melayu bukan hanya sekadar menjaga kebudayaan dan adat istiadat Melayu saja, Bangsa Melayu adalah Bangsa yang besar yang dikenal diseluruh dunia dengan semua kemampuan dan potensinya, serta adat istiadat yang sangat santun dan bermartabat, Bangga dan berusahalah membesarkan dan membangkitkan Melayu yg telah pudar dan jangan lemah menghadapi arus zaman, karena melayu tak kan hilang ditelan zaman. Bangsa yang besar ditentukan oleh para satria dan pemimpin2 nya. kalau sudah memegang nama melayu, berjuanglah, jgn bermalas2an. karena melayu itu sangat Agung dan Mulia.

    Daulat Tuanku...
    Ampun Tuanku beribu ampun,
    Mohon patik masuk mengadap
    Mohon patik merangkai khilaf
    Mohon patik persembah rasa
    Tuanku pelindung keluhuran
    Tuanku Payung kesejahteraan

    (DANA KARYA SASTRA NUSANTARA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN JALINAN TALISIRATURAHMI NASIONAL RAJA SULTAN NUSANTARA III JUNI DI KOTA MALANG SALAM SUKSES SEMUA YANG HADIR DARIPADA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA HAMBA SAYANG SEMUA DEMI-NYA SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN)
    22 Juni 2013


  • GENGGAMLAH “KEYAKINAN” JANGAN PERNAH DILEPASKAN.


28 SAFAR 1436H
21 DISEMBER 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;