Wednesday, 21 November 2012

LIHATLAH OMBAK BULAN PUNGGUK DI SITU ADA RINDUKU KE KAMU





  • LIHATLAH OMBAK BULAN PUNGGUK 
    DI SITU ADA RINDUKU KE KAMU

    percayalah
    jika kamu lihat ombak
    menderu-deru
    itulah deruan rinduku ke kamu

    jika kamu lihat bulan
    di situ ada wajahku
    melemparkan senyuman rindu untuk mu

    jika kamu dengar pungguk berlagu
    di situlah aku berlagu rindu
    rindu serindunya pada mu

    lirik lagu bila kurindu
    kuseru namamu
    di ombak rindu

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    21 November 2012
    Like ·  · Promote · a few seconds ago · 
  • Adji Raden Menggala was tagged in Mawar Bunga's photo. — with Ki Ageng Pamungkas and 42 others.
    Photo
    Unlike ·  · 5 minutes ago · 
    • You and 62 others like this.
    • Ratoe Yasmine trims banyak mba Mawar Bunga..atas kiriman nya...^_^...
    • Ichat Solihat Mksh kiriman bunganya ...
    • Ratu Rimba Niagara LIHATLAH OMBAK BULAN PUNGGUK 
      DI SITU ADA RINDUKU KE KAMU

      percayalah 
      jika kamu lihat ombak
      menderu-deru
      itulah deruan rinduku ke kamu 

      jika kamu lihat bulan
      di situ ada wajahku 
      melemparkan senyuman rindu untuk mu

      jika kamu dengar pungguk berlagu
      di situlah aku berlagu rindu 
      rindu serindunya pada mu

      lirik lagu bila kurindu
      kuseru namamu
      di ombak rindu

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      21 November 2012
      20 minutes ago · Like · 2
      • Ratu Rimba Niagara GERHANA CINTAKU
        PELANGI CINTAMU
        DALAM RESTU-NYA

        Setangkai mawar yang kau kirimkan
        Telah menceriakan hatiku yang gundah gulana
        Yang tak pernah senyum dek karna gerhana
        Setangkai mawar merah kiriman ikhlas darimu
        Ternyata membuatkan aku tersenyum pelangi cinta
        Harumnya setangkai mawar merah kiriman mu itu
        Seharum hatimu berbunga cinta suci
        Kudupnya telah membuka
        Gerhana cintaku sejak sekian lama bergerhana
        Makanya sekarang
        Kubisa menerima cinta suci murni
        Hanya semata kerana-Nya...
        Kerana-Nya kucinta kamu
        Kerana-Nya kuterima apa adanya kamu
        Moga Allah merestui
        Ikatan kasih cinta suci kita
        Abadi selamanya hingga ke Syurgawi

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        21 November 2012
        8 minutes ago · Edited · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA

        Cinta dan rindu
        Bagaikan irama dan lagu
        Kerana cintalah datangnya sayang
        Sayang pada Tuhan
        Sayang pada diri sendiri
        Sayang semua yang ada di langit dan di bumi
        Itulah rindu kasih dan cinta
        Yang perlu ada pada kita semua
        Barulah kedamaian ada di kalbu
        Dan kita saling mengerti
        Kenapa kita di wujudkan di dunia ini
        Saling menghargai
        Saling berkasih sayang kerana-NYa
        Insya-Allah Syurga milik semua
        Yang berkasih sayang kerana-Nya
        Bertemu dan berpisah kerana-Nya
        Di Mahsyar Insya-Allah kitakan bertemu
        Atas ikatan ikhlas setulus hati kerana-Nya
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        21 November 2012
        5 minutes ago · Like · 1
      • Roeniwar Anwar II Trim'ks...Mawar Bunga@ ats kiriman2 bunganya yg hindah2 itu....
      • Ratu Rimba Niagara MEMILIKI CINTA REDHA-NYA ILAHI

        Jika kau mahu berlari ke pangkuanku 
        berarti kita sama-sama bersumpah setia 
        sehidup semati berusaha bersungguh-sungguh 
        seikhlas hati mencari jalan-jalan redha Ilahi
        sebagai bekalan ke negeri Abadi ...
        itulah pegangan tauhid yang perlu ada padmu padaku
        sebelum di jemput pulang ke pangkuan Ilahi.
        Jika itu ada terpasak di jiwamu di jiwaku...
        Insya-Allah segala yang ada di langit dan di bumi mendoakan
        hajatmu hajatku dalam memiliki cinta redha-Nya Ilahi.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        21 November 2012 

        PELANGI CINTA BERBUNGA SYURGA

        Pabila rindu dendam
        sudah terpadam
        hilang segala cinta terpendam
        yang ada derita di tungku hati remuk redam
        api cinta terus terpadam

        Keyakinan menghidupkan cinta
        terlalu menyeksakan
        ketabahan perlu
        dengan adanya ketulusan hati
        bercinta karena-Nya
        pasti pelangi cinta
        berbunga Syurga
        terkuntum di kalbu
        serinya dipelukan rindu
        syahdu dalam gaun pengantin
        bersuterakan
        kiriman dari Syurga Ilahi
        bahagia dinanti
        di perdu rindu Syurga
        bagaikan pengantin diRaja
        dari Merak Kayangan
        cantik jelita
        rupawan tertawan
        di sejadah cinta
        Syukurlah pada Ilahi

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        21 November 2012

        DIPAYUNGI NUR KASIH ILAHI

        Dalam bicara kata yang bisu
        Masih tercari-cari jawaban yang pasti
        Menuju ke destinasi cinta berbunga rindu
        Disulami cinta pasakan tauhid
        Di kalbu pasrah dalam
        Ketentuan takdir
        Yang telah tercatat di Lauhmahfuz
        Itulah jawapan yang pasti
        Kuimani dalam lubuk hati
        Dipayungi Nur Kasih Ilahi

        RATU RIMBA NIAGARA
        21 November 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;