Sunday, 18 November 2012

ZIKIR KALIMAH TERAKHIR KE SYURGANYA




Ratu Rimba Niagara shared Regina Abdullah's photo.
Assalamualaikum ..salam subuh ..selamat pagi semua ..syukur alhamdulillah bertemu lagi kita di alam maya ni.. Happy Monday Morning ..Put ~ smile ~ to your face and be ceria...Good Morning Everyone.....muahhh....
Assalamualaikum ..salam subuh ..selamat pagi semua ..syukur alhamdulillah bertemu lagi kita di alam maya ni.. Happy Monday Morning ..Put ~ smile ~ to your face and be ceria...Good Morning Everyone.....muahhh....
Unlike · · · 5 minutes ago ·

  • You like this.
  • Ratu Rimba Niagara DUHAI MALAMKU AKU KEKASIH SETIAMU

    Kuseru Dewi Malam (2)

    wahai malam yang sepi
    bayukanlah rinduku pada jendela mimpi
    kuakkan senduku di birai cuping telinga
    untukku bisik suara hatiku padanya

    Oh, malam yang suram
    gerimiskanlah lantai hatinya yang kelam
    agar tersenyum menanti di peradauan
    di kala bibirnya kukucup sayang.

    aduhai, malam yang dingin
    hujungkanlah gulanaku yang gundah ini
    dalam menanti kasehnya yang membara
    bersama kehangatan dada nan bergelora.

    Alahai, malamku
    kemanakah bayu meresah
    hingga gerimis menjadi beku
    sedangkan aku kerinduan dalam gelisah

    Malam, mengapa harus kugelisah
    sedangkan langit dan bumi tiada terpisah.

    Bicara Malam : Lezaihasra Lm..
    Bsut, Tganu. ( 16.11.2012
    Unlike · · Share · Promote · 3 minutes ago ·

    You like this.
    Ratu Rimba Niagara

    DUHAI MALAMKU..AKU KEKASIH SETIAMU...

    duhai malam
    kau tak perlu
    gundah gulana
    aku sentiasa ada bersamamu
    kita tak akan terpisah

    duhai malam
    biarpun malam
    akan terpisah
    kerna menjelmanya siang
    tapi malam akan tetap datang
    menemani sepimu
    dan akulah
    kekasih setiamu
    yang setia
    mendengar
    keluhan pujanggamu
    dan aku akan
    tersenyum syahdu
    kerna dapat
    menjadi kekasih setiamu
    biarpun kau sepikan rinduku
    dek kau merindu kekasih lain
    yang layak mencintai dan merinduimu
    aku tetap tersenyum dalam duka
    untuk mengubat rinduku padamu
    ku senyum biarpun di balik
    pepohon pekat malam
    tapi tetap memancarkan rinduku padamu

    duhai malam
    lihatlah di langit sana
    bulan memancarkan
    sinarnya pada pepohon di rimba
    sinarnyanya cuba menerobos pekat malam di rimba
    dengan izin-Nya
    tersirna indah menerobos ke kalbumu
    dan kau tersenyum
    dan itulah aku rembulan yang sentiasa ada
    untuk menemani sepimu
    dan akulah amalanmu
    yang akan menemanimu
    di kala kau sepi di dunia
    di kala kau sepi di alam barzah nanti
    jutru jangan abaikan aku
    serulah namaku
    bila-bila masa
    agar aku sedia berbakti untukmu
    menemani sepi duniamu
    untuk menjadi bekalan sepi alam barzahmu...

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    5 Muharram 1434H
    19 November 2012

    KARYA LEZAIHASRA LM & RATU RIMBA NIAGARA
    5 Muharram 1434H
    19 November 2012M
    Like ·
    about an hour ago · Like · 1
    Ratu Rimba Niagara PERCINTAAN BERKALBU SYURGA

    was tagged in ~Tinta Aksara Seorang Nizayu Amirdza~'s photo.

    Aku tak mau apa-apa
    memadailah haruman setia luhur
    sepertimana bauan bunga yang sering ku jiruskan
    di lekuk-lekuk tubuh cintamu ku mandikan.

    Aku mudah menangis bila rindu mulai menjerut kalbu
    esak edanku hanya mampu ku lepaskan diawangan
    mampukah ku menyiat pedih supaya pergi
    sedangkan parutnya masih muda lagi.

    Sering sendirian mencermin diri
    mengintai alur makrifat mengolah pekerti
    hinggakan makna itu pun lari dari maksud
    membuat pemikiranku bertambah kusut.

    Aku di seret buntu ke hujung situ
    adakala sepi ini menghunjamku terpelanting jauh
    terpaksa ku raung dalam nada-nada serak
    apakah ku mampu menahan apakahku layak ?

    Oh aku tak mampu berdiri sendirian begini
    akukan layu tanpa sentuhan ajaib sidia
    sentiasa aku meratap dalam senyuman
    melayar bahtera dilautan tak bertepian
    apalah daya seorang wanita seperti aku
    andai rinduku tidak dicumbu.

    Patah-patah kataku pun tak memberi sebarang makna
    kerna rinduku kini sedang merana....
    Unlike · · 141 · 35 minutes ago ·

    You and 13 others like this.

    Ratu Rimba Niagara

    PERCINTAAN BERKALBU SYURGA

    Aku tak mahu terlara sepi oleh rindumu
    yang selalu melukakan hatiku
    pergilah rindu
    pergilah sepi
    aku tak mahu
    merinduimu lagi
    pergilah bersama dia
    yang kau rindu
    biarkan aku begini
    terlara dalam sepi
    merinduimu
    yang tak sudi kau balas
    aku sudah pasrah
    kerana DIA saja
    yang sentiasa sudi
    membalas rinduku
    pasti rinduku
    dibalas cintaNya yang pasti
    tak merugi
    pasti cintaNya di balas Syurga
    itu janjiNya
    aku percaya janjiNya
    janjiNya pasti
    DIA lah Kekasih sejati
    tak perlu kunanti bila hadirNya
    karna DIA sentiasa setia membalas
    cinta dan rinduku...
    dan sentiasa setia
    menunggguku bertemuNya
    setiap lima waktu sehari semalam
    malah lebih dari itu jika aku mahu
    berkomunikasi denganNya tika solat
    DIA berkomunikasi denganku tika membaca QalamNya
    Kekasih yang saling berkomunikasi setiap hari dan detik
    Indah...lindah....indah...
    terlalulah indah
    serasa bagaikan di Syurga
    bila nafasku terhenti
    aku tinggalkan jasad
    rohku disambut oleh para malaikatNya
    membawa kain kafan setanggi Syurga
    itulah pakaian Syurga kirimanNya
    sebelum aku bertemuNya
    melepasi di langit ke tujuh
    indahNya pertemuan di kala itu
    hanya DIA dan aku saja yang tahu
    dan aku tak sabar menanti
    pertemuan yang Maha Indah untuk
    dilafazkan dengan selain dengan lafaz
    paling layak untukNya
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    moga indahNya pertemuan di kala
    aku dijemput Ilahi menjadi realiti
    begitu juga yang membaca karya doaku ini
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    HambaMu Yang MencintaiMu Hingga Nafas Terakhirku,
    hambaMu kekasihMu mencintaiMu abadi selamaNya....
    5 Muharram 1434H
    (KARYA DOA HAMBA KEPADA PENCIPTANYA INI ADALAH
    UNTUKKU DAN SEMUA PEMBACA KARYAKU YANG KUKASIHI
    INSYA-ALLAH INILAH ILHAM DARINYA UNTUK SAMALAH
    KITA MUHASABAH DIRI MERAIH CINTANYA ABADI
    INDAH SEINDAH SYURGA MILIKNYA)
    37 minutes ago · Edited · Like

0 comments:

Post a Comment

 
;