Wednesday, 21 November 2012

KURINDU KUCINTA-MU ALLAH




  • MELIHAT ALLAH DI SYURGA

    MaharajaPancung Pancar Temasik I do believe I am going to spend a lifetime to try to get a one-to-one chat with ALLAH..something unheard of since "God talked to Moses"...
    23 hours ago via mobile · Unlike · 1

    Ratu Rimba Niagara Tuhan sentiasa ada untuk hambaNya DIA tidak pernah menolak cinta hambaNya. Berbual denganNya terasa tenang di jiwa. Tuhan tidak akan menampakan diriNya kecuali di Syurga nanti di mana semua ahli Syurga dapat melihat Allah Azzawajallah tanpa hijab ...melihat Allah seperti kita melihat bulan...begitu jelas sekali...dan tika ..itulah nikmat yang tak dapat digambarkan oleh ahli Syurga.Melihat Allah di Syurga itulah nikmat segala nikmat yang ada di Syurga. Moga kita terpilih untuk melihat Allah nanti. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    Ratu Rimba Niagara
    9 Muharram 1434H
    22 November 2012
    Like ·  ·  · Promote · about an hour ago near Kuala Lumpur · 


  • Ratu Rimba Niagara shared Sumayyah Al-Qadiriyah's photo.
    AKU DAN DIRIKU 

diriku telah hilang 
ghaib di dalam gua yang dalam 
gelap gulita 
puasku mencarinya 
namun tidak ku temui 
sesekali gelibatnya melintasi di hadapan ku 
bila aku cuba memegang
dia kembali menghalang
Wahai Yang Maha Melihat 
lihatlah betapa kasih aku kepada diriku 
bila Engkau memisahkan daku daripadanya 
masih juga daku mencari-carinya

Maulaya, Wahai Pelindung diriku 
selamatkan daku daripada
fitnah diriku sendiri 
janganlah Engkau lepaskan daku 
kepada sesuatu selain-Mu 
walau sekelip mata jua 
ikatkan daku dengan rantai ubudiah 
sepanjang hayatku 
agar Engkau sentiasa esa 
tiada sesuatu menggangu keesaan-Mu














    AKU DAN DIRIKU

    diriku telah hilang
    ghaib di dalam gua yang dalam
    gelap gulita
    puasku mencarinya
    namun tidak ku temui
    sesekali gelibatnya melintasi di hadapan ku
    bila aku cuba memegang
    dia kembali menghalang
    Wahai Yang Maha Melihat
    lihatlah betapa kasih aku kepada diriku
    bila Engkau memisahkan daku daripadanya
    masih juga daku mencari-carinya

    Maulaya, Wahai Pelindung diriku
    selamatkan daku daripada
    fitnah diriku sendiri
    janganlah Engkau lepaskan daku
    kepada sesuatu selain-Mu
    walau sekelip mata jua
    ikatkan daku dengan rantai ubudiah
    sepanjang hayatku
    agar Engkau sentiasa esa
    tiada sesuatu menggangu keesaan-Mu

    By Sumayyah Al-Qadiriyah


    • like this.
    • Hasmadi Ismail Duhai kekasi nan setia...
      Kerinduan seisi mayapada...
      Kecemburuanku kerna kasih ku...
      Samada aku Kau bersama tetap bersatu.....
    • Ratu Rimba Niagara AKU DAN MU

      Duhai Allah
      Kekasihku dambaan imanku
      Seluruh hidupku
      Telah kuserahkan padaMu
      Sejak aku kenal diriku
      Siapa aku
      Di mana asalku
      Kenapa aku diciptakan di muka bumi ini
      Apa tanggungjawabku padaMu

      Puas aku meratapi diriku
      Adakah aku hambaMu yang hina ini
      Layak menjadi KekasihMu
      Aku bukan Rabiatul Adawiyah Kekasih setiaMu
      Yang hidupNya adalah ibadat semata kepadaMu
      Amalannya hendak dibandingkan dengan aku
      Bagaikan langit dengan bumi
      Malu aku Allah...
      Sememangnya tak layak,...
      CintaNya padaMu tiada tandingan
      Tiada siapa yang cemburu dia menyintaiMu
      Tapi aku Ya Allah..
      Menjadi bahan penghinaan...
      Mereka kata cermin diri aku
      Nak jadi macam kekasihMu Rabiatul Adawiyah ...
      Mereka ketawakan aku...mereka hina aku...
      Hingga aku terlara luka Ya Allah....
      Aku tak pernah cemburu dengan Rabiatul Adawiyah...
      Malah aku kagum dengannya...
      Dia adalah idolaku
      Walau pun tak seratus peratus aku seperti amalannya
      Engkau membalas cuma sedikit kasihMu 
      Padaku sudah memadai Ya Allah...
      Yang kuhajatkan padaMu Ya Allah..
      Sebelum aku ketemu denganMu
      Izinkan aku melakukan segala kebaikan 
      Yang Kau redhaiMu
      Dan jauhkan aku 
      Dari mereka yang sengaja mahu 
      Memadamkan tauhidku padamu

      Sejak aku jatuh cinta padaMu
      Bagiku apa yang Kau ciptakan semuaNya indah
      SemuaNYa adalah permata Syurga...
      SemuaNya adalah sumber inspirasiku untuk berpujangga
      Apa yang kutulis 
      Ingin kutulis sebaik mungkin
      Seindah mungkin
      Untuk kupersembahkan kepadaMu
      Agar Kau sudi membalas cintaku
      Dan menganugerahkan aku
      Kalimah لا إله إلا الله محمدا رسول LAILAHAILLAH MUHAMMAD RASULULLAH di akhir kalamku nanti
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      HambaMu Yang Kerdil,
      9 Muharram 1434H
      2 hours ago · Edited · Like · 1
    • Sumayyah Al-Qadiriyah Hasmadi Ismail danRatu Rimba Niagara..aku iri kepada mataku yang memandangmu, hingga ku tundukkan ia ketika aku melihatmu, melihat engkau mempamerkan keindahan-keindahan dirimu , yang membuat aku begitu gelisah, membuat aku cemburu terhadapmu, kerna kau memiliki kasihNya..
      2 hours ago · Edited · Unlike · 2
    • Sumayyah Al-Qadiriyah duhai A-Haq, apa pun yang akan Engkau, kuruniakan kepadaku di dunia ini, berikanlah kepada musuh-musuh-Mu, dan apa pun yang akan Engka kurniakan kepadaku di akhirat nanti, berikanlah kepada sahabat-sahabat-sahabatMU, kerna Engkau sendiri, cukuplah bagiku..
      2 hours ago · Like · 1
    • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK BIDADARI SUMAYYAH AL-QADIRIYAH

      Duhai sahabatku dunia akhiratku Sumaiyyah Al-Qadiriyah...
      Di kala kutulis tinta-tinta indahnya cintaNya
      Hatiku terlara syahdu

      Aku rasakan terlalulah dekatNya denganku
      Hingga air mataku 
      Menangis tanpa henti
      Bila menulis NamaNya Yang Maha Agung itu
      Jiwaku terheret hiba
      Hiba bilakan bertemu denganNya
      Tapi aku malu...malu
      Amalku yang sedikit ini
      Adakah aku layak untuk bertemuNya
      Untuk menyebut menjadi KekasihNya pun aku malu
      Tapi jiwaku terlalu ingin memiliki
      Kasih dan cintaNya

      Apa yang aku tulis
      Dan aku siarkan kepada kawan-kawan alam maya
      Bukanlah bertujuan untuk membangga diri
      Sekadar berkongsi deria rasa 
      Yang aku alami saat ini dan tika ini
      Semogalah dengan puisi-puisi cintaku
      Yang kukarangkan untukNya
      Mendapat balasan dariNya
      Maka bersyukurlah aku sebanyak-banyakNya
      Dan bertambah bersyukur aku
      Jika rakan-rakan alam mayaku yang membacanya
      Juga mendapat perasaan yang sama denganku
      Jatuh cinta dan mencintaiNya 
      Selagi hayat di kandung badan
      Kalimah Syurga dapat kita lafazkan dengan tenang
      Itulah tanda balasan cintaNya kepada kita semua
      Yang mencintaiNya sehingga nafas terakhir
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin,

      Sahabat alam mayamu,
      Ratu Rimba Niagara
      9 Muharram 1434H
      22 November 2012M
      2 hours ago · Like · 1
    • Sultan Sebrang Laut Tawanlah Aku

      duhai Allah
      sudah saatnya aku kembali
      pada kegembiraan hati

      aku ingin pulang
      mencicipi anggur riang Mu
      dalam cawan qolbu

      ini diri ku ya Allah
      ini hati ku
      ku berserah pada Mu
      tangkap lah aku
      tawan lah aku
      pancinglah aku
      aku adalah ikan mu
      ikan yang bermain pada ombak mu
      lihat lah aku
      aku datangi perahu Mu
      aku datangi jala Mu
      tangkaplah aku
      tawan lah aku
      aku ingin menjadi ikan idaman Mu
      bakarlah aku pada tungku namrud
      atau masaklah aku pada kuali fir’aun
      aku ingin mendengar ibrahim memuji mu
      aku ingin mendengar rintihan masyitha
      berharap pada mu
      aku ingin mendengar tangisan kekasih Mu
      aku ingin mendengar desahan Mu
      hembusan hu yang melagu merdu

      duhai Allah
      tangkaplah aku
      gorenglah aku dalam wangi kasturi Mu
      biar ku mati, tapi jasad ku wangi
      biar ku mati, tapi jasadku tersimpan dalam rahasia Mu

      duhai Allah
      basahi bibir ku dengan memuji Mu
      banjiri hati ku dengan segla kesyukuran ku pada Mu
      biar merdu segala pujian ku
      biar diri ku penuh dengan kembang gula
      manis madu Mu
      2 hours ago · Like · 1
    • Sumayyah Al-Qadiriyah dalam rahsia, jauh daripada dunia..lidahku bercakap dengan-Nya yang ku puja..melalui sebuah jalan..
      kami mendekat rapat..terpisah jauh daripada-Nya
      berat siksa yang mendera jiwa, walau Kau sembunyikan wajah-Mu, jauh daripada pandangan mataku, dalam cin
      ta ku rasa kehadiran-Mu, yang mesra dalam hatiku, dalam bencana mengerikan..
      tak ku sesali seksa yang mencabik jiwa, hanya Kau saja Tuhan yang ku rindu, bukan kurnia atau tangan pemurah-Mu, apabila seluruh dunia Kau berikan kepadaku, atau syurga sebagai pahala, aku berdoa supaya seluruh kekayaanku, tak berharga dibanding melihat wajah-Mu, marilah sahabat2 ku, bersama ku dalam salik ku
      2 hours ago · Unlike · 1
    • Ratu Rimba Niagara Bila cintaNya sudah menyatu dalam jasad dan roh...hanya terpana dzat cintaNya.
    • Ratu Rimba Niagara MELIHAT ALLAH DI SYURGA

      MaharajaPancung Pancar Temasik I do believe I am going to spend a lifetime to try to get a one-to-one chat with ALLAH..something unheard of since "God talked to Moses"...
      23 hours ago via mobile · Unlike · 1

      Ratu Rimba Niagara Tuhan sentiasa ada untuk hambaNya DIA tidak pernah menolak cinta hambaNya. Berbual denganNya terasa tenang di jiwa. Tuhan tidak akan menampakan diriNya kecuali di Syurga nanti di mana semua ahli Syurga dapat melihat Allah Azzawajallah tanpa hijab ...melihat Allah seperti kita melihat bulan...begitu jelas sekali...dan tika ..itulah nikmat yang tak dapat digambarkan oleh ahli Syurga.Melihat Allah di Syurga itulah nikmat segala nikmat yang ada di Syurga. Moga kita terpilih untuk melihat Allah nanti. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

      Ratu Rimba Niagara
      9 Muharram 1434H
      22 November 2012M


    • KARYA SUMAYYAH AL-QADIRIYAH & SULTAN SEBRANG ALUT & RATU RIMBA NIAGARA
      8 Muharram 1434H
      22 Novemaber 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;