Thursday, 22 November 2012

GONG ISTANA AKAN BERGEMA, PENANTIAN KINI SUDAH TIBA KEDATANGAN RAJA

  • kentung sudahpun dipalu
    sekian alam berserta sama
    gong istana akan bergema
    penantian kini sudah tiba kedatangannya RAJA
    Like · · · 6 hours ago via mobile
  • Alhamdu'lillah..kedatangan Sultan Abdul Samad, Daeng Chelak dan Raja Lunggu mengabarkan supaya Keturunan yg berhaq supaya segera dikenal pasti utk memukul Gong diRaja sempena Hari keputeraan Sultan tak lama lagi..
    Unlike · · · 6 hours ago via mobile

    • Ratu Rimba Niagara Hari Keputeraan Sultan mana tu ...
    • Sultan Hussin Amin hu ya Amin
    • Raja Sabrie Palakka Alhamdulillah. syukur :)
    • Ratu Rimba Niagara TIADA APA YANG MUSTAHIL JIKA ALLAH SWT PERKENANKAN. AAMIIN.
    • Raja Sabrie Palakka Kehendak Allah tiada siapa yg boleh menghalang. selebihnya redha dgn ketentuan.
    • Ratu Rimba Niagara MARILAH BERSAMA BETA SUSAH SENANG KITA BERSAMA

      TUANKU DIRAJA NUSANTARA BERJIWA KEPERWIRAAN
      DEMI AGAMA RAKYAT DAN NEGARA NUSANTARA AKAN
      DIPERJUANGKAN HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR...

      DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI

      RAKYAT BETA YANG DIKASIHI,
      MARILAH BERSAMA BETA;
      PERTAHANKAN BUMI NUSANTARA INI,
      SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

      BETA PERTARUHKAN NYAWA,
      DEMI RAKYAT NUSANTARA TERCINTA;
      INILAH TANDA CINTA BETA,
      PADA RAKYAT & NUSANTARA TERCINTA.

      TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SEINCI,
      DI BUMI BERTUAH NUSANTARA INI;
      KITA LAYARKAN PERJUANGAN ILAHI,
      AGAR KITA SEMUA DIBERKATI.

      USAHLAH DIBIMBANG DUHAI RAKYAT,
      KASIH BETA ADALAH MENGUTAMAKAN RAKYAT;
      KERANA ITU TANGGUNGJAWAB BETA PADA RAKYAT,
      BERUSAHA SELAGI DAYA MAJUKAN RAKYAT.

      JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA,
      DARAH KITA WARNA YANG SAMA;
      BERSAMALAH MAJUKAN NEGARA KITA,
      SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

      ANDAI KATA BETA DIJEMPUT ILAHI,
      JAGALAH BUMI BERTUAH NUSANTARA INI;
      AGAR DAPAT GENERASI WARISI,
      BARULAH TENANG DI SANA NANTI.

      KIRIMAN DOA AMAT DINANTI,
      JANGAN DILUPAI SAMA SEKALI;
      ALAM BARZAH TEMPAT ABADI,
      SEMENTARA QIAMAT DATANGI.

      MOGA KITA BERTEMU LAGI,
      DI SYURGA NEGERI ABADI;
      SEGALA KEINDAHAN DIKECAPI,
      DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KERABAT DI RAJA
      NUSANTARA & RAKYAT NUSANTARA TERCINTA)
      8 Muharram 2434H
      22 November 2012M
    • Ratu Rimba Niagara TAHTA UNTUK RAKYAT

      Jiwa seorang raja
      adalak untuk rakyat
      tiada difikirkan
      kepentingan sendiri

      tahta yang dimiliki
      hak rakyat
      bahagia rakyat
      bahagia raja
      derita rakyat
      terseksa raja

      harta yang dipunyai
      adalah harta rakyat
      diagih-agih
      pada rakyat
      memerlukan
      karna dia tahu
      harta
      yang diberikan
      itulah
      harta sebenarnya
      milik abadi
      dibawa pulang
      ke negeri abadi

      tahta raja
      bukan untuk
      kemegahan
      kebanggaan
      untuk
      direbut-rebut
      kekuasaan
      tapi
      yang ada
      dijiwa raja
      tahtanya
      adalah untuk
      berbakti pada
      rakyat sepenuh
      jiwa dan raga
      karna
      jika salah
      gunakan tahta diRaja
      akan dipertanggungjawabkan
      kepada Yang Maha Berkuasa
      Daripada Segala Yang Berkuasa
      Raja Segala Raja,
      Yang Menguasai
      Hari Pembalasan
      Allah Robbul Idzatii

      tahta raja
      adalah untuk rakyat
      karna
      jiwa dan raganya
      dipikiran
      rakyat...rakyat...rakyat...
      mahukan rakyat hidup
      sejahtera
      di bumi bertuah SeNusantara
      karna itu
      tahta raja adalah untuk rakyat
      SeNusantara tercinta
      dan demi rakyat
      bukan setakat tahta
      diberikan untuk rakyat
      malah nyawanya
      menjadi taruhan
      untuk rakyat
      SeNusantara tercinta...

      Itulah raja dambaan rakyat
      yang mahu dimartabatkan oleh
      seluruh rakyat SeNusantara
      biarpun nyawa jadi taruhan
      demi raja berjiwa hamba
      ALLAH ROBBUL IDZATII

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      8 Muharram 1434H
      22 November 2012M
    • Ratu Rimba Niagara LAYARKAN BAHTERA LANCANG KUNING

      kanda tuanku
      jangan lemah semangat
      jangan mati akal
      ayuh ...!
      kita teruskan tinta lancang kuning ini
      biarpun tsunami datang membadai
      memusnahkan segala cinta
      tapi cita-cita kita
      untuk meneruskan
      bahtera lancang kuning
      harus kita pertahankan
      jangan biarkan bahtera
      lancang kuning
      yang sama-sama kita bina
      musnah dipukul badai membadai
      cukup...cukup sudah
      bahtera lancang kuning
      tersadai karam terlalu lama
      cukup sudah ianya menanggung
      segala gubuk derita
      diinjak...injak
      dihina
      seolah lancang kuning
      tak pernah wujud
      sedangkan lancang kuninglah
      yang pertaruhkan nyawa
      demi kemerdekaaan nusantara ini
      setelah merdeka lancang kuning
      tidak dipedulikan
      dikebumikan tanpa nesan
      apakah ini adil untuk
      tetesan darah lancang kuning kanda?
      dengan
      tetesan air mata ini
      tetesan darah ini
      tinta-tinta lancang kuning ini
      kan dinda renjiskan
      ke seluruh pelosok bumi SeNusantara ini
      biar mereka tahu gema
      suara lancang kuning
      akan terus bergema
      tanpa henti
      hingga terhenti nafas
      inilah sumpah dinda pada
      lancang kuning
      agar suatu masa nanti
      bahtara lancang kuning
      akan belayar penuh
      megah...gagah!
      yang menerajui
      bahtera lancang kuning itu
      adalah kanda
      dan permaisuri kanda
      biarpun dinda dari jauh
      hanya memandang kebahagian kanda
      itulah hadiah dari dinda untuk
      pewaris yang telah lama kanda lupakan

      berjanjilah pada dinda
      kanda akan pertahankan
      pewaris tahta kerajaan
      lancang kuning ini
      hingga dapat diwariskan
      kepada kerabat lancang kuning
      SENUSANTARA

      ADINDA PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
      13 Oktober 2012
      October 13 at 7:54pm · Like
    • Ratu Rimba Niagara DI BAWAH LINDUNGAN RAHMAT KASIH-NYA

      Sejarah tetap sejarah
      Darah yang mengalir adalah darah keturunan diRaja
      Tak akan hilang
      Itulah sejarah yang tak akan terpadam
      Yang diwarisi hingga ke anak cucu
      Telah tercatat sejak Azali Tuhan menaikkan darjat hamba-Nya
      Segala-Nya dengan izin-Nya
      Biarpun berdarah diRaja
      Kekuasaan yang diberi bukanlah untuk
      Pakaian kebanggaan sebagai diRaja
      Tapi adalah memikul tanggungjawab kepada
      Rakyat dan akan dipertanggungjawabkan
      Raja yang disayangi rakyat
      Adalah Raja yang berjiwa hamba
      Hamba kepada Tuhan
      Kerana DIA lah Raja Segala Raja
      Raja Yang Berkuasa Di Dunia
      Raja Yang Berkuasa Di Akhirat
      Yang Memiliki Segala Kerajaan Alam Semesta
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

      Semoga semua yang DiKurniakan-Nya
      Darjat Di-Raja di bumi ini
      Menjadi Raja kepada rakyat jelata
      Yang sentiasa prihatin kepada masalah rakyat
      Memerintah dengan adil dan saksama
      Agar dapat mengundang Rahmat Kasih Dari-Nya
      Maka jadilah sebuah negara yang
      Aman damai sejahtera selamanya
      Di Bawah Lindungan Rahmat Kasih Dari-Nya
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      1 Muharram 1434H
      15 November 2012M
    • Ratu Rimba Niagara AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI SYAIR PANTUN GURINDAM CARA BARU MEMPOPULARKAN SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU RUMPUN MELAYU SENUSANTARA

      Aku bukan ahli sejarah
      Tapi aku peminat sejarah
      Aku mahu menghargai sejarah

      Dengan caraku sendiri
      Aku ingin mengolah sejarah
      Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
      Cara baru untuk mempopularkan sejarah
      Di jiwa anak cucu rumpun Melayu
      Agar mereka menghargai
      Sejarah moyang mereka
      Yang bersusah payah
      Memerdekakan negara tercinta
      Agar anak cucu dapat menumpang teduh
      Dengan aman sejahtera
      Tanpa ada permusuhan
      Yang akan membuatkan
      Negara moyangku dijajah semula
      Aku tak mahu sampainya jadi begitu
      Makanya
      Kurela
      Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
      Pena untukku menulis
      Dengan air mata dan darah
      Dan takkan kuhiraukan lagi
      Segala penghinaan mereka ke aku
      Kerana aku berpena bukan
      Untuk dipandang mereka
      Aku menulis
      Demi pandangan dari-Nya
      Demi anak cucu rumpun Melayu SeNusantara

      Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
      Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
      Kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
      Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
      Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
      Sehingga terhenti nafas
      Terhentilah pena

      Karya Ratu Rimba Niagara
      13 Ogos 2012
      PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
      13 Ogos 2012
      24 Ramadan 1433H
      (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK RAKAN PUJANGGA
      'DI MANA ADA KARYAKU DI SITULAH AKU'

      di kala aku benar-benar
      mengharapkan kau memahamiku

      harapan pengertiaan darimu
      hancur berkecai...kecai...
      kau masih tidak memahamiku
      lalu hatiku terluka
      sudah banyak kali aku katakan padamu
      bukan nama bukan sanjungan bukan material
      menjadi dambaan hidupku
      yang aku mahu karyaku
      diterima pembaca di seluruh dunia
      jikalah atas belas kasihan-Nya
      karya aku menajdi material
      material itulah
      ditunas-tunaskan
      berbunga berbuah
      hasilnya sebagai bekalan
      untuk dituai di Sana nanti

      tapi dalam aku tenggelam
      di lautan kepastian darimu
      aku menaruh kepercayaan
      agar kau memahamiku
      dalam satu perkataanmu
      kau luruhkan segala
      kepercayaanku
      bahawa kau masih tak
      memahamiku
      seolah aku rasakan
      selama ini kehadiran aku
      dalam hidupmu
      hanyalah untuk menyusahkanmu
      dan menyandarkan segala
      harapan padamu
      sesak dadaku
      seakan berhenti
      detak jantungku

      dan kerana tidak mahu
      menyusahkanmu lagi
      biarkan aku begini
      sendirian dengan karya-karyaku
      tanpa sokongan darimu lagi
      dan aku senang begini
      tanpa termakan budi
      tanpa menyusahkan kamu lagi
      atau sesiapa saja
      kerana dari dulu lagi
      sejak aku melangkah
      perjuangan dunia sastraku ini
      aku hanyalah sandarkan
      semuanya kepada-Nya
      bukan sesiapa
      jika di masa hidupku
      karya-karyaku tidak diterima
      tidak mengapa kerana aku sudah redho
      manalah tahu dalam ribuan karya-karya
      yang aku tulis itu hanya satu saja
      diterima dan dipandang oleh-Nya
      itupun lebih berharga dari alam dan seisi-Nya

      selepas ini di bumi mana
      Allah letakkan karya-karyaku
      di situlah aku berkarya
      tanpa sesiappun tahu
      siapa aku ...di mana aku
      aku cuma berada
      pada yang telah diTentukan-Nya
      dimana ada karyaku disitulah aku
      sehinggalah dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi

      RATU RIMBA NIAGARA
      16 Oktober 2012
      November 15 at 11:30am · Like

      BERUNDUR BUKAN BERARTI KALAH
      APALAH SALAHNYA MENGAKU KALAH DEMI AKHIRAT

      apa hendak diharapkan pada kesenangan yang tak pasti
      yang kuharapkan kawan sejati
      berkata selari dengan hati
      bukan membuat kita makan hati
      dendam yang ingin kupadam
      api yang dinyalakan
      makanya berapi-api jadinya
      dan api yang paling aku takutkan api neraka
      apabila dendam tak padam
      sabar yang diharapkan
      melebur dalam dendam
      aduhai malangnya aku jika
      dendam berapi ada di mana-mana
      aku berada
      apa yang disakitkan aku pun tak tahu
      makanya demi ketenangan hati
      agar selalu sabar tertanam di hati
      pergi melenyap
      dari pandangannya
      walaupun dia berada di sini
      kerana di mana aku berada
      dendamnya pasti akan
      memakan sabarku
      berundur bukan berarti kalah
      apalah salahnya mengaku kalah
      demi akhirat
      demi ketenangan roh dan jasad...

      RATU RIMBA NIAGARA
      1 Muharram 1434H
      15 November 2012
      November 15 at 1:42pm · Like
      4 hours ago · Like · 1

      BERAKHIR SUDAH SUMPAHAN PUTERI ARNAB

      Duhai Puteri Arnabku sayang
      Janganlah menangis sayang
      Siapakah yang telah melukakan hatimu sayang
      Mari sini sayang...
      Kanda bawakan lobak kuning kegemaranmu
      Yang kanda ambil dari di Taman Istana Merak Kayangan...
      Sesudah dinda Puteri Arnab makan lobak kuning diRaja ini
      Tamatlah sumpahan tuan puteri
      Akan menjadi puteri nan jelita....
      Jangan merajuk lagi ye...
      Kesedihanmu telah dapat dirasai oleh semua
      Yang menyayangimu di luar istana....

      Apa yang Tuan Puteri Arnab perjuangkan
      Untuk memartabatkan Institusi diRaja
      Sedikit masa lagi akan menjadi kenyataan
      Dengan tamatnya sumpahan
      Tuan Puteri menjadi arnab
      Sejak sekian lama
      Oleh mereka yang menafikan hak pemerintahan diRaja
      Untuk memerintah rakyat dengan adil dan saksama
      Akan menjadi kenyataan...
      Makanlah lobak kuning diRaja
      Duhai Puteri Arnab
      Jika mahukan sumpahan ini
      Ditamatkan segera...
      Bertawakallah setelah Tuan Puteri berusaha sedaya upaya
      Manalah tahu Tuhan kasihan
      Menamatkan sumpahan ini
      Rakyat di luar sana
      Sedang menantikan
      Berita gembira ini,,,
      Moga Allah makbulkan
      Institusi diRaja SeNusantara
      Dimartabatkan segera
      Sumpahan ini juga ditamatkan segera
      Insya-Allah Aamiiin.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      8 Muharram 1434H
      22 November 2012
      Like · · · 6 hours ago near Kuala Lumpur
      • SUMPAH DEMANG LEBAR DAUN & SANG SAPURBA DAN SUMPAH DAENG MAREWAH BERSAUDARA & SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SHAH DI JUNJUNG DULI AKAN BERDAULATAN MELAYU ISLAM DAULAH KEMBALI....InsyaALLAH...AMIN..
        Unlike · · · Yesterday at 1:05am

        • Rashid Nordin amin yaq allah
        • MaharajaPancung Pancar Temasik Apo lagi selain sumpah yg kita perlukan utk Kembalikan daulat dan daulah?
        • Pemangku Adat salam, hamba (Pemangku Adat-Suku Bugis) bin Mohamad Amin (rakyat biasa) bin Ismail (rakyat biasa) bin Ali (Panglima Kelana Bukit Segumpal) bin Abu Bakar (Imam Perang-Kelana Pantai Timur) bin Kyai Muhammad Abdullah (nama asal; Opu Daeng Keria Rakane- Penasihat Diraja) bin Opu Daeng Ariea Rakane (Gelar Tok Aria Rakna-Orang Besar Raja) bin OPU DAENG MAREWAH (Gelar Kelana Jaya Putera-Yam Tuan Muda)..., sekadar informasi... wassalam
        • Karaton Nusantara ya, jika tidak silap saya YM Paduka Opu Daeng Aria Rakna adalah Penasihat Utama yang juga Panglima Terkanan kepada kebawah DYMM Raja Bendahara Tun Hassan Ibni Tun Abbas (1748-1777) dan YM Paduka Abu Bakar (Imam Perang Sabil-Kelana Pantai Timur) adalah Guru Agama yang juga Mahaguru Pencak Silat kepada kebawah DYMM Sultan Ahmad Shah I (Kerajaan Pahang Darul Makmur) yang mempunyai pengaruh besar ke atas Pembesar-Pembesar Pahang juga dikenali dengan Gelar Daeng Merewah II dan YM Panglima Ali (Orang Kaya Kelana Muda-Bukit Segumpal) adalah seorang Pengawas Pelombong-Pelombong Emas... mohon kemaafan jika andainya tersilap,,,,.
        • Perkumpulan Karaton Nusantara ini sememangnya dari keturunan waris pusaka yang TULEN... kerana itu YM Paduka PA.. tidak bisa-bisa.. Beliau mendedah kepada umum... mohon kemaafan jua saya..
        • Ratu Rimba Niagara DEMANG LEBAR DAUN..seakan pernah kisahnya hamba baca tika di zaman kanak-kanak...pastinya kisah itu hamba suka barang kali...tapi tak sangka pula kisah ini ada di sini dan kisah benar pula tu...moga kembali kedaulatan melayu islam daulah atas kesepakatan semua kerabat diRaja & rakyat SENUSANTARA. Berjaya dimartabatkan Institusi diRaja SeNusantara...Insya-Allah Aamiin.
        • Rashid Nordin walau tiada istana raja ahlul bait ada pengikutnya hanya menunggu pembawa panji dari pahang
        • Pangeran Adipati Agong alhamdulillah...kenallah dan akan mengenal..Tk kenal maka tk cinta
        • Pangeran Adipati Agong kenalilah pula 4 bernama pd YG Satu keturanan Ahlul Bait dan Raja..RajaWali.. Maulana Syed Abdul Rahman.. Maulana Malek Ibrahim@Ibrahim Asmarkandi@SUNAN GRESIK..Sultan Iskandar Shah..Dan Damar Wulan@Raden Wijoyo Kusumo..4 Sifat dalam diri satu Jasad..Satu tunggak Alif..Nur Tiada besifat menakluki jalan hakiki..jalan kembali..Carilah yang tiada wajahnya..Nur jua tampilannya..
        • Ratu Rimba Niagara Moga hamba diberi kesempatan untuk mengenali Raja-Raja yang disebutkan oleh Pangeran Adipati Agong...agar dapat hamba karangkan gurindam syair puisi pantun untuk mereka Insya-Allah. Aamiin.
        • Sultan Hussin Alhamdulilah Segala gala nya sudah di atur bagi yg maha bijak sana Allah wajalla Allahu Akbar
          8 hours ago via mobile · Unlike · 1


          • Photo
            Haji Abdullah Hukum B Haji Abdul Rahim diberi gelar oleh Tuanku Sultan sebagai D...
            Unlike · · · Yesterday at 1:42pm
          • Photo
            PADUKA SRI SULTAN SIR ABDUL SAMAD IBNI ALMARHUM RAJA ABDULLAH 1857-1898 Almarhum diberi nama sebagai Raja Abd Samad Bin Raja Abdullah. Dengan kehendak ilahi yang maha Esa, almarhum di angkat darjatnya untuk menjadi pemerintah di Negeri Selangor. Maka almarhum dikenali dengan Paduka Sri Sultan Sir Abdul Samad Ibni ...See More
            Unlike · · · Yesterday at 1:40pm
          • Photo
            Fikirkan sejenak, adakah benar Raja Lumu ataupun dalam ertikata lain Kesultanan ...See More
            Peristiwa-peristiwa yang melibatkan hal ehwal dalam Negeri
            Unlike · · · Yesterday at 1:37pm

            • You and Tengku Shawal Tengku Aziz like this.
            • Ratu Rimba Niagara RAJA YANG DIDAULATKAN ADALAH RAJA YANG MENDAPAT SANJUNGAN RAKYAT ATAS KEADILAN TUANKU DIRAJA
              MEMBELA NASIB RAKYAT.



              • MAWAR KUNING DIRAJA MEKARLAH DIKAU
                DI TAMAN HATI PUISI SYURGAWI

                Lezaihasra Lm was tagged in Lia Luna's photo. —

                mawar
                mekarmu indah menawan hati yang keresahan
                kuncup kudupmu mempesona jiwa yang ketandusan
                wangimu mendebarkan hati yang kegersangan
                warnamu menghayalkan set
                tiap mata yang memandang
                bungamu melambangkan cinta pada kekasih hati
                setiap warnamu mempunyai rahsia tersendiri
                hadirmu di taman mengindahkan lagi suasananya
                harum baumu bertebaran dipelusuknya tanpa batasan
                adakah kan kekalmu di sana
                kekeringan bersama pohon kasihmu
                atau dipisahkan sebelum berkembang sepenuhnya
                atau bagaimana........

                sekadar coretan di tengahari...

                Lia Luna
                Penang,
                1302hrs - 19.11.2012
                Like · · 48 minutes ago ·

                Ratu Rimba Niagara

                MENZIKIRKAN-NYA DI TAMAN
                FIRDAUSI PUISI CINTA-NYA

                duhai sobatku mawar kuning...
                mekarlah kau di sini
                biar wangianmu
                dapat memenuhi sepenuh bumi

                mawarku kini
                tak bermaya
                ku coba sedaya upaya
                untuk berseri
                menyebarkan
                wangian sepertimu
                tapi setiap kali
                aku coba menyebarkan
                haruman bauanku...
                mawar-mawar yang lain
                menghalangnya
                baru saja hendak bertunas
                baru saja hendak berkudup
                sudah dicantas habis

                itu belum lagi
                aku hendak
                menyebarkan
                wangian mawarku
                yang indah
                lagi di tarik setiap kelopak
                mawarku agar musnah
                wangian mawarku
                sesudah itu diinjak-injak
                sepuas hati...

                ketahuilah sobatku mawar kuning
                yang baik hati
                yang hatimu sewangi kasturi Syurga
                berkembang biaklah kau
                bertunas-tunaslah kau
                karna kau adalah penyeri taman-taman
                hati nan tandus
                kehadiranmu untuk
                mewangikan taman hati tandus iman
                amat di nanti-nantikan
                oleh seluruh penghuni bumi

                duhai mawar kuning diRaja sobatku
                aku bersyukur kepada Tuhan...
                diKurniakan-Nya sobat sebaikmu
                yang tak lelah dan tak jemu
                untuk sudi bersahabat denganku
                di kala siapapun tak sudi
                berkawan denganku
                dan kau sudi menjadi sobat
                terbaik untukku...
                terima kasih sobatku
                mawar kuning diRaja

                mekarlah kau di sana
                mekar di taman hati
                untuk mereka yang sama
                mencari jalan-jalan pulang kepada-Nya

                aku mengangumimu bukan kerana
                kau hebat berpujangga indah
                tapi jika aku mengagumimu
                sebenarnya aku
                Meng-Agungkan Tuhanku
                kerana mengurnia
                seorang pujangga sepertimu
                menulis mengajak para
                hamba-Nya untuk
                sama-sama menyiapkan
                bekalan untuk dibawa pulang
                ke negeri abadi
                yang mana masing-masing sibuk
                dengan urusan akhirat masing-masing
                tika itu sebesar zarah pahala dihitung-hitung
                dengan harapan bermakna dihitung
                dengan harapan selamat dari api neraka
                ALLAHU AKBAR
                gimana kalau pahala itu ditolak
                kerana menjadi rebutan
                mereka-mereka tika di dunia
                kita menyakitkan hatinya
                mengumpat kejinya
                mengatakan kitalah yang sempurna iman
                karya kita sajalah yang terhebat...
                nauzubillah moga dijauhkan
                daripada sifat dengki khianat hingga mati...

                duhai sobatku mawar diRaja
                ketiadaanku nanti
                mekar berserilah
                dikau di taman-taman puisi
                cintakan Pencipta Syurga
                mengajak mereka
                berpuisi nan indah-indah
                saling memuji Allah Azzawajallah
                bersahut-sahutan tanpa jemu
                hingga terhenti nafas
                memujiNya
                dengan puisi-puisi nan indah
                bak bidadri Syurga
                menzikirkanNya
                di Taman Firdausi
                bergema puisi
                cintakanNya
                tanpa nokhtah

                Karya Ratu Rimba Niagara
                5 Muharram 1434H
                19 November 2012
                Like ·
                Like · · · 22 minutes ago near Kuala Lumpur

                8 Muharram 1434H
                22 November 2012M
                (DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH,KERABAT DIRAJA BRUNEI & SELURUH RAKYAT BRUNEI TERCINTA DARIPADA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
                DISIARKAN:
                DI WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH
                PRINCE ABDUL MALIK
                KERABAT DIRAJA NUSANTARA
                KERABAT DIRAJA SINGAPURA
                KERABAT DIRAJA MALAYSIA
                KESULTANAN JOHOR
                KESULTANAN KELANTAN
                KESULTANAN SELANGOR
                KESULTANAN TERENGGANU
                KESULTANAN MATARAM
                KESULTANAN INDRAPURA
                KEDATON KRATON WAHYU UTAMA

                SEMUA GRUP KERABAT DIRAJA:

                MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA
                KOMUNITAS ADAT KEDATON KERATON NUSANTARA
                PENYATUAN KERABAT DIRAJA & KELUARGA BESAR JAMBI
                PERKUMPULAN KERATON NUSANTARA
                KERATON NUSANTARA

                DISIARKAN KESEMUA GRUP YANG DISERTAI OLEH RATU RIMBA NIAGARA
                8 Muharram 1434H
                22 November 2012M
                Like · · · See Friendship
                • Lezaihasra Lm likes this.
                • Lezaihasra Lm semoga mawar di raja terus berkembang memayungi wangian setiap lurah dan gunung, setiap bukit dan lembah, setiap hutan dan rimba, stiap sungai dan lautan...TQ sobat Tag ini..Indah sekali nukilanmu...
                • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK SOBAT PUJANGGAKU LEZAIHASRA LM

                  Terima kasih Lezaihasra Lm sobat pujanggaku
                  Ketahuilah dikau di antara pujangga idolaku
                  Gaya kata-katamu yang puitis mengundang ilham spontan aku berkarya

                  Moga kau terus menerus menulis dan sudi berkarya bersamaku
                  Dan sudi menjadi sobat pujanggaku yang setia...
                  Puisi-puisi indahmu izinkan aku bingkaikan di kalbu galeri alam mayaku
                  Agar dapat dikongsi bersama pembaca alam maya lainnya...
                  Terima kasih untuk segala karya-karyamu yang sudi dikongsikan bersamaku...
                  Terima kasih juga kepada teman-teman pujanggamu juga yang terlibat secara
                  Langsung aku berkarya...
                  Dan dikesempatan ini aku memohon maaf sekiranya
                  Di sepanjang aku bersiaran di wall kamu dan teman-teman pujanggamu
                  Ada karya-karyaku tersalah bicara harap dimaafkan...
                  Percayalah semua yang hadir di wallku yang kubaca semuanya
                  Mengundang aku berkarya...
                  Ingin aku turut serta semuanya
                  Disebabkan keterbatasan waktu aku terlepas
                  Untuk berpuisi bersama-sama kawan-kawan pujangga
                  Mana-mana rakan yang tak dapat kuterima sebagai rakan dan sudah diterima
                  Tapi terpaksa mengundur diri adalah kerana rakan fb yang terlalu terhad
                  Manalah tahu ada diberi kesempatan
                  Kuwujudkan grup puisi kita duniaku kita
                  Berpuisilah kita sepuasnya
                  Yang hanya ada di grup itu
                  Mereka yang faham dengan dunia puisi
                  Dan mereka yang minat berpuisi
                  Pada mereka minat puisi tapi tak tahu berpuisi kita alu-alukan juga
                  Janji mereka like atau beri komen
                  Seperti teman peminat setia pujangga kita Tuan Ahmad Tajuddin salut sama dia...hehehe

                  Salam ukhuwah puisi dari sobatmu,
                  Ratu Rimba Niagara
                  8 Muharram 1434H
                  22 November 2012M

              (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN
              DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
              8 Muharram 1434H
              22 November 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;