Tuesday, 20 November 2012

MOGA MATI DIRAHMATI ALLAH


  • ALLAH BANTU AKU ALLAH

    Allah bantu aku Allah
    jauhkan aku daripada mereka
    yang ingin menzalimi karya-karyaku
    yang sengaja mahu mencantas karya-karyaku

    Allah ...
    yang aku perjuangkan
    dalam berkarya hanyalah semata keranaMu
    Meng-AgungkanMu
    Menghormati sesama kawan fb dan grup
    sentiasa ada sifat saling insani sesama manusia
    ataupun haiwan ataupun alam ciptaanMu

    Allah jikalah aku berkarya
    tentangMu
    mereka sakit hati
    jauhkan aku dari mereka Allah...
    Allah bantu aku jauhkan aku dari mereka

    Allah ..,
    aku berkarya bukanlah untuk suka-suka
    untuk mengundang sakit hati mereka Allah
    sudah aku jelaskan sejelasNya
    kenapa aku berkarya
    tapi mereka tetap juga sakit hati
    makanya jauhkan
    karya aku bersiaran di situ lagi
    aku merayu padaMu Allah...

    Allah aku tak mahu cakap
    aku punya suka
    aku mahu cakap KAU yang suka Allah
    apa jua yang Kau suka aku suka Allah
    apa yang Kau benci aku pun benci Allah
    makanya tolong selamatkan aku
    daripada mereka yang suka cakap aku punya suka Allah

    Allah aku buka akaun FB bukan
    untuk suka-suka Allah
    serius Allah
    makanya kawan-kawan
    fbku serius juga Allah
    jika mereka masih tidak memberi
    apa-apa keuntungan dunia akhiratku
    izinkan aku tinggalkan mereka Allah
    begitu juga grupku Allah
    jika mereka
    menganggap kehadiran
    karya-karyaku
    menyakitkan hati mereka
    biarlah aku mengundurkan diri
    dari grup tersebut Allah

    Allah Kau Yang Mengaturkan
    pertemuanku dengan rakan fb/grupku
    makanya jKAU uga yang pisahkan aku dengan mereka
    kalau itu takdirNya aku redha Allah
    sebelum berpisah dengan mereka aku mohon maaf
    jika sepanjang aku bersiaran telah melukakan hati mereka
    tanpa aku sadar Allah kerana aku sentiasa sadar aku
    adalah hambaMu yang tidak sempurna ...

    Kerana aku berkarya keranaMu
    bukan kerana manusia...
    makanya izinkan aku tinggalkan
    mereka yang selalu mahu
    mempersendakan tauhidku padaMu
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    6 Muharram 1434H
    20 November 2012M
    Like ·
    Like · · · 4 hours ago

    • Ahmad Tajuddin likes this.
    • SISA-SISA KASIHKU

      sisa-sisa kasihku
      dibiarkan sepi
      tanpa siapa
      yang sudi mengutip
      dibiarkan hanyut
      lalu hanyutlah
      sisa-sisa kasihku
      di ombak rindu
      yang tak berbekas lagi
      bertapak di hatimu
      kerana aku sadar
      siapalah aku
      di matamu
      yang hebat berpuisi
      aku hanya mengukaikan
      kata-kata yang tak sepuitismu
      moga kau berkarya
      bersama teman-temanmu di sini
      siapalah aku di hatimu
      siapalah aku di hati teman puisi-puisimu

      sisa-sisa kasihku ini
      terlara dalam sepi...

      RATU RIMBA NIAGARA
      4 Muharram 1434H
      18 Disember 2012M
      Like · · · Sunday at 11:15am

      • Ahmad Tajuddin likes this.
      • Selamanya Bersatu Sawah kini kering kerontang
        Coba ditanam biji dan kentang
        Tak subur tumbuh malas dipegang
        Dilihat tidak tengok pun jarang
      • Ratu Rimba Niagara dari mana hhendak ke mana
        bila bertanya berselindung wajah
        macam mana nak tengok kawan di sana
        kawan di sana tak menampakkan wajah
      • Selamanya Bersatu dalam diri berhias malam purnama
        istikharahkan satu di antara dua cinta
        memohon petunjuk-Mu senantiasa
        sebuah nama yang terselip dalam dilema..
      • Ratu Rimba Niagara apa ada pada nama,
        nama yang ada dibawa mati;
        cintamu mendekatkan hamba kepada-Nya,
        itulah jawapan istikharah antara dua hati.
      • Selamanya Bersatu ada cinta yang tumbuh kembali di atas cinta
        merekah indah mengiringi waktu demi waktu
        hati yang tersembunyi tak boleh di baca
        dalam alunan tasbih rindu-rinduku...
      • Selamanya Bersatu dalam penantian ini kuluahkan rasa
        berharap ada gelayutan nama di genggaman sukma
        menjelma bidadari surga
        bersama istikharah cinta...Ratu Ratu Rimba Niagara
      • Ratu Rimba Niagara tiada berarti ikatan tanpa restu
        yang didambakan adalah redhaNya
        dalam tasbih rindu cinta menyatu
        antara seorang hamba dengan TuhanNya
      • Ratu Rimba Niagara bila menjelma bidadara Syurga
        bersama istikharah cinta bersatu selamanya
        bercinta seperti adam & hawa di Syurga
        dalam redhaNya bersemi istana SyurgaNya
      • Selamanya Bersatu di dalam diri berhias malam sunyi
        kupanggil nama-Mu sedalamnya merdu
        kuminta, pilihkan aku kekasih dambaan hati
        kutulis pada lembaran sejadah-sejadah rindu
      • Ratu Rimba Niagara Antara dua hati kupilih yang mencintaiNya
        Yang mencintaiNya bisa membawaku ke SyurgaNya
        Dalam lembaran sejadah rindu kurindukanNya
        Cintaku padamu tak akan menyatu tanpa izinNya
      • Selamanya Bersatu Dah pun dapat jawapan dicari
        Tuhan maha pengasih umatnya
        Sebagai umat terus mensyukuri
        Nikmat di beri tak terkata nilainya...
      • Ratu Rimba Niagara Sebagai hambaNya mensyukuri,
        Apa saja nikmat adalah anugerahNya;
        Anugerahkan khasyaf cinta takdir Ilahi,
        Cinta terpatri hingga di SyurgaNya.
      • Selamanya Bersatu Menghabiskan sepotong kue coklat
        Menatap lekat pada semburat awan biru
        Diatas gedung bertingkat
        Aku rindu, saat seperti itu..
      • Ratu Rimba Niagara Dua hamba saling tidak mengenali
        RinduNya saling menyatukan rindu
        Rindu bertunas seindah tunas cinta di Syurgawi
        Tiada yang indah seindah rinduNya rinduku rindumu
      • Selamanya Bersatu sebelah hatiku bersimbah senyum bunga-bunga
        dalam nyanyian mimpi-mimpi menempuh pagi
        tersiram indah mengaliri masa demi masa
        mengenali harum yang bertebaran seisi hati....
      • Ratu Rimba Niagara hatiku hatimu ada taman hati,
        seakan senyuman mentari pagi;
        wajah berseri-seri saling mengerti,
        indahnya cinta tawakal sepenuh hati.
      • Selamanya Bersatu Sungguh tak tergantikan kamu
        Bujuk lelah disusun rayu
        Rayu habis penat badan ku
        Apa lagi hendak di laku...??
      • Ratu Rimba Niagara Istikharah dalam doa pantun ini,
        Diaminkan oleh para malaikat dan hambaNya,
        Hanya menantikan Kun Fayakun dari Ilahi,
        Makanya itulah Ketentuan Cinta dariNya.
      • Selamanya Bersatu Ingin berlabuh entahlah kapan
        Angin laut belailah pelan
        Hilangkan gerah kasihlah nyaman
        Sampaikan kisah dan semua pesan...
      • Ratu Rimba Niagara Sampaikan kisah dan semua pesan,
        Pesan memesan selagi ada peluang;
        Biarpun cuma sepatah ayat yang dipesan,
        Itulah kata-kata hikmah sebelum berangkat pulang.
      • Selamanya Bersatu Hari ini ku tulis surat berlipat
        Berkata indah tersusun rapat
        Berharap dikau kan melihat
        didalam hati yang terpahat..
      • Ratu Rimba Niagara Telah kupahat segala kata indahmu,
        Bagaikan mutiara turun dari Syurga;
        Aku menghayati kata indahmu tak jemu,
        Moga kasih cinta abadi terpahat hingga ke Syurga.
      • Selamanya Bersatu Lebat daun bunga tanjung
        Berbau harum bunga cempaka
        Adat dijaga pusaka dijunjung
        Baru terpelihara adat pusaka
      • Ratu Rimba Niagara Orang berbudi kita berbahasa
        Adat dijaga pusaka dijunjung
        Itulah wangian hati bila berbahasa
        Yang dirasa bahasa tersanjung
      • Selamanya Bersatu Kanak2 suka menari
        Mendengar lagu rancak pula
        Berjiwa mulia di sanubari
        Tak kelihatan di mata kita...
      • Ratu Rimba Niagara Berjiwa mulia di sanubari,
        Semuanya ada di sanubari;
        Jiwa para sahabat yang dikasihi,
        Moga jiwa mulia dibawa ke mati.
      • Selamanya Bersatu Yatim Mustapa yatim piatu
        Ibu dan bapa dah lama pergi
        Hati teguh pada yang satu
        Walau seribu datang menguji
      • Ratu Rimba Niagara Yatim Mustapa diberi nama,
        Ayah dan bonda dah lama pergi;
        Bertuahnya ayah dan bonda,
        Memiliki anak sesoleh yang diingini.
      • Selamanya Bersatu pertemuan hari ini ..
        agar ianya tidak hilang..
        dilalui dengan berhati-hati..
        jaga lah ia jangan sampai hilang.
      • Ratu Rimba Niagara pertemuan di maya ini,
        semuanya sudah tercatat di Azali;
        apa dayaku untuk menolak takdir ini,
        hanya kepada Allah kuserahkan hidup dan mati.
      • Selamanya Bersatu Namun hatiku hanya satu
        Hidup dalam dunia yang terus maju
        Bagaimana cintaku bisa menjadi satu
        Jika aku ingin mencintai 4 kekasihku....
      • Ratu Rimba Niagara Cuma mereka yang faham arti takdir,
        Boleh bicara tentang takdir;
        Berlaku adil itulah takdir,
        Berkasih bercinta semuanya sudah suratan takdir.
      • Selamanya Bersatu Ku ingin mencintai Tuhanku
        Ku ingin mencintai Nabiku
        Ku ingin mencintai orang tuaku
        Tapi ku ingin mencintai tulang rusukku .....4 yg kucinta...
      • Ratu Rimba Niagara Cintai semua yang tersurat itulah cinta,
        Cinta sejati bawa ke Syurga;
        Moga bahagia dikau bersama kekasih 4 yg kau cinta,
        Kudoakan tenang jiwamu itulah arti takdir cinta hingga ke Syurga.
      • Ratu Rimba Niagara Moga dengan lahirnya pantunku ini,
        Bisa menenangkan jiwamu duhai sobatku;
        Janganlah diragukan tentang hidup ini,
        Jalani saja asalkan kau bahagia duhai sobatku.
      • Selamanya Bersatu Aku sedang termangu...
        Berharap mencintai cinta..
        Duduk dan melamun...
        Dalam hayal yang nyata.

        Akhirnya ku mencari rumus cinta
        Dengan belajar matematika
        Dengan belajar etika
        Didalam dunia yang fana.
      • Ratu Rimba Niagara Maafkan aku duhai sobat yang kusanjungi,
        Siapalah aku yang tandus ilmu etika ;
        Moga dunia yang fana tidak melalaikan diriku ini,
        Sebelum mata terpejam aku mahu DIA redha.
      • Selamanya Bersatu Anak ayam turun lapan
        mati seekor tinggal tujuh
        harap berdoa kepada Tuhan
        supaya terang jalan bersuluh
      • Ratu Rimba Niagara Cintakan ilmu Syurga melambai
        Kejahilan ilmu neraka melambai
        Yang diinginka Syurga melambai
        Moga lambaian Syurga tak jemu melambai.
      • Selamanya Bersatu syurga di gerak kasih sayang
        neraka di gerak hasad dengki
        suryga tunggu yang menyayang
        neraka tunggu yang akan di telan api.
      • Ratu Rimba Niagara sayang keranaNya itu yang didambakan
        sesama insan menjauhi dengki mendengki
        berbahasa santun mahu diamalkan,
        agar amalanku tidak dimakan api dengki mendengki.
      • Selamanya Bersatu Karena manusia cinta akan dirinya, tersembunyilah baginya aib dirinya; tidak kelihatan olehnya walaupun nyata. Kecil di pandangnya walaupun bagaimana besarnya
      • Ratu Rimba Niagara manusia memang begitu
        rasa sempurna hebat
        makanya dia hidup tiada kerja lain
        ingin mengaibkan orang
        sedangkan diri sendiri tidak sempurna...

        makanya aku mengagumi mereka "yang
        sentiasa santun kepada rakan-rakannya
        dan sentiasa muhasabah diri
        ingin pulang ke jalanNya
        itu saja yang aku dambakan
        pada seorang sahabat...
        lain daripada itu aku tak mahu fikirkan...
        dan aku rela bersendirian
        tanpa sahabat
        yang mahu dan sentiasa
        bimbang akan untung nasib di akhirat sana
        kerana betapa pun kita sayang manusia di dunia ini
        di alam barzah ditinggalkan keseorangan juga.

      • HAMBAMU YANG INGIN MATI DALAM KALIMAH SYURGA-MU
        La-ilaha-iLLaLLah- Muhammadur-Rasulullah (لا اله الا الله محمد رسول الله)
        Dengan Belas EhsanMu makbulkanlah Ya Allah
        Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
        5 Muharram 1434H
        ...Continue Reading
        Like · · · Yesterday at 1:30pm near Kuala Lumpur
        TERIMALAH SYAHIDKU

        Hari ini
        di kala kita di sini
        diulit mimpi
        mimpi indah-indah tapi tak pernah bermimpi
        ada di luar sana di sebuah negeri
        sedang diuji
        diuji
        terus diuji Ilahi
        tanpa henti
        tak tahu bila akan berhenti
        tapi
        mereka tabah dalam redha takdir Kaseh Ilahi
        tapi sadarkah kita saudaraku yang dikasihi?
        kita pun sedang diuji
        sebenarNya diberi mata hati
        masih tak punya hati
        masih tak wujud ehsani
        tiada sedikit pun ehsan simpati
        untuk membantu saudara kita yang dizalimi
        mereka zionis Israel laknatullah sesuka hati
        melancarkan serangan bertubi-tubi
        kepada saudara kita di bumi Gaza yang dikasihi
        di langit Gaza berdentam berdentum sana sini
        bagaikan indahnya cahaya api
        sambil bergelak ketawa mereka zionis israel tika membedil
        mereka di angkasa raya gelak ketawa
        sedangkan di bumi Gaza
        berteriakan rakyat Gaza yang tak berdosa terkena bedilan
        yang digugurkan bagaikan salji...
        lautan tangisan
        lautan darah
        lautan jenazah para syuhada
        ada di mana-mana
        darah mereka yang tak berdosa
        atas kerakusan zionis laknatullah
        menjadi sungai darah para syuhada
        sungguh pun merah pekat di pandang mata
        aliran sungai darah para syuhada di Gaza
        itu adalah lambang cinta mereka pada Allah Azzawajallah
        wangian sungai darah para Syuhada
        dapat dihidu oleh penghuni Syurga

        tak terfikirkah kita...
        adakah kita masih bermimpi
        atau saja tak mahu memikirkan
        gimana kita boleh membantu
        saudara kita yang masih selamat di sana
        tidakkah kita mahu membantu mereka
        termampu daya kita
        percayalah kepekaan kita
        kepada saudara kita di bumi Gaza
        ada Niaaian di sisiNya
        mari bersama kita fikirkan
        gimana mahu membantu mereka
        agar mereka selamat dari kekejaman
        zionis yahudi laknatullah itu...
        jika kita masih berleka lagi
        tidak memperdulikan saudara kita di Gaza
        tidak mustahil negara yang kita cintai ini
        akan ditakluki oleh zionis laknatullah itu
        kerana itu janji mereka
        tidak akan membiarkan
        seincipun bumi Islam di muka bumi ini
        dan masa itu baru kita tahu
        gimana penderitaan rakyat Gaza
        tanpa dibela saudara seislamnya
        menyesal pun tak berguna
        mungkin tika itu kita sudah pun
        berada di alam barzah
        mereka dikira mati syahid
        tapi kita gimana?
        dulu ada kesempatan berjuang fisabilillah
        alasan takut mati
        alasan takut habis harta
        tapi takut mati akhirnya mati juga
        kalau masa hidup ada kesempatan mati syahid
        tapi bila dah mati tak tertebus syahid
        syahidku di mana?

        Allahu Akbar...
        aku hambaMu
        aku mahu pulang kepadaMu
        terimalah syahidku
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        Ratu Rimba Niagara
        6 Muharram 1434H
        20 November 2012M 



        MAWAR KUNING DIRAJA MEKARLAH DIKAU
        DI TAMAN HATI PUISI SYURGAWI

        Lezaihasra Lm was tagged in Lia Luna's photo. —

        mawar
        mekarmu indah menawan hati yang keresahan
        kuncup kudupmu mempesona jiwa yang ketandusan
        wangimu mendebarkan hati yang kegersangan
        warnamu menghayalkan set
        tiap mata yang memandang
        bungamu melambangkan cinta pada kekasih hati
        setiap warnamu mempunyai rahsia tersendiri
        hadirmu di taman mengindahkan lagi suasananya
        harum baumu bertebaran dipelusuknya tanpa batasan
        adakah kan kekalmu di sana
        kekeringan bersama pohon kasihmu
        atau dipisahkan sebelum berkembang sepenuhnya
        atau bagaimana........

        sekadar coretan di tengahari...

        Lia Luna
        Penang,
        1302hrs - 19.11.2012
        Like · · 48 minutes ago ·

        Ratu Rimba Niagara

        MENZIKIRKAN-NYA DI TAMAN
        FIRDAUSI PUISI CINTA-NYA

        duhai sobatku mawar kuning...
        mekarlah kau di sini
        biar wangianmu
        dapat memenuhi sepenuh bumi

        mawarku kini
        tak bermaya
        ku coba sedaya upaya
        untuk berseri
        menyebarkan
        wangian sepertimu
        tapi setiap kali
        aku coba menyebarkan
        haruman bauanku...
        mawar-mawar yang lain
        menghalangnya
        baru saja hendak bertunas
        baru saja hendak berkudup
        sudah dicantas habis

        itu belum lagi
        aku hendak
        menyebarkan
        wangian mawarku
        yang indah
        lagi di tarik setiap kelopak
        mawarku agar musnah
        wangian mawarku
        sesudah itu diinjak-injak
        sepuas hati...

        ketahuilah sobatku mawar kuning
        yang baik hati
        yang hatimu sewangi kasturi Syurga
        berkembang biaklah kau
        bertunas-tunaslah kau
        karna kau adalah penyeri taman-taman
        hati nan tandus
        kehadiranmu untuk
        mewangikan taman hati tandus iman
        amat di nanti-nantikan
        oleh seluruh penghuni bumi

        duhai mawar kuning diRaja sobatku
        aku bersyukur kepada Tuhan...
        diKurniakan-Nya sobat sebaikmu
        yang tak lelah dan tak jemu
        untuk sudi bersahabat denganku
        di kala siapapun tak sudi
        berkawan denganku
        dan kau sudi menjadi sobat
        terbaik untukku...
        terima kasih sobatku
        mawar kuning diRaja

        mekarlah kau di sana
        mekar di taman hati
        untuk mereka yang sama
        mencari jalan-jalan pulang kepada-Nya

        aku mengangumimu bukan kerana
        kau hebat berpujangga indah
        tapi jika aku mengagumimu
        sebenarnya aku
        Meng-Agungkan Tuhanku
        kerana mengurnia
        seorang pujangga sepertimu
        menulis mengajak para
        hamba-Nya untuk
        sama-sama menyiapkan
        bekalan untuk dibawa pulang
        ke negeri abadi
        yang mana masing-masing sibuk
        dengan urusan akhirat masing-masing
        tika itu sebesar zarah pahala dihitung-hitung
        dengan harapan bermakna dihitung
        dengan harapan selamat dari api neraka
        ALLAHU AKBAR
        gimana kalau pahala itu ditolak
        kerana menjadi rebutan
        mereka-mereka tika di dunia
        kita menyakitkan hatinya
        mengumpat kejinya
        mengatakan kitalah yang sempurna iman
        karya kita sajalah yang terhebat...
        nauzubillah moga dijauhkan
        daripada sifat dengki khianat hingga mati...

        duhai sobatku mawar diRaja
        ketiadaanku nanti
        mekar berserilah
        dikau di taman-taman puisi
        cintakan Pencipta Syurga
        mengajak mereka
        berpuisi nan indah-indah
        saling memuji Allah Azzawajallah
        bersahut-sahutan tanpa jemu
        hingga terhenti nafas
        memujiNya
        dengan puisi-puisi nan indah
        bak bidadri Syurga
        menzikirkanNya
        di Taman Firdausi
        bergema puisi
        cintakanNya
        tanpa nokhtah

        Karya Ratu Rimba Niagara
        5 Muharram 1434H
        19 November 2012
        Like · · · Yesterday at 3:45pm near Kuala Lumpur

        DUHAI MALAMKU AKU KEKASIH SETIAMU

        Kuseru Dewi Malam (2)

        wahai malam yang sepi
        bayukanlah rinduku pada jendela mimpi
        kuakkan senduku di birai cuping telinga
        untukku bisik suara hatiku padanya

        Oh, malam yang suram
        gerimiskanlah lantai hatinya yang kelam
        agar tersenyum menanti di peradauan
        di kala bibirnya kukucup sayang.

        aduhai, malam yang dingin
        hujungkanlah gulanaku yang gundah ini
        dalam menanti kasehnya yang membara
        bersama kehangatan dada nan bergelora.

        Alahai, malamku
        kemanakah bayu meresah
        hingga gerimis menjadi beku
        sedangkan aku kerinduan dalam gelisah

        Malam, mengapa harus kugelisah
        sedangkan langit dan bumi tiada terpisah.

        Bicara Malam : Lezaihasra Lm..
        Bsut, Tganu. ( 16.11.2012
        Unlike · · Share · Promote · 3 minutes ago ·

        You like this.
        Ratu Rimba Niagara

        DUHAI MALAMKU..AKU KEKASIH SETIAMU...

        duhai malam
        kau tak perlu
        gundah gulana
        aku sentiasa ada bersamamu
        kita tak akan terpisah

        duhai malam
        biarpun malam
        akan terpisah
        kerna menjelmanya siang
        tapi malam akan tetap datang
        menemani sepimu
        dan akulah
        kekasih setiamu
        yang setia
        mendengar
        keluhan pujanggamu
        dan aku akan
        tersenyum syahdu
        kerna dapat
        menjadi kekasih setiamu
        biarpun kau sepikan rinduku
        dek kau merindu kekasih lain
        yang layak mencintai dan merinduimu
        aku tetap tersenyum dalam duka
        untuk mengubat rinduku padamu
        ku senyum biarpun di balik
        pepohon pekat malam
        tapi tetap memancarkan rinduku padamu

        duhai malam
        lihatlah di langit sana
        bulan memancarkan
        sinarnya pada pepohon di rimba
        sinarnyanya cuba menerobos pekat malam di rimba
        dengan izin-Nya
        tersirna indah menerobos ke kalbumu
        dan kau tersenyum
        dan itulah aku rembulan yang sentiasa ada
        untuk menemani sepimu
        dan akulah amalanmu
        yang akan menemanimu
        di kala kau sepi di dunia
        di kala kau sepi di alam barzah nanti
        jutru jangan abaikan aku
        serulah namaku
        bila-bila masa
        agar aku sedia berbakti untukmu
        menemani sepi duniamu
        untuk menjadi bekalan sepi alam barzahmu...

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        5 Muharram 1434H
        19 November 2012

        KARYA LEZAIHASRA LM & RATU RIMBA NIAGARA
        5 Muharram 1434H
        19 November 2012M
        Like ·
        Like · · · Yesterday at 10:03am near Kuala Lumpur
        DISINARI CAHAYA ILAHI

        duhai ombak
        berjanjilah padaku
        jika kau datang
        jangan mulanya bilang sayang
        lepas tu jadi benci
        bila benci datang
        ombak rindu
        bertukar menjadi
        tsunami
        membadai-badai
        mengkaramkan hatiku
        di ombak rindu yang suram lagi menyeramkan...
        aku tak mahu begitu ombak
        jika kamu begitu
        aku nyesal
        untuk menjadi temanmu
        makanya aku rela
        tak punya kawan
        yang manis berbicara
        tapi berbisa di hati
        yang aku pengen teman
        yang manis bicara
        semanis iman yang tertanam di kalbu hati
        di sinari Cahaya Ilahi

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        4 Muharram 1434H
        18 November 2012
        Like ·

        CINTA-MU CINTA YANG TERATAS CINTA
        MAHA AGUNG MENGATASI SEGALA-NYA

        meski berubah pandangan di hati
        puisimu tetap di hati
        kubingkaikan
        di sudut alam maya
        biar dibaca pembaca alam maya
        samada kita hidup masih hidup atau sudah tiada di dunia ini lagi
        puisi yang kita karang bersama
        masih ada di alam maya ini
        selagi wujudnya alam maya ini
        selagi itulah wujudnya puisi kita
        menceritakan puisi-puisi indah
        betapa indahnya
        melahirkan rasa cinta yang terlalu amat dalam
        tentang cinta Ilahi
        semua-Nya tentang-Nya
        semua-Nya memuji-Nya
        menga-Agungkan-Nya
        agar DIA sudi
        membalas cinta kita

        kerana kita manusia biasa
        yang tak sempurna
        kerana cinta sesama manusia
        yang digilai
        atas keterujaan untuk
        memiliki dan dimiliki
        kita saling cemburu
        mencemburui
        cinta tak pasti
        dibalas atau tidak oleh yang dicintai
        masing-masing berebut-rebut untuk
        dimiliki cinta
        hingga hilang santun
        timbullah budaya
        kata mengata
        fitnah menfitnah
        dendam mendendam
        cinta Ilahi bertukar menjadi cinta duniawi

        Kerana taksub dengan cinta duniawi
        dendam kesumat
        ada di mana-mana
        menebarkan fitnah
        bahasa-bahasa indah memuji Ilahi
        bertukar bahasa jelek
        kata mengata
        umpat mengumpat
        menista sesama sendiri...
        serasa dirilah sempurna
        serasa cinta yang ingin dimiliki pasti miliknya
        jika pun tidak miliknya
        dia akan puas jika cinta duniawi itu tidak
        dimiliki oleh yang dicemburui

        Kerana cinta duniawi
        Puisi cinta Ilahi
        bertukar puisi duniawi
        bahasa indah seperti di taman-taman Syurga
        bertukar bahasa
        hingga letih malaikat pencatat buku amalan
        menulis betapa banyaknya dosa
        gara-gara bahasa nista
        yang menyakitkan hati
        sesiapa yang disakitkan hati itu

        Ah! Malunya pada
        mereka yang membaca bahasa nista itu
        lebih malu lagi bila
        di akhirat nanti
        DiPersembahkan kepada Ilahi
        dan gara-gara catatan buku
        amalan yang penuh dengan kata-kata nista
        jadilah hamba-Nya
        yang muflis
        kerana pahala yang dilakukan selama ini
        dituntut oleh mereka yang dinistakan...

        Ya Allah aku hamba-Mu
        mahu pulang ke Pangkuan-Mu
        cinta duniawi telah melalaikan aku
        membuatkan aku hilang pedoman
        hilang pertimbangan
        puisi Ilahi niat asalku
        telah bertukar menjadi puisi duniawi
        aku mengaku aku bersalah
        ampunkan aku Tuhan
        ampunkan semua sahabat pujanggaku juga
        jika Kau tak mengampunkan aku
        dan semua sahabat pujanggaku
        jadilah kami hamba-Mu
        yang malang di dunia ini
        kerna DiKurniakan bakat menulis
        untuk memuji-Mu mencintai-Mu
        dan mengajak pembaca menghayati
        betapa indah-Nya mencintai-Mu
        maka Ya Allah satukan hati kami
        dengan mengutamakan
        Cinta-Mu Cinta Yang Teratas Yang Maha Agung
        Mengatasi Segala-Nya
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya Ratu Rimba Niagara
        4 Muharram 1434H
        18 November 2012M
         

        BULAN BERTEPUK TANGAN ATAS PERPISAHAN

        TAK PERLU KAU CATAT NAMAKU
        JIKA HATI BERTAMBAH PEDIH
        TIKA BULAN BERTEPUK TANGAN
        ATAS PERPISAHAN...
        TULIS SAJALAH NAMA BULAN
        YANG BERTEPUK TANGAN ITU
        KERANA KAU DAN DIA ADALAH
        PASANGAN YANG SERASI
        WOW....

        Karya Ratu Rimba Niagara
        2 Muharram 1434H
        16 November 2012
        Like · · · November 16 at 9:02pm

0 comments:

Post a Comment

 
;