Saturday, 24 November 2012

ALHAMDULILLAH SEGALA -GALANYA SUDAH DIATUR BAGI YANG MAHA BIJAKSANA ALLAH AZZAWAJALLAH ALLAHU AKBAR

  • KARYA SENIMAN UNTUK RAKYAT DAN NEGARA

    USAHA KITA
    PERJUANGAN KITA
    KEJAYAAN KITA
    ADALAH HADIAH
    UNTUK GENERASI MASA HADAPAN
    GENERASI NUSANTARA TERCINTA
    BIARLAH DI MASA HIDUP TAK PUNYA APA
    TAPI BERUSAHA SEHABIS DAYA MEMPERJUANGKAN
    PERJUANGAN SUCI UNTUK ANAK CUCU
    PADA MEREKA YANG BERKUASA
    GUNAKAN KUASA SELAGI TERDAYA MEMBANTU
    PARA SENIMAN YANG MAHU MEMAJUKAN SENI SASTRA
    UNTUK DITINGGALKAN KEPADA GENERASI MASA HADAPAN.

    JANGAN BEDAKAN PENONTON
    KELAS BAWAHAN ATAU KELAS ATASAN
    TANPA KELAS BAWAHAN
    KELAS ATASAN TIDAK DAPAT TERSENYUM CERIA
    ITULAH NAMANYA SENIMAN

    JANGAN PANDANG SEBELAH MATA
    TINTA-TINTA SENIMAN
    KARENA PENGLIPURLARA
    HATI JIWA SASTRANYA
    BISA MEMPENGARUHI
    RAKYAT UNTUK MEMILIH
    SIAPAKAH DI ANTARA
    PEMERINTAH & RAJA
    YANG LAYAK MEMERINTAH
    RAKYAT JELATA
    KARENA KUASA RAKYAT JUGA
    INSTITUSI DIRAJA BOLEIH
    DIMARTABATKAN ATAUPUN TIDAK...

    PEMERINTAH MEMBELA NASIB RAKYAT DAMBAAN RAKYAT
    RAJA ADIL MEMERINTAH ITULAH YANG INGIN DIMARTABATKAN

    TIADA RAKYAT TIADA KERAJAAN
    MAKANYA PADA RAKYATLAH TERLETAK KUASA MELANTIK...
    DALAM SENIMAN TUGASNYA
    MELAKAR JIWA SASTRA
    BERHATI MURNI
    AGAR RAKYAT TAHU MENILAI
    MANA SATU PEMERINTAH DAN RAJA
    YANG LAYAK UNTUK DIBERI KUASA MEMERINTAH

    INILAH DUNIA SENIMAN
    YANG MAHU DIPERJUAGKAN SENIMAN
    TIADA KELAS BAWAHAN
    TIADA KELAS ATASAN
    TIADA KELAS BANGSAWAN

    KARYA-KARYA SENIMAN HARUS DIHARGAI
    DIBERI TEMPAT OLEH KERAJAAN
    SELAGI PELUANG ADA
    SELAGI NAFAS TAK TERHENTI
    BERSAMALAH BERJUANG
    UNTUK MEMARTABATKAN KARYA SENIMAN
    KARENA SENIMAN DILAHIRKAN
    UNTUK RAKYAT DAN NEGARA
    DAN DIWARISKAN KARYANYA
    UNTUK GENERASI MASA HADAPAN...

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    10 Muharram 1434H
    24 November 2012M
    Like · · · 9 hours ago
    • KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      10 Muharram 1434H
      24 November 2012M
      Like · · · 9 hours ago
    • ‎~ LUAHAN BUAT SEPI~

      Hadirmu di celah kelopak hati
      mengajar aku tentang rindu
      sepi datang rindupun bertamu
      sepi hilang rindupun kelu

      Sepi melihat ke dalam hati
      ada pilu tidak terlagu
      ada resah tidak bergundah
      ada sayu tidak bersendu
      lalu pada sepi terluah segala
      dan sepipun mengerti bicara hati

      Pada bilah masa mengguris
      ada luka yang terhiris
      pabila sepi mula menggerigis
      dengan sejarah kisah berdarah
      menikam sembilu di celahan pilu
      menitislah darah dalam luka parah
      apakah sepi masih mengerti?

      12.17pm
      11242012
      Bumi Ulul Ahmad Albab

      SEPIKU SEPIMU

      apalah erti cinta dan rindu
      membuatkan hatiku sepi tanpa cinta dan rindumu
      sepi sesepinya
      sepimu ku tahu
      sepiku kau tak tahu
      sepimu sepiku DIA yang tahu

      sepimu buatku pilu
      sepimu buatku terluka pilu

      bila puisimu datang bertandang di wallku
      menambahkan sepiku
      menambahkan luka sepiku
      menjadi sepi yang parah
      parah membarah
      membarah dalam sepiku
      yang kau sepikan

      sepimu buatku pilu
      sepimu aku terdera rindu
      sepimu aku tertanya--tanya
      adakah kau sejujurnya cinta padaku
      adakah yang kau lafazkan cinta cuma
      sebuah janji palsu?
      baru ku tahu
      dengan kehadiran cinta lamamu
      itulah puncanya kau sepikan aku
      lalu aku terdera rindu
      aku disepikanmu tanpa ehsanmu

      kini sepimu menyedarkan aku
      siapalah aku di hatimu
      sekadar teman sepi
      bicara bisu
      sekadar cadaan
      agar kekasihmu cemburu
      lalu pulang ke pangkuanmu
      mengutip sepi dan cintamu semula

      kerna aku bukanlah
      si pendendam cinta
      malah akulah yang menghormati
      sebuah cinta suci karenaNya
      maka aku lupakan
      segala sepi yang membarah parah
      bukan sepi cinta rindu
      manusia yang aku dambakan
      yang aku dambakan
      sepi cinta rindu
      yang bisa membalut
      luka yang dilukai
      lalu menjadi penawar
      penyembuhan luka membarah
      adalah cintamu yang mengajak
      aku sepi rindu cinta hanyalah untukNya

      andai kata dia pilihanmu
      cukuplah cinta Tuhan
      bagiku dan tolong lupakan aku
      kerna tumpuanku pada cinta
      yang hakiki ini tak pernah
      mendustai akan janjiNya
      janjiNya pasti...
      dan sepi rindu cintaku padaNya
      pasti akan dibalasNya
      tanpa mengira siapa aku
      asalkan aku ikhlas
      mencintaiNya merinduiNya
      DIA tak akan pernah sepikan cinta dan rinduku padaNya...

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      10 Muharram 1434H
      24 November 2012M

      KARYA BUMI ULUL ALBAB & RATU RIMBA NIAGARA
      10 Muharram 1434H
      24 November 2012M
      Like · · · 11 hours ago
    • Alhamdulillah
      Kami rasa gembira dengan sumbangan karya pujangga Ratu Rimba Niagara yang menghiasi lelaman majlis ini..
      Teruskanlah perjuanganmu wahai puteri..
      Wslm
      Unlike · · · 20 hours ago via mobile
    • others like this.
    • Ratu Rimba Niagara MOGA KITA DIPILIH MENJADI KEKASIH-NYA

      Terima kasih Pangeran Adipati Agong,
      Kerana sudi hargai karya hamba:
      Menulis tentang kasih tentang sayang,
      Menyayangi demiNya tanda cinta seorang hamba.

      Insya-Allah selagi terdaya,
      Disumbangkan karya untuk lelaman majlis ini;
      Agar dapat dikongsi sesama rakan alam maya,
      Indahnya berbagi ilmu demi sebuah perjuangan suci.

      Moga grup majlis ini memberi manfaat,
      Kepada semua para ahli grup;
      dunia akhirat mendapat manfaat,
      Ikatan ukhuwah terjalin di grup.

      Saling berdebat dalam sesuatu isu,
      Bukan mahu menunjuk kepandaian;
      Tapi untuk menyelesaikan segala isu,
      Agar kesejahteraan dapat dicapaikan.

      Saling berkecil hati jika tersalah bicara,
      Yang dielakkan saling meninggi diri;
      Kata sepakat tidak diambil kira,
      Aduhai malanglah nasib diri.

      Dalam suasana harmonis kita berdebat,
      Yang khilaf kita betulkan;
      Membetulkan yang khilaf itulah motif berdebat,
      Maka jernihlah sebuah kekeruhan.

      Adatlah berdebat ada kalah menang,
      Jangan kecewa jika kalah memanjang;
      Itu berarti menghampiri menang,
      Yang bagus sesuatu debat menang menang.

      Tika berdebat pasti ada yang terluka,
      Rasa sakit hati pasti ada;
      Sabarlah jika terluka,
      Yang penting Allah sentiasa ada.

      Buang yang keruh ambil yang jernih,
      Pasti ada kata sepakat diambil pengobat hati;
      Wajah yang keruh menjadi jernih,
      Sejernih air di kali Syurgawi.

      Syabas kepada Admin majlis,
      Berjiwa wawasan ahli grup tak bosan;
      Saling berbagi ilmu di lelaman majlis,
      Insya-Allah moga berjaya segala dimatlamatkan.

      Sepanjang patik bersiaran karya di lelaman majlis ini,
      Maaf dipinta jika ada yang tak berkenan di hati;
      Agar di masa hadapan lebih berhati-hati,
      Dalam melakarkan tulisan hati di lelaman majlis ini.

      Moga lelaman majlis ini sentiasa diRahmati-Nya,
      Berkat berbicara indah sesama rakan;
      Mengundang Nur Hidayah Kaseh-Nya
      Berpanjangan selagi hayat di kandung badan.

      Tiada yang indah selain menggapai cinta-Nya,
      Cinta-Nya seluas Syurga-Nya;
      Bersamalah kita bercita menggapai-Nya,
      Moga kita dipilih menjadi Kekaseh-Nya.
      (Aamiin Ya Rabbal A'Lamin)

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      10 Muharram 1434H
      24 November 2012M
    • Putra Kencana Alam Alhamdu'lillah..
    • Muhd Wazir bro...salam...apa khabar
    • Rashid Nordin ada juga penglipur lara
    • MaharajaPancung Pancar Temasik Kata2 berebntuk puisi dan seloka dari beliau si Ratu Rimba Niagara dapat menyejukkan jiwa2 yg bergelegak..
    • Ratu Rimba Niagara Kalau ada juga penglipur lara napa Rashid Nordin tak pernah
      senyum ye....hehehehe
    • Ratu Rimba Niagara menyejuk jiwa bergelegak tak apa...asalkan semua ahli majlis ini senyum jangan tak senyum kerana senyum itu satu sedekah...
      berbagi ilmu pun satu sedekah walaupun sebaris ayat ...walaupun sekadar like...tapi like yang tak boleh dipaksa...hehehe
    • Rashid Nordin hamba punya matlamat tk kesampaian lg mereka tk tahu apa perjuangan kami
    • Ratu Rimba Niagara Asalkan matlamat kamu selari dengan kehendak-Nya...insya-Allah mereka dengari...nama pun sebuah majlis diRaja Kesultanan Melayu Islam...kenapa tidak mahu diusulkan tuan hamba...di sini ramai yang sudi mendengar kok...tak caya tanya Admin grup ini....manalah tahu ada jalan penyelesaian apa yang kamu perjuangkan itu. Hamba sebagai penyampai aje ye...hehehe
    • MaharajaPancung Pancar Temasik Muka alaa siinnyyyuuuummmm..ini orang putih cakap " veri labing is ada"...hehehe
    • Ratu Rimba Niagara Maharaja Pancung Pancar Temasik...
      Adakah tuanku ini berasal kerabat diRaja , 'Laksamana Cheng Ho?'
      kalau benarlah patiklah Puteri, 'Hang Li Po' hehehe
    • MaharajaPancung Pancar Temasik Yg kenal pasti mengenal...
    • MaharajaPancung Pancar Temasik Sebelah arwah ayah Patik ada line yg sah ke Kublai Khan..hehe..Genghiz Khan lè
    • MaharajaPancung Pancar Temasik Sebelah arwah ibu Patik ada line ke Empayar hehehe...Datuk Patik ialah pembuka sebuah kampung disuatu tempat yg ada kaitan dgn Hang T..hehe
    • MaharajaPancung Pancar Temasik Maharaja Tan Lela Pancung Tak Bertanya ada line ke Kublai Khan dan line ke the other side...
    • Ratu Rimba Niagara hehe patutlah ada rupa di sebelah Khublai Khan...
    • Ramli Johor menarik
      9 hours ago · Unlike · 1

      • SUMPAH DEMANG LEBAR DAUN & SANG SAPURBA DAN SUMPAH DAENG MAREWAH BERSAUDARA & SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SHAH DI JUNJUNG DULI AKAN BERDAULATAN MELAYU ISLAM DAULAH KEMBALI....InsyaALLAH...AMIN..
        Unlike · · · November 21 at 1:05am

        • MaharajaPancung Pancar Temasik Apo lagi selain sumpah yg kita perlukan utk Kembalikan daulat dan daulah?
        • Pemangku Adat salam, hamba (Pemangku Adat-Suku Bugis) bin Mohamad Amin (rakyat biasa) bin Ismail (rakyat biasa) bin Ali (Panglima Kelana Bukit Segumpal) bin Abu Bakar (Imam Perang-Kelana Pantai Timur) bin Kyai Muhammad Abdullah (nama asal; Opu Daeng Keria Rakane- Penasihat Diraja) bin Opu Daeng Ariea Rakane (Gelar Tok Aria Rakna-Orang Besar Raja) bin OPU DAENG MAREWAH (Gelar Kelana Jaya Putera-Yam Tuan Muda)..., sekadar informasi... wassalam
        • Karaton Nusantara ya, jika tidak silap saya YM Paduka Opu Daeng Aria Rakna adalah Penasihat Utama yang juga Panglima Terkanan kepada kebawah DYMM Raja Bendahara Tun Hassan Ibni Tun Abbas (1748-1777) dan YM Paduka Abu Bakar (Imam Perang Sabil-Kelana Pantai Timur) adalah Guru Agama yang juga Mahaguru Pencak Silat kepada kebawah DYMM Sultan Ahmad Shah I (Kerajaan Pahang Darul Makmur) yang mempunyai pengaruh besar ke atas Pembesar-Pembesar Pahang juga dikenali dengan Gelar Daeng Merewah II dan YM Panglima Ali (Orang Kaya Kelana Muda-Bukit Segumpal) adalah seorang Pengawas Pelombong-Pelombong Emas... mohon kemaafan jika andainya tersilap,,,,.
        • Perkumpulan Karaton Nusantara ini sememangnya dari keturunan waris pusaka yang TULEN... kerana itu YM Paduka PA.. tidak bisa-bisa.. Beliau mendedah kepada umum... mohon kemaafan jua saya..
        • Ratu Rimba Niagara DEMANG LEBAR DAUN..seakan pernah kisahnya hamba baca tika di zaman kanak-kanak...pastinya kisah itu hamba suka barang kali...tapi tak sangka pula kisah ini ada di sini dan kisah benar pula tu...moga kembali kedaulatan melayu islam daulah atas kesepakatan semua kerabat diRaja & rakyat SENUSANTARA. Berjaya dimartabatkan Institusi diRaja SeNusantara...Insya-Allah Aamiin.
        • Rashid Nordin walau tiada istana raja ahlul bait ada pengikutnya hanya menunggu pembawa panji dari pahang
        • Pangeran Adipati Agong alhamdulillah...kenallah dan akan mengenal..Tk kenal maka tk cinta
        • Pangeran Adipati Agong kenalilah pula 4 bernama pd YG Satu keturanan Ahlul Bait dan Raja..RajaWali.. Maulana Syed Abdul Rahman.. Maulana Malek Ibrahim@Ibrahim Asmarkandi@SUNAN GRESIK..Sultan Iskandar Shah..Dan Damar Wulan@Raden Wijoyo Kusumo..4 Sifat dalam diri satu Jasad..Satu tunggak Alif..Nur Tiada besifat menakluki jalan hakiki..jalan kembali..Carilah yang tiada wajahnya..Nur jua tampilannya..
        • Ratu Rimba Niagara Moga hamba diberi kesempatan untuk mengenali Raja-Raja yang disebutkan oleh Pangeran Adipati Agong...agar dapat hamba karangkan gurindam syair puisi pantun untuk mereka Insya-Allah. Aamiin.
        • Sultan Hussin Alhamdulilah Segala gala nya sudah di atur bagi yg maha bijak sana Allah wajalla Allahu Akbar
        • Pemangku Adat salam, YA iaitu dua (3) sejarah besar yang disumbangkan oleh nenek moyang hamba pertama (1) Opu Daeng Merewah mengangkat Sultan Badrul Alam Shah menjadi Sultan dan Raja Pemerintah bagi Kerajaan Riau-Lingga-Pahang-Johor dan kedua (2) Opu Daeng Ariea Rakane mengangkat Tun Hassan Ibni Tun Abbas menjadi Raja Bendahara dan Pemerintah Kerajaan Pahang Lama dan ketiga (3) Imam Perang Abu Bakar mengangkat Sultan Ahmad Shah I menjadi Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan Segala Jajahan Takluknya... wassalam
        • Ratu Rimba Niagara Terima kasih Pemangku Adat atas menerangan, pasti ramai yang suka mendengar kisah ini.
        • Pangeran Adipati Agong alhamdlillah..PA..Amanah yg anda pula terima..subhanallah
        • Perkumpulan Karaton Nusantara saya juga ada mendengar dari rakan..sahabat tentang Suku Bugis yang berkenaan Pak PA... ya, dalam usaha mengangkat keturunan warisan Raja Bone dan Raja Buton kerana ada anak cucu bekas Raja dan Sultan ini yang sudah jadi Warganegara Malaysia... jika tidak silap saya mohon kemaafan..
        • Karaton Nusantara kok..dengar-dengar saja ne.. mahu ceritakan yang benar-benar...loh
        • Rashid Nordin kesultanan perak sekarang waris permaisuri dan johor temengong.sebab itu kedua 2 negeri ramai menuntut takhta.
        • Rashid Nordin melaka raja di angkat oleh rakyat bukan yg mengangkat diri
        • Pemangku Adat salam, contoh yang paling jelas terkini... iaitu Yang Di-Pertua Negeri Melaka (TYT Tun Khalid Yakob) adalah daripada susur galur titisan darah Opu Daeng Merewah... (kira-kira cucu cicitnyalah itu) cuma beliau dari garisan waris pusaka adat beradat sebelah P (Perempuan)... sedang hamba PA dari sebelah L (Lelaki).. jadi STAMBOL SRI KARAENGAN menjadi Pemegangan Amanah di pihak kekeluargaan/kekerabatan hamba PA... walaubagaimanapun, beruntung lagi bertuahlah rakyat negeri Melaka kerana ada TYT (Tuan Yang Terutama) dari titisan darah Suku Bugis berdarjat BANGSAWAN asal muasal (Luwu, Bone, Gowa & Makkasar)... jadi diperjelaskan bahawa beliau itu bukan dari kelompok keturunan darjat rakyat biasa.. sekadar informasi.. wassalam
        • Perkumpulan Karaton Nusantara saya pun tidak tahu cerita ini, jadi TYT Negeri Melaka sekarang ini adalah cucu cicit YM Paduka Opu Daeng Merewah.. ya, subahanallah..amin3x
        • Ramli Johor hebat.....

        • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
          11 Muharram 1434H
          25 November 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;