DI ALAM BARZAH TINGGAL KESEORANGAN JUGA
manusia memang begitu
rasa sempurna hebat
makanya dia hidup tiada kerja lain
ingin mengaibkan orang
sedangkan diri sendiri tidak sempurna...
makanya aku mengagumi mereka yang
sentiasa santun kepada rakan-rakannya
dan sentiasa muhasabah diri
ingin pulang ke jalanNya
itu saja yang aku dambakan
pada seorang sahabat...
lain daripada itu aku tak mahu fikirkan...
dan aku rela bersendirian
tanpa sahabat
yang mahu dan sentiasa
bimbang akan untung nasib di akhirat sana
kerana betapa pun kita sayang manusia di dunia ini
di alam barzah ditinggalkan keseorangan juga.
RATU RIMBA NIAGARA
6 Muharram 1434H
20 Disember 2012M
KU TAK MAHU SEPIMU BAWA KE MATI
mujurlah kau sudah terus terang,
ku buka akaun fb yang sudi memahami dunia karyaku
bukan diam sepi menyepi wujud seperti tak wujud
kerana ku kuatiri diamnya bawa ke mati
dan diamku juga dibawa mati...
manalah tahu diizinkan Allah nanti
di Syurga kita saling berkomunikasi
menceritakan apa yang kita bualkan di duniatapi di dunia masing-masing urusan sendiri
sepi menyepi buat apa...
wujud tapi tak wujud
boleh berkata tapi kaku
boleh menulis tapi tak mahu
biarpun sekadar like
bukan nak paksa like karyaku jauh sekali
suruh beri pendapat pada karya yang ditulis.pastinya tak ada masa
habis tu apalah artinya jadi teman fbku
yang kudambakan teman fb yang sentiasa tak jemu
memberi sokongan dunia karyaku
selagi ada berkarya selagi itulah tak jemu menyokong...
itulah rakan fb yang di cari
jika tak ada pun mahu menyokong sekadar
tanya kabar pun sudah memadai
ini terus sepi selamanya...
makanya maaflah kerana terpaksa berterus terang
kerana hal ini jugalah ramai rakan fb
ditinggalkan cuma tinggal kenangan wujud di fb
maafkan aku teman fb
kerana aku terlalu terus terang..
izinkan aku berkarya tanpa sokongan darimu
yang selama ini sepi menyepi dalam dunia karyaku...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Muharram 1434H
20 November 2012M
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment