Saturday, 20 April 2013

(316) TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA (33) ANTARA IMAGINASI REALITI FANTASI


NOVEL PUISI CINTA DEMI (316) TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA Part (33)ANTARA IMAGINASI REALITI FANTASI
Friday, 19 April 2013
 0 comments






















Like ·  · Unfollow Post · See Friendship
  • Ratu Rimba Niagara KITA SUKA APA YANG ALLAH SUKA

    Salam sejahtera buat sobat seperjuanganku Agustian Malayudewapahlawan
    Terima kasih karna sudi menjadi rakan fb ratu rimba niagara...
    Pasti sebelum tuan hamba mahu menjadi rakan fb hamba

    Sudah bersedia menjadi rakan seperjuangan untuk meniupkan 
    Obor api perjuangan sastra nusantara hamba...
    Sedia maklumlah jika hamba tersalah dalam bicara karya
    Terlebih dahu hamba mohon dimaafi 
    Karna dunia hamba adalah sastra 
    Makanya hamba hanya menerima rakan fb
    Yang benar-benar faham tentang dunia hamba
    Mereka yang hamba tinggalkan itu bukan sengaja mahu ditinggalkan
    Tapi hamba cuma mahu berakan fb yang benar-benar 
    Memberi impak yang besar dalam dunia karya hamba
    Selain daripadanya hamba minta maaf banyak-banyak
    Karna masa hamba terhad dan pemikiran hamba pun terhad 
    Pada mereka yang sibuk selalu maafkan hamba ....

    Hamba berkarya pelbagai tema
    Semuanya tema yang hamba minat
    Makanya hamba ambil rakan fb 
    Berkait rapat dengan tema yang hamba minat saja
    Tapi bila hamba sudah ambil sebagai rakan fb
    Berarti jangan ada rasa terkecil hati jika
    Akhirnya terpisah jua
    Ini karna pemikiran hamba terbatas untuk memikirkan teman fb
    Yang sepi menyepi
    Sebab itu rakan fb hamba terhad
    Bukan semua yang add hamba tidak ada kualiti untuk dijadikan rakan fb
    Tapi pemikiran hamba amat terhad
    Jika boleh mahu hamba terima semuanya
    Tapi apakan daya hamba 
    Hamba tak mampu untuk mengutipnya
    Karna semua yang hadir sebagai rakan fb hamba adalah sumber ilmu
    Hamba terlalu sayang untuk melepaskan setiap ilmu yang bersiaran di wall hamba
    Memandangkan masa dan pemikiran yang terbatas
    Terpaksa hadkan cuma mampu sebanyak 50 orang sahaja
    Jika 50 orang itu tak aktif akaun fbnya barulah hamba ambil rakan fb yang baru
    Dan jika ada diantara mereka yang benar-benar ikhlas mahu memberi dukungan
    Dunia sastra nusantara hamba...barulah hamba ambilnya sebagai rakan fb...
    Prinsip hamba berteman fb
    Saling mendukungi/menyokong perjuangan masing-masing
    Apa yang rakan fb perjuangan hamba menyokongnya
    Dan dia menyokong perjuangan hamba

    Hamba ingatkan cukup rakan fb seramai 50 orang
    Tapi Allah itu Maha Berkuasa mengurniakan hamba lebih ratusan ribu rakan alam maya
    Melalui ahli grup yang hamba sertai
    Dikira-kira hampir lebih 30 grup yang hamba sertai
    Hamba amat hargai setiap ahli grup 
    Walaupun mereka kenal karya hamba atau pun tidak
    Hamba tetap hargainya
    Jika hamba keluar dari grup atau sebagai rakan fb 
    Bukanlah sengaja mahu keluar tapi
    Demi kebaikan semua pihak
    Berundur tak semestinya kalah
    Berundur demi memujuk hati agar tiada hati-hati yang terluka
    Yang mana dibiarkan luka tanpa diobati nanti
    Timbul pula benci dan dendam yang membara-bara
    Daripada karya kita terus menjadi kecaman rakan alam maya
    Lebih baiklah kita berundur
    Bersiaran karya pada yang sudi menerima karya hamba 
    Pada yang tak sudi 
    Ngaak apa-apa....
    Asalkan hatimu hatiku tidak saling melukai 
    Asalkan hatiku hatimu damai ceria bahagia
    Itulah jalan yang terbaik bagi semua pihak

    HAMBA CUMA TAHU BERKARYA
    HAMBA HARGAI MEREKA YANG SUKAKAN KARYA HAMBA
    KEPADA YANG TAK SUKA KARYA HAMBA KATAKAN TERUS TERANG
    AGAR HAMBA BOLEH HENTIKAN SIARAN
    KERANA KITA HIDUP ATAS
    SUKA SAMA SUKA
    MALANG SEKALI JIKA KITA SUKA ORANG TAK SUKA
    YANG PENTING SUKA SAMA SUKA ALLAH PUN SUKA
    KITA SUKA APA YANG ALLAH SUKA
    PASTILAH JIWAMU JIWAKU TENANG
    SETENANG AIR DI KALI SYURGA
    IN SHAA ALLAH AAMIIN 
    YAA RABBAL A'LAMIIN

    RATU RIMBA NIAGARA
    20 April 2013
  • Agustian Malayu Datukdewapahlawan Rasanya Q sendiri tertarik disetiap membaca susunan kata-kata Saudariku Ratu Rimba Niagara Hanyut dan terbuai di bawa arus susunan kata-kata indah dan sejuk dihati saya tidak bisa pungkiri dari hati kecilku berkata saya gimanapun saya tak mampu menolaknya berteman Di FB dan boleh kah Saya bertanya sedikit kenapa latar belakang Saudari di penuhi Satwa-satwa (Fauna) dan Flora pilihan dan penuh Mejik Harimau belang Selasih (Harimau Sumatera), Harimau putih yang telah punah selain dikebun binatang sekali lagi saya suka dan didukung Disiplin Ilmu saya secara pendidikan Formal Sdr.Ratu
  • Ratu Rimba Niagara ANTARA IMAGINASI FANTASI & REALITI

    Untuk pengetahuanmu duhai sobatku di benua sana...
    Hamba ditakdirkan bersahabat dengan alam
    Alam ciptaan-Nya dan haiwan yang melata di buka bumi ini adalah sahabat hamba
    Mereka adalah teman bicara hamba sejak dari kecil lagi
    Bicara dengan ombak aduhai deruan ombak yang menderu-deru jiwaku diheret ombak rindu
    Bicara dengan bulan ...bulan sedekahkan senyuman indah untukku
    Bicara dengan angin ...angin sampaikan salam rinduku pada yang terpisah jauh
    Bicara dengan bintang ....bintang mengajakku menggapainya
    Bicara dengan haiwan Allahu Akbar mengajar aku apa itu arti kasih dan sayang
    Lagi aku bicara dengan alam fauna dan haiwan lagi aku berbahasa indah-indah
    Dan aku tak jemu berbicara dengan mereka seolah aku sedang bicara dengan ahli-ahli Syurga
    Allahu Akbar ...sejujurnya aku teruja dengan dunia bahasa mereka yang mengajar aku arti bahasa
    Agar faham bahasa alam ...bahasa alam yang tak pandai perdaya memperdayakan....
    Semuanya indah semuanya akur dengan Kebesaran Tuhan...Allahu Akbar indahnya bahasa alam....

    Mereka bilang aku hidup di alam fantasi dan imaginasi 
    Bukan alam realiti
    Jika begitu aku lebih suka hidup di alam fantasi dan imaginasi daripada realiti
    Jika di alam realiti mereka selalu menghina di antara satu sama lain
    Mengeluarkan bahasa yang membuat jiwa meledak memberontak lalu terluka
    Sejujurnya aku tak mahu hidup dalam keadaan stress dan saling menyakiti hati minta dijauhkan
    Biarlah aku tak punya pesona dunia seperti orang lain
    Asalkan jiwaku tenang 
    Hidup tidak menganiayai orang
    Niat hatiku jika diizin-Nya mahu membantu selagi daya selagi upaya pada mereka yang memerlukan
    Tapi siapalah aku berbakti kepada mereka melalui karya-karyaku saja....

    Di rimba ini 
    Segala ilham tercerna di rimba niagara ini
    Kerajaan rimba yang mementingkan rakyat rimbanya
    Kami di sini saling mendukungi cita-cita akan perjuangan masing-masing
    Makanya kerajaan rimba di alam fantasi itu iaitu di alam karya
    Mahu kurealitikan di alam maya ini
    Ia itu melalui rakan fbku sebagai rakyatku walaupun mereka bergelar raja atau sultan
    Mereka adalah rakyatku tapi cuma di alam fbku saja
    Di alam realiti barulah mereka raja atau sultan yang sebenar-benarnya
    Itulah yang membedakan alam imaginasi, realiti dan fantasi di fbku ini

    Moga kamu faham kenapa hamba berfb 
    Moga tidak disalah anggap oleh rakan fb semua....
    Maklumlah duniaku dunia sastra
    Sanggup korban demi sastraku
    Terlara hati
    Dikeji
    Disepikan
    Diumpat dikeji
    Dikritik hingga terlentang KO
    Aku akan bangun dari semua kekalahan itu
    Karna bagiku aku tak kenal apa itu arti kekalahan
    Yang aku kenal arti kesabaran dan ketabahan
    Cuma pada mereka yang benar-benar faham jiwa perjuangan sastraku 
    Pada yang tak pernah cuba faham
    Faham-faham sajalah maafkan hamba....

    Moga kamu duhai sobatku
    Sentiasa sudi faham
    Dan sentiasa sudi mahu memaafkanku jika ada tersalah faham....

    Salam karya moga dapat memahami dunia karya sastra nusantara
    Yang kuilhamkan istimewa untuk pembaca alam maya tersayang....
    Untuk anak cucu juga andai nenda tiada di dunia ini nanti....

    RATU RIMBA NIAGARA
    20 April 2013
    52 minutes ago · Like · 1



ANTARA IMAGINASI FANTASI & REALITI

Untuk pengetahuanmu duhai sobatku di benua sana...
hamba ditakdirkan bersahabat dengan alam
alam ciptaan-Nya dan haiwan yang melata di buka bumi ini adalah sahabat hamba
mereka adalah teman bicara hamba sejak dari kecil lagi
bicara dengan ombak aduhai deruan ombak yang menderu-deru jiwaku diheret ombak rindu bicara dengan bulan ...bulan sedekahkan senyuman indah untukku
bicara dengan angin ...angin sampaikan salam rinduku pada yang terpisah jauh
bicara dengan bintang ....bintang mengajakku menggapainya
bicara dengan haiwan Allahu Akbar mengajar aku apa itu arti kasih dan sayang
lagi aku bicara dengan alam fauna dan haiwan lagi aku berbahasa indah-indah
dan aku tak jemu berbicara dengan mereka seolah aku sedang bicara dengan ahli-ahli Syurga Allahu Akbar ...sejujurnya aku teruja dengan dunia bahasa mereka yang mengajar aku arti bahasa agar faham bahasa alam ...bahasa alam yang tak pandai perdaya memperdayakan...semuanya indah semuanya akur dengan Kebesaran Tuhan...Allahu Akbar indahnya bahasa alam....

Mereka bilang aku hidup di alam fantasi dan imaginasi
bukan alam realiti
jika begitu aku lebih suka hidup di alam fantasi dan imaginasi daripada realiti
jika di alam realiti mereka selalu menghina di antara satu sama lain
mengeluarkan bahasa yang membuat jiwa meledak memberontak lalu terluka
sejujurnya aku tak mahu hidup dalam keadaan stress dan saling menyakiti hati minta dijauhkan biarlah aku tak punya pesona dunia seperti orang lain
asalkan jiwaku tenang
hidup tidak menganiayai orang
niat hatiku jika diizin-Nya mahu membantu selagi daya selagi upaya pada mereka yang memerlukan tapi siapalah aku berbakti kepada mereka melalui karya-karyaku saja....

Di rimba ini
segala ilham tercerna di rimba niagara ini
kerajaan rimba yang mementingkan rakyat rimbanya
kami di sini saling mendukungi cita-cita akan perjuangan masing-masing
makanya kerajaan rimba di alam fantasi itu iaitu di alam karya
mahu kurealitikan di alam maya ini
iaitu melalui rakan fbku sebagai rakyatku walaupun mereka bergelar raja atau sultan
mereka adalah rakyatku tapi cuma di alam fbku saja
di alam realiti barulah mereka raja atau sultan yang sebenar-benarnya
itulah yang membedakan alam imaginasi, realiti dan fantasi di fbku ini

Moga kamu faham kenapa hamba berfb
moga tidak disalah anggap oleh rakan fb semua....
maklumlah duniaku dunia sastra
sanggup korban demi sastraku
terlara hati
dikeji
disepikan
diumpat dikeji
dikritik hingga terlentang KO
aku akan bangun dari semua kekalahan itu
karna bagiku aku tak kenal apa itu arti kekalahan
yang aku kenal arti kesabaran dan ketabahan
cuma pada mereka yang benar-benar faham jiwa perjuangan sastraku
ada yang tak pernah cuba faham
faham-faham sajalah maafkan hamba....

Moga kamu duhai sobatku
sentiasa sudi faham
dan sentiasa sudi mahu memaafkanku jika ada tersalah faham....

Salam karya moga dapat memahami dunia karya sastra nusantara
yang kuilhamkan istimewa untuk pembaca alam maya tersayang....
untuk anak cucu juga andai nenda tiada di dunia ini nanti....

RATU RIMBA NIAGARA
20 April 2013
Like ·  · Unfollow Post ·  · Promote
www

0 comments:

Post a Comment

 
;