Sunday, 14 April 2013

NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (151) MENEPATI JANJI, MEMBAWA HARAPAN




  1. PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA













  1. Andainya suara-suara kamu ...mahu didengari oleh PM...apakah yang kamu ingin sampaikan dalam masa yang terbatas ini. Boleh tak mulai saat ini semua yang ada di wall PM ...hanyalah dinyatakan suara-suara rakyat demi kepentingan negara dan rakyat 1Malaysia...inilah saat-saat yang penting untuk kita ajukan masalah rakyat kepada pemimpin kita...jika kita benar pejuang rakyat...
    Like ·  · Promote
  2. SALAM KEMERDEKAAN UNTUK NEGARAKU TERCINTA!

    Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
    Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
    Tersenyum megah penuh bangga,
    Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

    Kau tak pernah erti kalah,
    Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
    Di mana pun berada kau berkibar megah,
    Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

    Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
    Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
    Semangat rakyatnya terus membara-bara,
    Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

    Salam sejahtera untuk Datuk Seri,
    Semoga hidupmu membawa keberkatan;
    Jasamu sentiasa mewangi di hati,
    Perjuangan terdahulu masih diteruskan.

    Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
    Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
    Membela nasib rakyat di mana saja berada,
    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
    Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
    Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
    Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
    Sehati senada sejiwa saling memahami,
    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
    Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
    Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
    Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
    Yang difikirkan keamanan negara ini,
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

    Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
    Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
    Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
    Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

    Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
    Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
    Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
    Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
    Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
    Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

    Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
    Buat Negaraku Malaysia tercinta:
    Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
    Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

    Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-55 ini kuberjanji,
    Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
    Moga kau tidak akan disakiti lagi,
    Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

    Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
    Moga kau sentiasa gembira selalu;
    Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
    Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2012
    (Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
    Malaysia Ke-55 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2012)
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2022)
    Like ·  · Promote
  3. PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

    Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tecinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.

    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.

    DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
    Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

    Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

    Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
    Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

    Sultan Mizan kesayangan rakyat,
    Rakyat Terengganu amat bersyukur;
    Punyai Raja yang pentingkan rakyat,
    Raja dan rakyat sentiasa rasa bersyukur.

    Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.

    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    29 Ogos 2012
    (BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
    NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012)
    Like ·  · Promote
  4. SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2011
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA KE -55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012)
    (DISIARKAN PUISI SEMPENA PRU KE-13)
    14 April 2013
    Like ·  · Promote
  5. REVOLUSI BERTANJAK

    Revolusi bertanjak
    Raja bertanjak
    Pemimpin bertanjak

    Tak akan berlaku revolusi
    jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak

    Suka tak suka
    akan berlaku revolusi
    jika sekiranya
    seluruh rakyat bertanjak
    dan memahkotakan
    tanjak yang terbaik
    bertahtakan
    kekuasaan rakyat memilih
    siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
    dan memartabatkan Raja
    untuk mengukuhkan lagi
    sesebuah negara
    yang sentiasa mengutamakan rakyat
    daripada kepentingan sendiri
    kerana kekuasaan rakyat
    sentiasa dijunjung pada
    tanjak anugerah rakyat
    untuk pemimpin dan Raja
    itulah revolusi yang sebenarnya!
    jika itu terealiti
    makanya
    antara rakyat pemerintah dan Raja
    berpisah tiada
    kerana senada seirama
    memajukan negara
    dalam suasana
    aman harmoni
    tanpa
    mengundang
    ketidakadilan
    dalam memegang tampuk kekuasaan
    kekuasaan adalah milik semua
    dan semua berhak
    untuk hidup dalam
    negara sendiri yang merdeka!
    Revolusilah rakyat
    Revolusilah pemerintah
    Revolusilah Raja
    Revolusilah negara
    Barulah negaraku akan terus merdeka
    Dalam ertikata yang sebenarnya
    Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
    Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Ogos 2012
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 & MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI DIRAJA DAN SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN NUSANTARA)
    (DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13)
    14 April 2013
    Like ·  · Promote
  6. KAMI BERSAMAMU PM MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA

    KAMI BERSAMAMU PM BAGI MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA MOGA PM TERUS TABAH DAN CEMERLANG DALAM KEMENANGAN PRU KE-13 NANTI. KEMENANGAN PM ADALAH KEMENANGAN UNTUK SELURUH RAKYAT 1MALAYASIA . KAMI RAKYAT MALAYSIA TERHARU DENGAN SEGALA BANTUAN DAN SOKONGAN PEMBELAAN DARIPADA PM UNTUK RAKYAT 1MALAYSIA...PM SELALU INGIN MENGHADIAHKAN SEBUAH SENYUMAN KEHIDUPAN UNTUK KAMI MAKANYA TIBALAH GILIRAN KAMI MAHU MENGHADIAHKAN SEBUAH SENYUMAN UNTUK PM DAN SEMUA JENTERA KEPIMPINAN PM UNTUK TERUS MENERAJUI MALAYSIA INI DENGAN BERKONGSI KUASA ANTARA RAJA PEMIMPIN PAHLAWAN DAN RAKYAT YANG BERJIWA HAMBA-NYA DAN PASTILAH MALAYSIA INI AMAN DAMAI HIDUP DALAM MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT. MALAYSIA DAPAT MENGECAPI KEMERDEKAAN YANG DIWARISI SEJAK TURUN TEMURUN DENGAN RAKYATNYA PELBAGAI KAUM BERSATU HATI MENJAGA KEHARMONIAN HIDUP SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA.

    RATU RIMBA NIAGARA
    14 April 2013
    Like ·  · Promote
  7. CADANGAN UNTUK PERDANA MENTERI PERTIMBANGKAN

    ADALAH DICADANGKAN KEPADA KERAJAAN TEMPOH TAMAT KAKITANGAN KERAJAAN HINGGA KE 50 TAHUN KERANA INI MEMBERI PELUANG KEPADA GENERASI MUDA UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN. ANTARA KEBAIKANNYA ,

    1. DAPAT MENGELAKKAN PENGANGGURAN KEPADA MEREKA YANG BARU TAMAT UNIVERSITI , TAMAT SPM DAN SEBAGAINYA

    2. GENERASI MUDA FIKIRANNYA MELANGKAUWI MASA HADAPAN UNTUK MENGEMBELINGKAN PEMIKIRAN YANG MANTAP DAN MAMPAN DEMI MEMBANGUNKAN RAKYAT DAN NEGARA

    3. PRODUKTIVITI GENERASI MUDA TERBUKTI HEBAT KERANA PEMIKIRANNYA YANG CERGAS DAN CEPAT DALAM BERTINDAK APABILA TUGAS YANG DIAMANAHKAN PADANYA TIDAK BERTANGGUH.

    4. GENERASI MUDA KEBANYAKKANNYA TERDIRI DARIPADA BELIA...MAKANYA BELIA TAHU KE MANAKAH MAHU DIBAWA MALAYSIA INI KERANA BELIA ADALAH PELAPIS KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG SEDIA ADA YANG BAKAL PERGI DAN YANG WAJIB BERSARA...

    5. DALAM SEGALA KEUTAMAAN NEGARA...JIKA BELIA DIUTAMAKAN PASTINYA NEGARA AKAN LEBIH BERDAYA SAING DENGAN PANTAS TANPA ADA YANG TERCICIR KE BELAKANG...
    KERANA BELIA LAMBANG KEMAJUAN NEGARA....PEMIMPIN HARUS FAHAM KEHENDAK BELIA DI NEGARA INI...MOGA BELIA DI NEGARA INI MENDAPAT PERHATIAN YANG SEWAJARNYA DARIPADA PIHAK KERAJAAN ...TANPA BELIA NEGARA INI TIDAK MUNGKIN MENGHASILKAN PEMIMPIN PELAPIS YANG MENERAJUI MALAYSIA DENGAN AMAN MAKMUR DALAM PEMBANGUNAN NEGARA YANG PESAT MEMBANGUN.

    6. BAGI KAKITANGAN KERAJAAN YANG MASIH LAGI PRODUKTIF DALAM PERKERJAANNYA BOLEHLAH DIPERTIMBANGKAN BERSARA WAJIB HINGGA KE 53 TAHUN...YANG TAK PRODUKTIF BERKERJA CUKUPLAH UMUR 50 TAHUN UNTUK BERSARA PILIHAN UMUR 45 TAHUN.

    7. BAGI MEREKA YANG TIDAK PRODUKTIF BEKERJA DENGAN KERAJAAN BOLEHLAH DIGALAKKAN MEMBUKA PERNIAGAAN BERMODALKAN WANG SIMPANAN KWSP ATAU MANA-MANA BANTUAN DANA DARI PIHAK KERAJAAN.

    8. MAKANYA IMPIAN KERAJAAN UNTUK RAKYATNYA MEMPUNYAI PENDAPATAN ISIRUMAH TINGGI MENJADI KENYATAAN...SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA INI PRODUKTIF BERKERJA MENYARA KELUARGA WALAUPUN USIA SUDAH BERSARA WAJIB, DIWAJIBKAN ATAU PILIHAN....

    JIKA IDEA SAYA INI MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA RAKYAT MALAYSIA MAKA ADALAH DIHARAPKAN KERAJAAN TERIMA IDEA SAYA INI. JIKA TIDAK MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA RAKYAT MALAYSIA...MAKANYA BIARLAH SEKADAR IDEA YANG MAHU DIPERTIMBANGKAN ATAUPUN TIDAK OLEH PERDANA MENTERI.

    SEKIAN...

    "KAMI RAKYAT MALAYSIA BERSAMAMU PM BAGI MEREALISASIKAN
    GAGASAN 1MALAYSIA"

    RATU RIMBA NIAGARA
    14 April 2013
    Like ·  · Promote
  8. GAJAH
    Karya Ratu Rimba Niagara

    "KURA-KURA DALAM PERAHU,
    PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
    SUDAH TIBA MASANYA PRU,
    KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU."

    Hari itu satu mesyuarat agong KUBITAK
    diadakan. KUBITAK adalah singkatan
    nama kumpulan Binatang Tasik Kenyir.
    KUBITAK telah diwujudkan dua puluh
    dua tahun yang lalu.

    Selama sudah dua puluh dua tahun
    bermesyuarat agong, pada kali ini
    pemilihannya begitu sengit. Ketua
    Satu KUBITAK selama ini tidak pernah
    tercabar tetapi pada kali ini benar-
    benar tercabar.

    Rata-rata mengatakan Ketua Satu KUBITAK
    tidak ada harapan untuk menang justeru
    mereka secara peribadi berjumpa dengan
    Ketua Satu KUBITAK.

    "Maafkan saya... saya ingin memberikan
    cadangan kepada tuan hamba agar meletakkan
    jawatan sebagai Ketua Satu KUBITAK secara
    terhormat daripada gugur di mesyuarat Agong
    kelak.Pihak kami akan memberi saguhati yang
    amat berharga tanda terima kasihnya kami
    terhadap pengunduran tuan hamba," kata wakil
    KUBITAK.

    "Tidak...! Hamba tidak akan mengundur diri
    walau apapun yang disogokkan. Hamba
    berjuang bukanlah kerana material tapi
    adalah minat yang terlalu mendalam,"
    tegas Ketua Satu KUBITAK.

    "Tapi... tuan hamba telah memegang jawatan
    Ketua Satu KUBITAK sejak bermula KUBITAK
    ditubuhkan, banyak rungutan daripada
    para ahli yang didengari iaitu tiada
    membaharuan dalam KUBITAK masih di takuk
    lama, tuan hamba kena faham itu.Tuan hamba
    pun sudah tua, janganlah terlalu tamak...
    berilah peluang kepada ahli lain untuk
    menerajuinya."

    "Tidak! Hamba akan tetap bertanding walaupun
    hamba kalah dalam pengundian kelak. Tapi
    hamba yakin hamba boleh menang."

    Ketua Satu KUBITAK sedar kedudukannya kini
    tegang kerana dia terpaksa bersaing dengan
    wakil dari RASAKSA iaitu kumpulan gajah.

    Desas desus yang didengari bahawa besar
    kemungkinan wakil RASAKSA akan menang kerana
    dalam banyak perkara RASAKSA banyak membantu
    kumpulan binatang lain dari segi material.

    Dalam zaman sekarang idea saja tidak mencukupi
    jika tiada kekuatan yang kukuh. Telah banyak
    jasa yang ditaburkan oleh Ketua Satu RASAKSA
    kepada ahli-ahli bawahannya. Begitu juga
    kepada ahli-ahli binatang yang lain.

    Mesyuarat Agong KUBITAK dirasmikan oleh
    Yang Mulia Merak. Sebelum Yang Mulia berucap
    Ketua Satu KUBITAK memberi ucapan.

    Ucapan kali ini amat berbeza sekali jika
    dibandingkan ucapan tahun-tahun sebelumnya.
    Ucapannya banyak berbaurkan sindiran sinis!
    Memuji diri dari apa yang telah dikorbankan
    selama ini, kekecewaan kerana ada pencabarnya
    lebih-lebih lagi jika dia tewas bererti tewasnya
    nanti sebagai mati seorang pejuang. Ucapannya
    hampir memakan masa empat puluh lima minit.

    "Ini nak berucap ke atau nak berkempen?" bisik
    salah seorang pemerhati dari kumpulan seladang.

    "Agaknya dia sudah kelewatan!" jawab rakannya.

    "Engkau agak siapa yang menang?"

    "Rata-rata mengatakan RASAKSA yang menang!
    Di akhbar-akhbarpun mengatakan RASAKSA boleh
    menang mengikut dari ramalan wakil yang
    mengundi."

    "Engkau tengok sejak dia memerintah selama
    dua puluh dua tahun mana ada perubahan dalam
    KUBITAK. Sepatutnya setiap tahun dia mesti
    menerima cadangan-cadangan para perwakilan
    tapi tidak! Cadangan perwakilan hanyalah
    mencurah ke daun keladi! Cadangannya...hanya
    untuk jenis binatang yang sealiran dengannya
    hingga dia dikurniakan darjah kebesaran."

    "Engkau dengar tu... untuk menerajui tampuk
    pemerintahan mestilah mempunyai ilmu yang
    kukuh kalau hanya gagah tidak akan sempurnalah!"

    "Mentang-menanglah dia tu kancil yang bijak
    dia tidak langsung memahami perasaaan gajah."

    "Gajah dulu bukan gajah sekarang! Gajah sekarang
    di samping mempunyai kekuatan, dia juga mempunyai
    pengaruh yang besar untuk menaikkan nama KUBITAK
    yang selama ini tidak dikenali ramai di kalangan
    manusia. Kerana daya usaha gajahlah Tasik Kenyir
    yang selama ini tidak dikenali ramai menjadi
    tumpuan para pelancong. Dulu binatang-binatang
    di sini menjadi buruan manusia tapi kini dilindungi
    dan menjadi tontonan manusia."

    Setelah Ketua Satu KUBITAK habis berucap,
    Yang Mulia Merak pula berucap.

    Antara ucapannya sedia memberi sokongan kepada
    setiap aktiviti yang diadakan oleh KUBITAK dan
    sedia membantu jika ada masalah yang hendak
    diselesaikan. Yang Mulia dengan senang hati
    menghadiahkan kepada KUBITAK sebuah Taman Bunga
    seluas dua ratus hektar untuk ahli-ahli KUBITAK
    beristirehat tanpa diganggu oleh manusia.
    Beliau juga berharap KUBITAK akan terus maju
    untuk mengharumkan nama Tasik Kenyir.

    Mahupun pihak perwakilan dan pemerhati begitu
    resah tidak sabar-sabar lagi menantikan keputusan.
    Melihat dari suasana itu rata-rata mengatakan kancil
    akan tewas yang menang gajah. Melihat dari air muka
    kancil yang resah ternyata dia akan tewas manakala
    gajah begitu yakin akan menang kerana penyokong-
    penyokongnya begitu banyak.

    Pengundian dijalankan secara tertutup. Setelah selesai
    pembuangan undi, mereka berehat selama satu jam setengah.
    Masing-masing bercerita sesama sendiri mengatakan kancil
    akan tewas kali ini. Jika kancil tewas bererti banyaklah
    perubahan KUBITAK akan berlaku secara mendadak.

    Semua jenis binatang baik besar mahupun kecil akan sedia
    diberi bantuan baik dari segi moral mahupun materiel agar
    tidak ketinggalan untuk dikenali sebagai binatang popular.
    Itulah janji gajah sekiranya dia menang.

    Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman siapakah
    yang dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Ketua Satu
    KUBITAK yang baru.

    Semuanya seperti terpaku apabila diumumkan kancil menang
    42 undi manakala kajah 15 undi, undi rosak 1. Seakan tak
    percaya dengan keputusan itu. Tapi itulah yang benar.
    Suasana yang riuh pada awalnya menjadi muram. Seakan mereka
    tidak dapat menerima dengan keputusan itu.

    Jelas terbayang di wajah masing-masing kekecewaaan.
    Yang mana kecewa lekas-lekas keluar dari situ.
    Tidak mahu lebih lama.

    Kancil tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai pemenang.
    Tapi hatinya Tuhan saja yang tahu betapa bimbangnya dia di
    awal pertarungan. Kini dia boleh meneruskan perjuangannya
    kembali. Barangkali dia akan membuat perubahan kerana dia
    takut peristiwa ini berulang kembali.

    "Saya dari kumpulan seladang ingin mengatakan yang kalah
    tak semestinya ia tewas! Dan yang menang tak semestinya
    ia berjaya, justeru marilah kita sama-sama berganding
    bahu untuk berkerjasama di antara satu sama lain.
    Janganlah jadikan pertandingan ini sebagai jalan untuk
    menuju perpecahan sesama sendiri. Jadikan pemilihan pada
    hari ini sebagai ikhtibar di masa-masa akan datang."

    Ketua Satu RASAKSA keluar dari dewan. Di wajahnya tidak
    langsung menampakkan kekecewaan. Beberapa wartawan dari
    pelbagai media massa meluru kepadanya.

    "Apa pendapat tuan hamba mengenai kegagalan tuan hamba
    menjadi pucuk pimpinan?" Tanya merbuk dari akbar Burung.

    "Ini menandakan bahawa ahli KUBITAK tidak mahu adanya
    perubahan," jawabnya tenang.

    "Adakah tuan hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK?"
    sampuk zirafah wartawan dari majalah, "ZIRA"

    "Iya hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK
    walaubagai manapun idea yang ingin hamba serapkan kepada
    KUBITAK akan hamba serapkan kepada RASAKSA juga. Hamba buat begini asalkan dapat mempopularkan binatang-binatang
    Tasik Kenyir keseluruhannya."

    Karya Ratu Rimba Niagara
    14 April 2013
    Like ·  · Promote
  9. MyKasih adalah program untuk golongan masyarakat yang kurang berkemampuan dan kejayaan program itu menarik minat badan-badan korporat tampil ke hadapan menyertai inisiatif kebajikan berkenaan.

    http://www.mykasih.com.my/

    #1Malaysia Janji Ditepati
    68Unlike ·  · 
  10. Manifesto BN, Akujanji kepada rakyat yang bertemakan Menepati Janji, Membawa Harapan.
    267Unlike ·  · 
  11. PRU13: SMALL BUSINESSES!!!

    Selaku Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad atau PUNB, saya terlibat secara langsung dalam usaha membangunkan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia.

    Untuk menjadi ekonomi yang maju, kita perlu perkembangkan lagi industri-industri kecil dan sederhana dan tidak hanya bergantung kepada syarikat-syarikat konglomerat, gergasi dan GLCs.

    BN sentiasa komited membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Kami mempunyai track record yang lama dalam memperkasa PKS bermula dengan kredit mikro untuk peniaga-peniaga kecil, industri desa dan penjaja.

    Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9 dan ke-10 sahaja, 2 juta usahawan dibantu dengan peruntukan RM10.3 bilion melalui dasar dan initiatif kerajaan BN!

    Sekali lagi PKS mendapat tumpuan khas dalam Akujanji BN. Kami percaya usaha untuk menjana ekonomi negara tidak boleh dilakukan hanya dengan janji-janji manis untuk hapus itu dan ini. Ia memerlukan usaha-usaha spesifik untuk membangunkan aktiviti ekonomi antaranya melalui keusahawanan.

    Jelas sekali lagi BN mempunyai perancangan yang teliti dengan komitmen yang jelas. Pihak lawan mungkin pandai cakap, tapi apa janji mereka untuk peniaga-peniaga kecil? ZERO.

    Tengoklah perbandingan yang ada dalam infografik ini. Antara Akujanji BN vs Manifesto Pakatan. Mahu kata BN tiru Pakatan lagi?

    Mohon 'like' dan 'share' bersama rakan-rakan.
    149Like ·  · 

  12. Sebentar tadi, saya melancarkan ibu pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Pangkalan Polis Marin Lahad Datu. Bulan lalu, saya telah umumkan mengenai kewujudan ESSCOM bagi mengatasi insiden pencerobohan seperti yang berlaku di Sabah baru-baru ini. Seramai 100 polis bantuan dan 400 askar wataniah akan ditempatkan di kawasan Felda Sahabat bagi memastikan keselamatan di kawasan itu.

    Dengan adanya ESSCOM dan penambahan pasukan keselamatan itu, saya memberi jaminan bahawa aktiviti harian di Lahad Datu berjalan seperti biasa. Ini termasuk operasi perniagaan terutama dalam industri pelancongan dan Gugusan Perindustrian Minyak Sawit (POIC). Selepas pelancaran ibu pejabat ESSCOM itu, saya bergegas ke Felda Sahabat untuk melawat pasukan keselamatan kita yang terlibat dalam Ops Daulat bagi mempertahankan kedaulatan negara selama ini.

    Semasa berucap kepada mereka, saya telah menyatakan mengenai sokongan kita semua 1Malaysia terhadap mereka yang selama ini bergadai nyawa untuk menjamin keselamatan negara. Saya gembira dan bersyukur kepada Allah kerana keadaan di Lahad Datu kini kembali aman dengan kawalan daripada pasukan keselamatan kita.
    325Like ·  · 
  13. Kerajaan Barisan Nasional mengiktiraf dan menghargai peranan perkhidmatan awam sebagai peneraju perubahan Malaysia. Usaha untuk meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam akan diteruskan bagi memastikan kemajuan negara.

    Sila kongsikan infografik ini bersama rakan-rakan anda. Untuk maklumat terperinci mengenai Manifesto Barisan Nasional, layariwww.1Malaysia.com.my/manifesto
    387Unlike ·  · 
    • You and 5,639 others like this.

    • Ratu Rimba Niagara CADANGAN UNTUK PERDANA MENTERI PERTIMBANGKAN

      ADALAH DICADANGKAN KEPADA KERAJAAN TEMPOH TAMAT KAKITANGAN KERAJAAN HINGGA KE 50 TAHUN KERANA INI MEMBERI PELUANG KEPADA GENERASI MUDA UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN. ANTARA KEBAIKANNYA ,

      1. DAPAT MENGELAKKAN PENGANGGURAN KEPADA MEREKA YANG BARU TAMAT UNIVERSITI , TAMAT SPM DAN SEBAGAINYA

      2. GENERASI MUDA FIKIRANNYA MELANGKAUWI MASA HADAPAN UNTUK MENGEMBELINGKAN PEMIKIRAN YANG MANTAP DAN MAMPAN DEMI MEMBANGUNKAN RAKYAT DAN NEGARA

      3. PRODUKTIVITI GENERASI MUDA TERBUKTI HEBAT KERANA PEMIKIRANNYA YANG CERGAS DAN CEPAT DALAM BERTINDAK APABILA TUGAS YANG DIAMANAHKAN PADANYA TIDAK BERTANGGUH.

      4. GENERASI MUDA KEBANYAKKANNYA TERDIRI DARIPADA BELIA...MAKANYA BELIA TAHU KE MANAKAH MAHU DIBAWA MALAYSIA INI KERANA BELIA ADALAH PELAPIS KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG SEDIA ADA YANG BAKAL PERGI DAN YANG WAJIB BERSARA...

      5. DALAM SEGALA KEUTAMAAN NEGARA...JIKA BELIA DIUTAMAKAN PASTINYA NEGARA AKAN LEBIH BERDAYA SAING DENGAN PANTAS TANPA ADA YANG TERCICIR KE BELAKANG...
      KERANA BELIA LAMBANG KEMAJUAN NEGARA....PEMIMPIN HARUS FAHAM KEHENDAK BELIA DI NEGARA INI...MOGA BELIA DI NEGARA INI MENDAPAT PERHATIAN YANG SEWAJARNYA DARIPADA PIHAK KERAJAAN ...TANPA BELIA NEGARA INI TIDAK MUNGKIN MENGHASILKAN PEMIMPIN PELAPIS YANG MENERAJUI MALAYSIA DENGAN AMAN MAKMUR DALAM PEMBANGUNAN NEGARA YANG PESAT MEMBANGUN.

      6. BAGI KAKITANGAN KERAJAAN YANG MASIH LAGI PRODUKTIF DALAM PERKERJAANNYA BOLEHLAH DIPERTIMBANGKAN BERSARA WAJIB HINGGA KE 53 TAHUN...YANG TAK PRODUKTIF BERKERJA CUKUPLAH UMUR 50 TAHUN UNTUK BERSARA PILIHAN UMUR 45 TAHUN.

      7. BAGI MEREKA YANG TIDAK PRODUKTIF BEKERJA DENGAN KERAJAAN BOLEHLAH DIGALAKKAN MEMBUKA PERNIAGAAN BERMODALKAN WANG SIMPANAN KWSP ATAU MANA-MANA BANTUAN DANA DARI PIHAK KERAJAAN.

      8. MAKANYA IMPIAN KERAJAAN UNTUK RAKYATNYA MEMPUNYAI PENDAPATAN ISIRUMAH TINGGI MENJADI KENYATAAN...SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA INI PRODUKTIF BERKERJA MENYARA KELUARGA WALAUPUN USIA SUDAH BERSARA WAJIB, DIWAJIBKAN ATAU PILIHAN....

      JIKA IDEA SAYA INI MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA RAKYAT MALAYSIA MAKA ADALAH DIHARAPKAN KERAJAAN TERIMA IDEA SAYA INI. JIKA TIDAK MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA RAKYAT MALAYSIA...MAKANYA BIARLAH SEKADAR IDEA YANG MAHU DIPERTIMBANGKAN ATAUPUN TIDAK OLEH PERDANA MENTERI.

      SEKIAN...

      "KAMI RAKYAT MALAYSIA BERSAMAMU PM BAGI MEREALISASIKAN
      GAGASAN 1MALAYSIA"

      RATU RIMBA NIAGARA
      14 April 2013

  14. Najib Razak shared a link.
    Kerajaan BN sering memberikan keutamaan kepada pendidikan apatah lagi sekarang ini iaitu ketika kita sedang berusaha menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 bukan sahaja akan menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang malah akan juga memartabatkan lagi profesion perguruan.
    98Like ·  · 
  15. Jadikan Prinsip-Prinsip Berikut Sebagai Panduan | Let Us Keep These Principles in Mind | YAKIN!
    295Like ·  · 

  16. Najib Razak shared a link.
    Bagi merealisasikan wawasan menjadi negara maju, pembangunan luar bandar terus akan dijadikan tumpuan oleh kerajaan BN bagi menjamin kesinambungan dan pertumbuhan cekap. Jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan komunikasi antara tumpuan utama bagi untuk komuniti luar bandar.
    61Like ·  · 

  17. Najib Razak shared a link.
    Usaha-usaha untuk menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat akan diteruskan. Selain itu peruntukan akan dikhaskan untuk kerja-kerja membaikpulih rumah usang dan meneruskan projek terbengkalai. Semuanya demi memastikan semua rakyat dapat hidup dalam keselesaan di rumah sendiri.
    78Like ·  · 
  18. Congratulations to Lee Chong Wei and wife for giving birth to a healthy baby boy. Has he hit his first shuttlecock yet?
    Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo di atas kelahiran putera sulung mereka. Tahniah dari seluruh rakyat Malaysia. Semoga anak itu akan membesar dengan sihat dan membawa rezeki kepada keluarga.
    649Like ·  · 
  19. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Songkran (Tahun Baru) kepada semua rakyat Malaysia berketurunan Siam, tidak kira di mana saja mereka berada.

    Saya berharap semoga kedatangan tahun baru ini akan menambahkan ...See More
    209Like ·  · 

  20. Menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan adalah tidak logik? Ini adalah penjelasan bagaimana kerajaan BN merancang untuk mencapainya. Bagaimana dengan "mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan" di dalam Manifesto PR? Apa penjelasan mengenai langka...See More
  21. Sebentar tadi, saya telah melancarkan Suara Generasiku di Bukit Jalil. Suara Generasiku diperkenalkan bertujuan untuk menyediakan platform kepada generasi muda di negara ini untuk menyuarakan pandangan mereka menerusi program 1Malaysia For Youth (1M4U). Kami di Barisan Nasional sedar bahawa pemikiran kritis dan kreatif yang ada pada generasi muda hari ini perlu dimanfaatkan untuk kebaikan masa depan negara kita.
    228Like ·  · 
  22. Menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat. Anda mahu pilih siapa?
    206Like ·  · 

  23. Kerajaan Barisan Nasional menyedari usaha pemuliharaan sumber semulajadi perlu dilakukan secara kolektif oleh semua pihak. Masanya sudah tiba untuk membina cara pemikiran yang baru dikalangan rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil kira kes...See More
    217Unlike ·  · 

  24. Najib Razak shared a link.
    To the fallen heroes of Lahad Datu, we salute you. Your sacrifices shall forever be in our hearts.
    110Unlike ·  · 

  25. Najib Razak shared a link.
    Setiap rakyat Malaysia menolak keganasan kerana kita semua cintakan keamanan. Inilah sebabnya, kekuatan pasukan keselamatan kita akan ditingkatkan agar keselamatan kita semua terjamin.

  26. Sebentar tadi, saya menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Orang Asli di Kampung Orang Asli Gumum di Chini. Pada majlis itu, saya turut melancarkan pemberian bekalan elektrik luar bandar penduduk kampung tersebut. Untuk program pemberian ele...See More

  27. Najib Razak shared a link.
    Untuk memastikan negara terus membangun, kita memerlukan sebuah struktur ekonomi yang kukuh. Inilah sebabnya kami di Barisan Nasional berjanji akan melaksanakan pelbagai usaha supaya ekonomi negara kita terus membangun sekali gus dapat membantu meningkatkan kehidupan rakyat.
    79Like ·  · 
(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
14 April 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;