- Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline: Set up 1Malays...
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' PENGANTIN RAJA RIMBA'
SINOPSIS ‘PENGANTIN RAJA RIMBA’
Mengisahkan perkahwinan harimau dengan monyet pada tahun 2020.
Betapa meriahnya hari tersebut kerana semua binatang di darat dan di laut meraikannya. Tidak kira binatang buas, jinak, besar dan kecil masing-masing membawa hadiah yang unik.
Pada sebelah malamnya pula berselerakkan bintang-bintang di langit di merata-rata tempat. Pelamin dihias dengan lampu-lampu berwarna-warni. Di hadapan pelamin penuh dengan hantaran kedua-dua belah pengantin. Sebelum monyet menyambut hari perkahwinan, monyet
menghadapi pelbagai cabaran.
Monyet mempunyai falsafah mengapa dia berkahwin dengan harimau. Di antaranya:
1. Menyatupadukan binatang buas dengan jinak.
2. Mewujudkan keharmonian masyarakat seluruh jenis binatang.
3. Mewujudkan masyarakat yang kuat membantu yang lemah.
4. Yang berlebihan membantu yang kurang.
5. Saling faham memahami di antara satu sama lain.
6. Saling sayang menyayangi di antara satu sama lain.
7. Saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
8. Saling memberi kerjasama dalam suasana harmonis.
9. Mewujudkan masyarakat yang berwawasan.
10. Menyatupadukan pelbagai kaum dengan semangat perpaduan demi kedamaian penghuni rimba dan lautan untuk selamanya.
Pada malam yang ditunggu-tunggu oleh semua penghuni rimba dan lautan iaitu menandakan masuknya tahun 1 hb 1 tahun 2020 mereka semua menyambut dengan sorakkan dan percikkan bunga api yang mengindahkan langit rimba meraikan,' Perkahwinan Raja Rimba’ yang menjadi simbol penyatuan kaum semua penghuni rimba mengecapi kehidupan aman damai selamanya.
Karya: Ratu Rimba Niagara
27 Disember 2012
BABAK PERTAMA (PERTENTANGAN)
Dimulakan dengan syair:
Tersebutlah kisah satu cerita,
Puteri Monyet yang cantik jelita;
Berhemah tinggi tidak terkata,
Di mana saja berdukacita.
Puteri Singa : Tuan puteri rimba! Cermin sikit
muka tu… dahlah hodoh ada hati nakkan Raja Harimau kekasih hamba.
Puteri Rimba: Kenapa tuan puteri singa sakit hati dengan beta..
kenapa? Beta tak pernah pun hina puteri singa atau sesiapa
saja. Walaupun beta tak cantik tapi beta tak pernah susahkan sesiapa
Puteri Singa : Puteri Rimba ni perasan sangat. Raja Harimau tengok wajah puteri rimba pasti tak minat.
Puteri Rimba: Puteri Singa cemburu dengan beta kan?
sebab selama ini tak ada putera-putera raja rimba yang minat dengan puteri singa.
Puteri Singa : Untuk mengetahuan puteri rimba, Raja Harimau
tak layak dengan puteri rimba tapi…kalau dengan beta bagaikan
pinang dibelah dua.(GELAK).
BABAK KEDUA (SEMANGAT)
Raja harimau pilihan hati,
Mengadu hasrat pada merpati;
Agar cinta jadi sejati,
Jasa si burung tetap diingati.
Burung : Tuan Puteri… patik tahu tuan puteri sedang
memendam rasa cinta terhadap harimau. Kenapa tuan puteri
tak mahu terus terang aje pada Raja Harimau?
Puteri Monyet : Beta malulah… siapalah beta hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong.
Burung : Zaman sekarang ni… zaman terus terang,
siapa cepat dia dapat.
Puteri Monyet : Bukan semudah itu burung, kalau beta jatuh
cinta dengan kaum sejenis dengan beta tak apalah.
Ini dengan keturunan garang lagi ganas.
Silap… silap haribulan beta yang dibahamnya.
Burung: Dah tahu ganas dan garang kenapa jatun cinta?
Puteri Monyet : Apa nak buat… hati dah terbekenan,
Asyik rindukannya dan terngigau-ngigau...
Burung : Begitu hebat sekali cinta tuan puteri sampai ngigau-ngigau tu..
weettt...weeet....(gelak)
Puteri Monyet : (Tersipu malu senyum)
Beta harap cinta yang tertanam di sanubari ini menjadi kenyataan.
Burung : Kasihan patik mendengarnya. Angan-angan puteri rimba
tinggi melangit. Kadang kala apatik fikirkan puteri ni
dah tak siuman kerana membuat keputusan yang tak
masuk akal.
Puteri Monyet: Bukan tuan hamba je yang kata aku macam tu. Boleh dikatakan semua mengatakan beta dah gila.(MENGELUH) Manalah tahu satu hari nanti tuah menyebelahi beta. Masa tu baru tuan hamba tahu siapa beta.
Burung : Tak payah tuanku cerita, semua rakyat rimba tahu…
siapa puteri rimba. Puteri rimba yang pintar, suka menolong
kawan, bercita-cita tinggi, berwawasan, berjiwa murni dan kuat
berpegang kepada falsafah.
Monyet: Ke situ pulak tuan hamba. Beta tak mintak pun tuan hamba puji beta. Yang beta mahu tuan hamba berikan beta pendapat bagaimana tuan hamba dapat menolong beta dalam mengeratkan lagi percintaan beta dengan Raja Harimau.
Burung : (KETAWA) Puteri rimba...puteri rimba... tuanku ni tak kenal erti putus asa. Baiklah… Puteri Rimba karang satu warkah menyatakan hasrat hati tuanku puteri pada Raja Harimau… biarkan patik poskan surat tu pada Raja Harimau.
Monyet : (SENYUM) Ha… macam tulah kawan.Sanggup menolong beta.
BABAK KETIGA (PERTENTANGAN)
Puteri Monyet memendam rasa,
Dihina kawan tidak berasa;
Tidak mudah berputus asa,
Korban cinta untuk berjasa.
Putera Monyet Kenapa dinda tak sukakan kanda? Sedangkan
kanda boleh berikan segala-galanya pada dinda. Kitakan satu jenis,
satu hati.
Puteri Monyet : Kanda ingat,cinta boleh dibeli dengan sekelip mata?
Putera Monyet : Bukan kanda saja yang menentang percintaan dinda tu, malah semua rakyat rimba niagara ini.
Puteri Monyet : Dainda tak kisah kanda... Yang bercintanya dinda… bukan mereka.
Putera Monyet : Apa kelebihan Raja Harimau tu hinggakan dinda sanggup melupakan asal usul dinda ...keturunan yang lemah?
Puteri Monyet : Cinta itu unik, murni… memerlukan pengorbanan.
Apa salahnya dinda korbankan diri dinda untuk cinta demi semata-mata…
Putera Monyet : Kepentingan dinda! Dinda ingin mengejar
glamor. Biarlah semua rakyat rimba niagara mengatakan betapa hebatnya dinda dapat memikat raja segala yang ada di rimba ini... Yalah punya kuasa, tampan dan digeruni oleh semua rakyat rimba. Macam kanda ni apalah ada.
Puteri Monyet: Betul kata kanda tu, kerana Raja Harimau mempunyai kuasa dan digeruni oleh rakyat rimba maka dinda jatuh cinta dengan tuanku raja.
Putera Monyet : Memang kanda dah agak dari awal jadi dinda ni
gilakan kuasa hingga sanggup menggadai cinta. Kanda jijik! Jijik!
Mempunyai kaum yang sejenis macam dinda ni!
Puteri Monyet : Kanda nak pandang jijik ke atau apa saja yang
kanda nak kata… katalah. Dinda tak kisah. Asalkan cinta dinda tercapai akhirnya.
Putera Monyet : Kanda pelik bin ajaib dalam sekelip mata dinda dah berubah. Dulu dinda tak macam ni. Dinda terlalu pentingkan kaum dinda. Dinda bersikap perkauman.
Puteri Monyet : Kerana ingin mengikis sikap perkauman yang
menebal dalam diri dinda inilah dinda mengambil keputusan untuk
jatuh cinta dengan Raja Harimau.
Putera Monyet : Maksud dinda?
Puteri Monyet : Cuba kanda fikir di dalam hutan ini terdiri
daripada pelbagai jenis rakyat rimba (binatang). Kalau masing-masing asyik
mementingkan kaumnya saja tanpa memikirkan kepentingan
rakyat rimba lain. Kalau macam tu bagaimana kita hendak bina
generasi kita yang berwawasan dalam keadaan huru hara.
Siapa yang susah? Anak cucu kita yang susah. Apa salahnya
kita merancang dari sekarang agar anak cucu kita mengecapi
kebahagiaan yang hakiki.
Putera Monyet : Kanda tak terfikir pun yang dinda berfikiran
sampai ke situ.
Puteri Monyet : Salahkah dinda… dinda korbankan cinta dinda untuk
anak cucu kita dan seterusnya kedamaian rimba ini. Jika kita
hidup dalam keadaan aman damai tak siapapun berani untuk
menceroboh rimba ini. Kita buktikan pada manusia, walaupun
kita haiwan tapi kita lebih mulia daripada mereka. Dinda ingin
memadamkan dalam kamus manusia kata istilah,
‘ Peragai seperti binatang.’
Putera Monyet : Sekarang baru kanda faham, mengapa dinda
jatuh cinta dengan Raja Harimau. Mulai sekarang kanda akan memberi
sokongan/dukungan agar cita-cita dinda tercapai.
BABAK KEEMPAT (JATUH CINTA)
Raja harimau termakan budi,
Sakitnya kekasih tidak terperi;
Menentang sawa kuat menjadi,
Cinta dibalas patut diberi.
Raja Harimau : Sedapnya buah durian tu… kalau beta dapat makan…
alangkah…
Puteri Monyet : Dinda faham kanda inginkan buah durian, biarlah dinda
tolong ambilkan.
Raja Harimau : Sungguh baik hati dinda… kanda kuat tapi kanda
tak boleh memanjat. Sungguhpun kanda binatang yang hebat tapi
kanda ada kekurangan.
Puteri Monyet : Tuhan itu Maha Adil. Semua makhluk yang
dijadikan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Justeru
apa salahnya kelebihan yang ada pada dinda ini dapat dinda
membantu binatang-binatang lain.
Raja Harimau : Kata-kata dinda tu menyedarkan kanda.
supaya kita jangan hidup sombong dan bongkak.
Tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.
Puteri Monyet : Ha… makanlah sepuas hatimu harimau.
( MONYET MEMBERIKAN DURIAN)
Raja Harimau : (CUBA MENGOPEK DURIAN GAGAL LALU MENGELUH)
Puteri Monyet : Nanti luka … kanda harimau.
Raja Harimau : Selalunya kanda melukakan mangsa kanda tapi kopek
durian pun kanda tak boleh.
Puteri Monyet : Kali ni biarlah kuku kanda yang tajam tu hanya akan
berbisa bila hendak menyelamatkan penghuni rimba ini ye.
Biar dinda tolong kopekkan durian ni.
Raja Harimau : Hati-hati dinda… nanti luka tanganmu.
Puteri Monyet : Tak apa dinda sudah biasa terluka.
Raja Harimau : Lain macam bunyi nye tu. Mulai hari ini
tiada siapa akan berani melukakan hati dinda lagi. Kalau berani…
mari bertarung dengan kanda dulu.
Puteri Monyet : Ha… dah buka pun kulit durian ni …makan puas-puas kanda..Kalau tak cukup dinda ambilkan lagi.
(TERUS MEMANJAT POKOK TANPA MENYEDARI ADA
SEEKOR ULAR SAWA)
Puteri Monyet : Tolong lepaskan hamba! ( DIBELIT OLEH ULAR SAWA).
Raja Harimau : Hai ular sawa! Kalau tuan hamba benar-benar gagah mari turun ke mari. Jangan dengan binatang yang lemahtuan hamba nak tunjukkan kekuatan.
Ular Sawa: Tuanku hendak mencabar patik ya Raja Harimau.
Baiklah sekarang patik turun.
(HARIMAU BERLAWAN DENGAN ULAR SAWA AKHIRNYA
ULAR SAWA TEWAS)
Ular Sawa : Tuanku memang gagah. Ampunkan patik.
Patik mengaku kalah.
Raja Harimau: Tuan hamba tak salah dengan beta tapi dengan puteri rimba.
Baik tuan hamba pergi minta maaf dengannya.
Ular Sawa : Puteri rimba maafkan patik kerana mengganggu puteri rimba.
Puteri Monyet : Beta maafkan . Lain kali jangan tunjuk kuat pada
binatang yang lemah. Sepatutnya binatang yang kuat membantu
yang lemah. Barulah aman. Sudahlah tu mari kita makan bersama-sama.
(KETAWA BERSAMA-SAMA)
BABAK KELIMA (SURAT)
Raja Harimau menerima surat,
Surat dibaca menyatakan hasrat;
Cinta membara bertambah sarat,
Kalau jodoh telah tersurat.
Harimau: Surat siapa yang tuan hamba bawa tu burung?
Burung : Surat istimewa ni untuk tuankulah.
Raja Harimau: Siapa ya… yang berani hantar surat istimewa
pada beta?
Burung : Surat cinta.
Harimau : Eh! Siapa pulak yang berani jatuh cinta dengan beta?
.
Burung : Kalau tak percaya … bacalah. (MEMBERI SURAT)
Selamat tinggal! Selamat membaca…
Raja Harimau : (Membuka surat lalu membaca)
Surat Puter Monyet : Salam sejahtera buat kanda harimau,
janganlah terperanjat apabila membaca warkah
pertama dinda ini. Biarlah dinda berterus terang
pada kanda bahawa dinda telah jatuh cinta pada kanda
ketika pertemuan yang tidak disengajakan tempoh
hari. Maaf!Kerana jatuh cinta tanpa pengetahuan kanda.
Kegagahan kanda melawan ular sawa amat mengagumkan dinda.
Syabas! Kanda telah menggunakan kekuatan kanda untuk
menyelamatkan nyawa dinda. Dinda harap kegagahan kanda
berkekalan selamanya untuk menyelamatkan nyawa
beribu-ribu binatang di rimba ini tanpa mengira
siapa pun mereka. Iyalah kalau difikirkan siapalah
dinda untuk jatuh cinta pada kanda. Ah! Malunya dinda.
Dinda harap kanda tidak memarahi dinda setelah
mendengar pengakuan ikhlas dari dinda.
Sekiranya kanda balas cinta dinda betapa bahagianya dinda.
Secara tak lansung segala cita-cita dinda menjadi
kenyataan. Oleh itu agar dinda tidak ternanti-nanti
kanda balaslah warkah dinda ini.
Akhir kata sambutlah salam hormat dari dinda,
Yang perasan,
Puteri Rimba Niagara,
Raja Harimau : (SENYUM) Sambil melekapkan surat di dadanya.
Ya… Beda bedu….! ( GEMBIRA YANG BUKAN KEPALANG)
Puteri Harimau : Surat siapa tu? Sukanya kanda?
Kenapa? (TERUS MERAMPAS SURAT DARI RAJA HARIMAU)
Oh! Surat cinta rupanya! Patutlah tersengih-sengih.
Habis tu kanda terima cintanya?
Raja Harimau : Diam.
Puteri Harimau Kalau kanda terima puteri rimba…
cinta dinda ni kanda nak campak mana?
Raja Harimau: Dinda jadi permaisuri kedua kandalah (GELAK).
Puteri Harimau : Kanda ingat dinda suka berkongsi suami? (MARAH)
Raja Harimau Kalau tak suka… diam-diam ajelah!
Puteri Harimau : Mana dinda boleh diam kekasih dinda diambil binatang lain .
Dinda akan tentang habis-habisan!
Raja Harimau : Hei! Sejak bila kanda jadi kekasih dinda ye! Setahu kanda dinda cuma teman biasa aje. Jangan lekas perasanlah.(GELAK)
Puteri Harimau : (SAKIT HATI LALU PERGI).
BABAK KEENAM (BALAS CINTA)
Raja Harimau membalas cinta,
Gembiranya hati Puteri Jelita;
Siang dan malam bertemankan tinta,
Agar cinta terus bertahta.
Raja Harimau : (MEMBALAS SURAT KEKASIH HATI)
Buat tatapan adinda puteri rimba.., warkah dinda telah kanda terima
dan diucapkan jutaan terima kasih di atas pengakuan ikhlas dinda itu.
Biarlah kanda katakana di sini niat dinda untuk menjadikan kanda
kekasih dinda ...kanda terima dengan rela hati. Biarpun kanda
tahu keputusan yang kanda ambil ini akan menggemparkan seluruh
binatang di darat mahupun di laut. Kanda sedar, betapa pentingnya
kedamaian.
Memang kanda akui kanda bongkak, sombong dengan kekuatan
yang kanda miliki untuk membunuh mangsa-mangsa kanda tapi
setelah berkenalan dengan dinda tempuh hari segala
kebongkakkan kanda terpadam dengan tiba-tiba.
Kehadiran dinda pada hari itu telah melembutkan keganasan kanda.
Terima kasih dinda puteri rimba , semoga dinda tetap menjadi
kekasih kanda yang setia.
Akhirkata sambutlah salam hormat daripada kanda.
Yang Mencintaimu,
Kanda Harimau.
BABAK KETUJUH (POS)
Jasa si burung tidak dilupa,
Terbang tinggi bertegur sapa;
Mengalir keringat tidak mengapa,
Tanda kasih sedemikian rupa.
Burung : Sudah siap ke surat balasan?
Raja Harimau : Sudah…bawa tu baik-baik ye… jangan sampai tercicir.
Burung : Tuanku taka tak percayakan patik ke?
Raja Harimau: Beta cuma beri ingatan je! Kan elok saling ingat
mengingati.
Burung : Terima kasih atas nasihat tuanku tu. Patik akan pastikan
surat ini selamat sampai kepada tuan puteri rimba .
(MENGAMBIL SURAT)
* * * * *
Burung : (MENGAH) Tuan puteri rimba… ini surat tuan puteri bacalah cepat.
Monyet : Terima kasih burung. Semoga Tuhan membalas budi baikmu, (MEMBACA KEMUDIAN SENYUM PANJANG)
Burung : Macam mana ada tindak balas tak?
Puteri Monyet: Syukur Alhamdulillah ! Cinta beta berbalas.
Burung : Tahniah tuan puteri ! Patik .. doakan cinta tuan puteri rimba berjaya.
Kalau makan nasi minyak tu jangan lupa jemput patik.
Puteri Monyet : Takkanlah beta nak lupakan tuan hamba. Beta
akan jemput semua binatang di darat mahupun di laut.
Burung : Dapat patik bayangkan betapa meriahnya perkahwinan
puteri rimba tu.... Urusan kad jemputan kahwin patik
yang uruskan. Patik minta kerjasama kawan-kawan patik untuk
kirimkan kad jemputan kahwin kepada semua jenis binatang
yang ada di darat mahu pun di laut.
BABAK KELAPAN (JEMPUTAN)
Kad jemputan terus diedar,
Semua terkejut tiadalah sedar;
Ada yang memandang terus tersandar,
Asalkan pengantin cinta tak pudar.
Siput : Surat siapa yang kau bawa tu burung?
Burung : Ini bukan surat… ini kad jemputan kahwin.
Siput : Siapa pulak yang nak kahwin?
Burung : Puteri Monyet dengan Raja Harimau.
Siput : (KETAWA)
Burung : Eh! Kenapa engkau ketawa?
Siput : Aku tak percaya.
Burung : Kalau engkau tak percaya… ha…
engkau baca kad jemputan kahwin ni!
(MENGHULURKAN KAD JEMPUTAN KAHWIN KEPADA SIPUT)
Siput : (TERPERANJAT) Iya betullah. Ini satu keajaiban!
Burung : Kalau dah jodoh tak ada siapa yang menghalangnya!
Itu namanya jodoh dah tersurat .
Siput : Siapa-siapa lagi yang dijemput?
Burung : Seluruh binatang di laut dan di darat.
Siput : Hebat!
Burung : Nanti, engkau jemputlah sanak saudara engkau datang ye.
Siput : Sampaikan salam aku pada Puteri Rimba. Katakan aku ucapkan tahniah dan terima kasih atas jemputannya.
Gajah : Bila ditetapkan tarikh perkahwinan monyet dengan harimau,
tu burung?
Burung : Satu haribulan satu tahun 2020.
Gajah : Tepat pada masanya. Satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh
semua binatang untuk meraikan satu kejayaan.
Burung : Kejayaan apa pulak tu?
Gajah : Iyalah dengan sahnya perkahwinan Raja Harimau dengan Puteri monyet secara tidak langsung pasangan pengantin tersebut telah menyatupadukan seluruh binatang.
Burung :Sungguh bijak engkau gajah.
Gajah : Apa engkau ingat selama ini aku bodoh ke?
Biarpun aku berbadan besar, tenaga pun besar…otak aku pun
besar juga.
Burung : (GELAK) Iyelah aku tahu engkau tu semuanya besar.
Gajah : Engkau jangan nak sindir aku pulak!
Burung : Jangan marah… aku bergurau aje.
Takkan itupun nak ambil hati. Maaf ye … aku pergi dulu…
jangan tak datang bawa saudara mara engkau ya gajah.
BABAK KESEMBILAN (GOTONG ROYONG)
Semua haiwan bergotong royong,
Sediakan pelamin pengantin tersayang;
Bergurau senda semakin matang,
Gembiranya hati semua yang datang.
Kucing : Macam mana dengan kain pelamin yang aku
buat ini cantik tak?
Itik : Apa yang engkau buat kucing semuanya cantik.
Singa : Siapa yang pilih warna?
Arnab : Siapa lagi pengatinlah. Katanya warna unggu adalah
lambang kedamaian. Penyatuan rasa cinta yang sukar dimengertikan.
Ayam : Romantik sungguh pengantin kita tu. Siapa pulak yang
mengantung lampu-lampu yang berwarna-warni itu? Sungguh cantik?
Kucing : Keluarga monyetlah. Mereka mahir dalam panjat memanjat.
Itik : Kamu semua terfikir tak bagaimana muka anak pengantin
kita nanti?
Singa : Rupa ibu dan bapak dialah!
Kucing : Rupa mounyetlah. Mau tu bapak dia dan nyet ibu dia.
(SEMUA TERGELAK BESAR)
BABAK KESEPULUH (TETAMU DATANG)
Malam dinantikan penuh debaran,
Persandingan Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
Semua gembira menantikan tibanya perkahwinan,
Majlis perkahwinan yang dibanggakan.
Tetamu datang dari daratan dan lautan,
Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
Kerana pengantin idola perdamaian.
Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
Tetamu disambut dan dijamu;
Dijamu makanan pelbagai menu,
Sambil makan menantikan pengantin rasa tak jemu.
Itik : Cantiknya pasangan pengantin bagaikan pinang
di belah dua.
Burung : Engkau engok tu… bintang-bintang di langit
bergemerlapan dan bertaburan di sana sini seolah-olah
menyerikan lagi majlis perkahwinan ini, mari kita
tengok barang-barang hantaran harimau kepada monyet.
Kucing : (MEMBELEK HANTARAN)
kasut Cinderella pun ada, hai… bertuah Puteri Rimba dapat
bersuamikan Raja Harimau.
Itik : Entah-entah satu hari nanti pulak, engkau
kahwin dengan aku.
Kucing : (KETAWA) Engkau ni mengarutlah.
Itik : (KETAWA) Dalam dunia sekarang tiada yang pelik.
BABAK KESEBELAS (SAMBUTAN MAJLIS PERKAHWINAN DAN MASUK TAHUN 2020)
Tepat Jam 12 Malam semua bersorakkan,
Tahun baru 2020 diraikan seiring majlis pengantin;
Di langit rimba bunga api berpercikkan ,
Meraikan Pengantin Raja Rimba yang budiman.
Pengantin diarak menuju pelamin,
Gajah membawa pasangan pengantin:
Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
Di malam itu penuh kemeriahan.
Duduk bersanding jeling menjeling,
Sambil menjeling tersenyum sayang;
Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
Dilemparkan senyuman mesra tanda kasih sayang.
Semua kumpulan tetamu membuat persembahan,
Dipersembahkan kepada pengantin kesayangan;
Pengantin gembira keterharuan,
Melihat persembahan yang mengasyikkan.
Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
Pelbagai kaum dapat disatukan,
Hidup aman damai dalam perpaduan.
Kancil (Wakil Haiwan): Terima kasih Pengantin Raja Rimba
yang kami sayangi. Tuanku telah menyatukan penghuni
rimba yang selama ini mementingkan kaum sendiri dan
hanya mementingkan diri sendiri. Dengan perkahwinan
ini penghuni rimba dan lautan menjalani hidup bersatupadu
tolong menolong dan aman damai selamanya. Terima kasih
Pengantin Raja Rimba.
Raja Harimau : (TERSENYUM SAMBIL MEMANDANG PERMAISURINYA)
Ucapkan terima kasih kepada permaisuri beta. Dialah yang telah
membuka hati beta untuk kedamaian rimba ini dan kedamaian
penghuni lautan juga.
Puteri Monyet : (TERSENYUM BANGGA SAMBIL MEMBALAS
SENYUMAN KEPADA SEMUA TETAMU HADIR YANG
BERSORAKKAN PENUH GEMBIRA YANG AMAT SANGAT
DAN DI TAMATKAN DENGAN PERCIKKAN BUNGA API)
TAMAT
Karya: RATU RIMBA NIAGARA
16 Muharram 1434H
30 November 2012M
·
(DISIARKAN DI WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & RATU RIMBA NIAGARA , GROUP RAJA AND SULTANE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING", RAJA NOR JAN SHAH, ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU, WARISAN KELANTAN , WANGSA MAHKOTA SELANGOR, KESULTANAN JOHOR, KESULTANAN KELANTAN, GRUP SRI PEMANGKU ADAT & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & PANGERAN KAMARUDDIN HAJI YUSOF SANI, KESULTANAN INDRAPURA, KESULTANAN MATARAM, KESULTANAN SIAK, PERKUMPULAN KRATON NUSANTARA, KRATON NUSANTARA, SULTAN BROTOWIJOYO YUSODIPURO, KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ & KRATON KERAJAAN SURGA PESONA DUNIAMAYA, SASTRA MATARAM, KHAIRUDDIN AL YOUNG II GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA ,PANGERAN ITOE OELY'X , KHAI NOOR (KERABAT DIRAJA JEMBAL) , DATUK MOHD FAIZ ABDULLAH BUKHARI ,@ HARIMAU PERANG, DATUK SETIA PANGLIMA HANIF, LT KOL AHMAD TAJUDDIN , LAKSAMANA PENDEKAR TEMASEK, LEFTENAN ADAM SAKEENAH, PANGLIMA PERANG, KUMBANG SEGAK, SANG HELANG, AYAHANDA LAKSAMANA PANGERAN ADUKA BADAR AL -AHMAD, ARJUNA AKMALIAH,ANDI ASPAR ARUNG DIDI, DEN MAT MANGKUBUMI)
(DISIARKAN JUGA DI WALL NAJIB RAZAK @ YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PENDANA MENTERI MALAYSIA)
4 April 2013
(PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)
3 April 2013
Like · · Unfollow Post · March 30 at 5:18pm
Sri Pemangku Adat, Andi Aspar Arung Didi and Silat Pengantin like this.
(PETIKAN DARIPADA GROUP SRI PEMANGKU ADAT & DISIARKAN DI GROUP RAJA & SULTANE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING)
3 April 2013
WARKAH UNTUK GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING,"SILATURRAHMI NASIONAL RAJA DAN SULTAN NUSANTARA
BismillahirRohmanirRohim
Assalmualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kepada Rusdal Fajr St Inayatsyah
Terima kasih kerana sudi menjemput hamba di group
"RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING",
"Silaturahmi Nasional Raja dan Sultan Nusantara"
Kepada semua ahli group yang dimuliakan dan disanjungi salam kenal kerana semuanya di sini sama saja tarafnya di Sisi Raja Segala Raja...Yang Mencipta Semesta Alam Yang Menguasai 7 Petala Langit 7 Petala Bumi Yang Menguasai Di Hari Akhirat itulah Tuhanku Tuhan semua yang ada di sini
dan semua yang diciptakan-Nya .
Dari-Nya kita datang dari-Nya kita dikembalikan
setiap pertemuan telah diaturkan oleh Allah swt
begitu juga pertemuan hamba di group ini
pasti ada hikmat sebalik-Nya
yang hanya DIA saja yang tahu
jika hamba di sini diterima sebagaimana nawaitu diterima sebagai ahli group maksudnya serasi senada seirama saling memahami dan mendukungi demi sebuah perjuangan suci murni iaitu mahu mati dalam kalimah Syurga
LAAILLAHAILLAH MUHAMMADDARRASULULLAH In Sha Allah Aamiin
ini bermakna kita telah ditemukan sejak Azali lagi saling kenal
sebab itu kita ditemukan di dunia ini walaupun cuma di alam maya
moga serasi senada seirama bersama sehingga detakkan jantung terakhir dan menyambung tali ukhuwah kasih di Syurga nanti
In Shaa Allah AAmiin...
Hamba bukanlah siapa-siapa jika dibandingkan dengan semua ahli group di sini hamba bukanlah ratu bukan permaisuri bukan putri
hamba cumalah rakyat biasa yang tak punya apa
hidup sekadar apa adanya bagi hamba syukur atas nikmat-NYa masih diberi nafas untuk muhasabah diri bagi meraih Nur Rahmat Kasih-Nya itu adalah lebih berharga dari alam dan seisi-Nya
Menggunakan gelaran Ratu & Putri itu cumalah nama pena dalam penulisan hamba karya hamba pelbagai tema dan hamba menulis bukan kerana mahukan sanjungan atau mencipta nama sebab itu hamba lebih suka menggunakan nama pena , Ratu atau Putri Rimba Niagara itu pun secara tidak langsung ...memandangkan hamba ini minat dan terlalu minat menulis kisah-kisah diRaja.
Di zaman kanak-kanak hamba memang suka membaca kisah-kisah diRaja dan bila meningkat remaja hamba menulis kisah-kisah dongengan diRaja tapi tak sangka pulak bilamana tika sedang hamba mencari rakan-rakan fb hamba dapat berkawan dengan mereka yang berketurunan diRaja Nusantara...hamba apa lagi dapat banyak bahan-bahan penulisan bertemakan diRaja yang benar-benar asli. Bahan asli digabungkan dengan fantasi...hmmm mantappp gitu...hehehehe
Berkat kesabaran hamba bersahabat dengan rakan fb yang berdarah diRaja walaupun mereka jarang berkomunikasi dengan hamba...jika mereka bukan diRaja atau pahlawan sudah lama diremovekan dari rakan fb kerana hamba cuma terima rakan fb yang mahu memberi komentar dengan karya-karya hamba ...ini like pun tidak komentar pun tidak sedangkan hamba mengarangkan kisah-kisah diRaja...hamba pun tak tahu kenapa mereka hendak add hamba tapi sepikan karya-karya hamba ...sedih lho tapi nak buat macam mana sabar sajalah sebab nak dapat bahan-bahan diRaja...hamba dapat bahan diRaja Malaysia, Indonesia, Brunei,Singapura...cuma bahan diRaja dari Thailand masih belum ada lagi barangkali hamba tidak punyai rakan fb dari Thailand....hamba gunakan nama pena , 'PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA' dan dunia hamba seakan hari-hari ceria menulis kisah-kisah diRaja dan pahlawan Nusantara berbentuk TEATER BANGSAWAN DIRAJA, PUISI, PANTUN, SYAIR GURINDAM. Hamba teruja dengan dunia penulisan hamba yang hamba minati ini.
Syukur pada Tuhan Sebanyak-banyak-Nya mengurniakan hamba ilham tak putus-putus. Setiap hari hamba mengutip ilmu dunia akhirat di alam maya ini melalui rakan fb dan grup. Rakan fb memanglah tak ramai cuma tak sampai 50 orang yang aktif cuma seorang saja ...hamba siar dialah yang setia memberi komentar...itupun tak terlayan dengan komentarnya mulanya kata mahu menjadi anak murid hamba ...sekarang dia balik yang hendak mengajar hamba....dalam proses pembelajaran anak murid adalah guru ...guru adalah anak murid.. yang penting ilmu itu dapat dikembangkan dalam suasana yang harmonis tanpa mendabik dada akulah yang terhebat dalam menyampaikan ilmu. Kita berdebat bukan menunjuk hebat tapi mencari kebenaran tanpa ada rasa memenangi satu perdebatan dan sengaja menyakiti hati mereka yang didebatkan itu. Amat malanglah jika perdebatan itu berakhir dengan kata-kata jelek dan hina menghina hingga mengundang sakit hati dendam membara dan akhirnya bahan perdebatan itu menjadi bahan ilmu yang sungguh menakutkan orang membacanya dan pasti akan ramai yang meninggalkan si pendebat yang mengaku hebat berdebat itu.
Jikalah di group ini ada si pendebat seperti itu sejujurnya hamba akan meninggalkan grup ini kerana tujuan hamba di group ini hanyalah untuk berbakti dengan menyiarkan karya-karya hamba untuk diberi komentar yang bernas lagi mantap kerana setiap komentar itu adalah amat berharga bagi hamba...kerana setiap karya-karya hamba adalah bakal hamba tinggalkan kepada anak cucu SeNusantara. Hamba cuma menerima komentar yang positif saja.
Hamba berkarya bukanlah mahu menunjukkan
hamba ini hebat berkarya hambalah yang terbaik...hambalah yang alim...hambalah yang terpandai tidak terlintas di hati menulis untuk merasa takjub dengan diri sendiri hamba menulis tanda hamba Syukur pada Tuhan diKurniakan bakat menulis jika bakat menulis ini hamba abaikan nescaya di akhirat nanti akan dipertanggungjawabkan...nauzubillah jika begitu....
Yang lebih mengujakan hamba dalam berkarya lagi hamba menyiarkan karya-karya hamba di serata alam maya ini...lagi banyak ilham yang datang...hingga hamba tak terkutip-kutip permata Syurga...andainya hamba ini tiada rasa capek/penat mahu hamba 24 jam mengarang tapi hamba cumalah manusia biasa perlukan rehat dan komitmen pada kehidupan yang diTentukan-Nya makaNya hamba tulislah yang termampu daya hamba.
Moga kehadiran kehadiran karya-karya hamba di group ini sudi diterima bersiaran dengan minda terbuka tanpa berperasangka yang nggak-nggak kerana meliputi pelbagai tema ....percayalah setiap yang baik itu semua-Nya dari Allah Azzawajallah yang kurang itu adalah kesilapan hamba yang hina ini makanya maafkan hamba.
Sekian ...salam hormat daripada,
RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA INDONESIA BRUNEI SINGAPURA THAILAND
ISTANA RIMBA NIAGARA
23 Jamadilawwal 1434H
4 April 2013M
(PETIKAN DARIPADA KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)
3 April 2013
Like · · Unfollow Post · March 30 at 12:57pm
Sri Pemangku Adat, Daeng Khamshah and Silat Pengantin like this.
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & WALL NAJIB RAZAK & GRUP SRI PEMANGKU ADAT)
4 April 2013Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PERSEMBAHAN TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTERA SANG KURIANG DI ZOO NEGARA
Ratu Rimba Niagara:
Apapun aku sangat suka dengan sang syifa, sang amsyar sang aqmar...nanti ada peluang aku mahu bawa mereka jalan-jalan ke zoo negara bersama sang kuriangku pasti ramai peminat menyerbu mereka mahu tandatangan...
di zoo pula segala sang pun suka berkawan dengan mereka...
aduh pasti gamat zoo hari itu dengan hiruk pikuk segala sang
meraikan satu pesta kegembiraan kanak-kanak yang tak terhingga! Apa tidaknya yang
berada di pentas 4 Sahabat mengadakan persembahan teater ,"PERSAHABATAN INDAH SANG KURIANG DENGAN SANG SYIFA, SANG AMSYAR DAN SANG AQMAR"
Mereka berempat mengadakan persembahan yang begitu mantap hinggakan panggung bangsawan ZOO NEGARA...hiruk pikuk dengan tempukan paling gemuruh daripada penonton yang terdiri daripada pengunjung zoo dan segala sang di zoo negara.
Kerana persembahan mereka begitu mantap dan tidak dapat dilupakan oleh semua yang menonton...KFC telah sudi menaja makan tengahari pada hari tersebut Amat meriah sekali.
Haslie Umar Ratu Rimba hahaha.....mantap..memang mantap...cayalah....nanti mat kr jadi pengarah....
Ratu Rimba Niagara Jadi...jangan tak jadi...sebab ratu rimba ni ini penuntut janji....
PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)
Tersebutlah kisah di Rimba Nilam Puri telah berlaku perebutan kuasa di antara Raja Haslie Umar dengan Raja Ahmad Kamal.Raja Ahmad Kamal adalah sepupu kepada Raja Haslie Umar.
Raja Haslie Umar berkahwin dengan Permaisuri Atekah. Mereka dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri. Yang tua bernama Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa. Selama ini mereka hidup aman bahagia sekeluarga.
"Anakanda bertiga... sebentar tadi ayahada baru saja menghantar pesanan kepada sahabat ayahanda Raja Mat Kr di Rimba Niagara untuk menumpangkan anakanda bertiga di Istana Rimba Niagara. Anakanda selamat di sana...Ayahanda dan bonda akan datang menjemput anakanda setelah negari kita aman damai...sekarang dalam kucar kacir...."
Mereka anak beranak saling berpelukan dan tangis pilu menyelubungi Istana Rimba Nilam Puri. Permaisuri Atekah mententeramkan tangisan anakanda Puteri Sang Syifa.
"Anakanda Puteri Sang Syifa...jangan nangis ye...nanti bonda datang..." pujuk Permaisuri Atekah sambil memeluk erat Puteri Sang Syifa dengan tangisan pilu.
Ketika sampai di Istana Niagara...Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang menyambut kedatangan keluarga angkat mereka dari Istana Nilam Puri.
Sang Kuriang menjadi sahabat baik kepada Putera Sang Amsyar,
Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa.
Mereka 4 sahabat diajar ilmu persilatan . Setelah enam purnama mempelajari ilmu persilatan mereka mahir dalam ilmu persilatan termasuk juga dengan Puteri Sang Syifa.
Sedang mereka duduk berehat...tanpa diduga kedatangan ayahanda Haslie Umar dan Permaisuri Atekah ke Istana Rimba Niagara.
Suasana sudah aman kembali. Raja Ahmad Kamal tewas dalam pertarungan dengan
Raja Haslie Umar.
Upacara menyambut kedatangan Raja Haslie Umar bersama Permaisuri Atekah disambut besar-besaran. Ketika itu juga diistiharkan pertunangan Puteri Sang Syifa dengan Putera Sang Kuriang.
Genap tiga bulan mengikat tali pertunangan Puteri Sang Syifa berkawin dengan Putera Sang Kuriang. Majlis amat meriah sekali disambut dengan penuh gilang gemilang.
Karya Ratu Rimba Niagara
3 November 2011
Ratu Rimba Niagara Apa pendapatmu duhai Raja Rimba Nilam Puri Raja Haslie Umar tentang cerita Putera Sang Kuriang (Bahagian III) ini...ok tak...
Haslie Umar terlebih ok wahai ratu rimba semester alam....buat novel pun ok gak...
Ratu Rimba Niagara Iye ke Raja Haslie Umar Raja Rimba Nilam Puri Yang Gagah Perkasa Yang Mempunyai Putera & Puteri Berjiwa Pahlawan Rakyat Rimba Nilam Puri...
(PETIKAN NOVEL TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTRA SANG KURIANG)
15 April 2013
PANTUN DINOSAUR SAYA BERNAMA DINO
Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.
Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.
Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.
Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.
Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.
Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.
Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.
Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.
Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.
Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.
Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.
Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.
Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.
Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.
Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.
Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.
Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.
Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.
Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.
Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.
Karya Ratu Rimba Niagara
15 April 2013
(PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH KANAK-KANAK DI SELURUH DUNIA MOGA TERHIBUR DAN CERIA TIKA MEMBACANYA TANDA NENDA SAYANG PADA KAMU SEMUA.... HINGGA KAPANPUN SAYANG SAMA KAMU DI KALA NENDA HIDUP BIARPUN NENDA SUDAH TIADA DI DUNIA INI LAGI)
Like · · Share · Promote · 20 minutes ago near Kuala Lumpur ·
GAJAH
Karya Ratu Rimba Niagara
"KURA-KURA DALAM PERAHU,
PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
SUDAH TIBA MASANYA PRU,
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU."
Hari itu satu mesyuarat agong KUBITAK
diadakan. KUBITAK adalah singkatan
nama kumpulan Binatang Tasik Kenyir.
KUBITAK telah diwujudkan dua puluh
dua tahun yang lalu.
Selama sudah dua puluh dua tahun
bermesyuarat agong, pada kali ini
pemilihannya begitu sengit. Ketua
Satu KUBITAK selama ini tidak pernah
tercabar tetapi pada kali ini benar-
benar tercabar.
Rata-rata mengatakan Ketua Satu KUBITAK
tidak ada harapan untuk menang justeru
mereka secara peribadi berjumpa dengan
Ketua Satu KUBITAK.
"Maafkan saya... saya ingin memberikan
cadangan kepada tuan hamba agar meletakkan
jawatan sebagai Ketua Satu KUBITAK secara
terhormat daripada gugur di mesyuarat Agong
kelak.Pihak kami akan memberi saguhati yang
amat berharga tanda terima kasihnya kami
terhadap pengunduran tuan hamba," kata wakil
KUBITAK.
"Tidak...! Hamba tidak akan mengundur diri
walau apapun yang disogokkan. Hamba
berjuang bukanlah kerana material tapi
adalah minat yang terlalu mendalam,"
tegas Ketua Satu KUBITAK.
"Tapi... tuan hamba telah memegang jawatan
Ketua Satu KUBITAK sejak bermula KUBITAK
ditubuhkan, banyak rungutan daripada
para ahli yang didengari iaitu tiada
membaharuan dalam KUBITAK masih di takuk
lama, tuan hamba kena faham itu.Tuan hamba
pun sudah tua, janganlah terlalu tamak...
berilah peluang kepada ahli lain untuk
menerajuinya."
"Tidak! Hamba akan tetap bertanding walaupun
hamba kalah dalam pengundian kelak. Tapi
hamba yakin hamba boleh menang."
Ketua Satu KUBITAK sedar kedudukannya kini
tegang kerana dia terpaksa bersaing dengan
wakil dari RASAKSA iaitu kumpulan gajah.
Desas desus yang didengari bahawa besar
kemungkinan wakil RASAKSA akan menang kerana
dalam banyak perkara RASAKSA banyak membantu
kumpulan binatang lain dari segi material.
Dalam zaman sekarang idea saja tidak mencukupi
jika tiada kekuatan yang kukuh. Telah banyak
jasa yang ditaburkan oleh Ketua Satu RASAKSA
kepada ahli-ahli bawahannya. Begitu juga
kepada ahli-ahli binatang yang lain.
Mesyuarat Agong KUBITAK dirasmikan oleh
Yang Mulia Merak. Sebelum Yang Mulia berucap
Ketua Satu KUBITAK memberi ucapan.
Ucapan kali ini amat berbeza sekali jika
dibandingkan ucapan tahun-tahun sebelumnya.
Ucapannya banyak berbaurkan sindiran sinis!
Memuji diri dari apa yang telah dikorbankan
selama ini, kekecewaan kerana ada pencabarnya
lebih-lebih lagi jika dia tewas bererti tewasnya
nanti sebagai mati seorang pejuang. Ucapannya
hampir memakan masa empat puluh lima minit.
"Ini nak berucap ke atau nak berkempen?" bisik
salah seorang pemerhati dari kumpulan seladang.
"Agaknya dia sudah kelewatan!" jawab rakannya.
"Engkau agak siapa yang menang?"
"Rata-rata mengatakan RASAKSA yang menang!
Di akhbar-akhbarpun mengatakan RASAKSA boleh
menang mengikut dari ramalan wakil yang
mengundi."
"Engkau tengok sejak dia memerintah selama
dua puluh dua tahun mana ada perubahan dalam
KUBITAK. Sepatutnya setiap tahun dia mesti
menerima cadangan-cadangan para perwakilan
tapi tidak! Cadangan perwakilan hanyalah
mencurah ke daun keladi! Cadangannya...hanya
untuk jenis binatang yang sealiran dengannya
hingga dia dikurniakan darjah kebesaran."
"Engkau dengar tu... untuk menerajui tampuk
pemerintahan mestilah mempunyai ilmu yang
kukuh kalau hanya gagah tidak akan sempurnalah!"
"Mentang-menanglah dia tu kancil yang bijak
dia tidak langsung memahami perasaaan gajah."
"Gajah dulu bukan gajah sekarang! Gajah sekarang
di samping mempunyai kekuatan, dia juga mempunyai
pengaruh yang besar untuk menaikkan nama KUBITAK
yang selama ini tidak dikenali ramai di kalangan
manusia. Kerana daya usaha gajahlah Tasik Kenyir
yang selama ini tidak dikenali ramai menjadi
tumpuan para pelancong. Dulu binatang-binatang
di sini menjadi buruan manusia tapi kini dilindungi
dan menjadi tontonan manusia."
Setelah Ketua Satu KUBITAK habis berucap,
Yang Mulia Merak pula berucap.
Antara ucapannya sedia memberi sokongan kepada
setiap aktiviti yang diadakan oleh KUBITAK dan
sedia membantu jika ada masalah yang hendak
diselesaikan. Yang Mulia dengan senang hati
menghadiahkan kepada KUBITAK sebuah Taman Bunga
seluas dua ratus hektar untuk ahli-ahli KUBITAK
beristirehat tanpa diganggu oleh manusia.
Beliau juga berharap KUBITAK akan terus maju
untuk mengharumkan nama Tasik Kenyir.
Mahupun pihak perwakilan dan pemerhati begitu
resah tidak sabar-sabar lagi menantikan keputusan.
Melihat dari suasana itu rata-rata mengatakan kancil
akan tewas yang menang gajah. Melihat dari air muka
kancil yang resah ternyata dia akan tewas manakala
gajah begitu yakin akan menang kerana penyokong-
penyokongnya begitu banyak.
Pengundian dijalankan secara tertutup. Setelah selesai
pembuangan undi, mereka berehat selama satu jam setengah. Masing-masing bercerita sesama sendiri mengatakan kancil
akan tewas kali ini. Jika kancil tewas bererti banyaklah
perubahan KUBITAK akan berlaku secara mendadak.
Semua jenis binatang baik besar mahupun kecil akan sedia diberi bantuan baik dari segi moral mahupun materiel agar tidak ketinggalan untuk dikenali sebagai binatang popular.
Itulah janji gajah sekiranya dia menang.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman siapakah yang dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Ketua Satu KUBITAK yang baru.
Semuanya seperti terpaku apabila diumumkan kancil menang 42 undi manakala kajah 15 undi, undi rosak 1. Seakan tak percaya dengan keputusan itu. Tapi itulah yang benar. Suasana yang riuh pada awalnya menjadi muram. Seakan mereka tidak dapat menerima dengan keputusan itu.
Jelas terbayang di wajah masing-masing kekecewaaan.
Yang mana kecewa lekas-lekas keluar dari situ.
Tidak mahu lebih lama.
Kancil tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai pemenang.
Tapi hatinya Tuhan saja yang tahu betapa bimbangnya dia di awal pertarungan. Kini dia boleh meneruskan perjuangannya
kembali. Barangkali dia akan membuat perubahan kerana dia takut peristiwa ini berulang kembali.
"Saya dari kumpulan seladang ingin mengatakan yang kalah tak semestinya ia tewas! Dan yang menang tak semestinya ia berjaya, justeru marilah kita sama-sama berganding bahu untuk berkerjasama di antara satu sama lain. Janganlah jadikan pertandingan ini sebagai jalan untuk menuju perpecahan sesama sendiri. Jadikan pemilihan pada hari ini sebagai ikhtibar di masa-masa akan datang."
Ketua Satu RASAKSA keluar dari dewan. Di wajahnya tidak langsung menampakkan kekecewaan. Beberapa wartawan dari pelbagai media massa meluru kepadanya.
"Apa pendapat tuan hamba mengenai kegagalan tuan hamba menjadi pucuk pimpinan?" Tanya merbuk dari akbar Burung.
"Ini menandakan bahawa ahli KUBITAK tidak mahu adanya perubahan," jawabnya tenang.
"Adakah tuan hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK?" sampuk zirafah wartawan dari majalah, "ZIRA"
"Iya hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK walaubagai manapun idea yang ingin hamba serapkan kepada KUBITAK akan hamba serapkan kepada RASAKSA juga. Hamba buat begini asalkan dapat mempopularkan binatang-binatang
Tasik Kenyir keseluruhannya."
Karya Ratu Rimba Niagara
14 April 2013
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
a few seconds ago near Kuala Lumpur
SURAT CADANGAN KEPADA PM MENGENAI ZOO NEGARA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
YAB Perdana Menteri yang disnjungi,
Di sini saya ingin melahirkan rasa dukacita yang amat sangat pabila diberitahu keadaan sebenar zoo negara. Luahan hati mereka membuatkan saya merasa sedih . Antara luahan hati mereka itu:
1) Zoo Negara sudah diswastakan. Bukankah zoo negara adalah aset negara yang harus dijagai agar rakyat jelata mesa alam...memahami kehidupan haiwan di rimba dan dapat memupuk kasih sayang antara alam manusia dan alam haiwan.
2) Kerana telah diswastakan bayaran yang dikenakan terlalu mahal. Ini akan membebankan rakyat...rakyat yang tidak mempunyai wang pasti tidak mampu
hendak pergi ke zoo negara.
3) Haiwan-haiwan yang ada di zoo negara tidak banyak lagi...suasana tidak seceria dulu ketika zoo negara tidak diswastakan.
4) Kerana zoo negara adalah harta dan aset negara makanya saya harap ZOO NEGARA diambil semula oleh kerajaan ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia berkunjung ke ZOO NEGARA dengan bayaran yang berpatutan .
5) Haiwan-haiwan hendaklah ditambah dan banyakkan aktiviti persembahan haiwan-haiwan yang telah dijinakkan ini pasti menceriakan hati pengunjung yang datang terutama kanak-kanak.
Pertimbangan yang sewajarnya dari Perdana Menteri amatlah diharapkan untuk mengambil semula ZOO NEGARA...jika tidak mahu diambil semula tukar sahaja nama ZOO SWASTA .
"DUNIA HAIWAN ADALAH DUNIAKU MENGHARGAI KUNIAAN TUHAN"
Sekian . Terima Kasih.
RATU RIMBA NIAGARA
15 April 2013Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PANTUN DINOSAUR SAYA BERNAMA DINO
Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.
Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.
Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.
Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.
Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.
Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.
Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.
Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.
Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.
Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.
Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.
Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.
Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.
Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.
Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.
Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.
Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.
Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.
Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.
Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.
Karya Ratu Rimba Niagara
15 April 2013
(PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KANAK-KANAK DI SELURUH DUNIA MOGA TERHIBUR DAN CERIA TIKA MEMBACANYA TANDA NENDA SAYANG PADA KAMU SEMUA.... HINGGA SAMPAI KAPANPUN SAYANG SAMA KAMU DI KALA NENDA HIDUP BIARPUN NENDA SUDAH TIADA DI DUNIA INI LAGI)Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK MINDA KREATIF 1MALAYSIA
KIKI
Kiki suka berada di bulan.
Di bulan Kiki main sorok-sorok dengan awan.
Kiki ada sayap.
Kiki terbang ke sana ke mari
bermain dengan bintang.
Di kepulan awan biru Kiki meniup seruling
sambil menyanyi lagu, ‘Ibu Oh! Ibu’.
BULAN DAN BINTANG
Bulan tersenyum melihat anak burung
berbulu biru terbang mencari rezeki.
Bulan suka tengok gelagat tiga ekor
kucing yang suka bermain dengan bintang,
duduk di pelangi dan seekor lagi
duduk di tunggul kayu berangan bermain
sorok-sorok dengan bintang dan bulan.
HARI JADI JOHN
Setiap tahun John meraikan hari jadi.
Hari ini hari jadi John yang kesembilan.
Ayah John membeli kek tiga tingkat.
Hari jadi John sungguh meriah kerana
diadakan di sebuah taman bunga
di kelilingi rama-rama pelbagai warna.
TIKAR AJAIB
Puteri Aliya dengan Putera Aliba
sangat gembira kerana dapat terbang
dengan ‘Tikar Ajaib’.
Mereka dapat terbang setelah terjumpa
dengan ‘Pelita Ajaib’ yang boleh memberi
kesaktian kepada si pemiliknya.
Apabila penat mereka pulang berehat
di Istana Kayangan yang indah
lagi permai.
NINA SAYANGKAN BAYI DINOSAUR
Nina tinggal di sebuah pulau bersama
bayi Dinosaur. Mereka berdua
berkawan baik.
Nina sangat sayangkan bayi
Dinosaur.
Bayi Dinosaur sangat comel.
Telinganya panjang seperti arnab.
Kukunya tajam seperti harimau.
Nina suka cium Bayi Dinosaur.
Bayi Didosaur tersenyum malu.
Bayi Dinosaur sangat gembira.
Hidupnya hari-hari ceria.
Dia gembira kerana keluarganya
sangat baik dengan keluarga
angkatnya.
Walaupun dia cumalah haiwan
dan keluarga angkatnya manusia
tetapi mereka saling hormat
menghormati dan sayang
menyanyangi di antara satu
sama lain.
Nina adalah kakak angkat yang
sangat sayangkan ‘Bayi Dinosaur’.
BERMIMPI JADI ANAK GERGASI
Pada suatu hari Ramasamy pergi
berkelah di sebuah pulau.
Dia membawa bekalan.
Ramasamy tertidur kekenyangan.
Dia tidur dengan nyenyaknya,
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Ketika tidur Ramasamy bermimpi
menjadi anak gergasi.
CITA-CITA SAYA
Cita-cita saya hendak menjadi
seorang doktor.
Saya mesti belajar bersungguh-
sungguh.
Apabila sudah menjadi doktor
nanti, saya boleh nasihatkan
pesakit saya supaya amalkan
makan makanan sihat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan.
TAMAN BUNGA IBU SAYA
Ibu saya suka tanam pokok bunga.
Halaman rumah saya penuh dengan
pokok-pokok bunga.
Setiap petang saya menyiram pokok-
pokok bunga.
Halaman rumah saya seperti taman
bunga yang sangat indah di pandang
mata.
Ibu dan ayah saya suka hati melihat
pokok-pokok bunga yang segar dan
cantik.
Ibu saya kata,‘Taman bunga
membuatkan hatinya berasa aman
dan tenang.’
KERETA TERBANG
Pagi Ahad itu Ah Chong bangun pagi.
Dia sangat gembira sambil menghirup
udara segar di jendela.
Setelah mendapat kebenaran ibu dan
ayahnya, dia terbang ke awan biru.
Ah Chong sangat gembira kerana
tanpa sokongan kedua orang tuanya
Ah Chong tidak akan dapat terbang
di awan biru bersama dengan kereta
terbang ciptaannya.
KEINDAHAN TAMAN BUNGA
Sungguh indah taman bunga yang
menghijau ini.
Menghidu bauan bunga-bungaan
yang mewangi setiap pagi.
Dihiburkan dengan kicauan burung-
burung seolah-olah sedang menyanyi-
nyanyi lagu merdu.
Diindahkan lagi dengan Sang Rama-Rama
yang berwarna-warni.
Sungguh indah!
Sungguh aman!
Buat hati rasa tenang!
KAMBING GURUN AJAIB
Ini Kambing Gurun Ajaib.
Kambing Gurun Ajaib ini namanya Lito.
Lito boleh terbang ke mana dia suka.
Lito suka bermain dengan bintang-bintang
yang bergemerlapan di langit malam.
Kadang-kadang dia menanduk bintang.
Bintang suka berkawan dengan Lito.
Lito baik hati dan tidak pandai bercakap
bohong.
HARIMAU KEMBAR SIAM
Ini Harimau Kembar Siam.
Mereka telah selamat menjalani
pembedahan pemisahan semasa
bayi lagi.
Kini Harimau Kembar Siam telah
dewasa.
Ke mana pergi mereka selalu
bersama.
Setiap petang, Harimau
Kembar Siam pergi ke sebuah
tasik untuk menghilangkan
dahaga.
Harimau Kembar Siam sayang
menyayangi di antara satu sama lain.
KELUARGA ZIRAFAH
Ini sekumpulan keluarga zirafah.
Keluarga zirafah ini sangat bahagia.
Ke mana pergi mereka berkumpulan
bersama.
Ibubapa mereka penyayang dan
bertanggungjawab.
Anak-anak dididik supaya hormat
menghormati di antara satu
sama lain.
Mereka hidup aman damai dan
berkasih sayang selamanya!
KUDA BELANG
Kesian sungguh dengan sekumpulan
kuda belang ini.
Mereka berlari sekuat hati daripada
ditembak oleh manusia yang tiada
perasaan belas kasihan.
Manusia kejam itu hanya mahu
mengaut keuntungan sahaja.
Mereka akan menjual kulit kuda
belang dengan harga yang tinggi.
Kuda belang akan pupus di muka
bumi ini jika tidak dibanteras
jenayah membunuh kuda belang.
ZOO NEGARA
Saya suka pergi ke Zoo Negara.
Di Zoo Negara ada pelbagai
haiwan hidupan liar.
Singa senyum kepada saya.
Anak zirafah sangat comel.
Saya suka tengok anak gajah
pakai topi. Sungguh comel!
Anak gajah senyum kepada saya.
Saya sangat sayang semua haiwan
yang ada di Zoo Negara.
Nanti ada peluang saya akan
datang lagi ke Zoo Negara.
IKAN LUMBA-LUMBA
Ikan Lumba-Lumba sangat cerdik.
Perangainya suka melompat-lompat
sambil menyumpit air.
Sungguh melucukan!
Saya suka sangat dengan ikan lumba-lumba.
Saya pernah bermimpi, saya duduk
di belakang ikan lumba-lumba.
Dalam mimpi tersebut ikan lumba-
lumba membawa saya mengembara
ke dasar laut yang indah lagi permai.
Ibu kata saya tidur sambil tersenyum.
Saya ceritakan mimpi saya kepada ibu
saya. Ibu pun tersenyum geli hati.
Sungguh indah permandangan di dasar aut.
Di penuhi dengan batu karang, ikan pelbagai
jenis dan warna, tapak sulaiman, siput dan
bermacam-macam lagi.
Mereka hidup bersatupadu tanpa ada
pergaduhan. Masing-masing mencari
rezeki tanpa mengambil hak penghuni
lain.
Saya suka dengan kehidupan penghuni
laut yang aman, damai dan permai.
HADIAH WAU
Ayah membeli wau untuk saya.
Wau saya cantik.
Saya suka melihat wau saya terbang tinggi.
Wau saya terbang tinggi ditiup angin.
Saya gembira.
Ayah suka hati.
Ibu senang hati.
Wau! Sukanya hati saya hari ini.
Hendaknya kegembiraan saya ini
dapat dikongsi bersama dengan
rakan-rakan yang seusia dengan saya.
Ibu-ibu …Bapa-bapa…Di luar sana
hadiahkan wau untuk anak kesayangan
anda!
Mereka pasti gembira.
Percayalah cakap saya.
Tak percaya cubalah!
Anak anda pasti gembira seperti saya.
SAYA WARGANEGARA MALAYSIA
Saya warganegara Malaysia.
Rakyat negara saya terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India. Walaupun berbeza agama,
bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
aman damai tanpa sebarang sengketa.
Kami hidup bersatupadu, tolong
menolong dan hormat menghormati.
Perdana Menteri saya yang ke-6
namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
Bin Tun Haji Abd Razak.
Saya menghargai Perdana Menteri
saya kerana dapat mencetuskan
Gagasan 1Malaysia iaitu,
1Malaysia Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.
Saya percaya Gagasan 1Malaysia
akan berjaya! Ini membuatkan negara
saya aman makmur selamanya!
Saya sayang negara saya!
Karya : RATU RIMBA NIAGARA
15 April 2013
(PUISI-PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF INI DIILHAMKAN ISTIMEWA
UNTUK SEMUA KANAK-KAKAK DI MALAYSIA & SELURUH BUMI NUSANTARA )
(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
15 April 2013
Sunday, 14 April 2013
NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (260) TEATER BANGSAWAN DIRAJA PENGANTIN RAJA RIMBA 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment