- Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline: Set up 1Malays...
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
MENYEMAI SAHAM DI DUNIA MENUAI SAHAM DI AKHIRAT
Duhai rakan alam mayaku...
Pejuang agama bangsa dan negara
Perjuanganmu tak akan terhenti
Selagi nadimu berdenyut
Selagi jantungmu tak berhenti berdegup
Allah Maha Esa
Allah Maha Agung
Allah Maha Penyayang
Allah suka berkasih sayang atas kerana-Nya
Maka itulah perjuanganmu
Itulah perjuanganku
Alangkah indah dunia ini
apa yang diperjuangkan kerana Allah
bukan kerana habuan duniawi yang tak pasti
pasti-pastilah kita mahu saham akhirat yang pasti pasti
kerana janji Allah pasti
itu yang pasti kita yakini sampai nafas terakhir
Kita sayangkan agama
Kita sayangkan negara
Kita sayangkan bangsa
Kerana kita hidup bernegara majmuk dan merdeka
parti politik itu penting untuk memerintah negara
kita amat mendambakan pemerintah
yang amanah adil mengutamakan rakyat
dan mempastikan rakyat semua hidup sejahtera mengecapi nikmat kemerdekaan tanpa ada rusuhan kaum atau musuh mahu menjajah negara kita
Rakyat jadi serba salah parti mana mahu dipilih
masing-masing mengatakan parti merekalah yang terbaik buat rakyat dan rakyat pula dibahagi-bahagikan banyak pengikut parti yang sedia termaklum
berparti boleh
berkempen pun boleh
asalkan sentiasa menjaga adap dalam memperjuangkan parti masing-masing jangan sesekali memperlekehkan dan mengherdik menghina parti lawan
berdebatlah penuh santun
penuh hormat
hormat pada idea yang disampaikan oleh si pendebat
jika tidak terima idea pendebat jawablah dengan bahasa yang bernas tapi penuh Santun , jangan sesekali mengeluarkan bahasa negatif yang membuatkan hati terluka Terus disakiti dan terus memutuskan talisiraturrahim
ini amat malang bagi kita
yang mahu menjaga talisiraturrahim
biarpun cuma berdebat di alam maya
seolah kita tidak menghargai
pertemuan yang telah Allah aturkan untuk kita
bukankah pertemuan itu atas kehendak Allah
makanya kita ambil yang hikmahnya
yang boleh membuatkan kita bekerjasama
dalam mengumpul saham akhirat kita
di dunia tempat kita melabur saham akhirat
di akhirat kita menuainya
In Shaa Allah di Syurga kita dapat sama menuai apa yang kita semai di dunia ini
itulah matlamat kita semua sebelum kita
terpejam mata buat selamanya
terhenti denyutan nadi
terhenti degupan jantung
moga di akhir kalam lafaz terakhir nanti kita dapat
melafazkan kalimah Syurga
Laaillaahaillah Muhammadarrasulullah
Aamiin Yaa Rabbal A'Laamiin.
Ratu Rimba Niagara
21 April 2013Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
GAJAH
Karya Ratu Rimba Niagara
"KURA-KURA DALAM PERAHU,
PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
SUDAH TIBA MASANYA PRU,
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU."
Hari itu satu mesyuarat agong KUBITAK
diadakan. KUBITAK adalah singkatan
nama kumpulan Binatang Tasik Kenyir.
KUBITAK telah diwujudkan dua puluh
dua tahun yang lalu.
Selama sudah dua puluh dua tahun
bermesyuarat agong, pada kali ini
pemilihannya begitu sengit. Ketua
Satu KUBITAK selama ini tidak pernah
tercabar tetapi pada kali ini benar-
benar tercabar.
Rata-rata mengatakan Ketua Satu KUBITAK
tidak ada harapan untuk menang justeru
mereka secara peribadi berjumpa dengan
Ketua Satu KUBITAK.
"Maafkan saya... saya ingin memberikan
cadangan kepada tuan hamba agar meletakkan
jawatan sebagai Ketua Satu KUBITAK secara
terhormat daripada gugur di mesyuarat Agong
kelak.Pihak kami akan memberi saguhati yang
amat berharga tanda terima kasihnya kami
terhadap pengunduran tuan hamba," kata wakil
KUBITAK.
"Tidak...! Hamba tidak akan mengundur diri
walau apapun yang disogokkan. Hamba
berjuang bukanlah kerana material tapi
adalah minat yang terlalu mendalam,"
tegas Ketua Satu KUBITAK.
"Tapi... tuan hamba telah memegang jawatan
Ketua Satu KUBITAK sejak bermula KUBITAK
ditubuhkan, banyak rungutan daripada
para ahli yang didengari iaitu tiada
membaharuan dalam KUBITAK masih di takuk
lama, tuan hamba kena faham itu.Tuan hamba
pun sudah tua, janganlah terlalu tamak...
berilah peluang kepada ahli lain untuk
menerajuinya."
"Tidak! Hamba akan tetap bertanding walaupun
hamba kalah dalam pengundian kelak. Tapi
hamba yakin hamba boleh menang."
Ketua Satu KUBITAK sedar kedudukannya kini
tegang kerana dia terpaksa bersaing dengan
wakil dari RASAKSA iaitu kumpulan gajah.
Desas desus yang didengari bahawa besar
kemungkinan wakil RASAKSA akan menang kerana
dalam banyak perkara RASAKSA banyak membantu
kumpulan binatang lain dari segi material.
Dalam zaman sekarang idea saja tidak mencukupi
jika tiada kekuatan yang kukuh. Telah banyak
jasa yang ditaburkan oleh Ketua Satu RASAKSA
kepada ahli-ahli bawahannya. Begitu juga
kepada ahli-ahli binatang yang lain.
Mesyuarat Agong KUBITAK dirasmikan oleh
Yang Mulia Merak. Sebelum Yang Mulia berucap
Ketua Satu KUBITAK memberi ucapan.
Ucapan kali ini amat berbeza sekali jika
dibandingkan ucapan tahun-tahun sebelumnya.
Ucapannya banyak berbaurkan sindiran sinis!
Memuji diri dari apa yang telah dikorbankan
selama ini, kekecewaan kerana ada pencabarnya
lebih-lebih lagi jika dia tewas bererti tewasnya
nanti sebagai mati seorang pejuang. Ucapannya
hampir memakan masa empat puluh lima minit.
"Ini nak berucap ke atau nak berkempen?" bisik
salah seorang pemerhati dari kumpulan seladang.
"Agaknya dia sudah kelewatan!" jawab rakannya.
"Engkau agak siapa yang menang?"
"Rata-rata mengatakan RASAKSA yang menang!
Di akhbar-akhbarpun mengatakan RASAKSA boleh
menang mengikut dari ramalan wakil yang
mengundi."
"Engkau tengok sejak dia memerintah selama
dua puluh dua tahun mana ada perubahan dalam
KUBITAK. Sepatutnya setiap tahun dia mesti
menerima cadangan-cadangan para perwakilan
tapi tidak! Cadangan perwakilan hanyalah
mencurah ke daun keladi! Cadangannya...hanya
untuk jenis binatang yang sealiran dengannya
hingga dia dikurniakan darjah kebesaran."
"Engkau dengar tu... untuk menerajui tampuk
pemerintahan mestilah mempunyai ilmu yang
kukuh kalau hanya gagah tidak akan sempurnalah!"
"Mentang-menanglah dia tu kancil yang bijak
dia tidak langsung memahami perasaaan gajah."
"Gajah dulu bukan gajah sekarang! Gajah sekarang
di samping mempunyai kekuatan, dia juga mempunyai
pengaruh yang besar untuk menaikkan nama KUBITAK
yang selama ini tidak dikenali ramai di kalangan
manusia. Kerana daya usaha gajahlah Tasik Kenyir
yang selama ini tidak dikenali ramai menjadi
tumpuan para pelancong. Dulu binatang-binatang
di sini menjadi buruan manusia tapi kini dilindungi
dan menjadi tontonan manusia."
Setelah Ketua Satu KUBITAK habis berucap,
Yang Mulia Merak pula berucap.
Antara ucapannya sedia memberi sokongan kepada
setiap aktiviti yang diadakan oleh KUBITAK dan
sedia membantu jika ada masalah yang hendak
diselesaikan. Yang Mulia dengan senang hati
menghadiahkan kepada KUBITAK sebuah Taman Bunga
seluas dua ratus hektar untuk ahli-ahli KUBITAK
beristirehat tanpa diganggu oleh manusia.
Beliau juga berharap KUBITAK akan terus maju
untuk mengharumkan nama Tasik Kenyir.
Mahupun pihak perwakilan dan pemerhati begitu
resah tidak sabar-sabar lagi menantikan keputusan.
Melihat dari suasana itu rata-rata mengatakan kancil
akan tewas yang menang gajah. Melihat dari air muka
kancil yang resah ternyata dia akan tewas manakala
gajah begitu yakin akan menang kerana penyokong-
penyokongnya begitu banyak.
Pengundian dijalankan secara tertutup. Setelah selesai
pembuangan undi, mereka berehat selama satu jam setengah.
Masing-masing bercerita sesama sendiri mengatakan kancil
akan tewas kali ini. Jika kancil tewas bererti banyaklah
perubahan KUBITAK akan berlaku secara mendadak.
Semua jenis binatang baik besar mahupun kecil akan sedia
diberi bantuan baik dari segi moral mahupun materiel agar
tidak ketinggalan untuk dikenali sebagai binatang popular.
Itulah janji gajah sekiranya dia menang.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman siapakah
yang dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Ketua Satu
KUBITAK yang baru.
Semuanya seperti terpaku apabila diumumkan kancil menang
42 undi manakala kajah 15 undi, undi rosak 1. Seakan tak
percaya dengan keputusan itu. Tapi itulah yang benar.
Suasana yang riuh pada awalnya menjadi muram. Seakan mereka
tidak dapat menerima dengan keputusan itu.
Jelas terbayang di wajah masing-masing kekecewaaan.
Yang mana kecewa lekas-lekas keluar dari situ.
Tidak mahu lebih lama.
Kancil tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai pemenang.
Tapi hatinya Tuhan saja yang tahu betapa bimbangnya dia di
awal pertarungan. Kini dia boleh meneruskan perjuangannya
kembali. Barangkali dia akan membuat perubahan kerana dia
takut peristiwa ini berulang kembali.
"Saya dari kumpulan seladang ingin mengatakan yang kalah
tak semestinya ia tewas! Dan yang menang tak semestinya
ia berjaya, justeru marilah kita sama-sama berganding
bahu untuk berkerjasama di antara satu sama lain.
Janganlah jadikan pertandingan ini sebagai jalan untuk
menuju perpecahan sesama sendiri. Jadikan pemilihan pada
hari ini sebagai ikhtibar di masa-masa akan datang."
Ketua Satu RASAKSA keluar dari dewan. Di wajahnya tidak
langsung menampakkan kekecewaan. Beberapa wartawan dari
pelbagai media massa meluru kepadanya.
"Apa pendapat tuan hamba mengenai kegagalan tuan hamba
menjadi pucuk pimpinan?" Tanya merbuk dari akbar Burung.
"Ini menandakan bahawa ahli KUBITAK tidak mahu adanya
perubahan," jawabnya tenang.
"Adakah tuan hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK?"
sampuk zirafah wartawan dari majalah, "ZIRA"
"Iya hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK
walaubagai manapun idea yang ingin hamba serapkan kepada
KUBITAK akan hamba serapkan kepada RASAKSA juga. Hamba buat begini asalkan dapat mempopularkan binatang-binatang
Tasik Kenyir keseluruhannya."
Karya Ratu Rimba Niagara
14 April 2013
Like · · Unfollow Post · April 14 at 3:42pm
Kumbang Segak and Karaton Nusantara like this.
(PETIKAN DARIPADA GROUP SRI PEMANGKU ADAT)
20 April 2013Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
RAKYAT MALAYSIA BERJIWA PATRIOTIK
TANPA POLITIK TANPA NEGARA
SEMUANYA PENTING
YANG PENTING POLITIK YANG MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT BUKAN KEPENTINGAN SENDIRI...
JIKA POLITIK TAK PENTING
HABIS NEGARA KITA NI DIPERINTAH OLEH SIAPA YE?
DENGAN BERLAKUNYA PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU
MEMBERI PENGAJARAN YANG BESAR KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA BETAPA PENTINGNYA SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
SEMUA PEMIMPIN PDRM ATM TLDM TUDM SEMUA PAHLAWAN MELAYU MAHU PUN RAJA-RAJA MELAYU LEBIH UTAMAKAN RAKYAT DAN NEGARA DEMI KEDAULATAN NEGARA TERCINTA.
SELAMA INI TUGAS ATM & PDRM DI PANDANG SEBELAH MATA OLEH RAKYAT KITA DENGAN BERLAKUNYA PERTUMPAHAN DARAH DI LAHAD DATU...RAKYAT TELAH MULA SEDAR BETAPA BESARNYA PENGORBANAN ATM & PDRM .
INI BERMAKNA SEMUANYA PENTING MEMAINKAN PERANAN MASING-MASING BAGI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA DAN KEMERDEKAAN NEGARA TIDAK DIGANGGU GUGAT OLEH MANA-MANA MUSUH .
JIKA KITA GAGAL MEMPERTAHANKANNYA BUMI MALAYSIA INI PASTI BERMANDIKAN DARAH PERWIRA NEGARA DAN KEMERDEKAAN NEGARA TIDAK DAPAT DIPERTAHANKAN. BILA NEGARA SUDAH HANCUR LEBUR DIKUASAI PENJAJAH...SEMUANYA HANCUR LEBUR...RAJA TAK ADA..PEMIMPIN TAK ADA...PERWIRA SUDAH SEMUA MATI...RAKYAT PUN TIADA...JADILAH PADANG JARAK PADANG TERKUKUR...ADAKAH INI YANG KITA MAHUKAN?
SEBAB ITULAH PENTINGNYA POLITIK, RAJA, PERWIRA DAN RAKYAT...MASING-MASING BERKERJASAMA MEMPERTAHANKAN BUMI MALAYSIA INI DARIPADA DIJAJAH OLEH MUSUH NEGARA.
'BERSAMA BERJIWA PATRIOTIK DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA'
RATU RIMBA NIAGARA
20 April 2013
·Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PANTUN MALAYSIA BUMI PERTIWI
JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,
DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.
BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.
AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
MENENTANG MUSUH DURJANA;
DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.
JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
DUHAI SEMUA PAHLAWAN NEGARA;
KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NEGARA.
NEGARA INI KITA YANG PUNYA,
MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.
BIARPUN BUMI MALAYSIA INI BERMANDIKAN DARAH,
AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN TANAHAIRKU.
SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NEGARA TERCINTA;
KAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA.
PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU ITU.
CUMA HARAPAN KU SATU,
JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
MELAYU ITU CUMA SATU;
MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.
MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.
KURA-KURA DALAM PERAHU,
PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
SUDAH SAAT TIBANYA PRU,
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU.
MALAYSIA INI NEGARA DEMOKRASI,
SENTIASA AKUR DENGAN PILIHAN RAKYAT;
DARI DULU HINGGA SEKARANG TAK PERNAH BASI,
SEGALANYA YANG MENENTUKAN KUASA ADALAH RAKYAT.
MAKANYA PEMIMPIN JANGAN MUDAH LUPA,
BILA BERJANJI HARUS DITEPATI;
MUNAFIK JADINYA JIKA JANJI SENGAJA DILUPA,
JANJI DENGAN RAKYAT JIKA DILUPA AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI.
SEMUA PARTI HENDAK MENANG DALAM PILIHANRAYA,
SEMUA PARTI SANGGUP TURUN PADANG MEMENANGI HATI RAKYAT;
JIKA HARI-HARI SEMUA PEMIMPIN SEMANGAT BEGINI PASTI RAKYAT SUKA,
JANGAN SELEPAS PILIHANRAYA TERUS SEPIKAN JANJI KEPADA RAKYAT.
RAKYAT PUNYA IMPIAN KEPADA PEMIMPIN,
MAHUKAN PEMIMPIN MENCEMERLANGKAN RAKYAT;
BILA RAKYAT CEMERLANG NEGARA MAJU DALAM PEMBANGUNAN,
BARULAH NEGARA INI MENJADI WADAH PERJUANGAN RAKYAT.
PEMIMPIN DI MALAYSIA INI DIPILIH OLEH RAKYAT,
KUASA RAKYATLAH YANG MENENTUKAN PEMIMPIN;
JADINYA PEMIMPIN MESTI UTAMAKAN RAKYAT,
KEPENTINGAN RAKYAT ADALAH PERJUANGAN PEMIMPIN.
RAKYAT CUMA MAHU PEMIMPIN YANG IKHLAS BERJUANG,
MEMBELA NASIB MEREKA AGAR ANAK CUCU TAK MERANA;
MAKANYA RAKYAT TIDAK BEGITU SEWENANG-WENANG,
MEMBERI KUASA KEPADA PEMIMPIN NIAT MEMUSNAHKANNYA.
RAKYAT RELA PERTARUHKAN NYAWA DEMI NEGARA,
PEMIMPIN JUGA SAYANGKAN NEGARA TERCINTA;
PAHLAWAN BENTENG PERTAHANAN NEGARA,
SEMUANYA KERANA ANAK CUCU TERCINTA.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN RUKUN NEGARA PERTAMA,
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA RUKUN NEGARA KEDUA;
SEMUANYA BERMATLAMAT YANG SAMA,
MAHUKAN MALAYSIA INI AMAN DAMAI SELAMA-LAMA.
SEMOGA BUMI BERTUAH MALAYSIA INI SENTIASA DIBERKATI,
DIPERINTAH RAJA YANG EHSAN PADA RAKYATNYA;
DIKUASAI PEMIMPIN BERHATI SEMURNI SYURGAWI,
RAKYAT BERSATU MEREALISASIKAN IMPIAN ANAK CUCU TERCINTA.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 April 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAJA,PEMIMPIN, PAHLAWAN ,SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG DIKASIHI & ANAK CUCU TERCINTA)Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
UNDIMU PENENTU MASA DEPAN NEGARA
Katak puru tetap katak puru,
Tak akan jadi buah katak puru;
Semua ternanti-nantikan PRU,
Dah menang baru tahu.
Masa memangkah jangan terburu-buru,
Fikir dulu jangan keliru;
Dah habis fikir tekadkan hatimu,
Agar tepat parti pilihan di kalbu.
Kita hidup mesti ada keputusan,
Segala keputusan mesti menenangkan iman;
Jangan dah memangkah baru perasan,
Kenapa aku tidak memangkah parti yang aman.
Rakyat hanya perlu parti yang aman damai,
Tak ada rusuhan kaum semuanya bersatu hati;
Kalah menang adat bertanding dalam parti,
Jika kalah jangan sakit hati jika menang senang hati.
Hari-hari pergi berkempen,
Kempen sana kempen sini;
Semuanya satu hati dalam berkempen,
Murninya perjuangan partiku ini.
Aku berkempen pada semua rakyatku,
Mereka suka dengar aku berkempen;
Katanya pasti memangkah partiku,
Aduhai berbaloi aku pergi berkempen.
Masa berkempen ada juga yang marah-marah,
Aku senyap buat tak tahu saja masih tersenyum juga;
Tengok aku senyum mereka tak jadi marah,
Aku bersalaman agar talisiraturrahim sentiasa terjaga.
Perderiaan lain-lain,
Parti juga lain-lain;
Matlamat tetap bersamaan,
Ingin hidup dan mati dalam iman.
Dulu lain sekarang lain,
Dulu parti bintang sekarang parti kejora;
Mahu berazam menjadikan Malaysia ku aman,
Kerana rakyat penentu masa depan negara.
Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu;
Sudah tiba masanya PRU,
Kuasa rakyat sebagai penentu.
Undi jangan tak undi,
Setiap undi amat berharga;
Keluarlah pergi mengundi,
Undimu penentu masa depan negara.
Karya Ratu Rimba Niagara
20 April 2013
(PANTUN DIKARANGKAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PERSAINGAN SIHAT MEMBENTUK PERPADUAN DALAM DEMOKRASI MALAYSIA
Selamat maju jaya ....selamat megundi....semoga keselamtan dan ketenteraman awam bersama di jaga....semoga budaya bertegur sapa harus diteruskan.... IKUT ARAHAN PASUKAN KESELAMATAN....DAN ATUR Cara dari SPR...." KESELAMATAN KESEJATERAAAN TANGGUNG JAWAB BERSAMA ....PERSAINGAN SIHAT AKAN MEMBENTUK SEPADUAN DALAM DEMOKRASI DI MALAYSIA.....
By:Khai Noor
Tg Hamzah Pkrjk PRU membawa halatuju baru . Jangan rakyat jadi keliru. Katak puru dikatakan buah katak puru. Bunyi seakan serupa bendanya lain lain.
Ratu Rimba Niagara
UNDIMU PENENTU MASA DEPAN NEGARA
Katak puru tetap katak puru,
Tak akan jadi buah katak puru;
Semua ternanti-nantikan PRU,
Dah menang baru tahu.
Masa memangkah jangan terburu-buru,
Fikir dulu jangan keliru;
Dah habis fikir tekadkan hatimu,
Agar tepat parti pilihan di kalbu.
Kita hidup mesti ada keputusan,
Segala keputusan mesti menenangkan iman;
Jangan dah memangkah baru perasan,
Kenapa aku tidak memangkah parti yang aman.
Rakyat hanya perlu parti yang aman damai,
Tak ada rusuhan kaum semuanya bersatu hati;
Kalah menang adat bertanding dalam parti,
Jika kalah jangan sakit hati jika menang senang hati.
Hari-hari pergi berkempen,
Kempen sana kempen sini;
Semuanya satu hati dalam berkempen,
Murninya perjuangan partiku ini.
Aku berkempen pada semua rakyatku,
Mereka suka dengar aku berkempen;
Katanya pasti memangkah partiku,
Aduhai berbaloi aku pergi berkempen.
Masa berkempen ada juga yang marah-marah,
Aku senyap buat tak tahu saja masih tersenyum juga;
Tengok aku senyum mereka tak jadi marah,
Aku bersalaman agar talisiraturrahim sentiasa terjaga.
Perderiaan lain-lain,
Parti juga lain-lain;
Matlamat tetap bersamaan,
Ingin hidup dan mati dalam iman.
Dulu lain sekarang lain,
Dulu parti bintang sekarang parti kejora;
Mahu berazam menjadikan Malaysia ku aman,
Kerana rakyat penentu masa depan negara.
Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu;
Sudah tiba masanya PRU,
Kuasa rakyat sebagai penentu.
Undi jangan tak undi,
Setiap undi amat berharga;
Keluarlah pergi mengundi,
Undimu penentu masa depan negara.
Karya Ratu Rimba Niagara
20 April 2013
(PANTUN DIKARANGKAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013Selesai proses penamaan calon hari ini dan saya akan pertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini. Saya harap Barisan Nasional terus diberi mandat untuk berkhidmat kepada rakyat pada pilihan raya umum kali ini. Marilah kita sama-sama pastikan agar PRU13 akan berlangsung dalam suasana harmoni.
Saturday, 20 April 2013
(323) TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA (40) MENYEMAI SAHAM DI DUNIA MENUAI SAHAM DI AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment