Friday, 19 April 2013

TRANSFOMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA (311- Part 28) DACING HARTA PUSAKA MOYANG KITA




PARTI YANG MENJADI PILIHAN RAKYAT ADALAH PEMIMPIN YANG SEDIA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN NEGARA TERCINTA

DACING JIKA TIMBANG MESTILAH TEPAT
BULAN JIKA MENGAMBANG BERSERI-SERI
ROKED MENUJU KE BULAN
ADIL MESTILAH ADIL
JIKA SEMUANYA KE ARAH POSITIF MAHU BELA RAKYAT
RAKYAT BOLEH JADI PENING LALAT JUGA....
APAPUN TERPULANG PADA RAKYAT PARTI MANA YANG HENDAK
DIPANGKAH FIKIR BETUL-BETUL SEBELUM MEMANGKAH
JANGAN TERSALAH PANGKAH
NANTI DIRI SENDIRI DAN ANAK CUCU JUGA YANG SUSAH

BERKEMPEN BOLEH JANGAN MEMBURUK-BURUKKAN PARTI LAWAN
KEMPENLAH CARA BERHIKMAH
ORANG MALAYSIA PENUH ADAT DAN SOPAN
JANGAN SESEKALI KERANA MULUT BADAN BINASA
BERLAKU RUSUHAN TIKA BERKEMPEN....
MASA BERKEMPEN FOKUSKAN MASALAH RAKYAT
PASTI RAKYAT AKAN SUKA
DAN PASTI MEMANGKAH MANA-MANA PARTI
YANG MEMBERI JAMINAN KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT
DAN NEGARA MALAYSIA TERCINTA...

MALAYSIA MAKMUR RAKYAT SEJAHTERA
BERSAMA KITA HIDUP DALAM NEGARA
YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN MALAYSIA
AGAR KEKAL MERDEKA
PADA PEMIMPIN YANG DIBERI KUASA OLEH RAKYAT...
KERANA PEMIMPIN ADALAH YANG BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT
BUKAN YANG BERHORMAT
JIKA SANGGUP BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT
DAN BOLEH MEYAKINKAN RAKYAT UNTUK
MEMERINTAH NEGARA MALAYSIA
DENGAN KESEJAHTERAAN DALAM KECEMERLANGAN NEGARA
PEMIMPIN ITULAH YANG KAMI PILIH DAN LAYAK UNTUK
MEMERINTAH NEGARA INI
KERANA KAMI CUMA MAHU PEMIMPIN
YANG MEMENTINGKAN RAKYAT DAN NEGARA
LEBIH DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI
ITULAH PEMIMPIN PILIHAN KAMI
SIAPA-SIAPA ADA CIIRI-CIRI PEMIMPIN DAMBAAAN RAKYAT
ITULAH YANG AKAN DIPANGKAH TANPA BERFIKIR DUA KALI

'KURA-KURA DALAM PERAHU,
PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
SUDAH MENJELANG TIBA PRU,
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU.'

RATU RIMBA NIAGARA
19 April 2013
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA PILIHANRAYA KE-13 PADA 5 MEI 2013
RAKYAT MALAYSIA SENTIASA DI HATIKU & MALAYSIA NEGARAKU YANG KUCINTA)
Like · 
  • Wang Britmannbulldogs likes this.
  • Jerung Gergasi Zaman sekarang guna digital, dacing 56 tahun dah berkarat
  • Ratu Rimba Niagara DACING ITU HARTA PUSAKA MOYANG KITA WALAUPUN SUDAH ZAMAN DIGITAL TAPI PUSAKA MOYANG YANG DIWARISKAN PADA ANAK CUCU TAK AKAN NAK DIUBAH DAN TAK AKAN HENDAK DIKARATKAN ...CUMA SATU SAJA NAK PESAN KE ANAK CUCU JANGAN HATI DAN OTAK BERKARAT SUDAHLAH YE CUCUKU JERUNG GERGASI.....!!!!!!
  • Wong Apek Digital made in china, 3 hari dah jahanam bro.!!!
  • Jerung Gergasi oh aku guna japan punyer, tapi yg penting orang tua2 n rimba jer masih sayang kat dacing karat
  • Ratu Rimba Niagara nak tahu sapa yang sayang sapa...tunggu dan lihat 5 Mei ini...yang kalah tu biarkan saja dimakan jerung gergasi....
  • Ratu Rimba Niagara KUNCI TALISIRATURRAHIMI ADALAH KEMAAFAN

    KUNCI MENYAMBUNG TALISIRATURRAHIM ADALAH KEMAAFAN
    DAN JANGAN DIULANGI LAGI KESILAPAN DAHULU
    SALING MENJAGA HATI

    AGAR TALISIRATURAHIM TERSIMPUL MATI
    BAHASA AMAT PENTING DALAM TALISIRATURRAHIMI
    BAHASA SANTUN YANG SENTIASA MENDATANGKAN IMAN MENDENGARNYA
    JIKA BAHASA YANG PASTI MEMBUATKAN YANG MENDENGAR MELEDAK-LEDAK
    HARUSLAH KITA SIMPAN SAJA DI LAUT KALZUM
    BIARLAH JERUNG GERGASI YANG MEMAKAN KATA-KATA ITU
    APAPUN BAHASA YANG INGIN KITA UNGKAPKAN
    PASTIKAN ADA NUR HIDAYAH KASIH YANG MENDENGARNYA
    DAN YANG MENGUNGKAPKAN PUN DAPAT JUGA NUR HIDAYAH ITU
    SAMA-SAMA DAPAT HIDAYAH ITU MATLAMAT KITA BERKOMUNIKASI BIARPUN CUMA DI ALAM MAYA YANG BISU KAKU LESU LESI....
    AGAR KATA-KiTA ITU TAK PERNAH BASI UNTUK DIDENGAR BERULANG-ULANG KALI...
    BEGITULAH HEBATNYA KATA-KATA DARI HATI YANG BERBUNGA IMAN...
    MAKA SAMA-SAMALAH KITA SENTIASA BERBAHASA YANG MENDATANGKAN IMAN
    IMANMU IMANKU MAHU DIPERSEMBAHKAN KEPADA ALLAH AZZAWAJALLAH AAMIIN.

    RATU RIMBA NIAGARA
    18 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara SEJARAH SILAM RAJA YANG ZALIM DIPERBETULKAN PADA ZAMAN KINI

    Arjuna Akmaliah seorang raja atau ratu pasti di anugerahi sifat-sifat yang bijak, arif dan selalu penuh santun.bagai mana raja dan ratu mengetahui akan keadaan rakyat nya yang bodoh yang tak 
    berilmu pula, rakyat sesekali ingin mendengarkan petuah nya bukan kemarahan nya yang selalu di dapat dari seorang raja dan ratu.
    3 minutes ago · Like

    Ratu Rimba Niagara Jika dalam hati penuh kebencian pada raja atau ratu...apa yang diperbuat semuanya tak kena...buat baik pun dikatakan jahat...buat jahat lagilah jahat....seolah rakyat saja yang betul....cubalah kita mengambil pendekatan saling membetulkan yang khilaf ini...tak habis-habis menunding jari rakyat saja yang betul...raja saja yang salah...bukankah sejarah raja yagn zalim dulu mahu diperbetulkan oleh generasi sekarang samada raja dan rakyat...ini tidak dendam zaman dulu dibawa hingga ke anak cucu...kalau begitu matilah dalam tulang belulang penuh dengan dendam membara-bara....adakah itu yang hendak kita bawa di alam barzah?

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    18 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara LAMAN FBKU ADALAH LAMAN SASTERAKU
    KERJAKU SETIAP HARI MEMERAH OTAK 
    JIKA YANG HADIR DI LAMAN SASTRAKU BUKAN
    MEMBERI KOMENTAR YANG KENA MENGENA DENGAN
    TEMA YANG DIUTARAKAN DALAM SASTRA NUSANTARAKU

    SILA MASUKKAN KE INBOX 
    KERANA AKU CUMA MAHUKAN KOMENTAR YANG MEMBINA
    BUKAN KOMENTAR YANG MEMBUATKAN OTAKKU BERTAMBAH MEMBERAT
    BOLEH PUTUS OTAK TUH....
    HENDAK MARAHKAN NYAMUK 
    JANGAN KELAMBU DIBAKAR
  • Ratu Rimba Niagara JIKA KAMU SENGAJA MEREJAM PENAKU KURELA BERJUANG TANPAMU

    Bukankah kamu pernah bilang ...penaku bisa menghancurkan alam dan seisinya
    Dan bukankah aku pernah menjawab jika penaku dengan sengaja untuk menghancurkan dunia ini
    Lebih baik aku mati daripada 
    hidup.. .. Jangan pernah lupa dengan setiap kata-kata....
    Kerana kau mahu dan sudi meniupkan obor api perjuangan penakulah makanya aku kekalkan kau sebagai pejuang sastera nusantaraku...jika kamu sudah bertukar haluan untuk merejam semula api perjuanganku lebih baik kamu aku ....berjuang tanpamu....

    RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN MAHKLUK-NYA

    TERIMA KASIH ATAS KESUDIAAN MENJADI RAKAN FB HAMBA. LAMAN FB HAMBA ADALAH LAMAN SASTERA YANG HAMBA MINATI. MAKANYA SALAH SATU TEMA YANG TERKUMPUL DI LAMAN FB HAMBA INI ADALAH BAHAN-BAHAN
     SEJARAH NENEK MOYANG YANG MAHU HAMBA KARANGKAN BERBENTUK SYAIR ,PANTUN, GURINDAM DAN PUISI. SEBAB ITU SETIAP RAKAN FB HAMBA AMAT BERHARGA DAN PENTING BAGI HAMBA...HAMBA PASTIKAN KEHADIRAN MEREKA SEBAGAI RAKAN FB MEMBERI IMPAK YANG BESAR DALAM DUNIA KARYA SASTERA HAMBA. BUKAN TAK MAHU TERIMA RAKAN FB YANG ADD HAMBA ATAU TERPAKSA REMOVEKAN MEREKA TAPI MEMANDANGKAN PEMIKIRAN HAMBA AMAT TERHAD. HAMBA CUMA MAHU MEMFOKUSKAN MATLAMAT KARYA YANG TERBAHAGIA KEPADA PELBAGAI TEMA...
    KETUHANAN
    PEPERANGAN
    INSTITUSI DIRAJA
    KEPAHLAWANAN
    RAKYAT
    KEPUJANGGAAN
    POLITIK TAPI POLITIK YANG MEMBINA 
    TUJUAN HAMBA MELANTIK RAKAN FB & GRUP MAHUKAN 
    BAHAN-BAHAN BERSANGKUTAN DENGAN MATLAMAT SASTERA
    KOMENTAR YANG BERSANGKUTAN BAHAN YANG DISIARKAN

    JIKA AHLI FB TIDAK MEMBERI APA-APA IMPAK 
    MEMANDANGKAN RAKAN FB HAMBA TERLALU TERHAD
    MAKANYA HAMBA TERPAKSA BERUNDUR DIRI
    BUKAN NIAT MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM

    HAMBA CUMA MAHU KOMENTAR YANG BERNAS DAN MANTAP KERANA KOMENTAR TERSEBUT
    AKAN DIBACA OLEH PEMBACA ALAM MAYA DAN BAKAL DITINGGALKAN KEPADA ANAK CUCU NANTI JADINYA SETIAP KOMEN YANG NEGATIF HARAP DAPAT DIELAKKAN OLEH RAKAN FB DAN GRUP...

    BUDAYA UNTUK MENYEBARKAN FITNAH, KUTUK MENGUTUK, HINA MENGHINA...MENGGUNAKAN BAHASA YANG JELEK LAGI KEJAM....MOHON DIJAUHKAN DARI LAMAN FB HAMBA...

    BAGAIMANA HAMBA HORMAT DAN BERSANGKA BAIK DENGAN SEMUA AHLI GRUP DENGAN HARAPAN SALING BERKONGSI ILMU YANG MEMBERI MANFAAT DUNIA AKHIRAT CUMA ITULAH YANG DIFIKIRKAN....SELAIN DARIPADA ITU MAAFKAN HAMBA......MASA HAMBA UNTUK SANTAI-SANTAIKAN PEMIKIRAN TERLALU TERHAD.

    DUNIA HAMBA ADALAH SASTERA DAN CITA-CITA....
    MAKANYA HANYA MEREKA YANG MEMAHAMI DUNIA HAMBA SAJA YANG BOLEH MENJADI RAKAN FB HAMBA...YANG TAK SUDI MEMAHAMI ....MAAFKAN HAMBA JIKA HAMBA BERLALU PERGI...BUKAN HAMBA TAK SUDI MENERUSKAN PERSAHABATAN ALAM MAYA TAPI TOLONGLAH MAAFKAN HAMBA DAN TOLONGLAH FAHAMI DUNIA HAMBA....KERANA BAGI HAMBA KITA HIDUP APA YANG KITA MATLAMATKAN.....BAGI HAMBA ....MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN MAKHLUK-NYA.

    RATU RIMBA NIAGARA
    18 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara KITA HIDUP ATAS SEJARAH NENEK MOYANG KITA 

    Mohd Sani Parmon jujurnya saya x larat nak bc karangan yg berjela2 ni..tapi saya rasa Ratu Rimba Niagara perlu tgk semula ttg fakta sejarah...jgn asik mengagungkan yg kononya perlu di sanjungi..tapi jgn terlupa kepincangan sejarah yg perlu di ketahui...dalam malaysia negeri lain jg ada kisah sultanya tapi...rileks aje...so...kaji la semula...salam

    Ratu Rimba Niagara x larat nak baca tak apalah...sayapun tak larat nak jawab komen anda...anda yang masuk ke gelanggang sastera saya...tujuan saya berdebat dengan anda bukan hendak menunjuk hebat tapi mencari kebenaran sesebuah kisah sejarah yang mahu diketahui oleh generasi sekarang dan akan datang ...kerana kita hidup atas sejarah nenek moyang kita. 

    Cuba kita bayangkan andainya nenek moyang kita masih hidup ...apa yang ingin dilakukan sebelum mati...pastinya mahu membetulkan kekhilafannya betul tak? Sekarang nenek moyang kita berada di alam barzah pasti rohnya sedang meronta-ronta mahu anak cucunya membetulkan kekhilafannya dan jika kita telah membetulkan kekhilafannya pasti anak cucu tidak menyalahkan mereka lagi....malah anak cucu terpanggil untuk menghadiahkan sepotong fatihah untuknya di mana sepotong fatihah itu lebih berharga dari alam dan seisinya.

    Cuba pula kita bayangkan ...kita yang hidup ini sudah mati seperti nenek moyang kita....pasti-pastinya kita akan segera memaafkan nenek moyang kita dan sentiasa mahu berbakti kepada anak cucu kita agar jangan diulangi kekhilafan nenek moyang kita ....betul tak? apapun terpulang kepada anda Mohd Sani Parmon. Lain kali kalau tak larat nak baca karangan saya yang berjela-jela ni...jangan berani berumah ditepi pantai kalau tidak sanggup dilambung ombat tsunami sastera ye....

    Salam penuh santun maaf dari saya ....apapun terima kasih atas kesudian Mohd Sani Parmon turun ke gelanggang sastera saya...saya amat menyanjunginya...untuk pengetahuan anda...saya bukanlah seorang yang berani untuk berdebat dengan sesiapa kerana saya sentiasa sedar ilmu saya tidaklah banyak mana jika hendak dibandingkan dengan mereka sebagai rakan fb atau grup...saya rasa amat khuawatir apa yang saya tulis di setiap komentar saya pada rakan fb mahu pun grup membuatkan mereka tidak suka kerana mengganggu keakraban mereka dengan kawan-kawan ahli ahli grup ...tapi oleh kerana saya mahukan sangat bahan-bahan sastera nusantara ...saya pecahkan tembok ketakutan itu ...semata-mata mahukan mendapat bahan-bahan sastera....jika sepanjang saya mendapatkan bahan-bahan sastera penuh dengan penghinaan dan kutukan dari mereka...saya terus tidak akan berdebat dengan mereka lagi....tapi bilamana karya yang saya siarkan di grup dikejam habis jika dibaca menjadi bahan yang penuh dengan bahasa-bahasa yang kejam...makanya saya akan padamkan bahan sastera yang saya siarkan itu. Saya tak mahu berkarya sastera tapi membuatkan orang tak suka...Bila orang dah benci akan karya saya barulah saya berlalu pergi untuk merawat luka sastera sendiri.

    RATU RIMBA NIAGARA 
    17 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara AGAR TALISIRATURRAHIMI SENTIASA MEWANGI BIARPUN DI MUSIM TENGKUJUH 

    Tapi di alam maya ini gimana kita hendak tahu seorang itu raja atau pun tidak...
    contoh raja yang tak diiktiraf rakyat dan pemerintah
    tapi masih menggunakan gelaran raja gimana itu

    Bagaimana pula raja yang menyamar?
    Gunakan raja tapi bukan pula keturunan raja

    alam maya semua boleh menyamar
    makanya bila saya berkarya....
    kerana saya tak tahu usul asalnya raja atau pun tidak
    saya bahasakan dalam karya saya...
    pelbagai watak saya, hamba, beta...kita....aku ...awak ...engkau...

    bagaimanakan kedudukan saya... 
    adakah saya dikira tak beradap....
    Apapun keadaan kita tak tahu dia raja menyamar, raja betul, raja diiktiraf atau tidak....

    Yang penting kita sentiasa beradap dalam setiap pertuturan kita walaupun dengan siapapun kita bicara dia raja atau orang biasa....
    jika kita berbahasa tak beradap hukum karma akan menjawab dengan bahasa jelek juga. Jika kita tak suka orang berbahasa jelek dengan kita makanya kita jangan berbahasa jelek dengan orang. Setiap orang mempunyai perasaan maka sama-samalah kita menjaga perasan sesama kita agar sentiasa berbahasa santun agar talisiraturrahimi sentiasa mewangi walaupun di musim tengkujuh.

    RATU RIMBA NIAGARA
    18 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.

    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    i) Ampun tuanku beribu ampun,
    khilaf patik harap diampun;
    Di setiap karya patik nyatakan,
    Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.

    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Rela berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    1Malaysia sayangkan negaraku.

    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.

    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.

    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
    Jiwa tenang setenang air di kali ;
    Seruan yang indah kata yang santun,
    Pasti membaca berulang kali.

    ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    18 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara KATA-KATA MENGHINA MEMBUNUH OBOR API PERJUANGAN SESUATU BANGSA YANG NIATNYA SUCI HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU.
  • Ratu Rimba Niagara RAJA RAKYAT PEMIMPIN TIGA SERANGKAI TAK DAPAT DIPISAHKAN! 

    Sejarah adalah sejarah
    Sejarah raja tetap ada di setiap pewarisnya
    Biarpun sudah berkurun lamanya pergi meninggalkan yang hidup
    Tapi darjatnya tetap hidup dihidupkan oleh pewarisnya
    Tapi darjat yang ada bukanlah bertujuan untuk
    Rasa mendabik dada akulah , 
    "Keturunan Raja...
    Darah yang mengalir ditubuhku ini adalah moyangku yang berketurunan raja aku punya segala keistimewaan yang patut 
    diakur oleh semua rakyat nusantara...sesiapa yang menderhaka
    akan kena daulatku.."
    Adakah raja begitu yang hendak rakyat sanjung?
    Kerana berdarah raja sewenang-wenangnya memperlekehkan rakyat... sedangkan rakyat selalu menyanjungi institusi diRaja 
    setia sesetia Hang Tuah...biarpun dia diperintah dibunuh oleh raja
    tapi tetap setia pada raja kerana tidak mahu menjadi rakyat derhaka.

    Kalau dulu iya daulat raja akan terkena pada rakyat kerana raja yang zalim telah mengaku kesilapannya pada rakyat dan mahu berazam lebih pentingkan rakyat daripada kepentingan sendiri...maknanya raja tersebut telah benar-benar berubah mahu menjadi hamba Allah yang benar-benar soleh ...memiliki kuasa dan darjat untuk membela rakyat dan berbakti kepada rakyat jelata. Rakyat pula hanya akan menyanjungi dan memartabatkan raja yang berjiwa hamba Allah swt...
    yang ego dan sombong suka mengeluarkan bahasa mengherdik, menghina, sombong akan darjat, kekuasaan dan harta yang dimiliki sejujurnya rakyat akan tidak memandang sebelah mata pun pada raja yang sombong.

    Setiap takdir seseorang itu telah tercatat sejak azali. 
    Sudah tercatat sejak azali dia bergelar raja biarpun dia bukan keturunan raja 
    Raja cumalah gelaran manusia kepada ketua mereka yang digelar raja.
    Raja manusia hanyaLah Allah swt selainnya tidak ada....
    Yang ada di muka bumi ini hanyalah gelaran saja....

    Semuanya boleh menggelarkan dirinya raja...
    tapi jika asalnya berketurunan darah diraja itu adalah tiket
    untuk dia menjadi ketua memerintah rakyatnya
    berkuasa pada rakyatnya bukan untuk menguasai tapi untuk saling 
    menyanjungi pengorbanan 
    rakyat menyanjungi raja
    raja menyanjungi rakyat
    rakyat membela raja
    raja membela rakyat
    rakyat pula adalah pemimpin
    Pemimpin dan rakyatlah
    yang akan memartabatkan 
    Institusi diRaja
    bukan untuk kepentingan raja itu sendiri
    tapi untuk kepenting rakyat seluruhnya
    jika raja faham apa yang dimahukan rakyat
    makanya Institusi diRaja itu dipandang mulia
    dan patut dimartabatkan sepanjang zaman
    barulah sumpah keramat 
    Laksamana Hang Tuah...
    TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
    menjadi kenyataan
    dan tak akan berani sesiapa pun memadamkan dalam sejarah melayu
    MELAYU ITU UJUD SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI
    SELAGI DUNIA BELUM QIAMAT
    In Shaa Allah Aamiin

    Makanya 
    RAJA PEMIMPIN RAKYAT
    TIGA SERANGKAI YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN 
    DARI ALAM NYATA
    KERANA RAJA ITU RAKYAT
    RAKYAT ITU PEMIMPIN
    PEMIMPIN ITU ADALAH KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI
    YANG SEIA SEKATA 
    SENADA SEIRAMA
    SALING BEKERJASAMA MAHU MENYIAPKAN BEKALAN
    UNTUK DIBAWA PULANG KE NEGERI ABADI
    DAN BEKALAN ITULAH MATLAMAT SEMUA
    YANG BERGELAR KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI

    RATU RIMBA NIAGARA
    16 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara SEABADI SYURGA MENANTI

    AKU INGIN BEREHATKAN PENA INI
    SETELAH APA YANG AKU PERJUANGKAN DIPERKENANKAN-NYA

    BERADA DISEBUAH NEGERI
    YANG PENGHUNINYA
    BERAKHLAK PENGHUNI SYURGA
    BERKATA SEMURNI HATI SYURGA
    KATA YANG DILAFAZKAN
    SESEJUK AIR DI KALI SYURGA
    BERCERITA SEMUANYA TENTANG SYURGA ALLAH
    BUKAN SYURGA MATLAMAT HIDUP
    TAPI CINTA DAN REDHA ALLAH YANG INGIN DIFOKUSKAN
    APALAH ERTI HIDUP INI
    JIKA SETIAP AMAL DAN PERKATAAN TIDAK
    SEIRING DENGAN KEHENDAK DIA
    YA DIA KEKASIH PUJAAN SEMUA
    KERANA-NYA KITA SANGGUP KORBANKAN APA SAJA
    TERLARA HATI
    TERKECEWA
    DIDUGA BEGITU HEBAT
    TETAP JUGA REDHA DAN PASRAH
    DIHINA DIKUTUK
    TETAP REDHA DAN PASRAH
    TETAP JUGA BERSANGKA BAIK PADA TAKDIR ILAHI

    MANALAH TAHU DENGAN BELAS KASIHAN-NYA
    AKAN DITEMPATKAN SEBUAH NEGERI
    YANG JAUH DARI HIRUK PIKUK
    GEMA SUARA YANG MELALAIKAN
    DARI TERUS MENGINGATI-NYA

    MATLAMAT HIDUP SEBELUM PERGI KE ALAM BAQA
    BUKAN NAMA YANG DICARI
    BUKAN DARJAT YANG HENDAK DIAGUNG-AGUNGKAN
    BUKAN HARTA BERTIMBUN YANG INGIN DIKUMPULKAN

    CUMA MAHUKAN KETENANGAN IMAN YANG ABADI
    SEABADI SYURGA MENANTI
    IN SHAA ALLAH AAMIIN

    RATU RIMBA NIAGARA
    19 April 2013

(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
19 April 2013

WWW

0 comments:

Post a Comment

 
;