-
DARAH DITUBUHMU ADALAH DARAH RAJA,PEMIMPIN,PAHLAWAN DAN RAKYAT JELATA
Ratu Rimba Niagara TAK TAHU KENAPA BILA SEBUT RAJA BILA SEBUT PEMIMPIN BILA SEBUT PAHLAWAN BILA SEBUT RAKYAT....HAMBA SEAKAN TERPANGGIL UNTUK BERSAMA DENGAN PERJUANGAN MEREKA...PERJUANGA MEREKA ADALAH PERJUANGAN HAMBA JUGA...IN SHAA ALLAH AAMIIN.
BARANGKALI ALLAH TITIPKAN PERASAAN SAYANG HAMBA PADA MEREKA SEMUA...WALLAHUALAM.
Sri Pemangku Adat salam, kerana jiwa raga dan darah ditubuh anda melingkari RAJA, PEMIMPIN, PAHLAWAN dan RAKYAT JELATA maka itulah erti maksud yang TERSIRAT lantas anda TERSURAT dalam KARYA-KARYA KEROHANIAN & KEINSANAN, amin.
Karaton Nusantara kalau tidak ada rasa pasti TIADA darahnya, begitukan YTM Tuan Sri Pemangku Adat, sekadar infonya aja,amin.
Ratu Rimba Niagara SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR KARYA YANG DIKARYAKAN ADALAH DENGAN IZIN-NYA JUA
BERKARYA TANDA SYUKUR PADA-NYA
MENYAYANGI RAJA, PEMIMPIN, PAHLAWAN DAN RAKYAT JELATA KERANA ALLAH TAALA SEMOGA KASIH SAYANG SETULUS IKHLAS INI DAPAT DITEMUKAN DI SYURGAWI IN SHAA ALLAH AAMIIN.
Andi Aspar Arung Didi SUBHANALLAH .ALHAMDULILLAH..KESEMPURNAAN ADALAH MILIK ALLAH.YG MELIPUTI CAHAYA DIATAS CAHAYA..BEGITU PULA YTM DI MALAYSIA ..TUAN SRI PEMANGKU ADAT...SAYA DOAKAN SEMOGA SELALU DALAM LINDUNGAN ALLAH SWT.DAN MEMBERIKAN CONTOH TAULADAN PEMIMPIN YG ARIB PENUH KASIH SAYANG , ITULAH PAHLAWAN NUSA DAN BANGSA SERTA MENYAYANGI RAKYAK DI BUMI BUDAYA NUSANTARA,DAN BISA MELIHAT KEBAWAH BUDAYA LELUHUR YG KETINGGALAN YG HAMPIR PUNAH YG DI PENGARUHI SAMAN SAAT INI..SEBAGAI PENERUS JIWA BANGSA .MARILAH KITA MELESTARIKAN CITRA BUMI PERTIWI YG KITA CINTAI..AMIN.. AMIN..AMIN ..YA RABB ALAMIN.. .
Ratu Rimba Niagara AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP SRI PEMANGKU ADAT)
14 April 2013
DEWAN ISTIADAT SORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):
By: Sri Pemangku Adat
Penganugerahan Darjah-Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara yang diwartakan oleh Pertubuhan Adat Budaya Kekeluargaan Nusantara (Malaysia). Adalah seperti berikut:-
1. Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara Kelas 1 (D.A.B.N.) – KUNING
2. Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara Kelas 2 (D.A.B.N.) – MERAH
3. Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara Kelas 3 (D.A.B.N.) – HIJAU
Darjah-darjah Kehormat ini, boleh diberikan kepada umum atau sesiapa sahaja, sama ada di dalam Malaysia atau mahupun, Luar Negara dengan persetujuan Jawatankuasa Anugerah/Kurnia dan pemberian ini adalah atas dasar silaturahmi dan menjalinkan hubungan baik kerana semangat kesungguhan dan kerajinan individu-individu penerima yang sentiasa melestarikan adat budaya dan sering melibatkan diri dalam sosiobudaya masyarakatnya. Darjah-darjah Kehormat ini tidak membawa apa-apa gelaran dan kebiasaannya diberi sepanjang tahun atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai kepada mereka yang layak menerimanya. Penerima darjah ini harus dihormati kerana semuanya adalah digolongkan sebagai Ahli Kehormat bagi Pertubuhan ini. Seseorang individu yang berhasrat untuk dicalonkan bagi menerima anugerah Darjah Kehormat ini, hendaklah mengemukakan MAKLUMAT PERIBADI, ASAS PENCALONAN dan lain-lain, sepertimana yang dikehendaki.
Berikut:-
1. Nama Penuh : (tulis dengan huruf besar)
2. Jika telah menerima gelaran, sebutkan gelaran berkenaan: (seperti Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’ dll)
3. Jika mempunyai gelaran dalam masyarakat/komuniti atau kelompok adat beradat, sebutkan gelaran berkenaan : (seperti Raja Adat/Pendekar/Hulubalang/Bentara dll)
4. Jantina : Lelaki/Perempuan
5. Taraf Perkahwinan : Berkahwin/Belum Berkahwin
6. Tarikh Lahir : hari/bulan/tahun
7. Umur : (pada tahun permohonan)
8. Tempat Lahir : (nyatakan negeri/wilayah dan negara sahaja)
9. No. Kad Pengenalan : (atau kad kerakyatan/kad warganegara bagi negara asing yang berkenaan)
10. No. Passport : (jika berkenaan bagi warga asing)
11. Alamat Rumah Tetap: (sertakan juga poskod yang berkenaan)
12. Alamat Rumah Di Malaysia : (jika ada)
13. Alamat Rumah Di Negara Asal : (jika berkenaan)
14. No. Telefon Rumah/Bimbit/Pejabat : (yang berkenaan)
15. Butir-butir anugerah dan kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang pernah diterima : (jika ada/tiada)
16. Asas pencalonan : (yang berkenaan seperti berikut;)
1. Pengalaman : (jawatan-jawatan yang pernah disandang/tahun jawatan disandang/tempat bertugas sewaktu menyandang jawatan)
2. Sumbangan : (sama ada dalam pergerakan masyarakat/pertubuhan/professional/sukan/kebajikan/agama di peringkat tempatan/antarabangsa)
3. Penghargaan : (yang pernah diterima daripada institusi-institusi/lembaga-lembaga/dewan-dewan adat atau dari pihak kerajaan/pemerintah di peringkat tempatan/antarabangsa)
Silakan, email-sripemangkuadat@gmail.com segala maklumat dan informasi anda adalah ‘RAHSIA’, sekian. Wassalam.
Gambar ini sekadar informasi sahaja;
DEWAN ISTIADAT SORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):
Penganugerahan Darjah-Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara yang diwartakan oleh Pertubuhan Adat Budaya Kekeluargaan Nusantara (Malaysia). Adalah seperti berikut:-
1. Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara Kelas 1 (D.A.B.N.) – KUNING
...Continue Reading
Salam hormat, kepada; semua rakan2 Group ini kami baru menerima info bahawa YTM Tuan Sri Pemangku Adat adalah dalam kesibukan di waktu ini kerana beliau sekali lagi namanya tercalon dan mungkin bakal calon menjadi Wakil Rakyat Parti Pemerintah Kerajaan Malaysia (setingkat Bupati) dalam PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13 di Malaysia) maka langsung dari itu mempunyai kewajipan-kewajipan dalam mesyuarat-mesyuarat Masyarakat Adat dan tanggungjawab jentera penyokong-penyokongnya jadi, sebab yang demikian beliau tidak dapat bersiar maya untuk masa ini bersama kita, dan beliau menyuarakan memohon kemaafan atas kesulitan ini, maka kita bersama-sama mendoakan agar beliau terpilih menjadi CALON insyaallah, kami selaku Urusetia DISAKA, menyampaikan informasi ini, Amin.
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2011
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA KE -55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012)
(DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13)
14 April 2013
REVOLUSI BERTANJAK
Revolusi bertanjak
Raja bertanjak
Pemimpin bertanjak
Tak akan berlaku revolusi
jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak
Suka tak suka
akan berlaku revolusi
jika sekiranya
seluruh rakyat bertanjak
dan memahkotakan
tanjak yang terbaik
bertahtakan
kekuasaan rakyat memilih
siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
dan memartabatkan Raja
untuk mengukuhkan lagi
sesebuah negara
yang sentiasa mengutamakan rakyat
daripada kepentingan sendiri
kerana kekuasaan rakyat
sentiasa dijunjung pada
tanjak anugerah rakyat
untuk pemimpin dan Raja
itulah revolusi yang sebenarnya!
jika itu terealiti
makanya
antara rakyat pemerintah dan Raja
berpisah tiada
kerana senada seirama
memajukan negara
dalam suasana
aman harmoni
tanpa
mengundang
ketidakadilan
dalam memegang tampuk kekuasaan
kekuasaan adalah milik semua
dan semua berhak
untuk hidup dalam
negara sendiri yang merdeka!
Revolusilah rakyat
Revolusilah pemerintah
Revolusilah Raja
Revolusilah negara
Barulah negaraku akan terus merdeka
Dalam ertikata yang sebenarnya
Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Ogos 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 & MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI DIRAJA DAN SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN NUSANTARA)
(DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13)
14 April 2013
MOGA TALISIRATURRAHIMI INI MEMBAWA KEBERKATAN
MOGA GROUP INI MENCAPAI MATLAMAT SEGALA
MISI DAN VISI DITUBUHKAN GROUP DALAM BERPADUAN AHLI
ANTARA AHLI SENTIASA TERJAGA SANTUN BERKOMUNIKASI
TIKA MEMBAHASKAN SESUATU ISU
BERDEBAT BOLEH TETAPI BUKAN MENUNJUK HEBAT
TAPI MENCARI KEBENARAN APA YANG DIDEBATKAN
JANGANLAH PERDEBATAN SESUATU ISU ITU HINGGA
BERLAKU PEPECAHAN SESAMA AHLI
KERANA MASING-MASING TIDAK MAHU MENGALAH
SALING MENYAKITI HATI DAN ITULAH KELEMAHAN
YANG HARUS DIJAGA OLEH SEMUA AHLI
SALING BERSATU HATI
SENADA SEIRAMA
SALING MENDUKUNG PERJUANGAN SESAMA AHLI
ADALAH SESUATU YANG AKAN MEMBAWA PERUBAHAN
YANG BESAR KEPADA SEMUA PERJUANGAN
DIGABUNGKAN SEMUA IDE-IDE AHLI
PASTINYALAH SEMUANYA SUKSES
DALAM PENUH KECERIAAN HATI
KARENA KEUTUHAN TALISIRATURAHIMI
SENTIASA DIJAGA SETIAP MASA
BEGITULAH HEBATNYA KUASA
KASIH SAYANG TALISIRATURRAHIMI KARENA ALLAH TAALA
IN SHAA ALLAH TIKA DI ALAM BARZAH NANTI
PERTANYAAN,'SIAPAKAH SAUDARA KAMU DUHAI AHLI KUBUR
DENGAN MUDAH KITA MENJAWAB MUSLIMIN MUSLIMAT SAUDARA SEISLAMKU ,' IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
INILAH HIKMAHNYA KITA DITEMUKAN DI GROUP INI BIARPUN CUMA DI ALAM MAYA TAPI AMAT BERMAKNA SEKALI.
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
14 April 2013
INDAHNYA TAKDIR SULTAN MELAKA MANGKAT TANPA DARJAT KUASA & HARTA
MOGA SYURGALAH TEMPATNYA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
"ALLAHU AKBAR SYUKUR KAMI PADA-MU YA ALLAH MENGURNIAKAN SULTAN YANG LEBIH MENGUTAMAKAN KAMI DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI....
"DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAUALAT TUANKU!"
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
9 April 2013
Like · · Unfollow Post · April 9 at 4:33pm
Redzuan Bengkeng and 6 others like this.
Mohd Sani Parmon makam sultan melaka yg terakhir telah saya pergi...melaka yg di kenali kerana kesultananya tapi akhirnya tidak bersultan...dan...hanya beberapa sultan yg masih berdaulat di tanah melayu ini...
Ratu Rimba Niagara akan wujudkah sultan melaka? warisnya di mana menghilang dan adakah sultan melaka berjiwa pahlawan juga ye...jika tahu sudilah ceritakan pada hamba...sekadar ingin tahu .....
Mohd Sani Parmon saya bukanlah ahli sufi mahupun pengkaji sejarah...cuma salah seoarang peminat sejarah dan keilmuan melayu...saya rasa tiada akan wujud lg sultan melaka..yg tinggal hanyalah fakta sejarah...seringkali kita kaitkan sultan berjiwa rakyat...tapi pada dasarnya,zaman lampau jika kita berkuasa dan berpengaruh,maka kita adalah penakluk...contohnya spt yang Ratu Rimba Niagara nyatakan...sultan melaka berjiwa rakyat,pada saya di sebalik fakta yg Ratu Rimba Niagara nyatakan ada benar n ada yg bercanggah...misalnya...sultan melaka membatalkan perkahwinan di saat akhir persiapan,bertapa aibnya pihak perempuan di mana perkahwinan yg di agung2 kan di batalkan..kerana kuasa penakluk,sultan membatalkan dgn sewenag2 nya..tampa memikirkan pihak yg lain..dan yg paling menduka citakan sultan pergunakan rakyat jelata untuk kepentingan sendiri..korbankan rakyat jelata untuk memenuhi syarat yg di tetapkan..sehingakan ramai rakyat jelata yg terkorban dan berpecah belah...sedangkan syarat puteri gunung ledang itu sedia maklum adalah untuk menguji sultan melaka..dan akhirnya sultan melaka x dapat memenuhi syarat yg di tetapkan.."sanggup mahu membunuh anaknda nya sendiri "untuk setempurung darah ! kerana nafsu serakah dan kuasa penaklukan sultan menjadi angkuh...sultan menyesali setelah ramai rakyat terkorban dan berpecah belah..adakah nyawa dan keamanan rakyat itu tidak bernilai ? tentang pewaris...saya belum pernah dengar ttg pewaris sultan melaka...walaupun banyak tempat2 yg boleh di katakan sangat rapat ttg sejarah keperlawahnan melayu saya lingkari...sultan melaka tidak berjiwa pahlawan..hanya bersandarkan hang tuah,sultan bermegah..walau bagai manapun saya lebih menyokong hang jebat..kerana dia berjiwa pahlawan sejati..menegakan keadilan...berjuang kerana khabarnya tuah di bunuh..tampa usul periksa yg waras oleh sultan melaka..saya yakin jebat x bersalah dgn amukan yg di lakukan..kerana sahabatnya di bunuh tampa usul periksa yg sahih...tapi sayangnya dia di bunuh oleh tuah sendiri...sedangkan dia mahukan keadilan yg khabarnya tuah di bunuh dgn arah sultan yg kejam dan gila kuasa...umpama melepaskan "anjing tersepit,diri sendiri di gigit"
Mohd Sani Parmon saya pula bertanya pd Ratu Rimba Niagara..adakah hang tuah itu pahlawan sejati ?
Ratu Rimba Niagara kalau nak tahu Hang Tuah Pahlawan Sejati...kerana hamba ini adalah pewaris Pahlawan Hang Tuah....sebab apa...hamba menyahut cabarannya iaitu .'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA....!!' sejujurnya hamba bukanlah seorang yang sri kandi berjiwa pahlawan...tapi kerana setiap kali hamba mendengar kata-kata Laksamana Hang Tuah tak akan hilang melayu di dunia....hamba mengarang...mengarang...mengarang...puluhan tahun hamba mengarang hingga sekarang....pelbagai tema yang hamba karangkan semua tema ada...tapi tiada seorang pun yang mahu menyokong perjuangan hamba....hamba berjuang kesendirian...biarpun hamba cuba membuka ruang kepada raja, pahlawan, perwira,laksamana, tentera, pemimpin, dengan menalantik mereka sebagai rakan fb hamba...tapi mereka terus membisukan ide mereka dan dilantik sebagai rakan fb mahu pun grup sekadar pepatung bisu yang tak mahu menyokong atau memberi apa pun ide yang bernas pada dunia sastra nusantara hamba....yang sedihnya mereka sudahlah tak menyokong tapi mengutuk menghina hamba seperti hamba ini tak punya perasaan seperti robot...makanya hamba terus removekan mereka sebagai rakan fb hamba....kerana tak memberi apa-apa impak dalam dunia sastra nusantara hamba. Setiap rakan fb hamba adalah pejuang karya sastra nusantara hamba...jika mereka tidak sudi makanya hamba tiada masa untuk menanti lagi. Begitu tegasnya hamba dalam memartabatkan karya nusantara hamba sendiri.
Berkat hamba sabar mendapatkan bahan-bahan sastra nusantara biarpun terluka hati dan dihina ...hamba relakan kerana ini jalan yang hamba pilih....di sini hamba petik daripada kisah-kisah benar Hang Tuah yang setia kepada raja tapi tetap dihalau oleh raja seperti anjing kurap...saksikan dan hayati setiap baris ayat yang ingin dikisahkan ini...agar kamu tahu akulah pewaris Laksamana Hang Tuah...kerana aku mahu menyahut cabarannya, "TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA'
Mohd Sani Parmon dalam keilmuan kebatinan,jurusan,buah pukul dan lain2..sampailah ke zaman kiai salleh atau nama lainya guru salleh yg memartabatkan "selendang merah" sesuatu yg sering di ingatkan dalam keilmuan melayu..JANGAN SESEKALI KITA MENGAMBIL APAPUN DARI PIHAK LAWAN ATAU PIHAK MUSUH TERUTAMA SEJATANYA ! itu klue dari saya...*pada saya hang tuah bukanlah pahlawan sejati..kenapa ? hang tuah bukanlah hebat seperti yg di gembarkan...pertama,dia telah mengambil keris PANGLIMA TAMING SARI dari MAJAPAHIT..yg ketika itu mereka sedang beradu tenaga..tindakan itu boleh di anggap BACUL ! kerana mengambil senjata pihak lawan...sedangkan pada masa itu hang tuah sedang di awangan kekalahan..lantas akan memalukan tanah MELAKA..kerana hang tuah yg pada masa itu sering di perkatakan hebat,handal..padahal ramai lagi pahlawan yg handal2...kehebatan hang tuah hanya ketika keris TAMING SARI di tanganya...buktinya ketika dia berdebat dgn hang jebat...betapa lemahnya dia...dan tindakan jebat yg mulia dan pendekar sejati menyerahkan TAMING SARI pd hang tuah semula...kerana hang jebat sedar TAMING SARI bukanlah miliknya...walaupun dia tahu dia akan kalah seandainya dia menyerahkan TAMING SARI pd hang tuah..tapi..itulah yg di namakan PENDEKAR SEJATI..kalau hang tuah setia pd sultan,apakah yg dia lakukan terhadap DANG ANUM sebelum dia menyerahkan DANG ANUM pada sultan MELAKA ?apakah itu yg di namakan setia atau setia kerana nama sahaja?agar di agung2kan ?..dalam riwayat,KERIS TAMING SARI telah tuah buang ke sungai..dan bersumpah takan hilang melayu di bumi..akan wujud hang tuah bila timbulnya KERIS TAMING SARI..tapi kenapa KERIS TAMING SARI di gunakan setiap kali PERTABALAN YG DI PERTUAN AGONG ?termasuk agong yg terbaru yg sebagai sultan KEDAH ? dan setahu saya KERIS TAMING SARI di simpan di istana NEGERI PERAK !pada saya fakta sejarah yg di tokok tambah..mengarut...sedahgkan pakara yg berlaku tidaklah sehebat mana...*saya bukanlah keturunan para pendekar,ataupun pahlawan..tapi sama keturunan dgn WALI SONGO yg telah mengislamkan JAWA..harap Ratu Rimba Niagara..kaji semula dan mendalami semula fakta sejarah,mana yg benar,mana yg di tokok tambah dan mana yg mengarut..SEBENARNYA YG MEMBANTU DAN MENYELAMATKAN TANAH MELAYU DARI PENJAJAH ADALAH "ACEH DAN MAJAPAHIT"
4 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara saya mahu tanya mohd Sani Parmon....adakah Hang Tuah itu kisah benar atau kisah dongengan melayu zaman purba?
Mohd Sani Parmon Ratu Rimba Niagara..hang tuah adalah kisah benar dan sahabat2nya juga juga benar..penuh misteri dan konspirasi...tapi sebenar yg berlaku banyak yg telah di tokok tambah..walaupun yg di tokok tambah itu ada yg benar dan terlalu banyak yg hanya cerita dusta..
Ratu Rimba Niagara kerna ada yang kata dongengan kalau benar pastilah Raja melaka ada sampai sekarang...tapi hingga kini tiada....
tapi apapun kisah ini samada benar atau pun tidak....
kita sebagai hamba-Nya kena percaya qada & qadar
takdir setiap hamba-Nya....
telah ditakdirkan Malaysia ini punyai Raja-Raja
dan telah ditakdirkan melaka tidak beraja walaupun awalnya beraja...
itulah takdir yang setiap daripada kita harus yakin
jika kita pertikaikan takdir Allah
lho boleh jadi kita ini tergolong dari hamba-Nya yang kufur...nauzubillah....
Ratu Rimba Niagara TELAH DITAKDIRKAN SAYA DAN KAMU UNTUK MEMBAHASKAN ISU TAMING SARI & HANG TUAH....
KERANA SETIAP KEPUTUSAN YANG KITA AMBIL ITULAH TAKDIR KITA
SESUNGGUH-NYA ALLAH MAHA PENGATUR TAKDIR YANG SEMPURNA UNTUK SETIAP HAMBA-NYA CUMA-NYA KITA SEMUA JANGAN SEKALI PERTIKAIKAN TAKDIR YANG TELAH DITAKDIRKAN...JIKA KITA PERTIKAIKAN BERARTI KITA TIDAK REDHA AKAN TAKDIR YANG TELAH DITAKDIRKAN.
Mohd Sani Parmon antara Sultan melaka dan Hang tuah tiada hubung kait kecuali hubungan antara sultan dan panglima..maksudnya tuah bukanlah berdarah sultam melaka...makam sultan melaka yg terakhir berada Di KAMPUNG RAJA PAGOH JOHOR..cuba2 lah lawati kalau ada kesempatan dan andai berminat mencari bukti..seperti saya mendalami keilmuan melayu satu masa dulu..sultan melarikan diri ke pagoh ketika patugis menyerang melaka dan beliau mangakt di pagoh lantas di kebumikan di tepi satu surau di kampung raja tersebut..tapi kenapa seoarang sultan di kebumikan hanya di tepi surau ? jawapanya dia mangkat bukan di negeri melaka tapi di tanah johor..
Mohd Sani Parmon JANGAN HANYA BERSERAH PADA TAKDIR..KERNA TAKDIR ITU SUNGGUH KEJAM !SEBABNYA TAKDIR TIADA PUNYA DAYA RASA..TIADA PUNYA RASA SEDIH,GEMBIRA ATAUPUN MARAH..YANG MENGHADAPI KITA SENDIRI..SUKA MAHUPUN TIDAK KITA AKAN MENERIMANYA...KECUALI KITA BERUSAHA TIADAAKAN TADIR YG MALANG PERGI KE KITA..DAN ALLAH ITU TELAH BERKATA 'TIADA AKAN BERUBAH NASIB SESEUMAT KECUALI UMAT ITU BERUSAHA UNTUK MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI..DAN ITULAH TAKDIRNYA UNTUK UMAT ITU "
Ratu Rimba Niagara ITULAH TAKDIRNYA MEMBUKTIKAN SULTAN SUDAH MUHASABAH DIRI MANGKAT DALAM HATI SUCI TANPA MEMIKIRKAN DARJAT DAN KUASA LAGI...SUBHANALLAH INDAH-NYA TAKDIR...BIARPUN TIDAK BERGELAR RAJA TAPI BERGELAR HAMBA ALLAH YANG MAHU PULANG KE PANGKUAN-NYA DALAM HATI YANG SUCI BERSIH DAN TENANG MOGA SYURGALAH TEMPATNYA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
(PETIKAN DARIPADA WALL KERAJAAN RIMBA NIAGARA UNTUK TATAPAN RAKYAT JELATA YANG CINTAKAN BUMI ALLAH AZZAWAJALLAH)
13 April 2013
DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA)
Ikrar SUMPAH oleh Sri Paduka Baginda Sultan dan Raja Melayu yang sebenar-benar.
Gambar ini sekadar informasi sahaja;
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT)
14 April 2013
www
0 comments:
Post a Comment