Sunday, 14 April 2013

NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (258) PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK MINDA KREATIF 1MALAYSIA




    PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK MINDA KREATIF 1MALAYSIA

    KIKI

    Kiki suka berada di bulan.
    Di bulan Kiki main sorok-sorok dengan awan.
    Kiki ada sayap.
    Kiki terbang ke sana ke mari
    bermain dengan bintang.
    Di kepulan awan biru Kiki meniup seruling
    sambil menyanyi lagu, ‘Ibu Oh! Ibu’.

    BULAN DAN BINTANG

    Bulan tersenyum melihat anak burung
    berbulu biru terbang mencari rezeki.
    Bulan suka tengok gelagat tiga ekor
    kucing yang suka bermain dengan bintang,
    duduk di pelangi dan seekor lagi
    duduk di tunggul kayu berangan bermain
    sorok-sorok dengan bintang dan bulan.

    HARI JADI JOHN

    Setiap tahun John meraikan hari jadi.
    Hari ini hari jadi John yang kesembilan.
    Ayah John membeli kek tiga tingkat.
    Hari jadi John sungguh meriah kerana
    diadakan di sebuah taman bunga
    di kelilingi rama-rama pelbagai warna.

    TIKAR AJAIB

    Puteri Aliya dengan Putera Aliba
    sangat gembira kerana dapat terbang
    dengan ‘Tikar Ajaib’.

    Mereka dapat terbang setelah terjumpa
    dengan ‘Pelita Ajaib’ yang boleh memberi
    kesaktian kepada si pemiliknya.

    Apabila penat mereka pulang berehat
    di Istana Kayangan yang indah
    lagi permai.

    NINA SAYANGKAN BAYI DINOSAUR

    Nina tinggal di sebuah pulau bersama
    bayi Dinosaur. Mereka berdua
    berkawan baik.
    Nina sangat sayangkan bayi
    Dinosaur.

    Bayi Dinosaur sangat comel.
    Telinganya panjang seperti arnab.
    Kukunya tajam seperti harimau.

    Nina suka cium Bayi Dinosaur.
    Bayi Didosaur tersenyum malu.
    Bayi Dinosaur sangat gembira.
    Hidupnya hari-hari ceria.

    Dia gembira kerana keluarganya
    sangat baik dengan keluarga
    angkatnya.
    Walaupun dia cumalah haiwan
    dan keluarga angkatnya manusia
    tetapi mereka saling hormat
    menghormati dan sayang
    menyanyangi di antara satu
    sama lain.
    Nina adalah kakak angkat yang
    sangat sayangkan ‘Bayi Dinosaur’.

    BERMIMPI JADI ANAK GERGASI

    Pada suatu hari Ramasamy pergi
    berkelah di sebuah pulau.
    Dia membawa bekalan.
    Ramasamy tertidur kekenyangan.
    Dia tidur dengan nyenyaknya,
    ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
    Ketika tidur Ramasamy bermimpi
    menjadi anak gergasi.

    CITA-CITA SAYA

    Cita-cita saya hendak menjadi
    seorang doktor.
    Saya mesti belajar bersungguh-
    sungguh.
    Apabila sudah menjadi doktor
    nanti, saya boleh nasihatkan
    pesakit saya supaya amalkan
    makan makanan sihat seperti
    sayur-sayuran dan buah-buahan.

    TAMAN BUNGA IBU SAYA

    Ibu saya suka tanam pokok bunga.
    Halaman rumah saya penuh dengan
    pokok-pokok bunga.

    Setiap petang saya menyiram pokok-
    pokok bunga.

    Halaman rumah saya seperti taman
    bunga yang sangat indah di pandang
    mata.

    Ibu dan ayah saya suka hati melihat
    pokok-pokok bunga yang segar dan
    cantik.
    Ibu saya kata,‘Taman bunga
    membuatkan hatinya berasa aman
    dan tenang.’

    KERETA TERBANG

    Pagi Ahad itu Ah Chong bangun pagi.
    Dia sangat gembira sambil menghirup
    udara segar di jendela.

    Setelah mendapat kebenaran ibu dan
    ayahnya, dia terbang ke awan biru.
    Ah Chong sangat gembira kerana
    tanpa sokongan kedua orang tuanya
    Ah Chong tidak akan dapat terbang
    di awan biru bersama dengan kereta
    terbang ciptaannya.

    KEINDAHAN TAMAN BUNGA

    Sungguh indah taman bunga yang
    menghijau ini.

    Menghidu bauan bunga-bungaan
    yang mewangi setiap pagi.

    Dihiburkan dengan kicauan burung-
    burung seolah-olah sedang menyanyi-
    nyanyi lagu merdu.

    Diindahkan lagi dengan Sang Rama-Rama
    yang berwarna-warni.
    Sungguh indah!
    Sungguh aman!
    Buat hati rasa tenang!

    KAMBING GURUN AJAIB

    Ini Kambing Gurun Ajaib.
    Kambing Gurun Ajaib ini namanya Lito.
    Lito boleh terbang ke mana dia suka.
    Lito suka bermain dengan bintang-bintang
    yang bergemerlapan di langit malam.

    Kadang-kadang dia menanduk bintang.
    Bintang suka berkawan dengan Lito.
    Lito baik hati dan tidak pandai bercakap
    bohong.

    HARIMAU KEMBAR SIAM

    Ini Harimau Kembar Siam.
    Mereka telah selamat menjalani
    pembedahan pemisahan semasa
    bayi lagi.

    Kini Harimau Kembar Siam telah
    dewasa.

    Ke mana pergi mereka selalu
    bersama.

    Setiap petang, Harimau
    Kembar Siam pergi ke sebuah
    tasik untuk menghilangkan
    dahaga.

    Harimau Kembar Siam sayang
    menyayangi di antara satu sama lain.

    KELUARGA ZIRAFAH

    Ini sekumpulan keluarga zirafah.
    Keluarga zirafah ini sangat bahagia.
    Ke mana pergi mereka berkumpulan
    bersama.

    Ibubapa mereka penyayang dan
    bertanggungjawab.

    Anak-anak dididik supaya hormat
    menghormati di antara satu
    sama lain.

    Mereka hidup aman damai dan
    berkasih sayang selamanya!

    KUDA BELANG

    Kesian sungguh dengan sekumpulan
    kuda belang ini.

    Mereka berlari sekuat hati daripada
    ditembak oleh manusia yang tiada
    perasaan belas kasihan.

    Manusia kejam itu hanya mahu
    mengaut keuntungan sahaja.

    Mereka akan menjual kulit kuda
    belang dengan harga yang tinggi.

    Kuda belang akan pupus di muka
    bumi ini jika tidak dibanteras
    jenayah membunuh kuda belang.

    ZOO NEGARA

    Saya suka pergi ke Zoo Negara.
    Di Zoo Negara ada pelbagai
    haiwan hidupan liar.

    Singa senyum kepada saya.
    Anak zirafah sangat comel.

    Saya suka tengok anak gajah
    pakai topi. Sungguh comel!
    Anak gajah senyum kepada saya.

    Saya sangat sayang semua haiwan
    yang ada di Zoo Negara.

    Nanti ada peluang saya akan
    datang lagi ke Zoo Negara.

    IKAN LUMBA-LUMBA

    Ikan Lumba-Lumba sangat cerdik.
    Perangainya suka melompat-lompat
    sambil menyumpit air.
    Sungguh melucukan!

    Saya suka sangat dengan ikan lumba-lumba.
    Saya pernah bermimpi, saya duduk
    di belakang ikan lumba-lumba.

    Dalam mimpi tersebut ikan lumba-
    lumba membawa saya mengembara
    ke dasar laut yang indah lagi permai.

    Ibu kata saya tidur sambil tersenyum.
    Saya ceritakan mimpi saya kepada ibu
    saya. Ibu pun tersenyum geli hati.

    Sungguh indah permandangan di dasar aut.
    Di penuhi dengan batu karang, ikan pelbagai
    jenis dan warna, tapak sulaiman, siput dan
    bermacam-macam lagi.

    Mereka hidup bersatupadu tanpa ada
    pergaduhan. Masing-masing mencari
    rezeki tanpa mengambil hak penghuni
    lain.

    Saya suka dengan kehidupan penghuni
    laut yang aman, damai dan permai.

    HADIAH WAU

    Ayah membeli wau untuk saya.
    Wau saya cantik.

    Saya suka melihat wau saya terbang tinggi.
    Wau saya terbang tinggi ditiup angin.
    Saya gembira.
    Ayah suka hati.
    Ibu senang hati.

    Wau! Sukanya hati saya hari ini.
    Hendaknya kegembiraan saya ini
    dapat dikongsi bersama dengan
    rakan-rakan yang seusia dengan saya.

    Ibu-ibu …Bapa-bapa…Di luar sana
    hadiahkan wau untuk anak kesayangan
    anda!

    Mereka pasti gembira.
    Percayalah cakap saya.
    Tak percaya cubalah!
    Anak anda pasti gembira seperti saya.

    SAYA WARGANEGARA MALAYSIA

    Saya warganegara Malaysia.
    Rakyat negara saya terdiri daripada
    pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
    India. Walaupun berbeza agama,
    bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
    aman damai tanpa sebarang sengketa.

    Kami hidup bersatupadu, tolong
    menolong dan hormat menghormati.

    Perdana Menteri saya yang ke-6
    namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
    Bin Tun Haji Abd Razak.

    Saya menghargai Perdana Menteri
    saya kerana dapat mencetuskan
    Gagasan 1Malaysia iaitu,
    1Malaysia Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan.
    Saya percaya Gagasan 1Malaysia
    akan berjaya! Ini membuatkan negara
    saya aman makmur selamanya!
    Saya sayang negara saya!

    Karya : RATU RIMBA NIAGARA
    15 April 2013
    (PUISI-PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF INI DIILHAMKAN ISTIMEWA
    UNTUK SEMUA KANAK-KAKAK DI MALAYSIA & SELURUH BUMI NUSANTARA )
    Like ·  · Promote

  • SURAT CADANGAN KEPADA PM MENGENAI ZOO NEGARA

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    YAB Perdana Menteri yang disnjungi,

    Di sini saya ingin melahirkan rasa dukacita yang amat sangat pabila diberitahu keadaan sebenar zoo negara. Luahan hati mereka membuatkan saya merasa sedih . Antara luahan hati mereka itu:

    1) Zoo Negara sudah diswastakan. Bukankah zoo negara adalah aset negara yang harus dijagai agar rakyat jelata mesa alam...memahami kehidupan haiwan di rimba dan dapat memupuk kasih sayang antara alam manusia dan alam haiwan.

    2) Kerana telah diswastakan bayaran yang dikenakan terlalu mahal. Ini akan membebankan rakyat...rakyat yang tidak mempunyai wang pasti tidak mampu
    hendak pergi ke zoo negara.

    3) Haiwan-haiwan yang ada di zoo negara tidak banyak lagi...suasana tidak seceria dulu ketika zoo negara tidak diswastakan.

    4) Kerana zoo negara adalah harta dan aset negara makanya saya harap ZOO NEGARA diambil semula oleh kerajaan ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia berkunjung ke ZOO NEGARA dengan bayaran yang berpatutan .

    5) Haiwan-haiwan hendaklah ditambah dan banyakkan aktiviti persembahan haiwan-haiwan yang telah dijinakkan ini pasti menceriakan hati pengunjung yang datang terutama kanak-kanak.

    Pertimbangan yang sewajarnya dari Perdana Menteri amatlah diharapkan untuk mengambil semula ZOO NEGARA...jika tidak mahu diambil semula tukar sahaja nama ZOO SWASTA .

    "DUNIA HAIWAN ADALAH DUNIAKU MENGHARGAI KUNIAAN TUHAN"

    Sekian . Terima Kasih.

    RATU RIMBA NIAGARA
    15 April 2013
    Like ·  · about an hour ago near Kuala Lumpur


  • AKU CUMA MAHU JADI RATU DI HATI RAKYAT

    AKU CUMA MAHU MENJADI RATU DI HATI RAKYAT
    DAN RATU DI HATIMU
    BIARPUN AKU BUKAN SEORANG RATU
    CUMA RATU DI HATIMU
    JIKA RAKYAT TAK SUDI
    KAMU TAK SUDI
    IYALAH TAK APA
    ASALKAN ALLAH SUDI ITU SUDAH LEBIH BERMAKNA
    DARI ALAM DAN SEISI-NYA
    IN SHAA ALLAH AAMIIIN

    RATU RIMBA NIAGARA
    15 April 2013
    Like ·  · 3 hours ago near Kuala Lumpur
  • DARI ALLAH AKU DATANG DARI ALLAH AKU DIKEMBALIKAN

    JANGAN KITA HALANG ORANG MEMBUAT KEBAIKAN
    SEDANGKAN KITA LANGSUNG TIDAK MAHU BERBUAT KEBAIKAN
    INI BERMAKNA DI PEMIKIRAN KITA MAHUKAN KEHANCURAN SEBUAH NEGARA JIKA KITA BERSIKAP BEGITU LEBIH BAIK SEGERA MATI DARIPADA HIDUP KERANA HIDUP TIDAK MEMBERI ERTI PADA DIRI KITA SENDIRI APATAH LAGI PADA ORANG LAIN....
    BUKANKAH ALLAH SURUH KITA BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN BERBAKTI KEPADA MANUSIA BERBEZAAN PENDAPAT ITU BIASA TAPI MATLAMATNYA TETAP SAMA MAHU MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI YANG ALLAH REDHA SEBELUM DIJEMPUT PULANG KE PANGKUAN-NYA.
    KAMU HARUS INGAT MANUSIA ITU HIDUP ATAS NIATNYA
    JIKA KITA NIAT JAHAT PASTI MATI DALAM KEJAHATAN
    JIKA KITA NIAT BAIK PASTI MATI DALAM KEBAIKAN KERANA SETIAP KEBAIKAN ITU
    ADALAH DATANG DARI ALLAH ....
    DARI ALLAH AKU DATANG DARI ALLAH AKU DIKEMBALIKAN
    MOGA AKU MATI DALAM KEBAIKAN MEMBAWA NIAT-NIATKU YANG BAIK-BAIK
    IN SHAA ALLAH AAMIIN.

    RATU RIMBA NIAGARA
    15 April 2013
    Like ·  · 3 hours ago near Kuala Lumpur
  • AKU SENOPATI PEREMPUAN

    Harimau Perang...
    "Jika takut di lambung ombak... usah berumah di tepian pantai ...
    jika takut cemuhan , kritikan dan sindiran manusia ...
    usah sesekali bermimpi untuk berjaya ...
    jadilah katak di bawah tempurung buat selama lamanya ..
    MANUSIA yang takut dengan RESIKO ..
    sama sekali tidak akan maju ke hadapan &
    sentiasa ketinggalan berbanding manusia yang berani berhadapan dengan RESIKO!"

    Ratu Rimba Niagara...SEORANG PEJUANG TAK TAKUT DILAMBUNG OMBAK SEBAB ITU DIA BERUMAH DI TEPI PANTAI
    CUMA PEJUANG YANG PENAKUT AJA MACAM KATAK
    DI BAWAH TEMPURUNG CERMIN MEMERHATIKAN SAJA MASA YANG SESUAI BILA ADA MASA YANG SESUAI BARU DIA BERJUANG
    ITUPUN SEKADAR MAHU MEMBALING BATU SOROK TANGAN...

    AKU BUKAN KATAK DI BAWAH TEMPURUNG

    aku bukan katak di bawah tempurung
    aku adalah katak di bawah tempurung lut sinar
    yang membolehkan aku memerhatikan seluruh dunia

    apabila aku keluar dari tempurung lut sinar
    aku tahu keadaan seluruh dunia
    makanya kejayaan aku
    benar-benar Allah yang ciptakan
    DIA yang kehendaki takdirku begitu
    berjaya atas usaha sendiri
    dan Allahlah yang menentukan
    usahaku berjaya atau tidak
    bagaimana hebatpun aku bersastera
    aku tetap hamba-Nya yang kerdil
    kerana tanpa izin-Nya
    aku cumalah hamba Allah yang tak tahu apa-apa
    tentang ilmu dunia dan akhirat...
    makanya tidak layaklah aku memakai pakaian sombong
    seorang ratu... kerana aku bukan bercita-cita hendak menjadi ratu
    aku hanya mahu menjadi hamba Allah dengan pakaian iman dan takwa
    Moga Allah Perkenankan segala cita-citaku yang murni ini
    Kepada agama bangsa dan negara jua di seluruh dunia
    Bumi Allah tempat persinggahan untuk mempersiapkan bekalan ke negeri abadi
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    KARYAKU ASET NEGARAKU TERCINTA
    KARYAKU ASET BUMI NUSANTARA TERSAYANG
    MOGA KARYAKU MENJADI ASET AKHIRATKU
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    9 April 2013
    Like ·  · 3 hours ago near Kuala Lumpur
  • DUHAI ANAK BANGSAKU YANG TERSAYANG DEMI-NYA

    DUHAI ANAK BANGSAKU TERSAYANG
    KU SAYANG KAMU SEMUA KERANA-NYA
    KERANAMU KUKERAH PERAHKAN OTAKKU
    UNTUK SENTIASA BERFIKIR TENTANGMU
    BERPIKIR GIMANA HIDUPMU TERJAMIN SEJAHTERA
    HIDUP MENGECAPI NIKMAT KEMERDEKAAN NEGARA SENDIRI
    KAMU TIDAK AKAN DIHINA DIKEJI DIJAJAH OLEH MEREKA YANG MENDENGKI

    JIKA IZIN-NYA APA YANG KUTULIS SEMUA KARYA-KARYAKU TENTANGMU
    ANAK BANGSAKU YANG BERSELERAKKAN DI ALAM MAYA INI DAN DIBACA PENUH PENGHAYATAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG BERKENAAN UNTUK MEMBELAMU PASTILAH AKU YANG PALING BAHAGIA SEKALI
    KERNA NASIBMU AKAN TERBELA DAN DIBELA
    KERNA ANAK CUCU SELEPAS INI
    TIDAK SEORANG PUN TIDAK DIBELA DIBIARKAN TERCICIR SEMUANYA TERBELA IBU PERTIWI PASTI TERSENYUM SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI
    KERNA BUMI BERTUAH YANG KITA DIAMI BUAT SEMENTARA INI
    SENTIASA BERSYUKUR DENGAN RAHMAT DAN KASIH-NYA
    HIDUP KITA AMAN DAMAI SEJAHTERA
    DENGAN NIKMAT KEMERDEKAAN
    YANG DIPERJUANGKAN OLEH BAPA KEMERDEKAAN KITA
    TUNKU ABDUL RAHMAN

    YA ALLAH SYUKUR KAMI DENGAN NIKMAT KEMERDEKAAN NEGARA KAMI YANG TERCINTA INI
    YA ALLAH DENGAN BELAS KASIHAN-MU
    KEKALKANLAH NIKMAT KEMERDEKAAN NEGARAKU INI SAMPAI DUNIA QIAMAT
    AAMIIN YA RABAL A'LAMIIN.

    RATU RIMBA NIAGARA
    15 April 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA ANAK BANGSAKU YANG TERCINTA DEMI-NYA)
    ·
    Like ·  · 3 hours ago near Kuala Lumpur
  • MERDEKA DALAM KESEJAHTERAAN ADALAH HADIAH UNTUK GENERASI PENERUS

    PABILA KEAMANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
    BARULAH AKAN ADANYA BUDAYA
    SALING HORMAT MENGHORMATI
    SALING MENGHARGAI
    SALING MENYANJUNGI
    BAHAWA KITA SALING BEKERJASAMA
    MENJAGA KESELAMATAN NEGARA
    DEMI KERANA AGAMA BANGSA DAN NEGARA
    KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN INILAH
    YANG MEMBUATKAN NEGARA KITA KEKAL MERDEKA
    DALAM SUASANA AMAN DAMAI SENTOSA
    KEMERDEKAAN YANG SEJAHTERA INILAH
    YANG AKAN KITA HADIAHKAN KEPADA
    GENERASI PENERUS PADA MASA HADAPAN
    MEREKA PASTI BANGGA MEMPUNYAI PEJUANG-PEJUANG NEGARA
    YANG RELA BERKORBAN NYAWA DEMI MEREKA
    PASTINYA MEREKA JUGA AKAN
    MENJADI GENERASI PENERUS
    UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN
    DALAM SUASANA AMAN DAMAI SENTOSA SEJAHTERA
    SELAMANYA SEHINGGA DUNIA BELUM KIAMAT!
    IN SHAA ALLAH AMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    15 April 2013
    (PUISI DIILHAMKAN UNTUK GENERASI PENERUS YANG AKAN MENYAMBUNG PERJUANGAN WIRA-WIRA NEGARA & RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA MOGA KALIAN MEMASTIKAN PERJUANGAN KAMI TIDAK AKAN DIPERSIA-SIAKAN JAGALAH NEGARA TERCINTA INI SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR AGAR BENDERA KITA JALUR GEMILANG TERUS BERKIBAR MEGAH GAH DI PERSADA DUNIA DALAM NIKMAT SYUKUR KURNIAAN ILAHI ATAS NIKMAT KEMERDEKAAN INI)
    Like ·  · 3 hours ago near Kuala Lumpur
    • Ratu Rimba Niagara DARI ALLAH AKU DATANG DARI ALLAH AKU DIKEMBALIKAN

      JANGAN KITA HALANG ORANG MEMBUAT KEBAIKAN
      SEDANGKAN KITA LANGSUNG TIDAK MAHU BERBUAT KEBAIKAN
      INI BERMAKNA DI PEMIKIRAN KITA MAHUKAN KEHANCURAN SEBUAH NEGARA JIKA KITA BERSIKAP BEGITU LEBIH BAIK SEGERA
       MATI DARIPADA HIDUP KERANA HIDUP TIDAK MEMBERI ERTI PADA DIRI KITA SENDIRI APATAH LAGI PADA ORANG LAIN....
      BUKANKAH ALLAH SURUH KITA BERAMAL KEPADA TUHAN DAN BERBAKTI KEPADA MANUSIA BERBEZAAN PENDAPAT ITU BIASA TAPI MATLAMATNYA TETAP SAMA MAHU MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI YANG ALLAH REDHA SEBELUM DIJEMPUT PULANG KE PANGKUAN-NYA.
      KAMU HARUS INGAT MANUSIA ITU HIDUP ATAS NIATNYA
      JIKA KITA NIAT JAHAT PASTI MATI DALAM KEJAHATAN
      JIKA KITA NIAT BAIK PASTI MATI DALAM KEBAIKAN KERANA SETIAP KEBAIKAN ITU
      ADALAH DATANG DARI ALLAH ....
      DARI ALLAH AKU DATANG DARI ALLAH AKU DIKEMBALIKAN
      MOGA AKU MATI DALAM KEBAIKAN MEMBAWA NIAT-NIATKU YANG BAIK-BAIK
      IN SHAA ALLAH AAMIIN.

      RATU RIMBA NIAGARA
      15 April 2013
  • AKU BUKAN KATAK DI BAWAH TEMPURUNG

    aku bukan katak di bawah tempurung
    aku adalah katak di bawah tempurung lut sinar
    yang membolehkan aku memerhatikan seluruh dunia

    apabila aku keluar dari tempurung lut sinar
    aku tahu keadaan seluruh dunia
    makanya kejayaan aku
    benar-benar Allah yang ciptakan
    DIA yang kehendaki takdirku begitu
    berjaya atas usaha sendiri
    dan Allahlah yang menentukan
    usahaku berjaya atau tidak
    bagaimana hebatpun aku bersastera
    aku tetap hamba-Nya yang kerdil
    kerana tanpa izin-Nya
    aku cumalah hamba Allah yang tak tahu apa-apa
    tentang ilmu dunia dan akhirat...
    makanya tidak layaklah aku memakai pakaian sombong
    seorang ratu... kerana aku bukan bercita-cita hendak menjadi ratu
    aku hanya mahu menjadi hamba Allah dengan pakaian iman dan takwa
    Moga Allah Perkenankan segala cita-citaku yang murni ini
    Kepada agama bangsa dan negara jua di seluruh dunia
    Bumi Allah tempat persinggahan untuk mempersiapkan bekalan ke negeri abadi
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    KARYAKU ASET NEGARAKU TERCINTA
    KARYAKU ASET BUMI NUSANTARA TERSAYANG
    MOGA KARYAKU MENJADI ASET AKHIRATKU
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    15 April 2013
    Like ·  · 3 hours ago near Kuala Lumpur
(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
15 April 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;